knowledge or reasonable belief on the part of the Accused using the document that it is a forged one.”. [35] Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah mendapati kedua-dua elemen ini ada dinyatakan dalam Pertuduhan ke atas Pemohon. Oleh itu tiada kesilapan atau peninggalan dalam menyatakan elemen kesalahan dalam Pertuduhan tersebut. 11 | P a g e [36] Maka bagi isu pertama, Mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan yang dirangka ke atas Pemohon tidak cacat kerana telah memenuhi kehendak seksyen 152 dan 153 Kanun Tatacara Jenayah serta secara jelas menyebut tentang elemen kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh Pemohon iaitu kesalahan di bawah seksyen 471 Kanun Tatacara Jenayah. Isu Kedua : sama ada Mahkamah ini boleh menggunakan bidang kuasa sedia ada (inherent jurisdiction) bagi mengetepikan atau membatalkan pertuduhan tersebut. [37] Adalah menjadi prinsip undang-undang mantap bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa sedia ada untuk mengetepikan dan membatalkan pertuduhan atau menggantung pertuduhan secara kekal. Walau bagaimanapun, kuasa ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Kuasa sedia ada Mahkamah hanya boleh dilaksanakan dalam hal keadaan luar biasa (exceptional circumstances) bagi mengelakkan penindasan dan penyalahgunaan proses Mahkamah. Prinsip ini adalah sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ahmad Zubair Hj Murshid v Public Prosecutor [2014] 9 CLJ 289 yang menyatakan seperti berikut: “However, the inherent powers of the court must be exercised in exceptional circumstances to prevent undue oppression and abuse of the process of the court.”. 12 | P a g e [38] Selanjutnya, Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Abdul Azeez bin Abdul Rahim lawan Pendakwa Raya (supra) yang menyatakan— “[50] Di samping itu juga, mahkamah hanya akan melaksanakan kuasa sedia ada apabila terdapat salah laksana keadilan (miscarriage of justice) seperti yang dinyatakan di dalam kes Mahkamah Agung iaitu Karpal Singh & Anor v Public Prosecutor [1991] 2 MLJ 544 seperti berikut: In matters like criminal law of a purely domestic nature, our view is that the court will only exercise its inherent powers when there is miscarriage of justice.”. [39] Dalam permohonan ini, asas yang dikemukakan oleh Pemohon bagi mengetepikan atau membatalkan pertuduhan terhadapnya adalah untuk mengelakkan penyalahgunaan proses Mahkamah serta mencegah berlakunya sebarang ketidakadilan. [40] Walau bagaimanapun, setelah meneliti Afidavit-Afidavit Pemohon (Kandungan 2 dan 11) Mahkamah mendapati ianya tidak menunjukkan wujudnya penyalahgunaan proses Mahkamah dan terdapat salah laksana keadilan. [41] Hujahan Pemohon bahawa haknya untuk mendapat suatu penyiasatan yang adil telah dicabuli secara serius atas alas an siasatan yang dijalankan adalah secara mala fide, tidak lengkap, berat sebelah serta selektif. Walau bagaimanapun, Mahkamah mendapati tiada keterangan berhubung dengan perkara ini disebut dalam Afidavit-Afidavit Pemohon. 13 | P a g e [42] Mahkamah ini selanjutnya merujuk kepada perenggan 13 dan 14 Afidavit Balasan Pemohon (Kandungan 11) yang menyatakan: “… dokumen yang dikatakan palsu iaitu “Laporan Audit Tahunan 2014” bagi Syarikat BM City Sdn. Bhd. adalah disediakan oleh Juruaudit yang bertauliah dan telahpun dimasukkan di dalam Rekod SSM.”. “…dokumen tersebut adalah merupakan dokumen yang diaudit oleh akauntan bertauliah dari Tetuan Hisham & Co Chartered Accounts (M) yang boleh mengesahkan bahawa dokumen tersebut adalah sah dan tulen pada setiap masa yang material.”. [43] Berdasarkan pengataan dalam kedua-dua perenggan tersebut, Mahkamah mendapati Pemohon mencabar atau mempertikai dakwaan bahawa dokumen yang digunakan adalah palsu. Mahkamah menegaskan bahawa sama ada dokumen yang menjadi subjek pertuduhan tersebut palsu atau tulen hanya dapat diputuskan setelah Mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi yang akan dipanggil oleh pihak Pendakwaan semasa perbicaraan penuh. Ianya bukanlah suatu keadaan “plain and simple cases” yang dapat diputuskan oleh keterangan-keterangan melalui Afidavit sahaja. Keterangan-keterangan ini haruslah diuji melalui pemeriksaan balas terhadap saksi-saksi. [44] Seterusnya, Mahkamah ini merujuk kepada Alasan Permohonan yang kedua sebagaimana yang tersebut dalam Notis Usul (Kandungan 1) iaitu: 14 | P a g e “Pihak Responden tidak akan diprejudiskan” [45] Perlu diambil perhatian bahawa jika Mahkamah ini memerintahkan Pemohon dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan pada peringkat ini, perintah tersebut akan menghalang pihak Pendakwaan daripada mengemukakan pertuduhan yang sama terhadap Pemohon pada masa hadapan. Jika ini berlaku, sudah tentu akan memprejudiskan Responden kerana Responden belum diberi peluang untuk mengemukakan keterangan melalui saksi-saksi dan keterangan tersebut juga belum dapat diuji melalui Pemeriksaan Balas. [46] Berdasarkan prinsip keadilan asasi (rules of natural justice), seseorang itu tidak boleh dinafikan hak untuk didengar (right to be heard). Sebagaimana Tertuduh, hak yang sama seharusnya diberikan kepada Pendakwa Raya, apatah lagi mengambil kira kedudukan Pendakwa Raya sebagai ‘guardian of the public interest’ sebagaimana yang disebut dalam kes Datuk Haji Harun Haji Idris v. Public Prosecutor [1976] CLJU 19, di mana Mahkamah Persekutuan telah merujuk kes AG ex rel McWhirter v IBA [1973] QB 629 yang menyebut: “…As guardian of the public interest, the Attorney-General has a special duty in regard to the enforcement of the law." [47] Sekiranya hak yang sama tidak diberikan kepada Pendakwa Raya, fungsi dan kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. 15 | P a g e [48] Kesimpulannya bagi isu kedua ini, Mahkamah mendapati tiada keadaan yang mewajarkan untuk Mahkamah ini menggunakan kuasa sedia ada bagi mengetepikan dan membatalkan pertuduhan atau menggantung prosiding jenayah ini secara kekal.