Preamble
Menurut keterangan SP1 dan SP6, SP5 telah datang meleraikan pergaduhan. SP5 memarahi OKT dan simati kerana bergaduh. SP5 turut memberikan nasihat yang menyebabkan keadaan menjadi reda dan semua orang balik ke katil masing-masing. Keterangan SP1 dan SP6 berhubung dengan keadaan tersebut disokong keterangan SP5. 1 Mukasurat17 hinga 19 Jilid 1 Rekod Rayuan 11 [19] Menurut SP1 dan SP6, setelah keadaan reda, mereka semua balik ke katil masing-masing untuk tidur. Kelihatan OKT merokok di katilnya. Setelah selesai, OKT keluar dan sekembalinya ke bilik kelihatan di tangan OKT ada pisau. Setelah itu, SP6 mendengar OKT memarahi simati kerana memukulnya. OKT kemudiannya bertindak menutup lampu bilik. SP6 melihat OKT menarik simati dari katilnya. Semasa itu, SP1 masih boleh nampak ada pisau di tangan OKT. Masih ada cahaya jalan yang masuk melalui cermin tingkap bilik. Selepas berlaku pergelutan, SP1 nampak simati jatuh dan kedengaran dia mengatakan 'saya mati, saya mati'. Selain itu, SP6 juga ada mendengar jeritan simati yang menyebut dia telah ditikam oleh OKT sambil memegang bahagian yang dikatakan ditikam. SP1 dan SP6 dapat melihat simati mengerang kesakitan dan memegang bahagian pinggangnya yang kelihatan banyak darah yang keluar. [20] Berdasarkan keterangan tersebut, jelaslah bahawa bencana tubuh yang dialami simati adalah akibat perbuatan OKT. Keterangan saksi yang berada di tempat kejadian, melihat OKT memegang pisau, menarik simati dari katilnya, memukul simati sebelum simati rebah sambil mengerang kesakitan, simati memegang bahagian yang kena tikam dan kata-kata simati yang mengaitkan OKT dengan kecederaan yang dialami simati kesemuanya telah menjurus kepada hanya satu kesimpulan sahaja, iaitu OKT telah menikam simati yang menyebabkan berlakunya bencana tubuh yang mengakibatkan kematian simati. Dengan itu, PP berjaya membuktikan elemen ketiga tuduhan.” [17] Kami telah meneliti keterangan SP1, SP5 dan SP6 tersebut dan mendapati memang benar seperti yang dihujahkan oleh peguam bela terpelajar perayu bahawa SP1 dalam keterangannya mengaku bahawa beliau tidak nampak perayu menikam simati. Hakim bicara bijaksana juga tidak mencadangkan dalam alasannya bahawa SP1 melihat perayu menikam simati. Sebaliknya, keputusan hakim bicara bijaksana bahawa 12 perayu menikam simati berdasarkan keterangan saksi yang melihat perayu memegang pisau, menarik simati dari katilnya, memukul simati sebelum simati rebah sambil mengerang kesakitan, simati memegang bahagian yang kena tikam dan kata-kata simati yang mengaitkan perayu dengan kecederaan yang dialami simati yang kesemuanya telah menjurus kepada hanya satu kesimpulan sahaja, iaitu perayu telah menikam simati. [18] Dari alasan penghakiman hakim bicara bijaksana juga menunjukkan hakim bicara bijaksana telah memberi perhatian kepada apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas simati ditikam sebelum memutuskan kecederaan dialami simati adalah akibat ditikam oleh perayu dan bukan disebabkan oleh simati sendiri. Kami dapati dakwaan perayu bahawa hakim bicara bijaksana gagal memberi pertimbangan terhadap fakta bahawa berlaku pergelutan antara perayu dengan simati dan perayu sendiri mengalami kecederaan di tapak tangan yang mencadangkan perayu merampas pisau dari simati adalah tidak bermerit. [19] Keterangan pakar bedah siasat (SP17) pula menunjukkan simati telah mengalami ‘luka tikaman pada bahagian abdomen dan kecederaan salur darah vena utama abdomen’. Luka tikaman yang dialaminya adalah berpunca dari satu objek yang tajam dan pipih. Berdasarkan kecederaan yang dialami simati, SP17 berpendapat hanya berlaku satu tikaman. Panjang luka tikaman tersebut mungkin disebabkan oleh penyerang menarik senjata tersebut ataupun simati telah bergerak ketika ditikam. Berdasarkan corak dan distribusinya, kecederaan tersebut dilakukan oleh orang lain dan bukan oleh simati sendiri. 13 [20] Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, kami dapati hakim bicara bijaksana tidak tersilap dalam menilai keterangan yang ada dan seterusnya membuat penemuan fakta bahawa kecederaan tikaman yang dialami oleh simati adalah akibat dari perbuatan perayu. Tiada sebab untuk kami mengganggu keputusan fakta berhubung perkara ini. Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] memutuskan (per Gopal Sri Ram, HMR ketika itu): “Now, it settled law that it is no part of the function of appellate court in a criminal case or indeed any case to make its own findings of fact. That is a function exclusively reserved by the law to the trial court. The reason is obvious. An appellate court is necessarily fettered because it lacks the audio visual advantage enjoyed by the trial court.” [21] Persoalan seterusnya yang ditimbulkan oleh perayu ialah sama ada simati menemui ajalnya akibat dari tikaman tersebut. Peguam bela terpelajar berhujah tanpa laporan perubatan awal daripada Hospital Manjung dan laporan perubatan berhubung pembedahan yang dilakukan di Hospital Changkat Melintang telah memudaratkan kes pendakwaan kerana wujud kelompangan bukti bagi menunjukkan bahawa simati menemui ajalnya akibat dari kecederaan yang dialami. Sebaliknya fakta bahawa simati masih hidup semasa dibawa ke hospital, bertahan untuk hampir 2 hari selepas kejadian tikaman menunjukkan simati menemui ajalnya bukan akibat dari tikaman. Peguam bela terpelajar seterusnya berhujah hakim bicara bijaksana terkhilaf apabila gagal mengguna pakai seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1952 atas kegagalan pihak pendakwa raya mengemukakan laporan perubatan tersebut. 14 [22] Berhubung isu adakah kematian simati akibat dari kecederaan tikaman yang dialaminya, hakim bicara bijaksana bergantung atas keterangan Pakar Bedah Siasat (SP17) dan laporan bedah siasat eksibit P4 yang disediakan oleh SP17 dan keterangan Mr. Rizal bin Asidi (SP20) seorang Pakar Perunding Bedah Am di Hospital Seri Manjung, Perak. Keterangan SP17 mengesahkan simati mengalami “luka tikam pada bahagian abdomen dan mencederakan salur darah vena utama abdomen. Kecederaan ini menyebabkan pendarahan berlaku untuk satu tempoh secara berlebihan yang akhirnya membawa kepada kematian”. Keterangan SP20 turut mengesahkan bahawa peluang simati untuk hidup amat tipis melihat kepada kecederaan yang dialami oleh simati walaupun telah menjalani pembedahan. Hakim bicara bijaksana menulis di perenggan 13 hingga 15 penghakimannya2: “[13] Bagi elemen kedua pula, PP perlu buktikan bahawa kematian simati adalah disebabkan oleh bencana tubuh yang dialaminya. Menurut SP17, simati telah mengalami kecederaan luaran iaitu luka tikaman pada bahagian kanan abdomen berukuran 9.5 x 0.2 cm. Luka tikaman tersebut menyebabkan kecederaan dalaman sepanjang 13 cm yang melibatkan otot hadapan bahagian kanan abdomen, perut pada bahagian antrum, usus kecil pada bahagian duodenum, usus besar pada bahagian usus melintang, lapisan mesenterik pada kawasan usus kecil ileum, salur darah vena utama abdomen dan otot psoas kanan. Kecederaan pada salur darah vena utama abdomen simati telah menyebabkan pendarahan secara berlebihan yang mana secara lumrahnya cukup untuk menyebabkan kematian simati. [14] Sementara itu, Mr. Rizal bin Asidi (SP20) seorang Pakar Perunding Bedah Am di Hospital Seri Manjung, Perak, telah mengesahkan bahawa 2 Muka surat 16 hingga 17Rekod Rayuan Jilid 1 15 simati telah menjalani satu pembedahan pada 7.10.2015 yang memakan masa selama lebih kurang 4 jam. Namun begitu, pendarahan berterusan akibat luka dalaman yang melibatkan sebahagian besar organ simati gagal dihentikan. SP20 turut mengesahkan bahawa peluang simati untuk hidup amat tipis melihat kepada kecederaan yang dialami simati, walau pun telah menjalani pembedahan. Simati meninggal dunia akibat pendarahan berlebihan. [15] Elemen kedua tuduhan juga telah berjaya dibuktikan PP. Simati disahkan telah meninggal dunia pada pagi 8.10.2015 akibat bencana tubuh yang dialaminya.” [23] Pada hemat kami, keterangan SP17 dan SP20 ini adalah mencukupi untuk membuktikan bahawa simati menemui ajalnya akibat daripada kecederaan tikaman yang dialaminya. Walaupun simati masih hidup semasa di bawa ke hospital dan sempat menjalani pembedahan sebelum simati menemui ajal, ini bukan dengan sendirinya menunjukkan tikaman yang dialaminya bukan penyebab kematian seperti yang cuba dicadangkan oleh peguam bela terpelajar dalam hujahannya. [24] Berhubung kegagalan pihak Pendakwa Raya mengemukakan laporan perubatan dari perubatan awal dari Hospital Manjung dan laporan perubatan berhubung pembedahan yang dilakukan di Hospital Changkat Melintang juga pada hemat kami tidak boleh dijadikan sebab untuk menolak keterangan jelas daripada SP17 dan SP20 yang jelas menunjukkan simati menemui ajalnya akibat dari kecederaan tikaman yang dialaminya, apatah lagi untuk membangkitkan anggapan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan terhadap kes pendakwaan. Telah menjadi undang-undang mantap anggapan 114 (g) boleh digunakan apabila terdapat sembunyi 16 keterangan (suppression of evidence) dan bukan sekadar ketinggalan mengemukakan keterangan. Mohamad Azmi SCJ ada berkata dalam kes Munusamy v PP CLJ 221 (Rep); [1987] 1 CLJ 250; [1987] 1 MLJ 492 di muka surat 494: “.....Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important material witness to the case.” [25] Berbalik kepada kes ini, selain memanggil SP17 iaitu Pakar Bedah Siasat bagi membuktikan sebab kematian simati, pihak Pendakwa Raya juga memanggil SP20 untuk memberi keterangan. Beliau telah memberi keterangan berhubung rawatan dan pembedahan yang dilakukan ke atas simati dan mengesahkan peluang simati untuk hidup amat tipis sekali kerana kecederaan yang dialami simati walaupun simati telah menjalani pembedahan. Pada hemat kami, hanya kerana SP20 tidak mengemukakan laporan perubatan berhubung pembedahan yang dilakukan bukanlah satu tindakan menyembunyikan keterangan oleh pihak pendakwa raya. Oleh itu seksyen 114 (g) tidak terpakai. [26] Berdasarkan alasan di atas, kami mendapati hakim bicara bijaksana telah membuat keputusan yang betul apabila mendapati simati menemui ajalnya akibat dari kecederaan tikaman yang dialami olehnya. Setelah keseluruhan rekod rayuan diteliti, kami juga mendapati hakim bicara bijaksana telah membuat keputusan yang betul apabila mendapati pihak pendakwa raya telah membuktikan kesemua elemen di bawah seksyen 302 iaitu simati, Santosh Pariya telah meninggal dunia; simati meninggal dunia 17 akibat bencana tubuh yang dialami beliau; bencana tubuh yang dialami simati adalah akibat perbuatan perayu dan perayu mengetahui bahawa bencana tubuh yang dilakukannya terhadap simati pada lazimnya cukup untuk menyebabkan kematian. Oleh itu, kami mendapati hakim bicara bijaksana tidak terkhilaf apabila mendapati satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan dan seterusnya memerintah perayu membela diri. [27] Isu kedua yang dibangkitkan oleh perayu dalam rayuan ini ialah berhubung keputusan hakim bicara bijaksana yang mendapati pembelaan perayu gagal menimbul keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. Peguam bela terpelajar bagi pihak perayu berhujah bahawa pembelaan perayu adalah perayu tidak menikam simati dan perayu tidak tahu bagaimana tikaman atas simati boleh berlaku. Peguam bela terpelajar seterusnya mendakwa hakim bicara bijaksana telah gagal memberikan penelitian yang cukup ke atas pembelaan perayu sebelum membuat keputusan pembelaan perayu gagal menimbul sebarang keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. [28] Setelah alasan penghakiman diteliti, kami dapati hakim bicara bijaksana telah menilai sepenuhnya pembelaan perayu sebelum mendapati ia tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah. Bermula di perenggan 29 muka surat 23 hakim bicara bijaksana menulis: “[29] OKT tidak menafikan keterangan pihak pendakwaan berkait dengan apa yang berlaku sebelum kejadian si mati kena tikam. Cuma jalan ceritanya sahaja yang berbeza. Dari cerita yang dibawa semasa membela diri, OKT meletakkan semua kesalahan dan punca kejadian di bahu si mati. Begitu juga dengan punca bencana tubuh yang dialami si mati adalah hasil 18 dari tindakan si mati sendiri. Si mati dikatakan tertikam diri sendiri semasa terjatuh setelah bertindak merebut pisau yang ada di tangan OKT. [30] Setelah mendengar keterangan pembelaan, persoalan yang perlu diputuskan mahkamah adalah, sama ada pembelaan OKT tersebut berjaya menimbulkan keraguan kepada kes PP. Bagi menjawab persoalan tersebut, keterangan yang dikemukakan OKT mengenai kejadian serta saksinya, SD2 tentang prosedur yang diamalkan di hospital kerajaan perlulah diteliti. Perlu juga ditegaskan bahawa pihak pembelaan tidak memikul apa-apa beban untuk membuktikan OKT tidak bersalah. Beban pembuktian untuk membuktikan kesalahan OKT pada sepanjang masa terletak di bahu PP. Tugas pihak pembelaan hanyalah untuk menimbulkan keraguan sahaja. [31] Menurut OKT, dia dimarahi si mati apabila membuat bising di hadapan pintu di tingkat bawah bangunan asrama tempat mereka tinggal. Si mati mengeluarkan kata-kata menghina dan kesat serta turut memukul OKT. Si mati telah bertindak secara agresif dan meletak dalam keadaan ketakutan. OKT perlu berbuat sesuatu untuk mempertahankan diri. [32] Keterangan OKT bercanggah dengan keterangan SP1 dan SP6.