of section 5, is satisfied with respect to any person that such person has been or is associated with any activity relating to or involving the trafficking in dangerous drugs, the Minister may, if he is satisfied that it is necessary in the S/N eqAt6sahEU6/mxh8T7OeIw interest of public order that such person be detained, by order (hereinafter referred to as a "detention order") direct that such person be detained for a period not exceeding two year.” [21] Manakala subseksyen 54(2) Akta Tafsiran 1948 dan 1967 menyebut: “Where no time is prescribed within which anything shall be done, that thing shall be done with all convenient speed and as often as the prescribed occasion arises.” [Penekanan ditambah] [22] Kes Chua Kian Voon (supra) dirujuk semula bagi isu yang dibangkitkan ini. [23] Fakta kes menunjukkan bahawa laporan Pegawai Penyiasat kes fail diterima oleh TMDN pada 27.7.2023. Kemudian, laporan Pegawai Siasatan KDN diterima oleh TMDN pada 9.8.2023. Setelah menerima laporan daripada Pegawai Siasatan KDN pada 9.8.2023, TMDN mengeluarkan Perintah Sekatan terhadap Pemohon pada 30.8.2023. [24] Dalam kes Khairul Azilan bin Talib v. Menteri Dalam Negeri & Ors [2023] MLJU 1518, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa kelewatan TMDN selama 19 hari untuk mengeluarkan Perintah Tahanan telah mengakibatkan ketidakpatuhan prosedur. S/N eqAt6sahEU6/mxh8T7OeIw “[10] With respect I am unable to agree with the submissions of the learned SFC on this point as the whereabouts of the Deputy Minister is not a security matter more so when the deputy minister is deposing the fact after the event. So, there can be no security risk at all to the deputy minister since what he will be deposing to happened in the past. Furthermore, the deputy minister did not depose in his affidavit any reasons why he took 19 days to come to a decision. [11] In the case of Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Anor v. Awang Sari bin Lasikan [05(HC)-69-04/2021(B)] the Federal Court in its brief grounds of decision held that the deputy minister must make a decision as expeditiously as possible where there are no regulations made on this issue. This is an objective test to be determined by the court. The Federal Court agreed with the ratio decidendi in Chua Kian Voon v Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2020] 1 MLJ 351; [2020] 1 CLJ 747” [Penekanan ditambah] [25] Responden berhujah bahawa bahawa tidak ada peruntukan dalam Akta tersebut yang menghendaki Menteri untuk mengeluarkan apa-apa perintah, sama ada Perintah Tahanan atau Perintah Sekatan dalam suatu tempoh yang tertentu. Oleh itu, responden berhujah bahawa ini bukan suatu kehendak prosedur di bawah Akta tersebut dan apabila ianya bukanlah suatu kehendak prosedur, isu yang dibangkitkan tidak harus dipertimbangkan oleh mahkamah ini. S/N eqAt6sahEU6/mxh8T7OeIw [26] Sebagai alternatif, responden telah berhujah bahawa sekiranya mahkamah ini berpendapat bahawa TMDN perlu menetapkan masa mengikut seksyen 54 Akta Tafsiran 1948 dan 1967, responden berhujah bahawa masa yang diambil oleh TMDN adalah munasabah dan tanpa kelewatan yang melampau walaupun tiada diari yang memperincikan aktiviti hariannya dalam afidavitnya kerana tindakan harian TMDN melibatkan perkara-perkara sulit negara. [27] Setelah meneliti afidavit yang difailkan dan hujahan pihak pemohon dan responden, mahkamah ini mendapati bahawa tiada peruntukan yang menetapkan bahawa Menteri perlu mengeluarkan perintah dalam tempoh tertentu. Tambahan pula, Menteri perlu meneliti laporan sebelum mengeluarkan perintah dan tidak bertindak secara mekanikal atau otomatik. Oleh itu, isu ini pada hemat mahkamah ini adalah tidak bermerit. v) Ketidakpatuhan prosedur di bawah subseksyen 6(3) Akta tersebut telah timbul apabila pemohon hanya dibawa untuk melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Perak (“IPD Perak Tengah”) pada jam 2 petang keesokan harinya iaitu pada 31.8.2023. [28] Berhubung isu ini, perkara ini tidak dibangkitkan secara spesifik. Memandangkan pihak Pemohon tidak mengplidkan isu ini secara khusus dalam pernyataan Aturan 53, mahkamah tidak akan mempertimbangkan isu ini dan menolak isu ini. S/N eqAt6sahEU6/mxh8T7OeIw vi) Wujudnya ketidakpatuhan prosedur di bawah perengggan 3(2)(c) Akta tersebut akibat kegagalan ACP Shahidi Bin Abdullah untuk melaporkan laporan hal keadaan penangkapan dan penahanan secara forthwith kepada Menteri. [29] Pemohon berhujah bahawa wujudnya ketidakpatuhan di bawah perenggan 3(2)(c) Akta tersebut kerana kegagalan ACP Shahidi untuk melaporkan laporan hal keadaan penangkapan dan penahanan secara forthwith kepada Menteri. [30] Perenggan 3(2)(c) Akta tersebut menyatakan bahawa laporan tersebut untuk dihantar kepada Menteri Dalam Negeri secara “forthwith”. Fakta kes adalah bahawa pada 17.7.2023, ACP Shahidi telah menerima laporan tersebut daripada DSP Yap Kok Sheng. Pada 21.7.2023 pula, ACP Shahidi telah menghantar laporan hal keadaan penangkapan dan penahanan tersebut kepada Menteri Dalam Negeri. Di sini wujudnya kelewatan selama 4 hari. Namun, tiada sebarang penjelasan diberikan berkenaan kelewatan pengemukaan laporan tersebut kepada Menteri Dalam Negeri. [31] Pemohon merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Menteri Dalam Negeri & Ors v. Gopal R Subramaniam [2017] 6 CLJ 593 telah diputuskan bahawa perkataan forthwith membawa maksud seawal yang secara praktikalnya munasabah (“as soon as reasonably practicable”) dan sebarang kelewatan oleh pihak responden harus dijelaskan di dalam afidavit responden. Dapatan Mahkamah Persekutuan adalah seperti berikut: S/N eqAt6sahEU6/mxh8T7OeIw “[17] Having considered all the cases and the comments of the learned authors referred to aforesaid, we would hold that the word "forthwith" in s. 10(2) of POCA is to be construed as "as soon as reasonably practicable" having considered all the facts of the case and not "then and there" or "immediate". [18] We would direct that in all applications for habeas corpus grounded on s. 10(2) of POCA, revolving around the word "forthwith", the court should approach the said applications in the following manner viz: