Content
1 MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: BA-12ANCC-20-03/2022 _________________________________________________________
/akn/my/judgment/high-court/2022/3815c4ab-5886-4fbd-a49c-862741800de1
High Court of Malaysia25 May 2022BA-12ANCC-20-03/2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: BA-12ANCC-20-03/2022 _________________________________________________________
1
SUSTAIN GEOTECHNICS SDN BHD [NO. SYARIKAT: 200101022991]
2
LAM YOOK LON [NO. KAD PENGENALAN : 490602-06-5245]
3
KHAW CHIN WAH [NO. KAD PENGENALAN : 540926-08-5077] ..... PERAYU-PERAYU AND HI-TECH MIX SDN BHD [COMPANY NO.: 200101002889 (538645-D)] ….. RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Dalam rayuan ini, Perayu/Defendan merayu terhadap keputusan Hakaim Mahkamah Sesyen yang memberi penghakiman terus kepada Responden/Plaintif. [2] Memandangkan bahawa prinsip undang-undang mengenai penghakiman terus adalah jelas, Mahkamah ini akan menganalisakan keterangan-keterangan dan fakta-fakta kes ini tanpa penghuraian terperinci mengenai prinsip undang-unang. [3] Plaintif menuntut terhadap Defendan Pertama untuk harga bekalan dan jualan konkrit (“ready-mixed concrete”) yang masih belum dibayar dan terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga, pengarah-pengarah Defendan Pertama, selaku penjamin-penjamin. 2 [4] Tuntutan Plaintif ialah untuk sejumlah RM951,580.17 (iaitu jumlah pokok RM698,122.44 dan faedah RM253,457.73) terhadap Defendan-Defendan secara bersama dan berasingan [sila lihat Pernyataan Tuntutan dalam Rekod Rayuan mukasurat 6 hingga 16 di Lampiran 3. [5] Dalam Pembelaannya, Defendan Pertama
a
(a) menafikan keberhutangan tersebut (perenggan 6); (b) mendakwa bahawa barang-barang yang Plaintif bekalkan itu tidak mencukupi, tidak berkualiti dagang dan tidak sesuai untuk tujuan kegunaan Defendan Pertama (perenggan 7). [6] Pembelaan-pembelaan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga ialah (a) penafian bahawa Perjanjian Jaminan ditandatangani mereka [perenggan 8 Pembelaan]; (b) dakwaan bahawa jaminan tidak disokong oleh balasan yang sah [perenggan 9 Pembelaan]; (c) jika terdapat balasan, balasan demikian adalan lampau dan Plaintif tidak boleh kuatkuasakan Perjanjian Jaminan itu [perenggan 9 Pembelaan]; (d) Perjanjian Jaminan telah tamat pada tahun 2018 dan Plaintif membuat pembekalan pada tahun 2019 tanpa jaminan yang baru [perenggan 10 Pembelaan]. [7] Melalui Notis Permohonan, Plaintif memohon pengahakiman terus terhadap ketiga-tiga defendan. [8] Selepas pendengaran permohonan tersebut, Mahkamah Sesyen memberi penghakiman terus kepada Plaintif untuk sejumlah RM951,580.17 (iaitu jumlah pokok RM698,122.44 dan faedah RM253,457.73) terhadap Defendan-Defendan secara bersama dan berasingan. [9] Defendan-Defendan merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memberi penghakiman terus itu. [10] Dalam permohonan untuk penghakiman terus, kebenaran untuk membela akan diberi jika Defendan mempunyai pembelaan yang harus dibicarakan; [11] Dalam kes ini, tuntutan nilai barangan-barang yang dibekalkan telah dibuktikan oleh Plaintif dengan dokumen-dokumen kontemporari termasuk Kontrak yang ditandatangani oleh Plaintif dan Defendan Pertama [ekshibit CYS-1, Rekod Rayuan m.s. 49 - 53]; Purchase Orders Defendan Pertama [ekshibit CYS-2, Rekod Rayuan m.s. 3 - 56]; perjanjian Credit Facilities sejumlah RM1,000,000 yang ditandatangani oleh Defendan Pertama [ekshibit CYS-3, Rekod Rayuan m.s. 58]; dan Invoices dan Delivery Orders Plaintif yang diakui penerimaan oleh wakil Defendan Pertama yang tandatanganinya dan cop setem getah Defendan Pertama ke atasnya [ekshibit CYS-4, Rekod Rayuan m.s. 63 – 566]. [12] Joint and Several Guarantee bertarikh 12.11.2018 telah ditandatangai oleh Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 untuk sejumlah RM1,000,000 [ekshibit CYS-3, Rekod Rayuan m.s. 59 - 60]. [13] Peringatan-peringatan bertulis telah dihantar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama: [ekshibit CYS-5, Rekod Rayuan m.s. 567 - 584], termasuk peringatan bertulis bertarikh 29.11.2019 untuk jumlah RM1,337,891.00 dan peringatan bertulis bertarikh 27.02.2020 untuk jumlah RMRM998,952.50 yang diakui penerimaan oleh Defendan Pertama [Rekod Rayuan 576 – 577, 578 - 580]. E-mel bertarikh 18.9.2020 bersama-sama dengan peringatan bertulis untuk jumlah RM923,891.45 juga dihantar oleh wakil Plaintif kepada wakil-wakil Defendan Pertama [Rekod Rayuan m.s. 581 – 584]. [14] Defendan Pertama juga telah isukan 6 cek untuk RM53,484.76 sekeping kepada Plaintif sebagai janji membayar sebahagian jumlah yang tertunggak: [ekshibit CYS-6, Rekod Rayuan m.s. 585 – 588]. [15] Surat tuntutan peguam bertarikh 23.4.2021 dan Debtor Statement bertarikh 31.3.2021 juga dihantar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama mengenai baki jumlah pokok RM698,122.44: [ekshibit CYS-7, Rekod Rayuan m.s. 589 – 595]. [16] Surat tuntutan peguam bertarikh 24.6.2021 dan Debtor Statement bertarikh 31.5.2021 juga dihantar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama mengenai baki jumlah pokok dan faedah-faedah yang campur berjumlah RM808,382.57: [ekshibit CYS-7, Rekod Rayuan m.s. 596 – 601]. [17] Debtor Statement bertarikh 31.7.2021 untuk jumlah RM832,430.81 mengenai jumlah pokok dan faedah yang tertunggak juga dihantar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama: Surat tuntutan peguam bertarikh 23.4.2021 dan Debtor Statement bertarikh 31.3.2021 juga dihantar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama mengenai baki 4 jumlah pokok RM698,122.44: [ekshibit CYS-10, Rekod Rayuan m.s. 617 – 620]. [18] Notis Tuntutan bertarikh 24.6.2021 oleh peguam Plaintif telah dihantar kepada Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 sebagai penjamin-penjamin [ekshibit CYS-13, Rekod Rayuan m.s. 650 – 656]. [19] Tiada apa-apa surat atau dokumen kontemporari yang dikemukakan oleh mana-mana Defendan bagi menafikan atau mempertikaikan mana-mana inbois-inbois, Delivery Orders, peringatan-peringatan bertulis atau Debtor Statements yang Plaintif hantar. [20] Dalam Joint and Several Guarantee bertarikh 12.11.2018 telah ditandatangai oleh Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 untuk jaminan sejumlah RM1,000,000, tiada apa-apa terma yang menghadkan tempoh jaminan untuk bekalan barangan pada tahun 2018 sahaja. Di sebaliknya, terma-terma Jaminan tersbut jelas menyatakan bahawa jaminan tersbut adalah berterusan dan akan mengikat penjamin-penjamin untuk kesemua bekalan barangan-barangan oleh Plaintif kepada Defendan Pertama sehingga kesuruhan harga-harga bekalan dibayar dengan sepenuhnya [ekshibit CYS-3, Rekod Rayuan m.s. 59 - 60]. Dalam Afidavit Jawapan Defendan-Defendan yang diikrarkan oleh Defendan Ketiga, beliau tidak menafikan tandatanganya dalam Perjanjian Jaminan bertarikh 12.11.2018 dan belaiu juga tidak dakwa yang tandatangan-tandatangan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dalam Perjanjian Jaminan itu dipalsukan. Defendan-Defendan dalam affidavit mereka juga tidak kemukakan apa-apa dokumen yang mengandugi apa-apa dakawa terhadap kualiti konkrit yang dibekalkan. [21] Oleh yang demikian, Mahkamah Sesyen adalah betul dalam keputusan bahawa tuntutan Plaintif dalam kes ini telah dibuktikan dan bahawa Defendan gagal membangkitkan apa-apa pembelaan yang harus dibicarakan. [22] Mahkamah Tinggi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen dan dengan ini kekalkan penghakiman terus yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen kepada Plaintif/Responden. 5 Kesimpulannya, pada 25 Mei 2022 Mahkamah ini menolak rayuan (Lampiran 1) dengan kos. Kos rayuan RM5,000/= hendaklah dibayar oleh Perayu/Defendan kepada Responden/Plaintif, tertakluk kepada alokatur. Bertarikh : 27 Jun 2022 Signed …..….............................................................. TEE GEOK HOCK JUDICIAL COMMISSIONER HIGH COURT OF MALAYA AT SHAH ALAM (NCVC 10) To the parties’ solicitors:
1
For the Appellants : Lai Kwan Kam Messrs K. K Lai & Co (Petaling Jaya)
2
For The Defendant : Oh Shu Ying Messrs Aaron Kc Ng & Partners (Petaling Jaya)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.