Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. :RA-45SOM-3-04/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN SUCHAT BIN TOHDIN [NO. PASSPORT : AC2137776] S/N 6eOfF869vEirfoYQWzpEgw
RA-45SOM-3-04/2022
High Court of Malaysia31 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. :RA-45SOM-3-04/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN SUCHAT BIN TOHDIN [NO. PASSPORT : AC2137776] S/N 6eOfF869vEirfoYQWzpEgw
1
Pada 31 Julai 2025, Timbalan Pendakwa Raya yang mewakili Pendakwa Raya telah membuat permohonan lisan kepada Mahkamah ini supaya kes jenayah No.: RA-45SOM-3-04/2022 dibicarakan bersama dengan kes-kes jenayah No.: RA-45SOM-16-09/2023, No.: RA-45SOM-17- 09/2023, No.: RA-45SOM-18-09/2023 dan No.: RA-45SOM-19-09/2023 (selepas ini dirujuk sebagai “empat kes yang lain tersebut”). Permohonan ini dibuat setelah Timbalan Pendakwa Raya, yang mempunyai akses kepada kertas siasatan, meneliti dan mengkaji kertas siasatan dan kertas pertuduhan bagi kelima-lima kes jenayah tersebut.
2
Kecuali peguam bela Tertuduh dalam kes ini, peguam bela tertuduh-tertuduh bagi empat kes yang lain tersebut dan peguam pemerhati dari Majlis Peguam Malaysia tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan Timbalan Pendakwa Raya tersebut.
3
Setelah Mahkamah ini mendengar, meneliti dan menilai hujahan kedua-dua pihak Timbalan Pendakwa Raya dan peguam bela Tertuduh dalam kes ini, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya tersebut.
4
Tertuduh dalam kes ini yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah merayu terhadap keputusan tersebut.
5
Alasan Mahkamah ini membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya tersebut adalah seperti di bawah. S/N 6eOfF869vEirfoYQWzpEgw
6
Pertama, Mahkamah ini berpuas hati dan menerima penjelasan, pengesahan dan hujahan Timbalan Pendakwa Raya bahawa berdasarkan kertas siasatan dan kertas pertuduhan bagi kes-kes jenayah No.: RA- 45SOM-3-04/2022, No.: RA-45SOM-16-09/2023, No.: RA-45SOM-17- 09/2023, No.: RA-45SOM-18-09/2023 dan No.: RA-45SOM-19-09/2023 tersebut, pertuduhan ke atas Tertuduh dalam kes ini dan empat tertuduh yang lain bagi kelima-lima kes jenayah tersebut –
a
melibatkan kesalahan yang sama di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007;
b
melibatkan tarikh dan masa kejadian yang sama;
c
melibatkan transaksi yang sama; dan
d
melibatkan saksi-saksi yang sama, iaitu seramai lima belas (15) orang.
7
Memandangkan pertuduhan ke atas Tertuduh dalam kes ini dan empat tertuduh yang lain tersebut melibatkan kesalahan yang sama, tarikh dan masa kejadian yang sama, transaksi yang sama dan saksi-saksi yang sama, maka berpandukan kepada subseksyen 170(1) Kanun Tatacara Jenayah dan undang-undang yang mantap, Mahkamah ini berpendapat bahawa adalah wajar dan patut kes jenayah No.: RA-45SOM-3-04/2022 tersebut dibicarakan bersama dengan kes-kes jenayah No.: RA-45SOM-16-09/2023, No.: RA-45SOM-17-09/2023, No.: RA-45SOM-18-09/2023 dan No.: RA- 45SOM-19-09/2023 tersebut. S/N 6eOfF869vEirfoYQWzpEgw
8
Sebagai rujukan, subseksyen 170(1) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seperti yang berikut: “Bila beberapa orang boleh dipertuduh bersesama
170
(1) Apabila lebih daripada seorang dituduh atas kesalahan yang sama atau atas kesalahan yang berlainan yang dilakukan dalam transaksi yang sama, atau apabila seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan dan seorang yang lain dituduh bersubahat dalam atau cuba untuk melakukan kesalahan yang sama, mereka boleh dipertuduh dan dibicarakan bersama-sama atau berasingan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah, dan peruntukan yang terkandung dalam bahagian terdahulu Bab ini hendaklah terpakai bagi semua pertuduhan itu.”. [Penekanan ditambah]
9
Kedua, semasa Timbalan Pendakwa Raya membuat permohonan pada 31 Julai 2025 tersebut, peguam bela tertuduh-tertuduh bagi empat kes yang lain tersebut dan peguam pemerhati dari Majlis Peguam Malaysia tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan Timbalan Pendakwa Raya tersebut. Ini mencerminkan bahawa permohonan Timbalan Pendakwa Raya tersebut adalah wajar, patut dan mengikut undang-undang, dan bukanlah sesuatu yang memprejudiskan, menyebabkan ketidakadilan (miscarriage of justice) dan/atau melanggar hak Tertuduh dalam kes ini dan tertuduh-tertuduh yang lain dari segi perlembagaan dan undang-undang.
10
Ketiga, pada pendapat Mahkamah ini, memandangkan saksi-saksi yang akan dipanggil bagi kesemua kes jenayah tersebut adalah sama, dengan membicarakan kesemua kes tersebut secara bersama tentunya akan dapat menjimatkan banyak masa dan kos Mahkamah, saksi-saksi, pihak pendakwaan dan pihak-pihak pembelaan. S/N 6eOfF869vEirfoYQWzpEgw
11
Keempat, selain telah memenuhi kehendak subseksyen 170(1) Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa permohonan Timbalan Pendakwa Raya tersebut telah dibuat secara bona fide berdasarkan segala fakta dalam kertas siasatan dan kertas pertuduhan serta peruntukan undang-undang yang berkaitan. Dalam hal ini, tiada sebarangan keterangan yang menunjukkan bahawa permohonan Timbalan Pendakwa Raya tersebut telah dibuat secara mala fide dan telah memprejudiskan dan/atau menyebabkan ketidakadilan kepada Tertuduh dalam kes ini dan tertuduh-tertuduh yang lain. Oleh itu, adalah wajar dan patut permohonan Timbalan Pendakwa Raya tersebut dibenarkan oleh Mahkamah ini.
12
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya supaya kes jenayah No.: RA- 45SOM-3-04/2022 dibicarakan bersama dengan kes-kes jenayah No.: RA- 45SOM-16-09/2023, No.: RA-45SOM-17-09/2023, No.: RA-45SOM-18- 09/2023 dan No.: RA-45SOM-19-09/2023. Bertarikh : 4 OKTOBER 2025 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kangar Negeri Perlis S/N 6eOfF869vEirfoYQWzpEgw (NEGERI PERLIS) Peguam bagi pihak Pemohon: Encik Baharudin Bin Baharim Tetuan Bahar & Co Peguam Bela dan Peguam Cara No. 7 Jalan Impian Ikonik 1/4 Taman Impian Emas 81300 Johor Bahru Johor Peguam bagi pihak Responden: TPR Tuan Mohd Hadi Hakimi Bin Harun Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis Aras 3, Blok B Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Persiaran Wawasan 01000 Kangar Perlis S/N 6eOfF869vEirfoYQWzpEgw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.