Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-19-02/2022] ANTARA PENDAKWA RAYA
JA-45A-19-02/2022
High Court of Malaysia9 Jun 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“mmitted under great secrecy and that investigation of a crime is a difficult and tedious task. At the same time the life and personal liberty of a citizen is a precious one guaranteed by Art 5 of the Federal Constitution and its deprivation shall be only in accordance with law. Thus, before accusing an innocent person”
“lam kes Pendakwaan khususnya mengenai isu akses eksklusif, penggunaan dan pemilikan premis Flora tersebut. b) Pengetahuan Tentang Barang Kes Dadah [38] Di dalam kes Loo See Lee v. Public Prosecutor [2018] MLJU 41 Mahkamah Rayuan telah menekankan tentang mens rea pemilikan: “[16] In the Supreme Court’s case of Lin Lian”
“memberi kelebihan kepada pihak Pembelaan. Inferens di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan boleh digunakan ke atas pihak Pendakwaan. Mahkamah Rayuan di dalam Vinod Raj a/l Uthayakumar v. Pendakwaraya [2022] MLRAU 6, YA Che Mohd Ruzima bin Ghazali HMR memutuskan: "[34] Pada pandangan kami, walaupun pihak Pendakwaan berh”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-19-02/2022] ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Sudirman, seorang warganegara Indonesia telah dipertuduhkan dengan tuduhan mengedar dadah di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
2
Pertuduhan adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 5/2/2021 jam lebih kurang 11.15 malam, bertempat Blok C No 10-16 Pangsapuri Ikatan Flora Jalan Permas 2 Bandar Baru Permas Jaya, di dalam daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 915.4 gram. Dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah 2 Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”
3
Pendakwaan telah mengemukakan 5 orang saksi Pendakwaan untuk membuktikan pertuduhan.
4
Beban pembuktian di akhir kes Pendakwaan termaktub dalam Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Apabila Pendakwaan telah menutup kesnya, Mahkamah hendaklah menimbangkan sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh di atas standard melangkaui keraguan munasabah atau sebaliknya.
5
Prinsip prima facie ini telahpun dijelaskan dalam kes Mahkamah Persekutuan Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 seperti berikut: - “A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side.”
6
Bersandarkan kepada prinsip di dalam Balachandran v PP [supra], ujian prima facie bermaksud sama ada Mahkamah boleh mensabitkan seseorang Tertuduh terhadap pertuduhan yang telah dirangka berlandaskan kepada keterangan-keterangan saksi Pendakwaan yang telah dikemukakan di Mahkamah sepanjang kes 3 Pendakwaan. Sekiranya jawapan kepada ujian ini adalah positif, maka satu kes prima facie telah pun berjaya dibuktikan dan Tertuduh hendaklah dipanggil untuk membela diri bagi menjawab pertuduhan terhadap beliau.
7
Bagi membuktikan pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Pendakwaan hendaklah membuktikan tiga (3) elemen berikut: - a) Dadah tersebut tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan berat bersih seperti di dalam pertuduhan; b) Dadah tersebut ada dalam milikan Tertuduh yang mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah berkenaan serta mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya; dan c) Tertuduh telah mengedarkan dadah seperti di dalam pertuduhan.
8
Pada 05.02.2021 jam lebih kurang 11.15 malam, Inspektor Mohd Azraf bin Mohd Ali (SP3) telah mengetuai sepasukan tiga (3) orang anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJND) IPD Johor Bahru Selatan pergi ke alamat Blok C, No. 10-16, Pangsapuri Ikatan Flora, 4 Jalan Permas 2, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor (selepas ini ‘premis Flora’).
9
Sampai di alamat tersebut, SP3 mendapati pintu grill rumah dalam keadaan berkunci. SP3 kemudian telah menekan suis loceng dan mengetuk pintu rumah sambil memanggil penghuni premis Flora tersebut.
10
Pintu utama telah dibuka dari dalam oleh penghuni premis Flora tersebut iaitu satu (1) lelaki warga Indonesia (Tertuduh) dan SP3 telah memperkenalkan diri sebagai pihak polis sambil memberitahu Tertuduh tujuan kehadiran pihak SP3 untuk membuat pemeriksaan terhadap premis Flora tersebut. Tertuduh kemudiannya telah bertindak menutup dan mengunci pintu utama premis Flora tersebut dan masuk semula ke dalam premis Flora tersebut tanpa memberi sebarang jawapan untuk bekerjasama dengan SP3 dan pasukan serbuan.
11
SP3 telah meminta Tertuduh untuk membuka pintu premis Flora tersebut sebanyak 3 kali namun Tertuduh masih tidak mahu memberikan kerjasama.
12
SP3 dan pasukan serbuan telah bertindak mengumpil dan memecahkan pintu grill dan pintu utama untuk masuk ke dalam premis Flora tersebut. SP3 dan pasukan serbuan telah berjaya masuk ke dalam dan telah pergi ke bilik utama (bilik sebelah kiri) dan mendapati bilik tersebut berkunci dari dalam.
13
SP3 dan pasukan serbuan sekali lagi bertindak memecahkan pintu bilik tersebut dan telah masuk dan menahan Tertuduh di dalam 5 tandas bilik tersebut (bilik sebelah kiri). Kedudukan Tertuduh ketika itu adalah seperti mana Tandaan X2 yang dibuat oleh SP3 pada Eskhibit P7(41) Gambar Tempat Kejadian.
14
SP3 kemudiannya telah memperkenalkan diri kepada Tertuduh dan butiran diri yang diberikan oleh Tertuduh adalah beliau bernama Sudirman.
15
SP3 dan pasukan serbuan telah membuat pemeriksaan di dalam tandas dan telah menjumpai: - i. (1) bungkusan plastik lutsinar di dalamnya mengandungi ketulan mampat disyaki dadah jenis Syabu (Tandaan F) Ekshibit P4A, di atas lantai tandas bilik tersebut (sebelah kanan daripada pintu masuk tandas). Tandaan X1 telah dibuat oleh SP3 pada Ekshibit P7(41) Gambar Tempat Kejadian.
16
SP3 kemudian membuat pemeriksaan lanjut di dalam bilik tersebut dan telah menjumpai di atas meja kecil sebelah kanan katil tandaan X3 oleh SP3 pada Ekshibit P7(40) iaitu: - i. Kotak Tisu Jenama Econsave (Tandaan G) Ekshibit P4B di dalamnya terdapat
7
bungkusan plastik lutsinar mengandungi ketulan dadah disyaki jenis syabu (tandaan G1 hingga G7) Eskhibit P4B(1-7); ii. Serangkai Kunci yang mengandungi (1) kad akses bertulis FP3M 0001612358 00024:39494 (Tandaan H) Ekshibit P14; iii.
4
batang kunci (Tandaan H1 hingga H4) Ekshibit P15 (1-4); iv. (1) dompet berwarna coklat (Tandaan G) Ekshibit P13 di dalamnya mengandungi kad bertulisan kartu tanda penduduk Republik Indonesia di atas nama Sudirman (Tandaan I1) Ekshibit P13A dan (1) keping gambar (Tandaan I2) Ekshibit P13B dan duit bercampur-campur berjumlah sebanyak RM300.00. [17] Pemeriksaan lanjut SP3 dan pasukan serbuan di dalam premis Flora tersebut tidak menjumpai apa-apa barang salah. [18] SP3 telah menangkap Tertuduh dan merampas semua dadah yang dijumpai berserta wang tunai berjumlah RM300.00 tersebut. [19] Kesemua rampasan barang kes dadah dan Tertuduh telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat iaitu Inspektor Letchumanen a/l Nandagopal (SP5) pada 06.02.2021 jam lebih kurang 5.00 pagi sebagaimana laporan Permas Jaya Rpt: 597-598/2021. A) ELEMEN PERTAMA – DADAH TERSEBUT TERSENARAI DALAM JADUAL PERTAMA AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DENGAN BERAT BERSIH SEPERTI DI DALAM PERTUDUHAN; [20] Barang kes yang dianalisa oleh SP1 adalah barang kes yang sama yang telah dirampas oleh SP3 dan diserahkan kepada SP5. Barang kes yang dianalisa oleh SP1 juga sentiasa berada dalam jagaan dan kawalan SP3 dari awal barang kes tersebut dijumpai sehinggalah ia diserahkan kepada SP5 pada 06.02.2021 jam 5.00 pagi. Selanjutnya SP5 telah menyerahkan barang kes tersebut kepada SP1 untuk dianalisa. [21] Ahli Kimia SP1 telah menjalankan analisa pada barang kes yang dirampas oleh SP3. SP1 adalah seorang saksi pakar yang telah memberikan keterangan di bawah Seksyen 45 Akta Keterangan 1950. SP1 merujuk kepada Laporan Kimia Ekshibit P6 yang menyatakan Methamphetamine adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952. [22] Barang kes yang dirampas oleh SP3 dan diserahkan kepada SP5 untuk dianalisa oleh SP1 adalah merupakan barang kes yang sama di mana rantaian keterangan ekshibit tersebut adalah langsung tidak terputus. [23] Hakim Azahar Mohamad, Hakim Mahkamah Rayuan (pada ketika itu) dalam Shamsul Kamar Karia V PP [2013] 9 CLJ 387 telah mendapati seperti berikut: - “Irrefutably, in any drug trafficking case, the evidence of the chemist as an expert witness must be satisfactorily and adequately adduced to prove that the impugned drug is a “dangerous drug” as defined in the DDA. It is apparent that the principal reason for sending to the chemist the drug exhibit for chemical examination and analysis is primarily to determine the identity and the weight of the drug in question, which are basic and necessary ingredients of the offence.” [24] Hakim Abdul Hamid Mohammad, Presiden Mahkamah Rayuan (ketika itu) dalam Gunalan Ramachandran V PP [2004] 4 CLJ 551 telah memutuskan: - “…but so long as there is no doubt that the drug analysed by the chemist was the same one that was recovered in the case and it is in respect of that drug that the accused is charged, and there is reasonable explanation as to how it was lost or destroyed or the reason for the gap, there is no reason why the prosecution’s case should fall.” [25] Berdasaran analisa di atas, tiada apa-apa keraguan mengenai identiti barang kes dadah tersebut dan oleh itu elemen pertama ini telah berjaya dibuktikan oleh Pendakwaan. Barang kes yang dirampas daripada Tertuduh adalah merupakan dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seperti yang ditakrifkan di dalam Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. B. ELEMEN KEDUA – DADAH YANG DIRAMPAS ADA DALAM MILIKAN OKT YANG MEMPUNYAI JAGAAN DAN KAWALAN KE ATAS DADAH BERKENAAN SERTA MEMPUNYAI PENGETAHUAN BAHAWA DADAH TERSEBUT ADALAH DADAH BERBAHAYA [26] Untuk mengaitkan Tertuduh dengan dadah yang dirampas, Pendakwaan bergantung pada keterangan berikut: - i. Tertuduh ditangkap di dalam bilik mandi premis Flora tersebut; ii. Kad akses, satu set kunci premis dan dompet Tertuduh telah ditemukan di dalam bilik tidur; iii. Kad akses dan kunci premis didakwa telah diserahkan kepada Tertuduh oleh SP2; iv. Tertuduh didakwa enggan bekerjasama dengan pasukan serbuan. [27] Analisa Mahkamah berkenaan elemen kedua ini adalah diperhalusi seperti berikut: - a) Akses Kepada Premis Flora [28] Isu penjagaan, pengurusan, pemilikan dan kawalan premis Flora tersebut adalah sangat penting dalam menentukan pemilikan dan kawalan ke atas dadah yang dipertikaikan. Menurut keterangan ejen hartanah iaitu SP2 bernama Teh You Wee dan kandungan perjanjian sewa Ekshibit P8, penyewa premis Flora tersebut adalah Woo Wee Tak dan bukannya Tertuduh. Tiada bukti yang dikemukakan oleh Pendakwaan bahawa premis Flora tersebut disewakan kepada orang lain pada masa yang relevan. [29] SP2 memberi keterangan bahawa pada Januari 2021, Woo Wee Tak menghubungi beliau selepas melihat iklan mengenai premis Flora tersebut. SP2 kemudiannya mengatur lawatan ke premis Flora tersebut yang dihadiri oleh Woo Wee Tak bersama dengan Tertuduh dan seorang lagi individu bernama Herman. Menurut SP2, Woo Wee Tak telah membuat keputusan untuk menyewa premis Flora tersebut untuk tujuan penginapan pekerja beliau dan membayar deposit sebanyak RM1,000.00. (Pemeriksaan Utama SP2) Q: Kamu tengok keadaan rumah, seluruh rumah. Lepas itu apa jadi? Woo Wee Tak membuat keputusan untuk menyewa rumah tersebut dan dia pun memberikan deposit. [30] SP2 juga memberi keterangan bahawa beliau difahamkan bahawa Woo Wee Tak bercadang untuk menyewa premis Flora tersebut untuk pekerjanya, namun tidak mengetahui identiti pekerja tersebut. Walaupun bersifat hearsay, keterangan tersebut wajar untuk diambilkira. SP5 Pegawai Penyiasat dalam keterangan beliau menyatakan Tertuduh hanyalah rakan Woo Wee Tak. Namun begitu, tiada sebarang keterangan dikemukakan oleh Pendakwaan untuk membuktikan bahawa Tertuduh adalah pekerja Woo Wee Tak atau bahawa premis Flora tersebut dimaksudkan untuk disewa atau diduduki oleh Tertuduh. (Pemeriksaan utama SP5) Q: Dari siasatan Inspektor, siapa sewa rumah tersebut? Perjanjian sewa rumah ditandatangani oleh kawan kepada Tertuduh iaitu satu lelaki Cina. [31] Pentingnya kedudukan Woo Wee Tak diperkuatkan lagi oleh keterangan SP5 yang mengesahkan bahawa Woo Wee Tak telah ditangkap bersama seorang individu lain bernama Muhammad Haffiz selepas penangkapan Tertuduh. Kedua-duanya kemudiannya ditahan reman bersama Tertuduh. Oleh itu, adalah jelas bahawa Woo Wee Tak bukan sahaja penyewa premis Flora tersebut tetapi juga seorang suspek dalam kes ini. [32] Berkenaan perkara ini, adalah penting untuk merujuk kepada kes Rosli bin Yusof lwn. Pendakwa Raya [2021] 4 MLJ 479 di mana Mahkamah Persekutuan telah menerangkan dengan panjang lebar dan memutuskan bahawa: - “[21] In essence, the learned counsel for the appellant submitted that the prosecution has a duty to make available to the defence all the witnesses who had been investigated and from whom statements had been recorded…. [22] In support of his submission, reliance was placed on the English Court of Criminal Appeal case of R v. Horace Henry Bryant & Another
1946
31 Cr App R 146, where the court recognises that the prosecution has a duty to make a person who can give material evidence available to defence if they decide not to call him. [23] Learned counsel also referred us to the pre-Merdeka case of Teh Lee Tong v. Rex [1951] 1 LNS 96; [1956] 1 MLJ 194 where the court held that all witnesses whose statements have been taken should be brought to court by the prosecution, except those whose evidence will clearly and obviously throw no light on the case; and any witness not so brought to court must be made available to the accused should he desire to call such witness. [24] The appellant relied heavily on the decision of this court in Ti Chuee Hiang v. PP [1995] 3 CLJ 1 where in the course of his judgment, Edgar Joseph Jr FCJ cited with approval passages from the Australian case of Richardson v. R [1974] 131 CLR 116, where the relevant excerpt reads (at p. 6): ... Secondly, there is room for some debate as to what is meant by the opening words of the statement and it should not be read as inhibiting the discretion which the prosecutor has not to call in the Crown case any eye-witness if he judges that there is sufficient reason for not calling him, as, for example, where he concludes that the witness is not a credible and truthful witness. In this event the prosecutor will ensure that the accused is given the opportunity to call the witness. (emphasis added)” [33] Walaupun beliau adalah penyewa premis tersebut dan seorang suspek dalam kes ini, Woo Wee Tak tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan. SP5 mahupun pihak Pendakwaan juga tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai ketidakhadirannya. Selain itu SP5 juga tidak mengemukakan apa-apa keterangan mengenai keberadaan Woo Wee Tak atau sebarang usaha yang telah diambil untuk menjejak, mencari atau memastikan kehadirannya di Mahkamah. Satu-satunya bukti yang relevan adalah keterangan SP5 bahawa menurut arahan Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN), Woo Wee Tak dan Muhammad Haffiz telah ditukarkan menjadi saksi Pendakwaan di bawah seksyen 118 KTJ. Walau bagaimanapun, Woo Wee Tak tidak dipanggil atau ditawarkan kepada pihak pembelaan pada akhir kes Pendakwaan. Pendakwaan juga tidak mengambil sebarang langkah untuk mengemukakan kenyataan beramaran Woo Wee Tak di bawah seksyen 32(1) Akta Keterangan 1950. (Pemeriksaan balas SP5) Q: Apa jadi dengan Woo Wee Tak dan Muhammad Haffiz? Kepada Woo Wee Tak dan Haffiz, atas arahan PPN, saya telah menjadikan mereka sebagai saksi Pendakwaan di bawah seksyen 118. [34] Oleh itu, kegagalan pihak Pendakwaan untuk memanggil Woo Wee Tak yang merupakan saksi material dalam kes ini telah menyebabkan Mahkamah Yang Mulia ini kehilangan peluang untuk meneliti keterangan penting yang boleh menjelaskan isu-isu utama berkaitan pemilikan, penggunaan, akses, jagaan dan kawalan premis Flora tersebut. Keterangan beliau adalah penting untuk menentukan isu jagaan dan kawalan dadah yang dipertikaikan yang ditemui di bilik tidur dan bilik mandi premis Flora tersebut. Oleh itu, ketiadaan keterangan Woo Wee Tak telah mengakibatkan naratif kes Pendakwaan menjadi tidak lengkap dan tidak mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh. [35] Dalam keadaan ini, kegagalan Pendakwaan untuk memanggil Woo Wee Tak sebagai saksi telah mewujudkan kelompangan dan keraguan yang ketara dalam kes Pendakwaan khususnya berhubung isu-isu berikut: - a) Sama ada Woo Wee Tak mempunyai sebarang jagaan dan kawalan ke atas dadah yang dipertikaikan yang ditemui di premis Flora yang disewanya? b) Sama ada Woo Wee Tak mempunyai sebarang pengetahuan tentang atau kaitan dengan dadah yang dipertikaikan yang ditemui di premis Flora yang disewanya? c) Sama ada kunci pendua kepada premis Flora tersebut disimpan oleh Woo Wee Tak atau mana-mana pihak ketiga yang lain? d) Sama ada premis Flora tersebut diduduki atau diakses oleh mana-mana individu lain sebelum serbuan? e) Siapa identiti dua (2) penghuni yang boleh disimpulkan secara munasabah daripada dua (2) set barang mandian di bilik mandi premis Flora tersebut, seperti yang ditunjukkan dalam Ekshibit P7(34-39)? f) Sama ada Tertuduh mempunyai penggunaan atau pemilikan eksklusif ke atas premis Flora tersebut? dan g) Sama ada Tertuduh mempunyai penjagaan dan pengurusan ke atas premis Flora tersebut? [36] Selain Woo Wee Tak, Pendakwaan juga gagal memanggil pemilik rumah, Thoo Swee Ning. Sebagai pemilik berdaftar, beliau adalah saksi penting yang mampu memberikan bukti langsung mengenai perkara-perkara kritikal termasuk sama ada premis Flora tersebut disewakan kepada Tertuduh, sama ada wujud kunci pendua premis Flora tersebut serta bilangan kad akses yang dikeluarkan dan diserahkan untuk premis Flora tersebut. [37] Adalah penting untuk diamati keterangan SP5 bahawa beliau tidak dapat mengesahkan sama ada Thoo Swee Ning menyimpan atau memiliki sebarang kunci pendua untuk premis Flora tersebut. Ketiadaan penjelasan dari Thoo Swee Ning telah mencipta jurang material dalam kes Pendakwaan khususnya mengenai isu akses eksklusif, penggunaan dan pemilikan premis Flora tersebut. b) Pengetahuan Tentang Barang Kes Dadah [38] Di dalam kes Loo See Lee v. Public Prosecutor [2018] MLJU 41 Mahkamah Rayuan telah menekankan tentang mens rea pemilikan: “[16] In the Supreme Court’s case of Lin Lian Chen (supra), it was held that the mere fact that the Accused was the driver and the sole occupant of the car where drugs were found is not sufficient to prove the basic elements of custody and control of the said drugs let alone mens rea possession. The Prosecution must also ascertain the duration for which the Appellant had been in charge of the said car coupled with obtaining circumstantial evidence like DNA and/or fingerprint evidence to link and implicate the Appellant.” [39] Pihak Pendakwaan tidak mengemukakan sebarang keterangan mengenai siapa yang membawa dadah yang dipertikaikan ke dalam premis Flora tersebut atau tempoh dadah yang dipertikaikan disimpan di dalam premis Flora tersebut. Sebaliknya, Pendakwaan cuba mengaitkan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah yang dipertikaikan di premis Flora tersebut semata-mata berdasarkan fakta bahawa Tertuduh ditangkap di premis Flora tersebut tersebut, khususnya di bilik mandi. [40] Tambahan pula, Pendakwaan cuba mengaitkan pengetahuan mengenai dadah yang dipertikaikan kepada Tertuduh melalui keterangan SP5 bahawa Tertuduh didakwa dilihat cuba membuang bahan yang disyaki sebagai Methamphetamine ke dalam mangkuk tandas. Walau bagaimanapun, SP3 selaku pegawai serbuan tidak pernah memberikan sebarang keterangan bahawa beliau melihat Tertuduh membuat sebarang percubaan untung membuang dadah seperti yang didakwa oleh SP5. Sebaliknya SP3 hanya memberi keterangan bahawa Tertuduh ditemui berdiri di dalam bilik mandi tanpa melakukan apa-apa. (Pemeriksaan utama SP3) Masa Inspektor tendang dan masuk ke dalam bilik, apa Inspektor nampak mula-mula? Saya nampak satu kawasan ruang bilik tidur. Di sebelah kiri ada tandas. Saya masuk ke dalam tandas dan menjumpai saspek. Apa dia buat? Dia tengah berdiri di dalam tandas tersebut. Dia tengah buat apa? Berdiri sahaja. [41] Percanggahan ini secara material merosakkan naratif Pendakwaan mengenai pengetahuan dan pemilikan. Keterangan SP5 yang tidak disokong oleh SP3 menimbulkan keraguan yang ketara terhadap kes Pendakwaan. [42] Selain itu, Pendakwaan juga tidak mengemukakan sebarang keterangan yang membolehkan Mahkamah Yang Mulia ini menentukan sama ada Tertuduh mempunyai niat untuk mengendalikan dadah yang dipertikaikan seolah-olah dadah tersebut adalah milik beliau. Ini adalah penting berdasarkan perkara-perkara berikut: - a) Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa pada semua masa yang material, Tertuduh adalah penyewa premis Flora tersebut; b) Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa barang-barang yang ditemui di premis Flora tersebut iaitu pakaian, topeng, puntung rokok, berus gigi, pencukur, tuala dan barang-barang peribadi lain adalah milik Tertuduh secara ekslusif. Sebaliknya, terdapat keterangan yang menunjukkan kemungkinan terdapat lebih dari seorang individu yang mempunyai akses ke atas premis Flora tersebut; c) Pendakwaan gagal memanggil Woo Wee Tak sebagai saksi dan dengan itu gagal menolak kemungkinan munasabah bahawa individu lain mempunyai akses ke atas premis Flora tersebut. [43] Justeru, Pendakwaan gagal menangani keraguan dan percanggahan material yang timbul daripada penemuan kad akses dan kunci-kunci tersebut. c) Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) [44] SP5 memberi keterangan bahawa beliau telah merampas dan menyiasat rakaman CCTV di luar premis Flora tersebut namun rakaman tersebut tidak dikemukakan sebagai keterangan semasa perbicaraan. [45] Kegagalan Pendakwaan mengemukakan rakaman CCTV tanpa memberikan sebarang penjelasan boleh membawa inferens bahawa sekiranya rakaman CCTV dikemukakan, ianya tidak memihak kepada kes Pendakwaan dan Mahkamah boleh membuat anggapan memudaratkan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. d) Siasatan Yang Tidak Menyeluruh [46] Terdapat banyak perkara yang menunjukkan siasatan yang sempurna dan menyeluruh tidak dijalankan untuk kes ini yang menimbulkan persoalan dan tanda tanya. [47] Kegagalan Pendakwaan untuk memanggil Woo Wee Tak dan Thoo Swee Ning ditambah pula dengan ketiadaan keterangan rakaman CCTV telah menjejaskan kes Pendakwaan. Kesemua ini menjurus kepada persoalan akar umbi berkenaan elemen jagaan, kawalan dan pemilikan dadah yang dipertikaikan terhadap Tertuduh. [48] Tanpa keterangan daripada Woo Wee Tak, Pendakwaan gagal mengemukakan sebarang keterangan yang mampu membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai penggunaan, penghunian dan pemilikan eksklusif ke atas premis Flora tersebut. [49] Barang-barang peribadi seperti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar Ekshibit P7(1-41) tidak dihantar untuk analisis DNA forensik. Oleh itu, tiada sebarang bukti yang mengaitkan Tertuduh dengan barang-barang tersebut yang ditemui di dalam premis Flora tersebut. [50] Dalam kes Husin Sitorus v PP (2012) 7 CLJ 205, Mahkamah Rayuan memutuskan: - “[15] There is a welter of authoritative precedents which have held that for possession to be established, accessibility by others to the place where the drugs are found should be excluded by evidence by the prosecution [PP v. Kang Ho Soh [1991] 3 CLJ 2914; [1991] 3 CLJ (Rep) 557 HC, PP v. Tang Chew Weng [1969] 1 LNS 141 HC. The onus is not on the defence to prove possibility of access by others but on the prosecution to exclude such possibility and the issue must be answered in favour of the appellant if there were more than one way in which the evidence adduced by the prosecution might be viewed such as in the present case, implicating the appellant or the other persons who were present in the boat. (Abdullah Zawawi Yusoff v. PP [1993] 4 CLJ 1 SC). In other words, exclusivity of custody and control of the drugs ought to be established by the prosecution.” [51] Dalam kes Public Prosecutor v. Tukiman bin Demin [2008] 4 MLJ 79 telah diputuskan: - “The mere presence of a controlled substance in the accused’s room, as in the present case, without more would be insufficient to sustain a conviction when possession of the premises is non-exclusive... Simply finding drugs in a portion of the room accessible equally to other occupants and visitors, without more, would be insufficient to sustain conviction. The evidence must show that the accused had exclusive access, use or possession of the room where the contraband is found.” [52] Semasa pemeriksaan balas, SP5 memberi keterangan bahawa berdasarkan siasatannya, Woo Wee Tak telah diserahkan dua (2) kad akses dan sekumpulan kunci yang mengandungi empat (4) kunci ke premis Flora tersebut. Semasa pemeriksaan semula, SP5 mengakui bahawa hanya satu (1) kad akses yang ditemui semasa serbuan. (Semasa pemeriksaan balas SP5) Q: Saya katakan adalah Woo Wee Tak yang telah diserahkan dua keping kad akses dan serangkai kunci yang mengandungi empat anak kunci kepada unit C-10-16. A: Ini saya setuju Yang Arif. (Semasa pemeriksaan semula SP5) Q: Seterusnya peguam juga katakan bahawa untuk kunci dan juga kad akses untuk rumah C-10-16 tersebut, ianya tidak pernah diserahkan kepada Tertuduh. Inspektor kata “saya tidak setuju”. Dan peguam juga kata adalah Woo Wee Tak yang telah diserahkan 2 keping kad akses dan serangkai kunci yang mengandungi 4 batang anak kunci. Soalan saya yang pertama, untuk kes ini, berapa keping kad akses yang diserahkan? A: Yang Arif, ejen rumah menyatakan dia serahkan 2 kad akses dan 4 batang kunci tetapi hanya satu sahaja dijumpai dan dirampas oleh pegawai serbuan daripada rumah tempat kejadian di dalam bilik atas meja kayu sebelah katil. Hanya Sudirman seorang sahaja duduk di rumah tempat kejadian. [53] Tambahan pula, seperti yang telah dikemukakan sebelum ini, SP5 dengan jujur mengakui bahawa beliau tidak dapat mengesahkan sama ada pemilik rumah, Thoo Swee Ning, menyimpan atau memiliki sebarang kunci pendua untuk premis Flora tersebut. Thoo Swee Ning tidak dipanggil oleh Pendakwaan mahupun ditawarkan kepada Pembelaan sebagai saksi dan ini menyebabkan keraguan dan kelompangan dalam kes Pendakwaan. (Semasa pemeriksaan balas SP5) Q: Setuju bahawa Inspektor tidak boleh pasti sama ada tuan rumah Thoo Swee Ning masih menyimpan sebarang kunci pendua kepada unit C-10-16 tersebut? A: Saya tidak pasti Yang Arif. [54] Berhubung bukti yang dikemukakan berkaitan dengan kad akses dan kunci ke premis Flora tersebut, Pendakwaan telah mengemukakan dua (2) versi bukti yang bertentangan seperti berikut: a) Bukti SP2 – Satu (1) kad akses dan empat (4) kunci didakwa diserahkan kepada Tertuduh; b) Bukti SP5 – Dua (2) kad akses dan empat (4) kunci diserahkan kepada Woo Wee Tak. [55] Rujukan dibuat kepada kes Pendakwa Raya lwn. Lee Eng Kooi [1993] 2 MLJ 322, kes yang telah banyak dipetik dan diterima pakai oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Chan Wei Loon lwn. Pendakwa Raya [2021] 4 MLJ 660, di mana Vincent Ng JC (pada ketika itu) memutuskan bahawa: - “The function of the court in a criminal trial is to find whether the person arraigned before it as the accused is guilty of the offence with which he is charged. For this purpose, the court scans the material on record to find whether there is any reliable and trustworthy evidence upon the basis of which it is possible to found that the conviction of the accused and to hold that he is guilty of the offences with which he is charged. If in a case the prosecution leads two sets of evidence, each one of which contradicts and strikes at the other and shows it to be unreliable, the result would necessarily be that the court would be left with no reliable and trustworthy evidence upon which the conviction of the accused might be based. Inevitably, the accused would have the benefit of such a situation.” [56] Dua (2) versi bukti yang bertentangan ini menimbulkan keraguan mengenai isu utama iaitu akses, penggunaan, jagaan dan kawalan premis Flora tersebut. Tiada penjelasan diberikan oleh mana-mana saksi Pendakwaan untuk memperbaiki percanggahan tersebut. Oleh itu Tertuduh berhak mendapat manfaat dari keraguan di mana inferens yang paling memihak kepada Tertuduh harus diterima. [57] Mengambilkira semua perkara di atas secara kolektif, wujud keraguan munasabah mengenai pemilikan eksklusif, jagaan, kawalan dan pengetahuan Tertuduh terhadap dadah yang dipertikaikan. Keraguan tersebut hendaklah berpihak kepada Tertuduh. e) Ketiadaan Bukti Forensik [58] Menurut SP5, pemeriksaan debu