penumpang di dalam kenderaan kamu maut manakala (1) lagi mengalami kecederaan parah. Oleh itu, kamu didapati telah memandu secara merbahaya di atas jalan raya tersebut, dan telah menyebabkan kematian kepada (3) orang penumpang di dalam kenderaan dipandu kamu. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama.” [4] Mahkamah telah mendapati OKS bersalah dan mensabitkan OKS ke atas pertuduhan pilihan. OKS telah didenda denda RM5,000 jika gagal bayar 5 bulan penjara dan butiran sabitan telah dicatit di atas lesen memandu OKS. [5] Di dalam rayuannya, OKS menyatakan bahawa OKS berumur 29 tahun, bekerja sebagai penyelia, seorang yang bujang dan merupakan penanggung tunggal keluarga serta menyara ibunya disebabkan bapanya telah meninggal. OKS turut menyatakan bahawa ini adalah kesalahan pertama OKS. Pihak pendakwaan di dalam hujahan pemberatan hanya memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas OKS. [6] Terkilan dengan hukuman yang diberikan Mahkamah, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan ke atas hukuman tersebut pada 13.08.2025. [7] Dalam menjatuhkan hukuman, Mahkamah perlu mempertimbangkan pelbagai faktor dan juga mengambil kira rayuan mitigasi, hujahan pemberatan serta fakta kes bagi kes tersebut, Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. Khairul Jasmi Abdul Majid [2016] CLJU 225; [2016] MLJU 1645; [2016] 3 AMR 220, memutuskan bahawa: "[17] We are satisfied that the learned High Court judge in arriving at the appropriate sentence had considered the interests of the public and also the mitigating factors including the plea of guilt before the commencement of trial; the saving of much of the court's time; the fact that the death was as a result of a fight that ensued between the respondent and the deceased; the full cooperation given by the accused to the police throughout the investigation when he passed the sentence of twelve years imprisonment and had achieved the objective of sentencing. The length of sentence would have a rehabilitative influence in restoring the accused back into society besides creating fear in the minds of future offenders. [18] In applying the discretionary power on sentencing, there are several factors the court should take into account. These general principles were laid down in Federal Court's case of Mohd Abdullah Ang Swee Keng v. PP [1987] CLJ (Rep) 209; [1987] 2 CLJ 405 as below: "In assessing the length of custodial sentence, the court must look at the overall picture in perspective by considering, firstly, the gravity of the offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigation factors, and fourthly, the sentences that have been imposed in the past for similar offences to determine the trend of sentencing policy, if any." Kepentingan Awam [8] Kepentingan awam merupakan faktor utama yang perlu diambil kira oleh mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman atau perintah. Di dalam kes Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr App R 164, mahkamah telah mumutuskan: “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.” [9] Sepertimana yang dihujahkan oleh Pegawai Pendakwa, hukuman yang setimpal dengan kesalahan perlu dijatuhkan sebagai pengajaran. Pengakuan Salah [10] OKS telah mengaku salah pada kali pertama sebaik sahaja pertuduhan dibacakan. Mahkamah telah mengambil kira pengakuan salah OKS diperingkat awal telah menjimatkan masa dan kos kesemua pihak sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Sau Soo Kim v Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134 di mana telah diputuskan seperti berikut: “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.” Kesalahan Pertama [11] Kesalahan yang dipertuduhkan ke atas OKS merupakan kesalahan kali pertama bagi OKS. Pihak pendakwaan pada sepanjang masa tidak pernah mengemukakan sebarang rekod lampau OKS. [11] Di dalam kes Chan Sit Hoong v. PP [1974] CLJU 19, [1974] 1 LNS 19, Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: A first offender, be he on a drug charge or some other criminal charge, should be dealt with by the imposition of a fine or by placing him under bond or probation, but he should be kept away from prison unless there are, in the public interest, strong reasons for ordering a term of imprisonment, such as the gravity of the offence itself and the manner in which it is committed, or as a deterrent when the prevalence of a particular type of offence has truly reached a stage that a sentence of imprisonment alone may deter others from committing that type of offence. [12] Berdasarkan kes di atas mahkamah berpandangan hukuman berbentuk denda yang dijatuhkan ke atas OKS adalah memadai mengambil kira tertuduh merupakan pesalah pertama. Hujahan Pemberatan [13] Pegawai Pendakwa di dalam kes ini hanya memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas OKS. Tambahan lagi, hujahan pemberatan juga tidak menunjukkan sebarang alasan kukuh yang mewajarkan hukuman berbentuk pemenjaraan ke atas OKS. Pihak pendakwaan juga tidak pernah pada bila-bila masa mengemukakan sebarang kenyataan impak mangsa sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 183A Kanun Tatacara Jenayah yang boleh membantu hujahan pemberatan mereka. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat hukuman berbentuk denda adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh OKS. Hukuman di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan [15] Peruntukan undang-undang bagi kesalahan yang dilakukan oleh OKS adalah denda tidak kurang dari RM 5,000 dan tidak lebih RM 10,000 dan boleh juga dipenjara bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan, dan bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya denda tidak kurang dari RM 10,000 dan tidak lebih dari RM 15,000 dan boleh juga dipenjara bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan. [16] Memandangkan kesalahan OKS merupakan kesalahan pertama maka hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah adalah denda tidak kurang dari RM 5,000 dan tidak lebih RM 10,000 dan boleh juga dipenjara bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan. Di dalam kes ini, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman di dalam lingkungan yang diperuntukkan oleh undang-undang apabila mendenda OKS RM5,000 jika gagal bayar 5 bulan penjara. [16] Berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan di atas dan setelah Mahkamah ini mengambil kira kesemua faktor yang telah dinyatakan, maka hukuman denda RM5,000 jika gagal bayar 5 bulan penjara dan butiran sabitan telah diendorse di atas lesen memandu OKS yang dijatuhkan ke atas OKS adalah setimpal dan wajar dengan kesalahan yang dilakukakan olehnya serta selari dengan peruntukan undang-undang. Bertarikh 27 November 2025 Disediakan oleh, ………………………………………….. (NAIDATUL ATHIRAH BINTI AZMAN) Majistret Mahkamah Majistret Teluk Intan