Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO.: BA-22NCvC-14-01/2022 ANTARA SUZILAWATI BINTI SIDEK (NO. K/P: 750917-06-5192) − PLAINTIF
BA-22NCvC-14-01/2022
High Court of Malaysia30 May 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“merujuk kes MH Land Sdn Bhd v Ribbon Marketing Sdn Bhd [2016] 6 CLJ 99 di mana Mahkamah memutuskan bahawa “a warrant to act can be established by conduct of the parties. S.40, illustration (b) of the Contracts Act 1950 is also a stipulation that an authority to act can be evidenced by the conduct of the parties, especi”
“tama dan Defendan Kedua. Dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v. kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] 3 MLJ 1, Mahkamah Persekutuan memutuskan erti perkataan “fraud” dalam seksyen 44 Evidence Act 1950 seperti yang berikut: [39] Our view is that fraud of which s. 44 of the Act speaks refers to an actual”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO.: BA-22NCvC-14-01/2022 ANTARA SUZILAWATI BINTI SIDEK (NO. K/P: 750917-06-5192) − PLAINTIF
1
HAFIZATULAZNA BINTI MOHD UNIT
2
2.
3
ROSMAWATE BINTI AHMAD (NO. K/P: 730329-10-5022) − DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Tindakan undang-undang ini diambil oleh Plaintif terhadap – • Defendan Pertama iaitu rakan kongsi Plaintif semasa Plaintif beramal di Tetuan Su Sidek, Hafizatulazna & Co. (selepas ini disebut “T/N SSHC”). • Defendan Kedua iaitu Tetuan S Mathavan & Nur Hafizah). • Defendan Ketiga iaitu seorang anak guam kepada T/N SSHC. 31/07/2023 01:42:20 BA-22NCvC-14-01/2022 Kand. 92 [2] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan ialah mengenai kerugian yang dialami oleh Plaintif apabila suatu Penghakiman berjumlah RM2,486,085.61 beserta dengan faedah dimasukkan terhadap T/N SSHC. [3] Pada suatu masa Plaintif ialah salah seorang daripada rakan kongsi di Tetuan Su Sidek, Hafizatulazna & Co. (selepas ini disebut “T/N SSHC”). T/N SSHC mempunyai 2 cawangan iaitu di Kajang dan satu lagi di Ampang. Kedua-dua cawangan ini memiliki akaun pelanggan sendiri dan hanya mempunyai kawalan terhadap akaun cawangan sendiri sahaja. [4] Defendan Pertama ialah pemilik tunggal cawangan T/N SSHC di Ampang berkuat kuasa pada 1-12-2001. [5] Dari bulan Februari 2015 hingga 30-11-2021, Plaintif dan Defendan Pertama adalah rakan kongsi T/N SSHC. [6] Kini, Plaintif beramal (pemilik tunggal) di Tetuan Chambers of Su Sidek & Co. Tindakan undang-undang (Guaman No.: BA-22NCvC-234-07/2020) oleh Defendan Ketiga terhadap T/N SSHC di Mahkamah Tinggi Shah Alam (MTSA): [7] Guaman No.: BA-22NCvC-234-07/2020 ialah tindakan undang-undang terhadap T/N SSHC (defendan) oleh Rosmawate Binti Ahmad (plaintif), anak kandung kepada Zaleha Binti Kiri. Zaleha binti Kiri meninggal dunia pada 8-6-2019 (selepas ini disebut “Si Mati”) dan plaintif juga ialah Pentadbir Harta Pusaka Zaleha binti Kiri. [8] Si Mati adalah pemilik berdaftar hartanah yang di Puchong, Daerah Petaling, Selangor (selepas ini di panggil “hartanah”). Pada 20-9-2012, Si Mati telah memasuki suatu perjanjian jual beli di mana Si Mati menjual hartanah kepada Salam Suci Sdn Bhd dengan harga RM5,949,428.59. [9] Dalam tuntutannya, plaintif mendakwa defendan (yang dilantik plaintif menggantikan peguam cara lain) telah melanggar kewajipan fidusiari sebagai stakeholder kerana masih memegang baki jualan hartanah berjumlah RM2,200,085.61, wang tahanan sewa berjumlah RM275,000.00 dan wang pemulangan fi/caj Tetuan Theselim Mohd Yusoff & Co. berjumlah RM150,000.00 yang kesemuanya berjumlah RM2,262,085.61 (yang mana dinafikan defendan). [10] Seterusnya, plaintif memohon untuk memasukkan penghakiman terus terhadap defendan di bawah Aturan 14 kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 antara lainnya bagi mendapatkan baki wang jualan harhartanah sejumlah RM2,200,085.61 dan pengembalian wang tahanan sebanyak RM275,000.00 [11] Pada 20-11-2020, MTSA menolak permohonan plaintif dengan kos atas alasan bahawa defendan telah menimbulkan isu-isu yang perlu dibicarakan dalam suatu perbicaraan penuh dengan pengemukaan saksi-saksi (triable issues). Kes ini bukanlah suatu a plain and obvious case bagi dimasukkan penghakiman terus. [12] Tidak berpuas hati dengan keputusan MTSA, plaintif memfailkan rayuannya ke Mahkamah Rayuan. [13] Pada 11-1-2021, Rosmawate Binti Ahmad (plaintif) memfailkan permohonan bagi injunksi di bawah A. 29 kaedah 1, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau seksyen 55 Akta Relief Spesifik 1950 untuk suatu perintah injunksi mandatori interim mengarahkan defendan untuk membayar masuk ke dalam Mahkamah atau ke dalam akaun bersarna pemegang pertaruhan peguam cara-peguam cara plaintif dan defendan jurnlah RM2,157,085.61 iaitu baki tertunggak daripada harga jualan hartanah dalam masa 14 lnart dari tarikh perintah dan untuk dibayar keluar mengikut perintah Mahkamah di akhir kes ini. [14] Pada 3-9-2021, MTSA telah membenarkan permohonan plaintif perintah injunksi mandatori interim. [15] Tidak berpuas hati dengan keputusan MTSA, defendan memfailkan rayuannya ke Mahkamah Rayuan. Pada 24-11-2021, defendan telah menarik balik rayuannya ke atas keputusan MTSA pada 3-9-2021 itu. Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai penghakiman terus yang ditolak oleh MTSA: [16] Pada 4-10-2021, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan perayu (plaintif/Rosmawate binti Ahmad) dengan kos dan keputusan MTSA bertarikh 20-11-2020 itu diketepikan. [17] Pada 31-1-2022, Rosmawate Binti Ahmad (plaintif) memohon di MTSA di hadapan Y.A Dato’ Khadijah Idris untuk melaksanakan Perintah yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan secara bersesama terhadap Plaintif (Suzilawati binti Sidek) dan Defendan Pertama (Hafizatulazna binti Mohd Unit). [18] Pada 30-6-2022, MTSA memutuskan menolak Lampiran 50 dengan kos sebanyak RM3,000.00. Rosmawate Binti Ahmad memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. [19] Plaintif (Suzilawati binti Sidek) melalui firma guamannya iaitu T/N Chambers of Su Sidek & Co. memfailkan Notis Permohonan bertarikh 25- 2-2022 (Lampiran 52) memohon di MTSA di hadapan Y.A Dato’ Khadijah Idris untuk menggantung tindakan perlaksanaan Penghakiman Mahkamah Rayuan itu sehingga prosiding guaman di hadapan Mahkamah ini iaitu untuk mencabar Penghakiman Mahkamah Rayuan didengar. [20] Pada tarikh yang sama (30-6-2022), MTSA memutuskan menolak
Lampiran
