Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO: RA-44-6-08/2023 Dalam Perkara Mengenai Perbicaraan Jenayah No.: RA- 45SOM-3-04/2022 Dalam Perkara Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 Dalam Fasal 5 & 8 Perlembagaan Persekutuan S/N xxJvxwy1zkeer7AaS2oeMw Dalam Perkara Seksyen ss. 152, 153, 154 dan Kanun Tatacara Jenayah Dalam Perkara bidang kuasa sedia ada Mahkamah ANTARA SUCHAT BIN TOHDIN ..... PEMOHON (NO. PASSPORT: AC2137776) PENDAKWA RAYA ..... RESPONDEN S/N xxJvxwy1zkeer7AaS2oeMw PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Rayuan ini telah difailkan oleh Pemohon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini yang dibuat pada 7 Mac 2024 (Kandungan 40), yang telah membenarkan Permohonan Responden supaya Pemohon ditahan di dalam penjara di bawah subseksyen 30(3) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747] (selepas ini dirujuk sebagai “SOSMA”) sementara menunggu beresnya rayuan di Mahkamah Rayuan di bawah seksyen 30 SOSMA (selepas ini dirujuk sebagai “Perintah Penahanan tersebut”). LATAR BELAKANG KES [2] Pemohon telah dituduh di Mahkamah ini di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] (selepas ini dirujuk sebagai “ATIPSOM”) [No. Kes : RA-45SOM-3-04/2022] (selepas ini dirujuk sebagai “Pertuduhan tersebut”). Pemohon telah tidak mengaku salah dan minta dibicarakan atas Pertuduhan tersebut. S/N xxJvxwy1zkeer7AaS2oeMw [3] Tidak berpuas hati dengan Pertuduhan tersebut, melalui Permohonan Jenayah No.: RA-44-6-08/2023, Pemohon telah memfailkan suatu Notis Usul bertarikh 25 Ogos 2023 (Kandungan 1) dan Perakuan Segera bertarikh 25 Ogos 2023 (Kandungan 4) bagi memohon perintah seperti yang berikut: “1. Pertuduhan dan pendakwaan jenayah terhadap Pemohon di bawah seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 [Akta 670] di Mahkamah Tinggi Kangar dalam Kes No. RA-45SOM-3-04/2022 diketepikan dan dibatalkan;