PW4 testified : Bila kamu ke tempat itu, kapal masih terbakar atau bagaimana? Semasa saya hadir pada 12 haribulan, keesokan harinya, awal pagi, setelah saya naik feri daripada Kuala Kedah pada pagi 12 haribulan, proses pemadaman masih di lakukan. Ini bermakna, belum sepenuhnya di padamkan. Masih ada kalau peringkat bomba ini, di maklumkan proses overhaul. Dalam proses overhaul untuk memastikan semua sisa-sisa api telah di padamkan. Jadi, selepas api telah di padamkan, boleh tolong terangkan macam mana proses penyiasatan jabatan bomba? Semasa api belum di padamkan pun kami telah memulakan proses siasatan. Di mana kami telah memanggil beberapa saksi untuk di ambil keterangan dan kita juga melihat keadaan semasa proses pemadaman. Selepas proses pemadaman, kita akan menentukan lokasi api itu mula berlaku, ataupun fire origin. Di mana kami telah mendapati fire origin berlaku di bilik enjin feri tersebut. [English translation : Even before the fire was fully extinguished, we had already commenced our investigation process. We called several witnesses to record their statements, and we also observed the situation during the extinguishing process. After the extinguishing process, we determined the location where the fire originated, or the fire origin. We found that the fire originated in the engine room of the ferry.] Saya akan rujuk kepada satu dokumen. My Lord, this is Volume 4 Enclosure 27. Encik Firdaus, dokumen dalam muka sini, adakah dokumen ini di keluarkan oleh Encik Firdaus sendiri? Gambar ini? Ya, saya mengaku dokumen ini telah saya tandatangani untuk LPK1 tersebut. Tolong terangkan kepada kami semua, apa dokumen tersebut? Untuk makluman Yang Arif, dokumen ini adalah LPK1 iaitu laporan mengenai punca kebakaran di mana di sini, terdapat tarikh kejadian dan perihal kemalangan iaitu Star City Express No. 3. Di sini juga kita memaklumkan sumber nyalaan dan juga punca kebakaran. Termasuk juga anggaran bagi harta diselamatkan dan anggaran kerugian. Kesimpulan, punca kebakaran, cause of fire, boleh tolong terangkan macam mana kamu mendapati kesimpulan itu? Untuk makluman Yang Arif, pasukan kami yang di ketuai oleh saya telah bersependapat untuk mengatakan punca kebakaran ini adalah di sebabkan kemalangan. Itu di mana sumber nyalaan adalah di sebabkan oleh aktiviti kimpalan pada bahagian enjin room feri tersebut. [English translation : For your information, My Lord, our team, led by myself, unanimously concluded that the cause of the fire was due to an accident. The ignition source was welding activities carried out in the engine room of the ferry.] Kemalangan itu, dalam English boleh kata accident? Yes, accident. Dalam kes ini, adakah apa-apa kesimpulan dan penyiasatan kamu, ini adalah kes jenayah atau arson? Untuk makluman Yang Arif, punca untuk bomba terdapat tiga. Yang pertama kemalangan, yang kedua adalah sengaja di bakar, dan yang ketiga adalah semua jadi. Kalau sekiranya untuk arson, kami akan nyatakan sebagai sengaja di bakar dan kita akan berhubung dengan pihak PDRM untuk siasatan selanjutnya untuk sama ada arson ataupun tidak. [English translation : For your information, My Lord, from the Fire accident; second, deliberately set fire; and third, natural causes. If it were the Royal Malaysia Police (PDRM) for further investigation to determine whether it was arson or otherwise.]