i
(i) beberapa helai pakaian;
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/f722fed8-452c-46c4-8d7d-198b6bc58fed
Court of Appeal of Malaysia20 Aug 2018B-05(M)-203-05/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rify the truth of what Ossy told him at Lagos Airport. In fact the evidence is hearsay and inadmissible as the object was to prove the truth of what Ossy told him: PP v. Subramaniam [1956] 1 LNS 115; [1956] MLJ 220 P.C.” [73] Dalam kes Losali v PP [2011] 4 MLJ 694, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “[54] The learned t”
“o disprove knowledge) it was his duty to call Ossy to give evidence and not for the police to investigate if it was true that Ossy had asked him to carry the soap boxes: Baharom v. PP [1960] 1 LNS 9; [1960] MLJ 429; Liew Siew & Anor v. PP [1969] 1 LNS 90; Chu Tak Fai v. PP [1998] 4 CLJ 789. Hence, since Ossy was not ca”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO. B-05(M)-203-05/2017 ANTARA SYED MAZHAR ALI …PERAYU DAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya Di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No. 45A-239-12/2013 Antara Pendakwa Raya Dan Syed Mazhar Ali) KORUM: AHMADI HAJI ASNAWI, HMR ABDUL RAHMAN SEBLI, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR 2 PENGHAKIMAN [1] Ini adalah rayuan perayu yang telah didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, di atas pertuduhan berikut: "Bahawa kamu pada 26 Mei 2013, lebih kurang jam 11.10 pagi di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1 (CPP-1), Balai Ketibaan Antarabangsa, Bangunan Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam Daerah Sepang, dalam Negeri Selangor, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 2196.2 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama". [2] Kami telah menolak rayuan perayu berdasarkan alasan-alasan berikut. Kes Bagi Pihak Pendakwaan [3] Pada 26.5.2013, SP-7 (PK Mohammad Faiz bin Zulkopli) bertugas di CPP1, Balai Ketibaan Utama KLIA bersama SP-5 (Pik Chung Kim Guan) dan SP-8 (Pik Mohammad Muzamir bin Sahimi). Pada jam 11.10 pagi, SP-7 telah menahan perayu kerana kelakuannya yang mencurigakan dan mengarahkannya untuk mengimbas beg bimbit warna 3 hitam (eksibit P7) yang dibawanya di mesin pengimbas yang diseliakan oleh SP-5. [4] SP-5 dan SP-7 mendapati wujud imej yang mencurigakan di dalam beg tersebut. [5] SP-7 kemudian mengarahkan perayu pergi ke kaunter pemeriksaan dan membuka beg P7 tersebut. Pada bahagian zip pertama beg, SP-7 mendapati terdapat beberapa helai pakaian. Pada bahagian zip kedua, terdapat 4 bungkusan yang dibalut dengan pita pelekat kuning. Apabila ditanya oleh SP-7 perayu menjawab bahawa 4 bungkusan tersebut mengandungi “sugar”. Kerana ragu dengan jawapan tersebut, SP-7 mengambil 2 daripada 4 bungkusan tersebut untuk diimbas sekali lagi. Hasil imbasan kali kedua masih menunjukkan wujudnya imej yang mencurigakan. [6] Selepas itu SP-7 mengarahkan perayu mengemas kembali kandungan dalam beg P7 termasuk 4 bungkusan berpita pelekat kuning tersebut. Sementara SP-8 membawa perayu ke bilik pemeriksaan CPP- 4 1 untuk diperiksa lanjut, SP-7 pula menghubungi Bahagian Pencegahan dan Penguatkuasaan Kastam. [7] Di bilik CPP-1, perayu menyatakan kepada SP-8 bahawa ada 2 lagi bungkusan yang dibawa olehnya, sambil menunjukkan 2 bungkusan yang diikat pada kaki kiri dan kanannya. [8] SP-8 kemudian memaklumkan SP-7 mengenai 2 bungkusan yang diikat pada kaki kiri dan kanan perayu. [9] Setelah pegawai-pegawai dari Bahagian Pencegahan dan Penguatkuasaan Kastam tiba di bilik CPP-1 tersebut, proses pembongkaran penuh telah dijalankan oleh SP-7. SP-8 pula bertindak sebagai pencatit dan SP-4 (Pik Azhar bin Kassim) bertindak sebagai jurugambar. SP-10 (Penolong Pengarah Kastam, Muhammad Farhan bin Izhar) sebagai pegawai penyiasat, telah memerhati proses pembongkaran tersebut. 5 [10] Pembongkaran beg hitam eksibit P-7 telah menghasilkan penemuan:
i
(i) beberapa helai pakaian;
subparagraph
(ii) 4 bungkusan (eksibit P20, P21, P22, P23) mengandungi bahan disyaki dadah; Manakala pemeriksaan ke atas tubuh badan perayu telah menghasilkan penemuan:
i
(i) 1 bungkusan (eksibit P-18) mengandungi bahan disyaki dadah diikat pada kaki kanan perayu menggunakan pembalut putih (eksibit P44) dan stoking (eksibit P45); dan
subparagraph
(ii) 1 bungkusan (eksibit P-19) mengandungi bahan disyaki dadah diikat pada kaki kiri perayu menggunakan pembalut putih (eksibit P-49) dan stoking (eksibit P-47). [11] 6 bungkusan yang mengandungi bahan disyaki dadah tersebut telah dihantar kepada SP-6 (Dr. Vanitha Kunalan), ahli Kimia dari Jabatan Kimia Malaysia pada 29.5.2013 untuk dianalisa. 6 [12] SP-6 mengesahkan bahawa bahan-bahan dalam 6 bungkusan tersebut mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 2,196.2 gram (selepas ini dirujuk sebagai “dadah tersebut”), yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952 (selepas ini dirujuk sebagai “ADB 1952”). Laporan kimia SP-6 telah dikemukakan sebagai eksibit P-17. [13] Selanjutnya pada 29.5.2013, SP-10 telah menghantar beberapa helai pakaian yang dijumpai dari dalam beg eksibit P7, berus gigi dan sampel darah perayu untuk analisa DNA. Pegawai Sains (SP-9, Siti Mastura binti Mohamad) mengesahkan terdapatnya kesan DNA perayu pada eksibit-eksibit tersebut. Laporannya adalah eksibit P68. [14] Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara yang bijaksana telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan perayu mempunyai kawalan dan jagaan ke atas beg P-7 yang mengandungi 4 bungkusan dadah tersebut dan 2 bungkusan dadah lagi yang diikat pada kaki kiri dan kanannya. 7 [15] Ekoran daripada dapatan tersebut, hakim bicara lantas menggunakan anggapan statutori di bawah s.37(d), ADB 1952, bahawa perayu dianggap memiliki dadah tersebut dan mempunyai pengetahuan mengenai dadah di dalam beg dan dadah yang diikat pada kaki kiri dan kanannya sehinggalah dibuktikan sebaliknya. [16] Hakim bicara yang bijaksana juga mendapati bahawa tindakan perayu membawa dadah dengan cara tersembunyi tersebut adalah terjumlah kepada perbuatan pengedaran secara langsung seperti didefinisikan di bawah s. 2, ADB 1952. Dadah yang dijumpai di dalam beg eksibit P7 dan yang diikat pada kaki kiri dan kanannya menunjukkan niat sebenar perayu untuk mengedarkan dadah tersebut. Malah dadah tersebut dibawa masuk dari Pakistan ke Malaysia. [17] Pada akhirnya, hakim bicara yang bijaksana telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas perayu di atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya. Dengan itu perayu telah dipanggil untuk membela diri. Perayu memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. 8 Kes Pembelaan [18] Perayu menyatakan dia berasal dari Pakistan dan sudah berkeluarga. Dia pernah mempunyai sebuah restoren sendiri di Pakistan tetapi terpaksa ditutup kerana bekalan elektrik terputus akibat pergolakan politik yang berterusan di negara tersebut. [19] Selepas restorannya ditutup, dia meluahkan masalah yang dihadapi kepada jiran dan kawannya, Sikandar. Sikandar memberitahunya bahawa dia mempunyai kawan di Malaysia bernama Malik, yang boleh membantu perayu untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia. Perayu menyambut baik cadangan Sikandar tersebut walaupun dia tidak mengenali Malik. [20] Sikandar membawanya berjumpa Malik yang pada ketika itu berada di Pakistan. Malik mengarahkan Sikandar mengambil paspot perayu untuk urusan perjalanan ke Malaysia. 9 [21] Perayu membeli sendiri tiket penerbangan dari Pakistan ke Malaysia dengan harga Rupee 70,000 (lebih kurang RM3,000.00). Malik pula menetapkan tarikh penerbangan perayu ke Malaysia. [22] Sikandar menghantar perayu ke Lapangan Terbang Karachi. Di situ perayu nampak Malik membawa 2 buah beg yang serupa, yang berwarna hitam dengan saiz yang sama. Kemudian Malik menyuruh perayu memberikan beg yang dibawanya kepada Sikandar untuk dibawa balik. Malik sebaliknya memberikan kepadanya salah sebuah daripada 2 beg hitam tersebut. Perayu memeriksa beg hitam tersebut dan mendapatinya kosong. Lalu perayu memasukkan pakaiannya ke dalam beg hitam tersebut. [23] Semasa dalam penerbangan dari Karachi ke Kuala Lumpur, perayu tidak duduk di tempat duduk yang sama dengan Malik. Perayu tidak tahu Malik duduk di mana. Dalam manifest penerbangan, perayu tidak tahu “Malik” yang mana satu yang beliau rujuk kerana terdapat 3 orang bernama “Malik” dalam manifest tersebut (eksibit P-83). Perayu juga menyatakan bahawa dia tidak tahu nama penuh Malik. 10 [24] Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malik memberikan beg hitam (eksibit P7) yang dibawanya kepada perayu. Atas alasan hendak ke bilik air dahulu, Malik telah mengarahkan perayu untuk pergi melepasi mesin pengimbas terlebih dahulu dan menunggunya di luar bangunan KLIA. Perayu mengaku dia telah mengimbas 2 beg hitam tersebut dan memberitahu pegawai kastam bahawa salah sebuah beg tersebut adalah miliknya dan sebuah lagi milik Malik. [25] Hasil imbasan terdapat imej yang mencurigakan di dalam salah sebuah beg tersebut. Perayu ditahan dan dibawa ke bilik pemeriksaan bersama dengan 2 buah beg yang dibawanya ketika itu. [26] Menurut perayu, beg hitam yang dibawanya mempunyai tali silang, manakala beg Malik hanya mempunyai “handle”. Perayu merujuk gambar P11(21) dan (22), 2 buah beg yang berlainan. Beg dalam gambar P11(21) adalah miliknya dan beg dalam gambar P11(22) pula adalah beg Malik. Perayu menafikan gambar beg P11(25) dan (26) adalah beg miliknya. Namun begitu perayu tidak menafikan pakaian dari beg dalam gambar P11(23) dan (24) adalah miliknya. 11 [27] Menurut perayu lagi, tiada barang salah dijumpai pada badannya. Empat bungkusan kuning yang ditemui adalah dari beg hitam kepunyaan Malik. Dua bungkusan yang dijumpai pada kakinya telah diikat pada kakinya atas arahan pegawai kastam. Pegawai kastam tersebut memaksanya mengikat 2 bungkusan tersebut pada kedua-dua belah kakinya. [28] Perayu menyatakan bahawa dia ada memberitahu pegawai penyiasat mengenai Malik dan nombor telefon Malik. Menurutnya hanya terdapat seorang bernama Malik sahaja di telefonnya. [29] Di akhir kes pembelaan, hakim bicara yang bijaksana mendapati bahawa pembelaan perayu adalah penafian semata-mata. Ianya tidak disokong dengan fakta. Perayu menyalahkan Malik tetapi butir-butir diri Malik tidak dikemukakan dan rakaman percakapan perayu walaupun dirujuk tetapi tidak dikemukakan untuk Mahkamah menilai “veracity” keterangan dan rakaman percakapan perayu tersebut. 12 [30] Hakim bicara juga menolak dakwaan bahawa pegawai kastam yang memaksa perayu mengikat 2 bungkusan berisi dadah tersebut pada kaki kiri dan kanannya. Tiada alasan untuk pegawai kastam tersebut berbuat demikian dan saksi-saksi dari Jabatan Kastam juga telah menafikan dengan keras penyataan perayu tersebut. [31] Dari demeanour perayu, hakim bicara yang bijaksana turut mendapati bahawa perayu adalah saksi yang tidak bercakap benar. [32] Hakim bicara yang bijaksana seterusnya mendapati fakta yang tidak dipertikaikan menunjukkan bahawa beg hitam eksibit P7 dirampas semasa ia dalam jagaan, kawalan dan milikan perayu, yang di dalamnya juga terdapat beberapa helai pakaian perayu. Hakim bicara yang bijaksana berpendapat bahawa perayu gagal untuk mematahkan anggapan di bawah s.37 (d) ADB 1952, yang terpakai ke atasnya. [33] Pada akhirnya hakim bicara yang bijaksana mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui 13 keraguan yang munasabah selaras dengan s.182A (1) Kanun Acara Jenayah (“KAJ”). [34] Dengan demikian, perayu telah disabitkan dengan kesalahan di bawah pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dan dijatuhi hukuman gantung hingga mati. Rayuan Perayu [35] Perayu telah mengunjurkan alasan-alasan berikut:
i
(i) Hakim bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila menggunapakai dua beban berbeza ke atas perayu di akhir kes pendakwaan di mana hakim bicara telah mendapati perayu mempunyai milikan mens rea ke atas dadah tersebut melalui keterangan langsung dan pada masa yang sama telah menggunapakai anggapan di bawah s.37(d) ADB 1952 untuk membuktikan perayu mempunyai milikan ke atas dadah tersebut;
subparagraph
(ii) Hakim bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal memutuskan bahawa 14 keterangan dan pembelaan yang dikemukakan perayu adalah boleh dipercayai (“credible”) dan telah menimbulkan keraguan munasabah di dalam pembuktian kes oleh pihak pendakwaan. Dapatan Kami Alasan (i) – Pemakaian dua beban berbeza ke atas perayu di akhir kes pendakwaan di mana hakim bicara telah mendapati perayu mempunyai milikan mens rea ke atas dadah tersebut melalui keterangan langsung dan pada masa yang sama menggunapakai anggapan di bawah s.37(d), ADB 1952, untuk membuktikan perayu mempunyai milikan ke atas dadah tersebut. [36] Sehubungan dengannya, peguam bela perayu yang terpelajar merujuk kepada m.s. 11 dan 12, Jilid 1, RR di mana dalam alasan penghakimannya, hakim bicara memutuskan bahawa: “[31] Daripada fakta kes yang dikemukakan, jelas Tertuduh membawa beg hitam P7, yang disahkan mengandungi 4 bungkusan berisi dadah berbahaya. Dadah berbahaya itu di bawa oleh Tertuduh dari Pakistan ke Malaysia (Ong Ah Chuan v. PP [1981] 1 MLJ 64, Wichai Onprom v. PP [2006] 5 MLJ 415. [32] Takrif mengedar diperuntukkan di dalam Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang antara lain termasuk “transporting, carrying… Rujuk Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. [33] Daripada takrifan itu, Mahkamah berpendapat Tertuduh mengedar dadah berbahaya tersebut menurut Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana Tertuduh membawa beg (P7) yang disahkan mengandungi 15 dadah berbahaya dan juga yang diikat di kaki kiri dan kanan yang disahkan dadah berbahaya. [34] Cara Tertuduh membawa dadah berbahaya tersebut dan mengikat di kaki kiri dan kanannya menunjukkan dia mempunyai pengetahuan (Gunalan & Ors v. PP [2004] 4 MLJ 489, PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337). [35] “Conduct” Tertuduh adalah mencurigakan SP7. Ini menunjukkan Tertuduh ada pengetahuan ke atas dadah berbahaya yang dibawanya (Parlan Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717).” [37] Peguam bela perayu yang terpelajar berhujah bahawa berdasarkan kepada dapatan dalam penghakiman tersebut, hakim bicara yang bijaksana mendapati bahawa perayu mempunyai milikan mens rea bagi dadah-dadah yang dijumpai di dalam beg dan pada kaki kiri dan kanan perayu. Bagaimanapun, di perenggan 39, m.s. 13, Jilid 1, RR, hakim bicara yang bijaksana memutuskan bahawa: “[39] Mahkamah juga menerima pakai anggapan di bawah Seksyen 37
d
(d) Akta Dadah Berbahaya 1952.” Dan, di perenggan 62 m.s. 17, Jilid 1, RR: “[62] Mengenai isu kedua, Mahkamah juga berpandangan bahawa Pembelaan gagal mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37 (d) Akta Dadah Berbahaya 1952.” [38] Tidak ada penjelasan diberikan oleh hakim bicara kenapa s.37(d) digunapakai dan sama ada untuk dadah yang dijumpai di dalam beg P-7 atau untuk dadah yang dijumpai pada kedua belah kaki perayu. 16 [39] Peguambela yang terpelajar telah merujuk kes Soorya Kumar Narayanan v. PP [2009] 6 CLJ 257, Nguyen Quoc Tuan v. PP [2016] 6 MLJ 156, Seyedalireza Seyedhedayatollah Ehteshamiardestani v. PP [2014 4 CLJ 406, dan PP v. Ku Yahya Ku Bahari & Anor [2002] 1 CLJ 113 dan berhujah bahawa hakim bicara yang bijaksana telah terkhilaf dan tersalah arah apabila mendapati wujud keterangan pemilikan dadah secara “mens rea” melalui keterangan langsung, tetapi pada pada masa yang sama, invoked anggapan statutori di bawah s.37(d) ADB 1952, untuk membuktikan pemilikan dadah tersebut oleh perayu. Kecelaruan dapatan ini adalah fatal kerana telah memprejudiskan perayu. [40] Peguam bela yang terpelajar seterusnya berhujah bahawa tanpa manfaat dapatan yang tepat, perayu bertanda tanya sama ada beban bukti untuk memangkas milikan dadah tersebut adalah untuk menimbulkan keraguan munasabah atau menyangkal anggapan statutori di atas imbangan kebarangkalian. Di akhir kes pembelaan, hakim bicara yang bijaksana juga gagal untuk menyatakan sama ada perayu memikul beban untuk mematahkan kes pendakwaan dengan cara menimbulkan keraguan yang munasabah atau menyangkalnya di atas imbangan kebarangkalian, satu beban yang lebih berat. 17 [41] Sebagai balasan, pihak pendakwaan berhujah bahawa hakim bicara yang bijaksana mempunyai segala hak untuk membuat dapatan berkenaan milikan sama ada berdasarkan keterangan langsung atau bersandarkan kepada anggapan statutori di bawah s.37(d) ADB 1952. Seterusnya hakim bicara yang bijaksana juga berhak untuk membuat dapatan berkenaan pengedaran dadah berdasarkan kepada perbuatan-perbuatan yang ditakrifkan di bawah s.2, ADB 1952, ataupun bersandarkan kepada anggapan statutori di bawah s.37(da) Akta yang sama. Seterusnya dihujahkan bahawa tidak ada di mana-mana di dalam alasan penghakimannya bahawa hakim bicara yang bijaksana telah menggunakan keterangan langsung dan anggapan di bawah s.37(d), ADB 1952, untuk membuktikan perayu mempunyai milikan ke atas dadah tersebut. [42] Kami telah meneliti perkara ini dengan cermat dan mendapati isu ini tidak berasas. [43] Kami bersetuju dengan hujahan TPR yang terpelajar bahawa hakim bicara yang bijaksana tidak menggunakan keterangan langsung dan 18 s.37(d), ADB 1952, untuk mendapati dan seterusnya membuktikan perayu mempunyai milikan ke atas dadah tersebut. [44] Petikan daripada alasan penghakiman hakim bicara yang bijaksana seperti yang ditonjolkan oleh peguam bela perayu dalam hujahannya (di perenggan-perenggan 31, 32, 33, 34, 36 dan 39, m.s. 11, 12, Jilid 1, RR) menunjukkan hakim bicara yang bijaksana hanya setakat menyatakan bahawa perayu jelas membawa beg hitam P7 yang disahkan mengandungi 4 bungkusan berisi dadah berbahaya dan 2 bungkusan lain diikat pada kaki kiri dan kanan perayu (di perenggan 31) dan dadah tersebut dibawa dari Pakistan ke Malaysia. [45] Selain itu hakim bicara yang bijaksana juga mendapati bahawa cara perayu membawa dadah tersebut dan mengikat dadah tersebut di kaki kiri dan kanannya menunjukkan dia mempunyai pengetahuan tentang dadah tersebut (di perenggan 34). 19 [46] Di perenggan 35, pula hakim bicara yang bijaksana menyatakan “conduct” perayu yang mendatangkan kecurigaan SP-7 menunjukkan perayu mempunyai pengetahuan tentang dadah tersebut. [47] Itulah sahaja dapatan-dapatan yang dinyatakan oleh hakim bicara yang bijaksana. Namun, ini tidak bermakna bahawa hakim bicara telah membuat dapatan berkenaan dengan milikan dadah tersebut oleh perayu berdasarkan keterangan langsung atau milikan mens rea. Tidak wujud di mana-mana dalam alasan penghakimannya bahawa hakim bicara yang bijaksana telah membuat dapatan yang sedemikian. [48] Pada hemat kami, hakim bicara yang bijaksana merujuk kepada fakta-fakta dan dapatan-dapatan seperti dihuraikan di dalam perenggan-perenggan 44, 45 dan 46 di atas untuk menunjukkan bahawa perayu telah mengedarkan dadah tersebut melalui perbuatannya iaitu “transporting, carrying….” dadah tersebut. Sebab itulah hakim bicara menyatakan perayu jelas membawa beg eksibit P7 yang mengandungi 4 bungkusan berisi dadah dan 2 bungkusan lain diikat pada kaki kiri dan kanan perayu dan dadah tersebut di bawa oleh perayu dari Pakistan ke Malaysia. 