Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA NO. GUAMAN: WA-A53-1-01/2024 ANTARA TAN CHONG YEN ….PLAINTIF (No. K/P: 850925-04-5165)
WA-A53-1-01/2024
Sessions Court of Malaysia30 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“istrate, a fine of fifty ringgit or imprisonment for one week, to such extent and in such manner as may be prescribed by rules of court. If the contempt of court is punishable as an offence under the Penal Code, the court may, in lieu of taking cognizance thereof, authorize a prosecution. KETIDAKPATUHAN KEPADA TERMA PE”
“AH SATU PENGHINAAN [14] Di dalam kes TEOH SEOW CHIEW (MENYAMAN ATAS KAPASITINYA SEBAGAI PEMEGANG JAWATAN DI PERSATUAN KEDIAMAN COUNTRY HEIGHTS DAMANSARA KUALA LUMPUR) & ORS v MEGA PALM SDN BHD & ANOR [2021] MLJU 2683 [TAB 5], Mahkamah Tinggi telah menyatakan bahawa ketidakpatuhan kepada terma dalam penghakiman persetuj”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA NO. GUAMAN: WA-A53-1-01/2024 ANTARA TAN CHONG YEN ….PLAINTIF (No. K/P: 850925-04-5165)
1
NA WEE JERN …DEFENDAN PERTAMA (No. K/P: 870628-01-5013)
2
TETUAN WEE JERN & PARTNERS …DEFENDAN KEDUA ALASAN PENGHAKIMAN MEMBENARKAN PERINTAH KOMITAL PENGENALAN [1] Pada 30.05.2024, suatu Penghakiman Persetujuan telah pun direkodkan di antara pihak plaintif dan pihak defendan , yang diperturunkan seperti di bawah ini, seperti berikut: PERINTAH PERSETUJUAN DI HADAPAN HAKIM IDAH BINTI ISMAIL PADA 30 MEI 2024 DALAM KAMAR MELALUI PLATFORM SECARA e-REVIEW PENGHAKIMAN TINDAKAN INI setelah dipanggil untuk pengurusan kes di bawah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur No. Guaman WA-252NCVC-1082-12/2023 DAN SETELAH MENDENGAR Teoh Bi Shan, Peguam cara Plaintif dan Na Wee Jern, Defendan Pertama yang bertindak bagi Defendan-Defendan.
1
PERSETUJUAN DAN TANPA PENGAKUAN LIABILITI bahawa:- Defendan-Defendan bersetuju secara bersesamaan dan/atau berasingan (jointly and/or severally) untuk membayar Plaintif wang berjumlah RM376,250.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Tujuh Puluh Enam Ribu dan Dua Ratus Lima Puluh Sahaja) (selepas ini dirujuk sebagai “Jumlah Penyelesaian”) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad tindakan ini dan tindakan di bawah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur No. Guaman WA-252NCVC-1082-12/2023 dengan terma-terma bayaran seperti di bawah ini;
2
Seterusnya, pihak-pihak bersetuju bahawa bagi bayaran pertama Jumlah Penyelesaian oleh Defendan-Defendan adalah pada atau sebelum 29.8.2024 dengan jumlah sebanyak RM150,000.00 (dengan kelonggaran bayaran RM120,000.00 sebagai bayaran minimum). Sekiranya, Defendan-Defendan hanya bayar jumlah minimum bagi bayaran pertama kepada Plaintif, baki bagi bayaran pertama hendaklah dibayar pada bulan kedua secara penuh pada atau sebelum 29.9.2024;
3
Selanjutnya, untuk baki Jumlah Penyelesaian iaitu berjumlah RM226,250.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Dua Puluh Enam Ribu dan Dua Ratus Lima Puluh Sahaja), Defendan-Defendan hendaklah membayar Plaintif secara ansuran pada atau sebelum 29hb setiap bulan bermula dari bulan September 2024 selama tempoh 15 bulan iaitu berakhir pada bulan November 2025 dengan bayaran minimum RM10,000.00 setiap bulan;
4
Jika Defendan-Defendan secara bersesamaan dan/atau berasingan (jointly and/or severally) gagal membayar mana-mana ansuran seperti yang dipersetujui, maka baki yang belum dibayar haruslah dijadikan perlu dibayar oleh Defendan-Defendan secara serta-merta dan tindakan pelaksanaan akan diambil terhadap Defendan-Defendan secara bersesamaan dan/atau berasingan (jointly and/or severally) tanpa notis;
5
Jika Defendan-Defendan gagal dan/atau abai mematuhi penghakiman ini mengikut masa yang dihadkan dalamnya itu, tertakluk kepada kebenaran Mahkamah, suatu prosiding komital boleh dikenakan atas Defendan-Defendan;
6
Plaintif bersandarkan persetujuan penyelesaian oleh Defendan-Defendan sebagai penyelesaian penuh dan muktamad kepada tindakan ini dan bersama tindakan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur No. Guaman WA-252NCVC-1082- 12/2023, Plaintif akan menarik tindakan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur No. Guaman WA-252NCVC- 1082-12/2023 tanpa kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula; dan
7
Plaintif dan Defendan-Defendan menanggung kos masing-masing. Bertarikh pada 30 haribulan Mei, 2024 [2] Bersandarkan kepada Penghakiman Persetujuan tersebut, Plaintif melalui peguam cara Plaintif telah mengeluarkan satu surat bertarikh 04.06.2024 (‘Peringatan Pertama’) kepada Defendan-Defendan yang mana disampaikan kepada Defendan Pertama melalui kad pos berdaftar dan kepada Defendan Kedua melalui e-mel bagi melaksanakan perintah-perintah yang dibenarkan tersebut. [3] Selanjutnya, pada 26.08.2024 telah melakukan satu serahan e-mel bertarikh 26.08.2024 (‘Peringatan Kedua’) kepada Defendan-Defendan bagi melaksanakan perintah-perintah yang dibenarkan tersebut. [4] Setelah Peringatan Pertama dan Peringatan Kedua di bawa ke perhatian Defendan-Defendan, Defendan Kedua telah mengeluarkan surat bertarikh 04.09.2024 kepada peguam cara Plaintif yang melampirkan satu cek bank bertarikh hadapan (‘post dated cheque’) RHB Bank Berhad No. 18-14446 bertarikh 30.09.2024 (‘Cek Bank tersebut’) berjumlah RM150,000.00 untuk dibayar kepada Plaintif. [5] Pada 30.09.2024, Plaintif telah mendepositkan Cek Bank tersebut di Maybank cawangan One City USJ (‘Maybank’). Namun pada 01.10.2024, pihak Maybank telah memaklumkan kepada Plaintif melalui Return Cheque Advice bahawa Cek Bank tersebut tidak dapat diproseskan kerana akaun Cek Bank tersebut telah dibekukan. [6] Berdasarkan kepada perkara di atas, adalah satu penghinaan terhadap Penghakiman yang direkodkan. [7]
Preamble
Mengikut terma penghakiman persetujuan defendan-defendan bersetuju secara bersesamaan dan/atau berasingan (jointly and/or severally) untuk membayar Plaintif wang berjumlah RM376,250.00 sebagai penyelesaian penuh dan muktamad tindakan ini dan tindakan di bawah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur No. Guaman WA-252NCVC-1082-12/2023. [8] Bayaran pertama Jumlah Penyelesaian oleh Defendan-Defendan adalah pada atau sebelum 29.8.2024 dengan jumlah sebanyak RM150,000.00 (dengan kelonggaran bayaran RM120,000.00 sebagai bayaran minimum). Sekiranya, Defendan-Defendan hanya bayar jumlah minimum bagi bayaran pertama kepada Plaintif, baki bagi bayaran pertama hendaklah dibayar pada bulan kedua secara penuh pada atau sebelum 29.9.2024. Defendan gagal membuat bayaran pertama ini sebanyak RM150,000.00 dan dengan itu telah melanggar terma Penghakiman Persetujuan tersebut [9] Bertolak dari kegagalan defendan mematuhi terma penghakiman mengikut masa yang ditetapkan, plaintif memulakan prosiding komital dan memperolehi kebenaran secara ex parte daripada Mahkamah untuk memohon satu Perintah Pengkomitan terhadap Defendan-Defendan pada 07.11.2024. [10] Permohonan suatu perintah pengkomitan di bawah Aturan 52 Kaedah 2 dan 4, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 difailkan pada 14.11.2024 dan telah diserahkan kepada pihak defendan. Setelah selesai pemfailan afidavit oleh kedua pihak, kedua-dua pihak memfailkan hujahan masing-masing. ANALISA DAN DAPATAN BIDANGKUASA MENDENGAR DAN MENJATUHKAN HUKUMAN PROSIDING MENGHINA MAHKAMAH [11] Aturan 45 Kaedah 5 membenarkan prosiding komital diambil terhadap pihak yang enggan atau abai untuk melakukan perkara yang dipersetujui di dalam masa yang ditetapkan di dalam penghakiman persetujuan. Diperturunkan di bawah ini A.45 K.5 seperti di bawah:
5
Enforcement of judgment to do or abstain from doing an act (O. 45 r. 5)
1
Where-
a
a person required by a judgment or order to do an act within a time specified in the judgment or order refuses or neglects to do it within that time or, as the case may be, within that time as extended or abridged under Order 3, rule 5; or
b
a person disobeys a judgment or order requiring him to abstain from doing an act, then, subject to these Rules, the judgment or order may be enforced by one or more of the following means:
a
(A) with the leave of the Court, an order of committal; [12] Aturan 52 Kaedah 2 memberi kuasa kepada Mahkamah untuk membuat satu perintah komital seperti diperturunkan di bawah ini:
2
Committal for contempt of Court (O. 52 r. 2) The Court may, on the application of any party to any cause or matter or on its own motion, make an order of committal in Form 107. [13]
Schedule
Jadual Ketiga Akta Mahkamah-Mahkamah Rendah memberikan kuasa kepada Mahkamah Rendah untuk menjatuhkan hukuman atas kesalahan menghina mahkamah, seperti berikut: 26. Contempt of court Power to take cognizance of any contempt of court and to award punishment for the same, not exceeding, in the case of a Sessions Court, a fine of three hundred ringgit or imprisonment for six weeks, in the case of a Magistrates' Court presided over by a First Class Magistrate, a fine of one hundred and fifty ringgit or imprisonment for three weeks, and in the case of a Magistrates' Court presided over by a Second Class Magistrate, a fine of fifty ringgit or imprisonment for one week, to such extent and in such manner as may be prescribed by rules of court. If the contempt of court is punishable as an offence under the Penal Code, the court may, in lieu of taking cognizance thereof, authorize a prosecution. KETIDAKPATUHAN KEPADA TERMA PENGHAKIMAN PERSETUJUAN ADALAH SATU PENGHINAAN [14] Di dalam kes TEOH SEOW CHIEW (MENYAMAN ATAS KAPASITINYA SEBAGAI PEMEGANG JAWATAN DI PERSATUAN KEDIAMAN COUNTRY HEIGHTS DAMANSARA KUALA LUMPUR) & ORS v MEGA PALM SDN BHD & ANOR [2021] MLJU 2683 [TAB 5], Mahkamah Tinggi telah menyatakan bahawa ketidakpatuhan kepada terma dalam penghakiman persetujuan adalah satu penghinaan kepada mahkamah, seperti berikut: “... there are many cases where the contempt arose from breaches of the terms of a consent order. These include the High Court decisions in Class One Video Distributors Sdn Bhd & Anor v Chanan Singh a/l Sher Singh & Anor [1997] 5 MLJ 209 and Ronald Philip Devereux & Anor v Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan & Ors [2012] 4 MLJ 665. The same with the decision in Dewan Perniagaan Melayu, Malaysia Negeri Johor (supra).” DEFENDAN-DEFENDAN MEMPUNYAI PENGETAHUAN PERIBADI TERMA PENGHAKIMAN PERSETUJUAN DAN JUGA TELAH DISERAHKAN DENGAN PENGHAKIMAN TERSEBUT [15] Pada 4.6.2024, Plaintif telah melalui surat peguam cara Plaintif bertarikh 4.6.2024, menyerahkan Penghakiman Persetujuan tersebut kepada Defendan-Defendan dan telah memberikan notis bayaran kepada Defendan-Defendan dan sebarang ketidakpatuhan Plaintif akan memfailkan permohonan pengkomitan terhadap Defendan-Defendan tersebut (“Peringatan Pertama”). [16] Selanjutnya, pada 26.08.2024 peguam cara Plaintif telah melalui e-mel bertarikh 26.08.2024 memberikan peringatan kedua kepada Defendan-Defendan berkenaan bayaran yang wajib dilakukan oleh Defendan-Defendan berdasarkan Penghakiman Persetujuan dan notis ketidakpatuhan akan membawa kepada pemfailan permohonan pengkomitan terhadap Defendan-Defendan. PROSEDUR DI BAWAH ATURAN 52 TELAH DIPATUHI [17] Saya mendapati di dalam kes ini pihak plaintif telah mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan proses pengkomitan seperti memperolehi Perintah Kebenaran di bawah Aturan 52 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, memfailkan permohonan dan afidavit sokongan untuk pengkomitan selepas kebenaran diberikan, menyempurnakan serahan kertas-kertas kausa kebenaran dan Notis Permohonan ini kepada Defendan-Defendan secara kediri pada 27.11.2024 sekitar jam 11.16 pagi di Restoren KFC, Menara UOA, Bangsar seperti mana yang dinyatakan di Afidavit Penyampaian [18] Serahan itu mempunyai ruang sekurang-kurangnya lapan hari genap di antara penyampaian notis permohonan dengan hari yang ditetapkan di dalamnya untuk pendengaran itu. [19] Memandangkan kebenaran telah diperolehi, merujuk kepada kes Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor v Menteri Besar Johor & Ors [2016] 7 MLJ 1, Plaintif telah membuktikan kes prima facie penghinaan atas imbangan kebarangkalian. [20] Pada 5.12.2024, pengurusan kes Permohonan ini secara e-review, Defendan-Defendan telah hadir dan memohon untuk memfailkan Afidavit Balasan pada dan/atau sebelum 19.12.2024. [21] Pada 24.2.2025 saya telah mendengar kedua-dua pihak berkaitan dengan isu pemfailan afidavit. Setelah meneliti rekod dan minit yang lepas, saya memutuskan untuk memberikan perlanjutan masa kepada pihak defendan untuk memfailkan afidavit jawapan. Kedua-dua dokumen ini yang telah difailkan, boleh digunakan untuk bicara prosiding komital hari ini. Kes diteruskan dengan hujahan pihak plaintif, kemudian hujahan pihak defendan dan kemudian reply oleh pihak plaintif. Peguam cara Plaintif: pohon tarikh untuk memfailkan afidavit jawapan kepada afidavit defendan. [22] Saya memberikan masa tujuh hari untuk pihak plaintif memfailkan afidavit jawapan iaitu pada atau sebelum 4.3.2025, hujahan utama pada atau sebelum 19.3.2025, hujahan balas pada 9.4.2025 dan keputusan pada 3.6.2025 secara fizikal. Kemudian tarikh keputusan ditangguhkan ke 12.6.2025. Pihak defendan memohon keputusan ditangguhkan ke tarikh lain atas alasan sistem e-review mereka ada masalah teknikal. Kes kemudian ditetapkan semula pada 30.7.2025. [23] Pada 30.7.2025, peguam cara Plaintif hadir ke mahkamah secara fizikal , manakala defendan-defendan tidak hadir dan tidak diwakili oleh sesiapa. Malah, tidak memberitahu alasan kenapa tidak hadir. Setakat 30.7.2025, pihak defendan belum membuat apa-apa pembayaran kepada plaintif seperti dinyatakan di dalam terma penghakiman persetujuan. [24] Pihak defendan tidak menunjukan satu usaha yang bersungguh-sungguh dan bona fide di dalam mematuhi terma penghakiman persetujuan. Sebaliknya, saya mendapati di dalam kes ini pihak defendan secara sengaja enggan mematuhi perintah persetujuan yang telah direkodkan. Pembayaran gagal di buat di dalam masa yang dipersetujui. Defendan tidak mengambil apa-apa langkah yang munasabah untuk membuat pembayaran ini ataupun berbincang dengan plaintif mengenai cadangan lain mengenai pembayaran yang dipersetujui. [25] Perbuatan ini merupakan satu tindakan kesengajaan yang nyata dan menyerlahkan keengganan defendan-defendan untuk mematuhi terma yang dipersetujui sebelumnya. [26] Saya mendapati pihak plaintif telah berjaya membuktikan bahawa defendan-defendan telah melakukan perbuatan menghina mahkamah. [27] Oleh yang demikian, saya menjatuhkan hukuman seminggu penjara ke atas defendan-defendan bagi kesalahan menghina mahkamah .Saya rasa hukuman ini berpatutan sebagai pengajaran kepada defendan agar tidak mengambil ringan tentang penghakiman persetujuan. Ini akan menjadi satu pengajaran yang berguna kepada defendan-defendan. BERTARIKH PADA HARI INI 4.9.2025 Zaman bin Mohd Noor Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 1 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.