Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO. KES: BA-89RE-3580-09/2025 ANTARA
BA-89RE-3580-09/2025
Magistrates Court of Malaysia10 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“wer must surely be 'No'. I fail to see how the rights of the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 accused as provided in art. 5 of the Federal Constitution or s. 117 of the CPC were affected. [34] For reasons set out above, I allowed the revision. It can be”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO. KES: BA-89RE-3580-09/2025 ANTARA
1
LAWAN SUHANA BINTI ISMAIL
2
MOHAMAD FAFZLI BIN ABDUL RAHIM (NO K/P 801109-03-5961) DAN 11 OYDS YANG LAIN … ORANG YANG DISYAKI (OYDS) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Secara ringkasnya, pada 10 September 2025, pegawai penyiasat daripada SPRM Negeri Selangor telah membuat permohonan perintah penahanan di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap 13 OYDS di Mahkamah Majistret 1, Shah Alam,
2
Setelah mendengar hujahan pegawai penyiasat dan peguam bela, semua 13 OYDS dibenarkan untuk ditahan reman di lokap SPRM Selangor selama 3 hari bermula dari 10/9/2025 sehingga 12/9/2025.
3
OYDS1 dan OYDS2 telah mengemukakan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor terhadap perintah reman 3 hari yang dibenarkan telah oleh saya.
4
Berdasarkan permohonan dan diari siasatan yang telah difailkan, pihak SPRM telah menerima aduan OYDS 1 dan OYDS2 ini yang merupakan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia bertugas di Terminal 1, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) telah menerima wang rasuah daripada ejen-ejen warganegara asing sebagai balasan untuk memudahkan urusan keluar masuk warganegara asing ke Malaysia.
5
Pegawai penyiasat telah memberikan sebanyak 12 alasan bagi permohonan reman yang disertakan dalam permohonan untuk pertimbangan seperti berikut:
1
Siasatan berkaitan dengan kes ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam. Oleh yang demikian, pihak kami memohon suatu tempoh tahanan reman terhadap kesemua OYDS selama tujuh (7) hari berdasarkan alasan-alasan berikut:
2
Siasatan terhadap kes ini baru bermula. Tangkapan terhadap ke semua OYDS dilakukan pada 09/09/2025 sehingga 10/09/2025 jam lebih kurang diantara 1500hrs sehingga 0215hrs setelah satu operasi bersepadu dijalankan oleh pihak SPRM. Setelah itu, tindakan pemeriksaan kesihatan telah dilakukan terhadap semua OYDS, maka adalah terbatas kepada pihak SPRM untuk melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan dalam masa amat singkat.
3
Kesemua OYDS-OYDS yang ditahan tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM bagi menjalankan siasatan terhadap kes ini.
4
Pihak siasatan SPRM perlu mengesan dan merakam keterangan saksi-saksi yang berkepentingan yang mana kes ini adalah berkepentingan awam dan merupakan kes bersindiket melibatkan kemasukan warga asing ke dalam negara. Siasatan juga percaya terdapat penglibatan ahli sindiket lain yang perlu dikesan dan dikenalpasti segera.
5
Kedudukan OYDS-OYDS yang merupakan watak utama didalam kes ini boleh mempengaruhi saksi-saksi dan ianya akan memberi kesan yang besar kepada kes yang sedang disiasat ini sekiranya kesemua OYDS dibebaskan pada peringkat ini.
6
Kehadiran kesemua OYDS-OYDS adalah diperlukan bagi penggeledahan di beberapa lokasi yang baru dikenalpasti. Rampasan terhadap dokumendokumen dan barang-barang kes yang akan menjadi keterangan dalam kes ini perlu segera dilakukan di bebarapa lokasi ini
7
Dokumen-dokumen dan juga barang-barang kes yang merupakan hasil daripada aktiviti sindiket dalam kes ini perlu segera dikenalpasti, dirampas dan juga disita untuk tujuan siasatan.
8
Rakaman pernyataan secara video perlu dilakukan terhadap ke semua OYDS. Terdapat banyak dokumen yang perlu dirujuk kepada kesemua OYDS-OYDS bagi merungkai modus operandi dalam sindiket kes ini yang memerlukan penjelasan daripada kesemua OYDS.
9
Permohonan ini adalah penting bagi memastikan OYDS-OYDS tidak berkomunikasi dengan sebarang kenalan di luar yang berpotensi memusnahkan dokumen-dokumen yang penting dan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan. Selain daripada itu, akses kepada dokumen-dokumen ini memerlukan kehadiran OYDS dan seterusnya dokumen-dokumen ini perlu dirujuk kepada OYDS-OYDS.
10
Membuat pemeriksaan terus terhadap telefon bimbit OYDS dengan bantuan daripada Bahagian Forensik Teknologi SPRM bagi mengenalpasti rakan-rakan subahat yang lain dan rangkaian jenayah dalam kes ini. Hasil analisa forensik ini kemudian perlu dirujuk kepada OYDS-OYDS.
11
Dokumen-dokumen bank yang baru diperoleh daripada pihak Bank perlu dirujuk kepada OYDS dan perlu dibandingkan bagi mengenalpasti pengaliran transaksitransaksi yang mencurigakan. OYDS-OYDS perlu memberi penjelasan terhadap transaksi-transaksi yang mencurigakan ini. Terdapat juga beberapa dokumen bank yang telah dipohon dan akan diperolehi dalam masa terdekat juga perlu dirujuk kepada
12
Sekiranya kesemua OYDS dilepaskan pada peringkat ini, besar kemungkinan ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan. Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri mengemukakan permohonan ini untuk mendapatkan perintah penahanan di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap OYDS selama 7 hari mulai 10.09.2025 hingga 16.09.2025 bagi tujuan menyelesaikan siasatan terhadap kes ini. Sekiranya permohonan reman dibenarkan, OYDS akan ditahan di lokap SPRM Negeri Selangor.
6
Pegawai penyiasat SPRM juga ada mengemukakan hujahan lisan bahawa tangkapan dilakukan terhadap kedua-dua OYDS pada jam 3.00 petang di Pejabat SPRM Selangor. Pihak SPRM telah hadir rumah OYDS2 pada jam 6.36 pagi pada 9.9.2025 dan pejabat OYDS1 pada jam 7.20 pagi untuk pemeriksaan dan pengeledahan. Suspek tidak ditahan atau ditangkap ketika itu.
7
Pegawai SPRM juga dalam hujahan lisan menyatakan siasatan kes ini melibatkan jumlah transaksi RM8 juta dan memohon reman selama 7 hari terhadap semua OYDS termasuk OYDS1 dan OYDS2.
8
Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan oleh pihak peguam antaranya pegawai penyiasat asal bagi OYDS1 dan OYDS2 tidak hadir ke Mahkamah bagi tujuan permohonan reman. Pemohon yang hadir merupakan pegawai penyiasat bagi OYDS lain bagi permohon ini.
9
Isu utama yang dibangkitkan oleh pihak peguam adalah tempoh tahanan OYDS1 dan OYDS2 lebih daripada 24 jam. Peguam berhujah OYDS1 ditangkap pada 7.20 pagi pada 9/9/2025 ketika penggeledahan di Pejabat suspek. Manakala bagi OYDS2, ditahan pada jam 6.36 pagi 9/9/2025 ketika pihak SPRM menggeledah rumah suspek.
10
Memandangkan permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam hanya didengar pukul 10.00 pagi pada 10.9.2025, OYDS1 dan OYDS2 telah ditahan melebihi 24 jam dan memohon agar permohonan reman terhadap OYDS1 dan OYDS2 ditolak.
11
Bagi isu berkenaan ketidakhadiran pegawai penyiasat asal bagi OYDS1 dan OYDS2 di Mahkamah. Saya pada ketika itu merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi, Re The Detention Of Muhammad Nasrul Naim Mohd Nazim [2025] 1 CLJ 796, Kan Weng Hin JC memutuskan: [33] Hence, is there any injustice caused if the police officer making the investigation did not attend the remand application and instead another police officer attended on his behalf? In other words, is the accused's right affected by the non-attendance of the police officer making the investigation? The answer must surely be 'No'. I fail to see how the rights of the accused as provided in art. 5 of the Federal Constitution or s. 117 of the CPC were affected. [34] For reasons set out above, I allowed the revision. It can be seen that the purpose of s.117 is not hindered by the appearance of a police officer other than the investigating officer duly authorised by his superior as long as the police officer is knowledgeable of the circumstances of the remand and is able to answer the Magistrate's queries satisfactorily.
12
Dalam permohonan ini, walaupun pegawai penyiasat asal tidak dapat hadir, namun pegawai SPRM yang hadir bagi permohonan reman dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, tiada sebarang halangan untuk pegawai SPRM lain hadir untuk permohonan reman ini.
13
Selanjutnya, berkenaan isu tempoh penahanan OYDS1 dan OYDS2 lebih daripada 24 jam yang dibangkitkan oleh pihak peguam. Saya telah meneliti diari siasatan yang difailkan. Berdasarkan diari siasatan kesemua OYDS telah ditangkap pada 9 September 2025 jam 3.00 petang.
14
Permohonan reman kesemua OYDS difailkan 7.09 pagi pada 10.9.2025 untuk nombor kes BA-89RE-3577-09/2025.
15
Selanjutnya, ada lagi satu permohonan reman sama difailkan nombor kes BA-89RE-3580-09/2025 pada jam 8.09 pagi tarikh sama 10.9.2025. Memandangkan terdapat kesilapan pendaftaran sebanyak 2 kali, salah satu permohonan ditarik balik iaitu BA-89RE- 3577-09/2025. Permohonan reman diteruskan dengan nombor kes
16
Sekalipun jika hujahan peguam bela tangkapan awal OYDS2 dilakukan pada 9.9.2025 jam 6.36 pagi di rumah OYDS2 di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan, saya mendapati pihak pegawai penyiasat SPRM telah mengemukakan permohonan reman seawal jam 7.09 pagi pada 10.9.2025.
17
Saya merujuk kepada seksyen 28(3), Kanun Tatacara Jenayah
28
How person arrested is to be dealt with and detention for more than twenty-four hours
3
Such period shall not in the absence or after the expiry of a special order of a Magistrate under section 117 exceed twenty-four hours exclusive of the time necessary for the journey from the place of arrest to the Magistrate.
18
Jarak diantara rumah OYDS2 tersebut di Nilai, Negeri Sembilan untuk ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor akan mengambil masa lebih kurang 1 jam jika keadaan trafik pada dalam keadaan tidak terlalu sibuk. Walaupun OYDS2 dikatakan oleh peguam bela ditahan pada 6.36 pagi 9.9.2025 di lokasi rumahnya di Nilai, Negeri Sembilan, dan pegawai SPRM memohon reman pada jam 7.09 pagi 10.9.2025. Terdapat lebihan masa 33 minit daripada tempoh 24 jam penahanan.
19
Namun, memandangkan waktu perjalanan OYDS2 dari Nilai, Negeri Sembilan ke Mahkamah Shah Alam tidak diambil kira bagi tempoh 24 jam tersebut. Adalah selamat untuk saya nyatakan bahawa tempoh penahanan OYDS2 masih dalam tempoh 24 jam.
20
Bagi OYDS1, walaupun sekiranya saya mengambil kira hujahan pihak peguam bela OYDS1 ditangkap di KLIA1 pada jam 7.20 pagi 9.9.2025, dan bukannya seperti hujahan SPRM tangkapan pada 3.00 petang. Permohonan reman difailkan SPRM seawal jam 7.09 pagi pada 10.9.2025. Oleh itu, adalah jelas bahawa tempoh tahanan OYDS1 juga masih dalam tempoh 24 jam.
21
OYDS1 dan OYDS2 telah dibawa awal ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada tarikh 9.9.2025 tersebut, namun permohonan reman SPRM ini hanya dapat didengar sekitar jam 11.00 pagi.
22
Ini disebabkan pada tarikh 10.9.2025, (Rabu) tersebut, sebutan permohonan reman di Mahkamah Shah Alam sepatutnya didengar oleh Majistret, Mahkamah Majistret 6, Shah Alam. Namun, memandangkan Majistret tersebut bercuti rehat dan semua kesnya didengar oleh saya Majistret, Mahkamah Majistret 1, Shah Alam.
23
Adalah tidak dapat dielakkan untuk sebahagian kes reman disebut jam 11.00 pagi, setelah mendengar sebutan kes reman pihak Polis terlebih dahulu.
24
Seterusnya, saya telah merujuk kepada report SPRM yang dikemukakan di dalam Mahkamah terhadap OYDS1 dan OYDS2. Pegawai SPRM yang hadir dalam prosiding reman memaklumkan jumlah transaksi terlibat dalam siasatan anggaran lebih kurang RM 8 juta.
25
Memandangkan wujud nexus OYDS1 dan OYDS2 dengan siasatan SPRM ini, dan setelah meneliti diari siasatan dan mendengar serta mempertimbangkan hujahan pihak-pihak di Mahkamah, saya telah benarkan permohonan reman selama 3 hari terhadap OYDS1 dan OYDS2 berdasarkan alasan yang telah dikemukakan dalam permohonan ini. Bertarikh 19 Januari 2026 Muhammad Syafiq bin Sulaiman Majistret,
1
Pemohon: SPRM Negeri Selangor
2
Syed Mohd Ali Bin Hasanah
3
Puan Ashvini
1
Peguam bela: Chambers Of Aminatul Mardiah
2
Nur Aminatul Mardiah Binti Md Nor Putri Ainaa Amiera binti Megat Mustaffa Albakri
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.