20 [49] Pandangan kami diperkuatkan dengan kenyataan hakim bicara di perenggan 32 alasan penghakiman (m.s. 11, Jilid 1, RR) bahawa s.2 ADB 1952, memperuntukkan takrif mengedar dadah termasuklah antara lain “transporting, carrying….” dadah berkenaan. [50] Pada akhirnya di perenggan 33, alasan penghakiman, hakim bicara yang bijaksana berpendapat bahawa perayu telah mengedarkan dadah tersebut menurut s.2, ADB 1952, kerana perayu membawa beg yang disahkan mengandungi dadah dan juga membawa dadah dengan mengikatnya pada kaki kiri dan kanannya. [51] Semakan nota keterangan di akhir kes pendakwaan semasa hakim bicara yang bijaksana memutuskan untuk memanggil perayu membela diri menunjukkan pola yang sama. Perenggan-perenggan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9, m.s. 201 hingga 203, Jilid 2C, RR, telah diulang semula (“reproduced”) oleh hakim bicara dalam alasan penghakimannya seperti di perenggan-perenggan 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40 dan 41, m.s. 11 hingga 13, Jilid 1, RR. 21 [52] Kenyataan hakim bicara yang bijaksana dalam nota keterangan dan alasan penghakimannya seperti dihuraikan di atas jelas menunjukkan bahawa hakim bicara yang bijaksana tidak pernah pada bila-bila masa mendapati perayu mempunyai milikan mens rea ke atas dadah tersebut melalui keterangan langsung. [53] Apa yang jelas di dalam alasan penghakimannya (di perenggan 39, m.s. 13, Jilid 1, RR), hakim bicara menyatakan beliau (mahkamah) menerimapakai anggapan di bawah s.37(d), ADB 1952, untuk menganggap bahawa perayu mempunyai dalam milikannya dadah tersebut sehingga dibuktikan sebaliknya dan perayu juga dianggap mempunyai pengetahuan tentang jenis dadah tersebut sehinggalah dibuktikan sebaliknya. [54] Adalah undang-undang yang mantap bahawa hakim bicara mempunyai segala budi bicara untuk sama ada menggunakan anggapan statutori di bawah s.37(d), ADB 1952, atau menggunakan keterangan langsung untuk dapatan sama ada perayu mempunyai milikan ke atas dadah tersebut. 22 [55] Berdasarkan fakta dan keterangan yang dikemukakan, hakim bicara yang bijaksana telah menggunakan budi bicaranya dengan betul apabila beliau invoked s.37(d), ADB 1952, untuk menganggap (presume) bahawa perayu mempunyai dalam milikannya dadah tersebut sehingga dibuktikan sebaliknya dan juga dianggap mempunyai pengetahuan tentang jenis dadah tersebut sehinggalah dibuktikan sebaliknya. [56] Apa yang diperlukan sebelum s.37(d), ADB 1952 boleh di invoked hanyalah seseorang itu prima facie mempunyai kawalan atau jagaan ke atas 'anything whatsoever containing any dangerous drugs', yang mengundang maksud yang cukup luas untuk meliputi apa jua objek yang boleh mengandungi (containing) sesuatu barang. Ini termasuklah beg eksibit P7 yang dibawa oleh perayu dan bungkusan plastik yang mengandungi dadah yang diikat pada kaki kiri dan kanan perayu. [57] Pada hemat kami, pihak pendakwaan telah memenuhi segala keperluan untuk mewajarkan dan mengesahkan invokasi anggapan statutori di bawah s.37(d), ADB 1952, untuk menganggap bahawa perayu mempunyai dalam milikannya dadah tersebut dan mempunyai 23 pengetahuan tentang jenis dadah itu sehinggalah kedua-dua ciri tersebut dibuktikan sebaliknya. [58] Berdasarkan kepada segala alasan di atas, kami berpendapat bahawa isu berkaitan dengan beban berganda yang dibangkitkan oleh peguam bela yang terpelajar tidak bermerit sama sekali. [59] Hakim bicara yang bijaksana tidak khilaf dan tidak tersalah arah dalam pemakaian s.2 dan s.37(d), ADB
section
1952. Beliau telah menggunapakai s.2 untuk membuktikan perbuatan pengedaran, manakala anggapan di bawah s.37(d) pula di “invoke” untuk pembuktian tentang milikan dadah tersebut. Beliau tidak menggunakan keterangan langsung untuk mendapati perayu mempunyai milikan mens rea ke atas dadah berkenaan. 24 Alasan (ii) – Hakim bicara telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal memutuskan bahawa keterangan dan pembelaan yang dikemukakan perayu adalah boleh dipercayai (“credible”) dan telah menimbulkan keraguan munasabah di dalam pembuktian kes oleh pihak pendakwaan [60] Peguam bela yang terpelajar berhujah bahawa hakim bicara yang bijaksana telah terkhilaf dalam mempertimbangkan perkara-perkara berikut apabila beliau mendapati bahawa:
i
(i) pembelaan perayu adalah suatu pemikiran semula (afterthought) atau penafian semata-mata (bare denial);
subparagraph
(ii) kewujudan dan peranan yang dimainkan oleh Malik tidak diendahkan;
subparagraph
(iii) tiada pemberatan diberikan tentang kewujudan dua buah beg yang sama warna dan jenis yang menyokong pembelaan perayu beg yang mengandungi dadah diberikan oleh Malik di KLIA;
subparagraph
(iv) Perayu tidak mempunyai pengetahuan tentang kandungan dadah di dalam beg milik Malik, eksibit P-7. 25 [61] Peguam bela yang terpelajar berhujah bahawa pembelaan perayu bukanlah suatu pemikiran semula. Pembelaan perayu telah dicadangkan kepada saksi-saksi pihak pendakwaan pada kesempatan terawal iaitu semasa kes pendakwaan lagi sepertimana dicatatkan dalam nota keterangan. Penelitian pemeriksaan balas kepada SP-7, SP-8 dan SP-10 jelas menunjukkan pembelaan perayu telah dicadangkan kepada mereka. [62] Selanjutnya, peguam bela yang terpelajar berhujah bahawa hakim bicara yang bijaksana telah tersalah arah memutuskan bahawa perayu tidak mengemukakan butir-butir diri Malik walhal terdapat keterangan dokumentari menunjukkan sebaliknya, umpamanya SP-7 bersetuju dengan cadangan peguam bela yang terpelajar bahawa pada m.s. 5, bilangan 44 kepada maklumat nombor telefon yang ada di dalam kad sim telefon bimbit yang dirampas dari perayu terdapat nama Malik. [63] SP-7 turut bersetuju apabila dirujuk kepada helaian 4 manifest penerbangan (P83) bahawa terdapat 3 orang yang bernama Malik yang sama penerbangan dengan perayu. 26 [64] Peguam bela yang terpelajar telah merujuk kes Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311 dan Sochima Okoye v. PP [1995] 3 CLJ 371; [1995] 1 MLJ 538 dan berhujah bahawa hakim bicara yang bijaksana telah gagal mempertimbangkan sama ada wujud keraguan munasabah bahawa Malik adalah pengedar sebenar dadah-dadah tersebut. Malik bukanlah watak rekaan dan P-83 telah menunjukkan wujudnya Malik yang menaiki penerbangan yang sama dengan perayu. Cuma sahaja perayu tidak dapat memastikan yang mana satu antara 3 penumpang bernama Malik kerana perayu tidak tahu nama penuh Malik. [65] Peguam bela yang terpelajar juga berhujah bahawa terdapat dua buah beg yang seiras semasa perayu ditahan. Gambar P11(21), (23) dan
subsection
(24) menunjukkan sebuah beg yang mempunyai tali silang dan tag. Manakala gambar P11(22), (25) dan (26) menunjukkan sebuah beg tanpa tali silang dan tanpa tag padanya. SP-10 juga setuju semasa dicadangkan bahawa gambar P11(21) mempunyai tag dan gambar P11(22) tidak mempunyai tag. Peguam bela yang terpelajar berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal untuk menentukan beg mana milik perayu dan bahawa beg tanpa tali silang dan tanpa tag tersebut milik Malik. Pihak pendakwaan gagal untuk menutup jurang ini. 27 [66] Seterusnya peguam bela yang terpelajar berhujah bahawa perayu tidak mengetahui kandungan beg eksibit P7 kerana beg tersebut bukan milik perayu. Perayu membawa beg lain yang seiras dengan beg eksibit P7. Perayu tidak mengetahui kewujudan dadah di dalam beg eksibit P7 kerana ia hanya diberikan oleh Malik semasa mereka sampai di KLIA ketika Malik ingin ke bilik air. [67] Peguam bela yang terpelajar berhujah bahawa ini bukanlah kes “wilfull blindness”. Perayu tidak mempunyai masa yang mencukupi dan tiada keadaan yang mencurigakan untuk perayu memeriksa kandungan beg eksibit P7. Perayu adalah seorang pembawa polos (innocent carrier) - lihat Munusamy Sundar Raj v. PP [2016] 1 CLJ 357 berkenaan pembelaan pembawa polos. [68] Peguam bela yang terpelajar juga berhujah bahawa dadah-dadah yang dijumpai di dalam beg eksibit P7 tidak tersembunyi sebagaimana dipersetujui SP-7. Adalah tidak munasabah jika perayu berniat mengedar dadah tersebut hanya meletakkan dadah tersebut di dalam beg eksibit P7 begitu sahaja tanpa menyembunyikannya. Ini menunjukkan bahawa beg eksibit P7 bukan miliknya dan bukan perayu yang menyimpan dadah tersebut di dalam beg tersebut. 28 [69] Kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara yang bijaksana bahawa nama Malik tidak pernah timbul daripada masa perayu mula ditahan sehingga tamat siasatan dijalankan termasuklah semasa percakapan beramaran perayu diambil. Perayu sendiri dalam keterangannya mengatakan dia tidak tahu di mana Malik tinggal. Perayu juga tidak pernah memberitahu mana-mana pegawai kastam tentang Malik, nombor telefon Malik, alamat Malik atau sebarang maklumat mengenai Malik. Nama Malik hanya timbul semasa soal balas saksi-saksi pendakwaan di Mahkamah, bertahun-tahun selepas penangkapan perayu dan ini telah dinafikan oleh saksi-saksi pendakwaan. Perayu sendiri juga gagal mengemukakan percakapan beramarannya kepada Mahkamah untuk dinilai tentang veracity keterangan yang diberikan oleh perayu. Dalam keadaan sedemikian hakim bicara yang bijaksana adalah betul apabila mendapati bahawa pembelaan perayu adalah suatu pemikiran semula. [70] Hakim bicara yang bijaksana juga tidak khilaf apabila mendapati bahawa pembelaan perayu adalah bersifat penafian semata-mata dan tidak disokong oleh apa-apa keterangan lain. 29 [71] Perayu telah gagal untuk memanggil Malik untuk menjelaskan cerita yang sebenarnya. Kegagalan perayu untuk memanggil saksi ini menunjukkan perayu hanya mereka-reka cerita untuk melepaskan dirinya. [72] Kami bersetuju dengan keputusan dalam kes Tobechi Chinonso Madu v PP [2015] 1 LNS 57 yang dirujuk oleh pihak pendakwaan, di mana Mahkamah ini memutuskan bahawa: “[17] In any event, since the appellant had a legal burden to discharge (to disprove knowledge) it was his duty to call Ossy to give evidence and not for the police to investigate if it was true that Ossy had asked him to carry the soap boxes: Baharom v. PP [1960] 1 LNS 9; [1960] MLJ 429; Liew Siew & Anor v. PP [1969] 1 LNS 90; Chu Tak Fai v. PP [1998] 4 CLJ 789. Hence, since Ossy was not called to give evidence there was no way the court could verify the truth of what Ossy told him at Lagos Airport. In fact the evidence is hearsay and inadmissible as the object was to prove the truth of what Ossy told him: PP v. Subramaniam [1956] 1 LNS 115; [1956] MLJ 220 P.C.” [73] Dalam kes Losali v PP [2011] 4 MLJ 694, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “[54] The learned trial judge rightly held that the defence of the appellant was a bare denial. It is trite law that the defence of bare denial is no defence. What this amounts to is this. That the appellant did not offer any explanation to the two charges and merely denied the evidence advanced by the prosecution. That was indeed a perilous course to undertake. [55] The bare denial cannot in law raise a reasonable doubt and the appellant must be convicted for both the charges. Raja Azlan Shah CJ (Malaya) (as His Majesty then was) in D.A. Duncan v. Public Prosecutor 30 [1980] 1 LNS 12; [1980] 2 MLJ 195, had this to say in regard to the defence of simple denial: The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution's case against the appellant.” [74] Kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara yang bijaksana bahawa berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan, pembelaan perayu adalah penafian semata-mata. [75] Kami juga berpendapat hakim bicara yang bijaksana adalah betul apabila membuat dapatan bahawa hanya sebuah beg hitam iaitu eksibit P7 yang dirampas bersama dengan penangkapan perayu. Ini adalah berdasarkan keterangan SP-7, SP-5 dan saksi-saksi pihak pendakwaan yang lain yang tidak pernah tercabar. Borang Keluar/Masuk Barang ke Dalam/Keluar Stor Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, iaitu Borang A dan Borang C (Eksibit P4, P5 dan P10) juga menunjukkan hanya sebuah beg iaitu eksibit P7 yang terlibat bagi kes ini. Setiap kali barang kes dibawa ke Mahkamah untuk perbicaraan, hanya sebuah beg itulah iaitu P7 yang dikemukakan. 31 [76] Berkenaan dengan perbezaan gambar P11(21), (23) dan (24) yang menunjukkan sebuah beg yang mempunyai tali silang dan tag, manakala gambar P11(22), (25) dan (26) yang menunjukkan sebuah beg tanpa tali silang dan tanpa tag padanya, kami dapati tali silang pada beg dalam gambar P11(22) terletak di bawah beg dan tali silang masih kelihatan dalam gambar P-11(26). Kesemua gambar-gambar ini adalah gambar-gambar satu beg yang sama iaitu beg eksibit P7. Perayu juga telah mengaku bahawa pakaian-pakaian yang ditunjukkan adalah pakaian-pakaian miliknya yang dikeluarkan daripada beg eksibit P7. Dengan itu hakim bicara yang bijaksana adalah betul apabila mendapati hanya sebuah beg yang terbabit dalam kes ini, iaitu eksibit P7 dan beg tersebut adalah milik perayu yang dibawa oleh perayu semasa ditahan oleh SP-7. [77] Kami juga sekata bahawa hakim bicara telah dengan betul mendapati bahawa perayu bukanlah seorang pembawa polos. Perayu telah dengan sengaja menutup matanya atau dengan kata lain tidak mempedulikan perkara yang sangat jelas, iaitu beg yang dibawanya sememangnya ada mengandungi dadah. Ini adalah berdasarkan fakta dan keterangan berikut:- 32
i
(i) perayu menyatakan bahawa beliau tidak tahu nama penuh dan alamat tempat tinggal Malik dan baru mengenalinya melalui Sikandar. Maka, tiada sebab untuk perayu mempercayai dan menurut segala arahan Malik;
subparagraph
(ii) perayu menyatakan bahawa ketika di Lapangan Terbang Karachi, Malik, yang perayu hanya pernah berjumpa sekali sebelum hari itu, memberikannya beg dan menyuruh perayu menyerahkan beg yang perayu bawa kepada Sikandar untuk dibawa pulang. Perayu kemudiannya memasukkan pakaian-pakaiannya ke dalam beg yang diberikan Malik. Perayu sepatutnya berasa curiga kenapa beliau perlu menukar beg yang dibawanya dari rumah. Kenapa perayu perlu menurut arahan Malik yang tidak dikenalinya untuk berbuat sedemikian? Perayu gagal untuk menjelaskan perkara ini.
subparagraph
(iii) perayu menyatakan bahawa beliau telah memeriksa beg tersebut sebelum memasukkan pakaian-pakaiannya. Jika benar, sudah tentu 4 bungkusan dadah tersebut mudah dilihat oleh perayu. Bungkusan-bungkusan dadah tersebut bersaiz besar dibalut dengan pita pelekat berwarna terang kuning dan berat kasar setiap bungkusan tersebut adalah sekitar setengah kilogram. Mustahil bagi perayu untuk tidak dapat membezakan 33 beg kosong dengan beg yang berisi dengan bungkusan-bungkusan yang sedemikian; dan iv) perayu tidak berasa curiga apabila Malik menyuruhnya membawa begnya sehingga melepasi mesin pengimbas hanya kerana Malik ingin ke bilik air. Kenapa perayu tidak boleh menunggu sahaja Malik keluar daripada bilik air, kemudian sama-sama ke mesin pengimbas? Kenapa perayu perlu mengimbas beg milik orang lain? Tidak munasabah untuk perayu tidak boleh menunggu Malik keluar daripada bilik air terlebih dahulu memandangkan perayu baru pertama kali datang ke Malaysia dan KLIA amat asing baginya. [78] Terlalu banyak keadaan yang sepatutnya perayu dapat berasa syak. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa perayu telah dengan sengaja menutup mata terhadap keadaan-keadaan persekitaran yang sepatutnya telah menimbulkan syak dan prasangka terhadap beg eksibit P7. Perayu telah wilfully shut his eyes berkenaan dadah yang terdapat di dalam beg eksibit P7. 34 [79] Selanjutnya, jika benar perayu datang ke Malaysia dengan tujuan untuk mencari pekerjaan, kenapa pula perayu perlu membeli tiket pulang (return ticket) yang dijadualkan pada 2.6.2013. Menurut tiket tempahan (P-36) perayu dijadualkan pulang ke Pakistan tujuh (7) hari selepas sampai di Malaysia. Ini membawa inferensi yang kuat bahawa perayu datang ke Malaysia bukanlah untuk mencari pekerjaan tetapi dengan motif yang menyimpang, iaitu untuk mengedar (membawa) dadah tersebut di Malaysia. [80] Berkenaan dengan keterangan perayu bahawa pegawai kastam memaksanya mengikat bungkusan dadah di kaki kiri dan kanannya, hakim bicara yang bijaksana adalah betul apabila beliau menolak keterangan tersebut. Inilah pertama kali perayu tiba di Malaysia. Perayu tidak mengenali sesiapa di Malaysia dan tidak seorang pun di Malaysia yang mengenali perayu. Oleh yang demikian, tidak ada sebab untuk pegawai kastam memaksa perayu mengikat kedua-dua bungkusan tersebut pada kedua-dua belah kakinya. [81] Seterusnya, jenis dadah, cara dadah dibungkus dan anggaran saiz serta berat dadah eksibit P18 dan P19 yang diikat sorok pada kedua-dua belah kaki perayu, adalah bersamaan dengan dadah eksibit P20, P21, 35 P22 dan P23 yang dijumpai di dalam beg eksibit P7. Dan, kesemua dadah tersebut dijumpai dalam tempoh waktu yang sama. [82] Akhir sekali, berkenaan ketiadaan nama perayu pada tag beg P-7 dan analisa DNA, perayu telah ditahan bersama dengan beg yang mengandungi dadah tersebut secara red handed. Dalam keadaan seperti ini ketiadaan nama perayu pada tag beg atau pun kesan DNA tidak penting kerana pembawa beg yang mengandungi dadah tersebut diketahui atau dikenal pasti dengan nyata iaitu perayu sendiri. Ini sudah mencukupi untuk mengaitkan perayu dengan pemilikan (possession) dadah berkenaan, yang menjadi salah satu inti pati pertuduhan mengedarkan dadah tersebut. Lainlah sekiranya pembawa beg tersebut tidak dikenal pasti orangnya. [83] Berdasarkan keseluruhan hal ehwal keadaan kes, hakim bicara adalah betul apabila mendapati bahawa perayu telah gagal untuk menyangkal anggapan di bawah s.37(d), ADB 1952 bahawa perayu mempunyai dalam milikannya dadah tersebut dan mempunyai pengetahuan penuh tentang jenis dadah tersebut. 36 [84] Dalam kes Mahkamah Persekutuan Munuswamy Sundar Raj v. PP [2016] 1 CLJ 357, YA Suriyadi Halim Omar HMP, menyatakan bagi pihak Mahkamah: "[14] The ingredient of trafficking was established when the appellant carried the drugs from New Delhi airport to Kuala Lumpur (see s. 2 of the Act)". [85] Di dalam kes di hadapan kami, tidak ada pertikaian bahawa perayu telah membawa dadah tersebut dari Karachi ke KLIA. Ini adalah overt act perayu mengedarkan dadah tersebut. [86] Cara dadah eksibit P18 dan P19 tersebut disorokkan pada kedua-dua belah kaki perayu juga merupakan overt act perayu – lihat perenggan 27, keputusan Mahkamah ini dalam kes Methan Aydroos Mohamed Pillai Naina Mohamed v. PP [2013] 1 LNS 968. [87] Dalam hal ehwal keseluruhan kes ini, hakim bicara yang bijaksana adalah betul apabila beliau mendapati perayu telah melakukan perbuatan pengedaran dadah tersebut seperti ditakrifkan di bawah s.2, ADB 1952. 37 Kesimpulan [88] Berdasarkan kepada segala alasan-alasan di atas, kami mendapati rayuan perayu tidak bermerit sama sekali. Dengan itu kami menolak rayuan perayu seraya mengekalkan dan mengesahkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas perayu oleh Mahkamah Tinggi. Bertarikh: 3hb. Oktober 2019 (AHMADI HAJI ASNAWI) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguam Bela Perayu: Dato Rajpal Singh & Tiew Poh Nee Tetuan Rajpal, Firah & Vishnu Peguam Bela Dan Peguam Cara Peguam Bela Responden: Puan Dhiya Syazwani Izyan bt. Mohd. Akhir Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.