dan cap jari telah dijalankan ke atas barang bukti dadah. Namun, tiada cap jari yang diambil daripada barang-barang tersebut yang boleh mengaitkan Tertuduh dengan dadah yang dipertikaikan. [59] Tiada sebarang bukti forensik yang dikemukakan oleh Pendakwaan untuk mengaitkan Tertuduh dengan paket plastik lutsinar (Eksibit P4A) yang ditemukan di bilik mandi dan kotak tisu Econsave yang mengandungi tujuh (7) paket plastik lutsinar (Eksibit P4B(1-7)) yang ditemukan di bilik tidur untuk menunjukkan bahawa Tertuduh telah, pada setiap masa yang material mempunyai akses, memegang atau menyentuh barang-barang tersebut. [60] Dalam keadaan ini, tiada inferens yang boleh dibuat oleh Mahkamah bahawa Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah yang dipertikaikan. [61] Adalah undang-undang yang mantap bahawa Tertuduh tidak boleh dihukum kerana kecuaian pegawai penyiasat dalam melaksanakan tugasnya. Rujukan dibuat kepada kes Rahmani Ali Mohamad lwn. Pendakwa Raya [2014] 6 MLJ 525 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: - "[15] Lebih-lebih lagi, tiada siasatan langsung dilakukan oleh PW8 untuk menafikan versi fakta Pemohon, terutamanya pada peluang terawal yang mungkin. Dalam hal ini, PW8 berkata bahawa dia tidak menyiasat telefon bimbit perayu kerana 'saya terlepas pandang'. PW8 juga berkata, ‘saya tidak periksa rekod-rekod panggilan keluar masuk OKT2. Jika disiasat mungkin boleh dapat maklumat lanjut. Rayuan tidak boleh dihukum kerana kekurangan daya cipta, kecuaian atau kelalaian pihak penyiasat yang menghilangkan haknya untuk keraguan yang telah lama dihormati (lihat Pang Chee Meng lwn Pendakwa Raya [1992] 1 MLJ 137). Cara PW8 menjalankan siasatannya meninggalkan banyak perkara yang tidak diteliti dan terdapat jurang material. Berdasarkan kecuaian ini, satu inferens memihak kepada perayu seharusnya telah dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi yang arif pada penutupan kes Pendakwaan (lihat Lee Kwan Who v Public Prosecutor [2009] 5 MLJ 301; [2009] 5 CLJ 631 dan Alcontara a/l Ambross Anthony v Public Prosecutor [1996] 1 MLJ 209)”. [62] Dalam kes ini, adalah merupakan sebahagian daripada naratif Pendakwaan bahawa banyak barang peribadi ditemui di premis Flora tersebut termasuk di bilik tidur dan bilik mandi di mana dadah yang dipertikaikan telah dirampas. [63] Menurut keterangan SP5, dengan merujuk kepada gambar-gambar ekshibit P7(1-41), sejumlah enam belas (16) barang telah dilabel dan dikumpulkan oleh pasukan forensik. Namun, tiada satu pun barang-barang ini dikemukakan di hadapan Mahkamah dan tiada sebarang dokumentasi berkaitan dengan rampasan atau penyerahan barangan tersebut dikemukakan. Pegawai forensik juga tidak dipanggil oleh Pendakwaan untuk memberikan keterangan. Perlu diambil perhatian bahawa tiada penjelasan langsung diberikan oleh SP5 atau Pendakwaan mengenai keberadaan barang-barang ini. [64] Lebih penting lagi, SP5 secara terus terang mengakui bahawa tiada analisis DNA pernah dilakukan ke atas barang-barang ini walaupun analisis tersebut mampu menjadi bukti yang muktamad dan bebas mengenai siapa sebenarnya yang menduduki premis Flora tersebut pada masa material. Penjelasan yang diberikan oleh SP5 berhubung kegagalan melakukan analisis adalah bahawa Tertuduh, Woo Wee Tak dan Muhammad Haffiz telah diuji positif Covid-19 semasa ditangkap dan oleh itu, sampel darah mereka tidak dapat diambil. [65] Perlu ditekankan bahawa tuduhan terhadap Tertuduh adalah berat dan oleh itu memerlukan tahap ketelitian yang tinggi dalam siasatan. Penjelasan yang diberikan oleh SP5 adalah sama sekali tidak memuaskan. Walaupun dakwaan SP5 mengenai hasil ujian positif Covid-19 adalah benar, SP5 mempunyai banyak peluang untuk mengumpul sampel darah selepas tempoh kuarantin. Namun, tiada langkah susulan diambil oleh SP5 atau Pendakwaan untuk berbuat demikian. Kegagalan mengambil tindakan lanjut tersebut telah menjejaskan hak Tertuduh untuk mendapat perbicaraan yang adil. [66] Analogi boleh dibuat kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Ghasem Gharezadesharbiani Hassan lwn. Pendakwa Raya [2014] 5 MLJ 433 di mana YA Hakim Azahar Mohamad memutuskan bahawa: - “[18] In spite of the importance of the telephone number, PW6 never investigated on Masoud. PW6 did not even make a call to the number given by the appellant on the excuse that “saya terlepas pandang”. In our view, the conduct of PW6 is most unsatisfactory and unacceptable. As an investigating officer, PW6 has an onerous responsibility to investigate all aspects and fairly, including feature of the case which not only favours the prosecution but also the appellant. The duty of the investigating officer is not merely to bolster up a prosecution case with such evidence as may enable the court to record a conviction but to bring out the real unvarnished truth (see Jamuna Chaudhary & Ors v State of Bihar [1974] 3 Supreme Court Cases 771). The appellant cannot be penalised for lack of ingenuity in investigation by PW6 depriving him of the time honoured benefit of doubt (see Pang Chee Meng v Public Prosecutor [1992] 1 MLJ 137). This was never considered by the learned trial judge. Consequently, the appellant’s right to a fair trial has been compromised, which has the effect of rendering the conviction very unsafe. The appellant may thereby have lost a chance which was fairly opened to him of being acquitted and that there had been occasioned a failure or a miscarriage of justice (see Mraz v The Queen (1955) 93 CLR 493 quoted with approval in Lim Hock Boon v Public Prosecutor [2007] 1 MLJ 46).” [67] Selain gagal menjalankan analisis DNA ke atas barang-barang yang dirampas dan dikumpulkan oleh pasukan forensik, SP5 juga gagal merampas pakaian di dalam almari pakaian dan menjalankan ujian acu pakai ke atas Tertuduh. Walau bagaimanapun, SP5 dengan jujur memberi keterangan bahawa beliau "percaya" pakaian di dalam almari di bilik tidur itu milik Tertuduh. (Pemeriksaan semula SP5) Q: Peguam kata untuk almari pakaian di dalam rumah tersebut, tidak dijumpai barang peribadi OKT. Inspektor tidak setuju. Apa barang peribadi yang dijumpai oleh Inspektor? A: Di dalam almari tersebut memang ada pakaian lelaki yang dipercayai milik penama Sudirman. [68] Keterangan yang hanya berdasarkan “kepercayaan” dan bukan dari penyiasatan yang objektif adalah bersifat spekulatif dan tidak mempunyai nilai probatif. C. ELEMEN KETIGA - TERTUDUH PADA MASA, TARIKH DAN TEMPAT TERSEBUT YANG DINYATAKAN DALAM PERTUDUHAN MELAKUKAN KESALAHAN MENGEDAR DADAH BERBAHAYA [69] Dalam keadaan tiada pembuktian melangkaui keraguan munasabah bahawa Tertuduh mempunyai pemilikan iaitu kawalan dan jagaan terhadap barang kes dadah, dengan sendirinya tidak timbul persoalan bahawa Tertuduh telah melakukan kesalahan mengedar dadah berbahaya. Justeru itu, pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen ini. [70] Rujukan dibuat kepada kes Mahkamah Rayuan Soorya Kumar Narayanan v. PP [2009] 6 CLJ 257 di mana YA Ahmad Maarop (HMR), pada ketika itu, telah memutuskan seperti berikut: - “[17] We come to a more serious misdirection. This occurred when the learned judge found that the defence had failed to rebut the presumption of trafficking under s. 37(da)(vi) of the Act. On the basis of the law as stated in Muhammed b. Hassan v. PP (supra), this finding presupposes that the learned judge was satisfied that the said presumption had arisen in the first place. The question is when was he so satisfied? We have said earlier that before the presumption under s. 37(da) of the Act can arise, there must be an affirmative finding of possession. As we have demonstrated, the learned judge did not make any affirmative finding of possession at the close of the prosecution's case. So, his finding regarding the defence's failure to rebut the presumption under s. 37(da) of the Act is really bewildering.” DAPATAN MAHKAMAH [71] Seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) menyatakan bahawa apabila kes Pendakwaan ditutup, Mahkamah hendaklah menimbangkan sama ada pihak Pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Suatu kes prima facie dibuktikan terhadap tertuduh jika pihak Pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai yang membuktikan setiap unsur kesalahan yang jika tidak disangkal atau tidak dijelaskan, akan mewajarkan suatu sabitan. Manakala standard pembuktian adalah melangkaui keraguan munasabah. [72] Jika Mahkamah mendapati bahawa Pendakwaan tidak membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh, Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan dan pelepasan. Jika Mahkamah mendapati bahawa kes prima facie telah dibuat terhadap Tertuduh atas kesalahan yang didakwa, Mahkamah hendaklah memanggil Tertuduh untuk membela diri. [73] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah hendaklah menjalankan penilaian maksimum terhadap keterangan yang dikemukakan oleh Pendakwaan pada peringkat perbicaraan apabila memutuskan sama ada untuk memanggil Tertuduh untuk membela diri atau tidak. PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, Ooi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734. [74] Fakta-fakta dan keterangan material yang telah dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam membuat keputusan dalam kes ini adalah seperti berikut: - a) Pendakwaan gagal mengemukakan pemilik premis Flora tersebut iaitu Thoo Swee Ning, dan penyewa, Woo Wee Tak yang telah ditangkap selepas Tertuduh ditangkap untuk mengecualikan akses pihak lain kepada premis Flora tersebut. Kegagalan pihak Pendakwaan mengemukakan saksi ini untuk memberi keterangan menyebabkan kelompangan di dalam kes Pendakwaan yang memberi kelebihan kepada pihak Pembelaan. Inferens di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan boleh digunakan ke atas pihak Pendakwaan. Mahkamah Rayuan di dalam Vinod Raj a/l Uthayakumar v. Pendakwaraya [2022] MLRAU 6, YA Che Mohd Ruzima bin Ghazali HMR memutuskan: "[34] Pada pandangan kami, walaupun pihak Pendakwaan berhak untuk memilih saksi mana yang hendak dipanggil bagi mengemukakan keterangan dan menurut S. 134 Akta Keterangan 1950, tiada bilangan tertentu saksi dikehendaki untuk membuktikan sesuatu fakta, hakikatnya pihak Pendakwaan perlulah membuktikan tanpa keraguan bahawa perayu memiliki Cannabis semasa ditahan.” b) Tiada analisa DNA dijalankan berkenaan dengan barangan peribadi yang dirampas dari premis Flora tersebut dan tiada juga rakaman CCTV dikemukakan sebagai keterangan untuk pertimbangan Mahkamah. Mahkamah Rayuan di dalam kes Vinod Raj a/l Uthayakumar v. PP [supra] ada menyatakan seperti berikut; "[32] Beralih pula kepada satu isu yang lain, undang-undang berhubung dengan beban pembuktian yang adalah jelas. Pihak Pendakwaan bertanggungan untuk membuktikan tuduhan terhadap perayu tanpa sebarang keraguan yang munasabah pada setiap peringkat iaitu di peringkat Pendakwaan ataupun di peringkat pembelaan. Lihat keputusan Mahkamah ini dalam kes Mohan Singh A/L Lachman Singh v. Public Prosecutor [2002] 3 CLJ 293, [2002] 3 MLJ 291. Dengan itu, pihak Pendakwaan perlulah mengambil segala langkah untuk mengetepikan sebarang kemungkinan lain berkait dengan pemilikan Cannabis tersebut, terutamanya kemungkinan bahawa Cannabis tersebut bukanlah milik perayu.” c) Terdapat 2 versi berbeza di mana SP5 selaku pegawai penyiasat menyatakan Tertuduh cuba melupuskan barang kes dadah sedangkan SP3 selaku pegawai serbuan menyatakan Tertuduh hanya berdiri sahaja di dalam tandas. Dalam kes Vinod Raj a/l Uthayakumar v PP (2022) 2 MLJ 789 diputuskan: [36] Dalam situasi tersebut, wujud dua versi yang sama sekali berbeza berhubung dengan penemuan cannabis tersebut. Dengan kata lain wujud situasi satu lawan satu. Timbul persoalan atau keraguan, versi mana yang perlu dipercayai? Kami dapati, dokumen kontemporari iaitu Borang Senarai bongkar eksh P10 yang dikemukakan pihak Pendakwaan melalui SP3 tidak dapat membantu. Ini kerana, di dalam kandungan eksh P10 tidak dinyatakan secara jelas bahawa beg plastik berwarna merah yang mengandungi cannabis tersebut dirampas daripada tangan perayu sama ada di ruangan ‘BARANG YANG DIJUMPAI/DIRAMPAS’ ataupun di ruangan TEMPAT DIJUMPAI’. d) Begitu juga dalam kes Low Ah Leck v Public Prosecutor [2012] 3 MLJ 531, Mahkamah Rayuan telah memutuskan: [13] In view of the fact that exh P5 (search list) is a contemporaneous document prepared by SP1 on 23 May 2008 after the joint search of and seizure from the appellant (accused) and one other suspect Kwong Peng Seng at the scene of the alleged trafficking, there is a serious doubt as to whether possession of the plastic bag was in fact at all material times in the hands of the accused as testified by SP1 and SP4 on 2 March 2010 and 4 March 2010, almost two years after the incident. [14] Further, as the other suspect, one Kwong Peng Seng, had also signed the document exh P5 jointly together with the accused as evidence and acknowledgement of the seizure of the several items listed therein (including the plastic bag), and the said Kwong Peng Seng was:
a
neither charged with any offence nor did he;
b
testify on behalf of the prosecution that the plastic bag was seized from the accused. It is unsafe to make a finding that the plastic bag was in fact seized from the accused or was in fact in the possession of the accused at any material time notwithstanding the oral testimony of SP1 and SP4 that the accused was seen carrying the plastic bag in his hand, having regard in particular to the following:
a
(a)the defence that the plastic bag was found (by the police) beside the drain near the tyre of the car at the scene of the alleged trafficking and;
b
(b)the contemporaneous document P5, with the two suspects’ signatures, was prepared by SP1 himself, with no evidence therein, direct or indirect, to incriminate the accused with possession of the plastic bag; and
c
(c)the absence of any credible evidence tendered by the prosecution exculpating or exculpatory of Kwong Peng Seng, bearing in mind the contemporaneous document P5 could give rise to the inference that the plastic bag could very well have been in the possession of Kwong Peng Seng. [15] The conviction of the appellant for an offence carrying the mandatory death sentence is unsafe.” [75] Dalam kes ini, adalah jelas bahawa pihak Pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan inferens bagi membuktikan milikan dadah oleh Tertuduh. Berkenaan isu ini, saranan Mahkamah Agung dalam kes Choo Chang Teik v. PP [1991] 3 CLJ 2387, [1991] 1 CLJ (Rep) 54 perlu diambil perhatian di mana Mahkamah Agung telah berkata seperti berikut di ms. 2391 (ms. 59): “...we feel that in offences involving capital punishment such as trafficking in drugs, evidence by inference alone is not sufficient to support a conviction of the appellant without some proof of the element of control.” [76] Dalam kes Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “Before parting with the case, it is necessary to state that from the facts and circumstances of this appeal, it would appear to us that the investigation had been somewhat shoddy. Undoubtedly, heinous crimes are committed under great secrecy and that investigation of a crime is a difficult and tedious task. At the same time the life and personal liberty of a citizen is a precious one guaranteed by Art 5 of the Federal Constitution and its deprivation shall be only in accordance with law. Thus, before accusing an innocent person of the commission of a grave crime like the one punishable under s 302 of the PC, an honest, sincere and dispassionate investigation has to be made and to feel sure that the person suspected of the crime alone was responsible to commit the offence. Therefore, greater care and circumspection are needed by the investigating agency in this regard.” [77] Dari analisa fakta kes, adalah jelas terdapat banyak kelompangan dan persoalan dalam kes Pendakwaan yang memerlukan jawapan. Namun, jawapan tersebut gagal dikemukakan melalui saksi-saksi Pendakwaan. Justeru itu, Mahkamah ini mendapati pihak Pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh berdasarkan analisa fakta-fakta yang telah ditimbangkan sebelum ini. Mahkamah Persekutuan dalam kes Sia Soon Suan v PP [1966] 1 MLJ 116 telah merumuskan seperti berikut: “Nevertheless, the requirements of strict proof in a criminal case cannot be relaxed to bridge any material gap in the prosecution evidence. Irrespective of whether this court is otherwise convinced in its own mind of the guilt or innocence of an accused, its decision must be based on the evidence adduced and nothing else. This is axiomatic.” RUMUSAN / KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [78] Berdasarkan perkara-perkara di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh pada standard melangkaui keraguan munasabah dan oleh yang demikian Mahkamah melepas dan membebaskan Tertuduh tanpa dipanggil membela diri. Bertarikh pada 09.06.2026 - TT - Abdul Fareed bin Abdul Gafoor Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 3 (Jenayah) Johor Bahru Pendakwaan : TPR Rashidah Baharom Timbalan Pendakwa Raya Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad Kota Iskandar, 79100 Nusajaya Johor Darul Ta’zim Peguambela : Cik Ho Zhi Qian Tetuan Gooi & Azura No. 12-1 & 14-1, Jalan Serkut Taman Pertama, Cheras 56100 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.