Schedule
Jadual Pertama Akta GSA 1960 dibaca bersama dengan seksyen 12(1) Akta yang sama. [26] Walau bagaimanapun SP9 tidak dapat mengesahkan butiran tulisan tangan yang terdapat di halaman 26 Ikatan Dokumen E. Pada masa yang sama SP9 juga ketika dirujuk Borang C mengesahkan bahawa tiada tandatangan pegawai di muka surat tersebut. SP9 telah mencerakinkan Borang C dan Borang C1 untuk memberikan gambaran yang sebenarnya apa yang berlaku berkenaan dengan Borang C dan Borang C1. Borang C adalah merupakan permohonan pemindahan kuasa yang kelak dikurniakan surat hakmilik. Ia dibaca bersama dengan seksyen 24(2) Akta GSA dan seksyen 29(2) Akta yang sama. Sementara Borang C1 ialah maklumat tambahan mengenai permohonan pindahmilik oleh Peneroka. Ia dapat dilihat di halaman 17 Ikatan Dokumen B. [27] Keterangan SP9 dapat dilihat di halaman 565 nota keterangan seperti berikut: 99. S : Saya rujuk En. Yasin kepada muka surat 16 Borang C. Adakah sebarang tandatangan pegawai di muka surat-muka surat tersebut? J : Tidak ada. 100. S : Jadi adakah mengikut prosedur penyediaan dokumen tersebut? J : Tidak. YA: En. Yassin, muka surat 16 borang terangkan susunan. Borang C dahulu atau Borang C1 dahulu? J : Borang C dahulu. YA: Borang C adakah datang bersendirian atau bersekali? J : Borang C dan C1 mesti bersama sebab kita bila nak meluluskan YA, sebab saya salah seorang di Ibu Pejabat, salah seorang jawatankuasa yang meluluskan, kita akan melihat kepada C1 juga. Kalau Borang C ini kita terima, kita akan melihat kepada C1. YA: Kemudian, surat di muka surat 20 adakah hadir bersekali? J : Surat di muka surat 19 dan 20 kena ada bersekali. YA: 21 pun macam tu juga? J : Sama. 101. S : Sehingga muka surat 23? J : Muka surat 23 ini boleh sebagai tambahan. 102. S : Boleh kita katakan sebagai dokumen sokongan? J : Ya, dokumen sokongan. 103. S : Jadi ini dari muka surat 20 – 23 adalah dokumen-dokumen sokongan? J : Ya. YA: Jadi maksud Encik, sebab Encik kata pernah buat, bila dah baca semua ini dan berpuas hati barulah akan turunkan tandatangan di bawah ini? J : Ya, sehingga hari ini YA kita akan buat benda ini. Saya Setiausaha Jawatankuasa Pindah Hak ini. 104. S : En. Yassin jadi mengikut dokumen-dokumen yang ada di hadapan kita pada hari ini, Borang C1 muka surat 17, 18 dan juga muka surat 19 ada penambahan dan pembetulan. Macam perenggan (c) di muka surat 18? J : Ya. [28] Namun demikian di dalam Ikatan Dokumen F telah dikemukakan ROH yang mencatatkan nama Defendan Pertama sebagai di dalam rekod pertukaran. SP9 telah mengemukakan salinan asal buku ROH yang tercatat nama Plaintif dan tiada nama Defendan Pertama dalam buku tersebut. [29] Seterusnya SP8 iaitu ahli kimia yang merupakan pakar tulisan telah memberikan keterangan dan menyediakan laporan yang dikemukakan sebagai P17. Di dalam keterangannya SP8 menyatakan bahawa beliau telah diberikan beberapa tandatangan yang terdapat dalam dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di halaman 1 laporan kimia beliau. Beliau telah mengambil spesimen tandatangan Sulaiman bin Yakoob, Che Puteh binti Chik, Che Ramlah binti Chik, Sulaiha binti Sulaiman, Suhainun binti Sulaiman dan setelah membuat perbandingan kesimpulan yang dibuat daripada pemeriksaan tulisan tangan tersebut dapat dilihat di halaman 3 laporan beliau yang menyatakan bahawa spesimen-spesimen tersebut tidak memungkinkan beliau mengesahkan sama ada tandatangan tersebut adalah daripada orang yang mengemukakan spesimen adalah sama dengan orang yang menandatangani dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada beliau. [30] Adalah jelas dan nyata bahawa ekoran daripada dakwaan bahawa Plaintif telah bersetuju untuk memindahkan hak tanah tersebut kepada Defendan Pertama maka pihak FELDA telah memperakukan Defendan Pertama untuk diberikan suratan hakmilik di melalui surat 22.03.2007 daripada Pengurus FELDA Jengka 22 yang terdapat di halaman 13 Ikatan Dokumen F. Di dalam senarai yang dilampirkan bersama-sama dengan perakuan tersebut tercatat nama Defendan Pertama, Ahmad Shukri bin Laidin. Ia telah diluluskan melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Pahang yang Ke-29/2012 pada 12.09.2012 seperti yang terdapat di halaman 15 Ikatan Dokumen F yang mana nama Defendan Pertama Ahmad Shukri bin Laidin tertera di situ, di dalam senarai tersebut seperti di halaman 16 Ikatan Dokumen F. [31] Seterusnya Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah dimaklumkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Maran bahawa permohonan mereka di bawah Akta GSA iaitu Borang D telah diluluskan melalui surat bertarikh 30.11.2012 di halaman 17 Ikatan F. Borang D tersebut telah tercatat nama Defendan Pertama dan Defendan Kedua bertarikh 30.11.2012 seperti di muka surat 19 Ikatan Dokumen F. Pada masa yang sama Defendan Pertama dan Defendan Kedua juga telah menerima Borang E di bawah Akta GSA Peraturan 1986 yang menyatakan bahawa mereka adalah diberikan bangunan kediaman di lot nombor 20390. [32] Oleh yang demikian berdasarkan kepada keterangan Plaintif dan pihak Defendan dapatlah dirumuskan bahawa Plaintif mendakwa beliau tidak pernah pada bila-bila masa bersetuju untuk memindah hakmilik tanah tersebut kepada Defendan Pertama. Malahan Plaintif menyatakan bahawa Defendan hanya diminta untuk menjaga tanah tersebut di dalam tempoh Plaintif mendapatkan rawatan isterinya di Kedah. Keterangan juga menunjukkan bahawa Plaintif dan anak-anaknya serta isterinya tidak pernah menandatangani apa-apa suratan bagi menguruskan pemindahan hakmilik Plaintif kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Ini disokong pula dengan keterangan SP9 yang menyatakan bahawa di dalam buku rekod asal nama peneroka bagi tanah yang berkenaan adalah masih nama Plaintif. Pemeriksaan keterangan ahli kimia juga tidak dapat mengesahkan bahawa tandatangan di dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada FELDA untuk hakmilik tersebut dipindahkan kepada Defendan adalah ditandatangani oleh Plaintif, anak-anaknya dan isteri beliau. [33] Namun demikian satu fakta yang tidak apat dinafikan melalui keterangan Plaintif ialah beliau telah meninggalkan tanah rancangan tersebut semenjak tahun 1991 dan tidak ada keterangan yang menunjukkan beliau berurusan dengan FELDA berkenanan tanaman di tanah tersebut atau urusan-urusan lain berkaitan tanah tersebut sehinggalah beliau mengetahui bahawa hakmilik tanah tersebut telah berpindah kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua pada tahun 2013. [34] Sementara itu keterangan Defendan Pertama pula menunjukkan bahawa Plaintif telah bersetuju untuk memindahkan hak hartanah tersebut kepada Defendan Pertama. Ekoran daripada penyataan Plaintif tersebut Defendan Pertama telah mengambil beberapa langkah bagi menguruskan pertukaran hakmilik tersebut. Ia dilakukan dengan bantuan Ahli Jawatankuasa Rancangan (JKKR) dan juga disahkan oleh Defendan Kedua bahawa beliau mempunyai pengetahuan berkenaan hasrat untuk menyerahkan hak hartanah tersebut kepada Defendan Pertama. Namun demikian Defendan Kedua tidak mengetahui secara terperinci proses pengeluaran pindah milik tanah tersebut. Sementara itu saksi En. Taha mengesahkan bahawa ada membuat perakuan kepada FELDA untuk menukarkan hakmilik tanah tersebut daripada Plaintif kepada Defendan Pertama. [35] Keterangan juga menunjukkan bahawa pihak FELDA telahpun memperakukan untuk Defendan Pertama mendapatkan hakmilik tanah tersebut. Pentadbir Tanah dan Kerajaan Negeri Pahang telahpun memutuskan untuk memberikan hakmilik kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua. [36] Apa yang jelas dalam kes ini berdasarkan keterangan yang ada ialah bagi tanah rancangan PM 25165 Lot 36442 FELDA Jengka 22, Mukim Chenor, Daerah Maran, Negeri Pahang Darul Makmur terdapat dua pemilik yang didaftarkan di FELDA di dalam ROH iaitu masih atas nama Plaintif sementara suratan hakmilik yang dipegang oleh Defendan Pertama menyatakan di dalam Borang D dan Borang E bahawa pemiliknya adalah Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Persoalannya ialah bagaimanakah perkara ini boleh berlaku sedemikian? Bolehkah di dalam sesuatu hakmilik terdapat dua penama atau pemilik berdaftar. Apa yang jelas ia hanya boleh difahami dengan meneliti peruntukan-peruntukan di bawah Akta GSA 1960 bagi memahami bagaimanakah perjalanan sebagai peneroka FELDA dan hubungkaitnya dengan harta tanah yang akan diberikan kepada peneroka tersebut. Analisa [37] Sebagai permulaan adalah perlu dilihat kepada tujuan penggubalan Akta GSA 1960. Semasa membentangkan rang undang-undang GSA pada 27.04.1960 untuk bacaan kali kedua YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussain Timbalan Perdana Menteri menjelaskan tujuan penggubalan Akta tersebut di dalam Parliamentary Debates Volume 11 No. 7 Wednesday 27th April 1960 di halaman 754 seperti berikut: “ Sekarang saya suka-lah menerangkan dengan rengkas-nya. sahaja tujuan2 mengadakan Rang Undang2 ini. Sunggoh pun telah kerap kali di-sebut baik di-dalam atau pun di-luar Dewan ini bahawa kita di-Tanah Melayu ini mempunyai taraf hidup yang tinggi sa-kali di-seluroh Benua Asia, akan tetapi mustahak-lah kita ingat bahawa pendudok2 di-luar bandar tidak menerima atau pun mempunyai kekayaan dan kesenangan yang sama dengan pendudok2 di-bandar. Perkara yang demikian ia-lah di-sebabkan oleh dasar penjajahan yang dahulu dan juga di-sebabkan orang2 di-luar bandar, ini biasa berlaku di-mana2 negeri sa-kali pun ia-itu biasa-nya pendudok di-luar bandar itu tidak bagitu suka hendak menukar chara hidup-nya dengan segera atau pun menerima perubahan2 baharu. Oleh yang demikian itu-lah menyebabkan tanah2 yang ada itu tidak dijayakan dengan sempurna-nya dan juga ada sa-tengah2 tempat sangat ramai orang yang dudok dalam satu keping tanah, yang tidak boleh menchukupi bagi mereka menchari nafkah yang sempuma. Tambahan pula di-negeri kita ini bilangan anak negeri bertambah dengan banyak-nya dari satu tahun ka satu tahun. Oleh itu bagi mengatasi soalan tanah ini dan bagi membaiki keadaan di-kampong2 Kerajaan telah mengadakan dasar yang baharu. Dasar yang baharu ini ia-lah berma'ana ia-itu tanah2 yang akan di-beri kapada pendudok2 di-luar bandar hendak-lah chukup luas-nya bagi mereka untok menchari nafkah dan tanah itu tidaklah boleh di-bagi kurang daripada luas yang di-tentukan itu. Dan yang keduanya, kapada pendudok2 yang sekarang ini ada tanah tetapi yang kurang luasnya untok menchukupi kehendak sasuatu famili hendak-lah di-tambah supaya chukup luas-nya. Menurut nasihat dan pandangan yang di-dapati bahawa luas tanah yang boleh menchukupi bagi satu kelamin atau family di-Tanah Melayu ini untok mendapat taraf hidup yang sempurna ia-lah lebeh kurang 8 ekar. Daripada tanah yang luas 8 ekar itu 6 ekar hendak-lah di-tanami dengan barang2 yang boleh mendatangkan hasil yang tertentu saperti getah dan yang 2 ekar lagi itu di-tanami dengan pokok2 yang lain saperti buah2-an, sayur2-an dan sabagai-nya untok pergunaan orang2 itu sendiri. Di-mana2 yang boleh di-adakan 2 ekar lagi untok pertanaman padi akan tetapi di-kebanyakan tempat oleh sebab kekurangan tanah tentu-lah tidak dapat di-adakan kawasan2 yang terlalu luas. Dasar bagi memberi tanah kapada sa-saorang itu untok menchukupi kehendak-nya bagi menchari nafkah hidup bukan-lah sa-suatu dasar yang baharu bahkan Lembaga Kemajuan Tanah telah menjalankan dasar ini dengan kejayaan yang besar akan tetapi dasar ini belum-lah tertulis di-mana Undang2 Tanah yang ada sekarang ini dan tiada satu pun Undang2 Tanah yang boleh memaksakan kemajuan yang saperti itu di-jalankan. Oleh itu bagi Rang Undang2 ini di-adakan dengan tujuan yang tersebut itu. Di-bawah Undang2 ini, tanah yang di-berikan itu yang difikirkan menchukupi bagi sa-saorang menchari nafkah, hendak-lah sama luas-nya, kemudian hendak-lah disukat sa-belum tanah itu di-beri kapada pendudok2 itu. Sukatan itu di-jalankan dalam satu kawasan yang besar jika ada tanah yang boleh didapati. Tujuan ranchangan ini ia-lah hendak memberi peluang kapada orang yang tidak ada mempunyai tanah, dan yang mempunyai tanah tetapi tidak menchukupi untok pencharian hidupnya. Oleh itu chadangan ini di-adakan 2 bahagian ranchangan kemajuan tanah. Satu kerana mereka2 yang tiada mempunyai tanah, chadangan ia-lah kawasan yang besar 3 atau 4 ribu ekar dan di-adakan kampong yang tertentu dalam kawasan itu. Kawasan yang semacham ini boleh-lah menempatkan lebeh kurang 4 ratus atau 5 ratus family yang mempunyai tanah 8 ekar satu kelamin. Yang kedua kapada orang2 yang dudok dalam kawasan2 lain yang kechil sadikit berdekatan dengan kampong2 yang sedia hendaklah di-adakan tanah2 bagi menambah tanah2 yang sedia di-kampong2 itu. Dalam kawasan2 ini tanah2 yang baharu di-adakan itu ia-lah luas-nya lebeh kurang 3 atau 4 ekar.” [38] Seterusnya YAB Timbalan Perdana Menteri telah menjelaskan mengenai peruntukan sekatan untuk penyewaan semula pembahagian semula tanah-tanah tersebut dengan menyatakan di halaman 759 seperti berikut: “ Now, Sir, in regard to the various provisions of this Bill, Section 7 provides for economic holdings of uniform size to be fixed; Sections 14, 15 and 