Preamble
Menurut keterangan-keterangan SP1 dan rakan sebilik SP1, Nur Shazeera Mohamad Shukri SP1 meminta SP7 menemaninya, tetapi SP7 tidak mahu turut bersama. [59] SP1 setuju keluar bersama tertuduh, dan tertuduh mengambil SP1 dari rumah sewa SP1 di Taman Mutiara Subang, Subang Jaya dengan kereta BMW tertuduh, yang dipandu oleh tertuduh. SP1 duduk di kerusi penumpang belakang kereta tertuduh. [60] Tertuduh membawa SP1 ke tempat makan di Batu 3, Shah Alam, dan selepas beberapa jam, kira-kira jam 11.00 malam, tertuduh mengesyorkan mereka berpindah ke tempat lain. [61] SP1 bersetuju dengan tertuduh, dan tertuduh dan SP1 menaiki kereta tertuduh. Menurut keterangan SP1, semasa di dalam kereta, tertuduh memaklumkan kepada SP1 bahawa tertuduh ingin pulang ke rumah. Apabila ditanya oleh SP1 sama ada terdapat sesiapa di rumah tertuduh, tertuduh menjawab bahawa pengawal peribadi tertuduh berada di rumah, dan rakan-rakan tertuduh selalu datang ke rumah tertuduh. [62] Tertuduh membawa SP1 ke rumah sewa tertuduh. Semasa tiba di tempat letak kereta rumah sewa tertuduh, tertuduh memberi SP1 kad akses bagi rumah tertuduh, dan menyuruh SP1 naik ke atas dahulu, manakala tertuduh menunggu di dalam kereta. Tetapi, SP1 tidak tahu menggunakan kad akses tersebut. SP1 memberi keterangan bahawa tertuduh memarahinya tentang perkara ini, dan kedua-dua tertuduh dan SP1 menaiki lif bersama untuk ke rumah sewa tertuduh. [63] SP1 menerangkan setibanya di rumah sewa tertuduh, dia memerhatikan terdapat selipar perempuan di luar rumah. Walau bagaimanapun, rumah tersebut dalam keadaan gelap, dan tiada orang di dalam rumah. [64] Setelah masuk ke rumah, tertuduh masuk ke bilik dan berbual menggunakan telefon bimbitnya selama kira-kira 30 minit. Pada waktu itu, SP1 berada di ruang tamu rumah sewa tertuduh. SP1 kemudiannya disuruh memasuki bilik tertuduh. [65] Dalam alasan penghakimannya, HMS memberi penerangan berikut tentang keadaan mental tertuduh pada waktu itu: [63] Tiba-tiba Tertuduh mengarahkan SP1 masuk ke bilik tidurnya dengan suara yang tinggi, dengan alasan mahu menutup lampu dan pendingin hawa di ruang tamu Pada masa ini, Tertuduh telah memarahi SP1 sebanyak 3 kali. Ketika mahu ke lif, ketika masuk ke rumah dan ketika disuruh masuk ke bilik demi menjimatkan elektrik ruang tamu. Perubahan pada watak yang ditonjolkan Tertuduh ini menyebabkan kemurungan SP1 terus menyerang. Oleh itu tindakan SP1 yang seterusnya adalah dipengaruhi oleh kemurungannya. Sepertimana yang diterangkan oleh SP5, minda pesakit mental boleh dipengaruhi oleh penyakitnya apabila berlaku suatu keadaan tertentu yang boleh memberikan tekanan kepadanya. [64] Sebagai pesakit yang telah disahkan menghidap Major Depressive Disorder with Psychosis sejak 12 Februari 2019 di Hospital Shah Alam, SP1 mengalami kemurungan yang ketara dan berterusan. Jika penyakit ini menyerang, SP1 akan menunjukkan simptom-simptom seperti rasa susah hati yang berpanjangan, hilang minat untuk melakukan apa-apa perkara, sukar untuk fokus, berasa letih yang berpanjangan, berputus asa, rasa seperti hidup tidak lagi berharga, mempunyai keinginan untuk membunuh diri dan mengalami gangguan tidur serta selera makan. Ini adalah gejala biasa yang telah diterangkan oleh SP5 mengenai pesakit Major Depressive Disorder. Oleh sebab itu menurut SP8 yang mana turut disokong SP10, bagi mengawal gejala ini, dipreskripsikan ubat tablet Duloxetine sebanyak 120mg dan tablet Quetiapine sebanyak 200mg untuk diambil setiap malam. Duloxetine bertujuan untuk menstabilkan emosi SP1 yang mengalami kemurungan manakala Quetiapine diberikan sebagai ubat tambahan kepada ubat penyakit kemurungan untuk menstabilkan emosi pesakit kerana SP1 menunjukkan tanda-tanda depresi dan bipolar. [65] Tiada siapa yang tahu bagaimana pemikiran SP1 ketika dia setuju masuk ke dalam bilik tidur. Susah hati, hilang fokus, tidak tahu apa yang perlu dilakukan, berputus asa dan pasrah, letih. Semua ini adalah kemungkinan. Tambahan pula, SP1 tidak mengambil ubat yang sepatutnya diambil setiap malam, pada ketika itu. Keterangan SP1 tentang depresinya menyerang apabila berhadapan dengan situasi itu, adalah dipercayai kerana keterangan SP1 ini bukan keterangan yang probable. Keterangannya disokong dengan dapatan perubatan daripada SP5, SP8 dan SP10 tentang gejala Major Depressive Disorder with Psychosis. Keterangan SP1 yang tidak dapat membuat keputusan pada masa tekanan akibat serangan depresi adalah reliable. Segala tindakan SP1 pada masa ini adalah dipengaruhi, bukan saja sifat naif dan lurus, tetapi gejala kemurungan yang tidak mendapat penawarnya pada masa itu. (penekanan ditambah) [66] Mahkamah mendapati tiada kesilapan dalam analisis HMS berkenaan dengan tekanan mental yang dialami tertuduh semasa kejadian. Analisis tersebut mengambil kira latar belakang tertuduh, dan kemurungan yang dialami tertuduh, dan disokong dengan keterangan daripada pakar-pakar perubatan. [67] Adalah perlu ditekankan juga bahawa tertuduh bukanlah orang yang mana latar belakangnya tidak dikenali oleh SP1. Tertuduh dikenali bukan sahaja oleh SP1, tetapi oleh masyarakat secara umum di Malaysia sebagai pendakwah. Secara amnya, masyarakat menerima bahawa seorang pendakwah tidak akan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam, yang dianggap sebagai dosa besar. Perkara-perkara ini bersama dengan keadaan mental SP1 perlu diambil kira dalam menilai tindakan SP1 mengikut tertuduh ke rumahnya dan masuk ke dalam bilik tertuduh. [68] Secara keseluruhannya, mahkamah mendapati analisis yang dibuat oleh HMS menyokong dapatan bahawa persetubuhan di antara tertuduh dan SP1 berlaku tanpa kerelaan SP1. [69] Naratif yang dikemukakan bagi pihak tertuduh berkenaan hari kejadian adalah persetubuhan di antara tertuduh dan SP1 berlaku dengan kerelaan tertuduh, dan ini dapat dibuktikan kerana SP1 mempunyai beberapa peluang untuk melarikan diri. Namun, dia memilih untuk mengikuti tertuduh ke rumah sewa tertuduh dan memasuki bilik tertuduh. SP1 juga tidak membalas mesej-mesej yang dihantar kepadanya oleh SP7 melalui WhatsApp pada malam kejadian. [70] Mahkamah walau bagaimanapun mendapati kegagalan SP1 melarikan diri dan keluar daripada rumah tertuduh tidak membuktikan bahawa SP1 rela dengan persetubuhan yang berlaku, dan persetubuhan berlaku tanpa paksaan. Adalah penting untuk mahkamah menekankan bahawa hanya kerana SP1 berada di rumah sewa tertuduh pada lewat malam dan tidak keluar daripada rumah tertuduh tidak boleh sama sekali membuktikan kerelaan SP1 melakukan hubungan seks dengan tertuduh. Kegagalan SP1 membalas mesej-mesej WhatsApp SP7 juga tidak membuktikan kerelaan SP1 melakukan hubungan seks dengan tertuduh. Tindakan pihak-pihak selepas kejadian [71] Akhir sekali, HMS telah mengambil kira tindakan pihak-pihak selepas kejadian, untuk menentukan sama ada hubungan seks di antara tertuduh dan SP1 berlaku tanpa paksaan dan dengan kerelaan