Schedule
Jadual Akta Mahkamah Kehakiman 1964; Dan Dalam Perkara Mengenai Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993; Dan Dalam Perkara Mengenai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995; Dan Dalam Perkara Mengenai Akta Kesihatan Mental 2001; Dan Dalalm Perkara Mengenai Seksyen 7, 8, 9 dan 10 Akta Pencen 1980 ANTARA SUHAI FANDI BIN RAMLI ... PEMOHON (K/P NO. 770325-06-5373) DAN 1. LEMBAGA TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KUMPULAN PELAKSANA (NO. 1) PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG 2. LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM NEGERI, SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG 3. KERAJAAN NEGERI PAHANG ... RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah satu permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh Pemohon ekoran daripada keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang yang menolak rayuan terhadap hukuman tatatertib iaitu buang kerja. Ini telah dimaklumkan kepada Pemohon melalui surat bertarikh 27.02.2023. [2] Kebenaran untuk mengemukakan permohonan semakan kehakiman ini telah diberikan oleh mahkamah ini pada 20.06.2023. Dalam permohonan kebenaran tersebut Responden tidak mengemukakan sebarang bantahan. [3] Pemohon dalam affidavit sokongannya telah menyatakan bahawa dia telah dikenakan dengan dua pertuduhan tindakan tatatertib melalui surat bertarikh 05.09.2022 di bawah Peraturan 42 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pahang) 2015 atas pertuduhan-pertuduhan seperti berikut: [4] Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Kumpulan Pelaksana (No. 1) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dalam mesyuaratnya yang Ke-122 pada 11.11.2022 telah memutuskan Pemohon bersalah di atas pertuduhan-pertuduhan tersebut. Ini dimaklumkan melalui surat bertarikh 11.11.2022. Dalam surat tersebut juga dinyatakan bahawa Perayu boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat tersebut. Pemohon telah mengemukakan rayuan melalui surat bertarikh 20.12.2022 kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. Dalam rayuan tersebut dinyatakan bahawa Pemohon merayu terhadap hukuman buang kerja bagi pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Pemohon menyatakan bahawa ketidakhadirannya bertugas adalah disebabkan masalah kesihatan. Ini juga telah dinyatakan dalam surat representasi kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib bertarikh 22.09.2022 yang menyatakan bahawa masalah kesihatan yang dihadapi ialah kemurungan dan depresi sekitar awal tahun 2022. Pemohon tidak mendapatkan rawatan lanjut di Jabatan Psikiatri Hospital Temerloh telah cuba mendapatkan rawatan tradisional dan rawatan Islam bagi mengatasi masalah kemurungan dan depresi tersebut. Disebabkan kemurungan dan depresi tersebut Pemohon tidak berupaya untuk memberikan perkhidmatan yang sewajarnya sebagai penjawat awam seperti sebelum ini. Oleh yang demikian beliau gagal mengimbas cap jari masuk dan keluar tugas akibat masalah kesihatan tersebut. Pemohon juga menyatakan beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 14.05.2022. [5] Pada 27.02.2023 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang telah memaklumkan keputusan rayuan Pemohon terhadap keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib yang memutuskan supaya Perayu dibuang kerja sebagaimana peruntukan di bawah sub peraturan 47 (g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pahang) 2015 berkuat kuasa pada 25.11.2022. Lembaga Rayuan Tatatertib telah menolak rayuan Pemohon. [6] Responden dalam affidavit jawapannya yang diikrarkan oleh Norbaiti Hanum binti Hedzir menyatakan bahawa semasa tindakan pentadbiran diambil ke atas Pemohon, Pemohon tidak pernah sama sekali menyatakan mengenai masalah kemurungan dan depresi yang dihadapinya. Pemohon melalui suratnya bertarikh 23.3.2022 hanya menyatakan bahawa dia tidak dapat hadir ke pejabat pada bulan Januari dan Februari disebabkan oleh rekod nombor telefon sudah hilang dan tidak dapat digunakan untuk log masuk Sistem HRMIS. Ini telah dinyatakan di perenggan 8 B affidavit Norbaiti. [7] Responden juga menyatakan dalam affidavit yang sama bahawa pemakluman berkenaan rawatan yang diperolehi oleh Pemohon di Kilinik Pakar Jabatan dan Kesihatan Mental Hospital Temerloh menunjukkan bahawa dia hadir ke hospital tersebut pada tarikh 19.12.2022 selepas Pemohon membuat representasi. Hujahan Pemohon [8] Penelitian kepada hujahan bertulis yang dikemukakan oleh Pemohon adalah didapati bahawa salah satu sebab mengapa mahkamah ini sewajarnya membenarkan permohonan ini ialah terdapatnya ketidakpatuhan Responden-Responden apabila tidak mengikut Peraturan 37 (5) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002. Peraturan 37 (5) Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002 memperuntukkan seperti berikut: “37 (5) Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa kes terhadap pegawai itu menghendaki penjelasan lanjut, Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menubuhkan suatu Jawatankuasa Penyiasatan bagi maksud mendapatkan penjelasan lanjut sedemikian.” [9] Selain daripada itu Pemohon juga menyatakan bahawa keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib dalam kes ini adalah tidak munasabah, tidak sah terdapatnya ketidakpatuhan prosedur yang membawa maksud tiadanya pematuhan kepada prinsip keadilan asasi atau gagal mematuhi prosedur yang ada. Pemohon telah menukilkan kes Council of Civil Service Unions v Minister for the Civil Service [1985] AC 374. [10] Pemohon menyatakan bahawa Peraturan 37 (5) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menghendaki supaya satu jawatankuasa ditubuhkan. Kegagalan penubuhan jawatankuasa tersebut menyebabkan Pemohon telah dinafikan haknya untuk mengemukakan keterangan-keterangan di hadapan jawatankuasa tersebut. Pemohon juga menyatakan bahawa hukuman yang dikenakan atas kesalahan yang dilakukan oleh Pemohon adalah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Hujahan Pihak Responden [11] Responden berhujah bahawa Responden telah mengambil tindakan yang sewajarnya dan mematuhi prosedur yang dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 tersebut sebelum memutuskan bahawa Pemohon dibuang kerja. Oleh itu tidak ditimbul isu ketidakpatuhan, ketidaksahan dan ketidakmunasabahan keputusan Responden yang perlu kepada semakan kehakiman. Selayang pandang undang-undang berkaitan dengan semakan kehakiman [12] MP Jain di dalam bukunya Administrative Law of Malaysia and Singapore (3rd Edition) telah merumuskan ujian ketidakmunasabahan di dalam Wednesbury seperti berikut di halaman 476: “As explained by Lord Greene, the test of unreasonable is not what the court thinks is reasonable, but unreasonable here is ‘something so absurd’ that no reasonable or sensible person could have come to that decision.” [13] Seterusnya di dalam kes CCSU v Minister for the Civil Service (Lord Diplock) (1984) 3 All ER 935 Lord Diplock telah menggunakan frasa ‘irrationality’ dan menghubungkannya dengan ‘unreasonable’ yang dinyatakan dalam Wednesbury seperti berikut: “By ‘irrationality’ I mean what can by now be succinctly referred to as ‘Wednesbury unreasonableness’ (see Associated Provincial Picture Houses Ltd v Wednesbury Corp (1974) 2 All ER 680, (1948) 1 KB 223). It applies to a decision which is so outrageous in its defiance of logic or of accepted moral standards that no sensible person who had applied his mind to the question to be decided could have arrived at it. Whether a decision falls within this category is a question that judges by their training and experience should be well equipped to answer, or else there would be something badly wrong with our judicial system. To justify the court’s exercise of this role, resort I think is today no longer needed to Viscount Radcliffe’s ingenious explanation in Edwards (Inspector of Taxed) v Bairstow (1955) 3 All ER 48, (1956) AC 14 of irrationality as a ground for a court’s reversal of a decision by ascribing it to an inferred though unidentifiable mistake of law by the decision-maker. ‘Irrationality’ by now can stand on its own feet as an accepted ground on which a decision may be attacked by judicial review’.” [14] Apa yang jelas bahawa ketidakmunasabahan adalah merujuk kepada suatu tindakan atau syarat tidak akan dikenakan oleh seseorang atau tribunal yang munasabah dalam membuat syarat atau peraturan tertentu. Contohnya, Mahkamah Agong di dalam kes Chai Choon Hon v Ketua Polis Daerah Kampar and Government of Malaysia (1986) 2 MLJ 203 telah memutuskan bahawa syarat menghadkan bilangan penceramah bagi kebenaran mengadakan Majlis Tarian Singa dan Makan Malam telah diputuskan sebagai tidak munasabah. [15] Kini terdapat pandangan yang menarik berkenaan dengan ujian dalam kes Wednesbury (supra) tersebut yang diutarakan oleh Profesor Madya Adam Perry Profesor Undang-undang di University Oxford dalam artikelnya bertajuk Wednesbury Unreasonableness The Cambridge Law Journal 2023 1 yang menyatakan seperti berikut: “Unreasonableness is a notoriously obscure standard. For decades, courts have struggled to explain it clearly. Progress is possible, however. Drawing on courts' decisions, we can assemble various self-evident truths about unreasonableness. Unreasonableness is (1) concerned with the balance of reasons; (2) a high standard; (3) not a form of merits review; (4) context-dependent; (5) evidence-dependent; (6) prima facie justified; and (7) indicated by various factors including inconsistency, oppressiveness, incoherence and the absence of stated reasons. A good analysis of unreasonableness will account for all these truths, but existing analyses fail this test. Gardner's analysis does not explain why unreasonableness is a high standard. Dindjer's does not explain why it is a less demanding form of review that merits review, or why it is prima facie justified. Perry's does not explain why it is evidence-dependent. By contrast, my analysis - that unreasonableness is just demonstrable wrongness - accounts for all we know about the standard.” [16] Mahkamah juga perlu mengambil kira garis panduan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan mengenai apakah yang boleh dibuat semasa permohonan semakan kehakiman dalam kes Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Bhd. v. Transport Workers Union [1995] 2 CLJ 748 seperti berikut: “In my judgment, the true principle may be stated as follows. An inferior tribunal or other decision making authority, whether exercising a quasi-judicial function or purely an administrative function has no jurisdiction to commit an error of law. Henceforth, it is no longer of concern whether the error of law is jurisdictional or not. If an inferior tribunal or other public decision taker does make such an error, then he exceeds his jurisdiction. So too is jurisdiction exceeded where resort is had to an unfair procedure (see Raja Abdul Malek v. Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis [1995] 1 CLJ 619), or where the decision reached is unreasonable, in the sense that no reasonable tribunal similarly circumstanced would have arrived at the impugned decision. It is neither feasible nor desirable to attempt an exhaustive definition of what amounts to an error of law for the categories of such an error are not closed. But it may be safely said that an error of law would be disclosed if the decision-maker asks himself the wrong question or takes into account irrelevant considerations or omits to take into account relevant considerations (what may be conveniently termed an Anisminic error) or if he miscontrues the terms of any relevant statute, or misapplies or mis-states a principle of the general law.” [17] Mahkamah juga terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan tanggungjawab Mahkamah yang mendengar semakan kehakiman seperti yang dinyatakan dalam kes R Rama Chandran v The Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 MLJ 145 seperti berikut: “Having regard to the breadth of the provisions of para 1 of the Schedule to the Courts of Judicature Act 1964, it would be wrong to assume that the extent of the power of the courts in Malaysia in the field of Public Law remedies is limited in the same manner as that of the courts in the United Kingdom, where there are no such equivalent provisions. This is a point which was not addressed in Pahang Omnibus, Tanjong Jaga, Hotel Equatorial or Dreamland. The need for such a wider power is illustrated by the case of Chief Constable of North Wales Police v Evans where the House of Lords was struggling to mould the remedy to suit the justice of the case. In the event, the House granted a declaration to protect the probationary constable financially for the Chief Constable's breach of the rules of natural justice. Needless to say, if, as appears to be the case, this wider power is enjoyed by our courts, the decision whether to exercise it, and if so, in what manner, are matters which call for the utmost care and circumspection, strict regard being had to the subject matter, the nature of the impugned decision and other relevant discretionary factors. A flexible test whose content will be governed by all the circumstances of the particular case will have to be applied. For example, where policy considerations are involved in administrative decisions and courts do not possess knowledge of the policy considerations which underlie such decisions, courts ought not to review the reasoning of the administrative body, with a view to substituting their own opinion on the basis of what they consider to be fair and reasonable on the merits, for to do so would amount to a usurpation of power on the part of the courts. On the other hand, having regard to the rapidly developing law in applications for Judicial Review, whenever legally permissible, we must demonstrate a willingness to mould the remedies available to suit the justice of the case. It is with the above principles in mind that I approach the question of the appropriate remedies which should be Awarded to the Employee in this case. To recapitulate, we had, in the first place, concluded that the Employee's dismissal was without just cause or excuse. As it is necessary to spell out the consequences of this conclusion so that it is clear to the parties what their respective rights and obligations are, we must, go further, to consider what other reliefs should be Awarded to the Employee. Like Lord Bridge in Chief Constable of North Wales Police v Evans [1982] 1 WLR 1155 at p 1165, I have no doubt that this court has the power to grant an order of mandamus requiring the Employer to reinstate the Employee. However, for the reasons indicated by the Chief Justice in his judgment, this will not be possible. In order to protect the Employee financially, I would therefore go on to add that by reason of his wrongful dismissal aforesaid, he has thereby become entitled to all rights and remedies, not including reinstatement, according to law. Next, it is necessary to spell out what these rights and remedies are. I would say that the Employee is entitled to all moneys due to him in respect of his salary and all other emoluments, under his contract of service, as from the date of his invalid dismissal, until his retirement, had he not been wrongfully dismissed. I have carefully considered the question whether this Court should remit the case to the Industrial Court to determine the monetary compensation to be paid by the Employer to the Employee, which will, in essence, involve a simple arithmetical calculation but will also lead to unnecessary prolongation of proceedings involving inevitable delay and increased expenditure, in what has already been a long drawn out litigation with consequent hardship to the Employee who is now getting on in age. All the material evidence for the purpose of assessing the monetary compensation payable would appear to be before us. Indeed, there was no suggestion to the contrary, by Dr Das, learned counsel for the Employer. It must be remembered that we are here concerned with an appeal which arises from Judicial Review proceedings whose target was an Award of the Industrial Court, an inferior court, and not an administrative decision by bodies or persons who are charged with the performance of public acts or duties. It cannot be said, therefore, that by intervening in the manner which we propose to do, we would be trespassing into the domain of the executive, thus violating the doctrine of the separation of powers, and so acting undemocratically.” [18] Mahkamah juga meneliti keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Akira Sales & Services (M) Sdn Bhd v Nadiah Zee Bt Abdullah And Another Appeal [2018] 2 MLJ 537 di mana dinyatakan seperti berikut semasa meneliti award Pengerusi Mahkamah Perusahaan dengan menyatakan seperti berikut: “[47] The award of the IC could be reviewed for substance as well as for process. In the instant case, the IC had lost sight of the issue when it proceeded to adjudicate on CBT instead of misconduct in employment. And when it proceeded to adjudicate on CBT instead of misconduct in employment, the IC acted without jurisdiction, took into account an irrelevant matter, namely CBT, but failed to take into account the relevant matter of evidence of misconduct and the complaint. As said, the complaint was that the respondents opened and operated the Perwira account without the authority of the company. The respondents did not deny that they opened and operated the Perwira account and that they deposited the money of the company into the Perwira account. The respondents explained that they did so to prevent the transfer of the company’s funds to Singapore. But it was not appreciated that what the respondents had done was to put funds of the company in their absolute control and beyond the reach of the company. The respondents might have been directors/minority shareholders of the company. But it was in their capacity as employees that the respondents had the day to day management of the company. And as employees with day to day management of the company, was it right for the respondents to put funds of the company in their absolute control and beyond the reach and control of the company? Would that behaviour not warrant dismissal? It must surely be that an employee who puts funds of his employer beyond the reach and control of his employer warrants dismissal. Any reasonable tribunal would find that the dismissal of the respondents was with just cause.” Penilaian [19] Dalam kes ini keterangan yang dinyatakan dalam affidavit-affidavit pihak-pihak telah mengesahkan bahawa Pemohon adalah seorang pegawai perkhidmatan awam negeri Pahang. Oleh yang demikian dalam hal ini mahkamah perlu merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pahang) 2015 [Phg.P.U.30]. Ini adalah disebabkan di dalam tafsiran peraturan tersebut dinyatakan bagi pegawai ertinya seorang anggota perkhidmatan awam negeri Pahang dan pemakaiannya dinyatakan seperti berikut: 2. “Pemakaian Peraturan-Peraturan in hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai di sepanjang tempoh perkhidmatannya dan, berkenaan dengan seseorang pegawai yang tidak memilih untuk memasuki Sistem Saraan Baru, hendaklah terpakai dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu dan wajar dengan mengambil kira terma dan syarat perkhidmatannya.” [20] Persoalannya ialah adakah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] terpakai dalam kes ini terhadap Pemohon. Bagi menjawab persoalan ini mahkamah merujuk kepada Peraturan 65 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pahang) 2015 yang memperuntukkan seperti berikut: 65. “Pemberhentian pemakaian dan peralihan (1) Perintah-perintah Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993], yang disebut sebagai "Perintah-perintah dimansuh" adalah dengan ini terhenti pemakaiannya bagi negeri Pahang.” [21] Adakah kegagalan penubuhan jawatankuasa siasatan adalah sesuatu yang menjadikan keputusan oleh jawatankuasa tersebut tersebut adalah tidak teratur dan memerlukan kepada semakan kehakiman? Jika diteliti kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pahang) 2015 terdapat peruntukan di bawah Peraturan 42 (5), 43 dan 44 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pahang) 2015 berkenaan dengan penubuhan jawatankuasa: “Prosedur dalam kes tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat (5) Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa kes terhadap pegawai itu menghendaki penjelasan lanjut, Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menubuhkan suatu Jawatankuasa Penyiasatan bagi maksud mendapatkan penjelasan lanjut sedemikian. 43. Jawatankuasa Penyiasatan (1) Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pegawai. (2) Anggota-anggota Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang disiasat itu tetapi Ketua Jabatan pegawai yang disiasat itu tidak boleh menjadi anggota Jawatankuasa Penyiasatan. Prosedur yang hendaklah diikuti oleh Jawatankuasa 44. Penyiasatan (1) Jawatankuasa Penyiasatan— (a) hendaklah memberitahu pegawai yang disiasat itu tarikh persoalan mengenai pembuangan kerja atau penurunan pangkatnya akan dibawa di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan; dan (b) boleh memanggil dan memeriksa mana-mana saksi atau mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang difikirkan perlu atau patut oleh Jawatankuasa Penyiasatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kes itu. (2) Jika Jawatankuasa Penyiasatan berpandangan bahawa pegawai itu patut dibenarkan hadir di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan untuk membersihkan dirinya, pegawai itu hendaklah menghadirkan dirinya di hadapan Jawatankuasa itu bagi maksud itu. (3) Jika saksi-saksi telah dipanggil dan diperiksa oleh Jawatankuasa Penyiasatan, pegawai itu hendaklah diberi peluang untuk hadir dan untuk menyoal balas saksi-saksi bagi pihak dirinya. (4) Tiada keterangan dokumentar boleh digunakan terhadap seseorang pegawai melainkan jika pegawai itu telah sebelum itu dibekali dengan satu salinan keterangan itu atau telah diberi akses kepada keterangan itu. (5) Jawatankuasa Penyiasatan boleh membenarkan Kerajaan atau pegawai itu diwakili oleh seorang pegawai perkhidmatan awam atau, dalam hal yang luar biasa, oleh seorang peguam bela dan peguam cara, tetapi Jawatankuasa Penyiasatan boleh menarik balik kebenaran itu tertakluk kepada apa-apa penangguhan yang munasabah dan perlu bagi membolehkan pegawai itu untuk membentangkan kesnya sendiri. (6) Jika Jawatankuasa Penyiasatan membenarkan Kerajaan diwakili, Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah juga membenarkan pegawai yang disiasat itu diwakili dengan cara yang sama. (7) Jika pegawai yang disiasat yang dikehendaki hadir di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan jika tiada alasan yang mencukupi diberikan bagi penangguhan itu, Jawatankuasa Penyiasatan boleh terus menimbangkan dan membuat keputusan tentang aduan itu atau boleh menangguhkan prosiding itu ke suatu tarikh yang lain. (8) Setelah tamat penyiasatannya, Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah mengemukakan suatu laporan tentang penyiasatan itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. (9) Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa laporan yang dikemukakan kepadanya di bawah subperaturan (8) tidak jelas tentang perkara-perkara tertentu atau bahawa penyiasatan lanjut adalah perlu, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh merujukkan perkara itu semula kepada Jawatankuasa Penyiasatan bagi penyiasatan lanjut.” [22] Peguam Pemohon yang bijaksana telah merujuk kes Abdul Ghani Che Mat v Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis & Ors [2016] MLJU 1062 dan berhujah bahawa jawatankuasa penyiasatan adalah diputuskan dlaam kes tersebut oleh Mahkamah Rayuan ia diperlukan seperti berikut: “[52] In our view, fairness dictates that an Investigation Committee ought have been established pursuant to Regulation 37(5) in order that a neutral report could be prepared to assist the disciplinary authority in coming to a decision on such serious matter as the dismissal of a public officer. We do not think the case against the appellant was a clear cut case of guilt and therefore fit for summary dismissal under Regulation 37(4).” [23] Penelitian kepada kes Abdul Ghani Che Mat (supra) mendapati bahawa keadaan dalam kes tersebut menyebabkan Mahkamah Rayuan berpendapat perlunya diadakan jawatankuasa siasatan. Ini dapat dilihat di perenggan 47 yang menyatakan seperti berikut: “[47] Applying the law as laid down by the Federal Court in Yusof Sudin and Tay Chai Huat to the facts of the present case, the question is whether the circumstances facing the disciplinary authority called for an oral hearing, which was requested for by the appellant. On the factual matrix of the case, we must say at the outset that an oral hearing was called for. Here was a case where the disciplinary authority was faced with two conflicting sets of fact, documents and evidence, that is the investigation report and the appellant’s representation letter which was exculpatory in nature.” [24] Mahkamah juga meneliti keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Services Commission Malaysia & Anor v. Vickneswary Rm Santhivelu [2008] 6 CLJ 573 berkenaan dengan keputusan untuk merujuk atau menubuhkan jawatankuasa siasatan. Peruntukan di bawah Peraturan 42(5) tersebut adalah pari materia dengan peraturan 37 (5) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993. Penelitian kepada kes Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan tersebut adalah didapati bahawa penubuhan jawatankuasa penyiasatan adalah bidang kuasa jawatankuasa tatatertib. Sekiranya terdapat keadaan yang memerlukan jawatankuasa penyiasatan itu ditubuhkan. Ia boleh dilakukan setelah jawatankuasa tatertib menerima representasi daripada Pemohon dan berpendapat bahawa terdapat keterangan yang berbeza di antara Pemohon dan Responden sehingga memerlukan penyiasatan lanjut. Jika ini berlaku jawatankuasa penyiasatan tersebut wajar ditubuhkan oleh jawatankuasa tatatertib. Mahkamah ini berpendapat pertimbangan untuk mewujudkan jawatankuasa penyiasatan itu adalah tertakluk kepada bidang kuasa jawatankuasa tatatertib. [25] Walau bagaimanapun dalam kes ini mahkamah perlu melihat sama ada ketiadaan jawatankuasa penyiasatan tersebut yang diputuskan oleh jawatankuasa tatatertib adalah sesuatu yang teratur atau tidak. Sekiranya mahkamah mendapati wajar ditubuhkan jawatankuasa penyiasatan dan ia tidak ditubuhkan oleh jawatankuasa tatatertib dengan mengambil kira fakta dan keterangan di dalam kes ini maka suatu semakan kehakiman wajar dilakukan. Dalam kes ini pertuduhan yang dikenakan kepada Pemohon adalah berkaitan ketidakhadiran Pemohon bertugas tanpa sebarang kebenaran. Ia adalah suatu yang jelas berdasarkan kepada keterangan-keterangan berkenaan dengan bukti kehadiran, rekod kedatangan dan butiran pengecaman cap jari pada mesin perakam waktu. Malahan dalam surat representasi yang dikemukakan kepada pihak jawatankuasa tatatertib tidak ditimbulkan bantahan berkenaan fakta ketidakhadiran Pemohon bertugas seperti yang dinyatakan dalam dua pertuduhan yang dikenakan kepada Pemohon. [26] Oleh itu tiada sebarang percanggahan fakta yang memerlukan suatu jawatankuasa siasatan ditubuhkan. Oleh itu mahkamah ini berpendapat keputusan jawatankuasa tatatertib tidak menubuhkan jawatankuasa siasatan adalah di dalam ruang lingkup bidang kuasa jawatankuasa tatatertib. Ia telah dilakukan dengan sewajarnya oleh jawatankuasa tatatertib berdasarkan kepada fakta dan keterangan dalam kes ini. Ianya adalah berbeza sekiranya terdapat keterangan dan fakta dalam kes ini yang menimbulkan percanggahan di antara keterangan Pemohon dan Responden sehingga memerlukan penyiasatan bebas dilakukan oleh jawatankuasa siasatan. Namun ia tidak berlaku sedemikian dalam kes ini. [27] Pada masa yang sama mahkamah juga mendapati bahawa isu berkenaan masalah kesihatan yang dialami oleh Pemohon hanya timbul selepas daripada pertuduhan-pertuduhan tersebut dikemukakan kepada Pemohon. Ia juga disokong oleh dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan bersama-sama dengan rekod rawatan dalam laporan perubatan. Walau bagaimanapun mahkamah juga mengambil perhatian kepada surat rujukan yang disediakan oleh Klinik Paramedik berkenaan dengan kesihatan Pemohon yang bertarikh 18.03.2022 yang dikepilkan bersama-sama dengan surat representasi bertulis pada 22.09.2022. Surat daripada Klinik Paramedik tersebut menunjukkan masalah kesihatan yang dihadapi oleh Pemohon adalah lebih awal daripada tarikh pertuduhan dikemukakan terhadap Pemohon. Peluang Pemohon mengemukakan rayuan [28] Mahkamah ini mendapati bahawa dokumen-dokumen tersebut telah dikemukakan dan tiada keterangan yang menunjukkan bahawa ia tidak dipertimbangkan oleh jawatankuasa tatatertib. Ketiadaan jawatankuasa siasatan tidak akan menyebabkan jawatankuasa tatatertib tidak boleh membuat keputusan yang sewajarnya berdasarkan dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh Pemohon berkenaan dengan keadaan kesihatannya. [29] Peguam Pemohon yang bijaksana telah membangkitkan isu bahawa jawatankuasa tatatertib dan juga jawatankuasa rayuan telah tidak ditunjukkan memberi peluang kepada Pemohon untuk mengemukakan rayuan. Ia adalah suatu hak yang sepatutnya diberikan oleh Responden. Peguam Pemohon yang bijaksana telah menukilkan kes Nazrul Imran Mohd Nor v Civil Service Commission Malaysia & Anor [2021] 10 CLJ 737 seperti berikut: “[87] In addition, the right to mitigate before sentencing is a right well-established. The right to mitigate is now trite and fundamental as it has been accepted that sentence should not be meted out unless the person concerned is heard. This is an issue of fairness to be accorded to a person before sentencing. Especially when the disciplinary action taken, as earlier stated, was with the view to dismissing him or to reduce his rank. Had the right to mitigate been afforded, there is always the possibility that he might not be dismissed from service. The fact is before the sentence to dismiss him was made, he was not asked to mitigate. Rightly, the decision of the first respondent ought not to stand based on this reason too. Thus, even if it may be right to maintain that an inferior tribunal has the right to sentence as it wishes, before that right is exercised, the person facing that tribunal must be given the right to mitigate.” [30] Berhubung dengan hal ini mahkamah meneliti affidavit jawapan dan affidavit sokongan oleh Responden dan Pemohon bagi meneliti sama ada Pemohon telah diberikan haknya untuk mengemukakan rayuan peringanan hukuman di atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Ini ditambah pula dengan hukuman yang dikenakan oleh Responden adalah buang kerja. Ia memberi kesan kepada kehidupan dan kelangsungan hidup Pemohon dalam kes ini. Dalam affidavit sokongan Pemohon adalah didapati bahawa terdapat satu surat representasi kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib bertarikh 22.09.2022 yang ditandakan sebagai eksibit D. Begitu juga terdapat surat rayuan terhadap keputusan Lembaga Tatatertib yang ditulis oleh Pemohon bertarikh 20.12.2022. Dalam surat tersebut juga telah dibuat rujukan silang kepada surat yang terdahulu iaitu surat bertarikh 05.09.2022 yang sebenarnya surat tersebut bertarikh 20.09.2022 iaitu eksibit D dalam affidavit Pemohon. Mahkamah juga meneliti eksibit D affidavit sokongan Pemohon iaitu surat daripada Pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Pahang bertarikh 27.02.2023. Dalam surat tersebut diawalnya telah dinyatakan seperti berikut: Dengan hormatnya rayuan tuan bertarikh 20 Disember 2022 adalah dirujuk. Penelitian kepada surat representasi tersebut menunjukkan dokumen-dokumen rawatan perubatan dan laporan perbuatan telah dilampirkan untuk pertimbangan Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. [31] Mahkamah ini berpendapat dengan surat daripada Lembaga Rayuan tersebut menggambarkan bahawa rayuan Pemohon melalui surat 22.09.2022 dan 20.122022 telah diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh Responden. Rayuan yang dikemukakan dalam surat representasi tersebut adalah berkaitan dengan masalah kesihatan dan rawatan serta kemurungan yang dihadapi oleh Pemohon. Mahkamah berpendapat dengan ketiadaan peluang untuk membuat representasi lisan tidak akan menjejaskan Pemohon. Ini adalah disebabkan kesemua surat representasi berdasarkan dokumen-dokumen yang dikemukakan dalam semakan kehakiman ini menunjukkan bahawa representasi tersebut telah dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh Responden. Di samping itu kesalahan yang dilakukan oleh Pemohon juga adalah sesuatu yang jelas berdasarkan kepada dokumen-dokumen kehadiran dan rekod perakam waktu yang telah dimaklumkan kepada Pemohon dalam surat pertuduhan. Apa yang jelas ialah penelitian kepada surat pertuduhan mendapati bahawa Pemohon tidak hadir bertugas kesemuanya selama 49 hari tanpa alasan munasabah dan 13 kali tidak mengimbas jari perakam waktu. [32] Secara pebandingan jika dilihat kepada kes Nazrul Imran Mohd Nor v Civil Service Commission Malaysia & Anor (supra) fakta kes menunjukkan kesalahan yang melibatkan Perayu dalam kes tersebut ialah kenyataan yang dikatakan telah mencemarkan kerajaan. Ia dapat dilihat di perenggan 71 hingga 78, terutamanya di perenggan 76 seperti berikut: [71] Thus, it is incumbent to determine whether the appellant's statement ie, "Kesian. Hilang kwn, hilang deposit" had contravened the above provisions. [72] First, it should be remembered, as explained earlier, not only the process of arriving at the decision that the first respondent did is subject to review but the merits of that decision may also be subjected to scrutiny. [73] Second, as pointed out, the first respondent did not give any reason why it had rejected the representation made by the appellant. Without reasons, the representation should be reviewed in this appeal to determine the effect of the appellant's statement as it is said to be in contravention of the statutory provisions. [74] Therefore, it is important to always note these two points when we embark in determining whether the comments itself had contravened the above provisions. [75] Thus, is the statement "Kesian. Hilang kwn, hilang deposit", a statement which may embarrass or bring disrepute to the Government within the provisions of reg. 19(1)(b) of the 1993 Regulations? As translated, could the statement "Pity. Lost a friend, lost the deposit" be an embarrassment or bring disrepute to the Government? [76] In our view, even if the statement was to be taken as a whole it could not be an embarrassment or disrepute to the Government itself because; (i) it is not only too short but more importantly, too cryptic; (ii) different groups of people may interpret the statement differently; and (iii) the Government itself could not possibly be affected by the statement. [77] With regard to the three reasons above, first the statement made is too short to suggest that it may have the effect of embarrassing the Government or bringing disrepute to it. With respect, it is too brief to be able to have that negative effect. It is difficult to appreciate how the statement, consisting of those few words could be an embarrassment or bring disrepute to the Government. It is noteworthy that the concern here is with regard to a Government. A Government by normal standards is a substantial entity. The short cryptic statement by the appellant consisting of the words used could not possibly cause any embarrassment or bring disrepute to an entity the likes of a Government. [78] The comments are too general to be able to attract any specific meaning. The statement itself is cryptic. The statement as worded can itself give rise to many connotations and shades of meaning. To some, taken literally, it may appear to have no meaning. After all, what has a friend got to do with a deposit? In this regard the benefit of the doubt should be given to the appellant. As explain earlier, he asserted he had no intention to tarnish the image of the Malaysian Government. In any event, the image of the Government itself could not possibly be affected by such a cryptic and inconsequential statement.” [33] Oleh itu pada hemat mahkamah ketiadaan representasi lisan dan hanya representasi bertulis yang dipertimbangkan oleh Responden tidak mewajarkan mahkamah ini membuat dapatan bahawa keputusan jawatankuasa tatatertib dan jawatankuasa rayuan tatatertib adalah suatu yang tidak setimpal atau tidak wajar sekiranya dibandingkan dengan pertuduhan yang dikemukakan kepada Pemohon. [34] Sesungguhnya disiplin seorang pegawai perkhimatan awam adalah sesuatu yang perlu sentiasa diutamakan. Di samping itu sebarang masalah yang dihadapi oleh para penjawat awam seharusnya diselesaikan oleh penjawat awam tersebut melalui mekanisma yang terdapat dalam sistem pengurusan sumber manusia penjawat awam sama ada mendapatkan rawatan perubatan atau menjalani sesi kaunseling yang bersesuaian. Apa yang jelas ialah sebarang ketidakcekapan dan kurangnya disiplin oleh pegawai awam boleh menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat yang perlu dipastikan oleh Responden tidak berlaku. Oleh itu tindakan Responden terhadap Pemohon dalam kes ini tidaklah boleh dikatakan tidak setimpal atau berpatutan. Ianya berbeza sekiranya terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa Pemohon telah menggunakan mekanisma dalam perkhidmatan awam bagi mengatasi masalah kesihatan dan tekanan perasaan yang dihadapai olehnya tetapi tidak diambil tindakan yang sewajarnya oleh Responden sehingga mengemukakan pertuduhan kepada Pemohon yang berakhir dengan pembuangan kerja Pemohon. Ini tidak ditunjukkan berlaku dalam kes ini. Hukuman [35] Selain daripada itu Pemohon juga menyatakan bahawa hukuman yang dikenakan oleh jawatankuasa tatatertib yang disahkan oleh jawatankuasa rayuan tatatertib adalah sesuatu yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Ini adalah disebabkan kesalahan Pemohon hanyalah tidak hadir bertugas. Oleh itu keputusan tersebut adalah suatu yang tidak munasabah dan tidak setimpal serta bercanggah dengan kebebasan asasi. [36] Penelitian kepada surat yang daripada Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Kumpulan Pelaksana No. 1 bertarikh 05.09.2022 telah dinyatakan bahawa tindakan tatatertib ini adalah dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat seperti di bawah Peraturan 42 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pahang) 2015. Ini bermakna daripada awal Pemohon telah diberi maklum bahawa prosiding tatatertib ini adalah untuk tujuan buang kerja atau turun pangkat. [37] Penelitian kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pahang) 2015 jelas menunjukkan bahawa salah satu hukuman yang boleh dijatuhkan bagi kesalahan tatatertib ialah buang kerja seperti dalam Peraturan 47 seperti berikut: 47. “Jenis hukuman tatatertib Jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke atas pegawai itu: (a) amaran; (b) denda; (c) lucut hak emolumen; (d) tangguh pergerakan gaji; (e) turun gaji; (f) turun pangkat; (g) buang kerja.” [38] Persoalan seterusnya adalah adakah mahkamah ini boleh campur tangan dalam hukuman yang telah diputuskan oleh jawatankuasa tatatertib dan jawatankuasa rayuan tersebut. Ini telah dinyatakan dalam kes Ng Hock Cheng v. Pengarah Am Penjara & Ors [1998] 1 CLJ 405 seperti berikut: “The court in truth is not substituting the order of dismissal with its own measure of punishment and if in the latter case, it would amount to the court forcing the employer/government to still employ him, or specifically enforcing a contract of personal service. It cannot be denied further that the disciplining of a public officer by his department head, is part of the function of the executive branch of the government and any usurpation by a court will be viewed with something very much more than disfavour even though the judiciary is the judicial branch of the government as well as an institution which belongs to the people. To repeat, a court intervenes only on the nature and manner of accusation against a public officer as distinct from a consequential punishment as explained above.” [39] Dalam kes Tan Tek Seng v. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan & Anor. [1996] 2 CLJ 771 yang melalui keputusan majoriti yang telah mengenepikan hukuman buang kerja yang diputuskan oleh jawatankuasa tatatertib. Ini dinyatakan seperti berikut: “In a case like the present, this Court is, for the reasons already given sufficiently empowered to come to its own conclusion on the merits on the case. Taking into account all the relevant facts of the case, including the extenuating factors alluded to by the Maur High Court, I am inclined to agree with the submission of Counsel that the order of dismissal was too severe a punishment to impose upon the appellant. In the peculiar circumstances of this case, some lesser punishment ought to have been imposed.” [40] Rasional mengapa mahkamah tidak wajar campur tangan atau menggantikan hukuman yang telah diputuskan oleh jawatankuasa atau badan berkuasa tatatertib perkhidmatan awam telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Norizan bin Bakar v Panzana Enterprise Sdn Bhd [2013] 6 MLJ 605 seperti berikut: “[34] This point has been made earlier but deserves to be reiterated. A public officer who wishes to challenge any allegation of misconduct against him for which punishment has been imposed can only do so by challenging it in the High Court by way of judicial review. It is pertinent to note that the said public officer cannot challenge the punishment imposed, but only the allegations preferred against him. This clearly explains why the court must not substitute its own view as to what is the appropriate penalty for public officer's misconduct, for the view of the particular disciplinary committee as rightly held by the minority view in Tan Tek Seng and the Federal Court in Ng Hock Cheng.” [41] Oleh itu dalam kes ini mahkamah berpendapat hukuman yang dijatuhkan oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang adalah dalam wewenang dan bidang kuasa serta pertimbangan yang wajar dan munasabah dilakukan oleh Responden. Mahkamah ini tidak wajar campur tangan atau mengubah hukuman yang telah diputuskan oleh pihak Responden. Perintah Akhir [42] Semakan kehakiman oleh Pemohon adalah ditolak. Bertarikh: 24hb. November 2023 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pemohon M Ramachelvam dan Ameerul Radzi bin Azlan Tetuan Rama-Rozi & Associates Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak Responden Munirah binti Samsuddin Pejabat Penasihat undang-undang Negeri Pahang Kuantan, Pahang Darul Makmur