Lampiran
Lampiran 11 memohon perintah Mahkamah ini seperti berikut: i. Perayu Defendan diberikan kebenaran untuk memfailkan permohonan ini; ii. Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 19.07.2024 (Lampiran 9) (selepas ini dirujuk sebagai “Penghakiman Ingkar Kehadiran”) adalah tidak sah, batal dan hendaklah diketepikan; iii. Pelaksanaan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut hendaklah digantungkan sementara menunggu keputusan permohonan ini; iv. Supaya tindakan Guaman Sivil di Mahkamah Sesyen Ipoh ini dibicarakan semula; v. Kos; dan vi. Apa-apa relif yang difikirkan bersesuaian oleh Mahkamah Yang Mulia ini. S/N wcf7xqGNG0ua8TxelcDcAQ 3 | P a g e Antara alasan-alasan bagi permohonan pihak perayu Defendan adalah : i) Perayu Defendan; Wong Keat Moy tidak pernah pada bila-bila masa diserahkan secara kediri atau secara penyampaian ganti dengan sesalinan Writ, Pernyataan Tuntutan, kertas kausa lain dan Penghakiman Ingkar Kehadiran (selepas ini dirujuk sebagai “JID”) oleh responden Plaintif; ii) Oleh kerana perayu Defendan tidak pernah menerima Writ dan Pernyataan Tuntutan daripada pihak responden Plaintif, maka perayu Defendan telah dinafikan hak untuk memfailkan pembelaan terhadap tuntutan responden Plaintif; iii) Perayu Defendan hanya mengetahui kewujudan JID tersebut selepas suami perayu Defendan menyerahkan sesalinan JID kepada perayu Defendan, yang mana telah diterima oleh pekerja suami pearayu Defendan di alamat perniagaan suami perayu Defendan; iv) Perayu Defendan sewajarnya mendapat perbicaraan semula bagi tindakan ini kerana JID tersebut secara jelas menyatakan perayu Defendan dikehendaki membayar sejumlah wang yang banyak tanpa diberi peluang kepadanya untuk membuat pembelaan terhadap tuntutan responden Plaintif; dan v) Perayu Defendan mempunyai suatu tuntutan balas terhadap responden Plaintif. Kertas-kertas kausa yang dirujuk: a. Notis permohonan Lampiran 11 b. Afidavit sokongan Lampiran 12 c. Afidavit jawapan responden Plaintif Lampiran 13 S/N wcf7xqGNG0ua8TxelcDcAQ 4 | P a g e d. Afidavit balasan perayu Defendan Lampiran 14 e. Hujahan bertulis perayu Defendan Lampiran 15 f. Hujahan bertulis responden Plaintif Lampiran 16 g. Hujahan balas responden Plaintif Lampiran 19 Ringkasan latarbelakang kes Tuntutan pihak responden Plaintif terhadap pihak perayu Defendan adalah untuk jumlah tertunggak dalam Akaun Margin pembelian dan penjualan saham pihak perayu Defendan berjumlah RM 503,539,77 setakat 18.09.2023 bersama caj-caj perkhidmatan serta pentadbiran dan seterusnya pada kadar 12% setahun dikira secara harian ke atas jumlah keseluruhan yang tertunggak sebanyak RM 503,539,77 (kecuali yuran “rollover”) dari 19.03.2023 sehingga tarikh penyelesaian penuh dan kos atas kadar indemniti. Pihak responden Plaintif melalui peguamcaranya telah menghantar satu surat tuntutan bertarikh 24.10.2023 kepada pihak perayu Defendan menuntut jumlah tersebut namun pihak perayu Defendan sehingga kini masih gagal,enggan dan/atau abai untuk menjelaskan jumlah tersebut atau sebahagian daripadanya. Melalui bukti pengeposan RY319431575MY dan RY319431589MY menunjukkan surat tuntutan tersebut telah diterima oleh pihak perayu Plaintif yang beralamat di 9-FBS-11, Tower Regency Hotel,6-8, Jalan Dato Ahmad Said 30450 Ipoh Perak. Selanjutnya Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah difailkan oleh pihak responden Plaintif dan telah dihantar kepada pihak perayu Defendan secara pos berdaftar pada 06.06.2024. Pada 19.07.2024, pihak responden Plaintif telah memfailkan Affidavit Penyampaian dan seterusnya Perakuan S/N wcf7xqGNG0ua8TxelcDcAQ 5 | P a g e Ketidakhadiran dan Penghakiman Ingkar telah juga dimeteraikan pada tarikh yang sama. Selanjutnya Penghakiman tersebut telah dihantar oleh pihak responden Plaintif kepada pihak perayu Defendan pada 30.07.2024 secara pos berdaftar. Pada 10.09.2024 pihak perayu Defendan telah memfailkan permohonan ini untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut. Dapatan Setelah meneliti kertas-kertas kausa serta hujahan bertulis kedua-dua pihak perayu Defendan dan responden Plaintif, Mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan pihak perayu Defendan ini. Alasan-alasan Mahkamah: 1. Penghantaran Writ Saman dan Penyataan Tuntutan oleh pihak responden Plaintif terhadap pihak perayu Defendan adalah teratur Ini adalah kerana penghantaran tersebut telah dibuat berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak sepertimana Seksyen 11.09,12.01 dan 2 Jadual Dalam Perjanjian Margin bertarikh 19.01.2016 secara pos berdaftar yang mana adalah juga selaras dengan peruntukan undang-undang Aturan 10 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Selanjutnya alamat-alamat yang dihantar oleh pihak responden