tertuduh. [72] Selepas perlakuan seks di rumah sewa tertuduh, SP1 berada di rumah tertuduh sehingga pagi keesokan harinya. Pada pagi tersebut, tertuduh menghantar SP1 ke lobi bawah rumah sewa tersebut, dan SP1 pulang ke rumah sewanya di Taman Mutiara Subang, Subang Jaya dengan menaiki Grab. Apabila SP1 tiba di rumah, dia menghantar mesej WhatsApp kepada tertuduh yang menyatakan, . [73] Tertuduh mendakwa penghantaran mesej-mesej oleh SP1 kepada tertuduh, termasuk mesej untuk memaklumkan kepada tertuduh yang SP1 telah sampai di rumah, menunjukkan SP1 tidak mempunyai masalah dengan hubungan seks yang berlaku, dan membuktikan hubungan seks berlaku dengan kerelaan SP1. [74] Mahkamah meneliti mesej-mesej yang ditukar di antara SP1 dan tertuduh selepas kejadian, dan mendapati bahawa SP1 beberapa kali cuba menghubungi tertuduh. Namun, tertuduh tidak membalas mesej-mesej tersebut, atau membalas dengan cara endah tak endah. SP1 juga berusaha berjumpa dengan tertuduh, tetapi tertuduh enggan berjumpa atas alasan tertuduh sibuk. [75] Mahkamah mendapati mesej-mesej yang dihantar oleh SP1 bukan menampakkan seseorang yang merelakan hubungan seks di antara tertuduh dan SP1. Sebaliknya, mesej-mesej tersebut menunjukkan kekesalan SP1 tentang kejadian yang berlaku. Dalam beberapa pertukaran mesej di antara tertuduh dengan SP1, tertuduh menampakkan seolah-olah kejadian di antara tertuduh dan SP1 tidak pernah berlaku. [76] Mesej-mesej berikut telah ditukar di antara tertuduh dan SP1 pada 28 Oktober 2019: : Bulan 11 ada free tak, saya nak jumpa awak sekejap je, I need your help, pease. Tertuduh : Inshaallah : Pernah tak orang Islam tanya awak, Allah tu betul ke wujud? Kenapa Dia tak dengar doa saya? Tertuduh : Allah wujud. Dia dengar awak : Atau sebab Dia murka kerana terlalu banyak dosa sehingga doa doa tak sampai ke langit Tertuduh : Wallahu aklam : Okayy Tertuduh : ? : Tertuduh : Tahu. : Baiklah saya cuba. N saya minta pada awak tolong jgn anggap saya perempuan murahan. Sampai skrg jati saya tidak tenang memikirkn bnda yang da jadi. Saya terkejut dgn apa dah jadi n mula tak percayakan agama Islam. Sbb saya triggered awk seorang dai tapi boleh buat perkara tu. maaf klau saya ada buat awk terasa. Tapi itu yg terbuku dalam hati saya. Saya tahu setiap orang tak terlepas daripada berbuat dosa. Tertuduh : Saya tak fikir awak mcm tu. Semoga Allah sentiasa (penekanan ditambah) [77] Dakwaan tertuduh adalah bahawa mesej-mesej yang dihantar membuktikan bahawa persetubuhan yang berlaku di antara tertuduh dan SP1 berlaku dengan kerelaan SP1. Namun, hubungan di antara tertuduh dan SP1 menjadi retak kerana tertuduh tidak lagi melayani SP1. Ini menyebabkan SP1 membuat tuduhan rogol terhadap tertuduh. SP1 digambarkan oleh tertuduh sebagai atau kekasih yang telah terpedaya. [78] Mahkamah tidak bersetuju dengan dakwaan tertuduh. Mahkamah mendapati mesej-mesej yang ditukar di antara tertuduh dan SP1 menunjukkan bahawa SP1 bukanlah seorang jilted lover seperti yang didakwa oleh tertuduh. Sebaliknya, mesej-mesej yang dihantar oleh SP1 membayangkan mesej-mesej seorang mangsa rogol yang cuba mendapatkan penutupan (closure) atau penyelesaian berkenaan kejadian yang berlaku. [79] Dapatan ini adalah konsisten dengan keadaan kesihatan mental tertuduh, yang merosot selepas kejadian. Keterangan-keterangan di hadapan mahkamah menunjukkan bagaimana kemurungan SP1 menjadi semakin teruk selepas kejadian: a. SP7 memberi keterangan bahawa SP1 berada dalam ketakutan pada suatu malam, dan memaklumkan kepada SP7 bahawa ada orang sedang memerhatikannya. Keterangan ini adalah berkaitan dengan keterangan SP1 tentang amaran yang diberikan oleh tertuduh untuk tidak membangkitkan kejadian yang berlaku kepada sesiapa, kerana pengawal peribadi tertuduh akan sentiasa memerhatikan SP1; b. SP7 menemui SP1 dalam keadaan berlumuran darah selepas mengelar tangannya. SP1 dimasukkan ke wad Psikiatri dan Kesihatan Mental di Hospital Kajang pada 23 September 2019 hingga 8 Oktober 2019; c. Pada waktu ini, SP1 terus cuba menghubungi tertuduh. Dalam keterangan-keterangan berbentuk mesej-mesej kepada tertuduh, SP1 dilihat meminta pertolongan daripada tertuduh dan cuba mendapatkan penutupan (closure) dan penyelesaian berkenaan kejadian yang berlaku; d. Selepas keluar daripada Hospital Kajang, keadaan SP1 semakin merosot sehinggakan SP1 mahu membunuh diri. SP7 menghubungi kakak SP1, dan SP1 dibawa pulang ke Pahang untuk mendapat rawatan di Hospital Temerloh; dan e. SP1 dimasukkan ke Hospital Temerloh pada 19 Disember 2019, kerana mengalami gejala kemurungan dan gangguan halusinasi, dan cuba membunuh diri. SP1 diberi diagnosis Major Despressive Disorder and Possible Borderline Personality Disorder. [80] Mahkamah mendapati keadaan kesihatan mental SP1 yang merosot selepas kejadian menyokong kes pendakwaan bahawa persetubuhan di antara terutuduh dan SP1 berlaku dengan paksaan dan tanpa kerelaan SP1. [81] Seterusnya, tertuduh mendakwa kegagalan SP1 membuat laporan polis berkenaan kejadian pada 11 September 2019 pada masa yang terawal membuktikan bahawa SP1 rela dengan persetubuhan yang berlaku. [82] Mahkamah merujuk kepada kes Hairani Sulong v PP [1993] 2 CLJ 79, yang mendapati: g the commission of the offence by the complainant was stressed by learned Counsel for the appellant. But in my view delay in reporting an offence such as rape should not be taken as evidence of concoction without more. The reason for the delay should be considered in the light of the other relevant and admissible evidence available before (penekanan ditambah) [83] Dalam kes ini, mahkamah mendapati tiada kekhilafan dalam dapatan HMS bahawa sebab-sebab kelewatan pemfailan laporan polis oleh SP1 adalah munasabah. HMS telah mengambil kira keadaan kesihatan mental SP1 sejurus selepas kejadian, dan halangan ibu bapa SP1 yang keberatan untuk membuat laporan polis, kerana memikirkan isu kos. Perlu ditekankan bahawa keluarga SP1 adalah keluarga daripada kampung yang tidak memahami proses mahkamah. HMS juga tidak terkhilaf dalam menerima keterangan rakan SP1, Ainun Najwa Mohd Pauzi tertuduh, selepas berjumpa dengan SP1 pada bulan November 2020. Kesimpulan [84] Secara keseluruhannya, dan setelah meniliti dan menilai keterangan-keterangan di hadapan mahkamah, mahkamah mendapati HMS tidak terkhilaf dalam dapatannya bahawa elemen-elemen bagi kesalahan di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan, iaitu: a. Persetubuhan berlaku di antara tertuduh dan SP1; b. Tertuduh memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP1; dan c. Kemasukan kemaluan tertuduh ke dalam kemaluan SP1 berlaku secara paksaan atau tanpa kerelaan SP1. [85] Dapatan HMS dibuat dengan mengambil kira keterangan SP1 berkenaan dengan persetubuhan yang berlaku. Keterangan SP1 menunjukkan dengan jelas bahawa SP1 tidak rela dengan apa yang diperlakukan terhadapnya. SP1 menerangkan bahawa dia telah dikasari oleh tertuduh, dia meronta dan cuba melepaskan diri daripada tertuduh, dia memikirkan bagaimana untuk melepaskan diri daripada tertuduh. [86] HMS turut mengambil kira keterangan-keterangan lain yang menyokong keterangan tertuduh, iaitu: a. Latar belakang SP1, yang merupakan gadis kampung yang bersikap naif, dan mempunyai masalah kemurungan; b. Status tertuduh, yang merupakan penceramah motivasi yang berasaskan agama yang dikenali ramai, dengan persona awam (public persona) yang mengagumkan, dan yang dipercayai oleh orang ramai. Tertuduh menggunakan akaun Instagramnya, @daisyed_, untuk berinteraksi dengan pengikut-pengikutnya, termasuk tertuduh; c. Kronologi hari kejadian, yang menunjukkan tertuduh dan SP1 hanya berkenalan pada hari kejadian, dan hanya pertama kali bertemu pada hari tersebut. Tertuduh yang mula menyapa SP1 dan mengajak SP1 keluar, dan kemudian membawa SP1 ke rumah sewanya, atas alasan ingin membantu tertuduh dengan masalah kemurungannya dengan rawatan Islam; dan d. Tindakan pihak-pihak selepas kejadian, yang menunjukkan SP1 cuba menghubungi tertuduh untuk mendapatkan penyelesaian kejadian yang berlaku. Keadaan kesihatan mental SP1 yang merosot juga telah dibuktikan dengan keterangan pakar-pakar psikiatri yang merawat SP1. F. Isu Ketiga: Sama Ada HMS Terkhilaf Dalam Mendapati Pembelaan Tertuduh Tidak Menimbulkan Keraguan Munasabah Terhadap Kes Pendakwaan [87] Dalam pembelaannya, tertuduh mendakwa hubungan seks yang berlaku di antara dia dan SP1 adalah dengan kerelaan SP1. HMS mendapati pembelaan tertuduh bersifat penafian semata-mata, dan terdapat percanggahan dalam keterangan-keterangan yang diberikan oleh tertuduh berkenaan kejadian yang berlaku. [88] Percanggahan ketara keterangan tertuduh dapat dilihat melalui pernyataan yang dibuat oleh tertuduh kepada pihak polis pada 25 Tertuduh pernyataan tersebut, tertuduh memberi jawapan berikut kepada soalan yang ditanya oleh pihak polis: S : ADAKAH BENAR KAMU ADA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SECARA PAKSAAN TERHADAP NUR ATIQAH BINTI MOHAMMAD GHAZALI PADA 11/09/2019 DI RUMAH KAMU DI ALAMAT TINGKAT 3 APARTMENT STUDIO I SOHO SEK 7 SHAH ALAM ? J : TIDAK. TIADA PAKSAAN. PADA SUATU TARIKH YANG SAYA TIDAK PASTI, SAYA TELAH TERIMA (1) MESEJ DARIPADA APLIKASI INSTAGRAM, DARIPADA AKAUN YANG SAYA TIDAK KENALI. KEMUDIAN PEMILIK AKAUN TELAH KENALKAN DIRI SEBAGAI ATIQAH DAN TELAH CERITA MASALAH BELIAU BERKAITAN MASALAH (penekanan ditambah) [89] Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS bahawa jawapan yang diberikan oleh tertuduh bercanggah dengan keterangan berupa mesej-mesej melalui Instagram yang ditukar di antara tertuduh dan SP1. Mesej-mesej tersebut jelas menunjukkan tertuduh yang menyapa SP1 dengan membalas Instagram story SP1, dan memulakan perbualan dengan SP1. [90] HMS juga menjelaskan percanggahan di antara Pernyataan Seksyen 112 Tertuduh dengan laporan polis yang difailkan oleh tertuduh, yang dibuat hanya sehari sebelum Pernyataan Seksyen 112 Tertuduh direkodkan. Laporan polis tersebut dibuat oleh tertuduh setelah tular tuduhan merogol terhadapnya di laman Twitter. Dalam laporan polis tersebut, tertuduh menafikan merogol seorang perempuan. Namun, di dalam Pernyataan Seksyen 112 Tertuduh, tertuduh mengakui bahawa hubungan seks berlaku di antara dia dan SP1. HMS mendapati adalah mustahil tertuduh tidak mengingati langsung perlakuan seks yang dilakukannya dengan SP1, sehingga dia dapat terus menafikan tuduhan yang tular di media sosial terhadapnya. [91] HMS seterusnya mengulaskan beberapa percanggahan-percanggahan lain, iaitu: a. Kenyataan tertuduh dalam Pernyataan Seksyen 112 Tertuduh bahawa dia menghantar SP1 pulang ke rumahnya pada jam 1.00 pagi pada 12 September 2019. Walau bagaimanapun, keterangan SP1 yang disokong oleh mesej-mesej membuktikan SP1 pulang ke rumah sewanya pada keesokan harinya dengan menaiki Grab; b. Keterangan tertuduh bahawa sebelum membawa SP1 ke rumah sewa tertuduh, tertuduh membawa SP1 ke rumah sewa SP1 untuk menunjukkan kepada rakan-rakan serumah SP1 bahawa dia telah pulang ke rumah. Tertuduh tidak memanggil saksi-saksi, termasuk rakan-rakan serumah SP1, untuk menyokong keterangan tertuduh; dan c. Keterangan tertuduh bahawa dia tidak tahu tentang keadaan kemurungan SP1, sedangkan perkara itu dibincangkan oleh tertuduh semasa berbual melalui Instagram, sebelum kejadian. [92] HMS mendapati keterangan yang diberikan oleh tertuduh hanyalah penafian semata-mata dan tidak disokong dengan keterangan lain, serta keterangan yang direka-reka oleh tertuduh. [93] Secara amnya, dapatan HMS berkenaan keterangan dan pembelaan tertuduh adalah dapatan fakta yang dibuat oleh HMS setelah meneliti keterangan-keterangan, termasuk keterangan lisan oleh tertuduh sendiri. Mahkamah atasan tidak seharusnya mengganggu dapatan fakta yang dibuat oleh mahkamah bawahan, melainkan terdapat kesilapan yang jelas. Dalam kes 193, Mahkamah Persekutuan menyatakan di muka surat 215B: an appellate court should be slow to disturb the finding of facts of the lower court especially here where there are concurrent findings of facts by two courts, namely the High Court and the Court of Appeal. Unless it can be shown that the findings of facts are not supported by the evidence or it is against the weight of evidence or that it is a perverse finding, it is not for us to disagree. Further, we should be slow to disturb the learned judge's assessment and finding on the demeanour of the witnesses. This is for the simple reason that he is the best person to observe their demeanour. We are handicapped as we have to (penekanan ditambah) [94] Berdasarkan penilaian dan penelitian mahkamah terhadap keterangan-keterangan yang dikemukakan, mahkamah mendapati bahawa tiada kekhilafan dalam dapatan HMS berkenaan tertuduh dan tingkahlaku tertuduh, dan dalam dapatan bahawa pembelaan tertuduh tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. G. Isu Keempat: Sama Ada Hukuman Yang Dijatuhkan Oleh HMS Terlampau Ringan [95] Berkenaan dengan rayuan terhadap hukuman, secara amnya mahkamah atasan tidak akan mengganggu hukuman yang dijatuhkan oleh hakim perbicaraan, melainkan hukuman tersebut adalah terlalu tidak mencukupi, terlalu berlebihan atau atau tidak sah di sisi undang-undang (lihat (supra), di perenggan 228C). [96] Mahkamah mendapati hukuman yang diberikan oleh HMS adalah munasabah. HMS telah mengambil kira bahawa hukuman yang diberikan tidak seharusnya menyebabkan ke atas tertuduh. [97] Mahkamah telah meneliti kes-kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk menyokong hujahan pihak pendakwaan bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah terlampau ringan (grossly inadequate). Mahkamah mendapati kes-kes tersebut rata-rata melibatkan kekasaran dan kekerasan yang melampau, atau mangsa dibawa ke sesuatu tempat tanpa kerelaan mangsa dan dirogol. Kes-kes yang dirujuk oleh pihak pendakwaan termasuk: a. Chai Ruong Huei lwn Pendakwaraya [2016] MLJU 1895, yang melibatkan mangsa yang diperdaya dengan tawaran pekerjaan dan dibawa ke hotel, dan dirogol di dalam bilik hotel. Duit dan barang-barang mangsa juga telah diambil oleh tertuduh. Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 18 tahun dari tarikh jatuh hukum dan enam kali sebatan rotan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen; b. Shahrul Hafizam bin Samsul Kamal lwn Pendakwa Raya [2022] MLJU 2201, yang melibatkan pertuduhan merogol dan membunuh. Bagi kesalahan merogol, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan dan sepuluh kali sebatan rotan yang dijatuhkan oleh Mahkamah TInggi; c. Amar Sufian bin Sulaiman v PP [2019] MLJU 801, yang melibatkan mangsa yang diambil daripada hentian bas oleh tertuduh yang berpura-pura sebagai teksi sapu. Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan dan lima kali sebatan rotan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen; dan d. Pendakwa Raya lwn Yong Choo Kiong [2023] 7 MLJ 744, yang melibatkan seorang majikan merogol pembantu rumahnya. Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan lima kali sebatan rotan ke atas tertuduh. [98] Mahkamah turut mendapati dalam kes-kes di atas, mahkamah atasan tidak mengganggu hukuman yang diberikan oleh mahkamah bawahan yang mendengar perbicaraan. [99] Dalam kes ini, walaupun mahkamah telah mendapati persetubuhan di antara tertuduh dan SP1 berlaku tanpa kerelaan SP1, namun tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa terdapat kekasaran atau kekerasan yang berlebihan semasa kejadian tersebut. [100] Oleh itu, mahkamah mendapati hukuman yang dijatuhkan oleh HMS adalah munasabah, dan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan. H. Keputusan [101] Mahkamah menolak rayuan tertuduh dan rayuan pihak pendakwaan. [102] Keputusan Mahkamah Sesyen yang mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan adalah selamat dan dikekalkan. Hukuman penjara sepuluh tahun dan tiga kali sebatan rotan dikekalkan. Hukuman penjara bermula dari tarikh hukuman dijatuhkan oleh mahkamah ini. [103] Tertuduh memohon agar pelaksanaan hukuman yang dijatuhkan digantung sehingga rayuan tertuduh di Mahkamah Rayuan dilupuskan. Peguam tertuduh yang terpelajar menghujahkan bahawa terdapat isu-isu undang-undang yang rumit dalam kes ini, yang mewajarkan penggantungan pelaksanaan hukuman. Peguam juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh hadir ke setiap ke setiap prosiding mahkamah. Tertuduh juga mempunyai anak kecil berumur tiga bulan. [104] Mahkamah mendapati perkara-perkara yang dibangkitkan oleh peguam tertuduh yang terpelajar bukanlah keadaan-keadaan khas yang menjustifikasikan penggantungan pelaksanaan hukuman. Kesalahan di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan adalah suatu kesalahan yang serius, dan memandangkan mahkamah telah mendapati sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen adalah selamat, hukuman perlu dimulakan tanpa penggantungan. Bertarikh 28 Januari 2026 ADLIN ABDUL MAJID Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Timbalan Pendakwa Raya Maizatul Munirah Abdul Rahman Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor Peguambela Abu Bakar Isa Ramat Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff Muhammad Amin Othman Norelly Etasya Affriena Mohd Zamri Nur-Diana Ezlyn Nashim Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak