Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BL-22NCC-6-05/2023 ANTARA T.E.M COMBUSTION SDN BHD PLAINTIF DAN LATEX FORM SDN BHD DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 11] Ini adalah permohonan Plaintif untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Defendan untuk sejumlah RM 2,615,125.43 setakat 12.4.2023 dan perintah untuk faedah pada kadar 1.5% sebulan keatas RM2,615,125.43 dari 13.4.2023 hingga tarikh penghakiman dan faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga ke tarikh penyelesaian penuh dan kos. A. ALASAN-ALASAN PERMOHONAN [1] Atas permintaan Defendan, Plaintif telah menjual dan menghantar serah pelbagai barangan kepada Defendan seperti didalam pesanan belian (PO), invois-invois Plaintif, pesanan penghantaran (DO). [Lampiran 12 ekshibit TEM-1].