The said conversation was tendered thru PW11 the investigating officer and marked as P35 - refer AR Vol 2(a) Pg. 36 para 10. After hearing and considering these highly prejudicial evidences, this is what the learned trial judge said: "This Court finds that PW3 is an honest witness who tried her very best to describe as vividly as possible the inhumane act of her employer the accused towards her. It is apt to state that PW3's evidence was not vague but very clear in so far as the sexual acts performed on her by the accused. This court upon hearing the evidence of PW3 and observing her demeanour found her to give consistent and had given a detailed account of the accused conduct towards her. PW3's recollection of the events which lead to the charge the accused faced in this court is very certain and does not create any doubt. Having observed the demeanour of PW3 and having carefully considered the vivid description of the sexual acts performed on her by the accused and the events which has led her being raped by the accused and her explanation as to her non disclosure to her lady employer this court clearly finds no reason to disbelieve her. - refer AR Vol 2(a) Pg. 21 & 22 para 20, 5 & 10”. [Emphasis added] [38] Kami dimaklumkan oleh kedua-dua pihak bahawa isu berkaitan penerimaan masuk keterangan-keterangan yang berbentuk prejudical ini telah pun dihujahkan secara terperinci oleh pihak-pihak di hadapan Panel Mahkamah Rayuan Pertama semasa rayuan terhadap sabitan dan hukuman dibuat oleh pemohon dan pertimbangan yang sewajarnya telah pun diberikan dan seterusnya Mahkamah telah menggunakan peruntukan-peruntukan seksyen 7 dan seksyen 167 Akta Keterangan 1950 serta seksyen 422(c) Kanun Tatacara Jenayah untuk menerima masuk keterangan-keterangan tersebut dan selanjutnya mengekalkan sabitan yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana. Dapatan ini jelas dizahirkan melalui keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan seperti yang berikut dan kami petik: “Berkenaan hujah kedua, bahawa pihak Pendakwaan semasa bicara telah mengemukakan keterangan yang tidak menjadi hal perkara pertuduhan yakni perbuatan-perbuatan yang mencabul kehormatan SP3 (mangsa), Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan sedemikian untuk menjelaskan apa yang akan menjurus kepada kesalahan yang dipertuduhkan di bawah Seksyen 7 Akta Keterangan, andaikata keterangan ini memudaratkan tertuduh, keterangan sedemikian boleh dipulihkan di bawah Seksyen 167 Akta Keterangan dibaca bersama dengan Seksyen 422(c) CPC, dengan syarat tiada ketidakadilan yang substantial. Dalam hal ini, HMS dalam Alasan Penghakiman telah membuat penghalusan segala keterangan khususnya kelakuan SP3 yang telah mengadu kepada SP6, adik ipar Perayu sendiri yang seterusnya mengadu kepada SP9, amat jelas kelakuan ini menyokong kebolehpercayaan SP3. Ini adalah satu penemuan fakta di mana Hakim Bicara mengalami manfaat untuk meneliti wajah dan tingkah laku semua saksi termasuk SP3 (yang mana penemuan fakta ini telah disahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi). Mahkamah ini mendapati tidak terdapat apa-apa alasan berkecuali untuk Mahkamah ini mengenepikan dua penemuan fakta bersalah (two concurrent finding of facts). Justeru, Mahkamah menolak hujah kedua itu.” [39] Meskipun diakui tiada penghujahan dibuat oleh kedua-dua pihak mengenai pemakaian peruntukan seksyen 7 Akta Keterangan 1950, namun Mahkamah yang mendengar rayuan ini adalah berhak untuk menggunakan peruntukan seksyen ini bagi mengaitkan dengan penerimaan keterangan yang relevan dengan kes ini. Memandangkan dapatan tentang isu ini telah pun dibuat dan diputuskan, maka tiada lagi keperluan untuk kami menghidupkan lagi topik yang telah berkubur. [40] Ini membawa kami kepada isu terakhir iaitu mengenai dakwaan peguam pemohon bahawa ketika Panel Mahkamah Rayuan Pertama mendengar rayuan pemohon, panel tersebut tidak pernah menyatakan hasratnya untuk menggunapakai peruntukan seksyen 7 dan seksyen 167 Akta Keterangan 1950 khususnya seksyen 422(a) & (c) Kanun Tatacara Jenayah serta seksyen 60 (1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Dihujahkan bahawa Panel Mahkamah Rayuan Pertama telah gagal untuk menjemput atau memberikan peluang kepada pihak-pihak khususnya peguam pemohon untuk berhujah mengenai pemakaian undang-undang tersebut sebelum Mahkamah memutuskan untuk mengunakan peruntukan undang-undang tersebut. Kegagalan berbuat demikian dikatakan telah mencabuli hak keadilan prosedur (procedural fairness) pemohon serta bertentangan dengan prinsip hak pemohon untuk didengar ("breach of natural justice"). [41] Selanjutnya dihujahkan juga bahawa penggunaan peruntukan undang-undang ini bagi menyelamatkan suatu sabitan yang terkhilaf oleh Hakim Mahkamah Sesyen merupakan satu pengaplikasian undang-undang yang salah (“wrongful application of law”) dan telah menyebabkan suatu ketidakadilan ("miscarrage of justice / injustice") kepada pemohon yang sepatutnya dilepaskan dan dibebaskan akibat daripada kekhilafan-kekhilafan undang-undang yang telah dilakukan oleh Hakim Mahkamah Sesyen tersebut. [42] Dengan itu, hak pemohon untuk mendapatkan satu pendengaran rayuan / perbicaraan yang adil di bawah peruntukan Perkara 5 serta hak kesamarataan pemohon di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan telah dicabuli ('violated') ketika pendengaran rayuan pemohon. Ternyata sabitan terhadap pemohon di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang direkodkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen merupakan suatu pelanggaran kepada prinsip undang-undang yang memprejudiskan pemohon. [43] Dengan hormatnya kami tidak bersetuju dengan penghujahan peguam pemohon ini. Meskipun kami tidak menafikan bahawa pemohon telah berjaya melepasi keperluan dan takat ('threshold') undang-undang serta tergolong di bawah keadaan khas ("exceptional circumstances") satelah Panel Mahkamah Rayuan Kedua pada 15 Oktober 2024 memberikan kebenaran menyemak keputusan Panel Mahkamah Rayuan Pertama bertarikh 27 Julai 2023 (Rayuan Jenayah No.: W-09-204- 08/2020), namun ini tidaklah bermakna penghujahan yang dibangkitkan oleh peguam pemohon yang bijaksana di dalam permohonan semakan ini mempunyai merit untuk dibenarkan. [44] Pada hemat kami, pemohon telah gagal untuk menunjukkan adanya sebarang merit dalam rayuan ini. Kami mendapati peruntukan undang-undang yang dinyatakan iaitu seksyen 60(1) (proviso) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan juga seksyen 422(a) Kanun Tatacara Jenayah adalah merupakan peruntukan yang berhubung dengan kuasa yang berikan kepada Mahkamah untuk dilaksanakan demi keadilan tertakluk kepada syarat sebarang ketinggalan, kesilapan dan sebagainya itu tidak menyebabkan berlakunya apa-apa ketidakadilan yang substansial. [45] Pada hemat kami juga, kuasa am yang diberikan kepada Mahkamah di bawah peruntukan seksyen 60(1) (proviso), seksyen 422 Kanun Tatacara Jenayah boleh dilaksanakan terus tanpa wujudnya keperluan untuk Mahkamah menjemput terlebih dahulu pihak-pihak untuk berhujah sebelum Mahkamah menggunapakai peruntukan undang-undang tersebut. Ini berpaksikan kepada keputusan di dalam kes Tunde Apatira & Ors v. PP [2001] 1 CLJ 381, dimana Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Gopal Sri Ram JCA (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti berikut: “Generally speaking, an appellant who is able to demonstrate a misdirection of law is entitled to have his conviction quashed. And an appellate court will, when there has been a miscarriage of justice, intervene and set aside a conviction where there has been withheld from an accused a rule of law operating in his favour: Chiu Nang Hong v. Public Prosecutor [1965] 1 MLJ 40. The expression “miscarriage of justice” appears in the proviso to s. 92(1) of the Courts of Judicature Act 1964. A similar expression, “failure of justice” appears in s. 422 of the Criminal Procedure Code. As a general rule this court will, in the normal course of events, quash a conviction where there has been a misdirection. Exceptionally, a conviction will be upheld despite a misdirection where this court is satisfied that a reasonable tribunal would have convicted the accused on the available evidence on a proper direction. The decision of this court in Alcontara a/l Ambross Anthony v. Public Prosecutor [1996] 1 CLJ 705 exemplifies the general rule, while that in Khoo Hi Chiang v. Public Prosecutor [1994] 2 CLJ 151 illustrates the exception. Having scrutinised the record with care, we are satisfied that this is an appropriate case for the application of the proviso. The evidence, both direct and circumstantial, against the appellants is entirely overwhelming. A court applying s. 37(da) in the manner required by Muhammed bin Hassan would have nevertheless convicted the appellants on the available evidence. For these reasons, the appeals herein were dismissed. The convictions and sentences imposed on the appellants were affirmed. (Penekanan ditambah). [46] Di dalam kes PP v. Abdul Manaf Muhammad Hassan [2006] 2 CLJ 129, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Arifin Zakaria HMR (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: “[21] In the present case, the drug was carried in small plastic packets each containing a small quantity of the drug. According to the evidence, 39.77 grammes of heroin was found in a number of small plastic packets tucked in his waist, while 50 small plastic packets containing 9.09 grammes of heroin was found in the right-side pocket and another 30 small plastic packets containing 5.57 grammes of heroin was found in the left side pocket of the track top he was wearing. 20 small plastic packets were found in each of the right and left pockets of his trousers, containing a total of 7.66 grammes of heroin. Judging from the manner the drug was being carried ie, in small plastic packets and taking into account the total amount of the drug involved, the reasonable inference that may be drawn is that the respondent was in fact carrying it for the purpose of trafficking. And bearing in mind the large quantity of the drug involved, it cannot be seriously contended that the drug was for his own consumption. In any event, it was never suggested in his defence that it was so. His defence was a mere denial that the drug was ever found on him. This was rejected by the learned trial judge. We are satisfied he was not just a passive carrier. Armed with these facts, we are satisfied that had the learned trial judge properly directed himself, he would nonetheless have come to the same finding. In the circumstances, we hold that the Court of Appeal ought to have applied the proviso to s. 60(1) of the CJA and upheld the conviction and sentence notwithstanding the misdirection by the learned trial judge. For the above reasons, this appeal is allowed and the order of the Court of Appeal is set aside. Accordingly, the conviction and sentence imposed by the High Court are reinstated and affirmed.” (Penekanan ditambah). [47] Sebagai perbandingan, peguam tertuduh yang bijaksana telah merujuk kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim v. Government of Malaysia & Anor [2021] 6 CLJ 1 untuk menjustifikasikan wujudnya pelanggaran hak asasi semulajadi di mana Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman penghakiman yang disampaikan oleh Harmindar Singh Dhaliwal HMP (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: “[78] In the present case, though, we noted that the injustice was firmly established in that the applicant was not given notice as well as an opportunity to answer the issue of whether the constitutional questions were academic and the consequent issue of locus standi. We accepted, however, as noted earlier, that if he was not left without a remedy, then he could not be said to have been substantially prejudiced. [84] So, in our judgment, injustice has been established by the applicant as not only has he not been heard on the issue which was ruled against him, he has now been left with no other remedy. He is not entitled to file any further proceedings on the same issue as the matter is res judicata. In fact, the majority indicated that only a person whose rights have been adversely affected or threatened to be affected can challenge the constitutionality of the NSCA 2016 (see para. 62 of the majority judgment). So, in effect, not only the applicant but any other person similarly circumstanced as the applicant will be estopped from doing so. As reiterated earlier, the breach of a right to be heard without an effective alternative remedy will erode confidence in the integrity of the administration of justice (see paras. [35] to [40]).” [48] Dengan hormatnya kami tidak bersetuju dengan penghujahan peguam pemohon tentang isu ini. Ini adalah kerana di dalam kes Datuk Seri Anwar (supra) pihak-pihak tidak langsung diberikan peluang untuk berhujah mengenai persoalan undang-undang yang dikemukakan dalam panel sebelumnya, berbeza dengan kes rayuan di hadapan kami ini dimana peluang seluas-luasnya telah diberikan oleh Panel Mahkamah Rayuan Pertama kepada pihak-pihak untuk berhujah mengenai kesemua isu-isu yang dikemukakan di dalam rayuan tersebut. [49] Pada hemat kami, rayuan sabitan terhadap pemohon melibatkan dapatan fakta dan undang-undang serta hak telah diberikan kepada pihak-pihak untuk berhujah sepertimana yang dapat dilihat daripada penghujahan bertulis yang telah difailkan oleh pemohon dan penghujahan balas secara bertulis yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya berserta penghujahan lisan yang dibuat oleh kedua-dua pihak semasa rayuan pemohon didengar oleh Panel Mahkamah Rayuan Pertama. Pemohon tidak pernah pada bila-bila masa disekat atau dihalang oleh Panel Mahkamah Rayuan Pertama tersebut untuk berhujah. Oleh itu, kami mendapati tiada merit dalam permohonan semakan ini. Kesimpulan [50] Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan di atas, kami sebulat suara memerintahkan seperti berikut: