(M) Sdn Bhd [1994] 1 MLJ 740, 752; Orix Fctoring Malaysia Sdn Bhd v. E-Furnishings International Sdn Bhd & Ors [2010] 9 MLJ 65; Boustead Trading (1985) Sdn Bhdv. Arab-Malaysian Merchant Bank Bhd [1995] 3 MLJ 331; RHB Sakura Merchant Bankers Bhd v. Tan Sri Dato’ Ting Pek Khiing (No. 1) [2004] 5 MLJ 315; Bumimetro Construction Sdn Bhd v. Teamware Hardware Sdn Bhd & Anor and another case [2019] MLJU 1877; Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154. [15] Pn HMS yang bijaksana mendapati berdasarkan fakta kes di hadapannya dan keterangan dokumen yang diekshibitkan bagi permohonan penghakiman terus adalah memadai untuk beliau memutuskan bahawa tidak wujud isu untuk dibicarakan. Pn HMS yang bijaksana merujuk keputusan dalam kes Malayan Banking Bhd v. Tokofajar Sdn Bhd [2021] MLJU 1705 dan Sepangar Chemical Industry Sdn Bhd v. Sinora Sdn Bhd [2020] MLJU 2470. Analisa dan Dapatan Mahkamah pada peringkat rayuan [16] Mahkamah Tinggi ini telah meneliti rekod rayuan dan hujahan bertulis pihak-pihak bagi rayuan di hadapan Mahkamah ini. [17] Untuk mengekalkan atau mengakaskan keputusan Pn HMS yang bijaksana selepas beliau mendengar permohonan interlokutori bagi penghakiman terus di hadapannya, Mahkamah Tinggi ini perlu memastikan sama ada Pn HMS telah melakukan kekhilafan ketara dalam memahami fakta di hadapannya dan sama ada suatu analisa analitikal telah dicapai oleh Pn HMS yang bijaksana itu. [18] Isu tuntutan Plaintif ialah bagi baki bayaran Perkhidmatan yang telah dipersetujui melalui pemeteraian Perjanjian antara plaintif dan defendan. Pembekalan Perkhidmatan telah ditunaikan dan dilaksanakan oleh plaintif dan defendan memperoleh dan menikmati Perkhidmatan tersebut. Maka, obligasi pembayaran oleh defendan sebagaimana dimaktubkan dalam Perjanjian adalah berkuatkuasa. [19] Mahkamah ini mendapati bahawa dapatan fakta yang betul oleh Pn HMS yang bijaksana tidak memerlukan Mahkamah Tinggi mengusik dapatan fakta tersebut. Pn HMS yang bijaksana juga teratur dalam mengaplikasikan pemakaian keputusan Mahkamah atasan dalam penentuan isu undang-undang. [20] Tiada apa-apa bukti untuk Mahkamah Tinggi ini mengakas keputusan Pn HMS yang bijaksana kerana Pn HMS yang bijaksana did not derailed and misguided herself from the true issues needed to be tried that overwhelms the present case and failed to make clear and meaningful determination of the relevant documents at hand; did not misguided herself in overlooking all the relevant law, pleadings, evidence and documents tendered; and did not arrived at a decision without taking into account the root and fundamental issues at hand. Walau pun Mahkamah Tinggi ini, dalam mendengar rayuan daripada Mahkamah Sesyen adalah bertindak sebagai “an appellate capacity under section 27 of the Courts of Judicature Act 1964 read with O. 55 r. 5 ROC 2012”, namun sekiranya tiada keperluan untuk campurtangan, Mahkamah Tinggi tidak akan mengubah dapatan Pn HMS yang bijaksana. [21] Ini adalah juga menjadi perkara asas dan undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah Tinggi tidak akan mencampuri budibicara yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen dalam menentukan keputusan kes berdasarkan fakta dan juga keterangan saksi-saksi selaras dengan keputusan dalam kes Public Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393; [2006] 1 CLJ 457, bahawa Mahkamah Rayuan tidak mempunyai kelebihan untuk menilai keterangan saksi secara “audio-visual” sebagaimana Mahkamah bicara. Mahkamah Rayuan melalui Gopal Sri Ram JCA merumuskan bahawa − “Now, it is settled law that it is no part of the function of an appellate court in a criminal case or indeed any case − to make its own findings of fact. That is a function exclusively reserved by the law to the trial court. The reason is obvious. An appellate court is necessarily fettered because it lack the audio-visual advantage enjoyed by the trial court.”. Pada peringkat rayuan, Mahkamah Tinggi tidak perlu mengusik/mengganggu dapatan fakta oleh Pn HMS yang bijaksana. Mahkamah Tinggi mendapati tiada kesilapan yang telah dibuktikan berdasarkan kepada alasan penghakiman beliau. Mahkamah Tinggi ini menggunapakai nas undang-undang seperti keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Anor [2020] 10 CLJ 1; kes Mahkamah Rayuan: Tay Keong Kok & Ors v. Eastmont Sdn Bhd and another appeal [2024] 5 MLJ 683; dan S Quarry Sdn Bhd v Desaru Development Corp Sdn Bhd & Ors [2019] MLJU 99. [22] Apabila dapatan fakta oleh Pn HMS yang bijaksana adalah tepat maka rumusan bahawa defendan melanggar perjanjian dan syarat yang ditetapkan oleh plaintif, maka Mahkamah Tinggi ini tidaklah perlu mengakasnya. Atas imbangan kebarangkaian, plaintif berjaya untuk memperoleh penghakiman terus/muktamad terhadap defendan seperti mana dalam kes The Carbon Company Sdn Bhd v Ng Lee Hoon [2017] 6 CLJ 189, yang memutuskan bahawa − “A party who desires the court to give judgment in its favour as to the legal right or liability bears the burden to prove its case. The burden of proof on that party is two-fold, namely, the burden of establishing a case and introducing evidence. The burden lies on the party throughout the case and the standard of proof is on the balance of probabilities. Once that the party has discharged its evidential burden of proof, the burden would then shift to its opponent. If a party, in this case the plaintiff, failed to discharge the burden of proof on the standard required by law, the adversary, in this case, the defendant, does not bear the burden to adduce anyone evidence. It was not the defendant's duty to fill up the gaps in the plaintiff's case.” (penekanan diberikan) Dalam kes in Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Public Prosecutor [2002] 3 MLJ 193; [2002] 3 CLJ 457, Mahkamah Persekutuan merumuskan bahawa: “It is an established principle that an appellate court should be slow to disturb the finding of facts of the lower court especially here where there are concurrent findings of facts by two courts namely the High Court and the Court of Appeal. Unless it can be shown that the finding of facts are not supported by the evidence or it is against the weight of evidence or that it is a perverse finding it is not for us to disagree.”. Dalam kes ini berdasarkan fakta, tiada terdapat kekhilafan oleh Pn HMS yang bijaksana bagi Mahkamah ini untuk campurtangan. Kesimpulan [23] Berdasarkan alasan yang saya nyatakan di atas, penghakiman saya memutuskan bahawa keputusan Pn HMS yang bijaksana adalah betul dan menurut lunas undang-undang. [24] Pada peringkat rayuan di hadapan Mahkamah Tinggi ini, saya telah menjalankan appellate role. Oleh itu Mahkamah ini would not interfere with findings of facts. The findings and interpretation of the law by the learned SCj are correct. [25] Pembelaan defendan gagal menangkis keterangan yang dikemukakan oleh plaintif melalui keterangan afidavitnya. [26] Berdasarkan alasan yang saya nyatakan di atas, penghakiman saya memutuskan bahawa pada peringkat rayuan, Mahkamah Tinggi ini tidak perlu mengganggu keputusan Pn HMS yang bijaksana. Bertarikh: 8 Disember 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Pihak Perayu (defendan): En Muhammad Abbad bin Abdul Wahid bersama-sama dengannya Pn. Tahrina Batrisyia binti Mohd Tahir Tetuan Fadhli Sutris & Associates, Kuala Lumpur Bagi Pihak Responden (plaintif): En Lim Kim Lai Tetuan Othman Hashim & Co., Kuala Lumpur