Plaintif kepada pihak perayu Defendan adalah juga alamat-alamat yang terdapat dalam Surat S/N wcf7xqGNG0ua8TxelcDcAQ 6 | P a g e Tawaran,Borang Permohonan Pembukaan Akaun Dagangan 306827. Mahkamah juga merujuk dan menggunapakai kes Alliance Bank Malaysia Berhad vs Arita Plastics Industries M Sdn Bhd and Ors (2023) 1 LNS 557, di mana Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Quay Chew Soon memutuskan seperti berikut: (Dari text asal). In the premises,the service of the cause papers by P on the Defendants at the above addresses were consistent and in compliance with the terms of the Facility Agreement and the Letter of Guarrantee and Order 10 Rule 3 of the Rules of High Court 2012.. Atas alasan ini Mahkamah memutuskan Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan oleh pihak responden Plaintif terhadap pihak perayu Plaintif adalah teratur 2. Terdapat kelewatan di pihak perayu Defendan dalam membuat permohonan untuk mengenepikan penghakiman ini Menurut Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, permohonan untuk pengenepian penghakiman mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan Penghakiman tersebut Di dalam tindakan ini, Penghakiman telah diperolehi oleh pihak responden Plaintif pada 19.07.2024 dan seterusnya telah menghantar kepada pihak perayu Defendan pada 30.07.2024 secara pos berdaftar. S/N wcf7xqGNG0ua8TxelcDcAQ 7 | P a g e Walaupun pihak perayu Defendan telah menerima Penghakiman tersebut pada 15.08.2024, permohonan ini telah hanya difailkan pada 10.09.2024 iaitu terdapat kelewatan lebih kurang selama 36 hari.Justeru adalah jelas permohonan ini dibuat diluar tempoh sebagaimana yang diperuntukkan oleh Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 . Di peringkat ini Mahkamah juga merujuk dan menerima pakai kes Thye Ah Hai (T/A Ken Naga Enterprise) v Teraju Mercu Construction & Engineering Sdn Bhd (2014) 1 MLJ 422 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa (Dari teks asal) ,,(2) Order 42 Rule 14 is mandatory and an applicant filing an application beyond the prescribed time limit is obliged to provide cogent reason for any delay (3) The reason provided by the respondent for the delay were so frivolous,that they ought to be rejected by the court Di dalam tindakan ini pihak perayu Defendan menyatakan alasan kelewatan memfailkan permohonan ini adalah kerana mereka hanya mengetahui tentang penghakiman ini pada 27.07.2024, pada pandangan Mahkamah bukanlah satu alasan yang munasabah bagi menjustifikasikan kelewatan mereka memfailkan permohonan ini.Justeru Mahkamah menolak alasan tersebut. 3. Tiada pembelaan yang bermerit di dalam tindakan ini. S/N wcf7xqGNG0ua8TxelcDcAQ 8 | P a g e Perayu Defendan menghujahkan bahawa mereka mempunyai pembelaan bermerit iaitu: 1. Amaun yang dituntut oleh pihak responden Plaintif adalah tidak benar, tidak pasti dan tidak tepat 2. Pihak responden Plaintif sebagai syarikat broker saham telah gagal dan cuai dalam tanggungjawabnya terhadap pihak perayu Defendan untuk bertindak secara due diligent (dengan izin) dan bertindak secara illegal (dengan izin) dalam menguruskan akaun dagangan pihak perayu Defendan dan pihak perayu Defendan juga mempunyai tuntutan balas terhadap pihak responden Palintif Berdasarkan kronologi kes yang dibentangkan oleh pihak responden Plaintif di dalam hujahannya Mahkamah bersetuju dan berpendapat pembelaan bermerit yang dinyatakan oleh pihak perayu Plaintif seperti di atas adalah satu pemikiran semula - afterthoughts (dengan izin) semata-mata untuk tujuan permohonan pengenepian penghakiman ini. Selain dari pihak perayu Defendan tidak pernah membuat sebarang aduan tentang perkara-perkara yang dinyatakan oleh mereka tentang amaun tuntutan yang tidak benar dan kegagalan pihak responden Plaintif sebagai syarikat broker saham menjalankan tanggungjawabnya terhadap pihak perayu Defendan dengan baik,tiada sebarang bukti juga dikemukakan oleh pihak perayu Defendan bagi menunjukkan mereka mempunyai pembelaan yang bermerit terhadap tindakan ini. S/N wcf7xqGNG0ua8TxelcDcAQ 9 | P a g e 4. Pihak perayu Defendan juga gagal menunjukkan bahawa mereka mempunyai isu-isu untuk dibicarakan di dalam kes ini. 5. Dalam ketiadaan pembelaan bermerit serta isu-isu untuk dibicarakan dalam tindakan ini, Mahkamah berpendapat bahawa permohonan pihak perayu Defendan bagi mengenepikan penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 19.07.2024 ini adalah wajar ditolak. Penutup Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah telah memutuskan untuk menolak permohonan pihak perayu Defendan sebagaimana Lampiran 11 dengan kos RM2000. Bertarikh: 23 Jun 2025 (Norashima binti Khalid) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Ipoh. Perak Darul Ridzuan. S/N wcf7xqGNG0ua8TxelcDcAQ