3.6 Setelah Plaintif mengetahui bahawa Defendan Pertama telah dikeluarkan dengan Geran Probet, Plaintif dan anak-anak Plaintif (benefisiari lain) telah mengarahkan peguam mereka untuk menulis surat-surat bertarikh 24.12.2014 dan 09.01.2015 kepada Defendan Pertama dan meminta Defendan Pertama memohon kebenaran Mahkamah untuk memindahmilik hartanah-hartanah Si Mati kepada Plaintif dan benefisiari lain tanpa menunggu Tan Soon Seng mencapai umur 25. Di dalam surat-surat tersebut, Plaintif telah memaklumkan kepada Defendan Pertama alasan-alasan kenapa Plaintif dan benefisiari lain ingin berbuat demikian. Namun demikian, permintaan Plaintif dan benefisiari lain tidak mendapat respons dari Defendan Pertama. Atas keengganan Defendan Pertama berbuat apa yang diminta oleh Plaintif dan benefisiari lain, Plaintif telah memfailkan Saman Pemula ini bagi mendapatkan perintah-perintah Mahkamah seperti berikut: i. Bahawa Plaintif, TAN CHAI HUAT, salah seorang benefisiari harta pusaka TAN THEY (Si Mati) (No. K/P: 310119-71-5243), dibenarkan membuat permohonan ini; 12 ii. Bahawa Defendan, TAN CHUN HUI (550121-10-5746/4784222), selaku Pentadbir harta pusaka TAN THEY (Si Mati) (No. K/P: 310119-71- 5243), diperintahkan untuk melaksanakan dokumen-dokumen pindakmilik dan/atau penyerahhak hartanah-hartanah yang dimiliki oleh TAN THEY (Si Mati) (No. K/P: 310119-71-5243) selaras dengan Geran Suratkuasa Mentadbir 04.08.2014 dan wasiat TAN THEY (Si Mati) (No. K/P: 310119-71-5243) kepada benefisiari-benefisiari yang dinamakan di bawah ini tanpa menunggu TAN SOON SENG mencapai umur 25 tahun:- a) TAN CHAI HUAT (No. K/P: 550121-10-5711) b) TAN SOON HING (No. K/P: 840816-14-6259) c) TAN SOON LEE (No. K/P: 871010-56-5309) d) TAN SOON LOONG (No. K/P: 860727-56-6081) e) TAN SOON SENG (No K/P: 951208-14-6847) iii. Bahawa Defendan, TAN CHUN HUI (550121-10-5746/4784222), diperintahkan untuk melaksanakan dokumen-dokumen pindahmilik dan/atau penyerahhak Hartanah-hartanah di bawah ini berdasarkan wasiat TAN THEY (Si Mati) (No. K/P: 310119-71-5243) bagi tujuan memindahmilik dan/atau menyerahkan Hartanah Pertama tersebut, Hartanah Kedua tersebut, Hartanah Ketiga tersebut, Hartanah Keempat tersebut, Hartanah Kelima tersebut, Hartanah Keenam 13 tersebut dan Hartanah Ketujuh tersebut kepada benefisiari-benefisiari masing-masing dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh perintah ini tanpa menunggu TAN SOON SENG mencapai umur 25 tahun. iv. Bahawa Defendan, TAN CHUN HUI (550121-10-5746/4784222), diperintahkan untuk melaksanakan dokumen-dokumen pindahmilik dan/atau penyerahhak selaku pentadbir harta pusaka Si Mati Hartanah yang dipegang di bawah Hakmilik HS(D) 22935, PT 342, Tempat Kg Baru Ijok, Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor, Negeri Selangor (“Hartanah Kelapan tersebut”) bagi tujuan memindahmilik dan/atau menyerahkan bahagian-bahagian yang tidak dipecahkan dalam Hartanah kepada benefisiari-benefisiari masing-masing dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh perintah ini. v. Secara alternatif, sekiranya Defendan enggan dan/atau gagal mematuhi perenggan-perenggan di atas dalam masa yang ditetapkan, bahawa Plaintif dibenarkan dan diberikuasa untuk melaksanakan dokumen-dokumen berkenaan bagi pihak Defendan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perlaksanaan borang pindahmilik, menyerahhak, dan lain-lain dokumen bagi tujuan pindahmilik Hartanah-Hartanah yang disebut diatas kepada TAN CHAI HUAT, TAN SOON HING, TAN SOON LEE, TAN SOON LOONG 14 & TAN SOON SENG berdasarkan bahagian yang disebutkan di dalam wasiat tersebut. [4] Perlu dinyatakan di sini bahawa pada masa pemfailan Kandungan 1, Plaintif telah hanya membawa tindakan terhadap Defendan Pertama sahaja. Plaintif telah diberi kebenaran untuk meminda Kandungan 1 bagi membawa tindakan terhadap Tan Kui sebagai Defendan Kedua. Kemudian daripada itu, Saman Pemula Terpinda (Kandungan 19) telah difailkan oleh Plaintif pada 15.9.2015. [5] Selepas daripada ini kedua-dua Tan Chun Hui dan Tan Kui akan dirujuk sebagai Defendan, namun ada kalanya mereka akan dirujuk mengikut susunan nama mereka dalam Kandungan 19. [6] Di dalam Kandungan 19 ini, Plaintif telah memohon suatu relif menurut seksyen 59(1) Akta PA yang pada dasarnya memohon kepada Mahkamah ini untuk menggunakan kuasa yang ada padanya untuk memberikan perintah untuk membenarkan supaya pengamanahan yang diamanahkan kepada Defendan Kedua ditamatkan atau diakhiri (end the trust) dan juga Mahkamah mengeluarkan perintah mengarahkan Defendan Pertama supaya 15 mengagihkan dan memindahmilik hartanah-hartanah tersebut terus kepada benefisiari-benefisiari tanpa perlu menunggu Tan Soon Seng mencapai umur 25 tahun. [7] Mahkamah ini juga mengambil maklum bahawa benefisiari lain iaitu Tan Soon Loong, Tan Soon Lee, Tan Soon Hing dan Tan Soon Seng telah memfailkan Afidavit Tiada Bantahan yang mereka tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan bapa mereka. Afidavit-Afidavit Tiada Bantahan mereka, masing-masing di dalam Kandungan 3, Kandungan 4, Kandungan 5 dan Kandungan 6. [8] Daripada afidavit-afidavit yang difailkan oleh Defendan Pertama, Defendan telah menentang keras permohonan Plaintif atas alasan-alasan berikut: i. Plaintif telah silap dari segi undang-undang kerana telah memfaikan permohonan ini terhadap Defendan Pertama yang hanya merupakan pentadbir wasiat/ pesaka si mati dan bukanlah pemegang amanah sepertimana yang dinyatakan di dalam wasiat tersebut. 16 ii. Defendan mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk melaksanakan niat dan hasrat Si Mati bahawa hartanah-hartanah tersebut diletakkan atas amanah ke atas Defendan dan hanya boleh dipindahmilik apabila benefisiari termuda, Tan Soon Seng telah mencapai umur 25 tahun. iii. Alasan-alasan yang ditimbulkan oleh Paintif dan benefisiari lain untuk pemindahmilikan hartanah-hartanah tersebut kepada mereka tanpa menunggu Tan Soon Seng telah mencapai umur 25 tahun adalah tidak munasabah. [9] Plaintif di dalam usahanya untuk menyakinkan Mahkamah ini untuk menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 59(1) Akta PA dengan memberikan perintah-perintah yang dipohonnya telah menghujahkan bahawa pengamanahan yang diletakkan ke atas Defendan Kedua bagi hartanah-hartanah tersebut hendaklah ditamatkan oleh Mahkamah tanpa keperluan menunggu Tan Soon Seng berumur 25 tahun kerana semua benefisiari di bawah wasiat tersebut telahpun cukup umur (di mana Tan Soon Seng telahpun 17 mencapai umur dewasa menurut seksyen 2 Akta Umur Dewasa 1971) dan benefisiari lain juga telah memberi persetujuan mereka supaya hartanah-hartanah tersebut dipindahmilik serta-merta atau secepat mungkin. Menurut Plaintif lagi di dalam Kandungan 3, 4, 5 dan 6, benefisiari lain telah memberikan alasan-alasan mereka menyokong dan tidak mempunyai bantahan atas permohonan. Bagi menyokong permohonannya, Plaintif dan benefisiari lain telah mendeposkan di dalam afidavit-afidavit mereka bahawa mereka di dalam kesempitan wang bagi meneruskan kehidupan dan amat memerlukan sumber kewangan samada untuk perbelanjaan hidup, perniagaan dan pembelian hartanah. [10] Adalah dihujahkan bagi pihak Plaintif bahawa dengan kesemua benefisiari yang telah mencapai umur dewasa (cukup umur) dan dengan alasan-alasan yang dikemukakan bahawa Plaintif dan benefisiari lain adalah di dalam keadaan yang terdesak memerlukan sumber kewangan bagi perbelanjaan hidup, perniagaan dan pembelian hartanah. Maka hartanah-hartanah tersebut yang telah diwasiatkan untuk mereka adalah merupakan hadiah Si Mati untuk dimanfaat oleh Plaintif dan benefisiari lain dengan secepat mungkin 18 atau serta-merta. Justeru, Plaintif dan benefisiari lain yang mempunyai kepentingan mutlak yang tidak boleh disangkal ke atas hartanah-hartanah tersebut tidak boleh dinafikan manfaat ke atas hartanah-hartanah tersebut. Oleh itu, pengagihan dan pemindahmilikan hartanah-hartanah tersebut kepada Plaintif dan benefisiari lain bagi mendapat manfaat daripadanya tidak perlu ditangguhkan sehingga Tan Soon Seng mencapai usia 25 tahun. [11] Bagi menyokong hujahannya, peguam Plaintif telah bergantung kuat kepada apa yang telah diputuskan di dalam kes SAUNDERS v VAUTIER (1841) 41 ER 482. Adalah dihujahkan juga oleh peguam Plaintif bahawa fakta di dalam kes di hadapan Mahkamah ini adalah lebih kurang sama dengan fakta kes di dalam SAUNDERS. [12] Fakta di dalam kes SAUNDERS secara ringkas adalah seperti berikut: Richard Wright (Si Mati RW) telah meninggalkan kesemua saham kepunyaannya di dalam syarikat East India (saham tersebut) kepada wasi dan pemegang amanah untuk dipegang sebagai amanah sehingga waris Si Mati RW bernama Daniel Wright Vautier (Daniel) mencapai umur 25 tahun. Apabila Daniel telah mencapai 19 umur 21 tahun dan mahu berkahwin serta ingin memulakan perniagaannya sendiri, Daniel telah memfailkan satu petisyen kepada Mahkamah untuk memohon perintah supaya wasi dan pemegang amanah memindahmilik saham tersebut kepadanya. Di dalam kes ini, Mahkamah telah membenarkan permohonan Daniel dan memberikan perintah yang dipohon. Lord Langdale MR memutuskan antara lain: “ I think the principle has been repeatedly acted upon ; and where a legacy is directed to accumulate for a certain period, or where the payment is postponed, the legatee, if he has an absolute indefeasible interest in the legacy, is not bound to wait until the expiration of that period, but may require payment the moment he is competent to give a valid discharge” [13] Peguam Plaintif telah juga membawa perhatian Mahkamah ini kepada beberapa kes lain yang telah menggunapakai keputusan kes Saunders yakni: i. Re GOSSLING. GOSSLING v. ELCOCK [1903] 1Ch. 20 ii. MARY DUNCAN WHARTON AND ELIZABETH WARWICK APPELLANTS v EDWARD MASTERMAN AND OTHERS RESPONDENTS [1895] A.C. 186. Keputusan House of Lords (Lord Herschell L.C.) di mukasurat 192 sehingga 193 telah menyatakan seperti berikut: “The testator, however, undoubtedly intended to postpone the enjoyment of his bounty by these beneficiaries until the death of the last annuitant. The Courts below have, notwithstanding this, determined that the beneficiaries are entitled to the immediate enjoyment of all that is not made by the will subject to the payment of the annuities. This is, to my mind, the only point of any difficulty. The Courts proceeded on the doctrine acted upon in Saunders v. Vautier 4 Beav. 115; Cr. & P. which has been since often recognised. Wood V.C., in Gosling v. Gosling Joh. at p. 272., expounded the doctrine thus: "The principle of this Court has always been to recognise the right of all persons who attain the age of twenty-one to enter upon the absolute use and enjoyment of the property given to them by a will, notwithstanding any directions by the testator to the effect that they are not to enjoy it until a later age:- unless during the interval the property is given for the benefit of another. If the property is once theirs, it is useless 21 for the testator to attempt to impose any fetter upon their enjoyment of it in full so soon as they attain twenty-one. And upon that principle, unless there is in the will, or in some codicil to it, a clear indication of an intention on the part of the testator not only that his devisees are not to have the enjoyment of the property he has devised to them until they attain twenty-five, but that some other person is to have that enjoyment - or unless the property is so clearly taken away from the devised up to the time of their attaining twenty-five as to sees induce the Court to hold that as to the previous rents and profits there has been an intestacy - the Court does not hesitate to strike out of the will any direction that the devised shall not enjoy it in full until they attain the age of twenty-five years." The point seems, in the first instance, to have been rather assumed than decided. It was apparently regarded as a necessary consequence of the conclusion that a gift had vested, that the enjoyment of it must be immediate on the beneficiary becoming sui juris, and could not be postponed until a later date unless the testator had made some other destination of the income during the intervening period. It is needless to inquire whether the Courts might have given effect to the intention of the testator in such cases to postpone the enjoyment of his bounty to a time fixed by himself subsequent to the attainment by the objects of his bounty of their majority. The doctrine has been so long 22 settled and so often recognised that it would not be proper now to question it.” Lord Davey pula telah menyatakan dalam mukasurat 192 to 193 “…but according to the directions of the will, their enjoyment is postponed to the death of the survivor of the annuitants, and an accumulation is directed in the meantime. This being so, the principle of Saunders v. Vautier 4 Beav. 115; Cr. & P. 240 would at once be applicable if this were the case of a gift to an individual. That principle is this: that where there is an absolute vested gift made payable at a future event, [...] the Court holds that a legatee may put an end to an accumulation which is exclusively for his benefit. The principle is stated, as well as elsewhere, by Lord Hatherley in the passage from his judgment in Gosling v. Gosling Joh. at p. 272 which was read by Lindley L.J. in the Court of Appeal. There is no condition precedent to happen or to be performed in order to perfect the title of the legatees, and there is no other person who has any interest in the execution of the trust for accumulation, or who can complain of its non-execution. The reason for the rule has been variously stated. It may be observed, however, that the Court of Chancery always leant against the postponement of vesting or possession, or the imposition of restrictions on the enjoyment of an absolute vested interest. 23 [14] Peguam Plaintif juga telah menghujahkan bahawa prinsip yang diputuskan di dalam kes SAUNDERS v VAUTIER telah diterimapakai oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. Kes-kes yang dirujuk oleh peguam Plaintif adalah kes-kes berikut: i. IN RE ALSHAIKH ABDULLAH BIN ALI BIN AHMAD BIN ALSHAIKH ALI HARHARAH (DECEASED); SHAIKH SALIM BIN ABDULLAH BIN ALI BIN AHMAD BIN SHAIK ALI HARHARAH v SHAIKAH HOWDASH BINTE SALIM NASER LAHMADI [1950] 1 MLJ 221. ii. YEOH TIONG LAY & SONS HOLDINGS SDN. BHD. v. ANNAVI MOOKAN & ANOR. AND DEKOR PANEL EMAS SDN. BHD. (INTERVENER) [1994] 3 CLJ 265. iii. LIONG SEOW KENG & ORS v. HO SOON CHENG [2015] 3 CLJ 808. iv. PANCHANATH A/L RATNAVALE (SUING AS THE BENEFICIARY TO THE ESTATE OF RATNAVALE S/O MAHALINGAM @ MAHALINGAM RATNAVALE, DECEASED, UNDER WILL DATED 10 FEBRUARY 1971) v SANDRA SEGARA MAHALINGAM (SUED AS THE EXECUTOR AND TRUSTEE OF THE LAST WILL OF RATNAVALE S/O 24 MAHALINGAM @ MAHALINGAM RATNAVALE, DECEASED, UNDER WILL DATED 10 FEBRUARY 1971) & ORS [2012] MLJU 224 [15] Peguam Defendan pula telah merujuk Mahkamah ini kepada keputusan di dalam kes *Mohd Azli Abd Aziz v Datuk Ainon Marziah Wahi dan lain-lain yang telah membincangkan berkenaan penggunaan kuasa Mahkamah di bawah seksyen 59(1) Akta PA. Di dalam kes Mohd Azli ini, Mahkamah telah merujuk kepada kes Re New [1901] 2 Ch 534 yang telah memperkatakan istilah on an emergency. Romer L.J. telah menyatakan di muka surat 543 dan 545: "The principle seems to be this - that the Court may, on an emergency, do something not authorized by the trust. It has no general power to interfere with or disregard the trust; but there are cases where the Court has gone beyond the express provisions of the trust instrument - cases of emergency (emphasis added), cases not foreseen or provided by the author of the trust, where the circumstances require something should be done." *Penghakiman YA Lee Swee Seng, Pesuruhjaya Kehakiman (pada ketika itu) bertarikh 1.7.2010 di dalam Saman Pemula S 24-2352-2009 25 [16] Peguam Defendan juga telah merujuk kepada satu kes Mahkamah Tinggi Singapura iaitu kes British & Malayan Trustees Ltd v Abdul Jalil Bin Ahmad 7 Ors [1990] 1 LNS 158. Di dalam kes British & Malayan Trustees Ltd ini, Hakim Thean telah menyentuh tentang peruntukan seksyen 59 Akta Pemegang Amanah (Trustees Act Chap 337,1985 Ed) yang terpakai di Singapura dan berkata berikut: "However, the exercise by the court of this power (under section 59 of the Trustees Act) is limited by s 2(2) of the Act which provides: "The powers conferred by this Act on trustees are in addition to the powers conferred by the instrument, if any, creating the trust, but those powers, unless otherwise stated apply if and so far only as a contrary intention is not expressed in the instrument (emphasis added)... On the true constructionos cl 16, there is a contrary intention expressed in the instrument against a sale of the settled property, and the power in s 59 of the Trustees Act is therefore not available" [17] Kedua-dua peguam Plaintif telahpun mengemukakan hujahan-hujahan mereka dan telah mengemukakan kes-kes otoriti bagi 26 menyokong kes mereka. Namun di dalam hal ini, samada Mahkamah ini patut menerima pakai prinsip yang diputuskan di dalam kes Saunders ataupun prinsip yang diutarakan di dalam kes-kes yang dirujuk oeh peguam Defendan, Mahkamah ini terlebih dahulu meneliti apakah yang sebenarnya diperuntukkan oleh seksyen 59(1) Akta PA kerana Plaintif di dalam kes ini telah memohon relif bersandarkan kepada seksyen 59(1) PA iaitu sebagai orang yang mempunyai kepentingan di bawah suatu amanah sepertimana yang termaktub di bawah seksyen 59 (4) Akta PA. Seksyen 59(4) Akta PA ini berbunyi: “(4) Sesuatu permohonan kepada Mahkamah di bawah seksyen ini boleh dibuat oleh pemegang-pemegang amanah, atau oleh salah seorang daripada mereka, atau oleh mana-mana orang yang ada kepentingan benefisial di bawah amanah itu.” [18] Justeru, Plaintif telah bersandarkan permohonannya kepada kuasa budi bicara yang diperuntukkan kepada Mahkamah ini di dalam perkara-perkara pengurusan dan pentadbiran amanah oleh pemegang amanah bagi membuat perintah lain di bawah seksyen 59(1) Akta PA. 27 [19] Seksyen 59(1) Akta PA Akta, teks Bahasa Inggeris telah memperuntukkan berikut: Jurisdiction to make other Order Power of Court to authorize dealings with trust property