Lampiran
Lampiran 10. Maka, tuntutan plaintif dibenarkan dan tuntutan balas defendan ditolak dengan kos. LATAR BELAKANG [2] Plaintif adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 dan berperanan dalam menyelia dan mengawal selia perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg dan Labuan dan untuk menguatkuasakan undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan dan perkara-perkara yang berkaitan. [3] Defendan adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia, merupakan pemaju bagi sebuah projek yang dikenali sebagai “Cadangan Pembangunan Bercampur yang Terdiri Daripada:- Parcel A yang Mengandungi: 1 Blok Pangsapuri Servis A (32 Tingkat, 298 Unit), 1 Blok Pangsapuri Servis B (33 Tingkat, 357 Unit), 1 Blok Pangsapuri Servis C (35 H0272101 Tingkat, 320 Unit) Bersama Kemudahan di atas 8 Tingkat Podium Tempat Letak Kereta di atas Lot 3972 dan Lot 4189, Taman Wahyu, Jalan Ipoh, Mukim Batu, Daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, untuk Tetuan Eco Sky Development Sdn Bhd” (“Projek”). [4] Oleh kerana Projek Defendan melibatkan pembinaan bangunan yang dijual atau ditujukan untuk dijual yang akan disambung ke pembentungan awam, ia adalah termaktub di bawah Seksyen 172(2) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bahawa pemaju hendaklah membuat sumbangan kepada Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (“Sumbangan KWSMP”) pada kadar 1% daripada harga jualan setiap unit dalam Projek tersebut seperti yang telah ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (KWSMP) ) 2011. [5] Menurut Peraturan 2011 tersebut, harga jualan adalah: (a) Unit yang telah dijual - harga yang dinyatakan di dalam perjanjian jual beli; dan (b) Unit yang belum dijual - harga jualan yang dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi permohonan permit iklan dan jualan di bawah Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989. [6] Sumbangan KWSMP perlu dibayar secara satu jumlah sekali gus dalam tempoh 30 hari sebelum pengemukaan permohonan pemeriksaan akhir kepada Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), pihak Agensi Perakuan Pembetungan yang dilantik oleh Plaintif. S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg [7] Defendan mengemukakan permohonan pemeriksaan akhir kepada Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) pada 29.11.2017. Oleh itu, tarikh terakhir bagi membayar Sumbangan KWSMP dan tarikh akhir untuk tujuan mengkategorikan unit-unit dalam Projek tersebut sebagai dijual atau belum dijual untuk tujuan mengenal pasti Harga Jualan adalah pada 29.11.2017. [8] Defendan telah melalui Borang SCC Form K-1 mengisytiharkan Sumbangan KWSMP yang perlu dibayar sebagai RM7,558,185.30 dan bayaran tersebut dibuat pada 16.11.2017. Kemudian, beberapa penilaian proses pengesahan ketepatan bayaran Sumbangan KWSMP terhadap Projek tersebut telah dijalankan antara Plaintif dan Defendan. [9] Melalui surat bertarikh 22.12.2017, Plaintif telah menjemput Defendan untuk membawa segala dokumen sokongan bagi satu sesi pemeriksaan bayaran Sumbangan KWSMP. [10] Selepas satu sesi pemeriksaan antara wakil Plaintif dan Defendan telah dijalankan pada 14.01.2019, Plaintif telah mengeluarkan satu surat pada hari yang sama untuk memohon dokumen-dokumen tambahan. [11] Kemudian, selepas satu sesi pemeriksaan dan pengesahan dijalankan pada 15.06.2022, Plaintif mengeluarkan satu surat pada hari yang sama untuk memohon senarai harga jualan KPKT bagi unit kediaman yang masih belum dijual bagi tujuan pengesahan bayaran KWSMP. [12] Tiada maklum balas daripada Defendan berkenaan dengan senarai harga jualan KPKT tersebut walaupun Plaintif telah memohon beberapa kali daripadanya melalui surat-surat bertarikh 04.01.2023 dan 10.08.2023. [13] Hanya selepas Plaintif mengeluarkan satu surat bertarikh 21.08.2023 untuk sekali lagi memohon Plaintif untuk mengemukakan senarai harga jualan KPKT, maka Defendan mengemukakan senarai tersebut pada 29.08.2023 dan 02.10.2023. S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg [14] Selepas pengemukaan senarai tersebut oleh Defendan, Plaintif barulah pada 28.06.2024 mengesahkan dan mendapati bahawa terdapat jumlah yang terkurang isytihar dan terkurang bayar sebanyak RM660,639.70 daripada Defendan. [15] Bagi menuntut haknya di bawah Seksyen 172 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Peraturan 2011, Plaintif telah mengeluarkan beberapa notis bertulis termasuk surat tuntutan peguam cara Plaintif bertarikh 16.10.2023, 04.12.2023, 27.12.2023, 18.01.2024, 23.02.2024, 08.04.2024, 11.06.2024 dan 28.06.2024 dengan penjelasan atas jumlah tuntutan tersebut kepada Defendan untuk menuntut Defendan agar membayar Jumlah Terhutang tersebut. [16] Walau bagaimanapun, sehingga kini, Defendan masih tetap enggan, ingkar, gagal dan/atau cuai untuk membayar keseluruhan Jumlah Terhutang. Plaintif menuntut daripada Defendan Jumlah Terhutang tersebut sebanyak RM660,639.70 dan Faedah ke atas semua jumlah yang didapati perlu dibayar oleh Defendan pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh oleh Defendan. Plaintif juga menuntut Kos dan apa-apa relif lanjutan dan/atau lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh Mahkamah. Pembelaan Defendan dan Tuntutan Balas [17] Defendan telah membuat sumbangan keseluruhan sebanyak RM7,558,185.30 ke KWSMP bagi Petak A pada 11.10.2017 (RM5,649,530.00) dan 7.11.2017 (RM1,908,655.30) . Pada masa material tersebut, 744 unit telah dijual dan 231 unit masih belum dijual. Pada 29.11.2017, Defendan mengeluarkan notis pemeriksaan akhir. [18] Tuntutan Plaintif dihadkan masa di bawah Seksyen 6 Akta Had Masa 1953 kerana bayaran sumbangan telah dibuat pada tahun 2017. Sehubungan ini, Defendan telah memohon melalui Lampiran 10 agar tuntutan Plaintif ditolak. S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg [19] Plaintif hanya berhak untuk mengenakan dan mengutip sumbangan KWSMP pada kadar 1% daripada harga jualan sebenar unit-unit tersebut dan sebarang bayaran berdasarkan Harga KPKT hanyalah sementara menunggu penjualan unit-unit tersebut. [20] Berdasarkan perkara di atas, Defendan membuat tuntutan balas untuk mendapatkan deklarasi-deklarasi tertentu yang memberi kesan bahawa Defendan telah mematuhi sepenuhnya kewajipannya di bawah Akta dan Peraturan 2011. [21] Plaintif hanya berhak untuk mengenakan dan mengutip Sumbangan KWSMP pada kadar 1% daripada harga jualan sebenar, sementara jualan, sumbangan KWSMP untuk unit-unit yang belum dijual adalah sebagai cara sementara dikira pada kadar 1% daripada harga jualan yang dicadangkan yang dinyatakan dalam Senarai KPKT. [22] Selepas jualan, Plaintif wajib menyelesaikan Sumbangan KWSMP secara akhir berdasarkan harga jualan sebenar dan memulangkan sebarang lebihan pembayaran untuk memastikan aplikasi undang-undang yang berkaitan secara sama, adil dan seragam terhadap semua pengguna. [23] Sebarang tuntutan atau permintaan untuk mana-mana jumlah yang melebihi 1% daripada harga jualan sebenar jika semua unit telah pun dijual pada masa tersebut atau penolakan untuk memulangkan lebihan pembayaran adalah arbitrari, tidak munasabah, menyalahi undang-undang dan/atau menjangkau bidang kuasa (ultra vires). [24] Sebarang permintaan, tuntutan atau penolakan sedemikian akan mengakibatkan pengayaan yang tidak adil dan/atau bertentangan dengan undang-undang dan/atau dasar yang berkaitan. TUNTUTAN BALAS S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg [25] Defendan menuntut terhadap Plaintif untuk mendapatkan relif berikut: (a) satu deklarasi bahawa tuntutan Plaintif untuk mana-mana jumlah yang melebihi 1% daripada harga jualan sebenar jika semua unit telah dijual pada masa itu atau penolakan untuk memulangkan lebihan pembayaran yang dikira berdasarkan harga jualan sebenar adalah arbitrari, tidak munasabah, menyalahi undang-undang dan/atau menjangkau bidang kuasa (ultra vires); (b) satu deklarasi bahawa Defendan telah memenuhi kewajipannya untuk menyumbang kepada Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan bagi Petak A; (c) perintah lanjutan dan lain-lain; dan (d) kos yang perlu dibayar oleh Plaintif kepada Defendan. Bertarikh pada 10 hari bulan September, 2024 PERMOHONAN DEFENDAN DI LAMPIRAN 10 [26] Defendan membuat permohonan menurut Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b) atau (d) dibaca bersama dengan Aturan 14A Kaedah-kaedah Mahkamah, 2012 dan/atau bidang kuasa sedia untuk Writ dan Pernyataan Tuntutan kedua-duanya bertarikh 22.7.2024 dibatalkan dan kekal dibuang. [27] Alasan permohonan defendan adalah bahawa tuntutan Plaintif dihadkan oleh masa dan tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah untuk kekurangan pembayaran kepada Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan yang dikatakan oleh Defendan. Sudah lebih daripada 6 tahun sejak Defendan membuat sumbangan KWSMP pada 11.10.2017 dan 7.11.2017. Tuntutan Plaintif hanya difailkan pada 22.7.2024, iaitu 6 tahun 8 bulan dan 15 hari selepas pembayaran pada 7.11.2017. PERMOHONAN PLAINTIF DI LAMPIRAN 12 DI BAWAH ATURAN 14A S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg [28] Permohonan dibuat oleh pihak Plaintif melalui Lampiran 12, menurut Aturan 14A, Aturan 33 kaedah 2 dan/atau Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk relif yang berikut: 1. Bahawa Mahkamah mendengar dan memutuskan soalan-soalan dan/atau isu-isu awal seperti yang dinyatakan di bawah sebelum perbicaraan tindakan ini: Soalan 1: Berdasarkan Peraturan 2011, sama ada “harga jualan” bagi setiap unit untuk tujuan menentukan dan mengira jumlah sumbangan yang perlu dibayar bagi KWSMP adalah berdasarkan fakta-fakta dan keadaan (iaitu, status jualan) pada Tarikh Pengemukaan Notis? Soalan 2: Berdasarkan Akta dan Peraturan 2011, adakah Plaintif hanya layak untuk mengenakan dan mengutip sumbangan KWSMP pada kadar 1% daripada harga jualan sebenar dan sama ada sebarang sumbangan yang dibayar bagi unit belum dijual berdasarkan Harga KPKT hanya sementara menunggu penjualan unit-unit tersebut? 2. Sekiranya Mahkamah ini menjawab Soalan 1 secara afirmatif dan Soalan 2 secara negatif, bahawa tuntutan Plaintif seperti yang dinyatakan dalam Writ bertarikh 22.07.2024 dan Penyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 20.09.2024 dibenarkan dengan kos dan tuntutan balas Defendan seperti yang dinyatakan dalam Pembelaan dan Tuntutan Balas bertarikh 10.09.2024 ditolak dengan kos; 3. Bahawa Defendan membayar kos kepada Plaintif untuk tindakan ini, termasuk permohonan ini; dan 4. Perintah-perintah, arahan-arahan atau relif-relif selanjutnya dan lain-lain yang dianggap sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini. S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg [29] Alasan permohonan plaintif adalah bahawa tuntutan-tuntutan Plaintif dan tuntutan balas Defendan boleh ditentukan melalui tafsiran undang-undang atau dokumen-dokumen dan/atau penentuan Soalan 1 dan 2 di atas; ISU-ISU DI ANTARA PIHAK [30] Tuntutan Plaintif di sini adalah bahawa Defendan telah secara cuai membuat pengisytiharan yang kurang dan terkurang bayar sumbangan KWSMP berdasarkan Akta dan Peraturan 2011 apabila ia tidak mengikut Harga KPKT bagi unit yang belum dijual pada Tarikh Pengemukaan Notis. [31] Defendan sebaliknya menegaskan bahawa Plaintif hanya berhak untuk mengenakan dan mengutip KWSMP pada kadar 1% daripada harga jualan sebenar unit dan bayaran berdasarkan Harga KPKT hanya sementara menunggu penjualan unit tersebut. [32] Oleh kerana semua unit yang belum dijual akhirnya dijual pada harga yang lebih rendah yang telah diisytiharkan, maka tiada bayaran yang terkurang dan oleh itu Defendan telah mematuhi sepenuhnya kewajipannya di bawah Akta dan Peraturan 2011. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG ATURAN 14A [33] Aturan 14A KKM 2012 membolehkan Mahkamah untuk menentukan apa-apa persoalan undang-undang atau pentafsiran apa-apa dokumen yang berbangkit dalam mana-mana kausa atau perkara pada mana-mana peringkat prosiding jika Mahkamah mendapati bahawa persoalan itu adalah sesuai bagi penentuan tanpa perbicaraan penuh tindakan itu dan penentuan itu akan menentukan secara muktamad keseluruhan kausa atau perkara atau apa-apa tuntutan atau isu dalamnya. [34] Untuk memudahkan rujukan diperturunkan di bawah ini peruntukan tersebut. S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg 1. Determination of questions of law or construction (O. 14A r. 1) (1) The Court may, upon the application of a party or of its own motion, determine any question of law or construction of any document arising in any cause or matter at any stage of the proceedings where it appears to the Court that- (a) such question is suitable for determination without the full trial of the action; and (b) such determination will finally determine the entire cause or matter or any claim or issue therein. (2) On such determination the Court may dismiss the cause or matter or make such order or judgment as it thinks just. [35] Penggunaan peruntukan A. 14A KKM 2012 telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Dream Property Sdn Bhd v. Atlas Housing Sdn Bhd [2007] 6 CLJ 741; [2008] 2 MLJ 812 seperti berikut: "[7] It is trite law that, for the court to exercise its power to summarily dispose off an action under O. 14A of the RHC, there should not be any dispute by the parties as to the relevant facts, or that the court, upon scrutinising the pleadings, concludes that the material facts are not in dispute (see the case of Petroleum Nasional Bhd v. Kerajaan Negeri Terengganu). [36] Di dalam kes Thein Hong Teck & Ors v. Mohd Afrizan Husain & Another Appeal [2012] 1 CLJ 49; [2012] 2 MLJ 299 Mahkamah Persekutuan menggariskan panduan bahawa fakta material bagi isu atau persoalan yang hendak diputuskan di bawah A.14A , tidak dipertikaikan. [37] Berdasarkan kepada kes-kes duluan yang diputuskan, jelas bahawa permohonan di bawah A. 14A KKM 2012 adalah tidak sesuai jika terdapat dakwaan fakta yang bercanggah, fakta material dipertikaikan dan isu fakta yang saling berkait (interwoven) dengan isu undang-undang . S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg [38] Manakala A.33 Kaedah 2 pula memberikan budi bicara kepada Mahkamah untuk sebarang persoalan yang timbul untuk dibicarakan sebelum atau selepas bicara. [39] Di dalam kes ini, tiada pertikaian mengenai fakta-fakta material. Pertikaian utama adalah isu tafsiran sahaja di mana Defendan berpendirian KWSMP hanya dikira berdasarkan harga jualan sebenar unit-unit tersebut. Manakala di pihak plaintif pula berpendirian KWSMP dikira berdasarkan Unit yang telah dijual - harga yang dinyatakan di dalam perjanjian jual beli; dan bagi Unit yang belum dijual, harga jualan yang dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi permohonan permit iklan dan jualan di bawah Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 tanpa mengambil kira bahawa unit tersebut telah dijual pada harga yang lebih rendah atau tinggi kemudiannya. [40] Memandangkan isu utama berkaitan dengan tafsiran Akta dan Peraturan 2011, keseluruhan kes ini sesuai untuk diselesaikan tanpa perbicaraan penuh menurut Aturan 14A dan/atau Aturan 33 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. ISU HAD MASA [41] Saya akan membincangkan dan memutuskan isu had masa sebelum memutuskan isu-isu lain. Untuk menentukan samada tindakan plaintif dibatasi oleh Akta Had Masa, perlu kita meneliti kronologi peristiwa yang berlaku untuk memastikan bila kausa tindakan bermula. [42] Defendan, melalui Borang SCC K-1 yang dikemukakan pada 13.11.2017, telah mengisytiharkan bahawa sumbangan KWSMP yang perlu dibayar berjumlah RM7,558,185.30. Jumlah ini telah dibayar pada 16.11.2017. [43] Dalam Borang SCC K-1, Defendan mengisytiharkan bahawa 743 unit kediaman Projek telah dijual manakala 232 unit kediaman masih belum dijual. S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg [44] Defendan memperakui bahawa maklumat yang diberikan dalam borang adalah benar, lengkap dan tepat dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan dalam pengiraan yang mengakibatkan jumlah yang dibayar tidak mencukupi, Defendan mengaku janji untuk membayar semua jumlah dengan segera setelah dimaklumkan. [45] Defendan juga telah mengaku janji untuk menyerahkan dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang berkaitan untuk maklumat yang diisytiharkan dalam tempoh 7 hari dari permintaan Plaintif. [46] Defendan kemudiannya menyerahkan notis pemeriksaan akhir pada 29.11.2017 [47] Bagi menjalankan pengesahan ke atas pembayaran yang dibuat oleh Defendan, Plaintif memerlukan dokumen berikut: (a) salinan semua 975 perjanjian jual beli unit kediaman Projek; (b) senarai harga jualan setiap unit seperti yang dikemukakan untuk permohonan permit iklan dan jualan di bawah Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 (“Senarai Harga KPKT”); (c) Permit iklan dan jualan; dan (d) Brosur jualan. [48] Mulai seawal tahun 2017, melalui satu surat bertarikh 22.12.2017, Plaintif telah memaklumkan kepada Defendan bahawa ia akan menjalankan pengesahan berhubung dengan bayaran sumbangan yang dibuat oleh Defendan terhadap KWSMP dan meminta Defendan menghadiri satu sesi pemeriksaan pada 03.01.2018 dan bawa bersama semua dokumen sokongan. [49] Melalui satu surat bertarikh 14.01.2019, Plaintif sekali lagi meminta Defendan untuk menghadiri satu sesi pemeriksaan dan membawa bersama semua dokumen sokongan termasuk Senarai Harga KPKT. S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg [50] Dokumen-dokumen tersebut walau bagaimanapun telah disediakan oleh Defendan secara berperingkat-peringkat, walaupun terdapat banyak surat dan/atau peringatan dan perbincangan antara wakil Plaintif dan Defendan. Khususnya, Senarai Harga KPKT tidak pernah dikemukakan. [51] Malah, melalui surat bertarikh 04.08.2022 dan e-mel bertarikh 29.08.2023, Defendan masih merayu kepada Plaintif untuk hanya menggunakan harga unit kediaman berdasarkan perjanjian jual beli bagi tujuan pengiraan KWSMP. [52] Pada 29.08.2023, selepas Plaintif mengeluarkan satu lagi surat bertarikh 21.08.2023, Defendan telah mengemukakan Senarai Harga KPKT tetapi telah menyunting (redact) harga-harganya. [53] Defendan hanya menyerahkan senarai tersebut tanpa sebarang suntingan (redactions) pada 02.10.2023. [54] Defendan juga pada 02.10.2023 telah menyerahkan Borang SCC K-1 yang telah dipinda untuk membetulkan kesilapan dalam Borang SCC K-1 terdahulu yang mereka telah serahkan pada 13.11.2017. [55] Kemudian barulah didapati bahawa Defendan telah kurang isytihar dan terkurang bayar Jumlah Tertunggak sebanyak RM660,639.70, pecahan penuh dinyatakan dalam perenggan 9 Penyataan Tuntutan Terpinda. [56] Bagi unit-unit yang belum dijual, Defendan tidak mematuhi Peraturan 2011 dalam mengisytiharkan harga jualan berdasarkan harga yang dikemukakan oleh Defendan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk permohonan lesen iklan dan jualan di bawah Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) Peraturan 1989 (“Harga KPKT”). [57] Sebaliknya, Defendan mengisytiharkan harga yang lebih rendah. Daripada 743 unit yang diisytiharkan telah dijual, 6 daripadanya sebenarnya belum dijual pada Tarikh Penyerahan Notis pada 29.11.2017. S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg [58] Dalam hal ini, berdasarkan Seksyen 172 Akta tersebut dan Peraturan 2011, Plaintif telah mengeluarkan beberapa notis bertulis termasuk surat tuntutan peguam caranya bertarikh 16.10.2023, 04.12.2023, 27.12.2023, 18.01.2024, 23.02.2024, 08.04.2024, 21.05.2024, 11.06.2024, dan 28.06.2024, memaklumkan kekurangan dan/atau menuntut pembayaran yang sama. [59] Plaintif mengakui memang terdapat beberapa semakan dalam Jumlah 11. Tertunggak seperti yang dilihat dalam surat-surat Plaintif bertarikh 21.05.2024, 06.2024 dan 28.06.2024 disebabkan pengiraan yang salah. Walau bagaimanapun, ini tidak menjejaskan Defendan yang masih belum membuat sebarang bayaran untuk kekurangan KWSMP. Ia juga tidak menghalang Plaintif daripada meneruskan tuntutannya untuk kekurangan bayaran KWSMP terhadap Defendan. [60] Untuk menentukan unit yang telah dijual atau belum, Plaintif perlu menjalankan pengesahan selepas pembayaran KWSMP oleh Defendan, yang memerlukan Defendan menyerahkan semua dokumen dalam milikannya untuk tujuan pengesahan tersebut. [61] Tiada pertikaian bahawa Defendan membayar KWSMP pada 16.11.2017 dan menyerahkan notis pemeriksaan akhir kepada IWK pada 29.11.2017. [62] Plaintif mengeluarkan surat bertarikh 22.12.2017 meminta pemeriksaan lanjut dan Defendan tidak menafikan penerimaan surat ini. [63] Plaintif mengulangi permintaan melalui surat 14.01.2019 supaya Defendan menyerahkan Senarai Harga KPKT. [64] Defendan masih merayu pada 04.08.2022 supaya hanya harga unit kediaman digunakan, tanpa menyerahkan dokumen penuh. Pada 29.08.2023, Defendan mengemukakan Senarai Harga KPKT tetapi telah disunting. Senarai tanpa suntingan hanya dikemukakan pada 02.10.2023, bersama Borang K-1 SCC yang dipinda. S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg [65] Manakala di pihak plaintif pula, plaintif perlu mengesahkan ketepatan KWSMP, yang hanya boleh dilakukan dengan dokumen sokongan daripada Defendan. Proses pengemukaan yang berperingkat menyebabkan pengesahan hanya dapat dibuat pada 02.10.2023. [66] Kausa tindakan dalam kes ini hanya terakru selepas penyerahan dokumen lengkap. [67] Oleh itu, Defendan sendiri menangguhkan proses pengesahan dengan melewatkan serahan dokumen yang diperlukan oleh plaintif dan juga dengan mengemukakan maklumat yang tidak lengkap dan maklumat yang telah disunting. [68] Walaupun defendan telah membuat bayaran KWSMP, tetapi jumlah sebenar hanya diketahui setelah dokumen penuh diperoleh. [69] Seksyen 6A Akta Had 1953 menetapkan bahawa had masa bermula dari tarikh Plaintif memperoleh pengetahuan penuh untuk tindakan. [70] Di bawah Seksyen 6A Akta Had Masa 1953, had masa untuk tindakan di bawah kecuaian yang tidak melibatkan kecederaan diri (personal injuries) bermula dari “the earliest date on which the plaintiff or any person in whom the cause of action was vested before him first had both the knowledge required for bringing an action for damages in respect of the relevant damage and a right to bring such action”. [71] Memandangkan kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan adalah disebabkan terkurang bayar KWSMP secara cuai, tarikh paling awal Plaintif mempunyai pengetahuan adalah dari 02.10.2023 dan seterusnya kerana itu adalah tarikh di mana Plaintif mempunyai semua fakta material berkenaan ganti rugi yang dialaminya disebabkan oleh kekurangan bayaran KWSMP Defendan. S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg [72] Dalam Julian Chong Sook Keok & Anor lwn Lee Kim Noor & Anor [2024] 3 MLJ 544, Mahkamah Persekutuan mengesahkan prinsip kebolehtemuan sebagai asas tarikh akru kausa tindakan. [73] Oleh kerana ketepatan bayaran hanya dapat disahkan selepas Senarai Harga KPKT tanpa suntingan diterima pada 02.10.2023, kausa tindakan hanya terakru dari tarikh tersebut. [74] Plaintif dengan usaha yang munasabah (reasonable diligence) tidak dapat mengesahkan pembayaran KWSMP yang dibuat dan seterusnya memfailkan tuntutan ini sebelum 02.10.2023 kerana Plaintif tidak mempunyai semua maklumat material, yang berada dalam milikan Defendan. [75] Maka saya mendapati dalam keadaan ini, kausa tindakan Plaintif hanya dapat terakru (accrued) pada 02.10.2023 dan oleh itu tuntutan plaintif tidak disekat oleh Akta Had Masa. KEPUTUSAN PERMOHONAN ATURAN 14A [76] Peraturan 4 Peraturan 2011 menetapkan bahawa pembayaran sumbangan kepada KWSMP mesti dibuat sekali gus dalam tempoh 30 hari sebelum notis pemeriksaan akhir dikemukakan. Tafsiran literal Peraturan 3 dan 4 menunjukkan tarikh akhir bagi menentukan status unit untuk pengiraan sumbangan ialah Tarikh Pengemukaan Notis, iaitu 29.11.2017. [77] Mahkamah dalam kes Tebin bin Mostapa v Hulba-Danyal bin Balia & Anor [2020] 7 CLJ 561 menegaskan bahawa statut mesti ditafsir secara literal, dengan perkataan diberi makna semula jadi dan biasa. Tafsiran ini disokong oleh keperluan pembayaran sumbangan secara sekali gus berdasarkan status unit pada Tarikh Pengemukaan Notis. [78] Menggunakan tafsiran bersifat tujuan (purposive interpretation), hujah Defendan tetap tidak boleh diterima. KWSMP bertujuan membiayai sistem pembetungan awam dan serantau, dan pemaju perlu menyumbang peratusan S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg daripada harga jualan setiap unit sebelum notis pemeriksaan akhir dikemukakan. [79] Hujahan Defendan akan menyebabkan tafsiran berbeza mengenai "harga jualan", mencipta ketidakpastian dan absurditi. Peraturan 2011 jelas mengenai cara menentukan "harga jualan" untuk unit yang dijual dan belum dijual. Jika jumlah sumbangan boleh diselaraskan selepas notis dikemukakan, tiada kepastian sehingga semua unit dijual, yang boleh menimbulkan ketidakpastian berpanjangan. [80] Peraturan 2011 tidak menyatakan sumbangan hanya berdasarkan harga jualan sebenar atau bahawa bayaran berdasarkan Harga KPKT bersifat sementara. Defendan tersalah anggap bahawa Peraturan 5 membolehkan bayaran dianggap sementara, sedangkan ia hanya membenarkan bayaran balik untuk kesilapan pembayaran. [81] Defendan gagal menggunakan Harga KPKT bagi unit yang belum dijual, menyebabkan isytihar kurang dan terkurang bayar sumbangan KWSMP. Sama ada unit dijual kemudian tidak relevan. [82] Berdasarkan Peraturan 2011, "Harga Jualan" untuk menentukan dan mengira jumlah sumbangan KWSMP ditentukan berdasarkan status jualan pada Tarikh Pengemukaan Notis. "Harga Jualan" dalam Peraturan 2 merangkumi unit yang telah dijual dan yang belum dijual, tanpa menghadkan kepada harga sebenar seperti yang dihujahkan oleh Defendan. Tiada ketetapan dalam Peraturan 2011 yang menyatakan bahawa "Harga Jualan" hanya bermaksud harga jualan sebenar unit tersebut. [83] Mengenai ketidakadilan antara pemaju yang berjaya menjual semua unit sebelum tamat tempoh KWSMP dengan yang belum menjual kesemuanya, semua pemaju tertakluk kepada syarat yang sama, di mana mereka perlu menyumbang mengikut status jualan unit pada Tarikh Pengemukaan Notis. Oleh itu, dakwaan ketidakadilan oleh Defendan tidak dapat dipertahankan. S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg [84] Selain itu, Defendan berhujah bahawa harga KPKT lebih tinggi daripada harga SPA, namun jika harga SPA lebih tinggi daripada harga KPKT, adakah hujah ini akan dikekalkan. [85] Peraturan 5 hanya bertujuan membayar balik jika pemaju tersilap membayar lebih kepada KWSMP, bukan untuk bayaran balik bagi unit yang dijual selepas Tarikh Pengemukaan Notis. Jika pembayaran perlu diselaraskan setiap kali unit dijual selepas tarikh tersebut, ia akan menyebabkan proses yang tidak masuk akal, yang pasti bukan niat Parlimen. [86] Tambahan pula, jika Defendan benar-benar percaya bahawa pembayaran sumbangan bagi unit belum dijual berdasarkan harga KPKT hanya sementara, mereka sepatutnya meminta bayaran balik daripada Plaintif, tetapi tiada permintaan sedemikian dibuat. Oleh itu, Defendan tidak boleh mendakwa bahawa harga berdasarkan KPKT hanya bersifat sementara. [87] Berdasarkan Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan) 2011 (“Peraturan 2011”), sama ada “harga jualan” bagi setiap unit untuk tujuan menentukan dan mengira jumlah sumbangan yang perlu dibayar bagi KWSMP adalah berdasarkan fakta-fakta dan keadaan (iaitu, status jualan) pada Tarikh Pengemukaan Notis. [88] Memandangkan bayaran mesti dibuat sekali gus pada Tarikh Pengemukaan Notis, pengiraan dan penentuan jumlah sumbangan yang perlu dibuat mestilah berdasarkan fakta-fakta dan keadaan (iaitu, status jualan) seperti pada Tarikh Pengemukaan Notis. [89] Akta dan Peraturan 2011 mahupun perkataan-perkataan di dalamnya tidak memperuntukkan bahawa kadar sumbangan hanya berdasarkan harga jualan sebenar atau bahawa bayaran berdasarkan Harga KPKT hanya sementara menunggu penjualan unit. [90] Sekiranya amaun sumbangan boleh diselaraskan setiap kali suatu unit dijual selepas Tarikh Pengemukaan Notis dan selepas pembayaran dibuat, ia tidak akan ada sebarang kemuktamadan (finality) sehingga semua unit telah dijual. S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg Berkenaan dengan Projek, Defendan telah menyerahkan notis pemeriksaan akhir pada 29.11.2017. [91] Perkataan yang digunakan adalah jelas dan niat Parlimen adalah nyata dan perlu diberikan kesan sepenuhnya. Saya merujuk kepada panduan di dalam kes HAVI LOGISTICS (M) SDN BHD ... PERAYU DAN PEMUNGUT DUTI SETEM ... RESPONDEN [2025] CLJU 143 yang memberi panduan mengenai tafsiran undang-undang iaitu niat penggubal mesti diberikan kesan, seperti berikut: [32] In construing the Act and the First Schedule thereto, it must be borne in mind that legislative intent must be given effect to and the function of the court is to interpret the statute ‘according to the intent of them that made it and the intention must be deduced from the language used’ (per Lord Parker CJ in Capper & Anor v. Baldwin [1965] 2 QB 53 at p 61). [92] Oleh itu, tarikh akhir untuk membayar sumbangan KWSMP dan tarikh akhir untuk tujuan pengkategorian unit-unit dalam Projek tersebut sebagai dijual atau belum dijual untuk menentukan dan mengira jumlah sumbangan adalah Tarikh Pengemukaan Notis. KEPUTUSAN / JAWAPAN KEPADA SOALAN YANG DIKEMUKAKAN [93] Atas alasan-alasan yang dinyatakan , setelah meneliti pliding, notis-notis permohonan dan afidavit-afidavit yang difailkan serta hujahan kedua-dua pihak dan autoriti yang dijadikan sandaran, saya mendapati bahawa “harga jualan” bagi setiap unit untuk tujuan menentukan dan mengira jumlah sumbangan yang perlu dibayar bagi KWSMP adalah status jualan adalah pada Tarikh Pengemukaan Notis. Jawapan bagi soalan 1 adalah : Ya [94] Soalan kedua pula adalah Berdasarkan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Peraturan 2011 samada Plaintif hanya layak untuk mengenakan dan mengutip sumbangan KWSMP pada kadar 1% daripada harga jualan sebenar dan sama ada sebarang sumbangan yang dibayar bagi unit belum dijual S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg berdasarkan Harga KPKT hanya sementara, sementara menunggu penjualan unit-unit tersebut, soalan ini saya menjawab dengan jawapan tidak. KESIMPULAN [95] Lampiran plaintif di Lampiran 12 dibenarkan dengan kos dan Permohonan defendan di Lampiran 10 untuk membatalkan writ dan penyata tuntutan plaintif ditolak dengan kos: [96] Tuntutan plaintif terhadap defendan seperti dinyatakan dalam Writ bertarikh 22.7.2024 dan Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 20.9.2024 adalah dibenarkan dan tuntutan balas defendan terhadap plaintif Responden seperti dinyatakan dalam Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda bertarikh 14.10.2024 adalah ditolak; [97] Penghakiman diberikan kepada plaintif bagi Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan yang terkurang isytihar dan terkurang bayar oleh defendan sebanyak RM660,639.70; [98] Faedah ke atas semua jumlah yang didapati perlu dibayar oleh Perayu pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh oleh Perayu; dan [99] Kos sebanyak RM5,000 bagi Lampiran 10 dan kos RM5,000 bagi Lampiran 12 diberikan kepada plaintif. Bertarikh pada hari ini 3hb. Mac, 2025. t.t. Zaman Mohd Noor Hakim Mahkamah Sesyen 1 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur S/N 9b0mq4DuXEinnYZYpbv3dg