HMS telah silap dari segi fakta dan undang-undang apabila tidak benarkan Perayu/Plaintif untuk menerima masuk dokumen-dokumen “Contract For Employment” yang telah ditandatangani oleh peserta-peserta sebagai Ikatan Dokumen Tambahan Perayu/Plaintif yang Perayu/Plaintif hanya dapat akses selepas perbicaraan dimulakan. [12] Perayu/Plaintif menekankan fakta bahawa inti tuntutannya adalah berkisar tentang latihan dan penempatan pelatih-pelatih dalam “Batch 7” yang dijalankan antara 29 Disember, 2017 sehingga 30 January, 2018 dimana sejumlah 25 pelatih telah menjalankan latihan. Perayu/Plaintif terus mendakwa bahawa Invoice No: ASA-INV-1802-007(Invoice 007) telah dikeluarkan atas permintaan Responden/Defendan tetapi Responden/Defendan gagal memanjangkan Invoice tersebut kepada pihak HRDF untuk pembayaran. [13] Perayu/Plaintif turut menekankan bahawa sebelum pembayaran boleh dibuat oleh HRDF, pelatih bukan sahaja perlu menamatkan latihan mereka tetapi mereka juga mesti ditempatkan di sebuah syarikat yang diluluskan oleh HRDF. [14] Berlandaskan kepada fakta di atas, Perayu/Plaintif mendakwa dan berhujah bahawa Responden/Defendan telah terlibat dalam kelakuan fraudulent yang termasuk pemalsuan tandatangan. S/N kbbr/i7W7kKp/tB6k2mhuA [15] Tingkah laku penipuan yang kononnya dilakukan oleh Responden/Defendan diringkaskan oleh Perayu/Plaintif sebagai berikut: a) Responden/Defendan mengelirukan Perayu/Plaintif apabila beliau menghantar e-mel yang mengesahkan bahawa latihan telah disiapkan dengan sewajarnya; b) Perayu/Plaintif mengalami kerugian apabila mereka menganjurkan Majlis Penutupan atas permintaan Responden/Defendan dengan mendakwa secara palsu bahawa program telah selesai; c) Responden/Defendan mengelirukan Perayu/Plaintif dengan menyatakan bahawa penempatan kerja pelatih akan berada di OPCOM Cables Sdn Bhd; d) Responden/Defendan telah berbohong apabila mendakwa bahawa pelatih akan ditempatkan di OPCOM Cables Sdn Bhd bermula 6 Februari, 2018; e) Responden/Defendan mengarahkan SP4 menyediakan Surat Kontrak Pekerjaan palsu menggunakan templat rekaan yang diberikan oleh Defendan kepada SP4; f) Daripada perkara di atas Responden/Defendan melalui kelakuan penipuannya meyakinkan Perayu/Plaintif bahawa semua prosedur telah dipatuhi dan tuntutan Invois No.007 telah dikemukakan kepada HRDF untuk pembayaran; S/N kbbr/i7W7kKp/tB6k2mhuA g) Responden/Defendan memalsukan tandatangan “Nik Amirah” pada borang Kontrak Pekerjaan dan penempatan; h) Dengan kelakuan penipuannya Responden/Defendan meyakinkan Perayu/Plaintif untuk membayar kepadanya bonus sebanyak RM31,000.00 yang beliau tidak berhak; i) Responden/Defendan telah meyakinkan SP1 untuk mengemukakan tuntutan kepada HRDF yang Responden/Defendan tahu mengandungi dokumen palsu; j) Akibat langsung kelakuan penipuannya, lesen dan permit Perayu/Plaintif telah digantung yang membawa kepada penutupan akhirnya kolej yang diuruskan oleh Perayu/Plaintif. [16] Adalah jelas bahawa dakwaan-dakwaan yang dihulurkan oleh Perayu/Plaintif terhadap Responden/Defendan adalah amat serius. [17] Rujukan juga dibuat oleh Perayu/Plaintif kepada kes Siva Kumar Jeyapalan & Anor v. Firwas Sdn Bhd [2024] CLJU 170; [2024] 12 MLJ 179; [2024] MLRHU 148. [18] Kredibiliti Responden/Defendan juga dicabar oleh Perayu/Plaintif Dapatan Mahkamah [19] Dalam mempertimbangkan rayuan ini, Mahkamah ini telah meneliti secara terperinci keterangan-keterangan yang dikemukakan, nas-nas yang terpakai serta hujahan-hujahan oleh pihak-pihak. S/N kbbr/i7W7kKp/tB6k2mhuA [20] Mahkamah ini turut mengambil maklum dan mengambil kira pemeriksaan balas terhadap Responden/Defendan mengenai beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Perayu/Plaintif. [21] Mengenai kelewatan selama 4 bulan dokumen tidak dihantar kepada pihak HRDF, Responden/Defendan melalui testimoni beliau telah menjelaskan bahawa: “tuntutan tersebut tidak dihantar kerana masih tidak lengkap berdasarkan dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada pihak HRDF, jadi kerana itu saya letakkan dokumen tersebut di atas meja saya hari terakhir saya masuk office”. [22] Mengenai dakwaan yang kononnya Responden/Defendan telah “tidak hantar surat tuntutan hampir 4 bulan sebab kamu tahu dokumen itu palsu”, Responden/Defendan turut menafikan dakwaan tersebut dan sekali lagi menjelaskan seperti berikut: “ … sebenarnya tuntutan tersebut bukan palsu tapi belum lengkap, sebab itu saya mengambil keputusan untuk tidak menghantar tuntutan tersebut kepada HRDF lagi kerana masih belum lengkap.” [23] Mahkamah ini juga mengambil maklum tentang fakta bahawa pihak Perayu/Plaintif gagal memanggil Nik Amirah (yang mewakili OPCOM Cables Sdn Bhd) sebagai saksi memandangkan Perayu/Plaintif setelah mendakwa bahawa Responden/Defendan telah memalsu tandatangan Nik Amirah. Namun demikian, Responden/Defendan pula mendakwa bahawa beliau telah “menerima template daripada Nik Amirah”. Sungguhpun kedua Perayu/Plaintif serta Responden/Defendan masing-S/N kbbr/i7W7kKp/tB6k2mhuA masing telah membuat dakwaan yang melibatkan Nik Amirah, namun mereka gagal memanggil Nik Amirah untuk memberi keterangan. [24] Secara keseluruhan dan berdasarkan imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini mengesahkan keputusan Mahkamah Sesyen. [25] Rayuan ini adalah ditolak dengan kos sebanyak RM10,000.00, tertakluk kepada fi alokutor. Bertarikh: 4 April, 2025 sgd [CHOONG YEOW CHOY] Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Peguam: Sathiaseelan a/l S S Maniam bagi pihak Perayu (Tetuan S. S. Seelan and Associates) Mohd Yusoff bin Ag Lah bagi pihak Responden (Tetuan Riza, Yusoff & Partners) S/N kbbr/i7W7kKp/tB6k2mhuA