The learned DPP referred to PW5's evidence in examination in chief as follows:- "S: So, apa yang berlaku berkaitan kes ini Doktor? J: Okay. So, apabila pesakit datang, so dia ada ceritalah. Tak silap saya, benda itu bukan berlaku hari yang sama. Lebih kurang empat ke lima hari sebelum kejadianlah. So, ada berlaku perselisihan faham dengan suami. Saya tanya suami and then, memang duduk sekali satu rumahlah. So, yang saya difahamkan pesakit, ada berlaku silap faham and then, ada berlaku pergelutanlah. Ada pegang tangan and then, masa berlaku pergelutan itu ada berlaku kecederaanlah. Yang pertama, dia kata sakit bahagian hidung dan hidung ada berdarah pada hari tersebutlah. And then, kemudian dia ada sakit tangan belah kiri. Kemudian, masa saya memeriksa pesakit, pada waktu yang saya periksa itu, dah tak ada apa-apa berlaku. Sudah tak ada berlaku pendarahan hidunglah. Tapi, bila saya tekan bahagian tulang hidung dia itu, dia ada rasa sakit. Kemudian, saya tengok bahagian lain just ada kesan, kesan lebam sikitlah dekat tangan belah kiri dia. And then, saya meminta pesakit untuk buat X-Tray bahagian hidung and then, saya dapati ada kesan patahlah dekat bahagian hidung. S: ... J: ... And then, bila pesakit tiba, so seperti pesakit-pesakit lain yang contohnya di Zon Hijau, so zon yang paling tak kritikal, so, kita akan check secara luaran so apabila kita rasa yang kecederaan yang pesakit alami itu, ada patah dan sebagainya, so kita akan order X-Tray dan sebagainyalah... S: So, kalau macam dalam kes ini, Doktor cakap tadi, patah hidung, kemudian XTray dilakukan oleh Doktor ke atau dilakukan oleh Doktor lain? J: X-Tray, kita akan order. Doktor, sayalah, saya yang akan order. So, X-Tray itu akan dibuat di Jabatan Radiologilah. S: Radiologilah. J: Kemudian, dia akan bawa filem X-Tray itu ke saya, saya akan tengok. And then, saya akan, seterusnya saya akan... S: (mencelah) Analysis? J: Betul." (emphasis added)