Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan, dan kesesakan lalu lintas yang dijangkakan yang ada atau mungkin ada di jalan itu) merbahaya kepada orang awam, menyebabkan kematian mana-mana orang, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.” [11] Elemen-elemen pertuduhan bagi satu kesalahan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 adalah sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes PP v Wan Khairil Wan Isa [2007] 9 CLJ 557 seperti berikut: “ [5] The essential ingredients then of the offence created under s.41(1) of the Act are: a) a person who, b) by driving a motor vehicle recklessly; or c) by driving a motor vehicle at a speed; or d) by driving a motor vehicle in a manner which having regard to the circumstances (including the nature, condition and size of the road and the amount of traffic which is or might be expected to be on the road) is dangerous to the public e) causes the death of a person shall be guilty of an offence…” [12] Dalam erti kata yang lain, dalam kes ini, terletak di bahu pihak Pendakwaan untuk membuktikan elemen-elemen kesalahan seperti berikut: i. Tertuduh telah memandu kenderaan bernombor pendaftaran MBH 9119 di jalan dengan cara merbahaya kepada orang awam; dan ii. Cara pemanduan Tertuduh yang berbahaya telah menyebabkan kematian mangsa iaitu penunggang m/sikal No. Pendaftaran JRG 1201 (Penama: Muhammad Arif Bin Abdullah No Kpt: 960731-01- 5651). ELEMEN PERTAMA: SAMADA TERTUDUH TELAH MEMANDU KENDERAAN BERNOMBOR PENDAFTARAN MBH 9119 DI JALAN DENGAN CARA MERBAHAYA KEPADA ORANG AWAM; DAN [13] Dalam memenuhi elemen pertama, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa kenderaan yang dipandu oleh Tertuduh dipandu dengan cara merbahaya. [14] Secara amnya, pemanduan secara berbahaya tidak didefinisikan di bawah APJ 1987. Namun demikian, budi bicara diserahkan kepada Mahkamah untuk menentukan dalam sesuatu kes berdasarkan fakta di hadapannya, sama ada kesalahan sedemikian telah dibuat atau sebaliknya. [15] Dalam pentakrifan pemanduan berbahaya, Mahkamah ini mengambil panduan daripada YA Raja Azlan Shah Ag LP dalam kes tersohor Ramiah v Public Prosecutor [1972] 2 MLJ 258 seperti berikut: “It is not the law under section 34A of the Road Traffic Ordinance that merely because an accident had happened and a person had been killed, danger had in that sense arisen and therefore it must follow, as the night, the day, that the appellant was driving in a manner dangerous to the public. In a case under section 34A, two things must be established. First, there must be a situation created by the accused which, viewed objectively, is dangerous. Dangerous driving is not defined in the Road Traffic Ordinance and it is up to the court to come to a decision on the evidence. Reported cases can only serve as illustrations.” [16] Dalam kes Public Prosecutor v. Zulkifli bin Omar [1998] 1 CLJ 1079; YA Vincent Ng J (pada ketika itu) telah menyatakan bahawa: “... To be guilty of the more serious category of the offence of reckless driving the driver (defendant) must have created an obvious and serious risk of injury to the person or damage to property and must either have given no thought to the possibility of that obvious risk, or have seen the risk and nevertheless decided to take it... In an offence under s. 41(1) excessive speed is not the sole decider of reckless driving but there must also be a finding on the manner and other aspects of the defendant's driving which constituted recklessness, by having regard to the prevailing circumstances at the material time of accident, including the nature, condition, and size of the road, and the amount of traffic which is or might be expected on the road. The risk created by the manner in which the vehicles is driven must be both obvious and serious, and the court has to be satisfied that the essential or core ingredients of recklessness have been proved beyond reasonable doubt.” [17] YA juga dalam kes tersebut telah merujuk kepada kes R v Reid [1992] 3 All ER 673 di mana Lord Goff of Chieveley telah mentakrifkan seperti berikut: “...a jury should only convict a defendant of driving recklessly if they are sure of the following:- (i) that he was in fact driving in such a manner as to create a serious risk of causing physical injury to some other person who might happen to be using the road, or doing substantial damage to property; and (ii) either (a) that he recognized that there was risk of that kind involved, but nevertheless went on to take it; or (b) that, despite the fact that he was driving in such a manner, he did not even address his mind to the possibility of there being any such risk, and risk was in fact obvious.” [18] Dalam konteks ini, Mahkamah juga merujuk kepada kes Gunasegaran a/l Singaravelu v Public Prosecutor [2009] 7 MLJ 761 di mana Mahkamah telah memberikan panduan seperti berikut: “[23] The essence of the charge against the appellant is dangerous or reckless driving. It has repeatedly been held that driving is not necessarily reckless or dangerous because it leads to fatal consequences but guilt could only ensue if it is proven that the driving was reckless or dangerous. The charge is not one of causing death, but of driving dangerously or recklessly. See for example, Tan Thang Sang v Public Prosecutor and Choong Sze Foong v Public Prosecutor [1975] 1 MLJ 204. (Penekanan ditambah) [24] In dealing with such a case, the whole situation leading to the accident must be viewed objectively to determine whether it can be considered reckless or dangerous driving. In R v Gosney [1971] 3 All ER 220 Megaw LJ remarked as follows: In order to justify a conviction there must not only have been a situation which, viewed objectively, was dangerous, but also some fault on the part of the driver, causing that situation (see p 224c, post); …” [19] Daripada autoriti-autoriti di atas, bolehlah diterjemahkan bahawa suatu pemanduan tidak semestinya berbahaya kerana ia menyebabkan kematian tetapi sabitan hanya boleh dibuat jika terbukti bahawa terdapatnya pemanduan berbahaya yang diwujudkan oleh Tertuduh. Maka, Mahkamah perlulah mengambil kira kesemua keadaan yang diwujudkan dalam sesuatu kes dan menilainya secara objektif dalam mencapai satu keputusan samada sesuatu pemanduan oleh seorang Tertuduh adalah berbahaya atau tidak. [20] Pada masa yang sama, berdasarkan prinsip kes Gunasegaran a/l Singaravelu (supra) di atas, perlulah diberikan perhatian bahawa asas pertuduhan di bawah S. 41(1) APJ 1987 adalah bukan menyebabkan kematian, tetapi memandu secara berbahaya. Oleh itu, Mahkamah perlu menentukan sama ada Tertuduh memandu secara bahaya atau tidak berdasarkan kepada keseluruhan fakta dan keadaan sesuatu kes dengan dilihat cara pemanduan Tertuduh secara objektif. Keadaan Jalan dan Posisi Kenderaan Semasa Kemalangan [21] Sebelum dihuraikan dengan lebih lanjut berkenaan dapatan Mahkamah mengenai bagaimana kemalangan ini berlaku, adalah penting untuk dipertimbangkan keadaan jalan raya ini (tempat kemalangan). Menerusi keterangan-keterangan saksi dan juga bukti-bukti dokumentasi yang dikemukakan melalui gambar-gambar (P3) dan rajah kasar (P10), dapatlah disahkan bahawa tempat kemalangan merupakan satu jalan yang lebar, lurus dan bergaris putus-putus. Dapat juga dilihat bahawa terdapat ruangan yang mencukupi untuk laluan M/sikal di tempat kemalangan tersebut. [22] Selanjutnya, berdasarkan keseluruhan analisa secara objektif terhadap kesemua keterangan saksi-saksi pendakwaan dan juga bukti-bukti yang dikemukakan, Mahkamah berpendapat versi pendakwaan adalah konsisten dalam membuktikan satu inferens: iaitu M/jip yang dipandu oleh Tertuduh pada ketika itu memasuki laluan mangsa secara perlahan. Namun demikian, kelajuan kenderaan yang dipandu Tertuduh pada ketika itu tidak dapat dibuktikan secara jelas oleh mana-mana saksi. [23] Tidak dapat dinafikan bahawa saksi yang sangat material dalam kes ini adalah SP3 dan SP6, iaitu saksi mata yang secara langsung terlibat dalam kemalangan ini di mana kedua-dua saksi ini berada di tempat kejadian semasa kemalangan berlaku. [24] Sewaktu kejadian, SP6 bersama-sama dengan mangsa dalam perjalanan ke UTHM, Batu Pahat. Pada masa kemalangan berlaku, SP6 telah menyatakan bahawa beliau sedang menunggang m/sikal No. JKC 9705 dari arah Segamat ke Johor Bahru, sama dengan mangsa di mana SP6 mengesahkan bahawa beliau menunggang m/sikal di laluan kiri jalan (laluan M/sikal) dan telah berjaya mengelak daripada berlanggar dengan kenderaan yang dipandu oleh Tertuduh. [25] Siasatan Pegawai Penyiasat, SP8 dan juga SP3 yang melihat keadaan kemalangan berlaku juga mengesahkan perkara yang sama. Untuk pemahaman yang lebih jelas, Mahkamah dengan ini memperturunkan model kemalangan yang ditunjukkan oleh SP3. Gambar model semasa kemalangan berlaku [26] Dalam model tersebut yang ditunjukkan oleh SP3, dapat dilihat bahawa M/sikal kuning yang melambangkan M/sikal yang ditunggang oleh mangsa berada di laluan tengah jalan iaitu laluan kereta, berbeza dengan posisi M/sikal berwarna perak (melambangkan M/sikal SP6) yang berada di laluan kiri iaitu sememangnya laluan selamat M/sikal. [27] Perkara ini disahkan oleh SP3 dalam keterangan beliau semasa pemeriksaan utama bahawa sememangnya M/sikal yang ditunggang oleh mangsa berada di laluan kereta.