Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: WA-23NCVC-18-03/2021 ANTARA SUNNYWARD SDN BHD (NO SYARIKAT: 201801018339 (1280355-X)) …PLAINTIFF
WA-23NCvC-18-03/2021
High Court of Malaysia22 Nov 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“t to be deprived, by unjustifiable means, of what he is entitled." (per Romilly MR in Green v. Nixon [1857] 23 Beav 530 & 535; 53 ER 208). Thus in Waimih Sawmilling Co. Ltd. v. Waione Timber Co. Ltd. [1926] AC 101 & 106 it was said that "if the designed object of a transfer be to cheat a man of a known existing right,”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: WA-23NCVC-18-03/2021 ANTARA SUNNYWARD SDN BHD (NO SYARIKAT: 201801018339 (1280355-X)) …PLAINTIFF
1
FIREROCK PROTECTION (M) SDN BHD
2
MUHAMMAD FADILAH BIN ABD RAHIM
3
DANIEL SHAK YI LIANG
4
AKADEMI MEMANDU KIST SDN BHD
5
NOOR HASLINA BINTI ABDULLAH
6
BAHRI BIN MOHAMAD ZIN
7
NURUL HIDAYAT BINTI MOHD KASIM (NO K/P: 860324-33-5908) …DEFENDAN-DEFENDAN 21/12/2022 11:22:08 WA-23NCvC-18-03/2021 Kand. 72
1
Tuntutan Plaintif adalah berdasarkan satu perjanjian di antara Plaintif dan Defendan Pertama untuk membeli dan menjual sarung tangan berjenama “GloveOn (Paloma)” yang sepatutnya dibeli oleh Defendan Pertama daripada Hartalega Sdn Bhd.
2
Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Keempat sehingga Defendan Ketujuh telah diselesaikan di antara pihak-pihak. Satu Penghakiman Persetujuan telah dimasukkan pada 22-7-2022. Oleh yang demikian Plaintif hanya meneruskan tindakan terhadap Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga.
3
Plaintif menyatakan bahawa ia telah didorong untuk memasuki Perjanjian Jual Beli bertarikh 11-8-2020 dengan Defendan Pertama berdasarkan representasi-representasi oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. Butir-butir representasi tersebut diplidkan oleh Plaintif diperenggan 29 (a) sehingga (h) dalam Penyata Tuntutan.
4
4.
4
Plaintif dan Defendan Pertama telah bersetuju kepada terma-terma berikut: - 1 Defendan Pertama akan membekalkan sarung tangan berjenama GloveOn (Paloma) bagi harga jualan RM 2, 421, 900.00.
4
4.2 Plaintif akan membayar jumlah sebanyak RM1,210,950.00 kepada Defendan Pertama sebagai 50% deposit dan selebihnya akan dibayar selepas mendapat sarung tangan tersebut.
4
4.3 Sarung tangan tersebut akan dibekalkan dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan wang di atas oleh Defendan Pertama.
4
4.4 Sekiranya gagal Defendan Pertama akan memulangkan wang tersebut sepenuhnya dengan pampasan kelewatan pada kadar 3% setahun.
4
4.5. Pihak-pihak juga memeterai satu Perjanjian Tambahan bertarikh 12-8-2020 yang menyatakan: - “4.6 The parties agree and acknowledge that the Seller’s Solicitors (stakeholder) shall have the irrevocable authority to deal with funds received provided such funds are dealt with strictly in accordance with the terms and conditions in the Sales Agreement thereof.
4
4.7 Unless otherwise agreed between the parties in the Sales Agreement, the Parties agree and acknowledge that the Stakeholder shall promptly disburse any funds received from the Buyer in respect of the whole or part of the Total Contract Amount following the terms and conditions of the Sales Agreement in the following manner: - The initial deposit of the contract amount: - (a) upon the stakeholder’s receipt of instructions from the seller; and (b) upon ensuring that the specifications and descriptions as laid out in the Full Corporate Offer and Pro Form invoice from the Seller’s supplier are consistent with the specifications and descriptions of the Goods as specified in Annexure A of the Sales Agreement”.
5
Plaintif telah membayar 50% deposit berjumlah RM 1, 210, 950.00 kepada Defendan Pertama mengikut terma-terma perjanjian tersebut. Namun demikian, Defendan Pertama tidak dapat membekalkan sarung tangan tersebut kepada Plaintif disebabkan alasan yang terkandung di dalam emel bertarikh 30-8-2020. Defendan Pertama telah membayar wang tersebut kepada pembekal, Defendan Keempat mengikut surat Tetuan Chern & Co bertarikh 13-8-2020.
6
Plaintif, melalui emel bertarikh 2-9-2020 dan 3-9-2020 dan surat penamatan bertarikh 3-9-2020, telah menamatkan perjanjian jual beli tersebut dan menuntut agar wang-wang dibayar sepenuhnya kembali kepada pihak Plaintif oleh Defendan Pertama.
7
Defendan Pertama telah bersetuju untuk memulangkan wang tersebut sepertimana yang dinyatakan di dalam email Defendan Ketiga bertarikh 3- 9-2020 yang menyatakan antara lain: - “I would also like to assure you that we’re committed to the refund process, but please allow some time as the distributor will have their own due finance process to complete. We shall come back to you with an update on when the funds will be available.”
8
Defendan Kedua kemudiannya menghantar emel kepada Plaintif bagi pihak Defendan Pertama bertarikh 7-9-2020 yang menyatakan: - “However, we find that it is not feasible for us to return the deposit within 5 days. The money, as we agreed earlier, has been released to our supplier and distributor, and the due financial refund process takes time. At this point of time, we’re giving pressure and following up with the distributors finance team, and expect them to give us an actual payment date by Wednesday…. As a gesture of good faith, we would like to inform you that we are transferring to you an accumulated sum we have with Chern & Co amounting to RM 44, 712.00. while we both await the remaining sum to be refunded by the distributor and supplier.”
9
Defendan Kedua telah menghantar emel seterusnya pada 9-9-2020 dan 7-10-2020 memaklumkan kepada Plaintif bahawa Defendan Pertama masih menunggu bayaran daripada Defendan Keempat. Defendan Keempat adalah merupakan pembekal sarung tangan tersebut yang sepatutnya didapati daripada Hartalega.
10
Defendan Kedua kemudiannya telah menghantar satu emel bertarikh 30-1-2020 untuk memperkenalkan Defendan-defendan lain terutamanya Defendan Kelima dan Defendan Keenam yang merupakan pengarah Defendan Keempat.
11
11.
712
Defendan Pertama telah membayar balik jumlah sebanyak RM 44, 00 kepada Plaintif.
12
Defendan Pertama juga telah mengeluarkan satu surat bertarikh 4-11- 2020 dengan menyatakan: - “As conversed via Zoom meeting on 1-11-2020, we pledged to refund the remaining deposit of RM 1, 166, 238.00 on or before the end of November 2020.”
13
Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tidak membayar wang tertunggak tersebut. Peguamcara Plaintif telah mengeluarkan surat tuntutan kepada Defendan-defendan tersebut pada 11- 11-2020.
14
Defendan Keempat telah membuat bayaran sebanyak RM 40,000.00 kepada Plaintif pada 11-12-2020. Peguamcara Defendan Keempat juga telah menulis surat bertarikh 8-1-2020 kepada Plaintif untuk menjamin bayaran oleh Defendan Keempat.
15
Plaintif menyatakan bahawa Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah menipu Plaintif dan telah berkonspirasi bersama Defendan-defendan lain untuk menipu Plaintif. Butir-butir konspirasi adalah terkandung di dalam perenggan 29 sehingga 30 Penyata Tuntutan Plaintif.
16
Defendan-defendan tersebut menafikan tuntutan Plaintif dan menyatakan: -
16
16.1 Perjanjian tersebut adalah tidak sah kerana ianya tidak dimatikan setem.
16
16.2 Terdapat keadaan yang membolehkan Defendan berdasarkan kekecewaan perjanjian (frustration).
16
16.3 Wang-wang tesebut telah dibayar kepada pembekal, iaitu Defendan Keempat.
16
16.4 Defendan-defendan tidak menandatangani apa-apa perjanjian jaminan atau persetujuan untuk tidak membayar wang-wang tersebut.
16
16.5 Kesemua wang telah dibayar kepada pembekal, Defendan Keempat sepertimana dipersetujui oleh Plaintif. B. Perbicaraan 17. Saksi-saksi berikut telah memberi keterangan pada 13-01-2022 dan 22-07-2022: -
a
Khoo Boon Seng (PW1)
b
Yi-Chien Hsiao (PW2)
c
Ong Chia Ling (PW3)
d
Daniel Shak Yi Liang (DW1)
e
Muhammad Fadilah bin Abd Rahim (DW2) C. Keputusan Mahkamah 18. Setelah mendengar saksi-saksi dan mengambil kira pliding, dokumen-dokumen dan hujahan pihak-pihak, saya mendapati bahawa Plaintif telah membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-defendan bagi (i) kegagalan Defendan Pertama untuk membekalkan sarung tangan tersebut mengikut terma-terma perjanjian dan (ii) penipuan (fraud) sepertimana dituntut di perenggan 29 (a) sehingga (h) Penyata Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-defendan.
19
Saya telah mengambil kira beban pembuktian yang terletak di atas bahu Plaintif untuk membuktikan tuntutan-tuntutanya terutama penipuan (fraud).
20
Ianya adalah penting bagi Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam PJTV Denson (M) Sdn BHd v Roxy (Malaysia) Sdn Bhd [1980] 1 LNS 55. Walaupun kes tersebut merupakan satu kes berkenaan Kanun Tanah Negara, keputusan Azlan Shah CJ (Malaya) adalah amat penting dalam menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan “fraud”: - “Whether fraud exists is a question of fact, to be decided upon the circumstances of each particular case. Decided cases are only illustrative of fraud. Fraud must mean "actual fraud, i.e. dishonesty of some sort" ……"Fraud is the same in all Courts, but such expressions as 'constructive fraud' are...inaccurate." but "'fraud'... implies a wilful act, on the part of one, whereby another is sought to be deprived, by unjustifiable means, of what he is entitled." (per Romilly MR in Green v. Nixon [1857] 23 Beav 530 & 535; 53 ER 208). Thus in Waimih Sawmilling Co. Ltd. v. Waione Timber Co. Ltd. [1926] AC 101 & 106 it was said that "if the designed object of a transfer be to cheat a man of a known existing right, that is fraudulent..."
21
Beban pembuktian berkenaan penipuan (fraud) di dalam satu kes sivil berada di bahu Plaintif sepertimana yang dinyatakan di seksyen 101 Akta Keterangan 1950. Bagaimana ianya dibuktikan telah diterangkan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 7 CLJ 584 di mana Richard Malanjum CJ (Sabah dan Sarawak) menyatakan: - “[49] With respect, we are inclined to agree with learned counsel for the plaintiff that the correct principle to apply is as explained in In re B (Children) (supra). It is this: that at law there are only two standards of proof, namely, beyond reasonable doubt for criminal cases while it is on the balance of probabilities for civil cases. As such even if fraud is the subject in a civil claim the standard of proof is on the balance of probabilities. There is no third standard. And "(N)either the seriousness of the allegation nor the seriousness of the consequences should make any difference to the standard of proof to be applied in determining the facts". [50] Hence, it is therefore up to the presiding judge, after hearing and considering the evidence adduced as being done in any other civil claim to find whether the standard of proof has been attained. "The inherent probabilities are simply something to be taken into account, where relevant, in deciding where the truth lies". The criminal aspect of the allegation of fraud and the standard of proof required thereof should be irrelevant in the deliberation.”
22
Berdasarkan undang-undang dan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas, saya berpendapat bahawa Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga telah melakukan penipuan terhadap pihak Plaintif. Saya berpendapat bahawa, terutamanya Defendan Kedua dan Defendan Ketiga, telah tidak berlaku secara jujur semasa keseluruhan proses perjanjian dan telah membuat representasi-representasi palsu kepada Plaintif.
23
Terma-terma perjanjian jelas menyatakan bahawa sarung tangan yang ditempah akan dikilangkan oleh Hartalega berjenama GloveOn mengikut syarat-syarat perjanjian terutamanya Annexure A. Malahan Defendan-defendan jelas mengetahui bahawa syarat-syarat tersebut perlu dipatuhi dan sarung tangan ini perlu dihantar dalam masa 30 hari selepas deposit dibayar oleh pihak Plaintif.
24
Saya mendapati bahawa Defendan-defendan telah membuat penyataan palsu seperti berikut seperti terkandung dalam mesej aplikasi Whatsapp pihak-pihak: - Defendan Kedua “Yeah true. But this is the slot we get directly to Top Glove and the price too.” “You tell them. We do the real things here. Don’t follow other people who is only the middleman / broker / scammer. We always keep in touch with all manufacturers so we know whats the current situation.” “So now you already know the flow. So we will only sign if you sign first. Cause we can make offer base on what are ready to purchase.” “You should sign upon we already sign. Not dragged it until 3 days. Every offer we can hold for 1 days upon agreement. There’s a lot of people queue to distributor to purchase” “Give me 10 minutes. I talking to distributor now.” “Please sign the all documents now and revert to me” ‘So the deposit must be make within 24 hours right?” “You can make the deposit tonight? I have a local distributor. Have daily stock allocation. Can bring out and stack up to 10,000 boxes. He 100% sure can load up on Monday. Apabila ditanya jumlah stok yang berada di tangan, Defendan Kedua menjawab: - “He actually have 3000 boxes to 5000 boxes daily production stock. But mostly have been taken up from local client. But I request for them to help me do this. Just to solve your problem. So daily they cant take the whole stock. But they will squeeze a bit by bit up to Monday he confirm can enough 10k boxes. I cant guarantee anything for you this. But I can guarantee you that they are reliable and responsible. You can put hope on them.”
25
Ini adalah hanya merupakan sebahagian penyataan-penyataan yang dilakukan oleh Defendan Kedua kepada Defendan Pertama untuk menyakinkan Plaintif untuk memasuki perjanjian dengan Defendan Pertama dan untuk membuat bayaran deposit. Malahan, saya percaya bahawa Defendan Kedua hanya membuat penyataan-penyataan tersebut dan mesej-mesej dalam aplikasi WhatsApp lain untuk meyakinkan Plaintif tanpa apa-apa bukti yang perkara-perkara tersebut adalah benar. Defendan-defendan tidak menunjukkan sebarang bukti semasa perbicaraan bahawa mereka sebenarnya mempunyai (1) stok sarung tangan pada masa tersebut,
2
mereka boleh membekalkan sarung tangan, (3) Hartalega atau mana-mana ejen Hartalega boleh membekalkan kepada mereka dan (4) Defendan Keempat mempunyai sarung tangan atau boleh membekalkan kepada mereka.
26
Saya mendapati bahawa walaupun Defendan Kedua membuat representasi-representasi bahawa sarung tangan tersebut adalah sedia untuk dibekalkan dan mereka mempunyai bekalan secara langsung dari Hartalega atau pembekalnya, mereka tidak mempunyai apa-apa bukti bahawa sarung tangan tersebut boleh diserahkan. Malahan, penyataan-penyataan Defendan Kedua dan keadaan yang sebenarnya menunjukkan bahawa Defendan Pertama dan Defendan kedua tidak mempunyai barang-barang tersebut dan tidak boleh membuat bekalan.
27
Malahan saya berpendapat bahawa pembelaan Defendan Kedua dan keterangan Defendan Kedua hanyalah berdasarkan bahawa beliau dan Defendan Pertama telah mendapatkan bekalan dari Defendan Keempat. Namun demikian, beliau tidak menunjukkan terdapat apa-apa keadaan munasabah bahawa beliau mempunyai apa-apa bukti pada masa kontrak tersebut bahawa Defendan Keempat boleh membekalkan sarung tangan tersebut. Beliau dan Defendan Ketiga juga tidak menunjukkan bukti bahawa mereka sebenarnya boleh membekalkan sarung tangan dalam masa 30 hari tetapi mereka telah mendorong Plaintif untuk memasuki perjanjian tersebut dan membuat bayaran.
28
Saya juga mendapati bahawa Defendan Kedua dan Defendan Pertama sudah tentu mengetahui bahawa sarung tangan tersebut tidak dapat diserahkan oleh Defendan Keempat. Tidak ada apa-apa bukti bahawa Harta Lega telah melantik Defendan Keempat sebagai pembekalnya dan tiada bukti Defendan Keempat mempunyai bekalan sarung tangan getah sepertimana yang dicadangkan oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Malahan perniagaan Defendan Keempat jelas menunjukkan bahawa mereka hanya sebuah syarikat Akademi Memandu dan bukan merupakan syarikat pembekal sarung tangan getah.
29
Saya juga berpendapat bahawa Defendan Kedua dan / atau Defendan Pertama tidak pernah merujuk Defendan Keempat sebagai pembekal kepada Plaintif. Identiti Defendan Keempat hanya diketahui oleh Plaintif selepas perjanjian dibatalkan dan hanya selepas Plaintif meminta bayaran pemulangan deposit sepertimana yang dinyatakan dalam emel 30-10-2020.
30
Berdasarkan fakta-fakta di atas saya menyatakan bahawa Defendan Kedua telah bertindak secara tidak jujur dan tidak mempunyai apa-apa sebab munasabah untuk mempercayai penyataan-penyataan beliau yang memujuk Plaintif untuk memeterai perjanjian dengan Defendan Pertama. Oleh itu, beliau telah menipu pihak Plaintif seperti yang dinyatakan dalam Penyata Tuntutan Plaintif. Tindakan Defendan Kedua akan mengikat Defendan Pertama kerana beliau merupakan Pengarah Urusan Defendan Pertama.
31
Saya merujuk kepada Royal Brunei Airlines v Tan [1995] 2 AC 378 di mana Lord Nicholls menyatakan: - "Before considering this issue further it will be helpful to define the terms being used by looking more closely at what dishonesty means in this context. Whatever may be the position in some criminal or other contexts (see, for instance, R.v Ghosh [1982] 1 QB 1053), in the context of the accessory liability principle acting dishonestly, or with a lack of probity, which is synonymous, means simply not acting as an honest person would in the circumstances. This is an objective standard. At first sight this may seem surprising. Honesty has a connotation of subjectivity, as distinct from the objectivity of negligence. Honesty, indeed, does have a strong subjective element in that it is a description of a type of conduct assessed in the light of what a person actually knew at the time, as distinct from what a reasonable person would have known or appreciated. Further, honesty and its counterpart dishonesty are mostly concerned with advertent conduct, not inadvertent conduct. Carelessness is not dishonesty. Thus for the most part dishonesty is to be equated with conscious impropriety. However, these subjective characteristics of honesty do not mean that individuals are free to set their own standards of honesty in particular circumstances. The standard of what constitutes honest conduct is not subjective. Honesty is not an optional scale, with higher or lower values according to the moral standards of each individual. If a person knowingly appropriates another's property, he will not escape a finding of dishonesty simply because he sees nothing wrong in such behaviour. In most situations there is little difficulty in identifying how an honest person would behave. Honest people do not intentionally deceive others to their detriment. Honest people do not knowingly take others' property. Unless there is a very good and compelling reason, an honest person does not participate in a transaction if he knows it involves a misapplication of trust assets to the detriment of the beneficiaries. Nor does an honest person in such a case deliberately close his eyes and ears, or deliberately not ask questions, lest he learn something, he would rather not know, and then proceed regardless. However, in the situations now under consideration the position is not always so straightforward. This can best be illustrated by considering one particular area: the taking of risks."
32
Saya mendapati bahawa tindak-tanduk Defendan-defendan bukanlah tindakan seorang yang jujur dan sememangnya membuktikan niat untuk menipu Plaintif dari awal. Mereka sebenarnya tidak mempunyai apa-apa bekalan atau paling tidak mempunyai sebarang bukti munasabah yang boleh dipercayai bahawa sarung tangan tersebut boleh diserahkan.
33
Mahkamah ini juga berpendapat bahawa Defendan Ketiga juga terlibat dalam perbincangan ini. Beliau telah hadir semasa perbincangan dengan pihak-pihak dari awal dan telah menyerahkan segalanya kepada Defendan Pertama. Beliau telah gagal untuk memeriksa sama ada tindak tanduk dan representasi Defendan Kedua adalah benar atau munasabah dan telah menutup mata untuk mendapatkan wang deposit daripada Plaintif. Saya merujuk kepada keputusan Ong Chee Kwan J di dalam Tetuan Sulaiman & Taye v. Wong Poh Kun & Anor [2020] 10 CLJ 121 :- "To be knowingly party to the fraud, the person does not have to know every detail of the fraud or how it is to be perpetrated. It is sufficient if he has a 'blind-eye' or 'Nelsonian' knowledge, namely, deliberately shutting his eyes to the obvious that fraud was involved (see: Morris v. Bank of India [2004] 2 BCLC 279). The circumstances in this case support attributing an element of dishonesty on the part of WPK and WPL."
34
Oleh demikian, saya berpendapat bahawa Plaintif telah membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-defendan Pertama, Kedua dan Ketiga berdasarkan imbangan kebarangkalian mengikut otoriti-otoriti yang dirujuk di atas.
35
Saya juga menyatakan bahawa pembelaan-pembelaan Defendan-defendan tidak berjaya dibuktikan oleh mereka. Saya berpendapat bahawa tidak ada apa-apa keadaan yang membolehkan Defendan-defendan bergantung kepada dokrin kekecewaan. Saya merujuk kepada keputusan Ahmad Fairuz Zainol Abidin J di dalam Azhar Harun v Dato’ Muthukumar [2022] 1 CLJ 390 yang menerangkan bagaimana doktrin ini terpakai: - “[79] Frustration of contracts refers to a particular way in which contractual obligations can be discharged. A contract is frustrated where further performance of the contract becomes impossible due to an unforeseen event, or series of events, taking place through no fault of the parties to the agreement. In these circumstances, the parties' contractual obligations are automatically discharged, and subsequently, neither party can demand further performance of the contract by the other party. (Taylor v. Caldwell (1863) 3 B & S 826; 122 ER 309). in short the legal effect of frustration is to excuse further obligations under the entire contract. [80] It cannot be any change in circumstances would result in frustration of a contract. It must be fundamental enough to transmute an obligation which the contract did not contemplate and to which it could not apply. (Parkinson (Sir Lindsay) & Co Ltd v. Commissioner of Works [1949] 2 KB 632). [81] The Federal Court in Ramli Zakaria & Ors v. The Government Of Malaysia [1983] 1 CLJ 73; [1983] CLJ (Rep) 350; [1982] 2 MLJ 262 held: In short it would appear that where after a contract has been entered into there is a change of circumstances but the changed circumstances do not render a fundamental or radical change in the obligation originally undertaken to make the performance of the contract something radically different from that originally undertaken, the contract does not become impossible and it is not discharged by frustration.”
36
Keadaan kes dan bukti-bukti di hadapan saya menunjukkan bahawa Defendan-defendan tidak berhak untuk bergantung kepada doktrin tersebut dan oleh sebab demikian saya menolak pembelaan tersebut.
37
Saya juga menyatakan bahawa pembelaan-pembelaan lain Defendan-defendan juga tidak terpakai dan hanya merupakan penafian kosong semata-mata. Saya bersetuju bahawa Perjanjian tersebut tidak disetem tetapi saya berpendapat bahawa ianya masih boleh terpakai bersyarat Plaintif membayar duti sepertimana dinyatakan di seksyen 52 Akta Setem 1949.
38
Saya juga berpendapat bahawa Defendan-defendan telah terus menipu Plaintif dengan membuat janji-janji manis bahawa wang tersebut boleh dibayar semula dan bahawa Defendan Keempat sehingga Defendan Ketujuh boleh dipercayai untuk memulangkan wang tersebut. Sehingga kini ianya masih tidak dipulangkan secara keseluruhan.
39
Akhir kata, saya juga telah memerhati keterangan pihak-pihak dan saya dapati bahawa keterangan Defendan-defendan tidak boleh dipercayai. Setelah meneliti “body language” dan sikap (demeanour) Defendan-defendan tersebut, saya dapati mereka tidak menyatakan perkara sebenar. Jika dibandingkan di antara keterangan saksi-saksi Plaintif dan saksi-saksi Defendan-defendan, saya percaya bahawa keterangan Plaintif-plaintif adalah konsisten dengan dokumen-dokumen yang relevan pada masa tersebut. Oleh demikian, saya menolak keterangan Defendan-defendan sebagai tidak benar. D. Perintah Mahkamah 40. Berdasarkan perkara di atas, saya membuat perintah seperti berikut: a) Bahawa Defendan-Defendan secara bersama dan/atau berasingan membayar kepada Plaintif jumlah sebanyak RM1,136,238.00; b) Bahawa Defendan-Defendan secara bersama dan/atau berasingan membayar kepada Plaintif pampasan kelewatan (‘delay penalty’) jumlah sebanyak RM72,657.00 yang bersamaan dengan 3% daripada jumlah harga Perjanjian Jual Beli tersebut ; c) Bahawa Defendan-Defendan membayar kepada Plaintif ganti rugi am sebanyak RM 10,000.00; d) Bahawa Defendan-Defendan membayar Plaintif faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah keseluruhan jumlah RM1,208,895.00 dan atau mana-mana jumlah penghakiman yang diberi oleh Mahkamah Yang Mulia yang dikira dari 03/09/2020 sehingga tarikh penyelesaian penuh; e) kos tindakan ini sebanyak RM20,000.00 dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. Bertarikh 22hb November 2022 Dato’ Indera Mohd Arief Emran bin Arifin Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur Kiranjit Kaur bagi pihak Plaintif Tetuan Manjit Singh Sachdev Mohamad Radzi & Partners (Kuala Lumpur) Peguambela dan Peguamcara Daryl Kong dan Goh Sue Ping bagi pihak Defendan Pertama hingga ketiga Tetuan Chern & Co Peguambela dan Peguamcara
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.