Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TANAH MERAH DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA KES TANGKAP NO: DC-83D-794-04/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWAAN LAWAN SUHARDI BIN ISMAIL (NO. K/P: 791018-03-5193) … TERTUDUH
DC-83D-794-04/2025
Magistrates Court of Malaysia12 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“imposed must be reflective of the nature and seriousness of the offence, the character and conduct of the accused, the degree of mens rea, and the financial means of the accused (Abu Bakar bin Alif R [1953] MLJ 19). (ii) It is a cardinal rule that fine should not be excessive and should not leave an impression with the”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TANAH MERAH DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA KES TANGKAP NO: DC-83D-794-04/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWAAN LAWAN SUHARDI BIN ISMAIL (NO. K/P: 791018-03-5193) … TERTUDUH
1
Pertuduhan pindaan terhadap tertuduh adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 16/04/2025 jam lebih kurang 6.00 petang bertempat di tempat letak kereta kedai No. 2 MDTM Jalan Pasir Mas dalam jajahan daerah Tanah Merah dalam Negeri Kelantan telah ada dalam kawalan kamu cecair keperangan isipadu bersih 57.0 liter yang mengandungi Mitragynine dan disenaraikan di dalam Jadual Pertama dan Jadual Ketiga (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh di hukum di bawah seksyen 30(5) Akta yang sama.”
2
Pertuduhan pindaan dibacakan dan diterangkan kepada tertuduh dalam bahasa Malaysia. Tertuduh faham sifat pertuduhan dan akibat pengakuan salah, lalu mengaku salah secara sukarela tanpa syarat. Pihak pendakwaan kemudiannya mengemukakan beberapa dokumen sokongan sebagai ekshibit, termasuk fakta kes yang dibacakan dan diakui oleh tertuduh tanpa pertikaian.
3
Setelah meneliti semua ekshibit serta menimbangkan faktor-faktor mitigasi dan pemberatan yang dikemukakan, Mahkamah mensabitkan tertuduh dan menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan dari tarikh sabitan, serta denda RM10,000.00, gagal bayar, 12 bulan penjara. Terkilan, tertuduh memfailkan rayuan terhadap hukuman.
4
Pada 16.04.2025, jam lebih kurang 6:00 petang, pengadu bersama anggota Task Force Briged Tenggara telah membuat serbuan di kawasan kedai No. 2 MDTM Jalan Pasir Mas, 17500 Tanah Merah, Kelantan.
5
Semasa di lokasi, pengadu lihat sebuah motokar Honda Jazz warna merah (WWX 8486) di tempat letak kereta dalam keadaan mencurigakan dengan tertuduh di bahagian pemandu. Pengadu memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis, tunjuk kad kuasa dan tahan tertuduh.
6
Pemeriksaan terhadap tubuh badan tertuduh tidak menjumpai apa-apa barang salah. Dengan disaksikan tertuduh, pemeriksaan ke atas motokar telah menjumpai dua tong mengandungi 80 bungkusan plastik putih berisi cecair disyaki air ketum. Barang-barang kes kemudiannya dirampas, tertuduh ditangkap dan laporan polis dibuat (Ekshibit P4).
7
Hasil analisis Jabatan Kimia mengesahkan bahawa keseluruhan 80 bungkusan plastik putih tersebut berjumlah isipadu 57 liter, mengandungi Mitragynine, iaitu bahan yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama dan
Schedule
Jadual Ketiga (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952 (“AR”). Oleh itu, tertuduh dituduh di bawah s. 30(3) AR. MITIGASI DAN PEMBERATAN [8] Dalam rayuan mitigasi, peguam berhujah pengakuan salah tertuduh telah menjimatkan masa dan kos semua pihak. Tertuduh berumur 48 tahun, bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu, menanggung isteri yang tidak bekerja, dua orang anak kembar berumur 13 tahun, serta ibu bapa uzur. Tertuduh telah insaf dan sedang mengusahakan sebuah kedai makan di Petaling Jaya. Isterinya pula pernah menghidap penyakit paru-paru berair dengan kos rawatan sekitar RM1,500.00 sebulan. Oleh itu, peguam memohon hukuman denda yang ringan. [9] Pihak pendakwaan pula memohon hukuman yang setimpal sebagai pengajaran, serta menekankan jumlah keseluruhan air ketum yang dirampas adalah sebanyak 57 liter Mitragynine. PERTIMBANGAN MAHKAMAH MENGENAI HUKUMAN [10] Kepentingan awam merupakan pertimbangan utama Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman. Dalam Rex v. Kenneth John Ball [1951] 35 Cr App R 164, Hilbery H (beliau pada ketika itu) menyatakan: “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe.” (Penekanan ditambah) [11] Berasaskan prinsip tersebut, Mahkamah perlu menilai keseluruhan faktor mitigasi dan pemberatan untuk menentukan hukuman yang sesuai, adil dan seimbang terhadap tertuduh serta kepentingan awam. [12] Dalam kes ini, salah satu faktor mitigasi yang dikemukakan ialah keadaan dan kesusahan hidup keluarga tertuduh. Namun, faktor ini tidak secara automatik boleh mengurangkan hukuman. Dalam R v. Davies [1978] 67 Cr App R 207, Lawton H (beliau pada ketika itu) menegaskan: "We have had to say in this Court time and time again in the past that hardship to families is not a matter which in the ordinary way we can take into consideration by way of reducing sentence." [13] Sehubungan itu, Mahkamah perlu berhati-hati dalam menjatuhkan hukuman agar tidak terjerumus kepada rasa simpati yang berlebihan. Pendekatan yang betul adalah untuk mencapai keseimbangan antara kepentingan tertuduh dan kepentingan awam (lihat PP v. Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256). [14] Selain prinsip umum, kepentingan awam juga menuntut Mahkamah mengambil kira keadaan setempat. Berdasarkan semakan melalui Case Management System (CMS) Mahkamah, sebanyak 3,405 kes jenayah telah didaftarkan di Mahkamah Majistret Tanah Merah bagi tahun 2024, di mana 2,541 kes (74.63%) melibatkan penyalahgunaan atau pemilikan racun berjadual, termasuk Mitragynine, serta dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”). [15] Statistik ini jelas menunjukkan kesalahan-kesalahan tersebut telah menjadi ancaman serius dalam kalangan masyarakat setempat. Justeru, Mahkamah mengambil pengiktirafan kehakiman (judicial notice) terhadap kekerapan dan keseriusan masalah ini, yang menuntut respon kehakiman yang tegas dan berkesan melalui penghukuman (lihat Lee Chow Meng v. PP [1976] 1 MLJ 287; PP v. Saifulzainizam Mat Nasir [2021] 5 MLJ 265). [16] Hukuman bukan sahaja bertujuan memulihkan tertuduh, tetapi juga mencegah pengulangan kesalahan. Dalam konteks jenayah berleluasa, kelonggaran hukuman akan menjejaskan usaha pemulihan sosial dan memberikan mesej salah kepada masyarakat. Oleh itu, hukuman tegas diperlukan demi kepentingan awam (lihat PP v. Ooi Teng Chian [2005] 4 CLJ 557; [2006] 1 MLJ 213; Tia Ah Leng v. PP [2004] 4 CLJ 77; [2004] 4 MLJ 249; Balanchandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301). [17] Walaupun kepentingan awam menuntut satu hukuman yang tegas, Mahkamah turut menimbang faktor mitigasi lain, seperti pengakuan salah tertuduh yang menjimatkan masa dan kos semua pihak. Secara amnya, pengakuan salah boleh membawa pengurangan hukuman sekitar 1/4 atau 1/3 daripada hukuman asal (lihat Mohamad Abdullah Ang Swee Keng v. PP [1988] 1 MLJ 167). [18] Walau bagaimanapun, prinsip ini bukan mutlak. Mahkamah boleh menolak pengurangan tersebut jika keseriusan kes menuntut sedemikian. Pengakuan salah tidak secara automatik menjamin pengurangan, kerana kuasa penghukuman tetap di bawah