Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-83-7288-10/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN TAN BOON LEE [NO K/P: 740504-10-5329] ALASAN PENGHAKIMAN
WA-83-7285-10/2021
Magistrates Court of Malaysia30 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rities that the prosecutor has a discretion and also that if he does not call material witnesses who are available he runs the risk of having the presumption in illustration (g) to section 114 of the Evidence Ordinance raised against him. In the present case there was no attempt at concealment, no suggestion, as was sa”
“ance raised against him. In the present case there was no attempt at concealment, no suggestion, as was said by Lord Thankerton in the case of Adel Muhammed El Dabbah v Attorney-General for Palestine [1944] AC 156 168, "that the prosecutor has been influenced by some oblique motive". The witnesses were **Note : Serial”
“us to be well settled law. We do not think it necessary to resort to extensive quotation from the many authorities which were discussed by this Court in the case of Khoon Chye Hin v Public Prosecutor [1961] MLJ 105 CA at p 109. It is clear from these authorities that the prosecutor has a discretion and also that if he”
“29. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN Mahkamah merujuk kepada kes MAT V. PP [1963] MLJ 263. Di dalam kes ini Suffian J telah menggariskan beberapa panduan kepada Mahkamah dalam membuat keputusan iaitu: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFIL”
“16. Dalam mempertimbangkan intipati ini, mahkamah merujuk kepada kes LIM CHIN POH V. PP [1969] SMCU 92; [1969] 1 LNS 92 di mana mahkamah memutuskan: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 “In my opinion the expression driving in a manner”
“ument must be doomed to failure. Regarding contributory negligence, suffice for me to refer to the classic statement made by Lord Denning MR (as he then was) in the celebrated case of Froom v Butcher [1976] QB 286: Negligence depends on a breach of duty, whereas contributory negligence does not. Negligence is a man’s c”
“42. KESIMPULAN Mahkamah telah mengambil kira trend bagi kesalahan ini bagi suatu perbicaraan penuh: PP lwn. Darvin Raj [2024] 1 SMC 133; [2023] MLJU 2449 Penjara 3 tahun dan denda RM8,000 terhadap OKT. PP lwn. Rahimi bin Abu Samad [2023] SMCU 69; [2023] MLJU 634 Penjara 3 tahun bermula dari tarikh sabitan dan denda RM6”
“end bagi kesalahan ini bagi suatu perbicaraan penuh: PP lwn. Darvin Raj [2024] 1 SMC 133; [2023] MLJU 2449 Penjara 3 tahun dan denda RM8,000 terhadap OKT. PP lwn. Rahimi bin Abu Samad [2023] SMCU 69; [2023] MLJU 634 Penjara 3 tahun bermula dari tarikh sabitan dan denda RM6,000 jika gagal bayar penjara 6 bulan dan lesen”
“engambil kira trend bagi kesalahan ini bagi suatu perbicaraan penuh: PP lwn. Darvin Raj [2024] 1 SMC 133; [2023] MLJU 2449 Penjara 3 tahun dan denda RM8,000 terhadap OKT. PP lwn. Rahimi bin Abu Samad [2023] SMCU 69; [2023] MLJU 634 Penjara 3 tahun bermula dari tarikh sabitan dan denda RM6,000 jika gagal bayar penjara 6”
“3. PP lwn. Zamzury Anuar bin Zakaria [2024] SMCU 64; [2024] MLJU 447 Penjara 36 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM7,000 gagal bayar 7 bulan penjara PP lwn. Ku Kheng Choong [2024] MLJU 2832 Penjara 3 tahun dari tarikh sabitan dan denda RM6000 jika gagal bayar 12 bulan penjara. Tertuduh hilang kelayakan untuk memandu”
“3. PP lwn. Zamzury Anuar bin Zakaria [2024] SMCU 64; [2024] MLJU 447 Penjara 36 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM7,000 gagal bayar 7 bulan penjara PP lwn. Ku Kheng Choong [2024] MLJU 2832 Penjara 3 tahun dari tarikh sabitan dan denda RM6000 jika gagal bayar 12 bu”
“3. PP lwn. Zamzury Anuar bin Zakaria [2024] SMCU 64; [2024] MLJU 447 Penjara 36 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM7,000 gagal bayar 7 bulan penjara PP lwn. Ku Kheng Choong [2024] MLJU 2832 Penjara 3 tahun dari tarikh sabitan dan denda RM6000 jika”
“**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 32 selama 3 tahun bermula daripada tarikh jatuh hukum. PP lwn. Muhammad Nasri bin Ahmed Jalaludeen [2025] MLJU 32 Penjara 3 tahun dari tarikh sabitan, dan denda RM7000 gagal bayar 6 bulan penjara, dan lesen digantung selam”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-83-7288-10/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN TAN BOON LEE [NO K/P: 740504-10-5329] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh, Tan Boon Lee (selepas ini dirujuk sebagai OKT) telah dituduh di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pertuduhan pindaan OKT tandaan Lampiran A adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 24.12.2019 jam lebih kurang 12:00 tengah hari di Lebuhraya Sungai Besi dalam kawasan Wilayah Persekutuan dapati kamu sebagai penunggang motokar no. pendaftaran VX 3003 jenis Volkswagon telah memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya yang setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan jalan itu adalah merbahaya kepada awam dan telah menyebabkan kematian kepada penunggang motosikal jenis Yamaha FZ150i no pendaftaran MCH 992 nama Mohamad Adib Farhan Bin Mahzan (No. K/P: 940802-01-6099) dan oleh yang demikian itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hukuman: Penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.
2
Dalam membuktikan pertuduhan ini terhadap OKT, pihak Pendakwaan telah mengemukakan 7 orang saksi iaitu: - SP1- Kpl Rashidi Bin Said (Jurufoto) SP2- Mohamad Nur Aqashah Bin Mahzan (Waris) SP3- Puan Rosmawati Bt Abd Hamid (Pegawai ITIS DBKL) SP4- Mustafa Kamal Bin Jantan (Saksi awam ) SP5- Nur Azamuddin Bin Abd Hamid (Anggota kaunter aduan Trafik KL) SP6- Dr Faridah Binti Mohd Nor (Doktor bedah siasat)
3
Kes ini di peringkat pendakwaan telah didengar oleh Majistret terdahulu yang telah berpindah ke Jabatan Peguam Negara. Saya diarahkan meneruskan kes ini diperingkat pembelaan. Saya telah meneruskan bicara kes ini dengan bergantung kepada nota keterangan yang telah disediakan oleh Puan Majistret terdahulu dan juga rujukan kepada Sistem Rakaman Audio Video Mahkamah (RVT). Saya telah menyemak rakaman tersebut, dan dapat melihat suasana perbicaraan serta demeanor saksi-saksi yang telah memberikan keterangan. Memandangkan Mahkamah sebelum ini telah membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT, maka tugas Mahkamah pada hari ini adalah untuk meneliti sama ada keterangan pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah pada kes ini.
4
Di akhir kes pembelaan, Mahkamah telah mensabitkan OKT di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun dari tarikh sabitan 30.9.205, denda RM6,000 gagal bayar 12 bulan penjara, catitan sabitan seksyen 41 APJ direkodkan pada lesen memandu OKT dan OKT juga hilang kelayakan daripada mendapatkan lesen memandu selama 5 tahun dari tarikh sabitan 30.9.2025.
5
RINGKASAN FAKTA KES PENDAKWAAN Pada 24.12.2019, jam lebih kurang 12 tengah hari sehingga 12:34 tengah hari di Lebuhraya Sungai Besi, OKT sebagai pemandu kenderaan jenis Volkswagon dengan nombor pendaftaran VX 3003 telah memandu kenderan secara merbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan dengan sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran MCH 992 yang ditunggang Mohamad Adib Farhan bin Mazlan (No. K/P: 940802-01-6099)(selepas ini dirujuk sebagai “mangsa”).
6
Pemanduan merbahaya OKT dikatakan telah berlaku apabila OKT yang berada di lorong paling kanan lebuhraya tersebut telah bertindak untuk mengubah haluan ke lorong paling kiri secara tiba-tiba sehingga melanggar motosikal yang sedang melalui garisan Chevron Diverging.
7
Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah meninggal dunia. Laporan bedah siasat (P10) mengesahkan punca kematian mangsa adalah “head and chest injuries consistent with motor-vehicle fatality”.
8
Selanjutnya, OKT telah dituduh di Mahkamah Majistret Jenayah 13 (Trafik) Kuala Lumpur pada 27.10.2021 di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
9
DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN Mahkamah ini merujuk kepada kes PP V. WAN KHAIRIL WAN ISA [2007] 9 CLJ 557 yang menyenaraikan intipati kesalahan di bawah s. 41(1) APJ: “[5] The essential ingredients then of the offence created under s. 41(1) of the Act are:
a
a person who,
b
by driving a motor vehicle recklessly;
c
or by driving a motor vehicle at a speed; or
d
by driving a motor vehicle in a manner which, having regard to the circumstances (including the nature, condition and size of the road and the amount of traffic which is or might be expected to be on the road) is dangerous to the public;
e
causes the death of a person shall be guilty of an offence...”
10
Berdasarkan pertuduhan yang dikemukakan pihak pendakwaan, pertuduhan terhadap OKT adalah berdasarkan limb ketiga iaitu “by driving a motor vehicle in a manner which, having regard to the circumstances (including the nature, condition and size of the road and the amount of traffic which is or might be expected to be on the road) is dangerous to the public”.
11
Maka, elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini adalah seperti berikut: - a. Bahawa OKT adalah pemandu motokar no pendaftaran VX 3003 semasa kejadian; b. OKT memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya secara merbahaya tanpa mengendahkan suasana dalam keadaan (bentuk-bentuk, kegunaan jalan dan juga kesibukan di atas jalan raya yang boleh dijangkakan); dan c. Tindakan pemanduan OKT telah menyebabkan kematian mangsa.
12
Selain daripada itu, di akhir kes pendakwaan Timbalan Pendakwa Raya terpelajar telah menawarkan dua orang saksi kepada pihak pembelaan iaitu: i. Koperal Khairul anggota standby kemalangan; dan ii. Ahli kimia Mohamad Saat Sukami yang menyediakan laporan Kimia (ID19). Elemen 1: Bahawa OKT adalah pemandu motokar VX 3003 semasa kejadian;
13
OKT merupakan pemandu motokar VX 3003 pada tarikh dan waktu kejadian dan dibuktikan melalui keterangan siasatan pegawai penyiasat (SP7), laporan polis OKT sendiri iaitu eksibit P21 yang menyatakan OKT memandu motokar VX 3003 , gambar-gambar kemalangan seperti di eksibit P1(a) sehingga P1(h) dan keterangan saksi mata (SP4).
14
Rujuk keterangan SP4 ketika pemeriksaan utama seperti berikut: TPR : Ada nampak pemandu motokar? J: Ada TPR : Boleh camkan? Yang lelaki. J: Pohon rekodkan pengecaman saksi. TPR : Bagaimana camkan? J: Saya ambil gambar. Untuk pengesahan saya. TPR : Ada berbual? J: Saya minta payung dengan dia (OKT). Kemudian saya tutup arwah yang terbaring.
15
Justeru, elemen pertama ini telah dipernuhi. Elemen kedua: OKT memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya secara merbahaya tanpa mengendahkan suasana dalam keadaan (bentuk-bentuk, kegunaan jalan dan juga kesibukan di atas jalan raya yang boleh dijangkakan)
16
Dalam mempertimbangkan intipati ini, mahkamah merujuk kepada kes LIM CHIN POH V. PP [1969] SMCU 92; [1969] 1 LNS 92 di mana mahkamah memutuskan: “In my opinion the expression driving in a manner which is dangerous to the public indicates some dangerous act or manoeuvre on the part of the driver of a vehicle, eg, overtaking a vehicle on the wrong side of it, or overtaking in the face of oncoming traffic or overtaking when unable to see oncoming traffic, or crossing a junction against traffic light, and so on. There must be some positive act on the part of the driver which is dangerous having regard to all circumstances.”
17
Mahkamah mendapati keadaan jalan pada waktu kejadian adalah dalam keadaan kering dan cerah. Tempat kejadian merupakan susur simpang berbentuk Y dari jalan yang lurus yang mempunyai 5 lorong pada asalnya dan telah berpisah kepada 2 lorong di sebelah kiri menghala ke Jalan Kuchai Lama/Lebuhraya NPE dan 3 lorong di sebelah kanan menghala ke arah Pusat Bandar dari arah sungai besi.
18
Lorong tersebut dipisahkan dengan garisan putih putus-putus memanjang pembahagi Lorong serta terdapat garisan Chevron Diverging berbelang merah putih sebagai pembahagi simpang antara simpang ke sebelah kiri dan jalan terus.
19
Gambaran yang jelas dapat difahami menerusi rajah kasar tandaan eksibit P6 seperti berikut:
20
Rajah kasar memainkan peranan yang penting di dalam pembuktian pemanduan yang merbahaya oleh OKT. rujukan seperti berikut: a. Eksibit P16- Kekunci “G” sebagai kedudukan motosikal mangsa; b. Eksibit P16- Kekunci “M1” sebagai kedudukan mangsa; dan c. Eksibit P16- Kekunci “Chevron Diverging”.
21
Semasa waktu kejadian, jalan di lebuhraya Sungai Besi merupakan satu jalan raya yang sesak dengan aliran trafik yang tinggi. Keterangan disokong dengan rakaman CCTV eksibit P5.
22
Pada minit rakaman CCTV 12:35:52, kenderaan OKT berwarna merah (satu-satunya kenderaan merah di lorong kanan) berada di lorong paling kanan.
23
Pada minit rakaman CCTV 12:35:36, kelihatan kenderaan OKT dari lorong kanan telah menukar lorong kiri ke lorong tengah.
24
Pada minit rakaman CCTV 12:35:45, kelihatan kenderaan OKT telah menukar lorong dari lorong tengah ke lorong kiri manakala motosikal mangsa di atas garisan diverging chevron.
25
Pada minit rakaman CCTV 12:35:45, kelihatan kenderaan OKT menukar lorong dari lorong kiri masuk ke garisan chevron diverging manakala motosikal mangsa berada di sebelah kiri kenderaan OKT.
26
Pada minit rakaman CCTV 12:35:46, kenderaan OKT telah melanggar motosikal mangsa (telah jatuh) di kawasan garisan chevron diverging.
27
Berdasarkan rakaman CCTV ini, OKT telah mengambil tindakan untuk mengubah daripada lorong paling kanan ke lorong paling kiri untuk susur keluar di sebelah kiri (untuk melalui jalan alternatif).
28
Kegagalan OKT untuk memastikan persekitaran selamat sebelum meneruskan tindakan yang merbahaya itu telah mengakibatkan pelanggaran dengan mangsa di garisan Chevron Diverging.
29
Keterangan (Pegawai Penyiasat) SP7 menjelaskan keadaan merbahaya yang diwujudkan OKT sepertimana dalam pernyataan betulis SP7 eksibot P15 seperti berikut: i. OKT sebagai pemandu motokar VX 3003 telah melanggar mangsa sebagai penunggang motosikal MCH 992 pada 24.12.2019 jam lebih kurang 1234 hrs di lebuhraya Sungai Besi; ii. Perlanggaran tersebut disebabkan tindakan OKT yang telah menukarkan laluan dari kanan ke kiri dan telah memasuki garisan Chevron Diverging yang menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan motokar OKT; iii. Tindakan OKT dalam menukarkan laluan tanpa memastikan keadaan sekeliling adalah selamat untuk berbuat sedemikian adalah satu pemanduan yang merbahaya mengambil kira kesesakan lalu lintas; dan iv. Pemanduan mangsa adalah mengikut prosedur undang-undang sedia ada. Tidak ada elemen sumbang cuai bagi kes ini kerana kemalangan berpunca dari tindakan OKT yang mengubah haluan dari lorong paling kanan ke laluan sebelah kiri.
30
Oleh itu, elemen kedua ini adalah dipenuhi. Elemen 3: Tindakan pemanduan OKT telah menyebabkan kematian mangsa 31. Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.
32
Kematian disahkan oleh Pegawai Penyiasat (SP7) yang tiba di tempat kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di tepi kiri jalan berhampiran penghadang dengan motosikal milik mangsa no pendaftaran MCH 992.
33
Mangsa telah dicamkan oleh warisnya iaitu SP2 dan melalui repot yang dibuat SP2 iaitu eksibit P3.
34
Laporan bedah siasat eksibit P10 mengesahkan punca kematian sebagai “sustained head and chest injury” dan “sustained a pattern of injury consistent with that due to motor vehicle fatality”. Doktor Pakar Bedah (SP6) mengesahkan kematian mangsa disebabkan kecederaan yang dialami semasa kemalangan.
35
Oleh itu, elemen ketiga juga adalah dipenuhi. ISU BERBANGKIT Adakah motosikal mangsa tidak boleh menggunakan garisan Chevron Diverging?
36
Ketika pemeriksaan semula oleh pihak pendakwaan, Pegawai Penyiasat (SP7) telah menjawab persoalan ini. Rujukan dapat dibuat terhadap keterangan SP7 seperti berikut: Ada beberapa kali ditanya berkenaan pemanduan motokar OKT, penunggangan mangsa dari kiri ke kanan adakah tunggangan mangsa yang cuai? Tidak cuai, kerana tidak berlaku kemalangan. Penunggangan mangsa atas chevron boleh terangkan? Mangsa lalu kerana tiada laluan lain untuk lalu. Sebentar tadi, macam mana mereka perlu menunggang, ini jawapan tuan, patutnya berada di laluan kiri bukan kanan. Rujuk rajah kasar. Penukaran lane dalam kes ini bermaksud mangsa masih di laluan kiri? Ya masih di kiri. Kenapa tuan kata tiada kenderaan lain boleh melalui? kalau aliran trafik tidak sesak, tiada kenderaan boleh lalu di situ. Aliran trafik sesak atau tidak? Sesak. Motor boleh pakai laluan itu? Boleh, sebab dalam keadaan terpaksa.
14
Mahkamah merujuk kepada kes Public Prosecutor v Yee Kin Sum [2021 MLJU 899 , dapatan Majistret dalam kes tersebut menyatakan bahawa : “[16] Mr. Kitson Foong, learned counsel for the accused person raised the issue of contributory negligence on the part of the convoying cars as they (SP1, SP2, SP3 and SP7) were speeding on the highway, exceeding the maximum speed limit prescribed, 90km/h. They were said to be driving at the speed of 120km/h and to make the condition worse, the deceased at the rear seat was not wearing a safety seat-belt. These factors according to him had contributed and aggravated the situation further, rendering it to be unescapable. I must say that I disagree with the submission on the issue of contributory negligence in totality and such argument must be doomed to failure. Regarding contributory negligence, suffice for me to refer to the classic statement made by Lord Denning MR (as he then was) in the celebrated case of Froom v Butcher [1976] QB 286: Negligence depends on a breach of duty, whereas contributory negligence does not. Negligence is a man’s carelessness in breach of duty to others. Contributory negligence is a man’s carelessness in looking after his own safety. He is guilty of contributory negligence if he ought reasonably to have foreseen that, if he did not act as a reasonable prudent man, he might hurt himself.’ [17] To stretch the concept of contributory negligence to the present case would tantamount to a misapplication of the law. The situation at hand is that all the convoying cars were travelling in an orderly manner as per their right of way on the highway and it was the car of the accused person which came from the opposite. No reasonable driver would able to foresee nor have an intuition that a car will appear abruptly in the front of his right of way on the road. In such circumstances, collision is utterly unavoidable, more so on a fast moving highway road at night time. Hence, in my view the issue of contributory negligence does not rise at all and a non-starter to begin with”.
15
Mahkamah berpandangan tiada larangan untuk mangsa menggunakan garisan Chevron Diverging pada ketika itu termasuk OKT sendiri kerana laluan sesak. Namun, mahkamah berpendirian tindakan OKT yang secara tiba-tiba masuk ke garisan itu telah menjadi punca utama kemalangan.
15
DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN Setelah membuat pertimbangan maksima terhadap kesemua bukti-bukti dokumentari, keterangan saksi-saksi Pendakwaan serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT dan OKT telah diarah untuk membela diri. Semasa peringkat pembelaan, tiada saksi lain melainkan OKT (SD1) yang memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.
16
RINGKASAN FAKTA KES PEMBELAAN OKT telah mengangkat sumpah dan memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi.
17
Pada tarikh kejadian, OKT dari Bangi hendak pergi ke Petaling Jaya melalui Jalan Sungai Besi.
18
OKT menyatakan disebabkan pada ketka itu waktu makan tengah hari (lunch hour), trafik/lalu lintas adalah sesak dan kenderaan bergerak perlahan-lahan. OKT telah menaiki motokar no pendaftaran VX 3003 dengan kelajuan 10 sehingga 20 KM/Jam.
19
OKT menyatakan tempat kejadian mampunyai 3 lorong dan OKT sedang memandu di lorong paling kanan. Seterusnya, OKT telah membuka signal dari kanan ke kiri, masuk ke lorong tengah, kemudian masuk ke lorong paling kiri ketika signal masih menyala.
20
OKT menyatakan telah menggunakan jalan tersebut dengan kekerapan sebanyak 1 kali dalam 2 minggu atau 3 minggu bergantung di mana OKT perlu melakukan jualan.
21
OKT menyatakan semasa OKT menukar laluan dari lorong paling kanan ke lorong tengah adan kemudian ke lorong paling kiri, garisan di atas jalan adalah putus-putus.
22
OKT menyatakan kelajuan OKT semasa menukar laluan adalah 10- 20 KM/Jam tidak melebihi 20 KM/Jam.
23
OKT menyatakan selepas OKT signal kanan ke kiri,ingin melalui jalan alternative, OKT telah belok dalam keadaan perlahan dan tidak nampak motosikal mangsa. OKT menyatakan mangsa memotong dari arah kiri motokarnya dan telah berlaku pelanggaran.
24
OKT juga telah mengemukakan dashcam atau kamera papan pemuka kenderaanya dengan tandaan eksibit D23. OKT menyatakan bila melihat rakaman dashcam tersebut, OKT tidak nampak motosikal dari kiri dan secara tiba-tiba motosikal mangsa muncul dari kiri masuk ke kanan dalam petak merah.
25
OKT juga merujuk kepada gambar tempat kejadian eksibit P1(a) sehingga P1(n). OKT menyatakan gambar motosikal dalam gambar P1(h) dan P1(i) tidak sama kerana motosikal telah dialihkan dari keadaan sebenar semasa kejadian.
26
OKT juga merujuk kepada P1(k) dengan menyatakan bahawa topi keledar mangsa telah dialihkan dari keadaan asal.
27
OKt mengatakan selepas kemalangan, OKT telah menghubungi ambulans dan beredar dari mangsa bagi mengelakkan apa apa kontroversi.
28
Di dalam rakaman dashcam OKT, OKT sedang berbual dengan rakan sekerja dari China.
29
DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN Mahkamah merujuk kepada kes MAT V. PP [1963] MLJ 263. Di dalam kes ini Suffian J telah menggariskan beberapa panduan kepada Mahkamah dalam membuat keputusan iaitu: “If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it. The position may be conveniently stated as follows:
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt….. Convict.
b
If you accept explanation…… Acquit.
c
or believe the accused’s If you do not accept or believe the accused’s explanation, do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused’s explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt Convict
e
If you do not accept or believe the accused’s explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt…… Acquit”.
30
Mahkamah telah meneliti pembelaan secara terperinci dan mendapati pembelaan OKT yang pertama adalah motosikal mangsa jenis berkuasa tinggi dan telah ditunggang dengan laju ketika lalu lintas sesak. Pembelaan menyatakan mangsa dengan tiba-tiba memasuki larangan garisan chevron diverging dan menyebabkan pertembungan dengan kenderaan OKT. Mahkamah tidak bersetuju dengan pembelaan OKT ini kerana kemalangan berlaku disebabkan OKT telah menukar haluan dari lorong kanan ke lorong kini kerana ingin menggunakan jalan alternatif ke Petaling Jaya.
31
Penafian OKT bahawa kemalangan berlaku atas tindakan cuainya bagi memastikan persekitaran selamat sebelum meneruskan pemanduan merbahaya telah mengakibatkan perlanggaran dengan mangsa di garisan Chevron Diverging adalah satu penafian kosong semata-mata.
32
Jika dilihat CCTV eksibit P5, motosikal mangsa dipandu di sebelah kiri lorong kiri masuk ke garisan Chevron Diverging kerana keadaan lalu lintas yang sesak.
33
Kedua, pembelaan membangkitkan isu laporan kimia yang ditandakan sebagai ID19. Dalam ID19, laporan kimia menyatakan walaupun terdapat kesan kerosakan kedua-dua kenderaan, namun tiada penemuan perpindahan fizikal antara kedua-duanya. Kegagalan memanggil ahli kimia ini telah menyebabkan anggapan inferens yang menentang (adverse inference) di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan digunapakai. Mahkamah tidak bersetuju dengan pembelaan OKT ini kerana kegagalan memanggil ahli kimia yang menyediakan ID19 tidak mengganggu elemen-elemen pertuduhan.
34
Di dalam kes NAMASIYAM & ORS V PP [1987] 2 MLJ 336, telah diputuskan bahawa anggapan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 tidak digunakan atas kegagalan memanggil saksi jika keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan adalah kukuh. Tambahan itu juga, di dalam kes SAMSUDIN V PUBLIC PROSECUTOR [1962] 1 LNS 180, mahkamah menyatakan seperti yang berikut dalam memutuskan bahawa anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 tidak berbangkit terhadap pihak pendakwaan sekiranya saksi-saksi tersebut ditawarkan kepada pembelaan: “It was a somewhat unusual feature of this case that Letchimi and Kalanjiam, who on either version of the incident would appear to have been material witnesses, were not called by the prosecution. They were present and their presence was announced by the Deputy Public Prosecutor at the close of the prosecution so that the defence could have called them if they wished. The defence, of course, would have much preferred them to be offered for cross-examination but in our opinion the prosecution were under no duty to take this course and it was sufficient that they made known to the defence the availability of these witnesses if they required them. This seems to us to be well settled law. We do not think it necessary to resort to extensive quotation from the many authorities which were discussed by this Court in the case of Khoon Chye Hin v Public Prosecutor [1961] MLJ 105 CA at p 109. It is clear from these authorities that the prosecutor has a discretion and also that if he does not call material witnesses who are available he runs the risk of having the presumption in illustration (g) to section 114 of the Evidence Ordinance raised against him. In the present case there was no attempt at concealment, no suggestion, as was said by Lord Thankerton in the case of Adel Muhammed El Dabbah v Attorney-General for Palestine [1944] AC 156 168, "that the prosecutor has been influenced by some oblique motive". The witnesses were freely offered to the defence and in our opinion the presumption did not arise.”
35
Mahkamah berpandangan tanpa laporan kimia ID19, kes pendakwaan terhadap OKT adalah jelas dan tidak menjejaskan kes pendakwaan. Hal ini kerana rakaman CCTV P5 telah menunjukkan pertembungan kedua-dua kenderaan ini telah berlaku. Malah, pihak pendakwaan sendiri telah menawarkan ahli kimia yang menyediakan ID19 di akhir kes pendakwaan dan pembelaan gagal memanggil saksi yang ditawarkan bagi membangkitkan isu tersebut.
36
Ketiga, pembelaan membangkitkan isu bahawa kematian mangsa berpunca dari mangsa yang tidak memakai helmet dengan cara yang betul. Mahkamah tidak bersetuju dengan pembelaan ini kerana punca kemalangan adalah dari tindakan OKT yang telah masuk ke kawasan garisan Chevron Diverging bagi tujuan masuk ke jalan alternatif. Ini adalah pemanduan yang amat berbahaya kerana OKT sebenarnya telah hampir terlepas peluang masuk jalan alternatif tersebut. Oleh kerana hampir terlepas, maka OKT mengambil jalan mudah dengan masuk ke kawasan garisan Chevron Diverging yang sedang dilalui oleh mangsa.
37
Selain daripada pembelaan yang dikemukakan OKT, mahkamah juga mendapati OKT telah bersetuju dengan beberapa cadangan Pendakwaan. i. Pertama, OKT bersetuju dengan cadangan pendakwaan ketika pemeriksaan balas bahawa OKT telah menukar lorong dari lorong kanan ke lorong kiri untuk menggunakan jalan alternatif; ii. Kedua, OKT juga bersetuju dengan cadangan pendakwaan ketika pemeriksaan balas bahawa cara potong (tukar laluan) adalah apabila tiada kenderaan di laluan ingin masuk; iii. Ketiga, OKT telah bersetuju dengan cadangan pendakwaan ketika pemeriksaan balas bahawa cara OKT bawa kenderaan atau potong adalah berbahaya; dan iv. Keempat, OKT telah bersetuju dengan cadangan pendakwaan ketika pemeriksaan balas bahawa OKT telah masuk garisan shevron secara salah.
38
Mahkamah telah mempertimbangkan pembelaan OKT dan menilainya bersama-sama dengan kesemua keterangan pendakwaan atas prinsip “totality of evidence”.
39
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah berpuas hati bahawa OKT telah gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.
40
HUKUMAN Peguambela yang terpelajar dalam hujahan mitigasinya menyatakan kini OKT berusia 51 tahun dan sudah berkahwon. OKT menjaga ibunya yang sudah tua dan bapa mentua. Tahap kesihatan OKT tidak memuaskan kerana OKT mempunyai penyakit kencing manis dan kolesterol yang tinggi. OKT perlu hadir ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan ubat. OKT juga mengidap hidap penyakit hernia di bahagian testis dan perlu menjalankan pembedahan dengan kadar segera. Kes ini telah berlaku pada 2019 dan telah berlanjutan hampir 6 tahun. OKT mengalami trauma yang teruk sehingga menyebabkan kehilangan pekerjaan. OKT telah kehilangan pekerjaan selama 2 tahun dan ditanggung oleh isteri. Isteri OKT juga hadir di mahkamah bagi memberi sokongan moral kepada OKT. Pihak pembelaan berhadap agar Mahkamah dapat menggantikan hukuman penjara kepada hukuman alternatif di bawah seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah atau perintah khidmat masyarakat.
41
TPR terpelajar pula dalam hujahan pemberatan telah berhujah seperti berikut: i. Pihak pendakwaan mohon OKT dikenakan penjara dan denda setimpal kerana mangsa telah meninggal dunia hingga memberi kesan kepada keluarga, trauma dan emosi semua pihak; ii. OKT telah cuai dan bahaya dalam kes ini menukar haluan dari lorong paling kanan ke lorong paling kiri di saat akhir; iii. Kematian mangsa dalam kes ini boleh dielakkan jika OKT mematuhi undang-undang jalan raya; iv. Hukuman serius di bawah seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 digubal bagi melindungi nyawa dan tidak boleh dipandang ringan; v. Mahkamah harus memberi hukuman berbentuk pengajaran; dan vi. Hukuman yang dapat memberikan keadilan kepada si mati dan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
42
KESIMPULAN Mahkamah telah mengambil kira trend bagi kesalahan ini bagi suatu perbicaraan penuh: PP lwn. Darvin Raj [2024] 1 SMC 133; [2023] MLJU 2449 Penjara 3 tahun dan denda RM8,000 terhadap OKT. PP lwn. Rahimi bin Abu Samad [2023] SMCU 69; [2023] MLJU 634 Penjara 3 tahun bermula dari tarikh sabitan dan denda RM6,000 jika gagal bayar penjara 6 bulan dan lesen OKT dibatalkan bagi tempoh 3 tahun dari tarikh sabitan.
3
PP lwn. Zamzury Anuar bin Zakaria [2024] SMCU 64; [2024] MLJU 447 Penjara 36 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM7,000 gagal bayar 7 bulan penjara PP lwn. Ku Kheng Choong [2024] MLJU 2832 Penjara 3 tahun dari tarikh sabitan dan denda RM6000 jika gagal bayar 12 bulan penjara. Tertuduh hilang kelayakan untuk memandu selama 3 tahun bermula daripada tarikh jatuh hukum. PP lwn. Muhammad Nasri bin Ahmed Jalaludeen [2025] MLJU 32 Penjara 3 tahun dari tarikh sabitan, dan denda RM7000 gagal bayar 6 bulan penjara, dan lesen digantung selama 3 tahun dari tarikh
43
Kes ini telah berlaku pada 24.12.2019. OKT bernasib baik kerana hukuman pindaan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan hanya berkuatkuasa pada 23.10.2020. Justeru, trend di atas telah memberikan panduan kepada Mahkamah ini sebelum menjatuhkan hukuman.
44
Setelah Mahkamah ini mendengar dan meneliti semua keterangan, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap OKT penjara 4 tahun dari tarikh sabitan 30.9.2025 dan denda RM6,000 jika gagal bayar 12 bulan penjara. Selaras peruntukkan seksyen 41(2) APJ, mahkamah memerintahkan catitan sabitan seksyen 41 APJ direkodkan pada lesen memandu OKT (jika ada). Selaras peruntukkan seksyen 41(3) APJ, mahkamah juga memerintahkan OKT hilang kelayakan daripada mendapatkan lesen memandu selama 5 tahun dari tarikh sabitan 30.9.2025.
45
Setelah Mahkamah ini membacakan keputusan, pihak pembelaan telah memohon hukuman penjara OKT digantung di bawah seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah. Hal ini kerana OKT perlu mendapatkan rawatan bagi penyakit hernia yang dialami OKT.
46
Pihak pendakwaan telah membuat bantahan permohonan tersebut atas alasan sabitan telah dibuat setelah bicara penuh. Tiada isu undang-undang luar biasa di dalam kes ini. Pendakwaan menegaskan penggantungan hanya dibenarkan sekiranya ada keadaan luar biasa seperti prosedur cacat dan pembelaan yang tdak selamat.
47
Setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara dengan wang jaminan dikekalkan sebanyak RM6,000.00. Selain itu, notis rayuan untuk difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh sabitan.
48
Walaubagaimanapun, saya dengan rendah diri memohon pertimbangan Mahkamah Tinggi Yang Mulia terhadap keputusan ini. (KHAIRUNNISAK BINTI HASSNI) Majistret Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Bertarikh: 27.12.2025 Timbalan Pendakwa Raya: Pendakwa Raya, Kamar Peguam Negara, Unit Pendakwaan Wilayah Persekutuan, Tingkat 7, Sayap Kanan, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan Damansara Height, 50512 Kuala Lumpur Peguambela: Tetuan Kesh, Dave & Partners, Peguambela & Peguamcara, No. 41, Tingkat 1, Jalan Idris 31900 Kampar, Perak.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.