Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA PILAH 5 DALAM NEGERI NEGERI SEMBILAN GUAMAN SIVIL NO: NB-A73KJ-75-07/2023 ANTARA 10
NB-A73KJ-75-07/2023
Magistrates Court of Malaysia28 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an bahawa ia bukan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Majistret tetapi ia berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen. Mahkamah ini juga telah merujuk kepada Seksyen 65 (5) 25 Subordinate Courts Act 1948. S/N HwWeqrzF60Qv0JIci7b9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of”
“di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: 10 first defendant should the SCJ proceed to determine 15 [11] Seterusnya Mahkamah ini juga mengambil maklum bahawa di dalam kes Govindaraju & Anor v Laws [1966] MLJ 88 di mana hakim YA Raja Azlan Shah telah memutuskan bahawa 20 agony of the moment cannot be fairly treated as”
“(c) Abrasion wound over right heel; 20 [23] Defendan tidak menghujahkan sebarang amaun bagi tuntutan plaintif ini. Sebaliknya plaintif telah merujuk kepada kes Maha Ramachandran lwn Harun Mat Sarif [2018] PILRU 6 yang mana Mahkamah di dalam kes ini telah mengawardkan RM3,000 bagi 25 kecederaan abrasion wound over right”
“Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 [16] Merujuk kepada kes Allianz General Insurance Company (M) Bhd 5 lwn Paramasivan Kanniappan & Satu lagi [2019] MLHRU 89 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa: [16] Pencelah telah merayu dan Mahkamah Rayuan membenarkan rayua”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA PILAH 5 DALAM NEGERI NEGERI SEMBILAN GUAMAN SIVIL NO: NB-A73KJ-75-07/2023 ANTARA 10
1
SULOCHANA A/P CHANDRASEKARAN .. PLAINTIF
1
NOOR AINI BINTI ZAINURI 15
3
TAKAFUL IKHLAS GENERAL BERHAD ..DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 20 Rayuan ini telah difailkan oleh defendan-defendan yang telah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini pada 28 November 2024. Rayuan ini adalah terhadap keseluruhan keputusan iaitu terhadap isu liabiliti dan kuantum. 25 S/N HwWeqrzF60Qv0JIci7b9w Latar belakang Kes 5 [2] Tuntutan Plaintif adalah terakru daripada satu kemalangan jalan raya pada 23/11/2022 pada jam lebih kurang 7.30 pagi, di KM 1, Jalan Kuala Pilah-Senaling (berhampiran simpang Kampung Bukit Temensu), ketika Plaintif menunggang sebuah motosikal Honda 10 Dash bernombor pendaftaran NDK1782, dengan sebuah motokar Perodua Kancil bernombor pendaftaran NBM2173 yang dimiliki oleh Defendan Kedua dan dipandu oleh Defendan Pertama. Defendan Ketiga pula merupakan penanggung insurans motokar Perodua Kancil bernombor pendaftaran NBM2173. 15 [3] Pada tarikh perbicaraan penuh, iaitu 29 Mei 2024 dan 24 Jun 2024 di mana plaintif telah memanggil dua saksi yang terdiri daripada Pegawai Penyiasat (SP1), plaintif (SP2) dan kemudiannya telah menutup kes. Manakala pihak defendan pula telah memanggil 20 seorang saksi sahaja iaitu Jenny Yong Mei Ling (SD1) yang merupakan seorang eksekutif di Takaful Ikhlas General Berhad. Pihak-pihak kemudiannya telah memfailkan hujahan bertulis masing-masing. 25 [4] Selepas meneliti keterangan-keterangan dan hujahan-hujahan kedua - dua pihak, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa atas isu liabiliti, defendan-defendan bertanggungan 100%. Berhubung isu kuantum pula, atas dasar S/N HwWeqrzF60Qv0JIci7b9w liabilitI 100%, Mahkamah ini telah membenarkan award-award 5 sepertimana yang berikut: A. Gantirugi khas Plaintif: Item Mahkamah benarkan Laporan JPJ RM10.00 Kos Dokumen Polis Kos Laporan Perubatan dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah - resit no 202342070401R305768 Kos Laporan Perubatan dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah - resit no 202342070401R305791 Kos perjalanan B. Gantirugi am Plaintif Pertama : Kecederaan Mahkamah benarkan Deep laceration wound over anterior aspect of right knee RM7,000.00 Soft tissue injury right chest RM5,000.00 Abrasion wound over right heel RM5,000.00 10 S/N HwWeqrzF60Qv0JIci7b9w [5] Mahkamah ini juga telah memutuskan bahawa plaintif juga berhak 5 kepada faedah sepertimana dituntut dan kos adalah mengikut skala. Penemuan Mahkamah berhubung Isu Liabiliti 10 [6] Dalam memutuskan kes ini, Mahkamah ini telah mengambil maklum akan beban pembuktian di dalam kes sivil adalah atas imbangan kebarangkalian. Di dalam sesuatu kes yang mana pihak plaintif dan defendan, kedua - duanya menghujahkan versi yang berbeza, maka adalah menjadi tugas Mahkamah ini untuk 15 menentukan versi mana yang lebih berkemungkinan sepertimana yang diputuskan dalam kes Tabrani bin Mohd Arsad v Chan Tenn Yeu [1999] 2 AMR 1884 dan Lee Ewe Teik v Ariffin b Hussain [1990] 2 CLJ 191. Dalam konteks ini, mahkamah telah meneliti keterangan saksi-saksi. Plaintif telah memberikan 20 keterangan bahawa kemalangan dengan motokar bernombor NBM 2173 milik Defendan Kedua telah berlaku di titik X seperti di dalam rajah kasar. Kemalangan telah berlaku apabila Defendan Pertama yang memandu motokar NBM2173 dari laluan bertentangan, tanpa sebarang amaran dan isyarat, membelok masuk ke simpang di kiri 25 Plaintif lalu menghalang laluan Plaintif. Walaupun Plaintif cuba mengelak tetapi telah terlanggar motokar Defendan. Selain itu, SP1 juga memaklumkan mahkamah bahawa Defendan Pertama telah disaman di bawah Rule 3(2) (B) LN 166/59 di atas kesalahan S/N HwWeqrzF60Qv0JIci7b9w tiada memberi laluan kepada kenderaan yang berjalan terus 5 sebelum melintasi laluan kenderaan itu. [7] Walaubagaimanapun, di dalam kes ini, pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua langsung tidak dipanggil untuk memberikan keterangan di dalam mahkamah. Defendan Ketiga iaitu wakil 10 syarikat insurans sahaja yang telah dipanggil dan telah memberikan keterangan kepada mahkamah ini. Defendan ketiga hanya memberikan keterangan berkenaan penafian hak mereka dalam melindungi Defendan Pertama dan Kedua. 15 [8] Berdasarkan situasi ini, hanya terdapat satu versi sahaja kemalangan. Mahkamah merujuk kepada kes Seow Gek Soo (M.W) & Anor v Chia Mun Fook & other cases (1989) 2 CLJ di mana mahkamah telah memutuskan bahawa pihak defendan telah 100 peratus cuai apabila menceroboh masuk hak laluan sah 20 plaintif setelah mengambil kira keterangan saksi-saksi, gambar-gambar kemalangan dan rajah kasar serta kunci. [9] Selain itu, berdasarkan keterangan SP2 di mana dia telah menyaman Defendan Pertama di bawah di bawah Rule 3(2) (B) 25 LN 166/59 di atas kesalahan tiada memberi laluan kepada kenderaan yang berjalan terus sebelum melintasi laluan kenderaan itu menunjukkan Defendan Pertama telah cuai dan menyebabkan kemalangan ini berlaku. 30 S/N HwWeqrzF60Qv0JIci7b9w Samada wujud sumbang cuai oleh plaintif 5 [10] Berhubung isu cuai sumbang ini, Mahkamah ini telah merujuk kepada kes Siti Athirah Mohd Sapuan V. Razanatul Ain Hassan & Anor [2015] 6 CLJ 295 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: 10 first defendant should the SCJ proceed to determine 15 [11] Seterusnya Mahkamah ini juga mengambil maklum bahawa di dalam kes Govindaraju & Anor v Laws [1966] MLJ 88 di mana hakim YA Raja Azlan Shah telah memutuskan bahawa 20 agony of the moment cannot be fairly treated as negligence and therefore there was no contributory negligence on the 25 [12] Berpandukan kepada prinsip-prinsip di dalam kes-kes di atas, mahkamah telah meneliti di mana kemalangan telah berlaku apabila Defendan Pertama yang memandu motokar NBM2173 dari laluan bertentangan, tanpa sebarang amaran dan isyarat, membelok masuk ke simpang di kiri Plaintif lalu menghalang 30 S/N HwWeqrzF60Qv0JIci7b9w laluan Plaintif. Walaupun Plaintif cuba mengelak tetapi telah 5 terlanggar motokar Defendan [13] Oleh itu, di dalam kes ini, Mahkamah ini telah bersetuju dengan hujahan plaintif dan berpendapat bahawa defendan pertama adalah bertanggungan sebanyak 100 peratus. Ini kerana berlaku 10 kecuaian di pihak defendan pertama, perlanggaran berlaku di laluan sah plaintif. Isu berkaitan polisi insurans dalam tindakan ini 15 [14] Berhubung isu ini, pihak Defendan ketiga menjelaskan bahawa pihak Plaintif telah gagal untuk membuktikan bahawa Defendan ketiga merupakan penanggung insurans bagi kenderaan motokar NBM 2713 dan bertanggungan untuk membayar apa-apa bagi jumlah penghakiman di dalam tindakan ini. 20 [15] Dalam konteks ini, Mahkamah ini menegaskan bahawa ia bukan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Majistret tetapi ia berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen. Mahkamah ini juga telah merujuk kepada Seksyen 65 (5) 25 Subordinate Courts Act 1948. S/N HwWeqrzF60Qv0JIci7b9w [16] Merujuk kepada kes Allianz General Insurance Company (M) Bhd 5 lwn Paramasivan Kanniappan & Satu lagi [2019] MLHRU 89 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa: [16] Pencelah telah merayu dan Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pencelah. Dalam hal ini, Mahkamah Rayuan telah mengambil kira fakta bahawa jadual kepada polisi insurans 10 mencatatkan tarikh dan waktu polisi sebagai 27 Oktober 2011 dan jam 2.16 petang. Manakala tempoh polisi insurans dicatatkan sebagai bermula dari 27 Oktober 2011 sehingga tengah malam 26 Oktober 20212. Sijil insurans juga mencatatkan tarikh polisi insurans bermula pada 27 Oktober 2011 dan tarikh tamat adalah 15 27 Oktober 2012. Mahkamah Rayuan telah memutuskan walaupun semasa kemalangan berlaku tidak wujud polisi insurans kerana polisi insurans dikeluarkan selepas kemalangan tetapi disebabkan hanya tarikh permulaan perlindungan dinyatakan tanpa menyatakan dengan spesifik masa permulaan maka polisi 20 insurans berkuat kuasa apabila tarikh bermula pada tengah malam dan bukan sewaktu polisi insurans dikeluarkan. Oleh itu diputuskan, berdasarkan terma-terma kontraknya sendiri, polisi insurans berkuat kuasa secara retrospektif iaitu perlindungannya bermula pada tengah malam 27 Oktober 2011 dan dengan itu 25 meliputi kemalangan tersebut berlaku. [20] Berdasarkan prinsip yang diutarakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Hameed Jagubar Syed Ahmad, tarikh polisi insurans mula berkuatkuasa adalah pada tengah malam 19 April 2016 dan 30 S/N HwWeqrzF60Qv0JIci7b9w bukannya pada jam 3.31 petang pada 19 April 2016 yang 5 merupakan tarikh dan waktu Polisi Insurance dikeluarkan. Sehubungan itu, sewaktu kemalangan tersebut berlaku, Motosikal tersebut dilindungi di bawah polisi Insurans tersebut dan dengan itu, Plaintif sebagai penanggung insurans bagi motosikal tersebut bertanggungan terhadap sebarang tuntutan yang berbangkit dari 10 kemalangan tersebut. Sehubungan dengan itu juga, kegagalan defendan pertama untuk bertindak dengan suci hati tidak membebaskaan plaintif dari tanggungannya sebagai penanggung insurans. 15 Kuantum [17] Dalam memutuskan isu kuantum, Mahkamah ini telah menimbangkan prinsip-prinsip undang-undang yang telah mantap. Dalam kes Ku Jia Shiuen (an infant suing through her 20 mother and next friend, Tay Pei Hoon) & Anor v Government of Malaysia & Ors [2013] 4 MLJ 108 telah diputuskan bahawa: punitive; neither a reward. Damages are meant to be a 25 form of compensation that will give the injured party reparation for the wrongful act so far as money can compensate. It is not meant to enrich the injured party. Therefore, the compensation must by fair, reasonable and adequate but not excessive (Yang Salbiah & Anor v 30 S/N HwWeqrzF60Qv0JIci7b9w Jamil bin Harun [1981] 1 MLJ 292) The aim is to put the 5 injured party back as it were, as far as possible to his original position prior to the tortuous act which caused the damage (Shanmugam a/l Gopal v Zinal Abidin bin Nazim & Anor [2003] 3 MLJ 76; Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 MLJ 324 (FC)). 10 [18] Mahkamah ini juga mengambil maklum bahawa Personal Injury Awards Revised set seharusnya dijadikan sebagai panduan (tidak mengikat) di dalam memutuskan jumlah gantirugi yang munasabah dan berpatutan di 15 samping menimbangkan kes-kes yang telah diputuskan terdahulu sebagai perbandingan. Faktor-faktor lain seperti umur, jantina, kadar inflasi dan keadaan kes ini yang tersendiri juga hendaklah dipertimbangkan oleh Mahkamah ini di dalam memutuskan jumlah yang munasabah dan berpatutan serta adil. Di dalam kes ini, 20 Mahkamah ini berpendapat kuantum yang telah diberikan adalah berpatutan, adil dan mengikut trend semasa. A. Gantirugi Am Plaintif 25 [19] Plaintif telah merujuk kepada laporan-laporan perubatan yang berikut:
i
Laporan perubatan oleh Dr. Nabihah binti Abdul Halim dari 5 Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah bertarikh 18.09.2023; [20] Berdasarkan laporan-laporan perubatan tersebut di atas, plaintif 10 secara ringkasnya mengalami kecederaan-kecederaan yang berikut:
a
Deep laceration wound over anterior aspect of right knee;
b
Soft tissue injury right chest;
c
Abrasion wound over right heel
a
Deep laceration wound over anterior aspect of right knee 20 [21] Plaintif menghujahkan bahawa sejumlah RM7,000.00 adalah berpadanan setelah mengambil kira inflasi dan residual serta kesukaran yang dialami oleh plaintif. Sebaliknya defendan menghujahkan sejumlah RM3,000.00 adalah berpadanan. Di dalam kes Wan Darusalam Wan Aziz & Yang lain lwn Mohd 25 Nazir Bakar & Satu Lagi [2016] di mana mahkamah telah membenarkan award sebanyak RM 7,000 bagi kecederaan deep laceration wound over the dorsal aspect of the right foot. Berdasarkan kes ini, Mahkamah ini berpendapat sejumlah RM 7,000.00 yang dibenarkan oleh Mahkamah ini untuk kecederaan 30 S/N HwWeqrzF60Qv0JIci7b9w yang dialami oleh plaintif adalah berpadanan dan munasabah 5 serta mengikut trend semasa.
b
Soft tissue injury right chest [22] Plaintif menghujahkan bahawa sejumlah RM12,000.00 adalah 10 berpadanan setelah mengambil kira inflasi dan residual serta kesukaran yang dialami oleh plaintif pertama. Sebaliknya defendan menghujahkan sejumlah RM2,000.00 adalah berpadanan. Mahkamah ini telah meneliti kes-kes yang dirujuk oleh kedua - dua pihak dan dengan ini, Mahkamah ini berpendapat 15 sejumlah RM5,000.00 yang dibenarkan oleh Mahkamah ini untuk kecederaan yang dialami oleh plaintif adalah berpadanan dan munasabah serta mengikut trend semasa.
c
Abrasion wound over right heel; 20 [23] Defendan tidak menghujahkan sebarang amaun bagi tuntutan plaintif ini. Sebaliknya plaintif telah merujuk kepada kes Maha Ramachandran lwn Harun Mat Sarif [2018] PILRU 6 yang mana Mahkamah di dalam kes ini telah mengawardkan RM3,000 bagi 25 kecederaan abrasion wound over right heel. Oleh itu, plaintif menghujahkan sejumlah RM7,000.00 adalah wajar dibenarkan. Mahkamah ini telah meneliti Compendium 2018 dan mendapati S/N HwWeqrzF60Qv0JIci7b9w telah digariskan bahawa jumlah award yang wajar adalah daripada 5 RM1,300 sehingga ke RM5,000.00. Mengambil kira kecederaan plaintif, Mahkamah ini telah membenarkan sejumlah RM5,000.00 kepada plaintif. B. Gantirugi khas; 10 [24] Berhubung dengan gantirugi khas plaintif-plaintif Mahkamah ini telah membenarkan award sepertimana yang berikut: Gantirugi Khas Plaintif: 15 Item Mahkamah benarkan Laporan JPJ RM10.00 Kos Dokumen Polis Kos Laporan Perubatan dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah-resit no 202342070401R305768 Tuanku Ampuan Najihah - resit no S/N HwWeqrzF60Qv0JIci7b9w 202342070401R305791 Kos perjalanan 5 Kos laporan JPJ dan laporan pakar: [25] Mahkamah ini juga telah membenarkan tuntutan kos laporan JPJ sebanyak RM 10.00, kos dokumen polis sebanyak RM 50.00 dan 10 2 laporan perubatan berjumlah RM80.00 bagi plaintif memandangkan laporan-laporan tersebut sememangnya telah diperolehi dan difailkan dan ada dirujuk di dalam kes ini. Kos perjalanan: 15 [26] Plaintif menghujahkan bahawa plaintif berulang alik ke hospital. Mahkamah ini telah menimbangkan dan membenarkan kos sejumlah RM50.00 diberikan kepada plaintif. 20 Penutup [27] Secara keseluruhannya, Mahkamah ini berpendapat bahawa penemuan Mahkamah ini berkenaan isu liabiliti dan kuantum S/N HwWeqrzF60Qv0JIci7b9w adalah adil, berpadanan dan menurut peruntukan undang - 5 undang yang sah. Bertarikh 28 November 2024 Disediakan oleh: 10 Saiful bin Sayoti Majistret Mahkamah Majistret Kuala Pilah, N.Sembilan 15
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.