Dalam hal ini, beban pembuktian bahawa pemohon bukanlah prohibited immigrant adalah terletak kepada pemohon. [39] Bagi maksud ini, subseksyen 8(4) Akta 155 memperentukkan seperti berikut: “(4) The burden of proof that any person seeking to enter Malaysia is not a prohibited immigrant shall lie upon that person.” [40] Selanjutnya adalah dihujahkan sekiranya sekalipun Perintah Pengusiran tersebut tidak wajar dikeluarkan menurut subseksyen 56(2) Akta 155, dalam keadaan pemohon tidak boleh lagi memasuki Malaysia kerana tiada dokumen yang sah, tiada peruntukan S/N uhvuMNr3UmcQhvcuFxP1g undang-undang khususnya di bawah Akta 155 yang membolehkan pemohon dibenarkan bebas untuk pergi ke mana sahaja di dalam Malaysia tanpa diserahkan kepada pihak imigresen ataupun diusir keluar dari Malaysia. [41] Dalam keadaan ini, tindakan di bawah undang-undang hanyalah mengeluarkan Perintah Pengusiran. Tambahan pula, PLS MM2H pemohon telah dibatalkan menurut seksyen 9(1)(b) Akta 155. [42] Berhubung perintah penahanan, sementara menunggu pengusiran keluar dari Malaysia, pemohon telah ditahan di bawah peruntukkan subseksyen 34(1) Akta 155. Oleh yang demikian, mahkamah ini mendapati penahanan pemohon adalah berlandaskan peruntukkan undang-undang yang sedia ada. Kesimpulan [43] Berdasarkan alasan-alasan yang telah dinyatakan, mahkamah ini mendapati tiada illegality, irrationality atau procedural impropriety yang membolehkan mahkamah ini membenarkan permohonan semakan kehakiman ini. Sehubungan itu, permohonan semakan kehakiman ini ditolak tanpa perintah terhadap kos. Tarikh: 30 Oktober 2023 (SHAHNAZ BINTI SULAIMAN) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Shah Alam S/N uhvuMNr3UmcQhvcuFxP1g Peguam: Bagi Pihak Pemohon: Edwin Navis, Muniandy Tetuan Edwin Navis & Associates Advocates & Solicitors A-3-9, Avenue 8, Jalan 8/1, Seksyen 8, 46050 Petaling Jaya, Selangor. johnson32@yahoo.com +6 03 7962 7052 Bagi Pihak Responden: Noerazlim binti Saidil Kamar Penasihat Undang-Undang, Bahagian Guaman, Tingkat 4, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40512 Shah Alam, Selangor. noerazlim@agc.gov.my S/N uhvuMNr3UmcQhvcuFxP1g