Lampiran 52 dengan kos sebanyak RM3,000.00. T/N SSHC memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. [21] Berdasarkan semakan rekod, Mahkamah ini mendapati dan juga tidak pasti sama ada Penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh 4-10- 2021 telah dilaksanakan atau tidak terhadap T/N SSHC. Lembaga Tatatertib Peguam cara & Peguam bela: [22] Pada 27-10-2021, Plaintif dan Defendan Kedua menerima aduan daripada Lembaga Tatatertib Peguam cara & Peguam bela berkenaan dengan aduan/komplen oleh Defendan Ketiga (Rosmawate Binti Ahmad). [23] Pada 22-11-2021, Defendan Pertama memaklumkan Plaintif bahawa dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu, penghakiman terus telah dimasukkan terhadap T/N SSHC untuk jumlah RM2,486,085.61. [24] Berikutan dengan aduan/komplen tersebut, Defendan Pertama (Hafizatulazna binti Mohd Unit) dan seorang peguam di Defendan Kedua bernama Nur Hafizah binti Mohd Saleh hadir untuk memberi penjelasan kepada Plaintif (Suzilawati binti Sidek). [25] Nur Hafizah binti Mohd Saleh dan Defendan Pertama memberitahu Plaintif bahawa Nur Hafizah binti Mohd Saleh ialah rakan sesama peguam yang mendapat 1 anak guam iaitu Rosmawate Binti Ahmad dan seterusnya membawa masuk fail jual beli hartanah itu ke T/N SSHC Cawangan Ampang. Fail asal bagi jual beli hartanah itu adalah diuruskan oleh firma guaman iaitu T/N Theselim & Co. [26] Nur Hafizah binti Mohd Saleh memaklumkan kepada Plaintif bahawa Nur Hafizah binti Mohd Saleh ialah ejen kepada Zaleha binti Kiri (sebelum kematian Zaleha binti Kiri yang meninggal dunia pada 8-6-2019) dan Nur Hafizah binti Mohd Saleh menjadi ejen kepada Defendan Ketiga (selepas kematian Zaleha binti Kiri) bagi transaksi jual beli hartanah. [27] Nur Hafizah binti Mohd Saleh memberikan arahan dari semasa ke semasa kepada Defendan Pertama mengenai transaksi jual beli hartanah tersebut dan cara agihan bayaran harga belian hartanah tersebut yang dibayar oleh pembeli dan dimasukkan ke akaun pelanggan di T/N SSHC Cawangan Ampang. Akaun pelanggan adalah dalam kawalan Defendan Pertama. [28] Defendan Pertama menyatakan bahawa segala bayaran yang dibuat oleh T/N SSHC kepada penerima iaitu Rosmawate binti Ahmad dan adik beradik Rosmawate binti Ahmad adalah atas arahan Nur Hafizah binti Mohd Saleh (ejen kepada Defendan Ketiga). Tindakan undang-undang di hadapan Mahkamah ini [29] Writ saman dan pernyataan tuntutan Plaintif (Suzilawati binti Sidek) terhadap Hafizatulazna binti Mohd Unit (Defendan Pertama); S Mathavan & Nur Hafizah (Defendan Kedua); dan Rosmawate binti Ahmad (Defendan Ketiga) ialah bertarikh 7-1-2022. [30] Plaintif memplidkan bahawa terdapat penemuan keterangan dan/atau bukti baharu iaitu – • pengakuan statutori/Surat Akuan Sumpah oleh Nur Hafizah binti Mohd Saleh (ejen kepada Defendan Ketiga) bahawa Nur Hafizah binti Mohd Saleh terlibat secara langsung dalam pengeluaran baki harga belian hartanah tersebut. • sebagai ejen dan orang kepercayaan kepada Defendan Ketiga, Nur Hafizah binti Mohd Saleh ialah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Penghakiman Mahkamah Rayuan itu. • pengakuan statutori oleh Defendan Pertama tentang fakta bahawa Defendan Pertma menyembunyikan tindakan undang-undang yang diambil oleh Defendan Ketiga di MTSA dan rayuan Defendan Ketiga di Mahkamah Rayuan. • berdasarkan semakan akaun dan arahan pengeluaran oleh Defendan Ketiga, amaun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan itu adalah khilaf atas alasan salah kiraan wang baki harga belian yang dituntut oleh Rosmawate binti Ahmad. Jumlah yang betul ialah RM772,751.83 sahaja. • tiada “warrant to act” dikeluarkan oleh Defendan Pertama bagi pihak T/N SSHC kepada Defendan Kedua untuk mewakili Defendan Pertama dan Plaintif (mereka berdua ialah rakan kongsi firma). • terdapat kesangsian mengenai perlantikan Rosmawate binti Ahmad sebagai pentadbir pusaka. Ini kerana terdapat percanggahan pada tandatangan waris dalam afidavit persetujuan waris dan surat penolakan bagi permohonan Surat Kuasa Mentadbir Pusaka oleh Rosmawate binti Ahmad. [31] Berdasarkan penemuan keterangan dan/atau bukti baharu ini maka Penghakiman Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Rosmawate binti Ahmad adalah tidak sah dan terbatal. [32] Plaintif juga memplidkan bahawa – (a) wujud penipuan dan/atau frod serta tindakan curang mala fide dilakukan oleh semua Defendan yang gagal memaklumkan Plaintif untuk membela tuntutan Rosmawate binti Ahmad terhadap T/N SSHC mengikut lunas undang-undang. (b) akibat dari itu, Plaintif mengalami kesusahan dan berdepan dengan Penghakiman Mahkamah Rayuan serta kos yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Plaintif sebagai salah seorang daripada rakan kongsi di T/N SSHC. Plaintif menyatakan pelaksanaan Penghakiman akan menjejaskan aset dan profesion Plaintif. (c) Plaintif terpaksa keluar dari T/N SSHC walaupun beliaulah yang menubuhkan T/N SSHC sejak hampir 20 tahun lamanya. Ini kerana Plaintif bimbang akan berhadapan dengan masalah fail lain yang tidak diketahui Plaintif. (d) Plaintif telah membelanjakan banyak kos dan menghadapi kesusahan akibat daripada kes ini. Kesihatan mental dan fizikal serta reputasi Plaintif terjejas akibat daripada perbuatan semua Defendan, terutamanya Defendan Pertama. (e) semua Defendan telah merancang untuk melakukan frod dengan tujuan menyebabkan kerugian kepada Plaintif. [33] Plaintif memohon relief yang berikut: (a) deklarasi bahawa segala kertas kausa yang difailkan oleh Defendan Kedua bagi guaman di MTSA adalah tidak sah dan/atau terbatal ab initio. (b) deklarasi bahawa segala Perintah yang dikeluarkan oleh MTSA adalah tidak sah atas alasan “mislead” dan dengan itu membawa kepada salah dapatan di peringkat Mahkamah Rayuan yang mana adalah tidak sah dan/atau terbatal ab initio. (c) deklarasi bahawa mana-mana Perintah dan/atau sampingan lain yang berkaitan dengan Perintah di MTSA dan Mahkamah Rayuan adalah tidak sah dan/atau terbatal ab initio. (d) perintah bahawa T/N SSHC diberi tempoh 14 hari dari tarikh perintah ini untuk memasukkan kehadiran dan memfailkan pembelaan dan/atau pembelaan terpinda bagi tindakan guaman di MTSA. (e) perintah injunksi terhadap Defendan Ketiga daripada melaksanakan Penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh 4- 10-2021 terhadap Plaintif sehingga guaman ini diselesaikan terlebih dahulu. (f) Defendan-Defendan membayar ganti rugi teladan kepada Plaintif seperti mana yang ditaksirkan oleh Mahkamah ini. (g) Defendan-Defendan membayar ganti rugi am kepada Plaintif seperti mana yang ditaksirkan oleh Mahkamah ini. (h) faedah pada kadar 5% setahun dikenakan ke atas apa-apa jumlah penghakiman bagi ganti rugi teladan dan ganti rugi am dikira dari tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. (i) kos tindakan ini dan yang bersangkutan dengannya untuk ditaksirkan oleh Mahkamah ini. (j) mana-mana perintah dan/atau relief lanjut sebagaimana Mahkamah ini rasai suai manfaat. Secara alternatifnya – (a) relief terhadap Defendan Pertama ialah – i. Defendan Pertama membayar keseluruhan Penghakiman yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 4-10-2021. ii. Defendan Pertama membayar ganti rugi teladan kepada Plaintif seperti mana yang ditaksirkan oleh Mahkamah ini. iii. Defendan Pertama membayar ganti rugi am kepada Plaintif seperti mana yang ditaksirkan oleh Mahkamah ini. iv. faedah pada kadar 5% setahun dikenakan ke atas apa-apa jumlah penghakiman bagi ganti rugi teladan dan ganti rugi am dikira dari tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. v. kos tindakan ini dan yang bersangkutan dengannya untuk ditaksirkan oleh Mahkamah ini. vi. mana-mana perintah dan/atau relief lanjut sebagaimana Mahkamah ini rasai suai manfaat. (b) relief terhadap Defendan Kedua ialah – i. Defendan Kedua membayar keseluruhan Penghakiman yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 4-10- 2021. ii. Defendan Kedua membayar ganti rugi teladan kepada Plaintif seperti mana yang ditaksirkan oleh Mahkamah ini. iii. Defendan Kedua membayar ganti rugi am kepada Plaintif seperti mana yang ditaksirkan oleh Mahkamah ini. iv. faedah pada kadar 5% setahun dikenakan ke atas apa-apa jumlah penghakiman bagi ganti rugi teladan dan ganti rugi am dikira dari tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. v. kos tindakan ini dan yang bersangkutan dengannya untuk ditaksirkan oleh Mahkamah ini. vi. mana-mana perintah dan/atau relief lanjut sebagaimana Mahkamah ini rasai suai manfaat. Perbicaraan penuh [34] Perbicaraan penuh bagi kes ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 28-3-2023 dan 29-3-2023. [35] Saksi-saksi yang dipanggil ialah – 1. Plaintif Pn Theselim Begam binti Mohamed Yusoff (SP1), peguam. 2. Pn Rahmah binti Othman (SP2), peguam. 3. Suzilawati binti Sidek, Plaintif (SP3), peguam. Defendan Pertama Pn Hafizatulazna binti Mohd Unit (SD1), peguam. 1. Defendan Kedua En Segaran A/L S Mathavan (SD2-1), peguam. 2. Pn Manisah binti Muhammad (SD2-2), peguam. 3. Pn Nur Hafizah binti Mohd Saleh, (SD2-3), kerja sendiri. [36] Plaintif memfailkan isu untuk dibicarakan terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua seperti yang berikut: Isu Untuk Dibicarakan Terhadap Defendan Pertama (D1) (a) sama ada D1 dengan curang sengaja menyembunyikan penerimaan writ saman dan pernyataan tuntutan daripada Plaintif? (b) sama ada D1 telah berpakat dengan Nur Hafizah binti Mohd Saleh dan berniat jahat melantik D2 tanpa merujuk kepada Plaintif? (c) sama ada D1 berniat jahat sengaja membenarkan D2 memfailkan segala kertas kausa dan pembelaan tanpa merujuk kepada Plaintif? (d) sama ada D1 cuai dan berniat jahat menyembunyikan penghakiman dan rayuan berjumlah RM2,486,085.61 terhadap T/N SSHC? Isu Untuk Dibicarakan Terhadap Defendan Kedua (D2) (a) sama ada D2 sengaja dan berpakat dengan D1 untuk tidak mendapatkan warrant to act bagi pihak T/N SSHC? (b) sama ada D2 sengaja dan berpakat dengan D1 untuk merahsiakan tuntutan terhadap D3 daripada Plaintif? (c) sama ada D2 dengan curangnya memfailkan kertas kausa yang tidak tepat bagi melindungi fakta yang sebenar terjadi antara D1, D2 dan D3 serta bagi melindungi kepentingan rakan subahatnya, Nur Hafizah binti Mohd Saleh? (d) sama ada D2 dengan curang dan sengaja mewakili T/N SSHC tanpa kebenaran Plaintif bagi memastikan keterangan dipalsukan selari dengan niat bersama untuk “mislead” Mahkamah? (e) sama ada D2 gagal mendapatkan arahan memfailkan Notis Usul Kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan? (f) sama ada D2 mendapat arahan daripada D1 melalui Nur Hafizah binti Mohd Saleh bagi bertindak membela T/N SSHC dalam guaman BA-22NCvC-234-07/2020 dan rayuan di Mahkamah Rayuan? (g) sama ada D1 mengetahui tentang prosiding guaman BA-22NCvC- 234-07/2020 dan rayuan di Mahkamah Rayuan dari permulaan guaman hingga ke masa arahannya untuk tidak merayu ke Mahkamah Persekutuan? (h) sama ada tindakan dan ketinggalan (acts and omissions) serta pengetahuan D1 mengenai prosiding guaman BA-22NCvC-234- 07/2020 dan rayuan di Mahkamah Rayuan boleh dikait pengetahuan (imputed knowledge) kepada Plaintif sebagai rakan kongsi T/N SSHC dan mengikat Plaintif? (i) sama ada tingkah laku dan pengendalian (conduct) seorang rakan kongsi satu firma peguam boleh dianggap sebagai suatu ‘retainer’ kepada D2 yang mengikat Plaintif? [37] Keterangan saksi-saksi Plaintif: (a) Pn Theselim Begam binti Mohamed Yusoff (SP1), peguam • sebelum T/N SSHC mengendalikan fail hartanah dalam kes MTSA itu, T/N Theselim Mohd Yusof adalah firma guaman yang menguruskan fail mengenai hartanah milik Zaleha binti Kiri • pada penghujung tahun 2014, peguam cara bakal pembeli hartanah menyaman T/N Theselim Mohd Yusof untuk mendapatkan semula wang pendahuluan sebanyak 2% daripada harga belian. Ini kerana permohonan bagi penghakiman terus di MTSA memutuskan bahawa pembeli asal hartanah itu ialah pembeli yang berhak membeli hartanah itu. • Pn Theselim dan rakan kongsi firma guaman T/N Theselim Mohd Yusof menghadapi masalah hingga menyebabkan Pn Theselim membubarkan firma guaman itu. • fail yang dikendalikan oleh T/N Theselim Mohd Yusof diambil alih oleh T/N SSHC di Cawangan Ampang. • sekitar bulan Mei 2022, Plaintif menghubungi Pn Theselim untuk mengetahui berkenaan dengan fail kes hartanah Zaleha binti Kiri yang diambil alih oleh T/N SSHC. (b) Pn Rahmah binti Othman (SP2), peguam • mengenali Nur Hafizah binti Mohd Saleh semasa sama-sama menuntut di matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa. • Nur Hafizah binti Mohd Saleh telah meminta Pn Rahmah yang merupakan rakan kongsi di T/N Rahmah & Co. mengendalikan fail-fail yang dibawa masuk oleh Nur Hafizah binti Mohd Saleh termasuk fail kes hartanah Zaleha binti Kiri. • apabila Pn Rahmah meletakkan jawatan di firma T/N Rahmah & Co. fail kes hartanah Zaleha binti Kiri yang diambil alih oleh suatu firma lain yang beliau tidak pasti namanya • baru-baru ini, Plaintif dan Pn Theselim menghubungi beliau. (c) Suzilawati binti Sidek, Plaintif (SP3), peguam • Plaintif hanya mengetahui mengenai Penghakiman Mahkamah Rayuan terhadap T/N SSHC apabila menerima aduan daripada Lembaga Tatatertib Peguam cara & Peguam bela pada bulan September 2021. • pada bulan 22-11-2021, Defendan Pertama memaklumkan penjelasan mengenai Penghakiman Mahkamah Rayuan kepada Plaintif. • pada 