Kecederaan berupa patah tertutup jenis comminuted pada sepertiga distal tibia kanan dengan patah RM55,000.00 S/N rrwpH3JahkCl//EPqqDxzQ berkaitan pada sepertiga proksimal fibula kanan telah mengakibatkan ketidakupayaan kekal, yang dicirikan oleh pemendekan sebenar anggota sekitar 1–1.2 cm, kecacatan sudut ringan (bengkok), kesakitan dan sengal yang berterusan, serta kelemahan otot yang berbaki. - Jumlah tuntutan Plaintif sebanyak RM55,000.00 - Mahkamah menganugerahkan RM55,000.00 Dalam kes Wong Kooi Wah lwn Wong Kam Ming [2012] 1 PIR 37, Mahkamah Rayuan telah mengesahkan pampasan sebanyak RM50,000 bagi kecederaan Type II open fracture pada tibia kanan berserta segment fracture pada fibula. Manakala dalam kes Juraimi B Yahya lwn Norazery B Sulaiman & Seorang Lagi [2009] 2 PIR 124, Mahkamah membenarkan gantirugi RM50,000 bagi kecederaan compound fracture tibia dan fibula yang turut melibatkan pemendekan anggota sebanyak 0.5 cm.