a
(a) perbuatan Perayu membawa dadah yang dipertuduhkan di dalam boot kereta dalam keadaan tersorok;
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/730a30af-3c2d-41ac-bde0-cdafeb7deb06
Court of Appeal of Malaysia30 Aug 2018B-05(M)-189-05/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rosecutor [2009] 3 MLJ 151; [2009] 3 CLJ 236). Failure to do so will render the defence being labelled as one of a recent invention or an afterthought (see Megat Halim Megat Omar v Public Prosecutor [2008] MLJU 647; [2009] 1 CLJ 154).” Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 16 Pihak pembelaan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANG KUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-189-05/2017 ANTARA SUPPIAH A/L YENKOBAL SAMI … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No. 45A-120-10/2015 Antara Pendakwa Raya Lawan Suppiah a/l Yenkobal Sami] KORAM: MOHTARUDIN BAKI, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR ABDUL KARIM ABDUL JALIL, HMR Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 2 PENGHAKIMAN MAHKAMAH Latarbelakang [1] Perayu, Suppiah a/l Yenkobal Sami, telah dituduh dan dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam (‘hakim bicara’) dengan satu pertuduhan memperedarkan dadah berbahaya di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, 1952 (‘Akta’) yang membawa hukuman mati mandatori di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. [2] Butir-butir pertuduhan terhadap Perayu adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 4 Mei 2015, jam lebih kurang 3.30 petang, bertempat di tepi Jalan Besar Klang-Banting, 42500 Teluk Panglima Garang, di dalam Daerah Kuala Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah mengedar dadah berbahaya seberat 4,858 gram Cannabis, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [3] Di akhir perbicaraan, hakim bicara telah mensabitkan Perayu dengan pertuduhan dan telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Perayu. Terkilan dengan sabitan dan hukuman mati tersebut, Perayu telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah ini. [4] Kami telah mendengar dan mempertimbangkan rayuan Perayu pada 30.8.2018, dan dengan sebulat suara kami telah menolak rayuan Perayu sebagai tidak bermerit. Kini kami memberikan alasan-alasan menolak rayuan Perayu. Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 3 Kes pendakwaan [5] Kes pendakwaan secara ringkasnya adalah seperti berikut. Pada 4 Mei 2015, jam lebih kurang 3.00 petang, Inspektor Mohd Zaini bin Ramli (SP4) telah membuat pemeriksaan terhadap sebuah kereta Honda Accord berwarna biru dengan nombor pendaftaran BEN 7779 (‘kereta tersebut’) yang ketika itu berada dalam keadaan berhenti di tepi Jalan Besar Klang-Banting, Telok Panglima Garang dengan injinnya masih hidup. SP4 mendapati hanya Perayu berada seorang diri di dalam kereta tersebut sedang duduk di tempat pemandu. [6] SP4 telah menjalankan pemeriksaan terhadap fizikal Perayu tetapi tidak menjumpai sebarang barang salah. SP4 telah bertanya kepada Perayu adakah dia menyimpan apa-apa barang salah. Ekoran itu, Perayu telah membawa SP4 ke bahagian boot belakang kereta tersebut. Dengan menggunakan anak kunci yang dirampas daripada Perayu, SP4 telah membuka boot belakang kereta tersebut. Perayu kemudian telah mengambil sebuah bungkusan plastik berwarna hitam bersimpul (P8A) dan menyerahkannya kepada SP4. [7] SP4 telah membuka bungkusan plastik berwarna hitam itu dan mendapati di dalamnya terdapat dua (2) lagi bungkusan plastik berwarna hitam. SP4 telah memeriksa kedua-dua bungkusan plastik berwarna hitam itu dan mendapati di dalam bungkusan pertama terdapat tiga (3) ketulan mampat daun-daun kering disyaki ganja. Di dalam bungkusan plastik yang kedua, SP4 menemui dua (2) lagi ketulan mampat daun-daun kering juga disyaki ganja. Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 4 [8] Perayu terus ditangkap dan dibawa balik ke balai polis bersama-sama dengan barang kes yang disyaki ganja. Barang kes disyaki ganja dan juga Perayu telah diserahkan oleh SP4 kepada pegawai penyiasat, ASP S. Vekram a/l S. Sinnaiah (SP7). [9] Pada 6.5.2015, SP7 telah menghantar 5 ketulan mampat daun-daun kering disyaki ganja ke Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya untuk dianalisis. Ahli Kimia, Dr. Saravana Kumar a/l Jayaram (SP1) telah mengesahkan selepas menjalankan analisis bahawa 5 ketulan mampat daun-daun kering tersebut mengandungi dadah jenis Cannabis dengan jumlah berat 4,858 gram, hal perkara dalam pertuduhan. SP1 juga mengesahkan bahawa Cannabis seperti ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta. Laporan kimia yang disediakan oleh SP1 ditandakan sebagai P7 seperti di muka surat 17 - 18, Rekod Rayuan Jilid 3. Dapatan hakim bicara di akhir kes pendakwaan [10] Setelah membuat pertimbangan secara maksimum keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan, hakim bicara memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Perayu. Hakim bicara telah berpuas hati bahawa semua elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan terhadap Perayu oleh pihak pendakwaan. [11] Hakim bicara telah menerima keterangan saksi SP1 mengenai analisis yang telah beliau jalankan sebelum mencapai keputusan 5 ketulan mampat daun-daun kering yang diterima daripada SP7 ialah Cannabis dengan jumlah berat 4,858 gram seperti dinyatakan dalam pertuduhan. Aspek kepakaran dan analisis yang telah dijalankan oleh SP1 langsung Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 5 tidak dipertikaikan oleh pihak pembelaan. Hakim bicara juga turut membuat dapatan bahawa tiada sebarang keraguan terhadap identiti barang kes dan bahawa rantaian keterangan terhadap barang kes juga tidak terputus. [12] Dapatan hakim bicara terhadap elemen milikan dan pengetahuan dapat dilihat dalam penghakimannya di muka surat 13 – 15, Rekod Rayuan Jilid 1, seperti berikut: “Melalui keterangan yang disampaikan oleh saksi-saksi khususnya oleh SP4, fakta jelas menunjukkan bahawa Tertuduh sememangnya mempunyai kawalan dan jagaan terhadap barang kes dadah yang dijumpai berda di dalam beg plastik hitam tersebut. Terdapat lambakan keterangan (overwhelming evidence) bagi menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah yang dijumpai itu. Ini dapat dilihat melalui keterangan berikut: a. SP4 melihat Tertuduh berada berseorangan di dalam kereta BEN 7779. b. SP4 dibawa oleh Tertuduh menuju ke bonet kereta tersebut dan SP4 membuka bonet kereta dengan menggunakan kunci yang dirampas dari Tertuduh. c. Tertuduh sendiri yang mengambil bungkusan plastik hitam yang mengandungi dadah jenis Cannabis dan bungkusan itu diserahkan kepada SP4. d. Bungkusan plastik hitam itu dilindungi oleh kotak seperti mana terdapat dalam gambar di Eksibit P11(5) dan (6). Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 6 e. Terdapat keterangan daripada pemilik kereta (SP3) yang menyatakan bahawa kereta itu disewa oleh Tertuduh selama 3 hari mulai 03/05/15 dengan bayaran RM300 sehari. Ini menunjukkan kereta tersebut di bawah kawalan dan seliaan Tertuduh sehinggalah beliau ditangkap pada 04/05/15. f. Keterangan pegawai penyiasat iaitu di sepanjang penyiasatan beliau, hanya Tertuduh sahaja yang menggunakan kereta itu pada hari kejadian. Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut adalah jelas bahawa Tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah-dadah yang dirampas tersebut. Dadah-dadah tersebut disimpan di dalam plastik hitam yang bersimpul yang diletakkan di bonet belakang kenderaan BEN 7779 yang di dalam kawalan Tertuduh. Di dalam kes PP v. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 FC, diputuskan: “It is clear that what is important in the elements to constitute possession is that once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession.” Selain itu cara bagaimana dadah disembunyikan menunjukkan inferens bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan dadah-dadah yang dijumpai tersebut di mana dadah tersebut disimpan di dalam bungkusan plastik hitam yang disembunyikan di sebalik kotak di dalam bonet kereta tersebut. Tertuduh terpaksa mengalihkan kotak tersebut sebelum dapat mengambil bungkusan dadah itu. Di dalam kes Pendakwaraya lawan Sarumathi Rengasamy [2013] 1 LNS 945, kes Mahkamah Persekutuan PP lwn Abdul Rahman Akif Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 7 [2007] 4 CLJ 337, telah dirujuk yang mana Mahkamah memutuskan bahawa: “Therefore, the presence of the 3 packages in the car without a plausible explanation from the respondent could give rise to a strong inference that he had knowledge that the packages contained drug or things of similar nature…We further agree with the prosecution that the fact that the drug was found wrapped in newspaper is no ground for saying that an inference could not be drawn against the respondent that he had requisite knowledge.” Saya memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan Tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah tersebut di mana Tertuduh telah memberikan kerjasama kepada SP4 semasa beliau ditangkap.” [13] Untuk elemen pengedaran, hakim bicara telah menggunakan keterangan langsung di bawah seksyen 2 Akta mengenai tafsiran pengedaran. Keterangan yang dilandaskan oleh hakim bicara dalam membuat keputusan bahawa elemen pengedaran telah berjaya dibuktikan dinyatakan dalam penghakimannya. Keterangan tersebut termasuklah:
a
(a) perbuatan Perayu membawa dadah yang dipertuduhkan di dalam boot kereta dalam keadaan tersorok;
b
(b) perbuatan Perayu mengangkut dadah tersebut dari satu tempat ke tempat di mana Perayu telah ditangkap;
c
(c) perbuatan Perayu menyimpan dadah tersebut di dalam boot belakang kereta tersebut; dan
d
(d) jumlah berat dadah terlibat dalam jumlah yang besar iaitu 4,858 gram bukan untuk kegunaan Perayu sendiri selain hanya untuk Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 8 diperedarkan (Ong Ah Chuan v. PP [1981] 1 MLJ 64 dan Mohamad Yazri Minhat v. PP [2003] 2 CLJ 65). [14] Setelah berpuas hati semua elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan, hakim bicara telah memerintahkan Perayu untuk membela diri atas pertuduhan. Kami bersetuju dengan dapatan dan keputusan hakim bicara tersebut berdasarkan keterangan yang terdapat dalam rekod rayuan. Pembelaan Perayu [15] Perayu telah memilih untuk memberikan keterangan membela diri secara bersumpah dari kandang saksi. Hanya Perayu seorang memberi keterangan sebagai saksi kes pembelaan. [16] Dalam keterangan pembelaannya, Perayu menyatakan seperti berikut:
a
(a) pada hari kejadian, jam lebih kurang 3.00 petang dia berada bersama dengan 3 orang anaknya di sebuah kedai perabot untuk membeli sebuah meja kopi. Perayu telah mengemukakan bukti resit pembelian (IDD 19). Sebaik selepas meja kopi tersebut dimasukkan ke dalam kereta tersebut, dia telah ditahan oleh pihak polis;
