on cause shown, be removed from the office by the Court. S/N Jry0y4CwrkuHuSGku/CwLQ ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-27-05/2024 11 [17] Seterusnya, merujuk kepada kes Shencourt Sdn Bhd (in liquidation) (in receivership) v Shencourt Properties Sdn Bhd (in liquidation) [2019] 12 MLJ 184, di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut:- [14] The threshold to satisfy ‘cause shown’ is not high but there must be clear evidence justifying the removal. The phrase ‘cause shown’ is generic in nature and include the following: (a) some unfitness of the person; (b) there must be some justifiable reason for the removal; (c) he has not properly exercised his discretion; (d) have placed themselves in the position of conflict of interest such as to rob them of the real and apparent independence necessary for the conduct of a proper winding up. [18] Oleh itu, berdasarkan kepada peruntukkan Seksyen 482 Akta Syarikat 2016 yang tersebut di atas, adalah jelas bahawa Pelikuidasi yang dilantik oleh Mahkamah adalah merupakan seorang pegawai Mahkamah. Oleh itu kebenaran (“leave”) daripada Mahkamah Penggulungan mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum apa-apa prosiding boleh diambil terhadapnya. Ini adalah bertujuan untuk melindunginya daripada sebarang tindakan yang palsu, remeh dan menyusahkan dan untuk melindungi integriti proses penggulungan. S/N Jry0y4CwrkuHuSGku/CwLQ ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-27-05/2024 12 Isu Pertama: Sama ada kedudukan Datuk Tee sebagai Pelikuidasi S. P. Granite adalah terjejas dengan pengenepian Penghakiman Ingkar tersebut [19] Di dalam kes ini, Pemohon, Sundarasan telah menghujahkan bahawa Datuk Tee adalah tidak lagi layak untuk menjadi Pelikuidasi kepada S. P. Granite, memandangkan Penghakiman Ingkar yang telah diperolehi oleh Rainbow Marble di dalam Guaman 83 tersebut telah diketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada 17.4.2024 dan Guaman 83 tersebut dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi. [20] Mahkamah mendapati hujahan yang telah dikemukakan oleh Sundarasan ini adalah tidak berasas dan tidak bermerit sama sekali. Ini adalah kerana tidak ada terdapat sebarang syarat di dalam kes-kes penggulungan untuk pihak pemiutang (“creditor”) memperolehi penghakiman terlebih dahulu sebelum boleh melantik Pelikuidasi. [21] Perlu ditegaskan bahawa perlantikan seorang Pelikuidasi tersebut adalah merupakan kuasa budi bicara penuh Mahkamah. Merujuk kepada kes MCC Overseas (M) Sdn Bhd v. Ty Land & S/N Jry0y4CwrkuHuSGku/CwLQ ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-27-05/2024 13 Development Sdn Bhd & Another Case [2020] 1 LNS 2293, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut:- [22] From the above sections in the Companies Act, it is my view that under Section 521 the Court is not bound to accept the wishes of the creditors or contributories but only to have ‘regard’ to the same when deciding any outcome of a meeting held pursuant thereto, which in the matter before me is the outcome of the Creditors Meeting, and that Rule 19 of the WUR is of course to be subject to such section. I also hold that section 477(1)(c) allows this Court to make such determination on the appointment of a liquidator, taking into account, of course the entire circumstances of the matter before me, thus giving this Court the discretion to decide on the appointment of the liquidator. [22] Oleh itu, memandangkan Datuk Tee telah dilantik oleh Mahkamah ini dan adalah merupakan seorang pegawai Mahkamah, maka kedudukan Datuk Tee sebagai Pelikuidasi adalah tidak terjejas sama sekali dengan pengenepian Penghakiman Ingkar tersebut. Begitu juga, Datuk Tee sebagai seorang Pelikuidasi yang telah dilantik oleh Mahkamah tidak perlu menjawab kepada Mahkamah ataupun kepada mana-mana pihak atau kepada sesiapa juga pun. S/N Jry0y4CwrkuHuSGku/CwLQ ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-27-05/2024 14 [23] Oleh yang demikian, atas alasan ini Notis Usul Pemohon (SMCB / Sundarasan) ini seharusnya ditolak oleh Mahkamah ini dengan kos. Isu Kedua: Sama ada segala tindakan yang telah diambil oleh Datuk Tee adalah berdasarkan peruntukan yang terkandung dalam Akta Syarikat 2016 [24] Seterusnya, Mahkamah mendapati bahawa setelah Datuk Tee dilantik sebagai Pelikuidasi S.P. Granite Sdn Bhd, kesemua aset dan harta S.P. Granite termasuk pilihan tindakan seperti dalam Guaman 26 dan juga Guaman 83 telah diserahkan kepada beliau sebagai seorang Pelikuidasi yang telah dilantik oleh Mahkamah ini. [25] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa setelah perlantikannya sebagai seorang Pelikuidasi, Datuk Tee telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengawal segala harta-harta di mana S.P. Granite sepatutnya atau seharusnya berhak. Datuk Tee melalui MHL telah menulis surat-surat bertarikh 16.1.2024 dan 29.4.2024 kepada NPMC. Memandangkan, terdapat maklum balas iaitu bantahan daripada Sundarasan terhadap surat-surat tersebut, maka S/N Jry0y4CwrkuHuSGku/CwLQ ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-27-05/2024 15 Datuk Tee telah memfailkan Notis Usul dalam Kes No. NA-28PW- 20-04/2024 dengan tujuan untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. [26] Selanjutnya, demi untuk menjaga status quo Guaman 26 dan Guaman 83, Datuk Tee telah mengarahkan peguamcaranya untuk mengeluarkan surat-surat di dalam Guaman 26 dan Guaman 83 untuk meminta tindakan-tindakan tersebut ditangguhkan dahulu sehingga pelupusan pertikaian dalam Kes NA-28PW-20-04/2024. [27] Tambahan juga, perlu ditegaskan bahawa perintah perlantikan yang bertarikh 12.10.2023 tersebut tidak pernah ditangguhkan sehingga pendengaran Rayuan-Rayuan tersebut di Mahkamah Rayuan. Manakala, prosiding di dalam Guaman 26 dan Guaman 83 telah ditangguhkan sehingga pelupusan Notis Usul Kes No. NA-28PW- 20-04/2024 dengan persetujuan kesemua pihak dalam tindakan ini. [28] Oleh itu, adalah jelas terbukti di sini bahawa Datuk Tee pada setiap masa yang material telah bertindak mengikut dan selaras dengan S/N Jry0y4CwrkuHuSGku/CwLQ ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-27-05/2024 16 kuasa dan autoriti yang telah diberikan kepadanya oleh Mahkamah ini dan peruntukkan yang terkandung di dalam Akta Syarikat 2016. [29] Justeru itu, Notis Usul yang telah difailkan oleh Sundarasan ini telah gagal untuk menunjukkan sebarang kes prima facie atau sebarang kausa bagi mendapatkan kebenaran (“leave”) Mahkamah ini untuk memulakan apa-apa tindakan terhadap Datuk Tee ataupun untuk menyingkirkannya sebagai Pelikuidasi (“Liquidator”) S.P. Granite. Dalam lain perkataan, Pemohon (SMCB / Sundarasan) telah gagal untuk menunjukan dan membuktikan kepada Mahkamah ini bahawa Datuk Tee adalah seorang yang tidak layak dan tidak sesuai untuk menjalankan tugasnya sebagai Pelikuidasi kepada S.P. Granite. [30] Oleh yang demikian, atas alasan ini Notis Usul Pemohon (SMCB / Sundarasan) ini seharusnya ditolak oleh Mahkamah ini dengan kos. Isu Ketiga: Sama ada pemfailan Notis Usul ini adalah merupakan penyalahgunaan dan campur tangan dengan proses penggulungan S/N Jry0y4CwrkuHuSGku/CwLQ ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-27-05/2024 17 [31] Selanjutnya, perlu ditegaskan bahawa Notis Usul ini telah difailkan oleh Pemohon (SMCB / Sundarasan) selepas pemfailan Notis Usul di dalam Kes No. NA-28PW-20-04/2024 oleh Datuk Tee untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan dengan “Sanction Order” yang telah diperolehi oleh SMCB / Sundarasan bertarikh pada 21.10.2022 dan Rayuan-Rayuan yang masih tertangguh di Mahkamah Rayuan. [32] Dalam erti kata lain, pemfailan Notis Usul ini oleh SMCB / Sundarasan adalah dilakukan secara mala fide dan ianya merupakan suatu percubaan oleh pihak SMCB / Sundarasan untuk menggagalkan Notis Usul Datuk Tee di dalam Kes No. NA-28PW- 20-04/2024 dan juga agar Rayuan-Rayuan tersebut akan menjadi sia-sia sebelum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. [33] Selain itu, perlu ditegaskan bahawa semasa Mesyuarat Pemiutang dan Penyumbang yang diadakan pada 18.10.2022, Sundarasan telah mengundi dan menyokong calon Pempetisyen untuk menjadi Pelikuidasi sebagaimana yang telah dibuktikan di dalam Kes 19. Mahkamah ini telah menolak Kes 19 tersebut dan telah melantik S/N Jry0y4CwrkuHuSGku/CwLQ ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-27-05/2024 18 Datuk Tee sebagai Pelikuidasi kepada S.P. Granite. Pihak Pempetisyen telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini yang telah melantik Datuk Tee. [34] Oleh itu, dari satu segi Sundarasan nampak seolah-olah seperti cuba berlaku adil dengan kehendak pihak Pempetisyen. Manakala, dari sudut yang lain pula, Sundarasan telah memfailkan Notis Usul ini untuk melantik diri beliau sendiri sebagai Pelikuidasi kepada S.P. Granite bagi menggantikan Pelikuidasi Datuk Tee yang telahpun dilantik secara sah dan teratur oleh Mahkamah ini pada 12.10.2023. [35] Tambahan juga, tindakan Sundarasan yang mahu melantik diri beliau sendiri sebagai Pelikuidasi S.P Granite bagi menggantikan Datuk Tee membuktikan bahawa beliau mempunyai kepentingan peribadi dan konflik kedudukan sebagai Pelikuidasi kepada S.P. Granite. Di samping itu, Sundarasan telah gagal untuk menunjukkan kenapa perlantikannya sebagai Pelikuidasi kepada S.P. Granite adalah merupakan langkah yang terbaik di dalam penggulungan ini. Justeru itu, motif Sundasaran tersebut adalah amat dipertikaikan. S/N Jry0y4CwrkuHuSGku/CwLQ ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-27-05/2024 19 [36] Perlu dtegaskan bahawa seorang Pelikuidasi tersebut mesti pada setiap masa perlu berlaku adil, saksama, bebas daripada sebarang pengaruh dalam menjalankan tugas serta kewajipannnya. Di dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Sundarasan telah gagal untuk menunjukkan ciri-ciri ataupun kriteria-kriteria tersebut di mana tindakan-tindakan yang beliau telah ambil dalam tindakan ini boleh dianggap sebagai suatu penyalahgunaan proses Mahkamah ini. Kesimpulan [37] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah dinyatakan tersebut di atas, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk menolak Notis Usul pihak Pemohon di bawah Lampiran - 1 dengan kos. Selanjutnya, Mahkamah juga memutuskan bahawa kos Notis Usul ini (Lampiran - 1) adalah sebanyak RM5,000.00 dan jumlah kos ini mesti dibayar oleh Pemohon (SMCB / Sundarasan) kepada pihak Responden tertakluk kepada bayaran fi alokatur. S/N Jry0y4CwrkuHuSGku/CwLQ ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-27-05/2024 20 Disediakan oleh: t.t. (Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 13 haribulan Februari 2024. S/N Jry0y4CwrkuHuSGku/CwLQ ALASAN PENGHAKIMAN NA-28PW-27-05/2024 21 PEGUAMCARA PERAYU: TETUAN NURLINY, PANNIR MANNAR & CO No. 152, Tingkat 1 Peti Surat 269 Jalan Besar, Pekan Kapar 42200 Kapar Selangor Darul Ehsan. PEGUAMCARA RESPONDEN / PEMOHON: TETUAN MATHEWS HUN LACHIMANAN 10-3, 3rd Mile Square, 151 3rd Mile Old Klang Road 58100 Kuala Lumpur.