Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM KES JENAYAH NO: JA-83D-2277-04/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
JA-83D-2277-04/2021
Magistrates Court of Malaysia29 Feb 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263." [11] Dalam kes Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263, Yang Arif Suffian J (pada ketika itu) telah memberikan panduan berkenaan prosedur yang perlu diikuti dalam memutuskan ke”
“onable details are furnished in order for the investigation officer to carry out a meaningful investigation.”. [17] Selanjutnya, Mahkamah Rayuan dalam kes Phiri Mailesi (Zambian) v Public Prosecutor [2013] MLJU 674 telah memberikan panduan berikut: It is pertinent to note that the 'Alcontara Notice' must have sufficien”
“sahkan perkara ini. Namun, pihak Pembelaan gagal berbuat demikian. [24] Berkenaan dengan situasi sedemikan, Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, Hossein Shahsavandi Ahmad v Public Prosecutor [2015] MLJU 503 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: [23] … In our present appeal, Ali Reza had not been admitted S”
“da kes Alcontara a/l Ambross Anthony v PP [1996] 1 MLJ 209 ini telah dihuraikan dalam pelbagai kes di Mahkamah Atasan. [15] Antaranya dalam kes Public Prosecutor v Somasundram A/L Rajasegaran & Anor [2016] MLJU 619 di mana Yang Arif Collin Lawrence Sequerah JC (pada ketika itu) telah menghuraikan dengan lebih lanjut be”
“insip hukuman adalah berbeza bagi setiap kes (on a case by case basis). [31] Dalam menentukan hukuman terhadap Tertuduh, Mahkamah merujuk kepada prinsip kes Mohd Sulaiman Bin Miskon v. Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222 yang menyatakan sepertimana berikut: Once convicted, a trial court must start with the maximum sentence”
“r the disclosure is sufficient is a question of fact to be gathered from the evidence.” [16] Selain itu, Mahkamah Tinggi dalam kes Public Prosecutor v Muralikrishna a/l Nokiah & Ors and another case [2022] MLJU 180 telah memutuskan bahawa: S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q **Note : Serial number will be used to verify the orig”
“cast on the prosecution to rebut it and the trial judge must consider whether the prosecution has succeeded in doing so. In Teo Kian Chun v. PP & Other Appeals [2020] 10 CLJ 398 CA; [2021] 1 MLJ 675; [2020] MLRAU 274, the Court of Appeal made the following observations: “[55] The “Alcontara notice” so described after t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM KES JENAYAH NO: JA-83D-2277-04/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh di Mahkamah ini dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A (1) Akta yang sama seperti berikut: “Bahawa kamu pada 02/04/2021, jam lebih kurang 4.30 petang, di tepi jalan utama Kampung Melayu Majidee, dalam Daerah Johor Bahru, dalam Negeri Johor, didapati memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 17.90 gram, dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.” S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2
2
Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan telah mohon dibicarakan. Tertuduh telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM 5,000 dengan seorang penjamin.
3
Sebelum dihuraikan dengan lebih lanjut berkenaan alasan-alasan keputusan saya, saya ingin merujuk kepada Notis Rayuan yang telah difailkan oleh Tertuduh (Kandungan 51) di mana telah dinyatakan bahawa Tertuduh telah dikenakan 4 tahun penjara dan 4 sebatan. Sebagai pencerahan, Tertuduh pada 29 Februari 2024 sebenarnya telah dikenakan hukuman penjara 3 tahun 9 bulan dan 4 sebatan, dan bukannya seperti yang dinyatakan oleh Tertuduh dalam Notis Rayuannya.
4
Kes pendakwaan telah dimulakan dan didengar oleh Tuan Majistret terdahulu. Tuan Majistret tersebut telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh sebagaimana pertuduhan yang telah dipertuduhkan dan Tertuduh dengan ini dipanggil untuk membela diri. Tuan Majistret terdahulu kemudiannya telah dipindahkan ke Jabatan Peguam Negara dan saya telah diarahkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan untuk mengambil alih pendengaran kes ini. Tiada sebarang bantahan atau permohonan untuk kes ini dibicarakan semula (de novo) dibuat oleh pihak-pihak.
5
Apabila Tuan Majistret terdahulu telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh, saya mahupun Majistret lain tidak boleh S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 membuat penilaian semula ke atas keterangan-keterangan kes pihak pendakwaan sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Chew Sam Poh v PP [2015] 3 CLJ 318 seperti berikut: “[12] By ordering for the defence to be called, it must be taken that the Court of Appeal had found as a matter of law that a prima facie case of trafficking had been established against the appellant in respect of all three charges. Thus the issue of whether a prima facie case of trafficking had been established by the prosecution does not arise in this appeal. Any attack on any infirmity in the prosecution’s evidence must in the circumstances be considered in this light. In any event this court being a court of co-ordinate jurisdiction has no jurisdiction to reverse the earlier decision of the Court of Appeal. Only the Federal Court can revisit the issue of prima facie case in the event of an appeal.”
6
Di peringkat kes pembelaan, pihak Pembelaan telah memanggil seorang saksi, iaitu Tertuduh sendiri, Syed Darul Nafis bin Syed Jaafar. Tertuduh telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi dan tiada saksi lain yang dipanggil bagi menyokong keterangannya.
7
Secara rumusnya, keterangan Tertuduh adalah bahawa semasa hari kejadian pada 02/04/2021, Tertuduh telah dibawa ke Kampung Melayu menaiki motor yang dibawa oleh seorang individu bernama Shamsari yang dikatakan merupakan anggota polis. Setibanya Tertuduh di tempat tersebut, terdapat anggota S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 polis yang lain menunggu di situ dan membuat tangkapan terhadapnya.
8
Kemudian, Shamsari tersebut telah menyuruh Tertuduh untuk mengikuti anggota polis yang lain ke Balai Polis menaiki kereta. Setibanya di Balai Polis, anggota polis yang menahan Tertuduh telah menjalankan siasatan dan meminta Tertuduh untuk menandatangani laporan. Tertuduh menyatakan bahawa Tertuduh tidak membaca apa yang ditandatangani. Tertuduh kemudiannya bertanya sebab tangkapan ke atasnya dan diberitahu oleh anggota polis tersebut bahawa Shamsari telah ditahan kerja. [9]
Preamble
Menurut Tertuduh juga, tiada sebarang dadah yang dijumpai pada tangannya dan Tertuduh hanya melihat barang kes di dalam kes ini iaitu ketika berada di Balai Polis. PERUNTUKAN DAN PRINSIP UNDANG-UNDANG [10] Dalam membuat keputusan bagi kes-kes perbicaraan jenayah, Mahkamah ini sentiasa mengambil panduan daripada pernyataan yang dinyatakan oleh Yang Arif Gopal Sri Ram JCA (sebagaimana beliau pada ketika itu) dalam kes Looi Kow Chai & Anor v Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 65 dan juga semasa bersidang di Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393 di mana beliau telah menyatakan seperti berikut: “For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case: S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263." [11] Dalam kes Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263, Yang Arif Suffian J (pada ketika itu) telah memberikan panduan berkenaan prosedur yang perlu diikuti dalam memutuskan kes-kes perbicaraan jenayah selepas seorang Tertuduh dipanggil untuk membela diri. Di halaman 263-264, Yang Arif telah memberikan panduan seperti berikut: “The correct law for magistrates to apply is as follows. If you accept S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it.
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt - Convict.
b
If you accept or believe the accused's explanation - Acquit.
c
If you do not accept or believe the accused's explanation - Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt - Convict.
e
If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt - Acquit. Magistrates would assist the appellate court if they indicate in their grounds that they are aware of the tests laid down in steps (d) and
e
above.” ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH Sama ada Tertuduh berjaya membuktikan keraguan yang munasabah S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q [12] Walaupun ianya undang-undang mantap bahawa Mahkamah tidak sepatutnya menilai kes pendakwaan di peringkat pembelaan, adalah penting untuk Tertuduh membangkitkan pembelaannya seawal di peringkat pendakwaan. Tindakan ini dikenali sebagai “Alcontara Notice” di mana selepas notis ini diberikan, beban diletakkan di bahu pihak pendakwaan untuk menyangkal notis tersebut. [13] Ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pihak pendakwaan untuk menyangkal pembelaan Tertuduh sekiranya Tertuduh dipanggil untuk membela diri. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan sebarang elemen kejutan sepanjang prosiding perbicaraan jenayah tersebut. [14] Prinsip berkenaan “Alcontara Notice” yang berpaksi daripada kes Alcontara a/l Ambross Anthony v PP [1996] 1 MLJ 209 ini telah dihuraikan dalam pelbagai kes di Mahkamah Atasan. [15] Antaranya dalam kes Public Prosecutor v Somasundram A/L Rajasegaran & Anor [2016] MLJU 619 di mana Yang Arif Collin Lawrence Sequerah JC (pada ketika itu) telah menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan penggunaan dan kepentingan “Alcontara Notice” seperti berikut: “In the evaluation of the defence case, it is also important to consider whether the version given is an afterthought or plain and deliberate lies. In so doing the court must consider whether the version as contended for by the defence with respect to matters material to their defence are raised for the first time during the defence case thus leaving the prosecution witnesses no opportunity of either admitting or denying the same or whether the S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q defence version was put during the course of the prosecution case itself. The practice of raising matters or putting ones case during the prosecution case whether arising out of matters contained in the cautioned statement or otherwise is commonly referred to as the Alcontara Notice. The “Alcontara Notice” is the furnishing of details in support of an accused’s defence which is normally given in his or her cautioned statement. It must be borne in mind however, that this may or may not involve the actual tendering of the cautioned statement itself in evidence. Even if the cautioned statement was not tendered, the court must nevertheless consider such version as put during the course of the prosecution case. Once such a notice is given, investigation must be carried out on the disclosure given and the onus is then shifted to the prosecution to rebut the “Alcontara Notice”. The shifting of the burden however, to the prosecution after the giving of the “Alcontara Notice”, as of necessity presupposes that sufficient particulars or reasonable details are furnished in order for the police to carry out a meaningful investigation in respect of the information. Therefore, should the details furnished be insufficient, that will amount to an insufficient “Alcontara Notice”. In those circumstances, the burden cannot be then said to shift to the prosecution to rebut the notice. Whether the disclosure is sufficient is a question of fact to be gathered from the evidence.” [16] Selain itu, Mahkamah Tinggi dalam kes Public Prosecutor v Muralikrishna a/l Nokiah & Ors and another case [2022] MLJU 180 telah memutuskan bahawa: S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q [79] The position of the law is trite. Where the defence raises a sufficient Alcontara notice, there is a duty cast on the prosecution to rebut it and the trial judge must consider whether the prosecution has succeeded in doing so. In Teo Kian Chun v. PP & Other Appeals [2020] 10 CLJ 398 CA; [2021] 1 MLJ 675; [2020] MLRAU 274, the Court of Appeal made the following observations: “[55] The “Alcontara notice” so described after the case which bears its name, is the furnishing of details in support of an accused’s defence which is normally given in his or her cautioned statement. It must be borne in mind however, that this may or may not involve the actual tendering of the cautioned statement itself in evidence. [56] Once such a notice is given, investigation must be carried out on the disclosure given and the onus is then shifted to the prosecution to rebut the “Alcontara notice”. The shifting of the burden however, to the prosecution after the giving of the “Alcontara notice”, as of necessity pre-supposes that sufficient particulars or reasonable details are furnished in order for the investigation officer to carry out a meaningful investigation.”