b
(b) Perayu menyatakan dia tidak tahu menahu tentang dadah berada di dalam boot kereta tersebut. Dia tidak tahu isi kandungan plastik hitam yang berada di dalam boot kereta tersebut yang dia sewa. Dia tidak pernah membuka boot kereta tersebut sebelum hari itu; Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 9
c
(c) Perayu menyatakan sepanjang menyewa kereta tersebut dia hanya meletakkan kereta tersebut di luar kawasan rumahnya; dan
d
(d) Perayu juga menyatakan dadah yang dirampas oleh pihak polis tidak pernah ditunjukkan kepadanya semasa di tempat kejadian. Dadah tersebut hanya ditunjukkan kepadanya ketika berada di balai polis. [17] Setelah membuat penelitian dan pertimbangan secara keseluruhan keterangan di akhir kes pembelaan, hakim bicara membuat dapatan bahawa pembelaan Perayu telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes prima facie pihak pendakwaan. Hakim bicara juga turut memutuskan bahawa pembelaan Perayu hanyalah bersifat penafian kosong semata-mata, satu pemikiran terkemudian dan selebihnya hanya satu rekaan terbaru. Pembelaan sedemikian gagal untuk menyangkal kes pendakwaan sekaligus gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan (Norman Bin Ismail v. PP [2014] 2 MLJ 319; PP v. Ling Tee Huah [1980] 1 LNS 212; M. Losali v. PP [2011] 4 MLJ 694 dan PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 5 MLJ 1). [18] Sebaliknya, hakim bicara telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap Perayu melampaui sebarang keraguan yang munasabah. Perayu telah didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. Perayu telah dijatuhi dengan hukuman mati. Justeru, rayuan Perayu di hadapan kami. Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 10 Rayuan Perayu [19] Di hadapan kami, peguam bela Perayu telah menghujahkan tiga alasan rayuan seperti berikut:
a
(a) kegagalan hakim bicara untuk membuat pertimbangan maksimum keseluruhan keterangan sehingga menimbulkan prejudis terhadap Perayu;
b
(b) kegagalan hakim bicara untuk mempertimbangkan percanggahan ketara yang timbul dalam keterangan SP4, saksi utama pihak pendakwaan; dan
c
(c) kekhilafan hakim bicara apabila telah menggunakan beban pembuktian yang salah terhadap Perayu. Dapatan dan keputusan kami [20] Mengenai alasan rayuan (a) dan (b), bantahan peguam bela adalah terhadap masa sebenar tangkapan. Menurut SP4, Perayu diperiksa dan ditangkap pada jam 3.00 petang sebaik plastik hitam (P8A) berisi dadah dijumpai di dalam boot belakang kereta tersebut. Namun pertuduhan menyatakan waktu jam 3.30 petang. Kami tidak bersetuju dengan hujahan peguam bela bahawa ini telah menimbulkan satu percanggahan yang ketara. Perbezaan dari segi waktu ini dinyatakan oleh SP4 sebagai lebih kurang sahaja, bukan waktu yang tepat. Perayu ditahan ketika dilihat berada seorang diri di tempat duduk pemandu kereta tersebut. Terdapat prosedur memperkenalkan diri, soal tanya dan seterusnya pemeriksaan terhadap fizikal Perayu sebelum akhirnya membawa kepada penemuan dadah yang dipertuduhkan dalam keadaan tersorok di dalam boot belakang kereta tersebut. Kami mendapati isu perbezaan masa yang Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 11 dihujahkan oleh peguam bela tidak material dan tidak melumpuhkan kes pihak pendakwaan. [21] Begitu juga tentang isu di mana tempat sebenar Perayu telah ditahan dan diperiksa. Peguam bela menghujahkan keterangan SP4 tentang tempat tersebut telah dicabar dan hakim bicara didakwa telah gagal mempertimbangkan perkara ini. Pihak pembelaan telah mengemukakan rakaman percakapan Perayu (D25) pada peringkat kes pembelaan. Dalam D25 di muka surat 52, Rekod Rayuan Jilid 3, Perayu mengakui bahawa dia bersama kereta tersebut berada di tepi Jalan Besar Klang-Banting. Apa yang berbeza dalam percakapan Perayu adalah bahawa pada masa ditahan oleh SP4, dia sedang berdiri di luar kereta di tepi jalan sedang menghisap rokok dan bukannya berada di tempat duduk pemandu. Cabaran ini tidak menggugat keseluruhan sama sekali kes pendakwaan. Perayu tidak menafikan bahawa dia yang memandu kereta tersebut ke tempat kejadian. [22] Peguam bela turut membangkitkan beberapa fakta lain dalam keterangan SP4 yang telah dicabar tetapi telah gagal disentuh oleh hakim bicara dalam penghakimannya. Perkara tersebut termasuklah fakta mengenai meja kopi, resit belian IDD 19, soal tanya antara SP4 dengan Perayu dan Perayu mengambil P8A yang berisi dadah dan menyerahkannya kepada SP4. Semua cabaran tersebut menyentuh tentang dapatan fakta dan kredibiliti saksi-saksi oleh hakim bicara. [23] Mengenai meja kopi, SP4 semasa pemeriksaan balas telah dicadangkan bahawa Perayu telah membeli satu kerusi (muka surat 20, Rekod Rayuan Jilid 2). SP4 telah tidak bersetuju dan tidak ada menemui Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 12 satu kerusi di dalam kereta tersebut. Perayu dalam keterangan lisannya dan dalam D25 menyatakan bahawa dia telah membeli sebuah meja kopi. Peguam bela tidak wajar menghujahkan bahawa SP4 telah tidak berkata benar dalam perkara ini. Peguam bela juga tidak wajar mempersalahkan hakim bicara apabila menandakan resit beliau sebagai IDD 19 sedangkan undang-undang mantap menghendaki pembuat IDD 19 tersebut dipanggil sebagai saksi dan ini telah gagal dilakukan. [24] Mengenai soal tanya antara SP4 dengan Perayu, kami mendapati hakim bicara tidak langsung bergantung pada jawapan Perayu dalam mensabitkan Perayu dalam kes ini. Mengenai fakta bahawa Perayu yang telah mengambil beg P8A dan menyerahkannya kepada SP4, hakim bicara telah bergantung pada keterangan SP4 berikut di muka surat 19 - 21, Rekod Rayuan Jilid 2 semasa pemeriksaan balas: “Q: Kamu terima maklumat dalam kes ini, betul? Betul. Bila you terima? Saya terima maklumat ini sehari sebelum tangkapan dibuat. ….…. Lepas taklimat kamu buat apa? Saya terus menghala ke Telok Panglima Garang menaiki kereta. Terus jumpa kereta itu? Ya, terus jumpa kereta itu. Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 13 Arahan saya, kereta BEN 7779 itu tidak berada di jalan besar Banting-Telok Panglima Garang yang kamu sebut itu, setuju atau tidak setuju? Tidak setuju. Arahan saya juga, OKT ditangkap dekat kereta semasa beliau balik dari kedai tersebut membawa satu kerusi yang dibeli? Tidak setuju. Arahan saya juga, tertuduh tidak membawa kamu ke bahagian bonet belakang kereta membuka dan ambil bungkusan yang kamu katakan dan serah kepada kamu? Tidak setuju. Arahan saya, saya cadangkan kepada kamu, kamu sendiri yang membuka bonet dan kamu yang ambil benda itu? Saya buka bonet tapi bungkusan plastik diambil oleh OKT sendiri. Arahan saya, kamu tidak bercakap benar? Tidak. Kamu buka bonet dengan apa? Saya buka bonet dengan kunci kereta yang dirampas. You ada nampak kunci P18 ini? Ya. Ini kunci dia? Ya. ….… Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 14 Saya cadangkan kamu tidak tanya sebarang soalan? Saya ada tanya soalan kepada OKT. Saya katakan tertuduh tidak beritahu apa-apa kepada kamu, kerana dia tidak tahu ada barang salah dalam bonet? Tertuduh hanya berdiam diri dan tidak kata apa-apa. Saya katakan dia tidak berkata apa-apa sebab dia tidak tahu, sebab ini bukan kereta dia? (tiada jawapan) Saya ulang sekali, tertuduh tidak ambil bungkusan plastik hitam yang kamu kata dan serah kepada kamu? Tidak setuju.” [25] Kami tidak bersetuju dengan hujahan peguam bela yang mendakwa hakim bicara telah gagal untuk mempertimbangkan isu-isu yang ditimbulkan di perenggan (a) dan (b) alasan rayuan Perayu. Kami mendapati tidak ada sebarang percanggahan dalam keterangan SP4 berkaitan penemuan beg P8A di dalam boot belakang kereta tersebut. Boot telah dibuka oleh SP4 dan Perayu yang telah mengambil keluar P8A sebelum menyerahkannya kepada SP4. Beg P8A tersebut berada dalam keadaan tersorok di belakang lain-lain barangan yang terdapat di dalam boot kereta tersebut seperti ditunjukkan dalam gambar P11 (gambar 5, 6 dan 9) di muka surat 22 - 26, Rekod Rayuan Jilid 3. [26] Perkara-perkara yang ditimbulkan dalam hujahan dan bantahan peguam bela telah dinilai dan dijawab oleh hakim bicara dalam Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 15 penghakimannya. Kami petik penghakiman hakim bicara di muka surat 22 - 25, Rekod Rayuan Jilid 1, seperti berikut: “Setelah meneliti dan menilai akan keterangan yang telah disampaikan oleh Tertuduh, Mahkamah memutuskan yang versi Tertuduh ini melalui keterangan Pembelaannya telah gagal untuk menimbulkan suatu keraguan yang munasabah. Keterangan Pembelaan oleh Tertuduh adalah sesuatu yang sangat lemah dan sukar untuk diterima. Pembelaan Tertuduh bukan sahaja telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan, malah selepas menilai keterangan secara keseluruhannya, didapati versi Pembelaan oleh Tertuduh adalah lebih bersifat rekaan penafian kosong (“bare denial”) dan juga berbentuk “afterthought” semata-mata. Meneliti kepada pembelaan tertuduh, didapati bahawa versi Pembelaannya hanya timbul setelah pembelaan dipanggil dan ketika Tertuduh memberi keterangan. Di dalam erti kata yang lain, bentuk Pembelaannya tidak diutarakan kepada saksi-saksi Pendakwaan semasa saksi-saksi tersebut memberikan keterangan. Membangkitkannya di peringkat Pembelaan, ia jelas merupakan sesuatu yang diklarifikasikan sebagai ‘afterthought’. Di dalam kes Norman Bin Ismail v. Public Prosecutor [2014] 2 MLJ 319 Mahkamah Rayuan menyatakan: “[16] Although there is no burden on the appellant to prove his innocence, it is trite that the appellant ought to put his line of defence during the prosecution’s case (see Wong Swee Chin v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 212; Tan Kim Ho & Anor v Public Prosecutor [2009] 3 MLJ 151; [2009] 3 CLJ 236). Failure to do so will render the defence being labelled as one of a recent invention or an afterthought (see Megat Halim Megat Omar v Public Prosecutor [2008] MLJU 647; [2009] 1 CLJ 154).” Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 16 Pihak pembelaan sepatutnya membincangkan asas pembelaan sejak awal lagi (semasa kes pendakwaan) dan bukannya semasa Tertuduh membela diri di mana pembelaan dilihat cuba memperbaiki kes mereka. Maka kegagalan pihak pembelaan menyoal balas tentang perkara ini terhadap saksi-saksi Pendakwaan menunjukkan bahawa mereka telah menerima keterangan-keterangan saksi pendakwaan. Ini adalah jelas satu perkara yang bersifat “after thought” yang tidak boleh diterima oleh Mahkamah. Pembelaan yang berpaksikan kepada ‘afterthought’, bukan merupakan suatu Pembelaan yang baik dari segi undang-undang. Melalui keterangan Tertuduh didapati isu-isu berikut hanya ditimbulkan semasa Tertuduh memberi keterangan:
section
1. Polis hanya tunjuk barang kes di balai dan bukan di tempat kejadian.
section
2. Tertuduh tidak pernah membuka bonet kereta sejak ia disewa dari SP3.
section
3. Pada hari kejadian, jam 2 petang Tertuduh ada temujanji dengan doktor.
section
4. Barang yang dibeli iaitu meja kopi ada di dalam bonet kereta. Perkara-perkara ini tidak ditimbulkan langsung atau dicadangkan kepada mana-mana saksi pendakwaan sewaktu kes pendakwaan berlangsung. Oleh itu, adalah jelas keterangan pembelaan tertuduh ini adalah sesuatu baru direka (recent invention). Saya juga memutuskan bahawa keterangan pembelaan ini adalah jelas merupakan penafian belaka. Pembelaan berbentuk sebegini bukanlah merupakan pembelaan yang baik dari segi undang-undang (Rujuk kes M. Losali v. PP [2011] 4 MLJ 694). Di dalam kes DA Duncan v. PP [1980] 1 LNS 12, diputuskan bahawa pembelaan secara penafian semata-mata wajar ditolak. Pembelaan secara penafian tidak mencukupi untuk Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 17 menimbulkan keraguan yang munasabah di dalam kes pendakwaan. Prinsip yang sama dinyatakan di dalam kes PP v. Ling Tee Huah [1980] 1 LNS 212 yang mana diputuskan: “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s case evidence is not sufficient”. Tertuduh sememangnya tahu dan menyedari akan isi kandungan bungkusan plastik hitam yang dijumpai di dalam bonet kereta yang beliau pandu dan Tertuduh membawanya untuk tujuan pengedaran. Terdapat lambakan keterangan berkenaan perkara ini. Oleh itu, keterangan pembelaan Tertuduh adalah tidak munasabah dan hanya berpaksikan kepada penafian semata-mata. (Rujuk PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 5 MLJ 1).” [27] Alasan rayuan terakhir ditimbulkan oleh peguam bela di perenggan
c
(c) bahawa hakim bicara telah terkhilaf apabila mengguna pakai beban pembuktian yang salah terhadap Perayu. Peguam bela telah merujuk kepada penghakiman hakim bicara di muka surat 26, Rekod Rayuan Jilid 1 terhadap petikan berikut: “…. di peringkat akhir kes pembelaan ini telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes Pihak Pendakwaan. Tiada keterangan berjaya dikemukakan bagi menyangkal kesahihan keterangan pihak pendakwaan bagi tujuan menimbulkan keraguan yang munasabah. Sehingga ke akhir kes pembelaan ini, jelas bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka melampaui keraguan yang munasabah terhadap Tertuduh….” [28] Kami mendapati tiada merit dalam bantahan peguam bela terhadap alasan rayuan ini. Kami mendapati hakim bicara tidak terkhilaf dalam pemakaian beban pembuktian di akhir pembelaan. Beban pembelaan hanyalah untuk mengemukakan keterangan (evidential burden) untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 18 pendakwaan. Hakim bicara tidak langsung menggunakan anggapan statutori pada peringkat kes pendakwaan, oleh itu tidak timbul beban pada tahap lebih tinggi atas imbangan kebarangkalian atau meletakkan ‘legal burden’ kepada Perayu. Walaupun menggunakan tahap yang paling rendah, menimbulkan keraguan yang munasabah, hakim bicara mendapati Perayu telah gagal melepasinya. Alasan rayuan ketiga ini juga kami mendapati tidak mempunyai sebarang merit. Kesimpulan [29] Berdasarkan alasan-alasan yang kami sebutkan di atas, kami dengan sebulat suara mendapati tiada merit dalam rayuan Perayu. Sabitan adalah selamat dan disokong oleh keterangan yang kukuh dan mencukupi. Oleh itu, rayuan Perayu ditolak. Sabitan dan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi disahkan dan dikekalkan. Bertarikh: 22 April 2019 t.t. (KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Rayuan Jenayah No: B-05(M)-189-05/2017 19 Peguam cara Bagi Pihak Perayu: Afifuddin Ahmad Hafifi T/n Salehuddin Saidin & Associates Wisma Salehuddin No. 14, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A/9A Seksyen 9 40000 Shah Alam Selangor Bagi Pihak Responden: Mohd Taufik bin Mohd Yusoff Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.