16 require that there shall be one single proprietor for a holding and prohibit the sub-letting, sub-division or fragmentation of the holding in any circumstances; Section 17 requires the planting of specific crops only and the full cultivation of every holding; Sections 8, 13 and 20 provide for the waiver of charges, the initial clearing of land and the recoupment of costs of these and of the agricultural materials provided by a subsequent enhanced rent known as "consolidated annual charge"; Section 19 provides that settlers will not be considered unless they are virtually landless-and this means that they must own less than two acres of land as provided under Section 19, unless, of course, it is a fresh alienation in which case they can own up to a maximum of six acres. Now, under Section 19 too, Honourable Members will observe that that Section provides that only citizens of the country will be accepted as settlers within the Group Settlement Areas. I do not think that it is necessary for me to put up any defence of this principle, because it is considered that Government cannot subsidise the opening up of land for people other than citizens of the country. I think, in the course of debate on the King's Speech, the Honourable Member for Ipoh raised this point and I can assure him that this provision will only be applied in areas declared under this Act-that is designated areas or Group Settlement Areas. This provision will not apply to land which has already been alienated or to land to be alienated in the ordinary way. For land alienated in the ordinary way, the existing Land Code will apply. Now, Sir, l would like to explain in greater detail Section 16 of the Bill. Section 16 prohibits, upon the death of a holder, the distribution of a holding among a number of beneficiaries. It will be necessary for the beneficiaries to agree that the interests in the land should be assigned to a single holder, and in default of such assignment, the Collector has the right to close the holding and dispose of the proceeds. I have been advised that this provision will not infringe the principles of the Islamic Law, as the land before alienation is subject to this condition already and therefore the settlers when they take up the land must accept the land together with the condition already attached to the land. Now, Sir, with this explanation, the House will have a fair understanding of this Bill. As I have said, it is necessary to have this provision in order to facilitate the alienation of land. There are, of course, other provisions in the Bill which tend to improve the existing procedure of land alienation. I would like to bring to th9 attention of Honourable Members that the proposal here of pre-survey will relieve Land Offices of the process known as "settlement", the preparation of detailed requisitions for survey etc. and also that the fixing of a uniform size of holding will make it unnecessary for the calculation of individual liabilities. Under Section 12, there will be a new "Register of Holdings" which will supersede what is known as the "AA. Register" which is more complicated. With all these provisions, it is Government's hope that we will be able to alienate land to those in need more expeditiously.” [39] Ini bermakna semasa mentafsirkan apa-apa perkara berkaitan dengan peneroka dan undang-undang tanah ia perlu dibaca bersekali dengan Akta GSA 1960. Ia telah dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) lwn. Ramli Abdul Rahman & Yang Lain Dan Satu Lagi Rayuan [2014] 7 CLJ 339 seperti berikut: “[36] Sebelum kami mengupas isu-isu yang dibangkitkan dan hujah-hujah yang berkaitan dengan isu-isu tersebut, kami membuat pemerhatian berikut. Pertama, GSA adalah suatu Akta Parlimen yang diwujudkan khusus bagi maksud pembangunan dan pemilikan tanah berkelompok. Oleh itu, GSA merupakan satu undang-undang khusus (specific law) mengenai pembangunan dan pemilikan tanah. Ia berbeza dengan KTN yang merupakan undang-undang atau Kanun Am (general law) berkenaan dengan perkara-perkara berhubung dengan pemilikan, pengurusan dan pembangunan tanah. Sekiranya pihak berkuasa hendak menguruskan tanah-tanah yang diberimilik seperti yang berlaku dalam kes ini tanpa apa-apa pertimbangan yang lain dari segi pengurusannya, maka tidaklah perlu diadakan suatu undang-undang khusus seperti GSA. Pemberimilikan tersebut boleh dilaksanakan dengan hanya berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan yang sedia ada di dalam KTN yang berkuatkuasa sekarang. Oleh kerana itu, pemberian hakmilik tanah-tanah di bawah rancangan penempatan berkelompok seperti yang terdapat dalam kes ini hendaklah dilihat bukan sahaja dari sudut peruntukan-peruntukan di dalam KTN, tetapi ia juga perlu dilihat dari sudut peruntukan-peruntukan yang terdapat di bawah GSA. [37] Kedua, peserta-peserta (atau lebih dikenali dengan peneroka-peneroka) rancangan tanah berkelompok di bawah GSA adalah mereka yang terpilih. Syarat utama penyertaan mereka ialah mereka hendaklah menandatangani suatu perjanjian untuk menyertai rancangan pembangunan tanah berkelompok di bawah GSA dengan perayu. Responden adalah merupakan peserta-peserta yang telah dipilih dan telah menandatangani perjanjian tersebut rancangan tanah berkelompok dengan perayu. Adalah satu fakta yang nyata bahawa perjanjian tersebut tidak diperuntukkan di dalam mana-mana peruntukan GSA. Oleh yang demikian, terdapat dua jenis hubungan antara perayu dan responden. Pertama ialah hubungan kontraktual berdasarkan kepada perjanjian yang telah ditandatangani. Kedua ialah hubungan responden dengan perayu berkaitan dengan syarat-syarat pemilikan tanah rancangan berkelompok yang diberikan kepada responden berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di dalam GSA dan juga KTN. [38] Ketiga, tanah-tanah yang diwartakan di dalam rancangan tanah kelompok ini adalah tanah kerajaan (State land) dan digazetkan sebagai Tanah Pembangunan Persekutuan yang diuruskan oleh perayu. Menurut peruntukan KTN, tanah kerajaan tidak boleh diduduki kecuali jika telah diberi hakmilik ataupun diberi lesen pendudukan sementara (TOL). Dari sudut inilah s. 12(1) GSA, konsep 'occupation in expectation of title' itu harus diertikan iaitu ia merupakan suatu kebenaran untuk responden-responden yang terpilih untuk menduduki tanah kerajaan yang telah diwartakan sebagai tanah Rancangan Pembangunan Persekutuan sehingga hakmilik dikeluarkan. Ini adalah selaras dengan peruntukan s. 10(1)(b) GSA. Dan kebenaran untuk menduduki tanah tersebut dibuat dengan memasukkan nama-nama peserta di dalam senarai daftar pegangan (register of holdings) seperti yang diperuntukkan di bawah s. 12(1) GSA.” [40] Selain daripada itu para peneroka adalah tertakluk dengan perjanjian atau garis panduan yang dikeluarkan oleh FELDA dari semasa ke semasa seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 11 (3) Akta GSA. Ini dinyatakan di perenggan 45 seperti berikut: “[45] Satu lagi peruntukan GSA yang penting dan perlu diberi pertimbangan bagi menentukan sama ada responden terikat dengan perjanjian ataupun garis panduan yang dikeluarkan oleh perayu dari masa ke masa ialah ss. 11(3) dan (4). Seksyen 11(3) seperti yang dirujukkan di atas, mengatakan bahawa syarat-syarat nyata yang dikenakan di bawah, dan syarat-syarat serta obligasi yang tersirat melalui, peruntukan-peruntukan GSA hendaklah mengikat tanah-tanah tersebut (shall run with the land) dan hendaklah terus mengikat daripada tarikh 'occupation in expectation of title authorized by entry in the register of holdings' atau dari tarikh pemberian hakmilik mengikut mana yang terdahulu. Seksyen 11(4) pula memperuntukkan bahawa hendaklah tersirat di dalam setiap dokumen hakmilik kepada tanah rancangan (holdings), syarat bahawa jika berlaku perlanggaran syarat atau kegagalan mematuhi mana-mana syarat sama ada syarat nyata atau yang tersirat, tanah rancangan tersebut boleh dimasuki dan dilucutkan hakmilik (re-entry and forfeiture) mengikut cara yang diperuntukkan di dalam Undang-Undang Tanah Negeri berkaitan dengan perlanggaran atau kegagalan pematuhan syarat-syarat tersebut.” [41] Mahkamah juga perlu mengambil kira bahawa apabila seseorang peneroka berada di dalam Skim Tanah Rancangan FELDA, tanah tersebut masih belum diberi hakmilik kepada peneroka. Ia adalah tertakluk kepada kedudukan di bawah seksyen 12 Akta GSA 1960 yang menyatakan seperti berikut: “12 Occupation in expectation of title (1) Authority to occupy any land within a group settlement area in expectation of title shall be given by an entry in the register of holdings to be maintained by the Collector in Form A in the First Schedule. (2) Before entering in the register of holdings the name of any person in respect of an urban holding, the Collector may require the payment of all sums due in respect of the holding whether by way of premium, survey fees or otherwise together with the amount of the rent payable in respect of the first year of occupation. (3) No person shall by making any payment or deposit of any kind or by being recorded in a register of holdings or in any other way than by occupying a holding with the authority of the Collector in expectation of title be taken or deemed to have acquired any right to registration of title to such holding and such authority may be cancelled by the Collector at any time before title has been registered. (4) An entry under subsection (1) may be made in the register of holdings notwithstanding that any details relating to- (a) the lot numbers or area of any holding; (b) the amount of the consolidated annual charge or the period for which it shall be charged; or (c) the amount of rent which is, in due course, to be substituted for the consolidated annual charge, have not been obtained, if the Collector, by reason of non-completion of survey or of the lack of sufficient information for determining the consolidated annual charge or for any other sufficient reason, is satisfied that such details are not capable of being immediately obtained; and the Collector shall as soon as possible obtain, and include in the register of holdings, the said details. (5) Where an order of court made in accordance with the Islamic Family Law Enactment applicable in the State or the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 [Act 164] vests a rural holding in the wife, ex-wife or next-of-kin of a holder, the Collector shall enter the name of the wife, ex-wife or next-of-kin as a co-holder in the register of holding accordingly.” [42] Jika ditinjau kepada seksyen 12 Akta GSA tersebut terdapat peruntukan di bawah seksyen 12(3) bahawa pihak pemungut hasil dalam konteks ini adalah FELDA boleh membatalkan nama orang di dalam ROH sebelum hakmilik diberikan. Jika diteliti kepada Borang A tersebut di bawah seksyen 12(1) sekiranya terdapat apa-apa pertukaran hakmilik ia perlu direkodkan. Di dalam kes ini tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa nama Sulaiman bin Yakoob telah dibatalkan atau dipotong daripada ROH. Begitu juga tiada nama Defendan Pertama dimasukkan dalam Rekod Pertukaran di dalam buku salinan asal ROH yang dipegang oleh pihak FELDA yang telah dikemukakan oleh SP9 memberi keterangan. Oleh yang demikian berdasarkan kepada keterangan tersebut pemilik bagi tanah hakmilik PM 25165 Lot 36442 FELDA Jengka 22, Mukim Chenor, Daerah Maran, Negeri Pahang Darul Makmur yang ada di hadapan Mahkamah ialah Sulaiman bin Yakoob dan bukannya orang lain. [43] Ini bermakna sebelum hakmilik diberikan kepada para peserta FELDA tersebut mereka adalah terikat dengan apa-apa perjanjian di antara FELDA dengan peserta tersebut. Hatta selepas mereka diberikan hakmilik pun perjanjian ia tidak membatalkan perjanjian di antara pihak peneroka dan FELDA. Dalam konteks ini perjanjian di antara Plaintif Sulaiman bin Yakoob dengan FELDA masih berkuatkuasa sehingga ia dibatalkan atau Plaintif disingkirkan daripada FELDA di bawah Akta GSA dan peraturan-peraturan FELDA. [44] Mahkamah meneliti seksyen 10, 11 dan 12 Akta GSA bagi melihat kedudukan peneroka dan melihat hubung kaitnya dengan FELDA. Malahan seseorang peneroka FELDA juga tidak boleh memindahkan haknya kepada mana-mana pihak melainkan mendapat kebenaran pihak FELDA. Ini dinyatakan di bawah seksyen 24 Akta GSA seperti berikut: “24. Assignment of rights of occupier in expectation of title (1) Subject to the provisions of this Act, a holder in occupation of a rural holding in expectation of title may assign his rights in that holding to any individual person qualified in accordance with the provisions of section 19 and approved by the Collector, unless proceedings for re-entry under section 22 shall have been commenced. (2) The assignment shall be in Form C in the First Schedule and shall be submitted to the Collector who shall enter the name of the assignee in the register of holdings.” [45] Ini telah dijelaskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam kes Raman Sinnathamby v Munusamy Sinnathamby [2007] 10 CLJ 667 seperti berikut: “[15] Sebagai tambahan saya juga mendapati prinsip ekuiti atau amanah berbangkit tidak terpakai bagi tanah penempatan berkelompok sedemikian dengan adanya peruntukan nyata di bawah s. 24 Akta tentang penyerahan hak seseorang 'occupier in expectation of title'. Di bawah seksyen tersebut seseorang peserta hanya boleh memindahhakkan haknya dalam sesuatu holding kepada mana-mana individu yang layak dan dengan kebenaran Pentadbir Tanah Daerah. Pada hemat saya untuk membenarkan permohonan defendan sekarang ini akan merupakan suatu pengambilalihan kuasa yang diperuntukkan di bawah statut.” [46] Mahkamah juga mendapat suluh panduan bagi memahami maksud seksyen 12 Akta GSA oleh keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Ghazali Mat & Yang Lain lwn. Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu & Satu Lagi [2017] 5 CLJ 265 seperti berikut: “[27] Fakta yang tidak dapat dipertikaikan ialah bahawa tanah-tanah untuk Rancangan FBK-I dan FBK-II adalah tanah Kerajaan Negeri dan diwartakan sebagai tanah Rancangan Pembangunan Persekutuan yang akan diuruskan oleh Felcra. Menurut peruntukan-peruntukan Akta 530 dan Kanun Tanah Negara, tanah Kerajaan tidak boleh diduduki kecuali jika telah diberi hak milik atau diberi Lesen Pendudukan Sementara (TOL). Seksyen 12 Akta 530 memperuntukkan: Occupation in expectation of title 12. (1) Authority to occupy any land within a group settlement area in expectation of title shall be given by an entry in the register of holdings to be maintained by the Collector in Form A in the First Schedule. (2) Before entering in the register of holdings the name of any person in respect of an urban holding, the Collector may require the payment of all sums due in respect of the holding whether by way of premium, survey fees or otherwise together with the amount of the rent payable in respect of the first year of occupation. (3) No person shall by making any payment or deposit of any kind or by being recorded in a register of holdings or in any other way than by occupying a holding with the authority of the Collector in expectation of title be taken or deemed to have acquired any right to registration of title to such holding and such authority may be cancelled by the Collector at any time before title has been registered. [28] Pada hemat kami, konsep pendudukan dalam jangkaan hak milik ("occupation in expectation of title") dalam s. 12 Akta 530 bermakna bahawa plaintif-plaintif telah diberikan kebenaran untuk menduduki tanah Kerajaan yang telah diwartakan sebagai Rancangan Pembangunan Persekutuan sehingga hak milik dikeluarkan. Hal ini adalah selaras dengan s. 10(1)(b) Akta 530 yang memperuntukkan seperti berikut: Alienation 10(1) Subject to the provisions of this Act, the Collector may, on behalf of the State Authority: (a) ... (b) permit the occupation of any rural or urban holding in expectation of title. [29] Pendudukan dalam jangkaan hak milik tidak bermakna bahawa plaintif-plaintif mempunyai hak di sisi undang-undang terhadap tanah tersebut atau dalam apa jua keadaan sekali pun mereka hendaklah atau mesti diberikan hak milik. Ini adalah selaras dengan peruntukan sub-s. 78(3) Kanun Tanah Negara yang menyatakan bahawa selama mana tanah-tanah berkenaan masih belum didaftarkan atas nama plaintif-plaintif, mereka tidak mempunyai sebarang hak ke atasnya kerana tanah-tanah berkenaan masih menjadi tanah Kerajaan Negeri.” [47] Kedudukan peneroka yang telah menerima hakmilik masih terikat dengan perjanjian dengan pihak FELDA dan ia tidak mengubah kedudukan tanah tersebut. [48] Jika diteliti kepada peruntukan seksyen 24 Akta GSA tersebut Borang C akan dikeuarkan di bawah seksyen 24 Akta GSA dan sekiranya pihak FELDA memberikan kebenaran untuk peneroka menggunakan tanah tersebut untuk penanaman maka seksyen 35 Akta GSA menyatakan Borang D akan dikeluarkan. Sementara Borang E pula adalah di bawah seksyen 40 (1) Akta yang sama yang memperuntukan seperti berikut: “40 Power to surrender rights (1) Subject to the provisions of this Act, a holder in occupation of a holding in expectation of title may surrender his rights in that holding to the State Authority. (2) The surrender shall be in Form E in the First Schedule and shall be submitted to the Collector who shall make a note of the surrender in the register of holdings. (3) Upon the making of any note pursuant to subsection (2), the holder of the holding to which the note relates shall cease to have or enjoy any right in the holding under this Act.” [49] Borang E diberikan sebagai penyerahan hak kuasa pihak berkuasa negeri. Dapatan Mahkamah [50] Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak Mahkamah mendapati bahawa pihak Plaintif pada tahap imbangan kebarangkalian telah menunjukkan bahawa pada masa Plaintif dikatakan menandatangani dokumen-dokumen yang menyatakan hasratnya untuk memindahkan hartanah tersebut kepada Defendan Pertama adalah sesuatu yang tidak berlaku. Ini adalah disebabkan kesemua ahli keluarga Plaintif termasuk Plaintif sendiri telah menafikan dakwaan tersebut dan tiada keterangan-keterangan lain yang dapat mengesahkan bahawa Plaintif telah menandatangani surat-surat atau dokumen-dokumen bersama-sama dengan ahli keluarganya bagi memindahkan hakmilik tanah tersebut kepada Defendan Pertama. Adalah tidak dapat menafikan keterangan yang dikemukakan oleh pihak Defendan berdasarkan saksi-saksi yang ada telah menghuraikan fakta bahawa Plaintif ada mengemukakan hasrat kepada Defendan Pertama dan Ahli Jawatankuasa Rancangan (JKKR) itu untuk tidak lagi tinggal di tanah rancangan tersebut. Di samping itu Mahkamah juga perlu meneliti keterangan bahawa Plaintif sudah sekian lama tidak berada di tanah rancangan tersebut. Ini ditambah pula dengan keterangan yang menunjukkan bahawa Defendan Pertama telah mengusahakan tanah tersebut dan membayar hutang-hutang yang dikatakan telah terakru kepada FELDA. Malahan keterangan di Mahkamah juga menunjukkan bahawa kenyataan-kenyataan berkenaan dengan pembayaran dan pendapatan Defendan Pertama yang merujuk kepada tanah yang berkaitan juga dikeluarkan oleh pihak FELDA. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa ianya konsisten dengan keterangan yang menyatakan bahawa pihak Plaintif ingin memindahkan hakmilik tanah tersebut kepada pihak Defendan Pertama. [51] Walau bagaimanapun satu fakta yang tidak dapat dinafikan di dalam kes ini ialah keterangan SP9 dan pengemukakan dokumen Borang C yang masih menunjukkan bahawa peneroka tanah rancangan tersebut ataupun penduduk (occupier) yang mengharapkan kepada hakmilik masih atas nama Plaintif. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa Akta GSA 1960 memberikan ruang kepada mana-mana peserta untuk memindahkah haknya kepada waris kadim. Namun ia masih tertakluk kepada kelulusan pihak FELDA. Mahkamah mendapati dokumen di halaman 25 Ikatan Dokumen B iaitu surat daripada FELDA yang mengesahkan bahawa permohonan Plaintif pada masa itu untuk memindahkan hakmiliknya tidak dapat diluluskan kerana ia tidak diberikan kepada waris kadim. Ini dapat menunjukkan bahawa ada tindakan yang dilakukan oleh pihak Plaintif untuk memindahkan hak beliau kepada Defendan Pertama. Namun demikian tiada keterangan lanjut yang menunjukkan bahawa selepas penolakan daripada FELDA ada permohonan lain yang dibuat oleh pihak Plaintif. Dakwaan Defendan bahawa proses permohonan semula telah dibuat dinafikan oleh Plaintif. Ia juga disokong dengan dokumen ROH yang masih kekal atas nama Plaintif. Di samping itu keterangan SP9 yang menyatakan bahawa beliau tidak nampak Borang C1 dikemukakan bersama-sama dengan Borang C di pejabat FELDA hasil daripada siasatan dan penelitian oleh SP9 di Ibu Pejabat FELDA. [52] Mahkamah berpendapat ROH dan Borang C yang tidak disertakan dengan Borang C1 tersebut adalah satu bukti yang tidak dapat menyokong dakwaan Defendan Pertama dan Defendan Kedua bahawa pihak Plaintif telah memindahmilikkan hak hartanah tersebut kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Oleh itu atas imbangan kebarangkalian Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa pemindahan hakmilik daripada Plaintif kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah dilakukan secara fraud. [53] Walau bagaimanapun Mahkamah perlu juga menimbangkan keterangan bahawa nama pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua berada di dalam Borang D dan Borang E yang dikeluarkan. Bagaimana nama Defendan Pertama dan Defendan Kedua berada di dalam Borang D dan Borang E sedangkan nama di dalam ROH masih atas nama Plaintif. Adakah terdapat fakta bahawa nama Defendan Pertama dan Defendan Kedua berada di atas Borang D dan Borang E tersebut telah menyebabkan pihak Plaintif gagal membuktikan kesnya terhadap Defendan-Defendan? Mahkamah berpendapat keterangan daripada pihak FELDA sendiri mengesahkan bahawa Plaintif tidak pernah disingkirkan daripada FELDA Jengka 22 sebagai peneroka, perjanjian di antara Plaintif dan FELDA tidak pernah dibatalkan, di samping itu tiada keterangan yang menunjukkan bahawa pihak FELDA telah menandatangani perjanjian baharu dengan Defendan Pertama. Jika ada ia dapat mengesahkan dakwaan Defendan Pertama bahawa beliau adalah merupakan pihak yang akan dipindah hak oleh pihak Plaintif. Ini tidak berlaku dalam kes ini. Hujahan Pihak Defendan Derkenaan Dengan Isu-isu Sampingan [54] Di dalam hujahan bertulis pihak Defendan telah dinyatakan bahawa tindakan ini tidak boleh diteruskan oleh pihak Plaintif ekoran daripada had masa di bawah seksyen 9 (1) Akta Had Masa 1953. Peguam Defendan juga telah merujuk kepada seksyen 32 Akta Had Masa. Ini adalah disebabkan tarikh Borang C dikeluarkan pada tahun 1991 sedangkan tindakan ini dibuat pada tahun 2018. Ini bermakna tempoh tindakan ini diambil setelah 27 tahun. Ini menurut peguam Defendan kelewatan yang tidak munasabah yang terangkul di dalam seksyen 32 Akta Had Masa 1953. Walau bagaimanapun Mahkamah perlu mempertimbangkan fakta bahawa pihak Plaintif hanya mengetahui berkenaan dengan tanahnya telah dikeluarkan Borang D dan Borang E setelah dimaklumkan oleh pihak Defendan Pertama pada sekitar 2013. Oleh yang demikian ini adalah merupakan kali pertama di mana Plaintif mengetahui fakta berkenaan dengan tanah beliau. Oleh yang demikian Mahkamah berpendapat dan berdasarkan kepada kes Nasri v Mesah [1971] 1 MLJ 32 tempoh masa kausa tindakan bermula seperti berikut: “A "cause of action" is the entire set of facts that gives rise to an enforceable claim; the phrase comprises every fact which, if traversed, the plaintiff must prove in order to obtain judgment (per Lord Esher M.R. in Read v Brown (1888) 22 QBD 128 131). In Reeves v Butcher (1891) 2 QB 590 511 Lindley L.J. said: "This expression, 'cause of action', has been repeatedly the subject of decision, and it has been held, particularly in Hemp v Garland LR 4 QB 509 511, decided in 1843, that the cause of action arises at the time when the debt could first have been recovered by action. The right to bring an action may arise on various events; but it has always been held that the statute runs from the earliest time at which an action could be brought." In Board of Trade v Cayzer, Irvine & Co [1927] AC 610 617. Viscount Dunedin described "cause of action" as that which makes action possible. Now, what makes possible an action founded on a contract is its breach. In other words, a cause of action founded on a contract accrues on the date of its breach. Similarly, the right to sue on a contract accrues on its breach. In the case of actions founded on contract, therefore, time runs from breach (per Field J. in Gibbs v Guild 8 QBD 296 302). In the case of actions founded on any other right, time runs from the date on which that right is infringed or there is a threat of its infringement (see Bolo's case LR 57 IA 74). It would seem clear, therefore, that the expressions "the right to sue accrues", "the cause of action accrues" and "the right of action accrues" mean one and the same thing when one speaks of the time from which the period of limitation as prescribed by law should run.” [55] Pada masa yang sama Mahkamah juga meneliti seksyen 29 Akta Had Masa 1953 yang menyatakan seperti berikut: “ 29 Postponement of limitation period in case of fraud or mistake (1) Where, in the case of any action for which a period of limitation is prescribed by this Act, either- (a) the action is based upon the fraud of the defendant or his agent or of any person through whom he claims or his agent; or (b) the right of action is concealed by the fraud of any such person as aforesaid; or (c) the action is for relief from the consequences of a mistake, the period of limitation shall not begin to run until the plaintiff has discovered the fraud or the mistake, as the case may be, or could with reasonable diligence have discovered it: Provided that nothing in this section shall enable any action to be brought to recover, or enforce any charge against, or set aside any transaction affecting, any property which – (i) in the case of fraud, has been purchased for valuable consideration by a person who was not a party to the fraud and did not at the time of the purchase know or have reason to believe that any fraud had been committed; or (ii) in the case of mistake, has been purchased for valuable consideration, subsequently to the transaction in which the mistake was made, by a person who did not know or have reason to believe that the mistake had been made. (2) Section 6A shall not apply to any action to which paragraph (1)(b) applies.” [56] Dalam kes ini Mahkamah berpendapat bahawa bagi menentukan sama ada had masa telah terakru atau sebaliknya ia adalah bergantung kepada jenis tuntutan yang dikemukakan. Dalam konteks kes ini didapati bahawa ia adalah melibatkan tuntutan fraud ini bermakna seksyen 29 Akta Had Masa 1953 perlu diberikan perhatian dalam menentukan had masa. Oleh itu Mahkamah perlu melihat bilakah pihak Plaintif mempunyai pengetahuan berkenaan dengan fraud tersebut dan menentukan sama ada ia masih dalam lingkungan had masa ataupun telah melepasi tempoh had masa tersebut. [57] Berdasarkan keterangan di dalam kes ini adalah didapati bahawa pada sekitar Julai 2013 Defendan Pertama telah menyatakan bahawa tanah tersebut telah diberi hakmilik kepada Defendan Pertama. Ini adalah kali pertama Plaintif mengetahui berkenaan dengan fakta bahawa hakmilik tanahnya telah diserahkan kepada Defendan Pertama. Mahkamah berpendapat mulai tarikh tersebutlah maka tempoh had masa tindakan Plaintif bermula. Ini bermakna semasa tindakan ini difailkan di Mahkamah ia masih dalam tempoh masa yang dinyatakan di bawah seksyen 39 Akta Had Masa 1953 tersebut. Oleh yang demikian adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa pihak Plaintif telah mengambil tindakan setelah 27 tahun masa berlalu semenjak daripada tarikh 1991. [58] Oleh itu hujahan bahawa Plaintif dihalang daripada mengambil tindakan di bawah disebabkan had masa tidak dapat dipertahankan. Mahkamah juga meneliti keputusan Mahkamah Rayuan dalam melihat bagaimana penggunaan had masa dalam kes-kes yang melibatkan fraud seperti yang terdapat di dalam kes Tung Kean Hin & Anor v Yuen Heng Phong [2019] 9 CLJ 493. [59] Peguam Defendan juga berhujah bahawa prinsip pengabaian (laches) adalah terpakai dalam kes ini. Ini disebabkan pihak Plaintif yang mengambil tempoh yang terlampau lama dalam mengambil tindakan terhadap Defendan. Secaranya umumnya pengabaian adalah satu prinsip di bawah undang-undang ekuiti. Ia membawa maksud Mahkamah tidak boleh menerima satu tindakan yang mengambil masa yang lama untuk difailkan di Mahkamah. Jika ini dilakukan ia seolah-olah suatu keredhaan (acquinsence) Plaintif terhadap tindak tanduk Defendan. Mahkamah ini telah dipandu oleh keputusan di dalam kes Alfred Templeton & Ors. v. Mount Pleasure Corp. Sdn. Bhd. [1989] 1 CLJ Rep 219 yang menerangkan tentang prinsip pengabaian ini dengan amat jelas dan nyata seperti berikut: “Laches is an equitable defence implying lapse of time and delay in prosecuting a claim. A Court of Equity refuses its aid to a stale demand where the plaintiff has slept upon his rights and acquiesced for a great length of time. He is then said to be barred by laches. In determining whether there has been such delay as to amount to laches the Court considers whether there has been acquiescence on the plaintiff's part and any change of position that has occurred on the part of the defendant. The doctrine of laches rests on the consideration that it is unjust to give a plaintiff a remedy where he has by his conduct done that which might fairly be regarded as equivalent to a waiver of it or where by his conduct and neglect he has, though not waiving the remedy, put the other party in a position in which it would not be reasonable to place him if the remedy were afterwards to be asserted (Halsbury's Laws of England 3rd Edn. Vol. 14 p. 641 paras. 1181, 1182). Laches has been succinctly described as "inaction with one's eyes open". Now, can lapse of time, and delay, however gross in a suit seeking final, as opposed to interlocutory relief, of itself, amount to the equitable defence of laches. It is clear that delay in some circumstances can amount to evidence from which the inference can be drawn that the plaintiff has released (or waived, there seems to be no difference) the claims which he asserts: lapse of time always gives rise to a presumption that a stale suit is ill-founded: for a reasonable man is not likely to sleep on his claims if they are well founded. Whether it does or does not is a question of fact in each case. It is possible to point to a number of cases in which plaintiffs have been successful in spite of spectacular delays. In England, in Burroughes v. Abbott [1922] 1 Ch 86, rectification of an instrument was granted after a delay of 12 years: in Weld v. Petrie [1929] 1 Ch 33 the Court of Appeal held that a mortgagor's redemption suit was not barred by a delay of 26 years and in Pickerring v. Lord Stamford [1795] 30 ER 787 was held that after a delay of 35 years, a portion of a testator's residuary estate which had been devoted by ten trustees of the testator's will to charity was really held by them on trust for the testator's next of kin. In Australia, a decree of specific performance was granted by the High Court in Fitzgerald v. Masters [1956] 5 CIR 420, 26 years after the cause of action arose and in Bester v. Perpetual Trustee & Co, Ltd. [1970] 33 NSWR 30, Street J rejected a defence of laches where a plaintiff waited 20 years before commencing a suit to rescind a transaction on grounds of undue influence. There are many cases which indicate that mere delay is not a defence in Equity. In 1795, in Pickering v. Lord Stamford (ibid), Arden MR inclined to the view that delay in a situation where no statute of limitation applied, could have legal effect only if it amounted to a release implied from conduct or was coupled with detriment to the defendant or a third party. In Fitzgerald v. Masters (ibid) equitable relief was granted after an inordinate length of time had elapsed. On the point under discussion, Dixon CJ and Fullager J at p. 433 held that there were no circumstances apart from delay for refusing relief, thereby (and in my opinion; correctly) holding that mere delay of itself cannot constitute laches. In Fullwood v. Fullwood [1878] Ch D 176, Fry J held that mere lapse of time affords no bar in Equity. My research into the authorities on the subject leads me to the conclusion that there are no fixed rules or principles on which the Court acts and each case is considered on its merits and particular facts. In the case of in Re Jarvis [1958] 2 All ER 336 Upjohn J said at p. 341: I have been referred to a number of text books and authorities on this question of laches, acquiescence and delay, but I forbear from referring to them, for in this realm of law each case depends so much on its own facts that the citation of other cases having some points of similarity and some of difference does not really assist. In this context, the case of Lindsay Petroleum Co. v. Hurd & Ors. [1874] LR 5 PC App. Cas. 221 merits reading. The defence of laches is only allowed where there is no statutory bar (Halsbury ibid p. 641 para. 1181). Section 32 of the Limitation Act 1953 (Revised 1981), provides that "nothing in this Act shall affect any equitable jurisdiction to refuse relief on the ground of acquiescence, laches or otherwise." [60] Oleh yang demikian Mahkamah berpendapat tidak timbul isu kelewatan yang bersangatan oleh pihak Plaintif sehingga membolehkan prinsip pengabaian digunakan terhadap Plaintif. [61] Selain daripada itu Mahkamah juga perlu memahami perbezaan di antara kegagalan pihak Plaintif untuk menjalankan tanggungjawab seperti yang dinyatakan di perjanjian Plaintif dan FELDA dengan hakmilik Plaintif yang dinyatakan di dalam Borang C Akta GSA. Ini adalah disebabkan sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada terma perjanjian di antara Plaintif dan FELDA ia adalah terpulang kepada pihak FELDA untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sehingga kepada tindakan menyingkirkan Plaintif daripada tanah rancangan tersebut. Penelitian kepada dokumen yang dikemukakan adalah jelas bahawa pihak pengurusan FELDA ada mengambil tindakan dan memberi amaran kepada Plaintif di atas tindakan beliau tidak berada di tanah rancangan dan kegagalan beliau untuk menghantar hasil yang sepatutnya kepada FELDA. Beberapa borang telah dikeluarkan di antaranya Borang XY. Namun apa yang pasti ialah tindakan-tindakan tersebut tidak membawa kepada penyingkiran beliau sebagai peneroka. Ini disokong dengan fakta bahawa ROH masih atas nama Plaintif. Jika benar penyingkiran telah dibuat terhadap Plaintif maka pihak FELDA mempunyai budi bicara untuk mengeluarkan nama Plaintif daripada ROH tersebut. Malahan SP9 mengesahkan dalam rekod bahawa tiada sebarang tindakan penyingkiran dilakukan. Malahan SD3 juga menyatakan bahawa tiada sebarang tindakan penyingkiran terhadap Plaintif dikemukakan. Pemahaman yang jelas berkenaan perbezaan tersebut akan membolehkan Mahkamah membezakan di antara hak Plaintif di bawah seksyen 24 Akta GSA dengan hak dan peraturan FELDA di bawah peraturan yang perlu dipatuhi oleh pihak Plaintif. [62] Di dalam kes ini Mahkamah berpendapat bahawa walau apapun yang dilakukan oleh pihak Plaintif berkaitan dengan perjanjian dengan FELDA tiada sebarang tindakan yang menjejaskan haknya di dalam ROH di bawah seksyen 24 Akta GSA dan kekal namanya di dalam ROH tersebut. [63] Di dalam kes ini apa yang dikemukakan di Mahkamah ialah nama Defendan Pertama dan Defendan Kedua terdapat di dalam Borang D dan Borang E di bawah Akta GSA. Adalah didapati bahawa Borang D dan Borang E tersebut dikeluarkan di bawah seksyen 35 (4) dan seksyen 40 (2) Akta GSA. Ganti Rugi [64] Plaintif di dalam tuntutannya juga telah memohon salah satu daripada tuntutan ialah ganti rugi ditaksirkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan dibayar oleh Defendan-Defendan kerana membuat pindahmilik secara tipu dan memalsukan memorandum pindahmilik. Mahkamah ini merujuk kepada Pekeliling Hakim Besar Malaya Bil. 2/2021 yang mengarahkan bahawa semua prosiding berkaitan taksiran ganti rugi hendaklah didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi atau Pesuruhjaya Kehakiman. Oleh itu tidak timbul isu bahawa taksiran ganti rugi perlu dibuat di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi. [65] Oleh yang demikian Mahkamah perlu meneliti keterangan-keterangan bagi menentukan sama ada sejumlah amaun ganti rugi boleh diberikan kepada pihak Plaintif. Apa yang jelas di dalam kes ini pihak Plaintif bersandarkan kepada penyataan-penyataan pendapatan yang dikeluarkan oleh pihak FELDA kepada Defendan Pertama sebagai asas untuk penentuan ganti rugi yang perlu ditaksirkan oleh Mahkamah. Dokumen-dokumen tersebut pada pendapat Mahkamah tidak mencukupi untuk menunjukkan berapakah kerugian yang dialami oleh pihak Plaintif ekoran daripada dokumen hakmilik yang menamakan Defendan Pertama dan Defendan Kedua di dalam kes ini. Pengemukaan dokumen-dokumen tanpa keterangan-keterangan yang sepatutnya tidak boleh dijadikan sandaran oleh Mahkamah ini bagi menentukan jumlah ganti rugi khas atau ganti rugi am dalam kes ini. [66] Adalah menjadi amalan yang baik untuk pihak-pihak yang ingin menuntut ganti rugi sebagai salah satu di dalam penyata tuntutan mengemukakan keterangan-keterangan semasa perbicaraan bagi membolehkan taksiran yang sewajarnya dibuat oleh Mahkamah di akhir sesuatu perbicaraan. Ketiadaan sebarang keterangan yang sedemikian akan menyebabkan Mahkamah tidak mempunyai asas untuk menentukan amaun ganti rugi yang sewajarnya. [67] Di dalam kes ini Mahkamah perlu memutuskan kes ini berdasarkan kepada dokumen-dokumen yang dikemukakan dan keterangan saksi-saksi di Mahkamah ini. Apa yang jelas ialah nama di dalam Borang D dan Borang E tersebut sewajarnya selari dengan nama di dalam ROH. Di samping itu tiada keterangan yang dapat menunjukkan bahawa terdapat apa-apa pertukaran hakmilik di dalam rekod asal ROH di FELDA. Ini mengesahkan bahawa Plaintif adalah merupakan pemilik atau yang tercatat nama di dalam ROH sehingga tarikh pengeluaran Borang D dan Borang E tersebut. [68] Akhirnya Mahkamah memerintahkan seperti berikut: (a) Bahawa pindahmilik harta tanah tersebut kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua dibuat di bawah Akta GSA, Borang C dan C1 seksyen 24 Akta GSA bertarikh 21.05.1991 dan hakmilik yang didaftarkan pada 09.02.2013 atau mana-mana tarikh yang berkaitan adalah dibatalkan; (b) Bahawa nama Defendan Pertama dan Defendan Kedua dikeluarkan daripada pendaftaran dan rekod pendaftaran di Borang D dan Borang E; (c) Bahawa Pendaftar Hakmilik Negeri membuat pembetulan yang sewajarnya di dalam Borang D dan Borang E tersebut bagi mematuhi serta menyelaraskan perintah di para (a) dan (b) tersebut; dan (d) Kos RM30,000.00 tertakluk kepada sijil alokatur. Bertarikh: 14hb. Jun 2022 (ROSLAN MAT NOR) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Plaintif Shanti Suppiah bersama Sashi Tetuan Shanti & Co Kajang, Selangor Darul Ehsan Bagi Pihak Defendan Pertama, Kedua dan Keempat Rozilan Abdul Rahman Tetuan Rozilan & Aribah Ahmad Temerloh, Pahang Darul Makmur