Content
1 DI DALAM MAHKAMAH SESYEN DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. MA-A52NCVC-69-12/2018 ANTARA 5 SWERVE DESIGNS SDN. BHD. (No. Pendaftaran Perniagaan: 839759-H) … PLAINTIF
MA-A52NCvC-69-12/2018
Sessions Court of Malaysia29 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“mana orang tertentu. [ 12 ] Di dalam kes Tenaga Nasional Berhad v. Perwaja Steel Sdn Bhd. (1998) 2 120 CLJ 740 Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: “… He went on to say that under s. 101 of the Evidence Act 1950, that the onus is on the appellant to prove that they are entitled to the claim. The burden is on the ap”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH SESYEN DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. MA-A52NCVC-69-12/2018 ANTARA 5 SWERVE DESIGNS SDN. BHD. (No. Pendaftaran Perniagaan: 839759-H) … PLAINTIF
1
DAN DR. MOHAMED HANIFF MERICAN (NRIC No.: 540514-03-5145)
2
DATUK DR. ROSHIDAH BINTI BABA (NRIC No.: 550405-04-5044) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 15 PENGENALAN [ 1 ] Plaintif menuntut dari Defendan-Defendan sejumlah RM248,735.38 beserta faedah dan kos berikutan dari kegagalan Defendan-Defendan mematuhi terma “contract agreement” bertarikh 22 Januari 2016 yang telah ditandatangani bagi pembinaan sebuah rumah banglo dua (2) tingkat di atas Lot 16555, Jalan tiara 20 Titiwangsa, Air Panas, Setapak, 53300 Daerah Kuala Lumpur. [ 2 ] Kemudiannya, pihak Plaintif telah menamatkan contract agreement tersebut melalui surat “Notice of Intention to Terminate” bertarikh 27.07.2017 dan menyerahkan milikan kosong hartanah tersebut kepada Defendan-Defendan pada 16.9.2017 yang 25 23/01/2025 12:03:58 MA-A52NCvC-69-12/2018 Kand. 250 mana Defendan-Defendan telahpun mengambil milikan kosong hartanah tersebut pada sekitar 03.10.2017. [ 3 ] Defendan-Defendan menafikan tuntutan Plaintif tersebut dan menyatakan bahawa Plaintif yang telah mengingkari terma contract agreement dan menamatkan 30 contract agreement tersebut secara sebelah pihak walaupun dibantah oleh Defendan-Defendan. [ 4 ] Selanjutnya Defendan-Defendan menyatakan bahawa mereka terpaksa menanggung kos tambahan untuk menyiapkan, menyempurnakan dan membaik pulih 35 kerja–kerja yang telah dilaksanakan oleh pihak Plaintif. [ 5 ] Sehubungan itu, Defendan-Defendan telah membuat tuntutan balas berjumlah RM438,011.10 bagi kos melaksanakan pembinaan dan pembekalan, ganti rugi khas untuk kos sebanyak RM87,281.89, ganti rugi jumlah tertentu berjumlah 40 RM137,250.00, kos memperolehi Sijil Perakuan dan Pematuhan berjumlah RM26,000.00 yang kesemuanya berjumlah RM688,542.99, ganti rugi am dan ganti rugi teladan, dan faedah serta kos. [ 6 ] Plaintif telah memanggil seramai sepuluh (10) orang saksi dalam perbicaraan 45 ini seperti berikut:
i
SP1 - Ivy Ong;
II
(ii) SP2 - Khairul Izham bin Mokhtar;
III
(iii) SP3 - Shirley Ong;
IV
(iv) SP4 - Ong Heng Aik, Andre;
v
SP5 - Adam bin Omar;
VI
(vi) SP6 - Loo Kin Fatt;
VII
(vii) SP7 - Mohd Zaki bin Abdul Rahman;
VIII
(viii) SP8 - Mohamed Rizal bin Osman;
IX
(ix) SP9 - Low Yok Loong; dan
x
SP10 - Wong Kin Hoong. [ 7 ] Manakala Defendan-Defendan telah mengemukakan seramai empat (4) orang saksi.
i
SD1 - Marzuki bin Haron;
II
(ii) SD2 - Long Foo Yin;
III
(iii) SD3 - Hoh Yee Seong; dan
IV
(iv) SD4 - Datuk Dr. Roshidah binti Baba. 55 FAKTA-FAKTA DIPERSETUJUI [ 8 ] Fakta-fakta yang dipersetujui oleh pihak-pihak adalah sebagaimana di Ikatan N seperti berikut:
i
Plaintif dan Defendan-Defendan telah menandatangani suatu kontrak 60 perjanjian bertarikh 22.01.2016 yang mengandungi syarat-syarat perjanjian dan Schedule A di mana Defendan-Defendan melantik Plaintif untuk membina sebuah rumah banglo dua tingkat di atas Lot 16555, Jalan tiara Titiwangsa, Air Panas, Setapak, 53300 Daerah Kuala Lumpur. 65 ISU-ISU UNTUK DIBICARAKAN [ 9 ] Manakala isu-isu untuk dibicarakan adalah sebagaimana di Ikatan M seperti berikut:
i
Sama ada Jubin batu marmar yang perlu dipasang di rumah 70 Defendan-Defendan adalah berukuran 2’x2’ ataupun 2’x1’.
II
(ii) Sama ada Defendan-Defendan lewat dalam membekalkan barang-barang binaan dan perkakas-perkakas yang perlu dibekalkan oleh mereka dan oleh itu memecah kontrak.
III
(iii) Sama ada tindakan Plaintif memberi notis niat untuk menamatkan 75 kontrak adalah salah di sisi undang-undang.
IV
(iv) Apakah jumlah baki, jika ada yang perlu dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif.
v
Sama ada Plaintif pula membayar ganti rugi jumlah tertentu kepada Defendan-Defendan.
VI
(vi) Apakah jumlah, sekiranya dibuktikan, yang perlu dibayar oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan di bawah tuntutan balas Defendan-Defendan.
VII
(vii) Sama ada terdapat kelewatan di pihak Plaintif untuk menyerahkan Certificate of Completion and Compliance (CCC)?
VIII
(viii) Sama ada Plaintif telah melaksanakan semua tanggungjawab di bawah Contract Agreement tersebut? BEBAN PEMBUKTIAN [ 10 ] Adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa beban terletak pada pihak 90 yang menuntut untuk membuktikan setiap fakta seperti yang dipohon dalam pernyataan tuntutannya. Beban tidak akan dipindahkan kepada Defendan selagi Plaintif tidak melepaskannya. [ 11 ] Ini adalah selaras dengan Seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950 95 yang memperuntukkan bahawa beban pembuktian adalah kepada yang menuntut untuk membuktikan tuntutannya:
101
Beban Bukti
1
Barang siapa yang berkehendakkan Mahkamah memberikan 100 penghakiman tentang apa-apa hak atau laibiliti di sisi undang-undang, dengan bergantung pada adanya fakta-fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta-fakta itu ada.
2
Apabila seseorang terikat untuk membuktikan adanya sesuatu fakta, maka adalah dikatakan bahawa beban bukti terletak pada orang 105 itu.
102
Pada siapa terletaknya beban bukti Beban bukti di dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada orang yang mungkin gagal sekiranya tidak ada langsung keterangan 110 diberi oleh mana-mana pihak.
103
Beban bukti mengenai fakta tertentu. Beban bukti mengenai sesuatu fakta tertentu terletak pada orang yang berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang adanya fakta itu, 115 melainkan jika ada diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bahawa bukti mengenai fakta itu terletak pada mana-mana orang tertentu. [ 12 ] Di dalam kes Tenaga Nasional Berhad v. Perwaja Steel Sdn Bhd. (1998) 2 120 CLJ 740 Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: “… He went on to say that under s. 101 of the Evidence Act 1950, that the onus is on the appellant to prove that they are entitled to the claim. The burden is on the appellant and it is his duty to prove its claim affirmatively. 125 In this respect the learned judge found on the evidence adduced before him the appellant failed to prove its claim.” [ 13 ] Manakala di dalam kes Selvaduray v. Chinniah (1939) MLJ 195, Mahkamah telah memutuskan bahawa: 130 “… that the onus was on the Plaintiff to prove his case and that, the position at the conclusion of the trial being exactly even, the Plaintiff had not discharged the onus which was on him and his action must fail”. 135 [ 14 ] Di dalam kes yang sama Yang Arif Hakim telah merujuk pada kes Nanyang Development (1966) Sdn Bhd v. How Swee Poh [1969] 1 LNS 116;[1970] 1 MLJ 145 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “[7] ... the burden of proving a fact rests on the party who substantially 140 asserts the affirmation of the issue and not upon the party who denies it: for a negative is usually incapable of proof.” [ 15 ] Seterusnya, Yang Arif Hakim juga telah merujuk pada kes UN Pandey v. Hotel Marco Polo Pte. Ltd. [1978] 1 LNS 223; [1980] 1 MLJ 4 yang mana Sinnthuray J. telah memutuskan seperti berikut: 145 “[8] ... In civil cases, as much as in criminal cases, a party must prove his case before the burden of proof shifts to the other side ... In a civil case, it is on a balance of probabilities. But the proof is that the balance must be tilted by the plaintiff before the defendant makes his case.” 150 [ 16 ] Dalam kes Hong Yik Trading v. Liziz Plantation Sdn. Bhd. [2017] 8 CLJ 491, Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria memutuskan bahawa: “It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the 155 party who asserts that the facts exist (section 101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burden shifts to the other party. However, if the party on whom the burden of proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence.” 160 [ 17 ] Dalam kes Tan Kim Khuan v. Tan Kee Kiat (M) Sdn. Bhd. [1998] 1 CLJ SUPP 147 Augustine Paul PK (pada masa itu) memutuskan seperti berikut: “It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the 165 party on whom the burden lies. Where a party on whom the burden of proof lies has discharged it then the evidential burden shifts to the other party ... What shifts is the responsibility of adducing evidence to discharge that burden ... When the burden shifts to the other party it can be discharged by cross-examination of witnesses of the party on whom the burden of proof 170 lies or by calling witnesses or by giving evidence himself or by a combination of the different methods. No adverse inference can be drawn against that party for failure to give evidence himself. If he does not adduce any evidence when the burden has shifted to him he will fail. If the party on whom the burden lies fails to discharge it the other party need not call any evidence. 175 In that event it will not avail him to turn round and say that the respondent has not established his.” [ 18 ] Dalam pembuktian kes Sivil adalah untuk Plaintif membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian. 180 [ 19 ] Dalam kes Carbon Company Sdn. Bhd. v. Ng Lee Hoon [2017] 6 CLJ 189 yang mana Mahkamah telah memutuskan: “The law on the burden of proof is so settled, pursuant to s 101(1) of the 185 Evidence Act 1950, a party who desires the court to give judgement in its favour as to the legal right or liability bears the burden to prove its case. The burden of proof on that party is two-fold, firstly the burden of establishing a case and secondly the burden of introducing evidence. This burden lies on the party throughout the case and the standard of proof is on the balance of 190 probabilities. Once that party has discharged its evidential burden of proof then the burden would then shift to its adversary. If a party has failed to discharge its burden of proof on the standard required by the law, his adversary does not bear the burden to adduce any evidence. In the case at hand, the plaintiff a sole proprietor has to discharge her burden of proof to 195 prove her case as well as to introduce evidence in support of her pleaded case. It is not the defendant’s duty to fill up the gaps in the plaintiff’s case/or be accused of not establishing their defence.” [ 20 ] Dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi v. Kerajaan Malaysia [2016] 1 MLRA 200 647 Mahkamah telah menyatakan: “The standard of proof in civil cases is the legal standard to which a party is required to prove its case, namely on a balance of probabilities. In civil litigation, the question of the probability or improbability of an action 205 occurring is an important consideration to be taken into account in deciding whether that particular event had actually taken place or not.” [ 21 ] Oleh demikian, beban pembuktian dalam kes Sivil adalah terletak ke atas pihak yang menuntut dan tahap pembuktian adalah di atas imbangan kebarangkalian. 210
i
Sama ada Jubin batu marmar yang perlu dipasang di rumah Defendan-Defendan adalah berukuran 2’x2’ ataupun 2’x1’. 215 [ 22 ] Berdasarkan kepada Lampiran A kepada kontrak, jelas bahawa Jubin batu marmar yang perlu dipasang di rumah Defendan-Defendan adalah berukuran 2’x2’ dan bukannya 2’x1’. [ 23 ] Walaupun dalam percakapan whatsapp di antara SP1 dan SD4 ada 220 menyatakan bahawa SD4 setuju menggunakan ukuran 2’x2’ separuh di dining room dan separuh ukuran 2’x1’ di bahagian yang lain, namun melalui site meeting pada 25.07.2017, Defendan-Defendan telah diberikan dua (2) pilihan untuk membuat keputusan sehingga 01.08.2017 mengenai kaedah pemasangan marbles yang dikehendaki iaitu 2’x2’. 225 [ 24 ] Kedua-dua pilihan yang diberikan menyentuh mengenai penggunaan ukuran 2’x2’ dan bukannya ukuran 2’x1’. Ini adalah jelas sebagaimana berikut:
i
that the Plaintiff would undertake to hack and submit the total cost for 230 supply and install of the 2’x2’ marble tiles as per market price to the Defendants and in turn, the Defendants have to top-up the cost difference from the original contract which is RM22 per square feet;
II
(ii) that the Plaintiff would undertake to hack the marble tiles installed on 235 the ground floor and prepare the surface for a third-party sub-contractor of the 2nd Defendant’s choice to install the 2x2 marble tiles. The cost of the 2x1 marble tiles that were installed earlier on the ground floor would then be omitted (hereinafter referred to as “the said option”). 240
II
(ii) Sama ada Defendan-Defendan lewat dalam membekalkan barang-barang binaan dan perkakas-perkakas yang perlu dibekalkan oleh mereka dan oleh itu memecah kontrak. [ 25 ] Semasa site meeting pada 25.07.2017, saksi-saksi Plaintif bersetuju bahawa 245 tiada isu-isu mengenai Defendan-Defendan lewat dalam membekalkan barang-barang binaan dan perkakas-perkakas yang perlu dibekalkan oleh mereka kepada Plaintif telah ditimbulkan oleh pihak mereka. Oleh demikian, isu ini tidak sepatutnya timbul apabila ianya tidak dibincangkan langsung semasa site meeting pada 25.07.2017. Sehubungan itu, jawapan kepada isu ini adalah negatif.
III
(iii) Sama ada tindakan Plaintif memberi notis niat untuk menamatkan kontrak adalah salah di sisi undang-undang. [ 26 ] Semasa site meeting pada 25.07.2017, Defendan-Defendan telah diberikan 255 dua (2) pilihan untuk membuat keputusan sehingga 01.08.2017 mengenai kaedah pemasangan marbles yang dikehendaki iaitu 2’x2’. [ 27 ] Namun, Plaintif telah mengeluarkan notis niat untuk menamatkan kontrak bertarikh 27.07.2017 atas alasan bahawa Defendan-Defendan lewat dalam 260 membekalkan barang-barang binaan dan perkakas-perkakas yang perlu dibekalkan oleh mereka kepada Plaintif. [ 28 ] Melalui notis tersebut, Defendan-Defendan telah diberikan tempoh 14 hari bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan kelengahan tersebut. 265 a) finalizing the shower screen; b) finalizing the air-conditioning panel c) installing light and fan fittings; d) installing air conditioners; e) installing bathroom accessories; 270 f) installing wash basin; g) installing alarm for windows; h) installing water pump; i) installing auto-gate motor; j) installing CCTV camera. 275 [ 29 ] Namun, Defendan-Defendan telahpun memberi maklum balas kepada notis tersebut dengan menghantar satu emel bertarikh 31.07.2017 kepada Plaintif mengenai kelengahan pembekalan barang yang berlaku dan cadangan kepada pembekalan barangan tersebut. 280 [ 30 ] Notis niat untuk menamatkan kontrak bertarikh 27.07.2017 tersebut telah menafikan hak Defendan-Defendan untuk membuat pilihan yang diberikan kepada mereka sehingga 01.08.2017 bagi membuat pilihan kaedah memasang marble tersebut. Oleh yang demikian, jawapan kepada isu ini adalah positif.
IV
(iv) Apakah jumlah baki, jika ada yang perlu dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. [ 31 ] Daripada keterangan saksi-saksi, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah 290 gagal membuktikan bahawa terdapat jumlah baki yang masih terhutang oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. Ini adalah kerana Defendan-Defendan telah membuat bayaran kepada Plaintif bagi memastikan pembinaan tidak terjejas.
v
Sama ada Plaintif pula membayar ganti rugi jumlah tertentu kepada 295 Defendan-Defendan. [ 32 ] Keterangan menunjukkan bahawa Plaintif telah gagal menyiapkan rumah Defendan-Defendan mengikut tempoh masa kontrak yang ditetapkan yang telah dilanjutkan sehingga 07.06.2017. 300 [ 33 ] Oleh yang demikian, Defendan-Defendan layak menuntut ganti rugi jumlah tertentu mulai tarikh 07.06.2017 sehingga tarikh saman difailkan selama 549 hari berjumlah RM137,250.00 berdasarkan kepada klausa 10.0 perjanjian yang dikira sebanyak RM250.00 sehari. 305 [ 34 ] Menurut Seksyen 74(1) Akta kontrak 1950 memperuntukkan seperti berikut: “(1) When a contract has been broken, the party who suffers by the breach is entitled to receive, from the party who has broken the contract, 310 compensation for any loss or damage caused to him thereby, which naturally arose in the usual course of things from the breach, or which the parties knew, when they made the contract, to be likely to result from the breach of it.” 315 [ 35 ] Di dalam kes Jambatan Merah Sdn. Bhd. (In Liquidation) v. Public Bank Bhd [2016] 1 CLJ 811 di muka surat 831, Mahkamah Tinggi telah menerangkan skop pemakaian Seksyen 74(1) Akta kontrak 1950 seperti berikut: “[46] Even if the Plaintiff has suffered any loss or damage due to the 320 Defendant's Breach (Alleged Loss), the Plaintiff must prove that the Alleged Loss is claimable and is not too remote under either one or both the limbs of s. 74(1) CA (1950) as follows:
a
the Alleged Loss "naturally arose in the usual course of 325 things" from the Defendant's Breach within the meaning of the first limb of s. 74(1) CA (1950); and/or
b
both the Plaintiff and Defendant "knew, when they made the contract" that the Alleged Loss was "likely to result from the 330 breach" of the Defendant's Breach as understood in the second limb of s. 74(1) CA (1950).”
VI
(vi) Apakah jumlah, sekiranya dibuktikan, yang perlu dibayar oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan di bawah tuntutan balas Defendan-Defendan. 335 [ 36 ] Defendan-Defendan telah membuat tuntutan balas berjumlah berjumlah RM688,542.99 yang meliputi RM438,011.10 bagi kos melaksanakan pembinaan dan pembekalan, ganti rugi khas untuk kos membaik pulih rumah dan menyiapkan rumah tersebut sebanyak RM87,281.89, ganti rugi jumlah tertentu berjumlah RM137,250.00, 340 dan kos memperolehi Sijil Perakuan dan Pematuhan berjumlah RM26,000.00. [ 37 ] Mahkamah mendapati bahawa Defendan-Defendan telah berjaya membuktikan bahawa jumlah di dalam tuntutan balas wajar dibayar oleh Plaintif akibat kegagalan Plaintif menyiapkan pembinaan rumah tersebut sebagaimana dalam 345 kontrak perjanjian.
VII
(vii) Sama ada terdapat kelewatan di pihak Plaintif untuk menyerahkan Certificate of Completion and Compliance (CCC)? 350 [ 38 ] Apabila wujud pertikaian antara Plaintif dan Defendan-Defendan, arkitek dan jurutera telah meninggalkan tapak pembinaan menyebabkan Defendan-Defendan terpaksa melantik konsultan yang baru bagi menguruskan mendapatkan Certificate of Completion and Compliance (CCC). Ini adalah kerana Plaintif selepas pertikaian tidak menguruskan perkara bagi mendapatkan Certificate of Completion and 355 Compliance (CCC) tersebut. [ 39 ] Oleh demikian, jawapan kepada isu ini adalah positif.
VIII
(viii) Sama ada Plaintif telah melaksanakan semua tanggungjawab di bawah 360 Contract Agreement tersebut? [ 40 ] Keterangan secara keseluruhan menunjukkan bahawa Plaintif telah gagal menyiapkan pembinaan rumah Defendan-Defendan sepenuhnya mengikut kontrak walaupun telah dilanjutkan kepada 07.06.2017. 365 [ 41 ] Sehubungan itu, Defendan-Defendan terpaksa melantik sendiri kontraktor lain bagi menyambung pembinaan yang gagal disiapkan oleh Plaintif. KESIMPULAN 370 [ 42 ] Mahkamah telah mendengar keterangan pihak-pihak, membaca dan menimbangkan hujahan bertulis yang telah difailkan oleh peguam cara-peguam cara. [ 43 ] Oleh demikian, bagi tuntutan Plaintif, Mahkamah berpendapat bahawa atas imbangan kebarangkalian pihak Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya 375 terhadap Defendan-Defendan. Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah ditolak dengan kos. Kos adalah mengikut skala. [ 44 ] Bagi tuntutan balas Defendan-Defendan, Mahkamah berpendapat bahawa atas imbangan kebarangkalian pihak Defendan-Defendan telah berjaya membuktikan 380 tuntutannya terhadap Plaintif. Oleh yang demikian, tuntutan Defendan-Defendan terhadap Plaintif adalah dibenarkan sebahagiannya seperti berikut:
1
Para 54.1. – dibenarkan 2. Para 54.2. - dibenarkan 385 3. Para 54.3. - dibenarkan 4. Para 54.4. - dibenarkan
5
Para 54.5. – ditolak 6. Para 54.6. – dibenarkan 7. Para 54.7. -dibenarkan. 390 [ 44 ] Kos adalah mengikut skala. Bertarikh 17 Januari 2025. 395 t.t. (DARMAFIKRI BIN ABU ADAM) HAKIM MAHKAMAH SESYEN AYER KEROH MELAKA 400 Peguamcara Plaintif: Tetuan Othman Hashim & Co., Peguamcara Plaintif yang beralamat di No. 26-1 & 28- 1, Jalan BPM 5, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75050 Melaka. 405 Peguamcara Defendan-Defendan: Tetuan Messrs Shafee & Co., Peguamcara Defendan-Defendan yang beralamat di Chambers Twenty-Five, No. 25, Jalan Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur. 410
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.