any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug; [15] Mahkamah telah mendapati bahawa Tertuduh mempunyai dalam jagaan atau di bawah kawalannya dadah berbahaya tersebut, maka peruntukan anggapan di bawah seksyen ini akan berkuat kuasa; bahawa Tertuduh dianggap telah memiliki dadah tersebut dan dianggap telah mengetahui sifat dadah itu. Justeru Tertuduh dipanggil membela diri bagi kesemua pertuduhan yang dihadapinya iaitu bagi kes no: BA-45-3-03/2021 dan kes no BA-S/N llf75fEuyUqoe2PjoOEzng 45-17-08/2021. Manakala bagi pertuduhan seksyen 39B (1) (a) ADB bagi kes no BA-45A-29-03/2021, Mahkamah meminda pertuduhan tersebut kepada pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) / 39A (2) ADB dan memanggil Tertuduh membela diri bagi pertuduhan pindaan. Pertuduhan pindaan adalah berbunyi begini. Bahawa kamu pada 22 Jun 2020, jam lebih kurang 9.25 malam, di rumah No.1 Jalan 1/5, Taman Tun Abdul Razak, Ampang di dalam Daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah di dapati dalam milikan kami dadah berbahaya Heroin seberat 35 gram dan Monoacetylmorphines seberat 246 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A (2) Akta yang sama. KES PEMBELAAN [16] Apabila pertuduhan dibacakan,Tertuduh telah minta untuk dibicarakan. Dia telah memberikan keterangan bersumpah. Pembelaan juga telah memanggil seorang saksi iaitu anak perempuannya Shareena Shahira binti Tajul Arus (SD2) dan memanggil semula saksi pendakwaan Syed Adrin Putra bin S/N llf75fEuyUqoe2PjoOEzng Abdullah (SP7) iaitu kawan Tertuduh. Keterangan pembelaan adalah seperti berikut: Pada tarikh 21/6/2020 sekitar jam 9:30 malam, Tertuduh telah dihubungi oleh Syed Adrin (SP7) untuk berjumpa di rumahnya yang beralamat di No.3, Elitis Dahina South Golf Presinct Valencia, Sungai Buloh, Selangor. Tujuannya adalah untuk meminjam kereta Alphard untuk ditunjukkan kepada pelanggan SP7 yang ingin membeli kereta Alphard tersebut. Tertuduh telah menghantar kereta Alphard tersebut kepada SP7 sekitar jam 1.30 pagi pada 22/6/2020 dan telah diambil oleh isterinya yang bernama Farraizan binti Abd Murad dari rumah SP7 untuk balik ke rumahnya. Tertuduh juga mengatakan kereta Alphard tersebut telah diserahkan kepada isteri Tertuduh oleh seorang perempuan bernama Faridah iaitu isteri kepada pemilik berdaftar kereta itu pada sekitar tahun 2019. Ia bertujuan agar Tertuduh mencari pembeli kepada kereta Aphard tersebut. Namun begitu sehingga Tertuduh ditangkap, kereta itu masih gagal dijual. Oleh itu, kereta tersebut telah ditinggalkan di rumah dan digunakan oleh isteri Tertuduh. Tertuduh mengatakan dia jarang menggunakan kereta tersebut kerana dia ada kereta sendiri iaitu sebuah kereta Audi S5 nombor pendaftaran WHA 110. Pada tarikh S/N llf75fEuyUqoe2PjoOEzng yang sama iaitu 22/6/2022, Tertuduh telah ke Kuala Selangor dengan menaiki kereta Audi daripada jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. Setelah sampai di rumah, dia melihat kereta Alphard tersebut diparkir hadapan rumah dan dimaklumkan oleh isterinya bahawa SP7 telah memulangkan kereta tersebut pada sekitar jam 5.00 petang pada hari yang sama dan kunci kereta itu telah diambil oleh pembantu rumahnya dan digantung di dinding rumah. Pada malam yang sama, sekitar jam 9.20 malam ketika Tertuduh selesai menghisap rokok di kerusi kayu di hadapan rumah, tiba-tiba sekumpulan lelaki telah memanjat pagar dan masuk ke kawasan rumahnya. Pada masa itu Tertuduh tidak mengetahui mereka adalah pasukan polis. Justeru dia berasa sedikit terkejut dan cemas kerana menyangka mereka ingin merompaknya. Tertuduh menyatakan polis telah membuat pemeriksaan badan dan di poket seluarnya telah dijumpai kunci kereta Audi. Tertuduh menafikan kunci kereta Alphard dijumpai di dalam poket seluarnya tetapi menyatakan ia telah dijumpai tergantung di dinding rumahnya dengan isteri, ibu mertua, anak perempuan dan pembantu rumahnya menjadi saksi kepada proses pemeriksaan di dalam rumah dan jumpaan pihak polis kunci kereta Alphard tersebut. S/N llf75fEuyUqoe2PjoOEzng Tertuduh menafikan mempunyai pengetahuan terhadap dadah berbahaya yang dijumpai di dalam kereta Alphard. Tertuduh juga menafikan mempunyai pengetahuan terhadap dadah berbahaya yang dijumpai di dalam beg uncang DEBAUS tersebut dengan mengatakan dia tidak pernah membuka bungkusan kain tersebut dan hanya berada di situ selama 10 minit sahaja. Tertuduh juga mengatakan seluruh ahli keluarganya iaitu isteri, ibu mertua, anak perempuan, dua orang anak lelaki dan pembantu rumah telah ditahan dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang (IPD Ampang) untuk tujuan siasatan. Tertuduh juga telah dibawa oleh polis ke rumah SP7 dan polis telah menahan SP7 dan teman wanitanya bernama Ratnee Nimnoun. Ketika di IPD Ampang, Tertuduh telah dimaklumkan oleh pegawai serbuan bahawa kesemua ahli keluarganya akan dituduh di Mahkamah sekiranya Tertuduh tidak mengaku bahawa kunci kereta Alphard dijumpai di dalam poket seluarnya. [17] Di akhir kes pihak pendakwaan terdapat beberapa orang saksi pendakwaan yang telah ditawarkan kepada pihak pembelaan. Daripada Senarai Saksi Pendakwaan (Exhibit P10), terdapat 4 orang saksi yang secara khusus dikehendaki oleh pihak pembelaan iaitu:- S/N llf75fEuyUqoe2PjoOEzng