Notwithstanding anything contained in this section, the State Authority shall reserve the right to forfeit an amount which is sufficient to defray the amount of costs and damages incurred by any person interested and such amount shall be determined by the Land Administrator and shall be deducted from the deposit under paragraph 3(3)(d) in the event of any withdrawal made under this section.” [56] Borang K masih belum dikeluarkan dan/atau diserahkan kepada pemohon, Tanah Terjadual tersebut masih belum diambil milik secara formal di bawah APT. Oleh itu, penarikan balik pengambilan masih boleh dibuat. [57] Dalam kes di hadapan mahkamah ini, ke semua proses pengambilan tanah adalah berlandaskan seksyen 12 dan 14 APT sehinggalah kepada pengeluaran Borang H. Tambahan, Borang K masih belum dikeluarkan oleh responden pertama. Mahkamah ini mendapati penarikan balik pengambilan tanah yang dilaksanakan adalah selari dengan peruntukan-peruntukan undang-undang di bawah APT. [58] Rujukan dibuat kepada kes Mahkamah Rayuan Pengarah Tanah Dan Galian Selangor v. PNSB Acmar Sdn. Bhd. & anor and Another Appeal [2024] 1 CLJ 409 telah menyatakan: “[28] In our considered view, section 18 of the Land Acquisition Act 1960 does not seek to prescribe the time at which possession takes place, but merely specifies that possession may be taken by the State upon the issuance of the Form H or at any time thereafter. It is an empowering or enabling provision, which grants the right to the Land Administrator to take possession of the land after issuance and service of Form H. From a plain reading of section 18, it is clear that it anticipates a further act being carried out by the land administrator in order for possession to be taken. The words “at any time thereafter” at the end of paragraph (a) further supports the construction that section 18 is not a deeming provision specifying the legal presumption of possession. If section 18 was intended to create a legal presumption of possession, then the legislature would have fixed a point in time for possession to take effect, rather than using the form of words in paragraph (a). Quite clearly, in our view, something more must be done by the land administrator before it is deemed to have taken possession of the land in question. [29] That something more is that which is specified in section 22. [30] Section 22 provides for a presumption of law that, once 5 Form K has been issued by the land administrator, it is deemed to have taken formal possession of the subject land. … [32] In our considered view, possession can also be taken by being in actual physical possession of the land. On a proper construction of section 35 of the Land Acquisition Act 1960, once actual possession of the land is taken, the compulsory acquisition can no longer be withdrawn. This construction is supported by the fact that section 35 refers to “possession” and not “formal possession”. … [34] The word “possession” in section 35 must therefore carry a meaning different from “formal possession”. The logical conclusion must be that “possession” encompasses something wider than “formal possession”; the latter term is merely a subset of “possession”, and possession can be obtained by 20 being in actual occupation of the land in question.” [59] Dalam kes PNSB Acmar (supra), Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa “actual possession” telah berlaku apabila agensi pembayar telah meletakkan “machineries” di tanah tersebut walaupun sebelum pengeluaran Borang H. Ini berbeza dengan kes di hadapan mahkamah ini di mana Borang K belum dikeluarkan dan tiada sebarang “actual possession”. [60] Memandangkan penarikan balik pengambilan tanah tersebut dibuat sebelum Borang K dikeluarkan atau formal possession, mahkamah berpandangan, penarikan balik yang dibuat adalah sah dan teratur dari segi undang-undang. Tambahan pula, tiada mana-mana keterangan dari pemohon bahawa adanya kerja-kerja pembinaan dilakukan bagi tujuan pembinaan LPT di tanah tersebut. Tiada kontrakor hadir di sana. Ini menunjukkan tiada “actual possession” dalam kes ini. [61] Dalam keadaan di mana tiadanya Borang K dikeluarkan, ini bererti tiada formal possession telah berlaku. Fakta kes juga menunjukkan tiada bukti bahawa actual possession telah dilakukan. Sehubungan itu, dalam kes ini tiada formal possession ataupun actual possession. [62] Memandangkan tidak berlaku formal possession atau actual possession, maka mahkamah mendapati responden boleh menarik balik pengambilan Tanah Terjadual. Ini adalah selaras dengan peruntukkan seksyen 35 APT. [63] Tambahan pula mahkamah ini mendapati, dalam masa 4 tahun selepas pengeluaran Borang H, pemohon-pemohon tidak pernah dan gagal menunjukkan usaha mendapatkan bayaran pampasan dan hanya berdiam diri sehinggalah Warta 1350 dan 1351 digazetkan. Tiada sebarang aktiviti dijalankan di Tanah Terjadual oleh kedua-dua pihak, sama ada pemohon-pemohon mahupun responden-responden. [64] Pada pandangan mahkamah ini, penarikan balik pengambilan tanah boleh dilaksanakan oleh responden-responden sekiranya Borang K bagi maksud formal possession masih belum dikeluarkan atau sekiranya tiada actual possession. [65] Dalam semakan kehakiman ini, tiada keterangan atau bukti bahawa responden-responden telah mengambil milik (“actual possession”). Tanah Terjadual terbiar begitu sahaja. [66] Selanjutnya, dalam semakan kehakiman ini, Borang K belum diserahkan kepada pemohon-pemohon. Ini bererti, tiada ambil milik formal (“formal possession”) yang telah berlaku. [67] Apabila tiada “actual possession” atau “formal possession” yang telah berlaku, maka mahkamah berpandangan bahawa responden-responden boleh menarik balik pengambilan tanah selaras dengan seksyen 35 APT. [68] Mahkamah ini berpuas hati bahawa keputusan penarikan pengambilan tanah sebagaimana Warta 1351 adalah sah di sisi undang-undang, selagi mana Borang K masih belum dikeluarkan dan/atau diserahkan kepada ke semua pemohon-pemohon. Tanah Terjadual tersebut juga masih belum diambil milik secara “actual possession”. Maka, penarikan balik pengambilan masih boleh dibuat. [69] Memandangkan mahkamah ini mendapati bahawa responden-responden boleh menarik balik pengambilan tanah dan tiada unsur-unsur illegality, irrationality atau ketidak patuhan prosidur, responden-responden tidak terhenti untuk memulakan prosiding pengambilan semula tanah pemohon-pemohon. [70] Sehubungan itu, mahkamah ini juga berpuas hati bahawa keputusan untuk memulakan prosiding pengambilan semula tanah pemohon-pemohon adalah tidak illegal, irrational atau tidak mempunyai unsur ketidak patuhan prosidur. Kesimpulan [71] Berdasarkan alasan-alasan yang telah dinyatakan, mahkamah ini mendapati tiada sebarang “illegality”, “irrationality” dan “procedural impropriety” dalam proses penarikan balik pengambilan Tanah Terjadual. [72] Mahkamah juga mendapati tiada sebarang “illegality”, “irrationality” dan “procedural impropriety” dalam proses pengambilan balik semula Tanah Terjadual. [73] Sehubungan itu, mahkamah ini menolak permohonan semakan kehakiman ini dengan tiada perintah terhadap kos. Tarikh: 1 Mac 2024 (SHAHNAZ BINTI SULAIMAN) Hakim Mahkamah Tinggi di Malaya, Shah Alam Counsel: Bagi Pihak Pemohon JK Lim, CY Lin Tetuan JK Lim Advocates & Solicitors E-2-08, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820, Petaling Jaya. jklim.law@gmail.com +6 03 7728 7100 Bagi Responden-responden: Natrah Mazman, Noreazlim Saidil, Nur Aifaa dan (Responden 1) Etty Elainy Binti Tesno, Muhammad Shah Faris bin Kamarulzaman (Responden 2) Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Darul Ehsan, Tingkat 4, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40512 Shah Alam, Selangor. +6 03 5544 7183