Schedule
SCHEDULE [Relevant extract from Form C including all awards, if any, to other person/persons interested in the land] I, the undersigned .................................................................................................. hereby acknowledge receipt of the above offer. 2. (a) I accept the offer*; and (i) I am prepared to attend the Land Office on any appointed day to receive payment in cash/cheque/money order*; (ii) I request that the amount due be sent to me by cheque/money order at the above address; or* (iii) I request that the amount due be transmitted electronically to my account (b) I accept the offer under protest; or * (c) I do not accept the offer. * Dated this ...................... day of ......................20......... _____________________________________________________________________________ *Delete as appropriate.”. [Penekanan ditambah] [22] Melalui Borang E tersebut dibaca bersama seksyen 10 dan seksyen 11 APT 1960 didapati undang-undang memberi kuasa kepada Pentadbir 19 Tanah untuk mengadakan suatu siasatan bagi membicarakan segala tuntutan terhadap pampasan bagi segala kepentingan ke atas tanah yang diambil melalui pengambilan tanah tersebut dan bagi tujuan itu, Pentadbir Tanah boleh menghendaki mana-mana orang yang pada pengetahuan atau kepercayaannya mempunyai kepentingan atas tanah yang tersebut itu sama ada sebagai tuan punya, penduduk, pemajak, pemegang gadai, penyewa atau lain-lain untuk hadir di hadapan Pendaftar Tanah pada tarikh siasatan tersebut, sama ada secara sendiri atau melalui wakil dan menyatakan – (a) jenis kepentingan mereka masing-masing atas tanah itu; (b) jumlah dan butir-butir tuntutan mereka terhadap pampasan bagi kepentingan-kepentingan itu; (c) bantahan-bantahan mereka, jika ada, terhadap ukuran luas lebihkurang yang dinyatakan di Lampiran Jadual E; dan (d) nama mana-mana orang lain yang diketahui oleh pihak yang berkenaan itu atau wakilnya yang ada memiliki apa-apa kepentingan atas tanah itu atau mana-mana bahagiannya, dan mengemukakan segala suratan dan suratikatan yang berkaitan dengan tuntutan-tuntutan mereka. 20 [23] Berdasarkan seksyen 10 dan seksyen 11 APT 1960 tersebut, kategori orang yang boleh termasuk di bawah maksud pihak berkepentingan itu adalah luas dan ia termasuk mana-mana orang yang mempunyai kepentingan ke atas tanah tersebut selain daripada tuan punya, penduduk, pemajak, pemegang gadai dan penyewa tanah tersebut. [24] Seksyen 10 APT 1960 tersebut memperuntukkan seperti yang berikut: “Section 10. Land Administrator to commence proceedings. (1) The Land Administrator shall, having completed the action required by section 9, commence proceedings for the acquisition of the land by giving public notice in Form E in the manner prescribed by section 52, and by fixing the date of an inquiry for the hearing of claims to compensation for all interests in such land. (2) The Land Administrator shall not hold such inquiry earlier than twenty-one days after the date of publication of the notice referred to in subsection (1). (3) A copy of the schedule to the declaration in Form D gazetted under subsection 8(2) shall be appended to every notice in Form E.”. [Penekanan ditambah] [25] Bagi maksud proses penyampaian notis Borang E kepada pihak-pihak yang disebut di bawah seksyen 10 APT 1960 tersebut, termasuk mana-mana orang berkepentingan, ia hendaklah dibuat menurut seksyen 11 APT 1960 yang memperuntukkan seperti yang berikut: 21 “Section 11. Service of notices. (1) The Land Administrator shall, in addition to giving public notice as required by subsection 10(1), in respect of all scheduled land specified in every notice in Form E, serve copies of such notice in the manner prescribed by section 53, upon— (a) the occupier of such land; (b) the registered proprietor of such land, where he is not the occupier thereof; (c) any person having a registered interest in such land; (d) any person whom he knows or has reason to believe to be interested therein: Provided that no omission or failure to serve such notice upon any person falling under paragraph (b) or (c) shall invalidate any enquiry held pursuant to the notice or any award made upon the conclusion of the enquiry if, by reason of damage or deterioration of the register document of title to such land, such person cannot be ascertained. (2) The Land Administrator in any particular case may also, by service of a notice in Form F, require the registered proprietor of any land, specified in any notice in Form E, or any other person who may in the opinion of the Land Administrator have knowledge of the fact referred to therein, within such period as may be prescribed in such notice to furnish a statement in writing of the information required by such Form.”. [Penekanan ditambah] [26] Memandangkan Pentadbir Tanah Daerah Langkawi telah menyerahkan notis Borang E tersebut kepada LADA, yang mana telah diterima oleh LADA seperti di Ekshibit “RR-3”, Afidavit Jawapan Pemohon 22 (LADA), adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Pentadbir Tanah Daerah Langkawi mempunyai pengetahuan dan kepercayaan bahawa LADA adalah pihak berkepentingan terhadap pampasan bagi Hartanah tersebut, selaras dengan seksyen 10 APT 1960 tersebut. [27] Selain diserahkan Borang E tersebut, Mahkamah ini juga mendapati melalui salinan Nota Perbicaraan Pentadbir Tanah (Seksyen 12 APT 1960) yang dilampirkan dalam Borang O tersebut (Lampiran 1), wakil LADA, iaitu Mahani binti Muhammad dan Saniah binti Ismail telah menghadiri siasatan dan perbicaraan di Pejabat Tanah Langkawi pada 12 Mac 2018 bagi pihak LADA. [28] Berdasarkan fakta bahawa LADA telah diserahkan Borang E oleh Pentadbir Tanah Daerah Langkawi dan wakil LADA telah menghadiri siasatan dan perbicaraan tersebut, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa LADA adalah pihak berkepentingan menurut Borang E dibaca bersama seksyen 10 dan seksyen 11 APT 1960 tersebut. [29] Mengenai Borang H pula, menurut seksyen 16 APT 1960, Pentadbir Tanah dikehendaki menyediakan dan menyerahkan kepada setiap orang berkepentingan sesalinan notis seperti dalam Borang H. Seksyen 16 APT 1960 tersebut memperuntukkan seperti yang berikut: 23 “Section 16. Service of award. (1) On making any award under subsection 14(1) in respect of any scheduled land the Land Administrator shall prepare and serve on each person interested in such land a notice in Form H. (2) Every notice in Form H shall include an extract from the written award of the Land Administrator in Form G, relating to the land in which the person to whom such notice is addressed has an interest.”. [Penekanan ditambah] [30] Oleh itu, mana-mana orang yang diserahkan Borang H (Notis Award dan Tawaran Pampasan) oleh Pentadbir Tanah, maka orang itu hendaklah dianggap sebagai orang berkepentingan menurut seksyen 16 APT 1960 tersebut. [31] Dalam Lampiran Borang H tersebut, Mahkamah ini mendapati turut terdapat catatan mengenai kehadiran wakil LADA semasa perbicaraan di hadapan Pentadbir Tanah Daerah Langkawi pada 12 Mac 2018 tersebut. [32] Memandangkan LADA telah diserahkan Borang H oleh Pentadbir Tanah Daerah Langkawi dan telah hadir semasa perbicaraan tersebut, maka adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa LADA adalah pihak berkepentingan menurut Borang H dibaca bersama seksyen 16 APT 1960 tersebut. 24 [33] Dapatan Mahkamah ini bahawa melalui penyampaian dan penyerahan Borang E dan Borang H oleh Pentadbir Tanah Daerah Langkawi kepada LADA menjadikan LADA sebagai pihak berkepentingan adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Cahaya Baru Development Bhd v Lembaga Lebuhraya Malaysia (supra) yang mana telah disampaikan oleh Zulkefli FCJ (pada ketika itu) seperti yang berikut: “(3) By virtue of s 11(1)(d) of the Act the decision fell entirely with the LA whether to serve Form E to any person whom he knew or has reason to believe to be interested in the said land. The fact that Form E was served on the defendant meant that the defendant had an interest to object to the quantum of the award as a person interested in the context of s 37 of the Act. The service of Form E on the defendant was provided for under s 55(1)(a) of the Act. The Form G was rightly served on the defendant by the LA by virtue of s 14 of the Act as the Land Office had acknowledged that the defendant was a ‘person interested’ within the meaning of s 37 of the Act (see para 10).”. [Penekanan ditambah] [34] Keempat, merujuk kepada Borang O tersebut, Mahkamah ini mendapati Pemohon (LADA) telah memfailkan bantahan melalui Borang N tersebut terhadap Award pampasan yang diberikan oleh Pentadbir Tanah Daerah Langkawi kepada Pemohon (Tuan Tanah). 25 [35] Berdasarkan Borang N tersebut dibaca bersama seksyen 38(1) APT 1960, mana-mana orang berkepentingan yang telah membuat bantahan di bawah seksyen 37 APT 1960 hendaklah membuat bantahan tersebut secara bertulis melalui Borang N kepada Pentadbir Tanah dan memohon kepada Pentadbir Tanah tersebut supaya bantahan tersebut dirujukkan kepada Mahkamah. [36] Untuk rujukan, seksyen 38 APT dan Borang N tersebut memperuntukkan seperti yang berikut: (i) Seksyen 38 APT 1960 “Section 38. Form and content of application, etc. (1) Any objection made under section 37 shall be made by a written application in Form N to the Land Administrator requiring that he refer the matter to the Court for its determination. (2) Every application under subsection (1) shall state fully the grounds on which objection to the award is taken, and at any hearing in Court no other grounds shall be given in argument, without leave of the Court. (3) Every application under subsection (1) shall be made— (a) if the person making it was present or represented before the Land Administrator at the time when the Land Administrator made his 26 award, within six weeks from the date of the Land Administrator’s award under section 14 or compensation made under section 35 or Part VII; (b) in other cases, within six weeks of the receipt of the notice from the Land Administrator under section 16, paragraph 35(2)(c), subsection 58(1) or section 59 or within six months from the date of the Land Administrator’s award under sections 14, 35 or Part VII, whichever period shall first expire.”. (ii) Borang N, APT 1960 “FORM N Land Acquisition Act 1960 [Subsection 38 (1)] APPLICATION THAT AN OBJECTION BE REFERRED TO COURT To: The District Land Administrator. .......................................................................................... ACQUISITION PROCEEDINGS NO ............................................. I/we ............................................ of .................................................. hereby make an objection to the award of the Land Administrator ...................................... dated .................................. in respect of land Lot ................................... Title ............................ 2. My/Our interest in the said land is as follows: .................................................................... ..................................................................................................................................................... *3. My objection is to: (a) the measurement of the land; (b) the amount of the compensation; (c) the persons to whom it is payable; (d) the apportionment of the compensation. **4. The grounds of my objection are as follows: ..................................................................................................................................................... ..................................................................................................................................................... ..................................................................................................................................................... ..................................................................................................................................................... 