budi bicara Mahkamah (lihat Zaidon Shariff v. PP [1996] 4 CLJ 441; PP v. Leo Say & Ors [1985] 2 CLJ 155; PP v. Muhammad Faiz Fazil Mahmud [2016] 5 MLJ 476). [19] Dalam Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572, Augustine Paul HMR (beliau pada ketika itu) menggariskan beberapa keadaan yang boleh mengurangkan nilai mitigasi pengakuan salah seperti berikut: “The circumstances in which a guilty plea will not have any weight are varied. The severity of the offence committed may outweigh the mitigating effect of a guilty plea (see Loh Hock Seng & Anor v. PP [1980] 2 MLJ 13; PP v. Oo Leng Swee & Ors [1981] 1 MLJ 247). Where public interest demands a deterrent sentence in the circumstances of a particular case, then the effect of a guilty plea must also give way (see Sim Gek Yong v. PP [1995] 1 SLR 537; PP v. Govindnan a/l Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370). A guilty plea cannot also be a powerful mitigating factor when effectively no defence to the charge is available to the accused (see PP v. Low Kok Wai [1988] 2 CLJ 105; [1988] 2 CLJ (Rep) 268). If a plea of guilty is made too late in the trial it may also cease to have mitigating effect (see PP v. Dato Nallakaruppan Solaimalai [1999] 2 CLJ 596). The absence of mitigating factors in favour of the accused like, for instance, the existence of previous convictions may also deprive the guilty plea of its effect. There can therefore be no automatic rule that a guilty plea on its own entitles an accused to a lesser punishment (see PP v. Tia Ah Leng [2000] 5 CLJ 614).” (Penekanan ditambah) [20] Bersandarkan prinsip tersebut, Mahkamah tidak dapat menerima pengakuan salah tertuduh sebagai faktor mitigasi yang kuat. Walaupun tertuduh boleh dianggap sebagai pesalah pertama memandangkan tiada sabitan lampau dikemukakan, rampasan 57 liter Mitragynine dalam 80 bungkusan plastik menjadikan kesalahan ini serius dan membimbangkan serta berpotensi untuk diedarkan atau disalah gunakan secara meluas. Oleh itu, hukuman yang tegas dan berbentuk pencegahan adalah wajar. [21] Bagi kesalahan di bawah s. 30(3) AR, hukuman yang diperuntukkan di bawah s. 30(5) AR adalah bersifat alternatif, iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. [22] Apabila Parlimen memperuntukkan hukuman alternatif, Mahkamah perlu terlebih dahulu menimbangkan sama ada hukuman denda sahaja memadai. Dalam Hossain v. PP [2008] 7 CLJ 560, Hamid Sultan Abu Backer PK (beliau pada ketika itu) menyatakan: “[12] When parliament prescribes fine or custodial sentence there is a requirement first to consider whether a fine will be appropriate [see Leong Kok Huat v. Public Prosecutor [1998] 4 CLJ 106]. The principles and law relating to fine can be summarised as follows: (i) Any sentence, in particular fine, when imposed must be reflective of the nature and seriousness of the offence, the character and conduct of the accused, the degree of mens rea, and the financial means of the accused (Abu Bakar bin Alif R [1953] MLJ 19). (ii) It is a cardinal rule that fine should not be excessive and should not leave an impression with the accused that he is being persecuted (Kaneez Fatima AIR [1953] Hyd 155). (iii) The imposition of a small fine on a rich and influential person or of a heavy fine on a man who has no means is not justified. In R v. Markwick [1953] 37 Cr App R 125, Lord Goddard CJ opined: “persons of means should not be given the opportunity of buying their way out of prison”. (iv) If the offence is not of gravity to justify imprisonment, the offender should not lose his liberty merely because he is too poor to pay a substantial fine (R v. Reeves [1972] 56 Cr App R 366; R v. Hanbury [1980] Crim LR 63). (v) Where the offence allows for a fine or imprisonment or both, it is lawful to combine a fine and imprisonment (R v. Fairbarin [1981] Crim LR 190).” (Penekanan ditambah) [23] Daripada prinsip-prinsip tersebut, jelas bahawa hukuman denda hendaklah mencerminkan sifat dan keseriusan kesalahan, kemampuan tertuduh, serta tidak boleh menimbulkan persepsi bahawa kesalahan boleh “dibeli”. Apabila undang-undang memperuntukkan denda, penjara atau kedua-duanya sekali, Mahkamah mempunyai budi bicara untuk menggabungkan kedua-dua hukuman tersebut. [24] Tidak dinafikan bahawa julat denda bagi kesalahan ini adalah luas. Namun, kuasa untuk menjatuhkan hukuman denda penuh di bawah AR hanya terpakai kepada Mahkamah Sesyen. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada s. 33 AR yang memperuntukkan seperti berikut: “33 Sessions or Magistrate's Court to have full jurisdiction over offences against this Act A Sessions Court or a Court of a First Class Magistrate in West Malaysia or a Sessions Court in the State of Sabah or Sarawak shall have jurisdiction to hear and determine all prosecutions under this Act and, notwithstanding anything to the contrary contained in any other written law, a Sessions Court shall have power to impose the full penalty or punishment provided by this Act.” (Penekanan ditambah) [25] Sebagai perbandingan, Mahkamah turut merujuk kepada s. 41 ADB yang jelas memperluas bidang kuasa Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penuh, tertakluk kepada had lima tahun penjara seperti berikut: “41 Jurisdiction (1) A Sessions Court or a Magistrates' Court presided over by a Magistrate of the First Class shall have jurisdiction to try any offence under this Act, except an offence under section 39B, and power to impose for any offence so tried the full punishment or penalty provided for that offence by this Act or by any regulations made thereunder, other than, in the case of a Magistrates' Court, imprisonment exceeding five years. (2) … (3) Subsections (1) and (2) shall have effect notwithstanding any other written law to the contrary.” [26] Perbandingan ini menunjukkan bahawa perluasan bidang kuasa hukuman Mahkamah Majistret hanya berlaku apabila dinyatakan secara jelas seperti s. 41 ADB. Ketiadaan peruntukan seumpamanya dalam s. 33 AR menunjukkan bahawa Parlimen tidak berhasrat untuk memberikan Mahkamah ini kuasa hukuman maksimum di bawah AR. [27] Sehubungan itu, Mahkamah berpendapat bahawa bidang kuasa Mahkamah Majistret bagi kesalahan di bawah AR kekal tertakluk kepada had di bawah s. 87 Akta Mahkamah Rendah 1948, iaitu penjara tidak melebihi lima tahun, denda maksimum RM10,000, sebatan sehingga dua belas kali, atau mana-mana gabungan hukuman tersebut. [28] Pada pendapat Mahkamah, hukuman denda sahaja tidak memadai untuk mencerminkan tahap keseriusan kesalahan. Ia boleh menimbulkan persepsi bahawa kesalahan di bawah AR boleh dipandang ringan atau “dibeli” oleh mereka yang berkemampuan. [29] Walaupun peguam memohon hukuman denda yang ringan atas alasan pendapatan tertuduh tidak menentu, Mahkamah berpendapat bahawa kuantiti besar Mitragynine yang dirampas sebanyak 57 liter, bersama-sama dengan kepentingan awam yang menuntut hukuman pencegahan yang tegas, mengatasi faktor mitigasi tersebut. Oleh itu, hukuman denda maksimum RM10,000 semata-mata tidak mencukupi sebagai pengajaran dan pencegahan yang berkesan. [30] Mahkamah mengambil maklum bahawa hukuman penjara terhadap tertuduh akan memberi kesan emosi dan ekonomi kepada keluarganya, memandangkan tertuduh merupakan penyara tunggal keluarga. Namun, Mahkamah tidak boleh terlalu memberatkan faktor mitigasi peribadi sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk melindungi kepentingan awam. Pertimbangan yang berlebihan sedemikian tidak akan mencapai keseimbangan yang digariskan dalam Loo Choon Fatt (supra). Oleh itu, setelah mengambil kira implikasi kesalahan ini terhadap masyarakat, Mahkamah berpendapat bahawa gabungan hukuman penjara dan denda adalah wajar serta bersesuaian dengan konteks kes semasa. [31] Akhir sekali, memandangkan tertuduh sebelum ini diikat jamin, dan selaras dengan s. 282(d) Kanun Tatacara Jenayah, hukuman penjara 14 bulan diperintahkan bermula dari tarikh sabitan, 12.08.2025. KESIMPULAN [32] Setelah menimbangkan fakta, faktor mitigasi dan pemberatan serta prinsip-prinsip yang berkaitan, Mahkamah berpendapat hukuman penjara dan denda adalah wajar, setimpal dan adil. Hukuman ini diharapkan dapat memberi pengajaran kepada tertuduh di samping menyampaikan mesej pencegahan yang jelas kepada masyarakat di daerah Tanah Merah. Bertarikh: 3hb Oktober 2025 (TUN FAEZ FIKHRIE BIN TUN ASRUL SAINI) Majistret Mahkamah Majistret Tanah Merah PIHAK-PIHAK Bagi pendakwaan : Muhammad Afiq bin Ibrahim Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan Bagi tertuduh : Asmadi bin Abu Bakar Peguambela & Peguamcara Tetuan Asmadi Abu Bakar
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.