Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SERI MANJUNG DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN NO. KES : AH-87-626-10/2025 ANTARA
AH-87-626-10/2025
Magistrates Court of Malaysia20 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“” [8] Mahkamah ini turut merujuk kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu Masni Yusoff v. PP [2019] MLRAU 440: "In the premises, as correctly submitted by the learned DPP, s 305 of the Criminal Procedure Code applies. The section provides that where accused person has pleaded guilty and has been convicted,”
“h dan disabitkan oleh mahkamah. Mahkamah ini berpuas hati bahawa pengakuan salah oleh OKS adalah sama sepertimana menurut kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi iaitu PP v. Nor Zuliana Tahir & Anor [2017] MLRHU 782: "It is trite law that there are safeguards which must be complied with before a court can accept a ple”
“ka tidak boleh dibuat sebarang rayuan kecuali berkenaan dengan berat atau sahnya hukuman itu.” [8] Mahkamah ini turut merujuk kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu Masni Yusoff v. PP [2019] MLRAU 440: "In the premises, as correctly submitted by the learned DPP, s 305 of the Criminal Procedure Code appli”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SERI MANJUNG DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN NO. KES : AH-87-626-10/2025 ANTARA
1
Syn Ghee Heng Enterprise [selepas ini dirujuk sebagai “OKS”] merupakan sebuah syarikat dan telah mewakilkan Encik Saw Chi Hung sebagai wakil syarikat ketika pendengaran kes ini. OKS telah dituduh menurut seksyen 57(1) (b) (vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [selepas ini dirujuk sebagai “APAD”].
2
Pertuduhan dan hukuman yang diperuntukkan terhadap OKS adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 28.07.2025 lebih kurang jam 11.04 pagi bertempat di Jalan Pelabuhan 16,Lumut Port, Perak di dalam Daerah Manjung di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan sebagai pengendali berlesen lori nombor pendaftaran RX8025 yang telah dilesenkan dibawah Lesen SPAD: IP0492515-W(LC) telah didapati membenarkan pemandu KRISHNA RAO A/L SIVAKUMARAN (No. K/P: 000822-08-1285) memandu kenderaan lori tersebut diatas jalan raya dengan membawa muatan PKEC(Palm Kernel) sebanyak 41,600 kg melebihi muatan sebanyak 17,600 kg (73.33%) dari berat dengan muatan sepertimana yang dibenarkan di dalam lesen sebanyak 24,000 kg.Oleh yang demikian,kamu telah didapati melanggar peruntukkan dibawah Seksyen 57(1) (b) (vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 57(3) akta yang sama dan boleh dilucuthakan di bawah Seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Hukuman: Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 Denda tidak kurang daripada RM1,000.00 (Satu Ribu Ringgit) tetapi tidak melebihi RM 500,000.00 (Lima Ratus Ribu Ringgit) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. dan, Seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 Apabila disabitkan suatu kesalahan kenderaan yang berkaitan hendaklah 3 dibuat pelucuthakan atau pelepasan oleh mahkamah.”
3
OKS tidak diwakili peguam sewaktu pendengaran kes ini. Pertuduhan telah dibacakan, diterangkan dan difahamkan kepada OKS. OKS mengakui faham pertuduhan yang telah dikemukakan dan memilih untuk mengaku salah. Mahkamah seterusnya telah membacakan dan menjelaskan hukuman yang boleh dikenakan ke atas OKS sekiranya didapati salah dan disabitkan. OKS mengakui faham kesan dan akibat pengakuan bersalah dan masih mahu mengaku salah ke atas pertuduhan.
4
Pihak pendakwaan seterusnya mengemukakan semua ekshibit-ekshibit pendakwaan untuk ditandakan. Semua ekshibit telah dikemukakan kepada OKS dan OKS telah mengakui kebenaran semua ekshibit-ekshibit tersebut. Setelah mahkamah berpuas hati bahawa OKS faham sebab dan akibat pengakuan salah dan pengakuan salah juga dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak, mahkamah telah menerima pengakuan salah OKS dan mendapati OKS bersalah. Mahkamah seterusnya mensabitkan OKS ke atas pertuduhan.
5
Mahkamah ini selanjutnya telah memberikan peluang kepada pihak OKS dan pihak pendakwaan berhujah berkenaan hukuman yang wajar. Setelah mendengar hujahan berkaitan hukuman daripada kedua-dua pihak, mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman denda RM30,000.00 terhadap OKS. Mahkamah ini turut 4 memerintahkan agar kenderaan yang terlibat dalam kes ini dilucut hak kepada kerajaan Malaysia. Pihak OKS tidak berpuas hati terhadap sabitan dan hukuman serta perintah pelucutan hak yang diberikan oleh mahkamah ini dan telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 25 November 2025. Alasan penghakiman ini ditulis untuk menjelaskan sebab-sebab mahkamah membuat keputusan sedemikian.
6
Pihak OKS telah merayu terhadap sabitan bagi kes ini. Namun demikian, dalam kes ini OKS sendiri telah memilih untuk mengaku salah dan faham sifat serta akibat pengakuan salah lalu telah didapati bersalah dan disabitkan oleh mahkamah. Mahkamah ini berpuas hati bahawa pengakuan salah oleh OKS adalah sama sepertimana menurut kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi iaitu PP v. Nor Zuliana Tahir & Anor [2017] MLRHU 782: "It is trite law that there are safeguards which must be complied with before a court can accept a plea of guilty as valid and unequivocal. First, the court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty and the accused must plead guilty by his mouth, and not through his counsel. Secondly, the Court must ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea. Thirdly, the Court must ensure that the accused intends to admit without qualification the offence alleged against him. This is done by the prosecution tendering a statement of facts disclosing all the necessary elements of the offence."
7
Bagi kes melibatkan pengakuan salah, OKS tidak dibenarkan untuk memfailkan rayuan terhadap sabitan. Perkara ini jelas termaktub dalam Seksyen 305 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan seperti berikut: “305. Apabila pengakuan salah mengehadkan hak membuat rayuan. Apabila seorang tertuduh mengaku salah dan telah disabitkan oleh seorang Majistret terhadap pengakuan itu, maka tidak boleh dibuat sebarang rayuan kecuali berkenaan dengan berat atau sahnya hukuman itu.”
8
Mahkamah ini turut merujuk kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu Masni Yusoff v. PP [2019] MLRAU 440: "In the premises, as correctly submitted by the learned DPP, s 305 of the Criminal Procedure Code applies. The section provides that where accused person has pleaded guilty and has been convicted, there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence."
9
Mahkamah Rayuan juga dalam kes PP v. Muhammad Kasyfullah Kassim [2017] 1 MLRA 60; [2016] 6 MLJ 567; [2017] 1 CLJ 63 telah memutuskan seperti berikut: "The conviction of the respondent was never appealed against and canvassed before us. The appeal before us was solely by the prosecution and it was only on sentence. As the respondent has pleaded guilty and 6 had been convicted on that plea, "there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence": see s 305 of the Criminal Procedure Code. That being the case, we propose to deal with the issue of sentence only in this judgment."
10
Berdasarkan kepada otoriti-otoriti di atas, Mahkamah ini berpendirian bahawa rayuan OKS terhadap sabitan bagi kes ini adalah tidak bermerit dan sewajarnya tidak dipertimbangkan kerana OKS sendiri telah memilih untuk mengaku salah.
11
Budibicara dalam menentukan hukuman adalah terletak kepada Mahkamah untuk menentukan. Di dalam kes PP v. Jafa Daud [1981] 1 MLRH 800; [1981] 1 MLJ 315 telah Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa: "A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles."
12
Berpandukan kepada kes Jafa bin Daud di atas, budibicara tersebut hendaklah juga berpandukan kepada prinsip undang-undang yang telah ditetapkan. Dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap OKS, mahkamah ini telah mempertimbangkan kesemua faktor-faktor peringanan hukuman 7 yang dihujahkan oleh OKS dan juga faktor-faktor pemberatan hukuman yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan.
13
OKS dalam hujahan berkaitan hukuman telah menyatakan bahawa dia merupakan penanggung kepada 5 orang ahli keluarga. Bapa OKS sudah tua dan tidak mempunyai pekerjaan. Ibu OKS pula menghidap penyakit kanser dan OKS perlu menanggung kos perubatan yang tinggi untuk perubatan ibunya. OKS memohon agar hukuman terhadap OKS diringankan.
14
Pihak pendakwaan pula dalam hujahan pemberatan memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap OKS. Pihak pendakwaan juga memohon agar kenderaan yang telah disita untuk dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.
15
Mahkamah ini merujuk kepada kes Yit Kean Hong v. Public Prosecutor [2005] 2 MLRA 222; [2005] 4 CLJ 592; [2005] 6 AMR 637 dimana Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa seseorang tertuduh yang telah mengaku bersalah boleh diberikan diskaun atau kredit bagi pengakuannya itu melalui pengurangan di dalam hukuman. Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: "....A Plea of Guilt is a mitigating factor. It is an accepted rule of Practice that an accused should be given credit or discount for pleading guilt. The extent of reduction on account of a plea guilty would be between one-quarter and one third of what otherwise would have been the sentence. But it is not a strict rule as the court may refuse to grant any discount in cases where public interest demands a deterrent sentence...."
16
Berbalik kepada kes ini, mahkamah ini berpandukan kepada kes Yit Kean Hong v Public Prosecutor berpendirian bahawa perakuan salah OKS dan juga fakta bahawa kesalahan yang dilakukan ini merupakan kesalahan pertama kali bagi OKS adalah merupakan satu faktor mitigasi yang utama dalam penentuan hukuman. Namun demikian, mahkamah ini turut mengambil maklum bahawa terdapat jurang hukuman berbentuk denda yang besar iaitu ‘tidak kurang daripada RM1000 tetapi tidak lebih daripada RM500,000’. Jurang hukuman ini bertujuan memberikan mahkamah kuasa budi bicara yang perlu dilaksanakan secara bijaksana dalam menentukan hukuman.
17
Mahkamah ini telah membuat rujukan kepada fakta kes yang menyatakan OKS selaku pemilik berdaftar lori bernombor pendaftaran RX8025 telah didapati membenarkan pemandu Krishna Rao a/l Sivakumaran (No. K/P: 000822-08-1285) memandu kenderaan lori tersebut diatas jalan raya dengan membawa muatan sebanyak 41,600 kilogram iaitu melebihi muatan sebanyak 17,600 kilogram (73.33%) daripada berat dengan muatan sepertimana yang dibenarkan di dalam lesen sebanyak 24,000 kilogram.
18
Mahkamah ini mengambil maklum bahawa terdapat banyak masalah dan risiko timbul apabila kenderaan berat seperti lori milik OKS memandu di jalan raya dengan membawa muatan melebihi had. Kenderaan berat yang dipandu dengan membawa lebih muatan membahayakan pengguna jalan raya lain kerana bebanan melampau meningkatkan momentum kenderaan yang mengakibatkan jarak berhenti menjadi lebih jauh, sekali gus menyukarkan pemandu brek secara mengejut. Selain itu, tekanan berlebihan pada komponen mekanikal boleh menyebabkan kegagalan brek dan tayar meletup, manakala pusat graviti yang tinggi menjejaskan kestabilan lori sehingga ia mudah terbalik ketika membelok. Ancaman ini ditambah lagi dengan risiko objek jatuh daripada muatan yang tidak teratur serta kerosakan struktur jalan seperti lubang dan alur dalam yang sering menjadi punca kemalangan bagi kenderaan lebih kecil dan penunggang motosikal.
19
Oleh itu, mahkamah ini berpendirian bahawa hukuman denda yang agak tinggi wajar diberikan kepada OKS sebagai pengajaran dan amaran keras untuk tidak mengulangi perbuatan sebegini lagi. Mahkamah ini berpendirian bahawa denda RM30,000.00 adalah adil dan menepati undang-undang. Ianya merupakan hukuman yang wajar bagi pesalah yang kali pertama melakukan kesalahan ini dan juga turut seimbang dengan prinsip kepentingan awam.
20
Mahkamah ini telah memerintahkan agar kenderaan milik OKS yang terlibat dalam kes ini untuk dilucut hak kepada kerajaan Malaysia. Perintah lucut hak ini dibuat berdasarkan seksyen 80(4) APAD yang menyatakan seperti berikut: “Seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 Sesuatu perintah bagi pelucuthakan suatu kenderaan yang berkaitan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu ialah hal perkara bagi kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.”
21
Terdapat dua syarat yang perlu dipenuhi sebelum perintah pelucutan hak diberikan. Syarat pertama ialah pembuktian sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa satu kesalahan telah dilakukan. Seksyen 80(1) APAD memperuntukkan: “80. (1) Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang berkenaan dengannya terdapat atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan terhadap seksyen 16, 28, 36, 46, 51 atau 63, subseksyen 22(3), 41(3) atau 57(3), atau perenggan 23(1)(b), 42(1)(b) atau 58(1)(b) boleh disita oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, pegawai 11 pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat, di mana-mana tempat.”
22
Berdasarkan seksyen 80(1) APAD ini dapatlah diamati bahawa kesalahan yang dilakukan oleh OKS ialah terjumlah kepada kesalahan yang boleh dihukum menurut seksyen 57(3) APAD. Dalam kes ini, OKS telah memilih untuk mengaku salah dan faham sifat serta akibat pengakuan salah yang diberikan. Berdasarkan kepada pengakuan salah ini, Mahkamah ini telah berpuas hati bahawa OKS sememangnya telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 57(3) APAD. Justeru, syarat pertama telah dipenuhi.
23
Syarat kedua adalah kenderaan yang dilucuthak adalah kenderaan yang menjadi hal perkara bagi kesalahan itu. Syarat ini bermaksud bahawa kenderaan yang dilucut hak perlu terlibat secara langsung dengan kesalahan itu. Bagi kes ini, OKS telah mengaku salah terhadap pertuduhan yang telah menyatakan dengan jelas nombor pendaftaran lori iaitu RX8025 yang didaftarkan atas nama OKS dan juga semua ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan turut diakui kebenarannya oleh OKS. Oleh itu, mahkamah ini berpendirian bahawa lori RX8025 sememangnya terlibat langsung dengan kesalahan ini sekaligus menjadikan syarat kedua juga telah dipenuhi.
24
Mahkamah turut merujuk kepada kes Reza Kianmehr v PP [2013] 7 CLJ 265, di mana Yang Arif Kamardin Hashim telah menolak rayuan perayu dan mengekalkan perintah Majistret berhubung pelucutan hak sebuah kenderaan. Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut: “The said vehicle had been proven as the subject matter of the offence. The conditions provided under subsection (4) of s. 80 had been fulfilled. Therefore, the Magistrate shall order forfeiture of the said vehicle. Once the conditions under that subsection (4) of s. 80 of Act 715 had been fulfilled, the forfeiture therefore becomes mandatory. There is no discretion given to the Magistrate because of the words “shall be made” in s. 80(4) of” Act 715. When the provision of the statute is clear without any ambiguity, then the court must give effect to the clear and explicit language of the enacting words of the statute.”
25
Sebagai kesimpulannya, berdasarkan kepada otoriti di atas dan syarat-syarat dalam seksyen 80(4) APAD yang telah dipenuhi, saya tidak mempunyai pilihan lain selain daripada memerintahkan agar kenderaan lori yang terlibat dalam kesalahan ini dilucut hak kepada kerajaan Malaysia. Hal ini demikian kerana peruntukan seksyen 80(4) APAD adalah mandatori dan mestilah dipatuhi.
26
Mahkamah ini berpendirian bahawa sabitan terhadap OKS adalah selamat dan hukuman denda serta perintah pelucutanhak yang diberikan terhadap OKS adalah adil dan mengikut lunas undang-undang. Namun demikian, Mahkamah ini adalah berpandukan kepada keputusan Yang Arif Hakim di Mahkamah Tinggi. Bertarikh 2 Januari 2026 (FAKHRUL RAZZI BIN ABD HAMID) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET SERI MANJUNG PERAK DARUL RIDZUAN Peguam bagi pihak OKS: H.T. Saw & Co, No. 73, First Floor, Seberang Jalan Putra, 5150 Alor Setar, Kedah. Peguam bagi pihak pendakwaan: Timbalan Pendakwaraya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Negeri Perak.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.