Walau bagaimanapun, Mahkamah berpandangan bahawa fakta kes ini dapat dibezakan dengan kes-kes yang dirujuk Pemohon. Dalam Govinaraju, pencelahan dibenarkan kerana terdapat isu fraud dan collision antara Plaintif dan Defendan yang menjadikan penglibatan penanggung insurans amat penting bagi memastikan keadilan terpelihara. Dalam kes ini, tiada sebarang isu fraud atau collusion dibangkitkan. Dalam Thomas Alvin Cross, pencelahan dibenarkan kerana liabiliti insurans itu sudah jelas dan nyata berdasarkan fakta yang tidak dipertikaikan. Dalam kes ini pula, liabiliti Pemohon masih bergantung sepenuhnya kepada dapatan Mahkamah terhadap Defendan. Dalam Kimile, isu utama ialah pemakaian polisi insurans ke atas keadaan khusus yang telah pun nyata, sedangkan dalam kes ini, isu polisi hanya timbul sekiranya Defendan terlebih dahulu diputuskan bertanggungjawab.