Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SELAYANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BD-B52NCC-18-08/2024 ANTARA TAN CHEE LEONG (NO. K/P: 620628-10-5543) …PLAINTIF
BD-B52NCC-18-08/2024
Sessions Court of Malaysia11 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“e a regular judgment in default of appearance, the burden is on defendant to show a defence on the merits: Kwong Yik Bank Bhd v Sa'adiah Bte Mastan [1994] 3 CLJ 781; [1994] 2 MLJ 830; Evans v Bartlam [1937] AC 473. It is therefore incumbent on the defendant to show in his affidavit that he has a defence on the merits..”
“, Defendan-Defendan memohon kebenaran atau lanjutan masa terlebih dahulu dan memohon maaf kerana kelewatan ini, jika tidak disengajakan sekalipun. Dalam kes Sea Keng Hock v. APT Aspects Sdn Bhd & Ors [2002] CLJU 303, Mahkamah Tinggi mengatakan hal itu- “At the very least the Applicant should tender its sincere apologie”
“g terperinci dan jelas dalam affidavit sokongannya dan ini menyebabkan pembelaan itu gagal dipertahankan. Dalam kes Wong Cheng Yong t/a Chengy Enterprise & Anor v Confast Hardware & Fasteners Sdn Bhd [2018] MLJU 1230, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa tidak cukup untuk pembelaan meletakkan Plaintif untuk membukti”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SELAYANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BD-B52NCC-18-08/2024 ANTARA TAN CHEE LEONG (NO. K/P: 620628-10-5543) …PLAINTIF
1
TAN CHOON BEE
2
LIM AH CHUAN
3
TAN AIK HUAT
4
TAN YIEN CHING (NO. K/P: 760619-14-5652) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lamp. 23) PENDAHULUAN [1] Lamp. 23 adalah permohonan Defendan-Defendan di bawah A.13 K.8, A.42 K.13 dan/atau A.92 K.4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) untuk perintah, antara lainnya, mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran (JID) terhadap Defendan Pertama (D1) bertarikh 21.11.2024 (Lamp.15) dan JID terhadap Defendan Kedua (D2), Defendan Ketiga (D3) dan Defendan Keempat (D4) bertarikh 13.12.2024 (Lamp. 21) dan kos. LATAR BELAKANG [2] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah bagi pembayaran pinjaman wang yang diberikan atas dasar persahabatan antara Plaintif dengan D1. Hubungan pihak-pihak [3] D2 adalah isteri kepada D1. Manakala D3 dan D4 adalah anak-anak kepada D1 dan D2. Plaintif dan D1 telah bersahabat sejak sekian lama. Oleh itu, pada Mei 2022 dan Mac 2024 apabila D1 memaklumkan masalah kewangan yang dihadapi oleh D1 dan syarikatnya Reliable Move Logistic Sdn Bhd, Plaintif telah meminjamkan wang kepada D1 melalui 2 surat pinjaman pada 3/5/2022 dan 18/3/2024 di mana D1 telah menyerahkan dokumen hartanahnya kepada Plaintif sebagai jaminan. [4] Plaintif telah meminjamkan D1 sejumlah RM980,000.00 secara tunai dan D1 telah membuat bayaran semula secara berperingkat dan meninggalkan bakinya sebanyak RM528,000.00. [5] Bagi membayar baki pinjaman sejumlah RM528,000.00 ini, D1 telah mengeluarkan 7 keping cek kepada Plaintif, sebagaimana dalam perenggan 14 Penyata Tuntutan. Pada 29/4/2024 semasa mahu menunaikan cek-cek ini, Plaintif dimaklumkan cek-cek tersebut adalah cek tendang dan dikembalikan kepada pembawanya. [6] Selanjutnya, Plaintif mendapatkan penjelasan D1 dan dimaklumkan oleh D2, D3 dan D4 bahawa mereka akan menjelaskan hutang tertunggak D1 ini dalam masa 3 bulan dengan bayaran RM150,000.00 sebulan yang akan bermula pada Mei 2024. Oleh itu Plaintif memberikan lanjutan masa kepada Defendan-Defendan. [7] Walau bagaimanapun, tiada bayaran yang dibuat oleh Defendan-Defendan sehinggalah tindakan ini dimulakan oleh Plaintif melalui pemfailan writ saman dan penyata tuntutan bertarikh 24/8/2024 di mana Plaintif menuntut daripada kesemua Defendan untuk membayar sejumlah RM528,000.00 kepada Plaintif dalam masa 7 hari daripada tarikh penghakiman; faedah ke atas jumlah ini pada kadar 5% setahun daripada 29/4/2024 (apabila cek-cek ditendang) sehingga tarikh tindakan difailkan; faedah 5% setahun daripada tarikh pemfailan tindakan sehingga penyelesaian penuh; dan kos. [8] Pada 21/11/2024 JID direkodkan terhadap D1 (Perintah dalam Lamp. 15) dan pada 13/12/2024 JID direkodkan terhadap D2, D3 dan D4 (Perintah dalam Lamp. 21). Lamp. 15 dan Lamp. 21 selepas ini akan dirujuk sebagai JID-JID dalam kes ini. Permohonan Lamp. [9] Pada 22/8/2025 Defendan-Defendan memfailkan Lamp. 23 untuk mengenepikan JID-JID tersebut atas alasan tidak menerima serahan JID-JID tersebut dan Defendan-Defendan mempunyai pembelaan bermerit dan mempertikaikan tuntutan hutang tersebut. Defendan-Defendan hanya mengetahui bahawa JID-JID telah direkodkan terhadap mereka apabila dimaklumkan oleh peguamcara yang mengendalikan transaksi jual beli bagi satu hartanah milik D1 dan D2 di mana terdapat satu perintah larangan telah diperolehi oleh Plaintif terhadap D1 dan D2 berkenaan dengan hartanah tersebut. Kertas kausa Lamp. [10] Mahkamah telah membaca dan meneliti kertas kausa di sini, iaitu Writ Saman dan Penyata Tuntutan dalam Lamp. 1 dan Lamp. 2 diikuti dengan Lamp. 23 dan semua afidavit yang telah difailkan iaitu Afidavit Sokongan (Lamp. 24), Afidavit balasan Plaintif (Lamp. 25) dan Afidavit jawapan Defendan-Defendan (Lamp. 26), beserta hujahan-hujahan dalam Lamp. 27, 28, 30, 31, 34, 35, 36 dan 37. ISU-ISU [11] Dalam permohonan ini Mahkamah akan menentukan sama ada JID-JID telah dimasukkan secara teratur atau tidak. Jika tidak teratur maka, JID-JID boleh diketepikan. Namun, jika JID-JID telah dimasukkan secara teratur, maka Mahkamah akan lihat sama ada Defendan-Defendan mempunyai pembelaan bermerit atau tidak. Jika ya, JID-JID akan diketepikan dan arahan Pengurusan Kes akan diberikan supaya perbicaraan penuh dapat ditetapkan. Jika tidak, permohonan ini akan ditolak dan JID-JID akan kekal. PRINSIP UNDANG-UNDANG TERPAKAI [12] Mahkamah mempunyai kuasa di bawah A.13 k. 8 KKM 2012 untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran-
8
Setting aside judgment (O. 13, r. 8) The Court may, on such terms as it thinks just, set aside or vary any judgment entered in pursuance of this Order [13] Permohonan tersebut hendaklah dibuat dalam masa 30 hari daripada tarikh perintah atau sewajarnya, sepertimana yang dinyatakan oleh A.42 k.13-
13
Setting aside or varying judgment and orders (O. 42, r. 13) Save as otherwise provided in these Rules, where provisions are made in these Rules for the setting aside or varying of any order or judgment, a party intending to set aside or to vary such order or judgment shall make an application to the Court and serve it on the party who has obtained the order or judgment within thirty days after the receipt of the order or judgment by him. [14] Terdapat banyak kes-kes terdahulu yang mengulang semula prinsip tentang pertimbangan yang sepatutnya diambil dalam permohonan mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran (JID), di mana Mahkamah akan menentukan sama ada JID telah dimasukkan secara teratur atau tidak, selanjutnya, jika teratur, sama ada Defendan mempunyai merit dalam pembelaannya. [15] Dalam kes Lai Yoke Ngan & Anor. v. Chin Teck Kwee & Anor [1997] 3 CLJ 305 at 313 to 314 tentang prinsip tersebut, dinyatakan oleh Mahkamah, bahawa- “The principle of setting aside a default judgment under O. 13 r. has been well established and needs no detailed repetition. What is important to observe is that a default judgment is not a judgment on the merits. Accordingly, when such judgment is obtained irregularly, such irregularity would be a sufficient ground by itself for setting it aside. But where the default judgment has been obtained regularly, in order to succeed the defendant must file an affidavit of merits, i.e. the defendant must disclose by affidavit evidence that prima facie he has a defence on the merits. Put in another way, the affidavit must disclose that he has an arguable or triable issue on the merits….” [16] Manakala dalam kes Yap Ke Huat & Ors v Pembangunan Warisan Murni Sejahtera Sdn Bhd & Anor (2008) 4 CLJ 175, Mahkamah menyatakan- “[15] It is trite that when considering an application to set aside a judgment in default, the first task is to ascertain whether it is a regular or irregular judgment. If it is an irregular judgment, then the default judgment ought to be set aside ex debitio justitae. If it is regularly obtained, then the principle expounded in Evans v. Bartlam [1937] AC 473 applies – see the judgment of the Federal Court in Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & 5 Ors v. United Malayan Banking Berhad [1994] 1 CLJ 329. This requires the defendant to show that he has a defence on merits...”. [17] Juga dalam kes Pathmanathan Subramaniam v Pacific & Orient Insurabce Co. Bhd (2023) MLJU 2539, Mahkamah telah memutuskan bahawa apabila Penghakiman Ingkar telah diperoleh secara teratur, ianya tidak boleh diketepikan secara automatik, melainkan Defendan dapat menunjukkan alasan yang kukuh serta pembelaan yang bermerit- “[28] Order 12 Rule 4 of the ROC requires that the Defendant entered an appearance within 14 days after the service of the writ and statement of claim. If Defendant does not enter an appearance within the 14 days, Plaintiff can apply to enter a JID against Defendant. [31] I find that the JID was regularly obtained. And as the JID was regularly obtained, it should not be set aside as of right.” DAPATAN MAHKAMAH Sama ada permohonan ini dibuat dalam masa yang diperuntukkan undang-undang [18] Lamp. 23 tidak mengandungi prayers kebenaran atau lanjutan masa untuk permohonan mengenepikan penghakiman ingkar dalam kes ini kerana Defendan-Defendan berpendapat Lamp. 23 telah difailkan dalam masa yang wajar. Ini kerana Defendan-Defendan dengan tegasnya mengatakan tidak menerima serahan kertas kausa mahupun JID-JID yang diserahkan ke alamat premis mereka dan hanya mengetahui mengenai JID-JID tersebut sekitar Ogos 2025 apabila dimaklumkan oleh Tetuan Aqielah Baskaran & Co. peguamcara yang mengendalikan transaksi jual beli hartanah milik D1 dan D2 yang dikenali sebagai HS(D) 38822 PT 10719 Bandar Serendah Daerah Ulu Selangor dalam Negeri Selangor, di mana terdapat satu perintah larangan diperolehi Plaintif terhadap D1 dan D2 berkenaan apa-apa transaksi untuk memindahmilik/ menggadai/ memajak hartanah ini kerana D1 dan D2 adalah penghutang penghakiman terhadap Plaintif. [19] Pada pendapat Mahkamah, isu ini berkait rapat dengan isu seterusnya iaitu sama ada penyampaian kertas kausa adalah teratur dan sama ada JID-JID direkodkan secara teratur di bawah undang-undang. JID-JID telah direkodkan pada 21/11/2024 dan 13/12/2024 manakala Lamp. 23 difailkan pada 22/8/2025 iaitu kira-kira 9 bulan selepas itu. Mahkamah akan mengambil kira isu ini di bawah nanti. Sama ada JID-JID telah dimasukkan secara teratur [20] Mahkamah telah melihat bahawa Penyampaian JID telah dibuat dengan sempurna pada 29/11/2024 ke alamat D1 dan pada 8/1/2025 kepada D2 hingga D4 di alamat premis yang sama dengan D1 iaitu di No. 100 Jalan Bidara 317, Taman Bidara, Selayang, Bt Caves, 68100 Selangor. Sebelum itu, writ saman dan penyata tuntutan yang difailkan pada 24/8/2024 terhadap Defendan-Defendan (dan yang terpinda bertarikh 2/9/2024) telah cuba disampaikan kepada D1 hingga D4 pada mulanya dengan serahan kediri menurut A.10 k.1 KKM 2012 yang menyatakan- “Subject to the provisions of any written law and these Rules, a writ shall be served personally on each defendant or sent to each defendant by prepaid A.R. registered post addressed to his last known address and in so far as is practicable, the first attempt at service must be made not later than one month from the date of issue of the writ.” [21] Afidavit tanpa serahan (Lamp. 8) menyatakan, penyampaian kediri telah dicuba kali pertama pada 5/9/2024 tetapi tidak berjaya kerana pintu premis berkunci dan tiada orang yang membuka pintu walaupun loceng dibunyikan. Ini diikuti dengan penyampaian kali kedua secara kediri pada 11/9/2024 tetapi masih tidak berjaya. Penyampaian kediri kali ketiga dibuat pada 17/9/2024 diikuti dengan surat temujanji yang dimasukkan ke dalam peti surat premis untuk temujanji pada 30/9/2024 jam 1.55petang, tetapi masih gagal disempurnakan kerana tiada orang yang datang ke temujanji tersebut. Oleh yang demikian Plaintif memohon dalam Lamp. 6 untuk suatu printah penyampaian ganti di bawah A.62 k.5 KKM 2012- “5. (1) If, in the case of any document which in accordance with these Rules is required to be served personally on any person, it appears to the Court that it is impracticable for any reason to serve that document personally on that person, the Court may make an order in Form 133 for substituted service of that document. (2) An application for an order for substituted service shall be made by notice of application supported by an affidavit in Form 134 stating the facts on which the application is founded. (3) A substituted service of a document, in relation to which an order is made under this rule, is effected by taking such steps as the Court may direct to bring the document to the notice of the person to be served.” [22] Perintah penyampaian ganti dibenarkan pada 11/10/2024 (Lamp. 10) rujukan silang Lamp. 25 eksibit Tan-D). Penyampaian ganti telah dibuat melalui 3 cara iaitu dengan pengiklanan dalam akhbar The Star bertarikh 28/10/2024; dengan penampalan kertas kausa di papan notis mahkamah di Mahkamah Selayang pada 22/10/2024; dan dengan penampalan kertas kausa di alamat premis Defendan-Defendan yang terakhir diketahui pada 22/10/2024. Mahkamah juga telah membuat semakan silang Lamp. 25 dengan Afidavit Penyampaian dalam Lamp. dan 12 dengan Lamp. 26 eksibit Tan-C. D1 sepatutnya memasukkan kehadirannya pada/sebelum 19/11/2024, di mana kegagalan berbuat demikian telah menyebabkan Perakuan Ketakhadiran 20/11/2024 (Lamp. 13) difailkan dan JID direkodkan pada 21/11/2024. Manakala D2 hingga D4 sepatutnya memasukkan kehadiran mereka pada/sebelum 6/12/2024, di mana kegagalan mereka menyebabkan Perakuan Ketakhadiran 21/11/2024 difailkan (Lamp. 15) dan JID direkodkan pada 13/12/2024. [23] Selanjutnya, penyampaian JID-JID telah dibuat ke alamat premis yang sama di mana penyampaian ganti diperintahkan. Defendan-Defendan tidak membuat penukaran alamat atau memaklumkan tentang penukaran alamat. Mahkamah dapati, Plaintif telah membuat penyampaian yang teratur, lengkap dan sah di sisi undang-undang. Oleh itu Mahkamah berpendapat JID-JID yang direkodkan adalah teratur dan tidak wajar diketepikan. Mahkamah juga dapati, penafian bahawa Defendan-Defendan tidak menerima serahan kertas kausa termasuk JID-JID adalah penafian kosong yang tidak disokong apa-apa keterangan sedangkan Plaintif telah membuktikan usaha yang dilakukannya dan penyampaian kertas kausa dan penghakiman ingkar adalah teratur. [24] Kembali kepada isu sama ada terdapat kelewatan Defendan-Defendan memfailkan Lamp. 23, Mahkamah berpendapat, oleh kerana tiada keterangan yang menunjukkan terdapat pertukaran alamat premis Defendan-Defendan dan Plaintif telah melakukan usaha yang wajar dalam menyampaikan kertas kausa kepada Plaintif beserta bukti-bukti yang dikemukakan, maka sememangnya Lamp. 23 telah difailkan jauh di luar masa dan Defendan-Defendan gagal untuk memohon lanjutan masa atau kebenaran terlebih dahulu. JID-JID direkodkan pada 21/11/2024 dan 13/12/2024 tetapi Lamp.23 hanya difailkan pada 22/8/2025. Sekurang-kurangnya, Defendan-Defendan memohon kebenaran atau lanjutan masa terlebih dahulu dan memohon maaf kerana kelewatan ini, jika tidak disengajakan sekalipun. Dalam kes Sea Keng Hock v. APT Aspects Sdn Bhd & Ors [2002] CLJU 303, Mahkamah Tinggi mengatakan hal itu- “At the very least the Applicant should tender its sincere apologies for failure to enter appearance due to an inadvertent over sight or some other legitimate reasons. In other words, the Applicant must explain the reason for failing to enter an appearance. If the Defendant could not find a legitimate reason it must at least tender a sincere apology to the Court and states that it has no intention whatsoever to be disrespectful to the Court. Without giving such explaination it would be very difficult to seek the Court's indulgence to exercise his discretion. In this case, after having scrutinized the supporting affidavit of the Applicant/Defendant I was unable to find any statement giving anexplaination for the Defendant's failure to enter appearance. In this case the Defendant acted as if it had not at all committed any irregularity or inconformity with the procedural Rules. The Defendant straight away went on to state that it had a strong Defence and as such the default judgement should be set aside. In my view, the act of the Defendant in completely ignoring to give an explaination as to its failure to enter an appearance was a blatant disregard of a well-established procedure as contained in the Rules of the High Court 1980. I am of the strong view that any person who completely disregards and disrespects the Rules of the High Court, 1980 deserves no favourable discretion from the Court. For such blatant disregard of the Rules of the High Court 1980 and complete disrespect of the Court I arrived at the conclusion that the Applicant Defendant did not deserve any favourable discretion in its application. I therefore dismissed the Defendant's appeal with costs.” [25] Dalam kes ini, Defendan-Defendan tidak ada memohon maaf kepada Mahkamah dan semua pihak, sebaliknya hanya mengatakan tidak menerima serahan JID-JID walaupun dibuat ke alamat yang sama dan tiada pertukaran alamat dibuat. Sepatutnya, Mahkamah boleh saja menolak Lamp. 23 atas satu isu ini saja, tetapi untuk melengkapkan dapatan kepada kesemua isu yang dikemukakan, maka isu ini tidak menjadi satu-satunya isu yang memutuskan Lamp. 23, tetapi menjadi salah satu alasan yang dipertimbangkan. Sama ada Defendan-Defendan mempunyai pembelaan bermerit yang mewajarkan JID-JID diketepikan dan kes diteruskan dalam perbicaraan penuh. [26] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah berdasarkan 2 Surat Pinjaman bertarikh 3/5/2022 dan 18/3/2024 (selepas ini dirujuk sebagai Surat Perjanjian Pinjaman Wang) yang dibuktikan dalam Lamp. 25 eksibit Tan-A iaitu –
1
Perjanjian bertarikh 3/5/2022 antara Tan Chee Leong (Pemberi Pinjam) dengan Tan Choon Bee & Lim Ah Chuan (Peminjam) untuk pinjaman wang berjumlah RM532,000.00 dengan syarat bayaran penuh hendaklah diselesaikan pada 3/5/2023 dengan 0% kadar faedah; dan
2
Perjanjian bertarikh 18/3/2024 antara Tan Chee Leong (Pemberi Pinjam) dengan Tan Choon Bee (Peminjam) untuk pinjaman wang sejumlah RM448,000.00 untuk dibayar semula sepenuhnya pada 18/6/2024 dan dengan 0% kadar faedah. [27] Jumlah kesemua pinjaman adalah RM980,000.00, di mana sebahagiannya telah dibayar, namun baki tertunggak yang belum dibayar adalah RM528,000.00. Plaintif memplidkan bahawa Defendan-Defendan ada membuat percubaan untuk membayar baki tertunggak ini dengan mengemukakan cek-cek tetapi malangnya cek-cek tersebut adalah cek-cek tendang yang dilampirkan dalam eksibit Tan-B Lamp. 25 iaitu sebanyak 7 keping cek bertarikh 29/4/2024. (Selepas ini cek-cek ini dirujuk sebagai cek tendang). 7 cek tendang ini dikeluarkan atas nama Tan Choon Bee (D1) sebagai pembayar kepada Tan Chee Leong (Plaintif) sebagai penerima atau pembawa cek. Cek tendang ini kesemuanya berjumlah RM528,000.00, jumlahnya sama dengan jumlah baki hutang yang belum dibayar oleh D1. [28] Plaintif telah memplidkan, oleh kerana Defendan-Defendan tidak menepati janji untuk melunaskan bayaran sebagaimana yang dipersetujui iaitu ansuran RM150,000.00 dalam masa 3 bulan bermula Mei 2024, maka Plaintif memulakan tuntutan di sini pada 24/8/2024 untuk pembayaran baki terhutang iaitu RM528,000.00 berserta faedah pada kadar 5% setahun daripada tarikh insiden cek tendang 29/4/2024 sehingga tarikh pemfailan writ saman 24/8/2024; faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh pemfailan writ saman 24/8/2024 hingga penyelesaian penuh; dan kos tindakan. [29] Defendan-Defendan mengemukakan fakta pembelaan yang berikut-
1
Perjanjian 3/5/2022 dan 18/3/2024 tidak wujud dan tidak pernah ditandatangani;
2
7 cek tendang bertarikh 29/4/2024 tidak wujud dan adalah diragukan; dan
3
Sebenarnya terdapat perjanjian lain yang dimasuki secara lisan oleh Plaintif dan D1 pada 15/3/2016 bagi jumlah pinjaman RM85,000.00 dan tuntutan di sini adalah berlebihan dan tertakluk kepada Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. DAPATAN MAHKAMAH [30] Undang-Undang mapan yang telah disebut dalam kes-kes terdahulu memperuntukkan bahawa pembelaan yang dikemukakan Defendan dalam mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran hendaklah dibuktikan secara prima facie dan bukan sekadar penyataan sahaja. Defendan perlu memberi perincian kepada pembelaannya. Penyataan yang tidak disertakan dengan bukti adalah penafian kosong dan tidak memberi nilai kepada pembelaan itu. Mahkamah merujuk kes Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Berhad [1994] 1 CLJ 328, di mana Mahkamah telah menyatakan antara lainnya, memandangkan Penghakiman Ingkar Kehadiran adalah teratur, maka Defendan-Defendan haruslah menunjukkan pembelaannya mengikut beban pembuktian prima facie dan bukan setakat “Sham Defence”- “In our view, in order to succeed in his application under these Orders the applicant must show that he has a defence which have some merits and which the Court should try. To use common and plain language, the applicant must show that his defence is not a sham defence but one that is prima facie, raising serious issues as bona fide reasonable defence that ought to be tried because obviously if the defence is a sham defence, there is no defence and the application must fail.” [31] Juga dalam kes Public Finance Berhad v Zainal bin Osman T/A Putera Foto Studio [2001] 1 LNS 331, Mahkamah memutuskan beban pembuktian adalah pada Defendan untuk menunjukkan terdapat merit dalam pembelaannya yang perlu dikemukakan dalam affidavit sokongannya- “In an application to set aside a regular judgment in default of appearance, the burden is on defendant to show a defence on the merits: Kwong Yik Bank Bhd v Sa'adiah Bte Mastan [1994] 3 CLJ 781; [1994] 2 MLJ 830; Evans v Bartlam [1937] AC 473. It is therefore incumbent on the defendant to show in his affidavit that he has a defence on the merits... Therefore, where, as in this case, the defendant's affidavit discloses no defence on the merits or for that matter no triable or arguable issue, the application to set aside a judgment in default should be dismissed: Government of Malaysia v Sim Soe Hoe [1990] 2 CLJ 72 (Rep); [1990] 1 MLJ 379.” [32] Dalam hal ini mahkamah dapati, dalam affidavit sokongannya, Defendan-Defendan menafikan wujudnya perjanjian 3/5/2022 dan 18/3/2024 tetapi tidak menjelaskan bagaimana wujudnya butir-butir nama, no kad pengenalan, tandatangan dan cop jari D1 pada dokumen-dokumen tersebut. Jika dokumen-dokumen ini adalah dipalsukan atau bukan dokumen tulen, mengapakah tiada apa-apa laporan polis yang dikemukakan atau mengapakah tiada apa-apa tindakan saman sivil terhadap Plaintif untuk kes memfitnah Defendan-Defendan. Jika bukan tandatangan D1 di atas dokumen-dokumen yang dirujuk Plaintif, mengapa tiada apa-apa keterangan pakar yang mengesahkannya. Afidavit sokongan Defendan-Defendan hanya membuat penafian itu dan ini, tetapi tidak melampirkan bukti sokongan. [33] Sama halnya dengan 7 cek tendang tersebut yang dikatakan tidak wujud dan diragui, tetapi tiada penjelasan tentang bagaimana 7 cek tendang tersebut boleh dilampirkan oleh Plaintif dengan nama dan butir-butir D1 sebagai pembuat cek dan nama Plaintif sebagai penerima cek. Mengapa jumlah keseluruhan dalam 7 cek tendang ini adalah sama sepertimana yang diplidkan oleh Plaintif sebagai baki pinjaman yang masih terhutang oleh D1 kepada Plaintif iaitu RM528,000.00. Jika 7 cek tendang ini telah dipalsukan, mengapa tiada laporan polis untuk menyokong fakta itu dan mengapa tidak ada apa-apa tindakan diambil oleh Defendan-Defendan terhadap Plaintif untuk membuktikan bahawa cek-cek itu bukan daripada D1. Penafian kosong semata-mata tidak mungkin akan menjadi merit dalam pembelaan, rujukan dibuat kepada kes Lau Pick Huong v Soh Huang Siah [2014] 8 CLJ 488, di mana Mahkamah Tinggi memutuskan sedangkan pembelaan prima facie saja tidak mencukupi, Defendan perlu membuktikan prospek pembelaan itu akan berjaya- “[14] I am reminded that in the exercise of my discretion to set aside the JID I am entitled to look at all circumstances including the circumstances under which the JID was allowed to be entered as well as the explanation for the delay in making the application and whether the defendant has defence on the merits as shown in the affidavit in support: Bank Bumiputra Malaysia Bhd v. Majlis Amanah Ra'ayat [1978] 1 LNS 15; [1979] 1 MLJ 23. I am also reminded that a defence on the merits means a defence which discloses an arguable and triable issue: PL Construction Sdn Bhd v. Abdullah Said [1988] 2 CLJ 808; [1988] 2 CLJ (Rep) 91. However, it is not sufficient for the defendant to show a prima facie or an arguable defence; the defence must have a real prospect of success: Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Bhd [1994] 1 CLJ 328; [1994] 1 MLJ 312 SC.” [34] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah dapati Pembelaan yang dikemukakan Defendan-Defendan tidak memberikan butir-butir yang terperinci dan jelas dalam affidavit sokongannya dan ini menyebabkan pembelaan itu gagal dipertahankan. Dalam kes Wong Cheng Yong t/a Chengy Enterprise & Anor v Confast Hardware & Fasteners Sdn Bhd [2018] MLJU 1230, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa tidak cukup untuk pembelaan meletakkan Plaintif untuk membuktikan tuntutan tanpa memberi butir-butir kepada pembelaannya. Pembelaan berbentuk penafian adalah buruk di sisi undang-undang- “[34] I also observed that the Appellants did not particularize these allegations in their statement of defence on the alleged insufficiency of the key documents but merely put the Respondent to strict proof. In Chong Chow Fong v Ban Tuck (M) Sdn Bhd [1983] CLJ Rep 508, Edgar Joseph Jr J (later FCJ) held as follows: “The record provided shows that the defence filed merely denied that the sum claimed or any part thereof was owing by the appellant to the respondent who was put to strict proof. Such a defence is bad in law because in an action for goods sold and delivered the defendant must not merely plead a denial of the debt but must plead any facts which negative its existence or show that the action is unsustainable on other grounds, for example, the order or contract, the delivery of the amount claimed. Indeed, if a defendant by his Statement of Defence simply “puts the plaintiff to proof of the several allegations in their statement of claim” the defendant will be taken as admitting the claims alleged in the Statement of Claim and the plaintiff would be entitled to judgment without adducing any evidence in support of his case: [See Harris v. Gamble [1878] VII Ch D 877]”. [35] Selanjutnya, perjanjian lain yang dikatakan oleh Defedan-Defendan sebagai suatu perjanjian lisan bertarikh 18/3/2016 bagi jumlah RM85,000.00 telah tidak disokong langsung dengan keterangan apa-apa dokumen. Oleh itu, ia tidak dibuktikan. Namun, jika ada sekalipun, fakta itu adalah tidak relevan dalam kes ini kerana tuntutan Plaintif adalah bagi perjanjian pinjaman wang bertarikh 3/5/2022 dan 18/3/2024. Pada akhirnya Mahkamah dapati pembelaan yang dikemukakan oleh Defendan-Defendan ini tidak disokong oleh bukti-bukti, tidak dibutirkan dengan jelas, oleh itu hanyalah pembelaan yang tidak wujud (sham defence). Oleh kerana Defendan-Defendan tiada pembelaan bermerit maka JID-JID yang teratur di atas, tidak boleh diketepikan kerana tiada isu untuk dibicarakan. Bantahan awal Plaintif [36] Mengenai bantahan awal Plaintif terhadap Lamp. 23 atas dasar Lamp. 23 telah disokong oleh afidavit sokongan yang tidak diikrarkan sendiri oleh D1, Mahkamah berpendapat seperti berikut. Walaupun perjanjian dimasuki oleh D1 dengan Plaintif, namun D3 sebagai anak kepada D1 dan D2, yang mengikrarkan afidavit sokongan bagi Lamp. 23, mempunyai pengetahuan langsung dan pengetahuan peribadi terhadap fakta-fakta material dalam kes ini, selari dengan fakta yang diplidkan oleh Plaintif bahawa D3 telah berjanji bersama-sama D2 dan D4 untuk membuat bayaran kepada Plaintif bagi baki yang tertunggak. Ini menunjukkan D3 mengetahui semua fakta dalam kes ini yang melibatkan transaksi oleh bapanya. Oleh itu kandungan afidavit oleh D3 ini diterima sebagai keterangan pihak Defendan-Defendan dalam permohonan Lamp. 23 ini. KESIMPULAN [37] Mahkamah mengulang semula dapatan bagi Lamp. 23 sepertimana berikut-
i
JID-JID telah direkodkan dengan teratur;
II
(ii) Lamp. 23 difailkan 9 bulan selepas JID-JID direkodkan dan Defendan-Defendan tidak memohon lanjutan masa/kebenaran untuk mengenepikan JID-JID ini; dan
III
(iii) Defendan-Defendan gagal menunjukkan dalam afidavit sokongannya bahawa terdapat pembelaan bermerit kerana apa yang dikemukakan hanyalah penafian dan pemikiran semula yang mana kedua-duanya tidak menjadikan pembelaan bermerit tetapi hanyalah pembelaan yang tidak wujud atau sham defence. Oleh itu Lamp. 23 ditolak dengan kos RM5000 kepada Plaintif. Selanjutnya, JID-JID dikekalkan. Norazlin binti Othman Hakim Mahkamah Sesyen 2 Selayang Disediakan pada 24/11/2025 Peguam Plaintif : Tetuan Law Chambers of Lee J. X. No.15-1 Jalan PJS 8/11 Dataran Mentari 46150 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 011 6282 1882 Ruj: LIT/T&T/W.240750 Peguam Defendan : Tetuan YH Teh & Quek No. 360. Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03 2698 8181 Ruj: A/TCB/TCL/49/25
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.