Preamble
Menurut tertuduh, Keeshan telah memasuki Kereta tersebut dan membawa masuk Kotak tersebut. Kemudian, Keeshan keluar daripada Kereta tersebut sejurus sebelum serbuan pihak polis. [18] Perkara ini dinyatakan oleh tertuduh semasa pemeriksaan dibuat oleh pihak polis terhadapnya pada 11 Jun 2022, dua hari selepas dia ditahan. Pernyataan tertuduh yang telah direkodkan secara bertulis, S/N nnZOkYiPrU2kge9ujK7XNw ditandakan sebagai D25. Antara kandungan penting D25 adalah seperti berikut: ADAKAH KEESHAN (B1) PERNAH NAIK KERETA ITU? PERNAH. PADA HARI KEJADIAN, SAYA AMBIL KEESHAN DEKAT MAYBANK SRI GOMBAK LEBIH KURANG 15 MINIT SEBELUM KAMI KENA TANGKAP. ADAKAH KEESHAN (B1) ADA DALAM KERETA MASA KEJADIAN TERSEBUT? SEBELUM KENA TANGKAP, KEESHAN ADA DALAM KERETA. KEESHAN TURUN-TURUN, TUNGGU KEJAP SAJA LEPAS ITU KENA SERBU. ADAKAH DADAH ITU MILIK KAMU? BUKAN. DADAH ITU KEESHAN YANG BAWA MASUK KERETA SAYA. SEJAK BILA KOTAK ITU DILETAKKAN DI DALAM KERETA ITU? PADA PETANG ITU JUGA SAYA PERGI AMBIL KEESHAN DEKAT MAYBANK SRI GOMBAK. S/N nnZOkYiPrU2kge9ujK7XNw KEESHAN BAWA MASUK KOTAK ITU PADA TIME ITU IAITU DALAM 15 MINIT SEBELUM KENA TANGKAP. (penekanan ditambah) [19] Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan memberikan versi yang berbeza mengenai kejadian pada hari tersebut. Semasa pemeriksaan utama, SP4 menyatakan bahawa beliau nampak seorang lelaki India berjalan ke arah Kereta tersebut, dari arah kedai runcit JB Sameena. Berdasarkan versi kejadian pihak pendakwaan, Keeshan cuba memasuki Kereta tersebut hanya selepas keluar daripada kedai JB Sameena yang berdekatan. [20] Memandangkan terdapat dua versi yang berbeza yang dikemukakan berkenaan kejadian pada hari tertuduh ditahan, adalah wajar bagi pihak pendakwaan mempertimbangkan untuk memanggil saksi lain bagi menyokong versi kes pendakwaan. [21] Kes Azrol Nizam Mohd Zaid lwn PP [2022] 6 CLJ 346 melibatkan isu yang serupa, yang mana dua versi berbeza dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pihak pembelaan berkenaan kejadian yang berlaku pada tarikh tertuduh ditahan. Dalam kes tersebut, pihak pendakwaan bergantung hanya kepada keterangan pegawai serbuan untuk menggambarkan apa yang berlaku pada hari kejadian. Mahkamah Rayuan berpendapat: [43] Berkait dengan pendakwaan terhadap perayu, pihak pendakwaan memilih untuk hanya memanggil SP3 walaupun pasukan serbuan turut dianggotai oleh sembilan anggota S/N nnZOkYiPrU2kge9ujK7XNw polis yang lain. Selain itu, keterangan SP3 sendiri menyatakan bahawa semasa serbuan dibuat, Azwan, adik perayu yang membuka pintu setelah diketuk. Azwan sepatutnya tahu apa yang berlaku pada masa serbuan. Oleh itu, mana-mana anggota yang turut sama semasa memasuki tempat kejadian ataupun Azwan yang juga ada ditempat kejadian boleh dipanggil pihak pendakwaan bagi menafikan versi pembelaan yang menyatakan perayu sedang berbaring di ruang tamu dan bukannya di dalam bilik tersebut pada ketika itu. [44] Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan telah memilih untuk tidak memanggil mana-mana saksi yang dapat merungkai kebenaran versi pembelaan. Dengan itu, wujud situasi keterangan satu lawan satu iaitu keterangan SP3 lawan keterangan perayu. Dalam situasi tersebut, hakim bicara tidak boleh mengabaikan keterangan perayu begitu sahaja dengan alasan bahawa beliau menerima keterangan SP3 yang dianggap betul dan tepat hanya kerana dia adalah seorang pegawai polis. Lebih-lebih lagi, perayu telah pun meletakkan asas pembelaan yang menyatakan dia tidak berada dalam bilik tersebut sejak SP3 memberikan keterangan lagi. Pihak pendakwaan sepatutnya lebih peka terhadap versi yang dibangkitkan pihak pembelaan dan bertanggungan mematahkan versi tersebut. [45] Dengan itu, sudah tentulah akan timbul keraguan atau kemungkinan lain dalam situasi keterangan satu lawan satu. Faedah daripada keraguan atau kemungkinan tersebut sudah tentulah akan memihak kepada perayu. Berasaskan keterangan yang ada, kami dapati bahawa tidak wujud S/N nnZOkYiPrU2kge9ujK7XNw keterangan yang melimpah ruah untuk mahkamah ini mengekalkan sabitan terhadap perayu. (penekanan ditambah) [22] Berdasarkan kes di atas, dalam keadaan di mana terdapat percanggahan naratif, adalah penting bagi pihak pendakwaan untuk tidak sekadar bergantung kepada keterangan lisan seorang saksi semata-mata, tetapi untuk turut mendapatkan keterangan saksi-saksi lain bagi menyokong kes pendakwaan. [23] Dalam kes semasa, pihak pendakwaan boleh mempertimbangkan untuk memanggil anggota-anggota pasukan serbuan yang lain, atau memanggil Keeshan, untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku pada hari tertuduh ditahan. [24] Dengan versi-versi yang berbeza dan bertentangan, dan tanpa keterangan-keterangan lain, terdapat keraguan tentang apa sebenarnya berlaku pada hari kejadian. Dalam konteks penilaian prima facie, keraguan tersebut menjejaskan keupayaan mahkamah untuk membuat inferens yang selamat mengenai jagaan, kawalan, milikan dan pengetahuan tertuduh terhadap Dadah tersebut. [25] Perlu juga ditekankan bahawa versi tertuduh iaitu bahawa Keeshan memasuki Kereta tersebut dengan membawa Kotak tersebut, dan kemudiannya keluar daripada Kereta tersebut telah diterangkan oleh tertuduh dua hari selepas kejadian. Mahkamah menekankan bahawa pada tahap ini, mahkamah tidak membuat dapatan bahawa versi tertuduh adalah benar, tetapi hanya mengambil kira bahawa versi tersebut telah S/N nnZOkYiPrU2kge9ujK7XNw dibangkitkan secara konsisten sejak awal siasatan dan tidak dipatahkan melalui keterangan pihak pendakwaan. [26] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan melalui D25, Kotak tersebut hanya berada di dalam Kereta tersebut selama lebih kurang 15 minit, di antara masa di mana Keeshan masuk ke dalam Kereta tersebut dengan Kotak tersebut, dan masa tertuduh ditahan. [27] Mahkamah merujuk kepada Low Thiam Teck v Public Prosecutor [2015] 3 MLJ 134, di mana Mahkamah Rayuan menyatakan: [24] On the issue of proximity to the drugs, we agreed with learned counsel that physical proximity to the drugs per se is insufficient to prove possession without proof of knowledge. Except for the evidence of proximity, there was nothing in the conduct of either the appellant or the second accused at the time of their arrest upon which a prima facie inference could be made that the appellant or both of them had knowledge of the drugs. At the highest, the evidence merely showed that perhaps the appellant had some momentary custody of the bags together with the second accused. In such circumstances there was no possession (per Lord Morris in Warner v Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356 (penekanan ditambah) [28] Kes semasa turut melibatkan jagaan sementara Kotak tersebut oleh tertuduh. Mahkamah mengambil kira bahawa tertuduh merupakan pemandu Kereta tersebut dan bahawa Dadah tersebut dijumpai di dalam S/N nnZOkYiPrU2kge9ujK7XNw ruang tertutup yang berada di bawah kawalannya. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kes ini, kewujudan keterangan mengenai akses langsung Keeshan kepada Kotak tersebut serta ketiadaan keterangan lanjut yang mengaitkan tertuduh dengan pengendalian Dadah tersebut menyebabkan inferens jagaan, kawalan dan milikan tidak dapat dibuat dengan selamat. [29] Oleh itu, mahkamah mendapati bahawa berdasarkan keterangan sedia ada, terdapat keraguan sama ada Kotak tersebut berada di bawah jagaan, kawalan dan milikan eksklusif tertuduh. Dalam keadaan ini, elemen pengetahuan juga tidak dapat dibuktikan secara prima facie. [30] Mahkamah turut mengambil maklum bahawa tertuduh telah memecut dan merempuh beberapa kenderaan anggota polis semasa serbuan dijalankan. Walau bagaimanapun, mahkamah berpendapat bahawa tindakan tersebut tidak semestinya membawa kepada inferens konklusif bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap Dadah tersebut. Tambahan pula, semasa pemeriksaan balas oleh peguambela, SP4 sendiri menyatakan bahawa beliau tidak pasti sama ada tertuduh mengetahui bahawa beliau seorang pegawai polis. Kewujudan Keeshan [31] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa Keeshan tidak dipanggil sebagai saksi bagi kes ini. Juga tidak dapat dinafikan bahawa Keeshan merupakan seorang saksi material, kerana apa yang berlaku pada hari kejadian dapat disahkan oleh Keeshan. S/N nnZOkYiPrU2kge9ujK7XNw [32] Pada permulaan hujahan beliau, peguambela terpelajar membangkitkan bahawa mahkamah perlu menggunakan anggapan memudaratkan (adverse inference) di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950, atas kegagalan pihak pendakwaan memanggil Keeshan sebagai saksi. Namun, hujahan beliau berkenaan hal ini ditarik balik, memandangkan pihak pendakwaan telah menunjukkan bahawa usaha telah dibuat untuk mengesan Keeshan, tetapi Keeshan tidak ditemui. [33] Pihak pembelaan seterusnya menghujahkan bahawa memandangkan Keeshan ada semasa kejadian, mahkamah perlu mengambil kira sama ada Keeshan yang merupakan pengedar sebenar Dadah tersebut. Perkara ini dibincangkan dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v PP [1991] 3 MLJ 169, di mana Mahkamah Agung telah mengetepikan sabitan untuk kesalahan pengedaran dadah terhadap perayu, memandangkan terdapat keterangan yang tidak dapat disangkal, iaitu bahawa seorang yang bernama Hashim berada bersama perayu pada malam perayu ditangkap, dan Hashim berkemungkinan adalah pengedar sebenar dadah yang dirampas. [34] Dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v Public Prosecutor [2019] 6 MLJ 231, Mahkamah Persekutuan merujuk kepada Mohamad Radhi dan menerangkan: [62] Mohamed Radhi, which is now known as the Radhi direction is sort of a direction the trial judge administers unto himself when the accused person invokes the defence which demonstrates the presence of another person at the scene of the crime who is the trafficker S/N nnZOkYiPrU2kge9ujK7XNw as opposed to the accused person who is entirely innocent. Based on the said direction it is incumbent on the learned trial judge at the end of the defence case, to examine whether even though the court is not satisfied with the defence story, to ask whether in spite of this, whether the defence story casts a reasonable doubt on the prosecutio (penekanan ditambah) [35] Walaupun prinsip dalam Radhi lazimnya diambil kira pada akhir kes pembelaan, mahkamah berpendapat bahawa kewujudan pihak ketiga yang mempunyai akses langsung kepada Dadah tersebut tetap merupakan faktor relevan dalam menilai sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. [36] Dalam kes semasa, adalah tidak dipertikaikan bahawa Keeshan berada di tempat kejadian pada masa yang material. Kehadirannya bukan sekadar kebetulan, malah mempunyai kaitan langsung dengan tertuduh serta Kereta tersebut, di mana Dadah tersebut ditemui. [37] Mahkamah turut mengambil kira perintah tahanan bertarikh 5 Ogos 2022 yang dikeluarkan di bawah seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-berhubung Keeshan . Penahanan Keeshan di bawah Perintah Tahanan tersebut adalah berasaskan fakta-fakta berikut: