[17] Hasil penjualan saham yang diperdagangkan bersama Plaintif dan Simati merealisasikan sejumlah RM2,212,952.80 ( Hasil Penjualan saham) 6 dan Plaintif menyatakan bahawa beliau berhak keatas RM1,106,476.40 hasil penjualan saham tersebut. [18] Pencelah menyatakan bahawa sebagai seorang balu simati, Pencelah merupakan waris khadim kepada simati. Oleh itu, beliau mempunyai kepentingan dalam harta pusaka simati dan berhak untuk mencelah dalam tuntutan ini. KEPUTUSAN MAHKAMAH [ LAMPIRAN 10] [19] Simati meninggal dunia pada 29.5.2020 tanpa wasiat dan meninggalkan Pencelah sebagai balunya dan ibubapanya Tan Ah Liaw iaitu Tan Ah Kaw @ Tan Kok Kiong (bapa) dan Chiu Bun Chu (ibu). Simati dan Pencelah tidak mempunyai cahayamata. [20] Mahkamah berpuashati bahawa Pencelah telah mematuhi Aturan 15. k. 6 (2) (a) dan (b) KKM 2012 yang berbunyi seperi berikut:- “6.(2) Tertakluk kepada kaedah ini, pada mana-mana peringkat prosiding dalam apa-apa kausa atau perkara, Mahkamah boleh atas apa-apa terma yang difikirkannya adil dan sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan-