Tuntutan Plaintif terhadap Defedan Kedua ditolak dengan kos RM20,000.00.” [13] Pada 18.07.2019, P telah diisytiharkan sebagai seorang bankrap oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru melalui Saman No. JA-29NCC- 1551-09/2018 yang difailkan oleh Maybank sebagai pemiutang dalam perkara berasingan. [14] Berikutan status P yang sedemikian, D1 telah mengemukakan bayaran RM545,980.00 sebagai baki harga jualan SPA sebagai mana menurut Penghakiman 2016 secara terus ke Jabatan Insolvensi. [15] Sungguh pun demikian, hakmilik unit-unit tersebut masih tidak dapat dipindahkan daripada P kepada D1 kerana terdapatnya urusan jual beli yang belum selesai di antara P dan penjual terdahulu unit-unit tersebut. [16] Akibat dari itu, D1 tidak dapat didaftarkan sebagai pemilik baharu atau pembeli dalam rekod D2 selaku Badan Pengurusan Bersama Pelita Indah Kondominium. D2 juga secara berterusan menuntut bayaran tunggakan bayaran penyelanggaraan unit-unit tersebut daripada P. [17] Dalam hal tersebut, D1 mengambil posisi bahawa P telah melanggar terma Penghakiman 2016 apabila gagal memindah milik unit-unit tersebut sebagai mana menurut SPA dan Penghakiman 2016, maka D1 tidak bertanggungan terhadap yuran penyelenggaraan yang tertunggak yang dituntut oleh D2. [18] Manakala P pula mengambil posisi bahawa D1 sebagai pembeli unit-unit tersebut berdasarkan SPA dan diisytiharkan sebagai pemilik benefisial unit-unit tersebut dalam Penghakiman 2016 adalah pihak yang sebenarnya bertanggungan untuk menjelaskan tunggakan yuran penyelenggaraan yang dituntut oleh D2. [19] Pada sekitar tahun 2022, D1 melalui peguamnya telah mengambil balik cek bayaran baki harga jualan SPA berjumlah RM545,980.00 dari Jabatan Insolvensi. Perkara tersebut disahkan oleh Jabatan Insolvensi melalui suratnya kepada D2 bertarikh 28.05.2023. Analisis dan keputusan [20] Pertama sekali, Mahkamah ini merujuk kepada SPA sebagai asas hubungan kontraktual yang wujud di antara P dan D1. [21] Hasil penelitian SPA, Mahkamah ini mendapati terma relevan mengenai bayaran yuran penyelenggaraan adalah termuat di dalam klausa 12(i) yang memperuntukkan seperti berikut:- “… the arrears of assessment, quit rent, maintenance charges as at the date of the Sale and Purchase agreement until the completion date hereof and other Government charges (if any) in respect of the said Property shall be borne by the Purchaser (“D1”). The Vendor (“P”) shall settle all water, electricity and telephone charges incurred until the date of completion.” (penambahan dan penekanan oleh Mahkamah ini) [22] Melalui pembacaan biasa dan natural klausa 12(i) SPA tersebut, adalah jelas tanggungjawab untuk membayar yuran penyenggaraan unit-unit tersebut dari tarikh SPA adalah ke atas pihak D1. [23] Seterusnya, Mahkamah juga mendapati Penghakiman 2016 dan pindaan-pindaan kepadanya jelas mengesahkan SPA tersebut sebagai berkuatkuasa dan mengikat pihak-pihak dan seterusnya mengisytiharkan secara kehakiman bahawa D1 adalah pemilik benefisial unit-unit tersebut. [24] Maka, berdasarkan SPA dan Penghakiman 2016, Mahkamah ini mendapati isu siapakah pemilik unit-unit tersebut sepatutnya tidak lagi timbul kerana telah pun diputuskan secara muktamad dalam Penghakiman 2016, iaitu D1 adalah pemilik benefisial unit-unit tersebut. [25] Selanjutnya, Mahkamah ini juga berpendapat jika pun timbul apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada perintah pelaksanaan spesifik SPA dalam Penghakiman 2016, D1 adalah bebas di sisi undang-undang untuk kembali memohon ke Mahkamah sama ada untuk meneruskan pelaksanaan spesifik SPA tersebut atau sebaliknya. [26] Ini kerana, prinsip undang-undang mengenai perintah pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak adalah mantap iaitu apabila sesuatu perintah pelaksanaan spesifik kontrak diumumkan oleh Mahkamah, maka kontrak berkenaan adalah kekal berkuatkuasa (rujuk: Johnson and another Respondents v Agnew [1980] A.C. 367). [27] Dalam erti kata lain, Penghakiman 2016 tersebut menzahirkan bahawa D1 telah melaksanakan pilihan (‘option’) untuk meneruskan dengan SPA tersebut walau pun wujud perlanggaran kontrak di pihak P. [28] Selanjutnya, prinsip undang-undang juga jelas bahawa jika sesuatu perintah pelaksanaan spesifik kontrak diperoleh tetapi kemudiannya didapati tidak dapat dilaksanakan, maka pihak yang memperoleh perintah pelaksanaan spesifik tersebut bebas untuk kembali memohon kepada Mahkamah untuk perintah pelaksanaan spesifik tersebut dilapangkan dan menuntut gantirugi dari situ. [29] Prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas jelas dapat dilihat dalam keputusan mahkamah atasan iaitu dalam kes Loo Choo Teng v Cheok Swee Lee [2000] 1 MLRA 104 apabila Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut:- “[25] In my view, a Court of Equity is sufficiently empowered to decree specific performance on terms. There are cases where an order decreeing specific performance has made provision for ancillary matters, such as the payment of purchase money with interest. (See, eg, Cooper v. Morgan [1909] 1 Ch 261.) In such cases, the payment of the purchase price is a term upon which relief is granted. If there is non-compliance, the vendor must surely be at liberty to apply to have the decree vacated. [26] There is also precedent for decreeing specific performance and then leaving it to the defendant to later apply to have the decree vacated on the ground of impossibility of performance. Thus, in Sekemas Sdn Bhd v. Lian Seng Co Sdn Bhd [1989] 1 MLRA 101; [1989] 2 MLJ 155; [1989] 1 CLJ (Rep) 154, Lee Hun Hoe CJ (Borneo) when delivering the judgment of the Supreme Court said (at p 157): In Johnson & Anor v. Agnew [1979] 1 All ER 883, the House of Lords varied the order of the Court of Appeal holding that if a vendor obtained an order for specific performance and it became impossible to enforce it, he then had the right to ask the court to discharge the order and terminate the contract. On such an application he could be awarded damages at common law for breach of contract since the contract was not rescinded ab initio but remained in existence until it was terminated by the court.” [30] Memandangkan D1 tidak mengambil apa-apa langkah untuk melapangkan Penghakiman 2016, maka SPA tersebut masih dan kekal berkuatkuasa sehingga sekarang dan D1 adalah pemilik benefisial unit-unit tersebut di sisi undang-undang. [31] Dalam hal ini juga, Mahkamah ini menolak hujah peguam D1 bahawa berikutan pindah milik unit-unit tersebut gagal dilaksanakan oleh P kepada D1, maka D1 tidak bertanggungan untuk menjelaskan bayaran yuran perkhidmatan yang tertunggak kepada D2. [32] Seperti mana prinsip undang-undang mengenai pelaksanaan spesifik yang dinyatakan sebelum ini, kegagalan P untuk memindah hakmilik unit-unit tersebut kepada D1, jika pun ada, tidak memberikan hak kepada D1 untuk menafikan hakmilik benefisialnya ke atas unit-unit tersebut dengan sewenang-wenangnya. Jika itulah posisi yang diambil oleh D1, maka kesannya akan menjadi tidak selaras atau bercanggah dengan SPA atau Penghakiman 2016 tersebut. Dalam hal ini juga, adalah dapatan mahkamah ini bahawa perkara tersebut hanyalah merupakan perkara administratif D2 semata-mata. [33] Mengenai kepentingan untuk pihak-pihak mematuhi keputusan atau penghakiman mahkamah, rujukan boleh dibuat kepada kes Hartecon JV Sdn Bhd & Anor v Hartela Contractors Ltd [1997] 2 CLJ 104 di mana Mahkamah Rayuan telah memberikan peringatan berikut:- "We cannot over-emphasise the proposition that once a judge makes a ruling, substantive or procedural, final or interlocutory, it must be adhered to and may not be reopened willy-nilly." [34] Pada dapatan Mahkamah ini juga, dakwaan D1 bahawa P telah bersekongkol dengan D2 pada awalnya untuk tidak mengiktiraf D1 sebagai pembeli unit-unit tersebut dan telah tidak membenarkan D1 mempunyai akses kepada unit-unit tersebut dengan cara menarik balik kad akses dan kad parkir yang sebelum itu telah pun diserahkan oleh P kepada D1, telah pun selesai diputuskan secara muktamad dalam Penghakiman 2016 dan tidak sewajarnya dibangkitkan lagi dalam tindakan ini. Tambahan lagi, mengenai sewa yang diterima oleh P bagi beberapa unit tersebut telah pun dijadikan sebagai tolakan (set-off) baki harga belian dalam SPA. [35] Mengenai serahan milikan kosong dan sewa, kedua-dua perkara tersebut juga dinyatakan dengan jelas dalam klausa 24(i) dan 24(ii) SPA seperti berikut:- “24 (i) The Vendor shall on the execution hereof hand over vacant possession of the said Property (if vacant) to the Purchaser who shall be entitled to let the same and to collect the rental from the same for his own benefits.