. [17] Selanjutnya, Mahkamah Rayuan dalam kes Phiri Mailesi (Zambian) v Public Prosecutor [2013] MLJU 674 telah memberikan panduan berikut: It is pertinent to note that the 'Alcontara Notice' must have sufficient particulars in the right perspective and not a vague notice where the prosecution will not be able to advance their investigation to rebut the defence story or version. It must also be S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q given at the earliest opportunity at the material time of the arrest or at least upon counsel taking instruction from the accused to conduct its defence. In addition, the defence's version should be put at the prosecution stage and the story must be maintained at the defence stage. There will be a duty placed on the judge even at the prosecution stage to positively evaluate the story of the accused relating to 'Alcontara Notice' before evaluating the prosecution case and applying the maximum evaluation as Alcontara case places the onus on the prosecution to rebut or sufficiently explain that they have discharged that onus. In the instant case evidence will show that the defence has not given an 'Alcontara Notice' in the right perspective. [Penekanan ditambah] [18] Dalam kes semasa, pembelaan Tertuduh di peringkat pendakwaan adalah menjurus kepada kepincangan dalam Laporan Kimia. [19] Selain itu, sekiranya diteliti, pembelaan Tertuduh di peringkat pendakwaan pula mencadangkan bahawa barang kes adalah milik salah seorang daripada anggota serbuan bernama Koperal Zaidi apabila soalan ini telah diajukan kepada SP1, Pegawai Tangkapan. Namun demikian, di peringkat pembelaan, pihak pembelaan telah menukar arah pembelaan dengan mencadangkan bahawa barang kes sebenarnya milik seorang penama bernama Shamsari. [20] Di peringkat pendakwaan, tiada langsung dinyatakan mahupun disebut nama Shamsari yang telah wujud secara tiba-tiba di peringkat pembelaan. S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q [21] Malahan, penama Shamsari ini tidak pernah dipanggil sebagai saksi pembelaan dan juga tiada keterangan lain yang dapat membuktikan kewujudan Shamsari ini. Nama-nama lain yang dipetik oleh Tertuduh dalam keterangannya juga (Joko, Mark, Hafiz) juga tidak dipanggil dalam kes pembelaan. Pihak pembelaan hanya mengemukakan ID12 iaitu salinan gambar lesen memandu individu bernama Shamsari, yang tidak disokong oleh mana-mana dokumen asal, di mana dokumen ini kekal sebagai ID dan tidak boleh diterima sebagai bukti dalam kes ini. [22] Berkenaan dengan ini, Mahkamah mendapati keterangan berkenaan kewujudan Shamsari ini tidak dapat dibuktikan atau disokong oleh Tertuduh dari segi keterangan lisan oleh mana-mana pihak lain mahupun sebarang keterangan dokumentari. [23] Atas sebab ini, Mahkamah berpendapat bahawa pembelaan ini langsung tidak mencetuskan sebarang keraguan dalam kes pendakwaan. Bukan itu sahaja, Mahkamah juga meragui kewujudan Shamsari tersebut di mana watak ini mungkin direka (fictitious character) seperti yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan kerana sekiranya benar penyataan Tertuduh ini, maka Shamsari tersebut boleh dipanggil ke Mahkamah untuk mengesahkan perkara ini. Namun, pihak Pembelaan gagal berbuat demikian. [24] Berkenaan dengan situasi sedemikan, Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, Hossein Shahsavandi Ahmad v Public Prosecutor [2015] MLJU 503 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: [23] … In our present appeal, Ali Reza had not been admitted S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q to by the prosecution as a real person. Neither had Hossein shown him as a real person or created a reasonable doubt as to his existence. Hossein's information on him was sketchy and the evidence of SD2 and SD3 had been rejected by the learned trial judge. The documentary evidence was hearsay and not properly attested to as required under our legal system. In short Ali Reza was a figment of Hossein's imagination. [24] In this regard, we would with respect advert to the same case of Mohamad Radhi (supra) where the so-called Radhi's direction was articulated by learned Justice Mohd Azmi SCJ and which was subsequently explained with great clarity as to its application in the case of Yee Wen Chin v. PP & Another Appeal [2008] 6 CLJ 773 in appreciating the true effect of the case of Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311. This court in Yee Wen Chin 's case (supra) had said: That case (Mohamad Radhi v. PP (supra) is authority for the proposition that a person charged with trafficking is entitled to an acquittal on that charge by showing that he was a mere possessor of the drugs whilst another was the true trafficker. Whenever such a defence is taken two separate exercises must be carried out by the trial Judge. He must first determine as a fact whether that other is a real person or a mere figment of the accused's imagination invented for the purpose of the trial. Next, if he finds that other person to be real the Judge must then determine whether that other person is the real trafficker. This is called the Radhi direction and must be administered by a court unto itself when such a defence is taken. See, Sochima Okoye v. Public Prosecutor S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q [1995] 3 CLJ 371 CA. [25] It was clear to our mind that the learned trial judge was satisfied that Ali Reza was a fictitious person which was conveniently created by Hossein to escape from the charge. On the evidence as adduced before him, we were of the view that the trial judge was correct in his finding. [25] Sebaliknya, Mahkamah menerima hujahan pihak pendakwaan bahawa pembelaan Tertuduh ini hanya bersifat terkemudian (afterthought) memandangkan ia tidak ditimbulkan seawal di peringkat pendakwaan, khususnya semasa pemeriksaan balas terhadap SP1 iaitu Pegawai Tangkapan. [26] Sekiranya diteliti pembelaan Tertuduh, bukan sahaja ia bersifat terkemudian, malah ia juga lebih kepada penafian semata-mata (bare denial) kerana Tertuduh dalam keterangannya hanya menafikan bahawa Tertuduh tidak mempunyai pengetahuan tentang dadah yang telah dijumpai itu dan ia bukan miliknya. Namun, keterangan ini hanyalah satu penafian semata-mata tanpa disokong oleh mana-mana keterangan-keterangan kukuh yang lain. [27] Berdasarkan kepada alasan-alasan ini, Mahkamah mendapati bahawa pembelaan Tertuduh adalah tidak bermerit, bersifat terkemudian (afterthought), tidak dapat dipercayai dan juga tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan, sekaligus gagal menyangkal pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. [28] Justeru itu, dengan berlandaskan prinsip di dalam kes Mat v PP S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q (supra) Mahkamah telah sabitkan Tertuduh atas kesalahan sebagaimana dalam pertuduhan. HUKUMAN [29] Mahkamah ini merujuk kepada pernyataan Yang Arif Azahar Mohamed JCA (pada ketika itu) dalam kes Pendakwa Raya lwn Ramakrishnan a/l Subramaniam dan lain-lain [2013] 2 MLJ 549; [2012] 9 CLJ 443 seperti berikut:
Preamble
Mengikut prinsip penghukuman yang sedia ada, setiap orang yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan bentuk kesalahan yang dilakukan. Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang untuk menentukan supaya hukuman yang dikenakan terhadap pesalah itu adil, bersesuaian dan setimpal dengan apa-apa kesalahan yang dilakukannya itu. Adalah juga menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa mahkamah yang mendengar rayuan tidak seharusnya campur tangan dengan hukuman yang dikenakan oleh hakim perbicaraan dan selalunya tidak akan menukar hukuman melainkan ianya berpuas hati bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh hakim berkenaan itu ternyata amat tidak memadai atau mencukupi atau keterlaluan atau tidak sah atau pun tidak merupakan hukuman yang wajar memandangkan semua fakta yang didedahkan, atau bahawa mahkamah tersebut jelas tersalah didalam memakai prinsip yang betul dalam penilaian hukuman. Prinsip undang-undang yang menentukan kawalan dan semakan keputusan berkaitan dengan hukuman telah digariskan dengan jelas dalam kes Bhandulananda Jayatilake v S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 83 [1982] ; [1981] 1 lns 139 dan kes Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Public Prosecutor [2002] 3 MLJ 193; [2002] 3 CLJ 457. [30] Maka, prinsip undang-undang adalah jelas bahawa bidang kuasa untuk menjatuhkan hukuman adalah terletak di bawah budi bicara Mahkamah menurut peruntukan undang-undang yang ditetapkan bagi setiap kesalahan. Adalah juga penting untuk ditekankan bahawa prinsip hukuman adalah berbeza bagi setiap kes (on a case by case basis). [31] Dalam menentukan hukuman terhadap Tertuduh, Mahkamah merujuk kepada prinsip kes Mohd Sulaiman Bin Miskon v. Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222 yang menyatakan sepertimana berikut: Once convicted, a trial court must start with the maximum sentence allowed by law. It must then consider the facts and circumstances of the case, giving “discounts” for less than the most serious manner of commission. [32] Berpandukan kepada kes di atas, apabila seorang Tertuduh itu disabitkan, sama ada melalui perbicaraan penuh ataupun pengakuan salah sebaik pertuduhan dibacakan, hukuman yang boleh diberikan kepada Tertuduh tersebut adalah hukuman yang paling maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut di bawah undang-undang. Kemudian barulah diberikan pengurangan atau diskaun kepada hukuman tersebut setelah mengambil kira rayuan mitigasi yang telah dikemukakan oleh Tertuduh untuk pengurangan hukuman. S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q [33] Dalam kes semasa, Tertuduh telah dikenakan satu pertuduhan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A (1) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 2 tahun tetapi tidak melebihi 5 tahun dan dikenakan sebatan tidak kurang daripada 3 sebatan dan tidak melebihi 9 sebatan. [34] Ini bermakna, Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa dan budi bicara untuk menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh sehingga 5 tahun penjara dan 9 sebatan sebagai hukuman maksimum. Walaupun demikian, Mahkamah ini telah mempertimbangkan fakta-fakta kes dan rayuan mitigasi Tertuduh untuk mengurangkan hukuman Tertuduh mengikut peruntukan undang-undang. Trend Hukuman, Jenis dan Berat Dadah [35] Dalam membuat penilaian berkaitan hukuman yang perlu dijatuhkan terhadap Tertuduh, Mahkamah ini selanjutnya berhemat bahawa hukuman yang dijatuhkan bagi sesuatu kesalahan bukanlah hanya semata-mata tertakluk kepada spektrum peruntukan undang-undang yang mendasari kesalahan yang dipertuduhkan, bahkan sewajarnya konsisten dengan trend hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah bagi kesalahan yang berteraskan peruntukan yang sama. [36] Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman tersohor Mahkamah Agung dalam kes Mohamad Abdullah Ang Swee Kang v. PP [1988] 1 MLJ 167 yang memutuskan bahawa trend penghukuman adalah merupakan faktor yang relevan dalam memutuskan hukuman bersesuaian ke atas pesalah dalam sesuatu kes. Dalam S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q memberikan pencerahan berkait kedudukan trend penghukuman dalam penjatuhan hukuman, Yang Arif Mohd. Azmi HMA telah menyatakan seperti berikut: “In assessing the length of custodial sentence, the Court must look at the overall picture in perspective by considering firstly, the gravity of the type of offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigating factors, and fourthly, the sentences that have been imposed in the past for similar offences to determine the trend of sentencing policy, if any.” [37] Sekiranya didalami trend hukuman ini, jenis dan berat dadah telah diberikan penekanan dalam penentuan hukuman terhadap seseorang Tertuduh. Kepentingan mengambil kira jenis dan berat dadah dinyatakan dalam kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah atasan. Sebagai contoh, dalam kes Oloofsen v Public Prosecutor [1964] 1 MLJ 305, Yang Arif Wee Chong Jin CJ menegaskan pertimbangan perlu diberikan kepada jenis dan kuantiti dadah dalam menetapkan penalti menurut berat dadah terlibat. (Rujuk juga kes Zaidon bin Shariff v PP [1996] 4 CLJ 441 dan PP v Mashaifee Mohd Zaki [2016] 1 LNS 1825 yang menyatakan bahawa jenis dan berat dadah yang lebih berbahaya wajar dijatuhkan hukuman yang lebih berat). [38] Sehubungan dengan perkara ini, dengan ini diperturunkan sebahagian trend penghukuman dalam keadaan di mana Tertuduh disabitkan bagi kesalahan di bawah seksyen 12(2) dibaca bersama dengan seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dibahagikan mengikut berat dan jenis dadah. S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q
a
Lim Huat Pah v Pendakwa Raya [2023] 1 LNS 2503 Tertuduh dalam kes ini dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan dari tarikh sabitan dan 3 sebatan bagi kesalahan di bawah seskyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca dengan seksyen 39A(1) Akta yang sama bagi kesalahan memiliki dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 16.34 gram. Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman yang dijatuhkan di Mahkamah Majistret.
b
Datu Nasir bin Indal Jaya v Public Prosecutor [2023] 1 LNS 2104 Tertuduh dalam kes ini dijatuhkan hukuman penjara 4 tahun dari tarikh sabitan dan 3 sebatan bagi kesalahan di bawah seksyen 12
2
Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca dengan seksyen 39A (1) Akta yang sama bagi kesalahan memiliki dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 18.43 gram. Mahkamah Tinggi mengekalkan tempoh hukuman 4 tahun penjara tetapi menggantikan dengan hukuman penjara dari tarikh tangkapan. Kepentingan Awam [39] Mahkamah ini memberikan keutamaan kepada kepentingan awam sebagai dimensi utama bagi menentukan bentuk hukuman yang perlu dijatuhkan. Hal ini dengan jelas ditekankan oleh Ramly Ali HMR (pada masa itu) dalam kes Mahkamah Rayuan Azwel Mohd Ali Iwn. Pendakwa Raya [2013] 1 MLJ 253; [2012] 6 CLJ 809 yang mana diputuskan: “[17] Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah mengambil kira bahawa di dalam kes ini terdapat isu kepentingan awam S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q (public interest) dan juga isu kepentingan peribadi perayu yang perlu dipertimbangkan sebelum hukuman dikenakan. Walau bagaimanapun Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah memakai prinsip bahawa kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi. [18] Di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, Hashim Yeop Sani J, pernah memutuskan: One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball as follows: “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest...” [40] Namun, kepentingan seseorang Tertuduh juga tidak wajar diketepikan seperti yang dinyatakan dalam kes Tan Sri Abdul Rahim Noor v. PP [2001] 1 MLJ 193. Jadi, Mahkamah ini turut memberikan penekanan kepada rayuan mitigasi Tertuduh yang merangkumi keadaan latar belakang kehidupan serta selainnya yang relevan, di mana kesemuanya dipertimbangkan secara kumulatif dengan fakta dan keadaan kes ini secara keseluruhannya dalam menjatuhkan hukuman terhadapnya. [41] Dalam pertuduhan yang dikenakan terhadap Tertuduh dalam kes ini, hukuman maksimum diperuntukkan undang-undang adalah hukuman penjara dari 2 hingga 5 tahun dan sebatan dari 3 hingga 9 sebatan. Setelah mengambil kira faktor mitigasi sebagai diskaun dan pemberatan pendakwaan, Mahkamah ini telah menjatuhkan S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q hukuman penjara 3 tahun 9 bulan dari tarikh sabitan dan 4 sebatan. KESIMPULAN [42] Selepas Tertuduh dijatuhkan hukuman, Peguam Tertuduh telah memohon untuk penangguhan perlaksanaan hukuman. Namun, Mahkamah tidak membenarkan permohonan tersebut atas sebab Tertuduh tidak hadir ke Mahkamah (untuk keputusan kes di akhir kes Pembelaan) pada 28.12.2023, 31.12.2023 & 16.1.2024 tanpa sebarang alasan yang munasabah di mana Waran Tangkap juga telah dikeluarkan terhadap Tertuduh. Penjamin juga menyatakan bahawa Tertuduh tidak dapat dihubungi pada tarikh-tarikh tersebut. Maka, permohonan Tertuduh untuk penangguhan perlaksanaan hukuman adalah ditolak oleh Mahkamah ini. [43] Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan terhadap Tertuduh adalah setimpal dengan kesalahan, jenis dan berat dadah mengambil kira trend hukuman semasa dan berdasarkan prinsip-prinsip undang-undang matan yang diputuskan oleh Mahkamah atasan. Diharapkan agar hukuman tersebut dapat memberi pengajaran kepada masyarakat secara amnya dan Tertuduh secara khasnya. Bertarikh: 7 Mei 2024 S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q (SHAARMINI A/P ARJUNAN) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET JOHOR BAHRU PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwa Raya Puan Shamira binti Mohd Luthfi Ismail Timbalan Pendakwa Raya Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim Bagi Pihak Tertuduh Tuan Sri Kumar A/L Gunapati Tetuan Sri Kumar Gunapati & Co Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim S/N WhSadto/kyKkttAnS9O0Q
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.