9-3-2023 iaitu sebelum perbicaraan penuh kes ini di hadapan Mahkamah ini, pendengaran kes tatatertib telah didengar oleh Lembaga Tatatertib Peguam cara & Peguam bela dan kini menanti untuk pemfailan hujahan bertulis. • Plaintif yang sangat terkejut dan marah dengan Penghakiman Mahkamah Rayuan terhadap T/N SSHC telah meminta Defendan Pertama menyerahkan Penghakiman Mahkamah Rayuan & kertas kausa yang berkenaan. Defendan Pertama menulis surat kepada Defendan Kedua untuk mendapatkan kertas kausa yang berkenaan. Plaintif memperoleh sebahagian daripada kertas kausa daripada Defendan Kedua dan Plaintif juga memperoleh maklumat melalui carian di eFiling kehakiman. • Defendan Pertama memberitahu Plaintif bahawa Nur Hafizah binti Mohd Saleh ialah rakan kongsi di Defendan Kedua. • Defendan Pertama dan Nur Hafizah binti Mohd Saleh hadir di SSHC Cawangan Kajang untuk menjelaskan mengenai kes Zaleha binti Kiri dan Penghakiman Mahkamah Rayuan. • Plaintif juga menghubungi Pn Theselim untuk mendapatkan maklumat mengenai fail kes Zaleha binti Kiri dan Plaintif mendapati terdapat fakta yang tidak dimasukkan dalam kertas kausa kes Zaleha binti Kiri itu. • apabila Defendan Pertama menamatkan sewaan premis firma T/N SSHC di Ampang, Defendan Pertama memaklumkan Plaintif bahawa Nur Hafizah binti Mohd Saleh menyewa (sub-let) 1 bilik di T/N SSHC Cawangan Ampang. Plaintif menemui beberapa dokumen dan maklumat penting dan baharu mengenai kes Zaleha binti Kiri. • terdapat deklarasi statutori Nur Hafizah binti Mohd Saleh yang mengakui bertanggungjawab ke atas Penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh 4-10-2021. • Defendan Kedua memaklumkan kepada Plaintif bahawa T/N SSHC tidak merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Ryuan dan tempoh merayu juga telah tamat. • Plaintif mendapati dan percaya bahawa terdapat salah dapatan mengenai fakta kes Zaleha binti Kiri khususnya mengenai penjualan hartanah oleh Zaleha binti Kiri dan selanjutnya diteruskan oleh Rosmawate binti Ahmad. • Plaintif mendapati bahawa tiada warrant to act daripada Plaintif mahupun Defendan Pertama selaku rakan kongsi di T/N SSHC diberikan kepada Defendan Kedua. • Plaintif mendapati bahawa tiada kehadiran Plaintif secara individu dimasukkan untuk membela dalam kes di MTSA itu sebagaimana yang sepatutnya. • Plaintif hanya menguruskan T/N SSHC Cawangan Kajang dan tiada pengetahuan tentang transaksi serta akaun yang diuruskan oleh T/N SSHC Cawangan Ampang. [38] Keterangan saksi Defendan Pertama iaitu Pn Hafizatulazna binti Mohd Unit, Defendan Pertama (SD1): • dalam perbicaraan penuh di hadapan Mahkamah ini, apabila menjawab soalan Mahkamah mengenai beberapa perenggan dalam penyata saksi-saksi, pihak-pihak memberitahu bahawa En Mahfudz bin Raup dari T/N Mahfudz & Co. ialah suami kepada Pn Hafizatulazna binti Mohd Unit dan peguam yang mewakili Pn Hafizatulazna binti Mohd Unit dalam kes di hadapan Mahkamah ini. • T/N SSHC di Reko Sentral, Kajang yang dikendalikan oleh Plaintif dan Pn Hafizatulazna binti Mohd Unit menjadi rakan kongsi di T/N SSHC pada sekitar tahun 2015. • Defendan Pertama kemudiannya membuka cawangan firma T/N SSHC di City Garden Commercial Centre Taman Nirwana, Ampang dan dikendalikan sepenuhnya oleh Defendan Pertama. • Plaintif tiada pengetahuan dan tidak menguruskan apa-apa pentadbiran, keputusan serta tiada akses berkenaan dengan T/N SSHC Cawangan Ampang. • fail kes Zaleha binti Kiri dibawa masuk oleh Nur Hafizah binti Mohd Saleh ke T/N SSHC Cawangan Ampang. Defendan Pertama mengenali Zaleha binti Kiri dan anak perempuan Zaleha binti Kiri iaitu Rosmawate binti Ahmad apabila Defendan Pertama menguruskan mengenai transaksi penjualan hartanah milik Zaleha binti Kiri. • Defendan Pertama mengenali Nur Hafizah binti Mohd Saleh melalui hubungan sebagai sahabat-sahabat peguam dan percaya bahawa Nur Hafizah binti Mohd Saleh ialah juga seorang peguam di Defendan Kedua. • pembeli hartanah Zaleha binti Kiri melalui peguam cara pembeli telah membayar sebanyak RM5,899,887.97 ke dalam akaun T/N SSHC Cawangan Ampang. • dalam pendengaran kes tatatertib di Lembaga Tatatertib Peguam cara & Peguam bela, Defendan Pertama telah menjelaskan mengenai hubungan Defendan Pertama dengan Nur Hafizah binti Mohd Saleh; dan semua transaksi akaun client T/N SSHC Cawangan Ampang. • Defendan Pertama membuat dan melepaskan semua bayaran kepada penerima-penerima sebagaimana arahan Nur Hafizah binti Mohd Saleh. Defendan Pertama memperoleh fee bagi transaksi jual beli hartanah Zaleha binti Kiri. • sebagaimana arahan Defendan Pertama, Nur Hafizah binti Mohd Saleh membuat deklarasi statutori berkenaan dengan pembayaran bagi transaksi jual beli hartanah Zaleha binti Kiri. Nur Hafizah binti Mohd Saleh juga mengakujanji untuk membayar kembali wang yang diambilnya kepada firma Defendan Pertama iaitu T/N SSHC Cawangan Ampang. • berdasarkan carian, Defendan Pertama mendapati bahawa Nur Hafizah binti Mohd Saleh ialah seorang bankrap. • Rosmawate binti Ahmad (Defendan Ketiga) masih mmpunyai baki tertunggak bagi fee kepeguaman kepada T/N SSHC Cawangan Ampang. • akibat daripada kes Zaleha binti Kiri, Defendan Pertama mengalami depresi teruk dan kini tidak lagi menjadi peguam. [39] Keterangan saksi-saksi Defendan Kedua: (a) En Segaran A/L S. Mathavan, peguam (SD2-1) • SD2-1 ialah pemilik tunggal firma guaman Tetuan S Mathavan & Nur Hafizah (Defendan Kedua). • Nur Hafizah binti Mohd Saleh ialah rakan kongsi di Defendan Kedua sehingga tahun 2002 apabila Nur Hafizah binti Mohd Saleh keluar meninggalkan firma Defendan Kedua. • Defendan Kedua mewakili T/N SSHC di MTSA dan memfailkan memorandum kehadiran dan pembelaan. • bagi permohonan interlokutori untuk penghakiman terus itu, Defendan Kedua telah memfailkan bantahan sebagaimana diikrarkan oleh Defendan Pertama. • Defendan Kedua juga membantah permohonan interlokutori oleh Rosmawate binti Ahmad bagi permohonan injunksi mandatori. • sebagai peguam kepada T/N SSHC, Defendan Kedua telah memfailkan dokumen dan hujahan untuk membantah permohonan penghakiman terus. MTSA membenarkan bantahan Defendan Kedua. • namun, pada peringkat rayuan, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan perayu (plaintif/Rosmawate binti Ahmad). • berdasarkan arahan oleh Defendan Pertama yang diterima daripada Nur Hafizah binti Mohd Saleh, responden (T/N SSHC) tidak memohon “leave” untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan. • SD2-1 menyatakan bahawa tindakan undang-undang yang dibawa oleh plaintif/Rosmawate binti Ahmad ialah terhadap T/N SSHC dan Defendan Kedua menjadi peguam kepada T/N SSHC memandangkan Nur Hafizah binti Mohd Saleh ialah bekas peguam/rakan kongsi di Defendan Kedua. • segala urusan mengenai jual beli hartanah Zaleha binti Kiri dialamatkan kepada Defendan Pertama di T/N SSHC Cawangan Ampang. • Defendan Kedua menganggap dengan niat baik bahaw Defendan Pertama dan Plaintif ialah rakan kongsi di Cawangan Ampang. • SD2-1 menyatakan bahawa Defendan Kedua tiada tugas untuk berhati-hati dan tidak bertanggungan ke khususnya kepada Plaintif secara berasingan daripada tugas untuk bertindak secara munasabah kepada T/N SSHC yang diwakili oleh Defendan Pertama. • berkenaan dengan tuntutan Rosmawate binti Ahmad itu, SD2-1 menyatakan bahawa SD-2-1 telah memfailkan pembelaan. Selepas SD2-1 diberitahu mengenai pemfailan 2 permohonan interlokutori (penghakiman terus dan injunksi mandatori) oleh Rosmawate binti Ahmad, SD2-1 telah mengarahkan SD2-2 (rakan kongsinya ketika itu) untuk mendapatkan fakta dan keterangan daripada SD2-3 (Nur Hafizah binti Mohd Saleh) bagi tujuan penyediaan afidavit jawapan. SD2-1 telah menyemak dan meluluskan afidavit jawapan untuk diikrarkan oleh Defendan Pertama. • Defendan Kedua tidak terlibat dalam transaksi jual beli hartanah Zaleha binti Kiri. Defendan Kedua hanyalah menjadi peguam bagi pihak T/N SSHC semata-mata. SD2-1 mengetahui bahawa Nur Hafizah binti Mohd Saleh terlibat secara mendalam bagi transaksi jual beli hartanah Zaleha binti Kiri. • berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Plaintif mengenai “warrant to act”, SD2-1 menyatakan bahawa “a warrant to act is not always necessary. a warrant to act is normally inferred from the conduct of the parties and where no objections are raised at the material time.”. • Defendan Kedua telah menerima bayaran fee bagi tugasnya daripada T/N SSHC (pemfailan pembelaan dll serta rayuan bagi pihak SSHC). Walau bagaimanapun, terdapat baki tertunggak fee yang belum diselesaikan oleh T/N SSHC kepada Defendan Kedua. (b) Pn Manisah binti Muhamad, peguam (SD2-2) • SD2-2 menjadi rakan kongsi di firma Defendan Kedua pada bulan Julai 2020 hingga Oktober 2021. SD2-2 berhenti menjadi rakan kongsi dan keluar dari firma Defendan Kedua pada pertengahan Februari 2022. • SD2-1 memberitahu SD2-2 mengenai guaman di Mahkamah ini atas pengataan bahawa Defendan Kedua telah melakukan penipuan dan cuai dalam mengendalikan kes mewakili T/N SSHC. • Defendan Kedua telah melaksanakan tugasnya dalam pengendalian guaman mewakili T/N SSHC. • SD2-1 ialah peguam yang mengendalikan hujahan bertulis di MTSA dan Mahkamah Rayuan. (c) Pn Nur Hafizah binti Mohd Saleh, broker hartanah (SD2-3) • SD2-3 seorang property broker (pada masa ini). SD2-3 memperoleh ijazah undang-undangnya dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. • SD2-3 menjadi peguam dan rakan kongsi di Defendan Kedua sehingga tahun 2022 dan selepas itu meninggalkan firma Defendan Kedua untuk terlibat dalam perniagaan hartanah. • SD2-3 mengetahui mengenai Plaintif apabila Defendan Pertama mengajaknya hadir berjumpa Plaintif di T/N SSHC Cawangan Kajang bagi tujuan memberikan penjelasan mengenai surat aduan yang diterima daripada Lembaga Tatatertib Peguam cara & Peguam bela. • aduan Rosmawate binti Ahmad ialah keengganan T/N SSHC membayar Penghakiman Mahkamah Rayuan kepada Rosmawate binti Ahmad. • apabila T/N SSHC disaman oleh Rosmawate binti Ahmad, SD2-3 telah mensyorkan Defendan Kedua untuk mewakili T/N SSHC. • SD2-3 memberikan maklumat yang berkenaan kepada Defendan Kedua untuk membela terhadap tuntutan Rosmawate binti Ahmad yang menuntut baki bayaran pembelian hartanah Zaleha binti Kiri. Baki bayaran itu dipertikaikan oleh T/N SSHC. Maka, SD2-3 telah memberikan segala fakta dan keadaan mengenai transaksi hartanah tersebut. • prosiding di MTSA dikendalikan oleh Defendan Kedua. • berkenaan dengan “kekalahan” T/N SSHC di peringkat Mahkamah Rayuan, SD2-3 telah berbincang dengan Defendan Pertama dan Defendan Pertama bersetuju untuk tidak memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan. • SD2-3 menyatakan bahawa segala tindakan telah diambil untuk kes di MTSA. Tiada konspirasi, frod dan kecuaian dilakukan oleh Defendan Kedua dalam kes guaman di MTSA untuk merugikan Plaintif. Analisis, dapatan dan keputusan [40] Berdasarkan carian, Mahkamah ini mendapati pada tahun 2015 lagi pembeli (Salam Suci Sdn Bhd) kepada hartanah Zaleha binti Kiri telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Zaleha binti Kiri dan Rosmawate binti Ahmad di MTSA iaitu Salam Suci Sdn Bhd v. Zaleha binti Kiri & 1 Lg [2015] 1 LNS 1128. MTSA telah membenarkan dengan kos permohonan plaintif di bawah Aturan 81 kaedah (1) (1)(a) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 [P.U.(A) 205/2012] memohon penghakiman terus dimasukkan terhadap defendan-defendan bagi melaksanakan secara spesifik perjanjian jual beli di antara plaintif dan defendan. [41] Tuntutan Plaintif iaitu salah seorang rakan kongsi di T/N SSHC terhadap rakan kongsinya yang satu lagi iaitu Defendan Pertama (Hafizatulazna binti Mohd Unit); Defendan Kedua (firma guaman yang mewakili T/N SSHC di peringkat MTSA dan Mahkamah Rayuan); dan Defendan Ketiga (Rosmawate binti Ahmad, penjual hartanah). [42] Apabila Rosmawate binti Ahmad, penjual hartanah menuntut baki bayaran daripada transaksi jual beli hartanah arwah ibunya (Zaleha binti Kiri) di MTSA sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan, Penghakiman Mahkamah Rayuan adalah muktamad di mana T/N SSHC hendaklah membayar kepada Rosmawate binti Ahmad jumlah Penghakiman tersebut. [43] Pengataan Plaintif dalam pernyataan tuntutannya bahawa wujud keterangan baharu dan/atau bukti baharu iaitu – • pengakuan statutori oleh Nur Hafizah binti Mohd Saleh (ejen kepada Defendan Ketiga) bahawa Nur Hafizah binti Mohd Saleh terlibat secara langsung dalam pengeluaran baki harga belian hartanah tersebut. • sebagai ejen dan orang kepercayaan kepada Defendan Ketiga, Nur Hafizah binti Mohd Saleh ialah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Penghakiman Mahkamah Rayuan itu. • pengakuan statutori oleh Defendan Pertama tentang fakta bahawa Defendan Pertama menyembunyikan tindakan undang-undang yang diambil oleh Defendan Ketiga di MTSA dan rayuan Defendan Ketiga di Mahkamah Rayuan. • berdasarkan semakan akaun dan arahan pengeluaran oleh Defendan Ketiga, amaun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan itu adalah silap atas alasan salah kiraan wang baki harga belian yang dituntut oleh Rosmawate binti Ahmad. Jumlah yang betul ialah RM772,751.83 sahaja. • tiada “warrant to act” dikeluarkan oleh Defendan Pertama bagi pihak T/N SSHC kepada Defendan Kedua untuk mewakili Defendan Pertama dan Plaintif (mereka berdua ialah rakan kongsi firma). • terdapat kesangsian mengenai perlantikan Rosmawate binti Ahmad sebagai pentadbir pusaka. Ini kerana terdapat percanggahan pada tandatangan waris dalam afidavit persetujuan waris dan surat penolakan bagi permohonan Surat Kuasa Mentadbir Pusaka oleh Rosmawate binti Ahmad. [44] Berdasarkan penemuan keterangan dan/atau bukti baharu ini maka Plaintif memplidkan bahawa Penghakiman Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Rosmawate binti Ahmad adalah tidak sah dan terbatal. [45] Plaintif memfailkan tuntutannya di hadapan Mahkamah ini untuk mengisytiharkan bahawa deklarasi bahawa segala kertas kausa yang difailkan oleh Defendan Kedua bagi guaman di MTSA adalah tidak sah dan/atau terbatal ab initio; deklarasi bahawa segala Perintah yang dikeluarkan oleh MTSA adalah tidak sah atas alasan “mislead” dan dengan itu membawa kepada salah dapatan di peringkat Mahkamah Rayuan yang mana adalah tidak sah dan/atau terbatal ab initio; deklarasi bahawa mana-mana Perintah dan/atau sampingan lain yang berkaitan dengan Perintah di MTSA dan Mahkamah Rayuan adalah tidak sah dan/atau terbatal ab initio; perintah bahawa T/N SSHC diberi tempoh 14 hari dari tarikh perintah ini untuk memasukkan kehadiran dan memfailkan pembelaan dan/atau pembelaan terpinda bagi tindakan guaman di MTSA; perintah injunksi terhadap Defendan Ketiga daripada melaksanakan Penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh 4-10-2021 terhadap Plaintif sehingga guaman ini diselesaikan terlebih dahulu. [46] Guaman ini telah selesai apabila perbicaraan penuh diadakan di hadapan Mahkamah ini dan pada 30-5-2023, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak tuntutan Plaintif. Secara ringkasnya, penghakiman Mahkamah ini yang dinyatakan dalam prosiding eReview ialah – “… Plaintif telah mensapina Defendan Ketiga untuk menjadi saksinya pada tarikh perbicaraan penuh di hadapan Mahkamah ini. Namun begitu Defendan Ketiga tidak hadir dan Plaintif dalam hujahannya menyatakan bahawa “Mahkamah meminta supaya kes Plaintif ditutup pada 28-3-2023). Maka Permohonan untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Rosmawate binti Ahmad (Defendan 3) tidak dapat dilaksanakan.”. Plaintif memplidkan – (a) butir-butir fraud dan kecuaian Defendan Pertama dan Defendan Kedua. (b) butir-butir fraud Defendan Ketiga. (c) penemuan keterangan dan/atau bukti baharu bagi kes guaman terdahulu. Mahkamah ini mendapati tiada unsur fraud dan kecuaian dilakukan oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua terhadap Plaintif. Penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan dan memihak kepada Rosmawate binti Ahmad berdasarkan guaman dari Mahkamah Tinggi adalah sebagaimana penemuan fakta dan undang-undang oleh Mahkamah Rayuan. Berkenaan dengan rayuan Plaintif terhadap keputusan Mahkamah ini mengenai Rosmawate binti Ahmad (Defendan Ketiga) yang masih menanti pendengaran di Mahkamah Rayuan dan tanpa apa-apa penangguhan prosiding, maka perbicaraan penuh di hadapan Mahkamah ini diteruskan sebagaimana arahan dalam PTCM. Sekiranya, keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan itu memihak kepada Plaintif, maka apa-apa jua keputusan Mahkamah Rayuan adalah di antara Plaintif dan Rosmawate binti Ahmad (Defendan Ketiga). Mahkamah ini memutuskan, atas imbangan kebarangkalian, tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah ditolak. Selanjutnya, Mahkamah ini mengawardkan kos sebanyak RM10,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama dan kos sebanyak RM15,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Kedua.”. [47] Plaintif memplidkan bahawa Surat Akuan bertarikh 17-11-2021 yang ditandatangani oleh Nur Hafizah binti Mohd Saleh/SD2-3 (rujuk Ikatan Dokumen B1 Bahagian A pada muka surat 119 hingga 121) adalah bukti mengenai – • penglibatan SD2-3 dalam transaksi jual beli tanah Zaleha binti Kiri. • pembayaran harga belian hartanah ke akaun T/N SSHC Cawangan Ampang. • pembayaran oleh T/N SSHC Cawangan Ampang kepada Zaleha binti Kiri, Rosmawate binti Ahmad dan penama-penama/waris-waris Zaleha binti Kiri. • pengakuan SD2-3 bahawa SD2-3 telah memperdaya Defendan Pertama; pengakuan SD2-3 bahawa SD2-3 cuai hingga mengakibatkan T/N SSHC terpaksa menanggung Penghakiman sebanyak RM2,486,085.61; dan pengakuan SD2-3 bahawa SD2-3 bertanggungan sepenuhnya terhadap baki RM2,486,085.61 sebagaimana dituntut oleh Rosmawate binti Ahmad untuk dibayar pada 22-11-2021. [48] Semasa memberikan keterangan, SD2-3 menyatakan bahawa kandungan Surat Akuan itu tidak betul dan Surat Akuan dibuat di belakang SD2-3. SD2-3 menandatangani Surat Akuan tersebut sebelum disiapkan dengan lengkap. Plaintif tidak memanggil Noraiha binti Norasid, Pesuruhjaya Sumpah dari T/N Raiha Law Chambers, Reko Sentral, Kajang. [49] Mahkamah ini mendapati bahawa tarikh Surat Akuan iaitu 17-11- 2021 ialah tarikh di mana SD2-3 dan Defendan Pertama hadir untuk memberikan penjelasan berkenaan dengan Surat Aduan daripada Lembaga Tatatertib Peguam cara & Peguam bela. [50] Mahkamah Rayuan dalam kes Yow Man Kong v. Ghandirajan Arjunan & Anor [2023] 3 CLJ 503 memutuskan, antara lain – “Parties have gone through the legal process in the earlier suit right up to the Court of Appeal. The law says there must be a finality in a judgment. The law also says a party should not be vexed twice. The previous judgment is a final judgment. The appellant has been vexed twice. In the circumstances of the case, we hold estoppel by res judicata in a broader sense applies. We cannot permit the respondents to re-open the same subject matter again.”. [51] Isu sama ada Defendan Pertama dengan curang sengaja menyembunyikan penerimaan writ saman dan pernyataan tuntutan daripada Plaintif? Keputusan Mahkamah ini – (a) Mahkamah ini mendapati sepanjang masa material, fail yang diterima oleh Defendan Pertama (T/N SSHC, Cawangan Ampang) adalah dikendalikan sepenuhnya oleh Defendan Pertama khususnya mengenai dokumen jual beli dan pindah milik daripada Penjual (Zaleha Kiri dan Rosmawate binti Ahmad/pentadbir harta pusaka Zaleha binti Kiri) dan transaksi pembayaran oleh Pembeli kepada peguam Penjual (T/N SSHC Cawangan Ampang). (b) tindakan undang-undang yang diambil oleh Penjual (Zaleha Kiri dan Rosmawate binti Ahmad/pentadbir harta pusaka Zaleha binti Kiri) untuk mendapatkan baki wang pembayaran telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Mahkamah ini tiada bidang kuasa untuk mengakaskan keputusan Mahkamah Rayuan dan untuk memberikan deklarasi bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu tidah sah dan terbatal ab initio. (c) sebagaimana yang diplidkan dengan jelas bahawa T/N SSHC yang mempunyai 2 Cawangan yang mana tadbir urus dan kewangan dikawal oleh Plaintif bagi Cawangan Kajang dan Defendan Pertama bagi Cawangan Ampang, tiada apa-apa keterangan dan tiada secalit bukti dikemukakan oleh Plaintif di hadapan Mahkamah ini mengenai kebertanggungan kedua-dua rakan kongsi bagi T/N SSHC. (d) hanya apabila mendapat Surat daripada Lembaga Tatatertib Peguam cara & Peguam bela baharulah Plaintif bertindak terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua serta Defendan Ketiga untuk menegaskan bahawa Plaintif telah ditipu sehingga terpaksa menanggung beban hutang membayar Penghakiman Mahkamah Rayuan. (e) berkenaan dengan salah dapatan mengenai keputusan Mahkamah Rayuan, bukanlah tugas dan bidang kuasa Mahkamah ini untuk mengisytiharkan “kekhilafan Mahkamah Rayuan” sebagaimana yang diplidkan oleh Plaintif. Mahkamah Persekutuan ialah tempat untuk Plaintif mendapatkan keputusan bagi mengakas keputusan Mahkamah Rayuan. [52] Isu sama ada Defendan Pertama telah berpakat dengan Nur Hafizah binti Mohd Saleh dan berniat jahat melantik Defendan Kedua tanpa merujuk kepada Plaintif; sama ada Defendan Pertama berniat jahat sengaja membenarkan Defendan Kedua memfailkan segala kertas kausa dan pembelaan tanpa merujuk kepada Plaintif; sama ada Defendan Pertama cuai dan berniat jahat menyembunyikan penghakiman dan rayuan berjumlah RM2,486,085.61 terhadap T/N SSHC? Keputusan Mahkamah ini – (a) keterangan Defendan Pertama adalah jelas dan tiada apa-apa kelakuan Defendan Pertama yang menguruskan transaksi jual beli hartanah itu telah menyelewengkan transaksi hartanah itu dan akaun T/N SSHC Cawangan Ampang telah ditunjukkan kepada Mahkamah ini di mana bayaran telah dibuat sebagaimana arahan oleh Penjual (Rosmawate binti Ahmad). (b) apabila Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Penjual (plaintif/Rosmawate binti Ahmad) layak dan berhak kepada penghakiman terus untuk menuntut baki bayaran daripada T/N SSHC maka apa-apa pertikaian mengenai kekhilafan baki bayaran; percanggahan pada tandatangan waris dalam afidavit persetujuan waris dan surat penolakan bagi permohonan Surat Kuasa Mentadbir Pusaka oleh Rosmawate binti Ahmad adalah isu untuk dibicarakan di MTSA dalam guaman terdahulu. Keputusan MTSA bahawa wujud isu untuk dibicarakan dan plaintif/Rosmawate binti Ahmad tidak layak dan tidak berhak kepada penghakiman terus untuk menuntut baki bayaran daripada T/N SSHC telah diketepikan oleh Mahkamah Rayuan. (c) Defendan Pertama yang disaman melalui firma guamannya iaitu T/N SSHC Cawangan Ampang telah melantik Defendan Kedua memfailkan segala kertas kausa dan pembelaan. Tiada apa-apa niat jahat dilakukan oleh Defendan Pertama. (d) dalam keterangan Defendan Pertama di hadapan Mahkamah ini, Defendan Pertama memberikan kerjasama dan membantu peguamnya iaitu Defendan Kedua mempertahankan pembelaan T/N SSHC Cawangan Ampang bagi tuntutan plaintif/Rosmawate binti Ahmad. (e) semata-mata tidak merujuk kepada Plaintif bukanlah bukti bahawa Defendan berniat jahat. Plaintif sendiri tidak memberikan keterangan mengenai keberadaan dan tadbir urus bagi kedua-dua Cawangan T/N SSHC. [53] Isu yang dibangkitkan oleh Plaintif terhadap Defendan Kedua iaitu – • sama ada Defendan Kedua sengaja dan berpakat dengan Defendan Pertama untuk tidak mendapatkan warrant to act bagi pihak T/N SSHC; • sama ada Defendan Kedua sengaja dan berpakat dengan Defendan Pertama untuk merahsiakan tuntutan terhadap Defendan Ketiga daripada Plaintif; • sama ada Defendan Kedua dengan curangnya memfailkan kertas kausa yang tidak tepat bagi melindungi fakta yang sebenar terjadi bagi melindungi kepentingan rakan subahatnya, Nur Hafizah binti Mohd Saleh; • sama ada Defendan Kedua dengan curang dan sengaja mewakili SSHC tanpa kebenaran Plaintif bagi memastikan keterangan dipalsukan selari dengan niat bersama untuk “mislead’ Mahkamah? • sama ada Defendan Kedua gagal mendapatkan arahan memfailkan Notis Usul Kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan; • sama ada Defendan Kedua mendapat arahan daripada Defendan Pertama melalui Nur Hafizah binti Mohd Saleh bagi bertindak membela T/N SSHC dalam guaman BA-22NCvC- 234-07/2020 dan rayuan di Mahkamah Rayuan; • sama ada Defendan Pertama mengetahui tentang prosiding guaman BA-22NCvC-234-07/2020 dan rayuan di Mahkamah Rayuan dari permulaan guaman hingga ke masa arahannya untuk tidak merayu ke Mahkamah Persekutuan; • sama ada tindakan dan ketinggalan (acts and omissions) serta pengetahuan Defendan Pertama mengenai prosiding guaman BA-22NCvC-234-07/2020 dan rayuan di Mahkamah Rayuan boleh dikait pengetahuan (imputed knowledge) kepada Plaintif sebagai rakan kongsi T/N SSHC dan mengikat Plaintif; • sama ada tingkah laku dan pengendalian (conduct) seorang rakan kongsi satu firma peguam boleh dianggap sebagai suatu ‘retainer’ kepada Defendan Kedua yang mengikat Plaintif? Keputusan Mahkamah ini – (a) keterangan peguam-peguam di T/N S Mathavan & Nur Hafizah di hadapan Mahkamah ini adalah diyakini. Kesemua peguam yang mewakili T/N SSHC Cawangan Ampang dalam prosiding di MTSA dan Mahkamah Rayuan telah melaksanakan tugas untuk memastikan segala kertas kausa terhadap T/N SSHC Cawangan Ampang difailkan dengan teratur. (b) kertas kausa yang difailkan oleh Defendan Kedua sebagai peguam bagi T/N SSHC Cawangan Ampang adalah dibuat dengan teratur. Tiada penghakiman ingkar kehadiran, tiada penghakiman ingkar pembelaan, tiada kelewatan pemfailan afidavit mahupun hujahan dan kehadiran peguam Defendan Kedua dalam prosiding di Mahkamah baik secara eReview kerana pada tempoh itu negara mulai pada 3-1-2020 mengalami Covid-19 pandemic adalah bukti nyata bahawa tiada apa-apa kecuaian, penipuan dan omission dilakukan oleh Defendan Kedua. [54] Plaintif membangkitkan isu sama ada Defendan Kedua sengaja dan berpakat dengan Defendan Pertama untuk tidak mendapatkan warrant to act bagi pihak T/N SSHC. Mahkamah ini mendapati kes ini melibatkan pihak-pihak yang terdiri daripada peguam-peguam. Plaintif juga tidak memberikan apa-apa bukti berkenaan dengan SOP firma guamannya kini mahupun firma guamannya terdahulu (T/N SSHC Cawangan Kajang) mengenai “warrant to act”. [55] Peguam cara Defendan Kedua terpelajar merujuk kes MH Land Sdn Bhd v Ribbon Marketing Sdn Bhd [2016] 6 CLJ 99 di mana Mahkamah memutuskan bahawa “a warrant to act can be established by conduct of the parties. S.40, illustration (b) of the Contracts Act 1950 is also a stipulation that an authority to act can be evidenced by the conduct of the parties, especially in instances of acquiescence of the parties.”. [56] Berkenaan dengan isu kecuaian peguam Defendan Kedua, Peguam cara Defendan Kedua terpelajar menghujahkan bahawa 4 elemen mesti dibuktikan oleh Plaintif terhadap Defendan Kedua sebagaimana keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Shearn Delamore & Co v Sadacharamani Govindasamy [2017] 2 CLJ 665, – “the law on professional negligence: Aside from the 3 elements of negligence simpliciter ie:- i) that a duty of care is owed to the Plaintiff by the Defendant; ii) that there was a breach of that duty of care; and iii) that in consequence thereof he suffered damages; there is a 4th element where it involves professional negligence, ie:- iv) that the standard of care expected is that of a reasonable practitioner in that profession and not merely that of an ordinary reasonable man. The Shearn Delamore case above states that in a professional negligence case all 4 elements must be pleaded and proved. [57] Plaintif memplidkan bahawa wujud elemen fraud dalam guaman yang dikendalikan oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v. kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] 3 MLJ 1, Mahkamah Persekutuan memutuskan erti perkataan “fraud” dalam seksyen 44 Evidence Act 1950 seperti yang berikut: [39] Our view is that fraud of which s. 44 of the Act speaks refers to an actual fraud and not constructive fraud ie, fraud practised by the other side must have prevented the respondents from placing their case before the court. [40] The fraud must be actual positive fraud, a meditated and intentional contrivance to keep the parties and the court in ignorance of the decree by the contrivance (see Patch v. Ward). [41] The earlier judgment cannot be impeached or set aside on a mere general allegation of fraud. It must be shown with sufficient details how, when, where and in what way the alleged fraud was committed. xxx [47] As to how fraud may be established, the Court of Appeal in Chee Pok Choy’s case states that the allegation of fraud must be established by evidence. The court refers to Satish Chandra v. Satish Kantha Roy AIR 1923 PC 7, which held at p. 76: Charges of fraud and collusion like those contained in the plaint in this case must, no doubt, be proved by those who make them-proved by established facts or inferences legitimately drawn from those facts taken together as a whole. Suspicions and surmises and conjecture are not permissible substitutes for those facts or those inferences, but that by no means requires that every puzzling artifice or contrivance resorted to by one accused of fraud must necessarily be completely unravelled and cleared up and made plain before a verdict can be properly found against him. If this were not so, many a clever and dexterous knave would escape. [58] Selepas menimbangkan keterangan peguam yang mengendalikan kes T/N SSHC iaitu Defendan Kedua, Mahkamah ini mendapati “dakwaan” Plaintif bahawa Defendan Kedua telah cuai, menipu dan memanipulasikan Defendan Pertama adalah tidak berasas. Defendan Kedua telah melaksanakan tugasnya untuk membela T/N SSHC Cawangan Ampang berkenaan dengan tuntutan baki hutang kepada Rosmawate binti Ahmad. [59] Sebagai Mahkamah yang membicarakan tuntutan ini, hal perkara mengenai “fraud” telah diteliti melalui keterangan saksi-saksi (lihat kes K Ramalingam a/l Krishnamoorthy & Ors v. Mohammad Razin bin Abdullah & Anor [2017] 3 MLJ 103) dan mendapati tiada unsur fraud dilakukan oleh Defendan Kedua terhadap Plaintif dan T/N SSHC Cawangan Ampang. [60] Penemuan keterangan baharu yang diplidkan oleh Plaintif iaitu Surat Akuan Sumpah bertarikh 17-11-2021 yang dirujuk oleh Plaintif untuk membuktikan bahawa Nur Hafizah binti Mohd Saleh bertanggungan ke atas Penghakiman Mahkamah Rayuan diperoleh selepas keputusan/penghakiman Mahkamah Rayuan iaitu pada 4-10- 2021. Nur Hafizah binti Mohd Saleh bukanlah pihak yang dituntut dalam guaman oleh Rosmawate binti Ahmad (plaintif). Keterangan Nur Hafizah binti Mohd Saleh bahawa Surat Akuan Sumpah dibuat di pejabat firma guaman Plaintif adalah dipertikaikan oleh Nur Hafizah binti Mohd Saleh. [61] Pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Rayuan ke atas rakan kongsi di T/N SSHC iaitu Plaintif dan Defendan Pertama telah difailkan di MTSA di mana pada 30-6-2022, MTSA memutuskan menolak permohonan Rosmawate binti Ahmad dan permohonan Plaintif (Suzilawati binti Sidek) melalui firma guamannya iaitu T/N Chambers of Su Sidek & Co. memfailkan Notis Permohonan bertarikh 25-2-2022 di MTSA untuk menggantung tindakan perlaksanaan Penghakiman Mahkamah Rayuan itu sehingga prosiding guaman di hadapan Mahkamah ini iaitu untuk mencabar Penghakiman Mahkamah Rayuan didengar juga telah ditolak. Kesimpulan [62] Dalam hal keadaan dan alasan yang saya nyatakan di atas, Penghakiman Mahkamah Rayuan adalah suatu penghakiman muktamad dan Mahkamah ini bukanlah mahkamah yang boleh mengenepikan dan memberikan deklarasi bahawa Penghakiman Mahkamah Rayuan itu khilaf. [63] Perihalan butiran fraud dan kecuaian Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah diberikan melalui keterangan saksi-saksi dan keterangan doumentar dalam suatu perbicaraan penuh. [64] Tiada apa-apa penemuan keterangan dan/bukti baharu yang hendak dibawa oleh Plaintif di hadapan Mahkamah ini. [65] Deklarasi yang dipohon oleh Plaintif adalah tidak sah kerana pada peringkat Mahkamah Tinggi, keputusan adalah memihak kepada Plaintif. Pendengaran dan dapatan Mahkamah Rayuan adalah tidak khilaf maka Mahkamah ini tidak boleh mengisytiharkan bahawa Perintah Mahkamah Rayuan adalah tidak sah dan/atau terbatal (“void ab initio”). Tuntutan Plaintif memohon ganti rugi teladan, ganti rugi am dan relief lain terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah suatu tuntutan yang tidak berasas. [66] Berdasarkan alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini menolak tuntutan Plaintif dengan kos. Bertarikh: 31 Julai 2023. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCvC12 Shah Alam Peguam cara: Bagi Pihak Plaintif: Suzilawati Sidek bersama-samanya Mazlina Sukri, Nur Aina Yasmin dan Wan Juhrah Tetuan Chambers of Su Sidek & Co., Kajang, Selangor Bagi Pihak Defendan Pertama: Mahfudz bin Raup Tetuan Mahfudz & Co., Ampang, Selangor Bagi Pihak Defendan Kedua: Godfrey D’Crus Tetuan Godfrey D’Crus & Co., Petaling Jaya, Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.