27 Here set out full the grounds on which objection to the award is taken. 5. In accordance with subsection 38(1) of the Land Acquisition Act l960, I hereby require you to refer the matter to the Court for its determination. Dated this ...................... day of ...................... 20........... . ........................................................................ Signature of the applicant ____________________________________________________________________________ * Delete items inapplicable. ** Here set out full the grounds on which objection to the award is taken.”. [Penekanan ditambah] [37] Berdasarkan seksyen 38(1) dan (3) APT 1960 dibaca bersama Borang N tersebut, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa mana-mana orang yang hadir di hadapan Pentadbir Tanah semasa Pentadbir Tanah membuat awardnya, orang itu adalah orang berkepentingan bagi maksud peruntukan tersebut dan oleh itu, orang itu berhak untuk memfailkan Borang N tersebut terhadap Pentadbir Tanah. [38] Dalam kes Rujukan Tanah ini, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa wakil LADA telahpun hadir semasa perbicaraan di hadapan Pentadbir Tanah dan semasa Award pampasan tersebut diberikan oleh Pentadbir Tanah, iaitu sebagaimana yang dicatatkan dalam Borang G, Borang H dan Nota Perbicaraan tersebut. Oleh itu, adalah menjadi dapatan 28 Mahkamah ini bahawa LADA adalah pihak berkepentingan menurut Borang N dibaca bersama seksyen 38 APT 1960 tersebut. [39] Kelima, dalam Borang N tersebut, LADA telah menyatakan kepentingannya sebagai agensi pembayar atau paymaster dan pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan/pembangunan tanah yang diambil untuk tujuan awam, dan bantahan LADA pula adalah terhadap jumlah pampasan yang diawardkan oleh Pentadbir Tanah Daerah Langkawi kepada Pemohon (Tuan Tanah). [40] Kepentingan LADA sebagai paymaster turut dicatatkan secara nyata oleh Pentadbir Tanah dalam Borang O tersebut. [41] Berkenaan dengan kedudukan paymaster bagi maksud orang berkepentingan di bawah seksyen 37(1) dibaca bersama seksyen 37(3) APT 1960, Mahkamah Persekutuan dalam kes Cahaya Baru Development Bhd v Lembaga Lebuhraya Malaysia (supra) telah memutuskan persoalan ini secara jelas bahawa ‘paymaster’ harus ditafsirkan sebagai ‘orang berkepentingan’ bagi maksud seksyen 37(1) dibaca bersama seksyen 37(3) APT 1960 tersebut. Dalam mentafsirkan terma ‘orang berkepentingan’ tersebut, Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa pendekatan secara 29 liberal harus diambil. Zulkefli FCJ (pada ketika itu) semasa menyampaikan keputusan Mahkamah telah menyatakan seperti yang berikut: “[11] We would like also to refer to s 2 of the Act which defines the term ‘person interested’ to include every person claiming an interest in compensation to be made on account of the acquisition of land under this Act. On this point we agree with the view taken by the Court of Appeal that the defendant as the ‘paymaster’ should be construed as a ‘person interested’ within the meaning of s 37(1) read with s 37(3) of the Act. … [13] We would like to state here we agree with the Court of Appeal that a liberal approach must be adopted in construing the term ‘person interested’. In the case of Magasu Sundram a/l T Magasu & Ors v Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [2003] 5 MLJ 470; [2003] 2 CLJ 422, the High Court was confronted with an application by the intended intervener who was appointed to procure a higher award of compensation on behalf of the first claimant and having been promised a 10% share of any additional compensation he could obtain, sought to intervene in the proceedings between the claimants and the land administrator. In deciding whether the intended intervener fell within the scope of the term ‘person interested’ in ss 2 and 14(2) of the Act, Azmel Maamor J (later FCJ) said at p 474 (MLJ) and p 425 (CLJ) of the report: The term ‘person interested’ is inconclusive and a person can be said to be a person interested if he has interest in the land either directly or indirectly or if he has an interest in the compensation in respect of the land acquired.”. [Penekanan ditambah] 30 [42] Rumusan kedudukan paymaster bagi maksud orang berkepentingan di bawah seksyen 37(1) dibaca bersama seksyen 37(3) APT 1960 tersebut sebagaimana yang dinyatakan di bahagian Diputuskan dalam kes Cahaya Baru Development Bhd v Lembaga Lebuhraya Malaysia (supra) tersebut adalah seperti yang berikut: “(4) The defendant as the ‘paymaster’ should be construed as a ‘person interested’ within the meaning of s 37(1) read with s 37(3) of the Act. A liberal approach must be adopted in construing the term ‘person interested’. The questions posed were answered in the affirmative (see paras 11, 13 & 16).”. [Penekanan ditambah] [43] Prinsip yang sama turut diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tenaga Nasional Bhd v. Unggul Tangkas Sdn Bhd & Anor And Other Appeals (supra). Dalam menyampaikan keputusan Mahkamah, Zulkefli Ahmad Makinuddin PCA telah memutuskan seperti di bahagian Diputuskan seperti yang berikut: “(1) The provisions of the LAA make it clear that the lodging of Form N is essential if a party seeks to object to an award in a land reference proceedings as it is aimed at an expeditious resolution of the objection to the award. Unggul Tangkas, who was aggrieved by the award handed down as compensation for the acquisition, had duly filed its objection in Form N under the LAA in order to challenge the amount of the compensation. During the land acquisition hearing before the 31 Land Administrator, Unggul Tangkas and TNB were present. However, TNB was not named as a party thereto, nor was it present as an intervener. Neither did TNB present any valuation report pertaining to the scheduled land. (paras 27- 29) … (7) In the circumstances, question (i) was answered in the affirmative. Other than the Land Administrator, only a person who has properly objected to an award under s. 37 of the LAA is entitled to be a party to the land reference proceedings with the rights that entails. Question (ii) was answered in the negative as a paymaster is not so entitled as a matter of course. There was no necessity to answer question (iii) as the question ultimately hinged on TNB succeeding in these appeals in respect of questions (i) and (ii). The question of valuer’s report was a matter that ultimately concerned the second respondent, the Land Administrator, in defending the award. (para 43).”. [Penekanan ditambah] [44] Berdasarkan kes Tenaga Nasional Bhd v. Unggul Tangkas Sdn Bhd & Anor And Other Appeals (supra) di atas, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa untuk paymaster menjadi orang berkepentingan di bawah seksyen 37 APT 1960, adalah tidak mencukupi untuk bersandarkan kepada kedudukannya sebagai paymaster semata-mata. Paymaster tersebut hendaklah membuktikan yang ia telah menghadiri perbicaraan pengambilan tanah tersebut di hadapan Pentadbir Tanah dan telah memfailkan Borang N. 32 [45] Memandangkan LADA sebagai paymaster dalam kes Rujukan Tanah ini telah diserahkan dengan Borang E dan Borang H tersebut oleh Pentadbir Tanah Daerah Langkawi serta telah menghadiri perbicaraan pengambilan tanah tersebut di hadapan Pentadbir Tanah Daerah Langkawi pada 12 Mac 2018 dan telah memfailkan Borang N terhadap Pentadbir Tanah Daerah Langkawi, maka berdasarkan prinsip undang-undang yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kedua-dua kes Cahaya Baru Development Bhd v Lembaga Lebuhraya Malaysia (supra) dan Tenaga Nasional Bhd v. Unggul Tangkas Sdn Bhd & Anor And Other Appeals (supra) di atas, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa faktor-faktor tersebut adalah cukup untuk menunjukkan dan membuktikan bahawa LADA adalah pihak berkepentingan menurut seksyen 37 APT 1960 tersebut. [46] Selanjutnya, adalah juga menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa penghakiman Mahkamah Persekutuan mengenai tafsiran orang berkepentingan bagi maksud seksyen 37 APT 1960 dalam kedua-dua kes Cahaya Baru Development Bhd v Lembaga Lebuhraya Malaysia (supra) dan Tenaga Nasional Bhd v. Unggul Tangkas Sdn Bhd & Anor And Other Appeals (supra) tersebut adalah tidak bercanggah antara satu sama lain, malah saling melengkapi antara keduanya. 