tertuduh menafikan bahawa dadah-dadah sepertimana di P21(1) – P21(11), P22P23(1) – P23(2) berada di hadapannya semasa serbuan pihak polis. [49] Secara amnya, peguam tertuduh menghujahkan bahawa pihak PR telah gagal membuktikan satu kes tanpa keraguan munasabah dengan menegaskan bahawa tertuduh tidak mempunyai milikan eksklusif ke atas dadah-dadah yang dijumpai di dalam bilik tersebut. Tertuduh dikatakan berada di bilik pada malam itu S/N bpWbcx6tL0mAN5gOHBsraA selepas diminta oleh SP1 iaitu majikannya untuk balik ke kedai. Keduanya, peguam turut menghujahkan bahawa bilik tersebut boleh diakses oleh pihak ketiga dan pihak PR dihujahkan sebagai gagal untuk menafikan kemungkinan ini, tambahan pula tiada siasatan forensik ke atas barang kes di jalankan oleh SP5. Analisis mahkamah di akhir kes pembelaan [50] Pertimbangan mahkamah di dalam menilai pembelaan ini pertamanya terarah kepada isu berkaitan pemilikan. Di peringkat pendakwaan, teras kes pendakwaan adalah bilik tersebut hanya didiami oleh tertuduh dan dibuktikan melalui keterangan SP1 yang merupakan majikan tertuduh. Ini disokong oleh saksi-saksi polis yang menjalankan serbuan iaitu SP2 dan SP3. [51] Mahkamah membandingkan keterangan tertuduh dengan saksi-saksi PR terutamanya SP1, SP2 dan SP3, dan mahkamah mendapati bahawa keterangan pihak PR selari dengan keterangan saksi-saksi PR. Ini kerana tertuduh sendiri mengakui telah tinggal di bilik tersebut sejak 6 bulan yang lalu. Tertuduh turut mengakui bahawa hanya tertuduh yang berada di dalam bilik tersebut. [52] Walaupun tertuduh cuba membangkitkan bahawa SP1 yang memintanya datang ke kedai pada malam tersebut, mahkamah bersetuju dengan hujahan Puan TPR bahawa ianya adalah tidak relevan apatah lagi sehingga menjejaskan kes pihak PR. Ini kerana tertuduh sememangnya tinggal di bilik tersebut dan tertuduh akan tetap pulang ke bilik tersebut walaupun tidak diminta oleh SP1. S/N bpWbcx6tL0mAN5gOHBsraA [53] Fakta berkaitan SP1 ada menyuruh tertuduh untuk balik ke kedai pada malam tersebut telah turut disoal kepada SP1 semasa pemeriksaan balas di mana SP1 menyatakan bahawa setuju telah mengarahkan tertuduh periksa barang di stor dan memintanya untuk tengokkan kedai. Bagi mahkamah ini adalah lumrah bagi seseorang majikan untuk memberi arahan sedemikian bagi pekerjanya. [54] Tambahan pula, tertuduh langsung tidak membangkitkan sebarang soalan kepada SP1 secara langsung berkaitan bilik tersebut. Tiada sebarang soalan yang dikemukakan kepada SP1 bagi mengaitkan kehadiran tertuduh di bilik tersebut adalah bukan dengan kerelaannya. [55] Sebaliknya, keterangan SP2 dan SP3 adalah jelas menunjukkan bahawa ketika serbuan, tertuduh sememangnya berada di dalam bilik tersebut dan sedang duduk di tandaan “X” sepertimana di gambar P13(6). Perkara ini selari dengan keterangan tertuduh bahawa hanya tertuduh seorang berada di dalam bilik tersebut. [56] Mahkamah turut mendapati bahawa semasa SP2 memberi keterangan, tiada sebarang cabaran yang dikemukakan oleh peguam tertuduh ke atas fakta bahawa tertuduh sedang duduk di dalam bilik tersebut. Tiada juga cabaran yang dikemukakan bagi mencabar bahawa dadah-dadah yang dijumpai adalah berada di hadapan tertuduh. [57] Jelas apa-yang dikemukakan oleh tertuduh kini adalah merupakan satu ciptaan baru di peringkat pembelaan dan tidak pernah dibangkitkan semasa kes di peringkat pendakwaan. Prinsip S/N bpWbcx6tL0mAN5gOHBsraA undang-undang berkaitan satu pembelaan yang baru dicipta di peringkat pembelaan adalah jelas di mana ia akan ditolak oleh mahkamah. [58] Perkara ini juga tidak pernah berbangkit ketika peguam tertuduh menyoalbalas Pegawai Penyiasat iaitu SP5. Ianya tidak pernah ditimbulkan semasa pemeriksaan balas dan SP5 turut tidak diletakkan bahawa perkara ini telah dimaklumkan kepadanya semasa penyiasatan dijalankan. [59] Mahkamah menegaskan bahawa prinsip undang-undang berkaitan pembelaan pemikiran terkemudian adalah mantap iaitu ia sukar diterima serta dipercayai. Di dalam kes Muhammad Faizal bin Dzulkifli v PP [2017] 2 MLJ 228, Hakim Abang Iskandar HMR (pada ketika itu) telah menyatakan; “[34] So, an afterthought defence is a defence that smacks of a recent invention on the part of an accused person. It is a defence that was never revealed during investigation, nor confronted to the relevant prosecution witnesses during their cross-examination in the prosecution stage. Such being its nature, it is quite incapable, or difficulty of belief. Indeed, it arouses suspicion as to its veracity. But, the fact that it is unbelievable does not relieve the prosecution of its attendant duty throughout the entire case, to prove its case beyond reasonable doubt.” [60] Selanjutnya mahkamah menilai hujahan peguam berkenaan akses pihak ketika dan kononnya pihak PR telah gagal untuk menafikan kemungkinan bilik tersebut diakses oleh pihak ketika. S/N bpWbcx6tL0mAN5gOHBsraA [61] Perhatian mahkamah dirujuk kepada apa yang dinyatakan oleh Hakim Edgar Joseph Jr. HMA di dalam kes Abdullah Zawawi bin Yusof v. PP [1993] 4 CLJ 1; [1993] 3 MLJ 1, bahawa kemungkinan tertuduh akan diperangkap atau dianiaya terutamanya bagi kes-kes di mana polis bertindak berdasarkan maklumat adalah tidak boleh diketepikan. [62] Namun mahkamah mendapati bahawa tertuduh langsung di dalam pembelaannya sama ada di peringkat pendakwaan maupun pembelaan membangkitkan mana-mana pihak yang telah masuk ke dalam bilik tersebut apatah lagi meletakkan dadah-dadah tersebut. Walaupun di dalam kes ini, serbuan oleh pihak polis adalah berdasarkan maklumat yang diterima, namun dadah-dadah di dalam kes ini ditemui berada betul-betul di hadapan tertuduh. [63] Yang jelas dan nyata, tertuduh telah dibuktikan sebagai satu-satunya orang yang tinggal di bilik tersebut dan kedudukan dadah-dadah tersebut adalah sangat hampir dengannya. Cubaan tertuduh kini untuk membangkitkan beberapa kemungkinan yang lain adalah dangkal kerana ia ternyata tidak disokong oleh apa-apa keterangan. [64] Mahkamah tidak teragak-agak bahawa di dalam keadaan ini untuk memutuskan bahawa pihak PR telah membuktikan tanpa sebarang keraguan dadah-dadah tersebut berada di dalam pemilikan eksklusif tertuduh. Di dalam kes Lim Son Heng v. PP [2014] CLJU 414 [2014] 1 LNS 414; [2014] 6 MLJ 109, Mahkamah Rayuan telah membincangkan berkenaan eksklusiviti dan menyatakan; S/N bpWbcx6tL0mAN5gOHBsraA “[13] As regards the argument by learned counsel for the appellant that there was no evidence of exclusivity of possession of the said premises to render the appellant as its occupier, we refer to the elucidation by Taylor J on the concept of possession in the case of Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] 1 MLJ 28 at p 31: The dictionary definition brings the idea of exclusiveness. It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from the enjoyment of the property. [14] With respect, it is incorrect to argue that just because someone else has access to the house, the person occupying the house would lose exclusive possession of all the things inside the house. R v. Woodman [1974] 2 All ER 955 is a case concerning theft of scrap metal from a factory site, where the owners had put up fencing around the site to keep out trespassers….” [65] Keputusan Mahkamah Rayuan ini telah dirujuk oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Mahazir bin Md Salleh v PR [2017] MLJU 1978 yang merumuskan bahawa tertuduh mempunyai milikan eksklusif ke atas rumah di mana dadah ditemui. Mahkamah Rayuan menyatakan; S/N bpWbcx6tL0mAN5gOHBsraA “Kami berpendapat dalih perayu bahawa orang luar boleh mempunyai akses dan berkemungkinan meletakkan dadah berkenaan merupakan satu dalih yang terlopong. Harus dicatatkan perayu tidak pada bila-bila masa di peringkat pendakwaan menyatakan secara spesifik siapakah orang itu dan bilakah orang itu masuk ke dalam rumahnya dan meletakkan kesemua dadah berbahaya tersebut, yang sebegitu besar jumlah dan nilainya, ke dalam laci kabinet dapurnya. Diperhatikan perayu telah gagal mencabar bahawa rumah itu dimiliki secara bersama dengan bekas isterinya, SP2. Tidak dicabar juga bahawa SP2 telah meninggalkan rumah itu sejak tahun 2010. Semenjak 2010 itu, perayu tinggal di rumah tersebut dengan anak sulungnya yang masih kecil (tadika) dan kadangkala ibunya, menziarahi. Menurut SP2 dan juga SP5, kakak perayu, kunci rumah berkenaan dipegang bersama oleh SP2 dan perayu. Pada masa serbuan dibuat, rumah berkenaan dalam keadaan berkunci sehingga perlu dipecahkan masuk oleh SP3. Selain itu ada juga kakak dan sanak saudaranya datang melawat. Namun, tidak seorang pun daripada mereka dikatakan meletakkan atau berkemungkinan meletakkan dadah tersebut. Tidak dinafikan semasa tangkapan dibuat hanya perayu yang berada di rumah. Dalam keadaan demikian, mana mungkin adanya orang lain yang meletakkan dadah tersebut di dalam rumah perayu. Dalih ini, pada pandangan kami lebih merupakan satu serkap jarang. Ini yang membezakan kes ini dengan kes Abdullah Zawawi, Ibrahim Mohamad & Anor v. PP, dan Azizan Yahaya v. PP, supra. Kes-kes tersebut dengan jelas menunjukkan adanya orang lain, yang dinamakan secara S/N bpWbcx6tL0mAN5gOHBsraA spesifik, yang boleh dikatakan berkemungkinan, tetapi tidak dipanggil, meletakkan dadah berkenaan. Yang jelas, perayu ialah penghuni rumah tersebut dan mempunyai kawalan dan penjagaan ke atas apa-apa jua barang di dalam rumah berkenaan. Oleh itu, kami menolak hujahan peguam bela atas isu ini.” [66] Sehubungan dengan itu, mahkamah berpandangan bahawa dadah-dadah tersebut berada di dalam kedudukan yang membolehkan hanya satu inferens bahawa hanya tertuduh sahaja yang boleh berurusan dengannya serta menidakkan orang lain dari berurusan dengannya. Oleh itu, mahkamah merumuskan bahawa dadah tersebut berada di dalam pemilikan eksklusif tertuduh. [67] Ini membawa kepada hujahan peguam tertuduh berkaitan ketiadaan keterangan-keterangan forensik seperti cap jari dan DNA yang dapat mengaitkan tertuduh. Mahkamah berpandangan bahawa ketiadaan keterangan ini tidak sedikit pun mencacatkan kes ini memandangkan keterangan-keterangan yang melimpah bagi membuktikan pemilikan tertuduh ke atas dadah-dadah tersebut. [68] Mahkamah berpegang kepada panduan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Muhd Zulkifli Abd Ghani v. PP [2012] 1 CLJ 293 yang menyatakan; “[10] The Court of Appeal also concluded that the absence of the fingerprint evidence regarding the exhibits found in the van did not affect the prosecution case as there was ample other S/N bpWbcx6tL0mAN5gOHBsraA evidence to show that only the appellant and Eliah were found in the van driven by the appellant at the relevant time and that the appellant was also the owner of the said van. We agree with the Court of Appeal, as there is no statutory provision requiring the prosecution to produce any fingerprint report especially when there is enough other evidence to connect the appellant with the drugs”. [69] Di dalam masa yang sama, mahkamah turut mendapati bahawa tiada kecacatan ke atas keterangan yang diberikan oleh SP2, SP3 dan SP5. Kesemua mereka adalah merupakan anggota dan pegawai polis yang tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk menganiaya tertuduh. Keterangan mereka juga tidak goyah dan secara asasnya keterangan mereka adalah sewajarnya diterima (rujuk; keputusan Thomson CJ di dalam kes PP v Mohamed Ali [1962] MLJ 257). [70] Mahkamah memutuskan bahawa tiada sebarang kepelikan atau kecurigaan di dalam keterangan SP2, SP3 dan SP5. Mahkamah berpegang kepada apa yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Tan Cheng Poh [1979] 1 LNS 82 seperti berikut; “Here I would reiterate that I had, of course without undue emphasis on demeanour alone, after seeing and hearing PW2 in the witness box, found him to be a witness of truth and had accepted his testimony as reliable. I also considered that he was not an interested witness but was only a public officer who was only performing his duties and merely related to the Court S/N bpWbcx6tL0mAN5gOHBsraA what he actually saw and did on that day. His evidence was not contradicted by other evidence nor was he shaken in crossexamination and I also found that there was nothing inherently improbable about his evidence which was given on oath. Even if PW2 was an interested witness there is no legal presumption that he should not be believed unless there are cogent reasons for disbelief in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances (Balasingam v. Public Prosecutor [1959] MLJ 193). There were no such cogent reasons or evidence to the contrary and the surrounding circumstances in this case do not show that PW2 should be disbelieved”. [71] Secara kesimpulannya, mahkamah merumuskan bahawa tertuduh tidak berjaya membangkitkan apa-apa keraguan ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak PR. Tertuduh turut gagal membangkitkan apa-apa penjelasan ke atas penggunaan andaian statutori berkaitan pengedaran yang telah dikenakan oleh mahkamah ke atasnya. Kesimpulan di akhir kes [72] Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan satu kes tanpa keraguan yang munasabah. Mahkamah dengan ini mensabitkan tertuduh ke atas kedua-dua pertuduhan yang dihadapkan kepadanya. S/N bpWbcx6tL0mAN5gOHBsraA Hukuman [73] Semasa mengemukakan hujahan peringanan hukuman, peguam tertuduh telah mengetengahkan beberapa perkara seperti berikut: