For the purpose of preservation of evidence, it shall be lawful for a police officer not below the rank of Sergeant or an officer of customs to require an arrested person to provide a specimen of his urine for the purposes of an examination under subsection (1) if it is not practicable for the medical officer or the person who is acting in aid of or on the direction of a medical officer to obtain the specimen of the urine within a reasonable period. [16] Ini bermakna, sampel urin Tertuduh dalam kes ini adalah sah walaupun bukan diambil oleh pegawai perubatan kerana sampel telah diambil oleh pegawai polis berpangkat Sarjan dan ke atas sebagaimana yang dilakukan oleh SP3 dan SP2 atas arahan SP7. Di dalam kes ini SP7 iaitu D/Sjn Rajandran A/L Rangasamy telah membuat tangkapan dan telah mengarahkan SP2 untuk membantunya mengambil sampel urin Tertuduh dengan menggunakan botol bernombor siri C00661007 untuk membuat ujian saringan awal urin Tertuduh. SP7 adalah pegawai polis S/N EsuvlYzfUqKa5sqXlKhNA berpangkat Sarjan yang mengarahkan SP2 untuk membantunya mengambil sampel urine Tertuduh dan SP2 mengarahkan SP3 mengiringi Tertuduh ke tandas. Ini telah memenuhi tuntutan S.31A(1A) tersebut. Oleh itu bukanlah isu yang sah untuk mencabar kes pendakwaan. [17] Pembelaan seterusnya membangkitkan isu bahawa rantaian barang kes telah terputus kerana semasa botol sampel urin Tertuduh bersama dokumen-dokumen berkaitan diserahkan oleh SP7 kepada SP1 untuk dihantar ke Jabatan Kimia, tiada borang serah menyerah disertakan dan tiada bukti yang menunjukkan bahawa penyimpanan sampel urin dalam chiller berada dalam keadaan baik. Mahkamah berpendapat, ini bukanlah satu isu yang bermerit kerana sampel urin telah diterima oleh SP4 dan disahkan berada dalam keadaan baik, di mana meterai atau seal biru pada botol sampel masih sempurna, sama keadaannya sebagaimana yang disediakan di hadapan SP2 dan diserahkan kepada SP7. Manakala keputusan ujian juga telah dikeluarkan dan hasilnya adalah konsisten dengan ujian saringan awal. [18] Pembelaan juga telah membangkitkan isu bahawa SP2 adalah saksi yang tidak kredibel kerana semasa menyerahkan Tertuduh dan barang kes kepada SP7, SP2 gagal menyerahkan sekali test strip dan gagal menjelaskan apakah SOP PDRM yang patut diikuti dalam proses memungut sample urine. Mahkamah berpendapat, ini juga bukan isu yang S/N EsuvlYzfUqKa5sqXlKhNA bermerit kerana keterangan SP2 tidak berdiri sendiri. Keterangan SP2 adalah disokong oleh keterangan SP3 yang menyaksikan sampel urin diberikan Tertuduh dan keterangan mereka disokong bukti daripada SP4 serta hasil ujian makmal. Penilaian ke atas kes pendakwaan adalah dengan melihat kepada keterangan semua saksi pendakwaan, bukan hanya keterangan oleh SP2 semata-mata. [19] Mahkamah juga berpuas hati bahawa secara keseluruhannya, saksi-saksi pendakwaan adalah kredibel kerana mereka hanya menjalankan tugas sebagai pihak polis dan tidak mengenali Tertuduh sebelum kejadian. Dalam kes PP v Teh Cheng Poh (1980) 1 MLJ 251 Mahkamah mengatakan bahawa - “…seorang saksi polis bukanlah seorang saksi berkepentingan tetapi cuma seorang pegawai sektor awam yang menjalankan tugasnya”. [20] Pembelaan juga membangkitkan isu adanya percanggahan keterangan SP7 dan SP2 tentang seal pada botol sampel urin Tertuduh, sama ada SP7 yang meletakkannya atau Tertuduh yang meletakkannya sendiri. [21] Selain itu, terdapat juga percanggahan keterangan SP7 dengan SP3 dan SP2 berkenaan gambar tempat kejadian iaitu P3 di mana SP7 S/N EsuvlYzfUqKa5sqXlKhNA mengatakan P3 adalah gambar tandas di Pejabat Balai Polis USJ8 dan bukannya gambar tandas Lokap Balai Polis USJ8. Namun percanggahan ini dijelaskan oleh SP7 dengan mengatakan bahawa SP7 keliru dengan keadaan sebenar tempat kejadian kerana telah menguruskan banyak tangkapan pada hari yang sama. Mahkamah berpuas hati dengan penjelasan ini kerana keterangan SP3 dan SP2 yang berada ditempat kejadian telah mengesahkan gambar P3 tersebut sebagai tempat kejadian. Tambahan pula kejadian telah berlaku pada tahun 2022 dan adalah normal jika SP7 gagal mengingati maklumat dengan tepat. Oleh itu percanggahan tersebut adalah tidak material kepada kes pendakwaan. [22] Secara keseluruhannya, mahkamah berpendapat, keterangan saksi-saksi di mahkamah adalah dipengaruhi kelemahan manusia yang mungkin tersilap dalam perkataan mereka atau terlupa kerana kejadian ini telah berlaku pada tahun 2022. Akan tetapi, Mahkamah juga mendapati bahawa percanggahan-percanggahan ini bukanlah suatu percanggahan yang material sehingga boleh mencacatkan pembuktian kes pendakwaan kerana selain keterangan lisan, terdapat dokumen-dokumen yang dikemukakan untuk menyokong keterangan-keterangan tersebut seterusnya membuktikan fakta kes pendakwaan. [23] Rekod sabitan lampau (P8 dan P9) yang dikemukakan oleh SP5, SP6 dan SP7 menunjukkan Tertuduh mempunyai rekod sabitan lampau S/N EsuvlYzfUqKa5sqXlKhNA di bawah S.39C (1) ADB 1952, justeru, hukuman yang menantinya adalah sebagaimana S.39C (2) ADB 1952. [24] Setelah mendengar dan meneliti semua keterangan serta hujahan yang difailkan, atas penilaian maksima, mahkamah berpuas hati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh atas pertuduhan terhadapnya. Tertuduh dipanggil untuk membela diri dan memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan. KES PEMBELAAN [25] Di peringkat ini sebagaimana Seksyen 173(m) KTJ, Mahkamah akan menimbangkan kesemua keterangan serta bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pihak pembelaan untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap Tertuduh melampaui keraguan munasabah. Pembuktian kes kekal di tangan pihak pendakwaan dan pihak pembelaan tidak perlu membuktikan bahawa Tertuduh tidak bersalah. Mahkamah akan membebaskan dan melepaskan Tertuduh daripada pertuduhan sekiranya pembelaan membangkitkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan sebagaimana prinsip undang-undang mapan yang disebut dalam Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 dan Mohamad Radhi Bin Yaacob v PP [1991] 3 MLJ 169. S/N EsuvlYzfUqKa5sqXlKhNA [26] Namun, dalam membangkitkan keraguan yang munasabah tersebut, pembelaan hendaklah tidak diselaputi oleh elemen-elemen fictitious, mere denials ataupun afterthought kerana Keterangan-keterangan pembelaan yang sedemikian tidak seharusnya diterima oleh Mahkamah, sebagaimana dijelaskan dalam Liew Kaling v PP (1960) 26 MLJ 306 – “That degree is well settled. It need not reach certainty, but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence 'of course it is possible, but not in the least probable,' the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice… You will not, I am sure, allow yourselves to be bewildered or troubled by such a phrase. What it means is not some whimsical or fanciful doubt, which a person might conjure up for the purpose of creating a difficulty but such a doubt as would govern a man's course of action in some private affair of moment of his own.” S/N EsuvlYzfUqKa5sqXlKhNA [27] Tertuduh pada peringkat ini hanya perlu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan sepertimana diputuskan dalam kes PP v. Ho Sek Kong [2006] 5 CLJ - “Although the burden of proof in criminal trial lies throughout in bringing home a conclusion that it had proven its case beyond reasonable doubt, the accused, if called upon to his defence bears the evidential burden of casting that doubt”. [28] Selanjutnya di dalam kes Chan Chwen Kong [1962] MLJ 307 mahkamah menyatakan – “ In most criminal cases, there is at some stage an onus of a sort upon the accused person. Once the prosecution produces evidence which if believed would support a conviction, there is a tactical onus on the accused person either to produce evidence of his own or to point to something in the prosecution evidence that at the very lowest make the trier of the fact less than sure of any conclusions he might otherwise be prepared to base upon the prosecution evidence. If he fails to discharge that tactical onus he will be convicted. That is very true”. [29] Intipati kes pembelaan secara ringkasnya membangkitkan isu bahawa Tertuduh tidak memberikan sampel urin untuk diuji. Oleh itu S/N EsuvlYzfUqKa5sqXlKhNA elemen pertuduhan bahawa Tertuduh telah memasukkan dadah ke dalam badannya telah tidak dibuktikan. [30] Mahkamah mendapati, keterangan Tertuduh ini tidak disokong oleh apa-apa bukti. Tertuduh tidak mengemukakan rakaman percakapannya ketika siasatan, jika benar dia tidak memberikan sampel urinnya untuk diuji. Sedangkan keterangan SP3 yang mengiringi Tertuduh ke tandas dan SP2 yang membuat ujian saringan urin menggunakan test strip telah mengesahkan urin Tertuduh telah diberikan oleh Tertuduh dan ini disokong dengan laporan polis dan borang-borang akuan pemberian urin dan UPD yang ditandatangani Tertuduh. Keterangan saksi-saksi pendakwaan yang disokong dengan dokumen-dokumen tersebut adalah konsisten. [31] Jika tandatangan Tertuduh pada sticker botol sampel urin tidak sama dengan borang akuan pemberian sampel urinnya, Tertuduh tidak boleh hanya menafikan yang itu bukan tandatangannya. Penafian perlu disokong dengan keterangan lain contohnya ada saksi yang melihat atau ada laporan pakar yang boleh mengesahkan. Jika sekadar penafian saja, tidak cukup untuk membangkitkan keraguan kepada kes pendakwaan. Penafian oleh Tertuduh ini, kerana tanpa sokongan keterangan lain, tidak dapat mematahkan kes pendakwaan. Mahkamah Persekutuan dalam Mohd Asmadi bin Yusof v PP [2011] 1 CLJ 41, telah menyatakan – S/N EsuvlYzfUqKa5sqXlKhNA “…. It is our view that he has made the correct decision under the circumstances of this case. The defence was one of denial. There was no other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence.” [32] Sepertimana juga yang telah diputuskan dalam kes-kes terdahulu seperti Public Prosecutor v Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 – ”A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient” Juga dalam kes PP v Ku Lip See [1981] 1 MLJ 258 – “.....the defence in its endeavour to create a reasonable doubt in the mind of the learned President offered an outright denial and nothing more. It was surprising to find the learned President entertaining what to him was reasonable doubt based entirely on the demeanour and denial of the respondent.” Juga dalam kes D.A Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195 – “… The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, The High Court came, S/N EsuvlYzfUqKa5sqXlKhNA in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant. [33] Kesimpulannya, penafian Tertuduh ini hanyalah sekadar bare denial yang tidak disokong keterangan lain, justeru tidak mendatangkan keraguan kepada kes pendakwaan. [34] Tertuduh didapati gagal membuktikan sebaliknya bagi anggapan di bawah S.37(k) ADB 1952. Oleh kerana Tertuduh telah memberikan sampel urin dan sample urinnya didapati positif dadah, maka pertuduhan telah dibuktikan ke atasnya. Kes pembelaan gagal mematahkan kes pendakwaan. Selanjutnya, Mahkamah merujuk semula kes Mat v PP [1963] LNS 82 tentang apakah yang perlu dilakukan oleh Mahkamah selepas mendengar kes pembelaan iaitu –