33 [47] Prinsip undang-undang penting yang boleh disimpulkan melalui kedua-dua penghakiman penting (landmark) tersebut ialah paymaster boleh menjadi pihak berkepentingan dalam sesuatu kes Rujukan Tanah sekiranya paymaster tersebut dapat menunjukkan dan membuktikan kepentingannya terhadap pengambilan tanah berjadual tersebut, iaitu seperti telah diserahkan dengan Borang E dan Borang H oleh Pentadbir Tanah, telah menghadiri perbicaraan pengambilan tanah di hadapan Pentadbir Tanah dan telah memfailkan Borang N terhadap Pentadbir Tanah. [48] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, memandangkan LADA telahpun memenuhi faktor-faktor untuk menjadi pihak berkepentingan di bawah seksyen 37 APT 1960 tersebut, sebagaimana yang diputuskan dalam kes Cahaya Baru Development Bhd v Lembaga Lebuhraya Malaysia (supra) dan Tenaga Nasional Bhd v. Unggul Tangkas Sdn Bhd & Anor And Other Appeals (supra) tersebut, maka Mahkamah ini menjawab Isu Pertama tersebut sebagai ya, iaitu Pemohon (LADA) adalah pihak berkepentingan menurut seksyen 37 APT 1960. Isu Kedua [49] Berikutan daripada jawapan Mahkamah ini berkenaan dengan Isu Pertama di atas, Mahkamah ini juga menjawab Isu Kedua sebagai ya, iaitu 34 Pemohon (LADA) berhak membantah pampasan yang diawardkan oleh Pentadbir Tanah Daerah Langkawi (Penentang) kepada Pemohon (Tuan Tanah) bagi pengambilan tanah Pemohon (Tuan Tanah) yang terletak dalam Mukim Kedawang, Bandar Padang Matsirat, Daerah Langkawi, Kedah Darul Aman. Isu Ketiga [50] Berikutan daripada jawapan Mahkamah ini seperti di atas, memandangkan Isu Pertama dan Isu Kedua tersebut dijawab secara positif, maka Mahkamah ini memutuskan bahawa Borang N yang difailkan oleh Pemohon (LADA) terhadap Pentadbir Tanah Daerah Langkawi (Penentang) dalam kes Rujukan Tanah ini adalah sah dan tidak terbatal. KESIMPULAN [51] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini menjawab ketiga-tiga persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh Pemohon (Tuan Tanah) dalam Notis Permohonan (Di bawah Aturan 14A kaedah 1 dan/atau Aturan 33 kaedah 2 dan/atau Aturan 33 kaedah 5 KKM 2012) tersebut seperti yang berikut: 35 (a) Isu Pertama dijawab sebagai ya; (b) Isu Kedua dijawab sebagai ya; dan (c) bagi Isu Ketiga, tiada keperluan untuk Mahkamah ini membuat suatu perintah bahawa Borang N yang difailkan oleh Pemohon (LADA) terhadap Pentadbir Tanah Daerah Langkawi (Penentang) dalam kes Rujukan Tanah ini adalah tidak sah dan terbatal (null and void) kerana Borang N tersebut adalah sah dan teratur menurut undang-undang. Bertarikh : 15 Februari 2022 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya, Alor Setar Kedah Darul Aman 36 Peguam Cara Pihak-Pihak – Peguam Cara Pemohon (Tuan Tanah): Encik Victor Paul a/l Dorai Raj Tetuan Abdul Halim Said & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara 14-14B-15, Tingkat 1, Bangunan Lembaga Padi Jalan Tunku Ibrahim 05000 Alor Setar Kedah Darul Aman Peguam Cara Pemohon (LADA): Encik Ali Munawar bin Razak Tetuan Ali & Fariz Peguam Bela dan Peguam Cara No. 8B, Tingkat 2 Wisma Bandaran, Jalan Ibrahim 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman Peguam Cara Penentang: Puan Ana Rozana binti Mohd Nor Penolong Penasihat Undang-Undang/ Peguam Kanan Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Aras 4, Block C Wisma Darul Aman 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman