Pendakwaan terhadap perayu bermula di Mahkamah Tinggi Johor Bahru di atas lima (5) pertuduhan seperti yang berikut: No. Kes J-05(SH)-507-11/2024 Bahawa kamu pada 03/01/2020, lebih kurang jam 1000 hrs, bertempat di alamat B-01-17B, Residensi Masai, Jalan Masai 2, Plentong di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah mengedar dadah berbahaya jenis 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat bersih 545.35gram, dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. No. Kes J-05(SH)-509-11/2024 Pertuduhan Pertama Bahawa kamu pada 03/01/2020, lebih kurang jam 1000 hrs, bertempat di alamat B-01-17B, Residensi Masai, Jalan Masai 2, Plentong di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah didapati memiliki dadah berbahaya dengan berat bersih 1033.06gram Ketamine, oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada 03/01/2020, lebih kurang jam 1000 hrs, bertempat di alamat B-01-17B, Residensi Masai, Jalan Masai 2, Plentong di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah didapati memiliki bahan dengan berat bersih 276.41gram yang mengandungi Kesan 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan Ketamine, oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. Pertuduhan Ketiga Bahawa kamu pada 03/01/2020, lebih kurang jam 1000 hrs, bertempat di alamat B-01-17B, Residensi Masai, Jalan Masai 2, Plentong di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah didapati memiliki racun berjadual dengan berat bersih 535.18gram Caffeine, iaitu satu kesalahan di bawah seksyen 9(1) Akta Racun 1952 (disemak pada 1989) yang boleh dihukum di bawah seksyen 32(3) Akta yang sama. No. Kes J-05(SH)-511-11/2024 Bahawa kamu pada 03/01/2020, lebih kurang jam 1000 hrs, bertempat di alamat B-01-17B, Residensi Masai, Jalan Masai 2, Plentong di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah didapati memiliki berat bersih 122.71gram Etizolam dimana Etizolam disenaraikan dalam Jadual Ketiga (bahan psikotropik) Akta Racun 1952 suatu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta yang sama Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 32(5) Akta yang sama.