Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO. JA-A52NCC-456-07/2025 ANTARA SYABAS AUTO SERVICE SDN. BHD. [No. Syarikat: 479563-V] … PLAINTIF
JA-A52NCC-456-07/2025
Sessions Court of Malaysia24 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“124 where Salleh Abas FJ (as he then was), delivering the judgment of the Federal Court said, ‘We feel that this course of action is not open to the respondents, as it is clear that under s 92 of the Evidence Act 1950, oral evidence to contradict, vary, add to or subtract from, the terms of any contract, grant or dispo”
“s (M) Sdn Bhd (previously known as DAHE S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 Engineering (M) Sdn Bhd) & Ors [2018] MLJU 1039 berkenaan isu pengakuan hutang di mana Mahkamah Tinggi memutuskan: “The most recent letter sent by the 1s”
“37. Mahkamah merujuk kepada kes Full Tech Power Engineering Sdn Bhd v ISB Electrical Sdn Bhd [2021] MLJU 1669 yang turut berdepan dengan isu yang sama dan memutuskan: “[24] The Defendant has also raised the issue that some of the Delivery Orders did not have the signature and rubber stamp of the Defendant.”
“49. Mengenai tuntutan Plaintif terhadap D2 berdasarkan Jaminan Peribadi tersebut Mahkamah merujuk kepada kes Proventus Bina Sdn Bhd v Tang Kae Shih [2024] MLJU 1032 yang juga mengenai pertikaian mengenai jaminan peribadi yang ditandantangi oleh defendan di dalam kes tersebut. Mahkamah Tinggi memutuskan: “[48] Since D h”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO. JA-A52NCC-456-07/2025 ANTARA SYABAS AUTO SERVICE SDN. BHD. [No. Syarikat: 479563-V] … PLAINTIF
1
SOUTHERN FORWARDTRAN SDN. BHD. [No. Syarikat: 419183-U]
2
KHALED BIN MOHAMAD AROFF [No. K/P: 701011715231] … DEFENDAN-DEFENDAN S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ ALASAN PENGHAKIMAN (Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012)
1
Ini merupakan permohonan plaintif untuk satu Penghakiman Terus jumlah bayaran tertunggak bagi pembekalan barang ganti kenderaan, perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan berjumlah RM111,483.02 terhadap defendan-defendan.
2
Melalui Notis Permohonan bertarikh 17.9.2025 plaintif memohon perintah-perintah seperti berikut:
1
bahawa Plaintif dibenarkan untuk mendapatkan Perintah Penghakiman Terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 terhadap DefendanDefendan secara bersama dan berasingan untuk jumlah sebanyak RM111,483.02;
2
bahawa Defendan-Defendan membayar kepada Plaintif faedah atas jumlah RM111,483.02 pada kadar 5% setahun dari 23.5.2024 hingga tarikh penghakiman; S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ
3
bahawa Defendan-Defendan membayar kepada Plaintif faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian sepenuhnya;
4
bahawa kos permohonan ini dibayar serta-merta oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif; dan
5
selanjutnya atau lain-lain relif yang difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini.
3
Kertas-kertas kausa yang dirujuk bagi permohonan ini adalah seperti berikut:
a
Writ Saman dan Penyata Tuntutan bertarikh 11.7.2025;
b
Pembelaan Defendan Pertama (“D1”) bertarikh 19.8.2025;
c
Pembelaan Defendan Kedua (”D2”) bertarikh 19.8.2025;
d
Jawapan kepada Pembelaan D1 bertarikh 18.9.2025;
e
Jawapan kepada Pembelaan D2 bertarikh 18.9.2025;
f
Notis Permohonan Penghakiman Terus bertarikh 17.9.2025; S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ
g
Afidavit Sokongan plaintif bertarikh 19.9.2025 yang diikrarkan oleh Soh Kian Hock;
h
Afidavit Jawapan D1 bertarikh 6.10.2025 diikrarkan oleh Muhammad Hapiz bin Othman;
i
Afidavit Jawapan D2 bertarikh 6.10.2025 diikrarkan oleh Khaled bin Mohamad Arof;
j
Afidavit-afidavit Balasan plaintif bertarikh 24.10.2025 yang diikrarkan oleh Soh Kian Hock.
4
Pada 10.5.2023, Defendan-defendan telah memasuki satu perjanjian dengan plaintif untuk pembekalan barang-barang dan perkhidmatan secara kredit dengan terma bayaran selama 60 hari daripada tarikh inbois.
5
Perjanjian tersebut dilaksanakan melalui borang Application for Credit Account bertarikh 10.5.2023 (eksibit ‘SKH-1’ Afidavit Sokongan plaintif).
6
Sebagai syarat pemberian kemudahan kredit kepada D1, D2 telah menandatangani satu Perjanjian Jaminan Peribadi S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ (Personal Guarantee Agreement – eksibit ‘SKH-2’ Afidavit Sokongan plaintif) yang memperuntukkan, antara lainnya: i. D2 bersetuju bertanggungjawab secara bersesama dan berasingan dan memberi jaminan kepada plaintif bahawa D1 akan membayar semua wang terakru kepada plaintif – klausa 2; ii. D2 memberi akujanji dan jaminan berterusan kepada plaintif bagi keseluruhan hutang D1 berkenaan perkhidmatan yang diberikan dan barangan yang dibekalkan – klausa 3; iii. D2 bersetuju dengan liabilitinya dibawah akujanji dan jaminan termasuk semua wang terhutang oleh D1 termasuk membayar faedah kompoun ke atas hutang D1, caj pemilikan semula, kos, kerosakan dan pembelanjaan sekiranya ada - klausa 4.
7
Plaintif telah memberikan perkhidmatan dan membekalkan barang-barang kepada D1 mulai 26.5.2023 sehingga 30.12.2023 berjumlah RM170,734.22.
8
Perkhidmatan yang diberikan kepada D1 oleh plaintif disokong dengan Pesanan Pembaikan (Repair Order) dan Lembaran Kerja (Job Worksheet) D1 (rujuk eksibit SKH-6 Afidavit S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ Sokongan Plaintif). Kesemua dokumen-dokumen ini ditandatangani oleh wakil-wakil D1 dan tiada apa-apa bantahan dikemukakan oleh D1 mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh plaintif.
9
Plaintif juga telah mengeluarkan inbois-inbois berkaitan perkhidmatan dan barangan yang dibekalkan (rujuk eksibit SKH-6 Afidavit Sokongan Plaintif).
10
D1 mengakui menerima inbois-inbois tersebut seperti yang dinyatakan di perenggan 31 Afidavit Balasan D1.
11
Sepanjang masa yang material D1 membuat tujuh (7) kali bayaran sebanyak RM59,251.20 di antara tempoh 9.8.2023 sehinga 23.5.2024. Baki tertunggak yang masih belum yang dijelaskan setakat 23.5.2024 sehingga kini ialah
12
Plaintif telah mengemukakan penyata-penyata akaun tertunggak kepada D1 dan menuntut D1 membayarnya (rujuk emel-emel plaintif eksibit SKH-7 Afidavit Sokongan Plaintif). S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ
13
Plaintif menyatakan terdapat pertemuan di antara wakil plaintif dan D2 yang mewakili D1 pada April 2024 mengenai hutang tertunggak D1. Selain itu terdapat rekod perbualan Whatsapp di antara wakil plaintif dan D2 di mana D2 mengakui keberhutangan D1 dan memohon masa untuk menbayar jumlah tertunggak tersebut (rujuk eksibit SKH-8 Afidavit Sokongan Plaintif).
14
Oleh kerana defendan-defendan masih gagal membayar baki tertunggak, plaintif telah memulakan tindakan ini. Hujahan Defendan-Defendan 15. D1 melalui Mahkamah Tinggi Johor Bahru Saman Pemula No. JA-24NCC-31-07/2024 telah Berjaya mendapatkan Injunksi Fortuna terhadap plaintif untuk menghalang Notis Statutori bertarikh 5.7.2024 yang dikeluarkan oleh plaintif terhadap defendan. Permohonan bawah Notis Statutori plaintif adalah berdasarkan alasan-alasan yang sama di dalam prosiding di Mahkamah ini dan ditolak oleh Mahkamah Tinggi. Oleh itu, permohonan ini juga haruslah gagal.
16
Plaintif memberikan perkhidmatan yang tidak mematuhi Standard of Operation (rujuk eksibit MHBO-1 Afidavit Jawapan D1) di mana defendan-defendan mendakwa plaintif gagal: S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ i. Menawarkan pakej dan memberikan penerangan sama ada pakej untuk pembaikan atau pembekalan barang ganti atau kedua-duanya; ii. Mendapatkan persetujuan daripada D1 sebelum melaksanakan pembaikan; iii. Memberikan sebutharga barang dan gambar barang yang diganti/digunakan; iv. Meminta persetujuan D1 untuk caj perkhidmatan dan harga barang yang akan digunakan; v. Meminta D1 membuat pandu uji; vi. Menghantar inbois rasmi; vii. Mengambil gambar setelah memberikan perkhidmatan dan barang yang diganti; viii. Memberikan perkhidmatan.
17
Jumlah hutang dipertikaikan oleh defendan-defendan dan Mahkamah Tinggi memutuskan terdapat isu mengenai jumlah hutang sebenar semasa membenarkan Injunksi Fortuna. Plaintif pula tidak merayu terhadap keputusan ini. S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ
18
Plaintif gagal membuktikan perkhidmatan yang diberikan kerana tiada bukti dikemukakan. Selain itu D1 mendapati alat gantian yang digunakan adalah alat yang lama dan harga dikenakan lebih tinggi.
19
Terdapat percanggahan pengiraan 60 hari sama ada 60 hari adalah daripada tarikh penyata akaun ataupun 60 hari berdasarkan Perjanjian Bekalan;
20
Tempoh bayaran 60 hari ini tidak pernah dipersetujui oleh defendan-defendan
21
Plaintif juga tidak berhak menuntut faedah kerana tiada perjanjian yang membenarkan sedemikian.
22
Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan yang munasabah kerana borang Application for Credit Account dan Perjanjian Jaminan Peribadi tidak membentuk satu perjanjian dengan defendan-defendan.
23
Borang-borang Pesanan Kerja dan Lembaran Kerja tidak diserahkan kepada defendan-defendan. Selain itu tandatangan di atas kedua-dua borang tersebut merupakan S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ pemandu / pekerja D1 dan bukannya wakil D1 yang boleh mengesahkan perkhidmatan yang diberikan / alat yang diganti.
24
Defendan berhujah bahawa defendan-defendan mempunyai pembelaan bermerit. Isu-isu yang ditimbulkan oleh defendan merupakan isu-isu yang perlu dibicarakan dan tidak sesuai untuk diputuskan melalui permohonan penghakiman terus. Oleh itu permohonan plaintif haruslah ditolak. Dapatan Mahkamah 25. Tuntutan plaintif adalah bagi perkhidmatan yang diberikan dan barangan yang dibekalkan di atas permintaan defendan. Mahkamah merujuk kepada kes Caltex Oil Malaysia Ltd v Classic Best Sdn Bhd & Ors [2007] 4 MLJ 772 yang mana menerangkan prinsip-prinsip berkenaan urusan perdagangan seperti yang melibatkan barangan yang dijual dan diserah seperti di dalam kes ini.
26
Di dalam kes Caltex Oil Malaysia Ltd supra, tuntutan plaintif (Caltex Oil) adalah untuk bayaran bagi barangan yang dihantar dan diterima oleh defendan (Classic Best). Barang-barang diterima oleh defendan dengan cop akuan penerimaan. Nota penghantaran dihantar kepada defendan dan ditandatangani oleh defendan. Begitu juga dengan invois dan penyata akaun juga diserahkan kepada defendan. S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ
27
Di dalam membenarkan rayuan untuk penghakiman terus dimasukkan terhadap defendan, Mahkamah Tinggi memutuskan: In coming to a decision in cases involving goods sold and delivered such as in this case, I would place due emphasis on the written documents, namely the statement of accounts, invoices, delivery orders, delivery notes and the debit notes. These documents would collectively constitute a contract reduced into writing. This principle had been laid down in the case of Pernas Trading Sdn Bhd v Persatuan Peladang Bakti Melaka [1979] 2 MLJ 124 where Salleh Abas FJ (as he then was), delivering the judgment of the Federal Court said, ‘We feel that this course of action is not open to the respondents, as it is clear that under s 92 of the Evidence Act 1950, oral evidence to contradict, vary, add to or subtract from, the terms of any contract, grant or disposition of property which had been reduced in writing is not admissible. The sales invoice and the delivery note being the contract reduced in writing between the appellants and the respondents s 92 therefore applies.’ See also YK Fung Securities Sdn Bhd v Ronald Yeoh Kheng Hian [1989] 3 MLJ 490 where the High Court had decided that ‘he was subsequently furnished with the relevant monthly statement of accounts to which he had no objections, protest or queries.’ … In the present case, the plaintiff had sent statement of accounts and invoices to the first defendant. The fact is undisputed. Letters of demand were sent by the plaintiff to the defendant and the defendant had neither protested nor questioned the plaintiff on the statements of accounts, Invoices, delivery notes, debit notes and the letter of demand. Furthermore, the first defendant had stopped S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ payment of its two cheques issued to the plaintiff without giving any reasons. In the case of Emperee Industries Sdn Bhd v Renecgo Sdn Bhd [1987] 1 CLJ 477, also a case on goods sold and delivered, the High Court allowed the plaintiffs application for summary judgment since the delivery orders had shown that the defendant had acknowledged receipt of each delivery and the plaintiff had issued detailed invoices followed by statements of accounts. The defendant had not attempted to explain away these documents and had in addition to that, not been able to show why he had not protested if indeed he had been invoiced for someone else’s goods. In the case of Syarikat Tan Thiam Siong Sdn Bhd [1983] 1 CLJ 256, also a case on goods sold and delivered, the High Court, granting the plaintiffs application for summary judgment, held that: ‘The law is that in the event of non-query an account-stated came into existence which created an estoppel against the defendant from querying the accounts thereafter. There are situations for example if there was fraud, when a query may be permitted but on the facts of the case, no such situation existed.’ Applying the above principles to the present case, it is an undisputed fact that the plaintiff had sent statements of accounts to the first defendant and the first defendant had not questioned the plaintiff on the said accounts. This means that a situation of ‘account-stated’ had arisen and the defendants are thereby estopped from now questioning the statement of accounts.”
28
Nas undang-undang di atas menggariskan prinsip-prinsip matan seperti berikut: S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ i. Dokumen-dokumen bertulis di antara plaintif dan defendan eg. RO, jobsheet, maintenance requisition form, tax invoice dan penyata akaun membentuk satu kontrak bertulis di antara pihak-pihak; ii. Jika defendan gagal mengemukakan apa-apa bantahan terhadap dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh plaintif pada peringkat awalnya, maka defendan diestop untuk membantahnya semasa perbicaraan dan menafikan liabilitnya.
29
Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah merujuk kepada borang Application for Credit Account yang menyatakan butir-butir permohonan D1 untuk kemudahan kredit sehingga jumlah RM100,000.00 daripada plaintif. Borang tersebut mengandungi tandatangan pengarah D1 di mana salah seorangnya ialah D2.
30
Kedua-dua pengarah D1 memberi jaminan peribadi bahawa mereka akan bertanggungjawab ke atas hutang-hutang D1 secara bersesama atau berasingan.
31
Defendan menimbulkan pelbagai keraguan pada borang Application for Credit Account tersebut dan mendakwa itu bukanlah borang yang ditandatangani oleh mereka dan tidak S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ bersetuju dengan terma-terma yang dikemukakan di dalamnya.
32
Namun begitu dakwaan defendan tidak disokong oleh apa-apa keterangan. Penafian defendan-defendan adalah penafian kosong semata-mata. Defendan juga gagal mengemukakan apa-apa dokumen lain yang menunjukkan perjanjian atau persetujuan sebenar yang dicapai oleh kedua-dua pihak seperti yang didakwa oleh defendan.
33
Mahkamah berpendapat kedua-dua dokumen tersebut adalah asas kepada perjanjian plaintif memberikan perkhidmatan dan membekalkan barangan kepada D1. Kedua-dua pengarah D1 telah menandatangani kedua-dua tersebut. Oleh itu defendan-defendan adalah terikat dengan terma-terma kedua-dua dokumen ini.
34
Mahkamah menolak hujahan defendan bahawa plaintif terikat dengan ‘Standard Operating Procedure’ industry logistik seperti yang dirujuk di dalam eksibit MHBO-1 Afidavit Sokongan D1. Tiada apa-apa nas undang-undang dikemukakan oleh defendan menunjukkan plaintif terikat dengan SOP tersebut. S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ
35
Pada pendapat Mahkamah SOP tersebut hanyalah satu garis panduan kepada pemain industri dan bukannya satu dokumen yang mempunyai kuasa untuk mengikat mana-mana pihak.
36
Defendan juga menimbulkan isu bahawa tidak semua lembaran kerja, pesanan kerja dan inbois yang dikemukakan oleh plaintif mempunyai tandatangan pihak defendan. Oleh itu terdapat keraguan mengenai kerja-kerja yang dibuat dan barangan yang dibekalkan oleh plaintif.
37
Mahkamah merujuk kepada kes Full Tech Power Engineering Sdn Bhd v ISB Electrical Sdn Bhd [2021] MLJU 1669 yang turut berdepan dengan isu yang sama dan memutuskan: “[24] The Defendant has also raised the issue that some of the Delivery Orders did not have the signature and rubber stamp of the Defendant. In its Affidavit in Reply, the Defendant listed thirty-two Delivery Orders that did not have the rubber stamp of the Defendant affixed and one Delivery Order that did not have both any signature and rubber stamp. Apart from raising this issue, the Defendant has not taken the issue further by alleging that the goods were not delivered. In any event, a perusal of the Defence of the Defendant will show that there was no allegation made as to non-receipt of the goods. [25] A description of the goods has been stated mentioned in the invoices sent by the Plaintiff. Had such goods not been delivered, the Defendant ought to have raised it with the Plaintiff. The S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ Defendant has not adduced any evidence as to any objection nor protest in this regard. The fact that some of the Delivery Orders did not have the rubber stamp of the Defendant is not a bona fide defence. Again, I regard this issue as a mere afterthought.”
38
Mahkamah di dalam kes di atas memutuskan apa jua pertikaian mengenai kerja-kerja yang dilakukan atau barangan yang dibekalkan perlu disokong dengan keterangan menunjukkan bantahan ditimbulkan oleh defendan. Tanpa apa-apa keterangan bantahan tersebut, maka pembelaan tersebut adalah pemikiran semula dan tidak bona fide.
39
Plaintif melalui keterangan afidavit telah membuktikan bahawa inbois-inbois dan penyata akaun telah dihantar kepada D1. Mahkamah boleh membuat inferen munasabah bahawa defendan-defendan mempunyai pengetahuan akan kandungan inbois-inbois dan penyata-penyata akaun yang dikemukakan oleh plaintif.
40
Mahkamah mendapati tiada apa-apa keterangan menunjukkan bantahan defendan terhadap setiap dokumen tersebut baik pesanan kerja, lembaran kerja mahupun inbois-inbois. S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ
41
Selain itu plaintif turut menghantar 15 emel peringatan bersama Penyata Akaun kepada D1. Penyata Akaun plaintif telah jelas memperuntukkan: ‘We should be grateful if you will let us have payment as soon as possible. Any discrepancies in this statement must be reported to us in writing within 10 days.’
42
Defendan tidak pernah membalas emel-emel plaintif ini dan tidak pernah mengemukakan apa-apa bantahan terhadap penyata-penyata akaun plaintif. Oleh itu pada peringkat ini situasi ‘account-stated’ seperti mana yang diputuskan di dalam kes Syarikat Tan Thiam Siong Sdn Bhd [1983] 1 CLJ 256 wujud di dalam kes ini dan defendan-defendan diestop daripada mempertikaikan penyata-penyata akaun tersebut.
43
Selanjutnya Mahkamah menerima keterangan plaintif bahawa D1 dan D2 mengakui keberhutangan D1 berdasarkan keterangan Whatsapp antara wakil plaintif dan D2. Perbualan Whatsapp tersebut menunjukkan D1 (melalui D2) mengaku berhutang dengan plaintif dan memohon masa untuk menjelaskan hutangnya.
44
Mahkamah merujuk kepada kes Ambank (M) Bhd v Faro Industries (M) Sdn Bhd (previously known as DAHE S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ Engineering (M) Sdn Bhd) & Ors [2018] MLJU 1039 berkenaan isu pengakuan hutang di mana Mahkamah Tinggi memutuskan: “The most recent letter sent by the 1st Defendant via its guarantor/director was dated 28 March 2016 where the Defendants essentially admitted their indebtedness to the Plaintiff and proposed to settle it by instalment payment and restructuring the facilities in anticipation of the 1st Defendant securing incoming projects worth a total of RM14.3 million. As such I am constraint to draw the inference that the above issues are afterthought to deny the Plaintiff of its remedies due to the Defendants’ breach of the contracts executed between the Plaintiff and the Defendants.”
45
Berdasarkan kes di atas, Mahkamah berpendapat apa jua penafian dan / atau bantahan defendan-defendan mengenai hutang tertunggak dikalahkan dengan pengakuan D2 sendiri terhadap hutang D1 seperti di dalam pesanan Whatsapp tersebut.
46
Mengenai isu Injunksi Fortuna yang diperolehi defendan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah ini memutuskan apa jua keputusan di dalam kes tersebut tidak mengikat Mahkamah ini. S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ
47
Injunksi Fortuna dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi atas alasan Notis Statutori Plaintif pra-matang. Mahkamah Tinggi tidak mempertimbangkan merit tuntutan plaintif.
48
Oleh itu penggantungan defendan-defendan kepada Injunksi Fortuna tersebut adalah tidak tepat.
49
Mengenai tuntutan Plaintif terhadap D2 berdasarkan Jaminan Peribadi tersebut Mahkamah merujuk kepada kes Proventus Bina Sdn Bhd v Tang Kae Shih [2024] MLJU 1032 yang juga mengenai pertikaian mengenai jaminan peribadi yang ditandantangi oleh defendan di dalam kes tersebut. Mahkamah Tinggi memutuskan: “[48] Since D has undertaken to pay the outstanding sum as a principal debtor, that creates an independent obligation on her part to pay P as the beneficiary of the personal guarantee. Hence, P is entitled to pursue a claim against D pursuant to the personal guarantee.”
50
Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, tiada pertikaian D2 menandatangani Jaminan Peribadi tersebut. Terma-terma di dalam Jaminan tersebut dengan jelas memperuntukkan D2 bertanggungjawab secara bersesama atau berasingan ke atas hutang-hutang D1. Oleh itu, plaintif berhak mengambil S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ tindakan ke atas D2 untuk menguatkuasakan Jaminan peribadi tersebut.
51
Isu yang turut dibangkitkan oleh defendan-defendan ialah faedah ke atas hutang yang dituntut oleh plaintif. Mahkamah bersetuju dengan plaintif bahawa faedah dibenarkan bawah seksyen 11 Akta Undang-undang Sibil 1956 dan Aturan 42 kaedah 12 KKM 2012. Oleh itu Mahkamah membenarkan permohonan plaintif untuk menuntut faedah pada kadar 5% seperti yang dipohon di dalam Notis Permohonannya. Kesimpulan 52. Mahkamah mengambil panduan daripada locus classicus Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail Ali Johor & Ors [1992] 1 CLJ (Rep) 14 at 19 - 20; [1992] 1 MLJ 400 dan Fadzil Mohamed Noor v Universiti Teknologi Malaysia [1981] CLJ (Rep) 53 at 59 mengenai prinsip undang-undang yang terpakai semasa memutuskan permohonan untuk satu penghakiman terus di bawah Aturan 14 KKM 2012.
53
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati defendan-defendan gagal menimbulkan apa-apa pembelaan bermerit dan memadai tindakan ini diputuskan melalui Penghakiman Terus tanpa perbicaraan penuh. S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ
54
54.
Lampiran
Lampiran 9 dibenarkan dengan kos RM3,000.00. Bertarikh 11 Mac 2026 …………………………. LAILAWATI BINTI ALI Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bahru Bagi pihak plaintif: Bagi pihak defendan: Loh Wei Cher Haffirrudin bin Osman T/n Allen Loh & Co. T/n Haffirrudin Osman & Co. S/N u8IDndeD0qxCk1jgIJ8rQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.