Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA WRIT SAMAN NO. JA-22NCvC-11-01/2025 ANTARA TAN KIAN ENG (No. K/P: 630226-01-5691, warganegara Malaysia) .…PLAINTIF
/akn/my/judgment/high-court/2026/c6fce3e5-23fa-4801-aaa5-4cd3f7a81dbb
High Court of Malaysia6 Apr 2026JA-22NCvC-11-01/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA WRIT SAMAN NO. JA-22NCvC-11-01/2025 ANTARA TAN KIAN ENG (No. K/P: 630226-01-5691, warganegara Malaysia) .…PLAINTIF
1
TAN GUAT KWEE (No. K/P: 520930-01-5524, warganegara Malaysia) Didakwa atas dirinya sendiri dan juga melalui Defendan 8 yang merupakan wakil kuasanya sepertimananya Irrevocable Power of Attorney yang bertarikh 15-4-2018 yang didaftarkan di MahkamahTinggi di Johor Bahru sepertimana no. pendaftaran 5341/2018 pada 23-04-2018 dan di pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, Johor sepertimana no. perserahan 21/2018 yang didaftarkan pada 3-5-2018. 06/05/2026 16:55:05 JA-22NCvC-11-01/2025 Kand. 149
2
TAN OH MOOI @TAN GUAT HUA (No. K/P: 490907-06-5166, warganegara Malaysia) Didakwa atas dirinya sendiri dan juga melalui Defendan 8 yang merupakan wakil kuasanya sepertimananya Irrevocable Power of Attorney yang bertarikh 15-4-2018 yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi di Johor Bahru sepertimana no. pendaftaran 5341/2018 pada 23-04-2018 dan di pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, Johor sepertimana no. perserahan 21/2018 yang didaftarkan pada 3-5-2018.
3
TAN GUAT TAA (No. K/P Singapura: S2508940E; Pasport Singapura: K1463627H, warganegara Singapura) Didakwa atas dirinya sendiri dan juga melalui Defendan 8 yang merupakan wakil kuasanya Sepertimananya Irrevocable Power of Attorney yang bertarikh 15-4-2018 yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi di Johor Bahru sepertimana no. pendaftaran 5341/2018 pada 23-04-2018 dan di pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, Johor sepertimana no. perserahan 21/2018 yang didaftarkan pada 3-5-2018.
4
TAN AH RAN (No. K/P Singapura: S2510883C, Pasport Singapura: K1573543E, warganegara Singapura) Didakwa atas dirinya sendiri dan juga melalui Defendan 8 yang merupakan wakil kuasanya sepertimananya Irrevocable Power of Attorney yang bertarikh 15-4-2018 yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi di Johor Bahru sepertimana no. pendaftaran 5341/2018 pada 23-04-2018 dan di pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, Johor sepertimana no. perserahan 21/2018 yang didaftarkan pada 3-5-2018.
5
TAN GUAT ENG (No. K/P: 600510-01-5392, warganegara Malaysia) Didakwa atas dirinya sendiri dan juga melalui Defendan 8 yang merupakan wakil kuasanya Sepertimananya Irrevocable Power of Attorney yang bertarikh 15-4-2018 yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi di Johor Bahru sepertimana no. pendaftaran 5341/2018 pada 23-04-2018 dan di pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, Johor sepertimana no. perserahan 21/2018 yang didaftarkan pada 3-5-2018.
6
TAN GUAT ENG (No.K/P Singapura: S2556847H, Pasport Singapura: K1873720N, warganegara Singapura) Didakwa atas dirinya sendiri dan juga melalui Defendan 8 yang merupakan wakil kuasanya sepertimananya Irrevocable Power of Attorney yang bertarikh 15-4-2018 yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi di Johor Bahru sepertimana no. pendaftaran 5341/2018 pada 23-04-2018 dan di pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, Johor sepertimana no. perserahan 21/2018 yang didaftarkan pada 3-5-2018.
7
TAN GUAT NGO (No. K/P Singapura: S2555191E, Pasport Singapura: E7024111L, warganegara Singapura) Didakwa atas dirinya sendiri dan juga melalui Defendan 8 yang merupakan wakil kuasanya sepertimananya Irrevocable Power of Attorney yang bertarikh 15-4-2018 yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi di Johor Bahru sepertimana no. pendaftaran 5341/2018 pada 23-04-2018 dan di pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, Johor sepertimana no. perserahan 21/2018 yang didaftarkan pada 3-5-2018.
8
TAN HAN BENG (No. K/P: 721221-01-5063, warganegara Malaysia) Didakwa atas dirinya sendiri dan juga sebagai wakil kuasa kepada Defendan 1 ke Defendan 7 sepertimananya Irrevocable Power of Attorney yang bertarikh 15-4-2018 yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi di Johor Bahru sepertimana no. pendaftaran 5341/2018 pada 23-04-2018 dan di pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, Johor sepertimana no. perserahan 21/2018 yang didaftarkan pada 3-5-2018.
9
SHING LIONG TRADING SDN. BHD. (No. Syarikat:201101016334 (944470-K) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [Lampiran 86- Notis Permohonan dibawah A.14 KKM 2012]
1
Permohonan di hadapan Mahkamah ini adalah suatu permohonan oleh Plaintif di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi mendapatkan penghakiman terus terhadap sebahagian tuntutan Plaintif sebagaimana yang dinyatakan secara khusus dalam perenggan 25.2, 25.3, 25.4,
25
25.6 dan 25.10 Pernyataan Tuntutan.
2
Berdasarkan Notis Permohonan A.14, Plaintif memohon antara lain perintah-perintah berikut:
a
(a) suatu perintah injunksi larangan bagi menghalang Defendan-Defendan serta ejen-ejen mereka daripada mengurus atau berurusan dengan 8/11 syer berdaftar yang tidak dipecahkan bagi hartanah HS(M) 1581, PTD 1195, Mukim Sungai Kluang, Daerah Kecil Rengit, Johor;
b
(b) suatu perintah injunksi mandatori supaya Defendan 1 hingga Defendan 8 memindahmilikkan sebanyak 17,028/898,315 syer berdaftar yang tidak dipecahkan kepada Plaintif bagi menyempurnakan hak benefisial Plaintif;
c
(c) suatu perintah injunksi mandatori supaya Defendan-Defendan menyerahkan dokumen hakmilik asal (‘original issue document of title’) kepada peguamcara Plaintif dalam tempoh 7 hari; dan
d
(d) perintah-perintah lanjutan termasuk arahan kepada Pentadbir Tanah untuk melaksanakan pendaftaran dan pemindahmilikkan sekiranya Defendan gagal berbuat demikian.
3
Permohonan ini, secara keseluruhannya, adalah bertujuan untuk mendapatkan pengiktirafan dan pelaksanaan hak benefisial Plaintif terhadap sebahagian kepentingan dalam hartanah tersebut, yang didakwa telah dipersetujui dan diakui oleh Defendan-Defendan sendiri tetapi gagal disempurnakan melalui pendaftaran.
4
Setelah Mahkamah ini meneliti Permohonan Plaintif, Afidavit yang difailkan oleh pihak-pihak serta Hujahan pihak-pihak Mahkamah memutuskan pada 6.4.2026 membenarkan Penghakiman Terus diberikan kepada Plaintif terhadap Defendan-Defendan berhubung dengan tuntutan Plaintif sebagaimana yang dinyatakan dalam Perenggan 25 Pernyataan Tuntutan, terhad kepada perenggan-perenggan berikut iaitu Perenggan 25.2, Perenggan 25.3, Perenggan 25.4, Perenggan 25.6 dan Perenggan 25.10 dengan kos RM8,000.00 dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. Oleh kerana tidak berpuashati dengan keputusan ini D1 hingga D8 telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 30.4.2026 manakalan D9 telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 29.4.2026. Disediakan Alasan Penghakiman untuk keputusan ini sebagaimana di bawah.
a
(a) Struktur Pemilikan dan Perjanjian Asal 5. Hartanah yang menjadi subjek pertikaian ialah tanah yang dipegang di bawah HS(M) 1581, PTD 1195, Mukim Sungai Kluang, Daerah Kecil Rengit, Johor, dengan keluasan keseluruhan kira-kira 0.7587 hektar.
6
Berdasarkan Pernyataan Tuntutan, tanah tersebut pada asalnya tertakluk kepada suatu Perjanjian Amanah bertarikh 1987, di mana pemilikan benefisial telah dibahagikan kepada beberapa pihak mengikut lot-lot persendirian tertentu. Pembahagian tersebut termasuk antara lain: i. Lot 5 seluas kira-kira 9,461 kaki persegi yang merupakan bahagian milik benefisial Plaintif; ii. Lot-lot lain yang dipegang oleh individu lain termasuk Tan Kim Pho dan ahli keluarga beliau.
7
Perjanjian tersebut turut memperuntukkan bahawa pemilik berdaftar memegang hartanah tersebut sebagai pemegang amanah dan berkewajipan untuk memindahkan bahagian masing-masing kepada pemilik benefisial apabila dibenarkan oleh undang-undang.
b
(b) Perkembangan Pemilikan dan Perolehan Tambahan oleh Plaintif 8. Selepas kematian Tan Kim Pho, bahagian-bahagian benefisial telah diagihkan kepada waris-warisnya dalam pecahan tertentu, termasuk pembahagian 1/11 dan 1/55 bahagian. Plaintif kemudiannya memperoleh tambahan kepentingan benefisial melalui beberapa transaksi termasuk: i. suatu akuan bertarikh 15/02/2023 oleh Tan Tong Seng yang menyerahkan hak benefisial kepada Plaintif; ii. suatu Perjanjian Jual Beli bertarikh 20/02/2022 melibatkan keseluruhan 43,802/898,315 bahagian benefisial; iii. transaksi tambahan melalui perjanjian bertarikh 28/08/2022 yang meningkatkan pegangan Plaintif kepada sejumlah 60,830/898,315 bahagian benefisial.
9
Daripada jumlah tersebut, sebahagian telah didaftarkan, manakala baki 17,028/898,315 bahagian masih belum didaftarkan dan menjadi inti kepada tuntutan Plaintif.
c
(c) Tindakan Plaintif untuk Menyempurnakan Hak 10. Plaintif melalui peguamcaranya telah berulang kali menghubungi Defendan-Defendan bagi tujuan menyempurnakan pindah milik dan pembahagian tanah mengikut kepentingan benefisial masing-masing. Surat-menyurat antara pihak-pihak eksibit SJ-3 dan SJ-4 menunjukkan bahawa Defendan-Defendan pada asasnya mengakui kewujudan struktur amanah tersebut namun gagal atau enggan mengambil langkah untuk menyempurnakan pemindahan tersebut.
11
Dalam masa yang sama, suatu Perjanjian Jual Beli bertarikh 16/01/2023 telah dimasuki oleh Defendan-Defendan, yang menurut Plaintif bercanggah dengan hak benefisial Plaintif.
d
(d) Kedudukan Syer dan Tuntutan Plaintif 12. Plaintif menegaskan bahawa beliau berhak kepada sejumlah 17,028/898,315 bahagian tidak berpecah, bersamaan kira-kira 12,384 kaki persegi, yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan 8/11 pegangan Defendan-Defendan dalam hartanah tersebut. Plaintif juga telah meletakkan suatu kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut bagi melindungi kepentingannya.
e
(e) Asas Permohonan Aturan 14 KKM 2012 13. Berdasarkan Afidavit Sokongan, Plaintif menegaskan bahawa: a) Defendan-Defendan sendiri telah mengakui kewujudan amanah dan pembahagian benefisial; b) pengiraan bahagian adalah jelas dan tidak dipertikaikan secara substantif; c) pembelaan yang dikemukakan adalah bersifat penafian kosong dan tidak menimbulkan isu yang memerlukan perbicaraan penuh.
14
Oleh itu, Plaintif memohon supaya Mahkamah memberikan penghakiman terus bagi membolehkan pemindahan hak tersebut disempurnakan tanpa perlu melalui perbicaraan penuh. HUJAHAN PIHAK-PIHAK Hujahan Plaintif 15. Plaintif berhujah bahawa permohonan ini adalah suatu kes yang jelas dan sesuai untuk diputuskan melalui mekanisme Aturan 14 KKM 2012 tanpa memerlukan perbicaraan penuh.
Preamble
Menurut Plaintif, keseluruhan tuntutannya adalah berasaskan kepada suatu struktur amanah yang telah lama wujud, iaitu Perjanjian Amanah bertarikh 1987, yang secara nyata memperuntukkan bahawa pemilik berdaftar memegang hartanah tersebut sebagai pemegang amanah bagi pihak benefisiari termasuk Plaintif.
16
Plaintif menegaskan bahawa hak benefisialnya bukanlah suatu hak yang dipertikaikan dari segi prinsip, sebaliknya ia merupakan hak yang telah pun diiktiraf melalui dokumen dan hanya menunggu pelaksanaan melalui pindah milik formal. Dalam hal ini, Plaintif merujuk kepada Afidavit Sokongan yang memperincikan sejarah transaksi termasuk pembelian bahagian benefisial melalui transaksi bertarikh 20.02.2022 dan
28
28.08.2022, serta dokumen sokongan yang menunjukkan kesinambungan hak tersebut.
17
Plaintif seterusnya berhujah bahawa bahagiannya telah dikenal pasti dengan jelas, iaitu sebanyak 17,028/898,315 bahagian yang bersamaan dengan kira-kira 12,384 kaki persegi, dan pengiraan tersebut adalah berasaskan kepada rekod transaksi terdahulu yang tidak dicabar oleh Defendan. Oleh itu, tiada isu ketidakpastian yang boleh menjustifikasikan suatu perbicaraan penuh.
18
Dari sudut undang-undang, Plaintif bergantung kepada prinsip dalam kes National Company for Foreign Trade v Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 1 MLJ 300, di mana Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa apabila Plaintif telah menunjukkan suatu kes yang jelas melalui keterangan afidavit, beban beralih kepada Defendan untuk menunjukkan pembelaan sebenar. Plaintif juga merujuk kepada kes Chong Hin Trading Co Sdn Bhd v Malayan Banking Bhd [2004] 1 MLRA 548, bagi menegaskan bahawa penafian kosong tidak mencukupi untuk menimbulkan isu ‘triable’.
19
Plaintif berhujah bahawa dalam kes ini, Defendan gagal mengemukakan sebarang pembelaan yang substantif. Menurut Plaintif, pembelaan Defendan hanyalah bersifat teknikal dan tidak menyangkal fakta material seperti kewujudan Perjanjian Amanah, transaksi pembelian, serta pengiktirafan terdahulu terhadap hak benefisial Plaintif.
20
Berhubung dengan isu pemecahan lot yang dibangkitkan oleh Defendan, Plaintif berhujah bahawa ketiadaan subdivisi formal tidak menjejaskan kewujudan hak benefisial, kerana hak tersebut wujud secara berasingan daripada hak milik berdaftar. Oleh itu, isu tersebut hanyalah berkaitan pelaksanaan dan bukan kewujudan hak.
21
Mengenai remedi yang dipohon, Plaintif berhujah bahawa perintah injunksi mandatori adalah wajar diberikan dalam kes ini kerana ia tidak mewujudkan hak baharu, sebaliknya hanya melaksanakan hak sedia ada. Plaintif merujuk kepada prinsip dalam kes Chen Heng Ping @ Tan Seow Hock & 5 Ors v Intradagang Merchant Bankers (M) Bhd [1995] 1 MLRA 606, bahawa Mahkamah boleh memberikan perintah mandatori pada peringkat awal sekiranya hak adalah jelas dan tidak dipertikaikan.
22
Oleh itu, Plaintif memohon agar Mahkamah membenarkan permohonan di bawah Aturan 14 KKM 2012 dan memberikan perintah injunksi seperti yang dipohon dalam Notis Permohonan (Lampiran 86), selaras dengan fakta dan undang-undang yang telah dikemukakan. Hujahan Defendan (D1–D8)
23
Defendan D1 hingga D8 menentang permohonan ini atas alasan bahawa kes ini tidak sesuai untuk diputuskan secara ringkas di bawah Aturan 14KKM 2012 kerana, menurut mereka, terdapat pelbagai isu fakta dan undang-undang yang memerlukan perbicaraan penuh.
24
Defendan berhujah bahawa tuntutan Plaintif adalah tidak pasti, khususnya berhubung dengan pengiraan bahagian benefisial yang didakwa, dan bahawa Plaintif gagal menunjukkan dengan jelas asas kepada angka 17,028/898,315 tersebut. Defendan menegaskan bahawa tanpa penentuan yang tepat melalui keterangan saksi dan pemeriksaan balas, Mahkamah tidak seharusnya membuat dapatan muktamad.
25
Selain itu, Defendan turut membangkitkan isu bahawa hartanah tersebut belum melalui proses pemecahan lot, dan oleh itu adalah mustahil untuk melaksanakan pindah milik sebagaimana yang dipohon oleh Plaintif. Menurut Defendan, isu ini bukan sekadar isu pelaksanaan tetapi menyentuh kebolehlaksanaan keseluruhan tuntutan Plaintif.
26
Defendan juga berhujah bahawa struktur amanah yang didakwa oleh Plaintif memerlukan penelitian yang mendalam melalui keterangan lisan, termasuk niat pihak-pihak pada masa perjanjian dibuat serta perjalanan transaksi selepas itu. Oleh itu, Defendan menegaskan bahawa kes ini tidak boleh diputuskan hanya berdasarkan afidavit.
27
Dari sudut undang-undang, Defendan bergantung kepada prinsip dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400 (SC), bahawa Mahkamah hendaklah berhati-hati dalam memberikan penghakiman terus dan tidak seharusnya menafikan hak Defendan untuk membela diri melalui perbicaraan penuh sekiranya terdapat isu yang boleh dipertikaikan.
28
Defendan menegaskan bahawa pembelaan mereka bukan sekadar penafian kosong tetapi melibatkan isu-isu yang memerlukan penilaian kredibiliti dan keterangan saksi, yang hanya boleh ditentukan melalui perbicaraan. Oleh itu, D1 hingga D8 memohon agar permohonan Plaintif ditolak dan kes ini ditetapkan untuk perbicaraan penuh. Hujahan Defendan Ke-9 29. Defendan Ke-9 pada asasnya menyokong pendirian Defendan D1 hingga D8 dan menegaskan bahawa permohonan ini adalah pramatang dan tidak sesuai diputuskan secara ringkas.
30
Defendan Ke-9 berhujah bahawa terdapat isu undang-undang dan fakta yang kompleks, termasuk sifat sebenar hak yang didakwa oleh Plaintif serta kebolehlaksanaan perintah yang dipohon, yang memerlukan penelitian melalui perbicaraan penuh.
31
Defendan Ke-9 juga menekankan bahawa pemberian injunksi mandatori pada peringkat ini adalah terlalu drastik dan boleh menyebabkan ketidakadilan sekiranya diberikan tanpa perbicaraan.
32
Berdasarkan permohonan dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini merumuskan bahawa isu-isu utama yang perlu diputuskan adalah seperti berikut:
i
(i) sama ada Plaintif telah memenuhi keperluan di bawah Aturan 14 KKM 2012 untuk mendapatkan penghakiman terus;
Subparagraph
(ii) sama ada pembelaan Defendan-Defendan menimbulkan isu ‘triable’ yang memerlukan perbicaraan penuh; dan
Subparagraph
(iii) sama ada perintah injunksi larangan dan mandatori yang dipohon boleh diberikan melalui mekanisme penghakiman terus dalam keadaan fakta kes ini. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu (i): Sama ada Plaintif memenuhi keperluan Aturan 14 KKM 2012 33. Mahkamah ini memulakan analisis dengan merujuk kepada kerangka undang-undang di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, khususnya Kaedah 1 dan Kaedah 2 yang membenarkan penghakiman terus diberikan dalam keadaan di mana tuntutan Plaintif adalah jelas dan tidak memerlukan perbicaraan penuh. Peruntukan ini, sebagaimana terkandung dalam ikatan otoriti Plaintif, menetapkan bahawa suatu afidavit sokongan hendaklah menyatakan fakta yang menunjukkan bahawa Defendan tidak mempunyai pembelaan yang munasabah terhadap tuntutan tersebut.
34
Prinsip asas yang mengawal bidang ini telah lama dimuktamadkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes National Company for Foreign Trade v Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 1 MLJ 300, di mana ditegaskan bahawa setelah Plaintif memenuhi keperluan awal, beban beralih kepada Defendan untuk menunjukkan kewujudan pembelaan sebenar. Prinsip ini kemudiannya diperkukuhkan dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLRA 196, di mana Mahkamah Agung menegaskan bahawa Mahkamah berhak memberikan penghakiman terus sekiranya pembelaan yang dikemukakan hanyalah bersifat ‘illusory’atau tidak berasas.
35
Dengan mengambil kira kerangka tersebut, Mahkamah ini terlebih dahulu meneliti aspek pematuhan prosedural. Berdasarkan rekod, adalah tidak dipertikaikan bahawa writ telah difailkan dan disampaikan dengan sempurna, kehadiran telah dimasukkan oleh Defendan, dan permohonan ini disokong oleh Afidavit Sokongan yang mematuhi kehendak Aturan 14 Kaedah 2. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa prasyarat prosedural telah dipenuhi sepenuhnya.
36
Maka, tumpuan sebenar Mahkamah ini adalah kepada kekuatan kes Plaintif sebagaimana yang dizahirkan dalam Afidavit Sokongan dan eksibit-eksibit yang dilampirkan.
37
Mahkamah ini telah meneliti Afidavit Sokongan Plaintif (Tan Kian Eng) secara menyeluruh, khususnya bahagian yang merujuk kepada Perjanjian Amanah 1987, transaksi pembelian bertarikh 20.02.2022 dan 28.08.2022, serta surat-menyurat antara peguamcara pihak-pihak. Eksibit-eksibit tersebut, yang dirujuk sebagai SJ-1, SJ-2, SJ-3 dan SJ-4 secara kolektif dan seterusnya dalam afidavit tersebut, membentuk satu rantaian keterangan yang konsisten, kontemporari dan tidak terputus.
38
Apa yang signifikan bagi Mahkamah ini ialah kandungan Perjanjian Amanah 1987 eksibit SJ-1 itu sendiri. Daripada pembacaan dokumen tersebut, adalah jelas bahawa pemilik berdaftar memegang hartanah tersebut sebagai pemegang amanah bagi pihak benefisiari, dan terdapat kewajipan yang nyata untuk memindah milik bahagian benefisial tersebut apabila keadaan mengizinkan. Ini bukan suatu hak yang baru diwujudkan melalui litigasi ini, tetapi suatu hak yang telah sedia wujud dan hanya menunggu pelaksanaan formal.
39
Dalam konteks ini, Mahkamah ini mendapati bahawa kedudukan undang-undang adalah selari dengan prinsip yang dihuraikan dalam kes Chong Hin Trading Co Sdn Bhd & Ors v Malayan Banking Bhd [2004] 1 MLRA 548, di mana Mahkamah menegaskan bahawa apabila dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah jelas dan tidak dicabar secara substantif, Mahkamah tidak terikat untuk mengarahkan perbicaraan penuh semata-mata kerana Defendan mengemukakan penafian umum.
40
Mahkamah ini seterusnya meneliti isu kepastian (certainty), khususnya berhubung dengan bahagian benefisial yang dituntut oleh Plaintif. Berdasarkan keterangan afidavit, Plaintif telah mengenal pasti bahagiannya secara spesifik iaitu 17,028/898,315, yang bersamaan dengan kira-kira 12,384 kaki persegi. Lebih penting lagi, Plaintif telah menunjukkan bagaimana angka tersebut diperoleh melalui transaksi terdahulu yang disokong oleh dokumen.
41
Mahkamah ini memberi penekanan bahawa angka tersebut tidak dicabar oleh Defendan melalui apa-apa pengiraan alternatif atau keterangan yang bercanggah. Dalam keadaan ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa isu kepastian tidak timbul sama sekali sebagai isu yang memerlukan perbicaraan.
42
Oleh yang demikian, apabila keseluruhan keterangan Plaintif dinilai secara kumulatif iaitu dokumen amanah, rekod transaksi, serta surat-menyurat, Mahkamah ini mendapati bahawa kes Plaintif adalah bukan sahaja jelas tetapi juga kukuh dari segi dokumentasi.
43
Berdasarkan prinsip dalam kes Kayu Raya (supra), Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail (supra), dan Chong Hin Trading (supra), Mahkamah ini membuat dapatan bahawa Plaintif telah memenuhi keperluan Aturan 14 KKM 2012 sepenuhnya, dan beban kini beralih kepada Defendan untuk menunjukkan kewujudan pembelaan sebenar. Isu (ii): Sama ada pembelaan Defendan menimbulkan isu triable 44. Prinsip undang-undang yang terpakai dalam menilai kewujudan isu ‘triable’ adalah jelas, iaitu Defendan mesti menunjukkan suatu pembelaan yang ‘bona fide’ dan bukan sekadar penafian kosong. Prinsip ini ditegaskan dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail (supra), di mana Mahkamah menekankan bahawa pembelaan mestilah mengandungi fakta material yang mampu menggugat tuntutan Plaintif.
45
Mahkamah ini telah meneliti Pembelaan Terpinda Defendan D1 hingga D8 serta Afidavit Balasan mereka secara terperinci. Apa yang ketara kepada Mahkamah ini ialah bahawa Defendan tidak menafikan kewujudan Perjanjian Amanah 1987. Defendan juga tidak menafikan secara spesifik transaksi pembelian yang dilakukan oleh Plaintif. Malah, Defendan gagal mengemukakan satu naratif alternatif yang lengkap mengenai hak milik benefisial tersebut. Sebaliknya, pembelaan Defendan lebih tertumpu kepada isu-isu yang bersifat teknikal seperti ketiadaan pemecahan lot, dakwaan umum mengenai ketidakpastian, serta kesukaran pelaksanaan pindah milik.
46
Mahkamah ini berpendapat bahawa pendekatan sedemikian tidak mencukupi untuk menimbulkan isu ‘triable’. Dalam kes Chong Hin Trading (supra), Mahkamah dengan jelas menyatakan bahawa penafian kosong tanpa sokongan fakta tidak mencukupi untuk menghalang pemberian penghakiman terus.
47
Berhubung dengan isu pemecahan lot, Mahkamah ini menolak hujahan Defendan bahawa ketiadaan subdivisi formal menjejaskan hak benefisial Plaintif. Ini kerana hak benefisial adalah suatu hak ekuiti yang wujud secara berasingan daripada hak milik berdaftar. Perjanjian Amanah itu sendiri mengiktiraf pembahagian tersebut tanpa bergantung kepada subdivisi. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa isu pemecahan lot bukanlah isu hak, tetapi sekadar isu pelaksanaan.
48
Mahkamah ini juga memberi penekanan bahawa Defendan gagal menyangkal fakta-fakta material berikut: i. jumlah bahagian 17,028/898,315; ii. kewujudan dan kandungan Perjanjian Amanah; iii. surat-menyurat antara peguamcara yang menunjukkan pengiktirafan hak Plaintif.
49
Kegagalan ini, pada hemat Mahkamah ini, menunjukkan bahawa pembelaan Defendan tidak mencapai tahap “real defence” sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Berdasarkan keseluruhan analisis ini, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan Defendan adalah bersifat penafian umum dan tidak menimbulkan sebarang isu fakta material yang memerlukan perbicaraan.
50
Mahkamah ini seterusnya mempertimbangkan hujahan Defendan Ke-9 yang dibangkitkan melalui Afidavit Jawapan, iaitu bahawa suatu Perjanjian Jual Beli bertarikh 16.01.2023 telah dimasuki antara Defendan-Defendan 1 hingga 8 dengan Defendan Ke-9, dan bahawa perjanjian tersebut kononnya menjejaskan atau mengatasi hak yang didakwa oleh Plaintif.
51
Mahkamah ini mendapati bahawa hujahan tersebut pada asasnya bertunjangkan kepada premis bahawa kepentingan Defendan Ke-9 sebagai pembeli di bawah Perjanjian Jual Beli tersebut adalah suatu kepentingan yang sah dan mengikat sehingga boleh menafikan hak benefisial Plaintif.
52
Walau bagaimanapun, setelah meneliti keseluruhan keterangan dalam rekod, Mahkamah ini mendapati bahawa hujahan tersebut tidak menimbulkan suatu isu ‘triable’ yang ‘bona fide’ atas beberapa sebab yang berikut.
i
(i) Hak benefisial mendahului (‘pre-existing interest’)
53
Pertama, hak benefisial Plaintif adalah berasaskan kepada Perjanjian Amanah yang telah sedia wujud jauh lebih awal daripada Perjanjian Jual Beli tersebut. Oleh itu, sebarang transaksi kemudian oleh pemegang amanah tidak boleh, pada prinsipnya, menjejaskan hak benefisiari tanpa pertimbangan undang-undang yang jelas.
Subparagraph
(ii) Kedudukan D9 tertakluk kepada amanah 54. Kedua, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan-Defendan 1 hingga 8, sebagai pemegang amanah atau pihak yang terikat dengan struktur amanah tersebut, tidak mempunyai kebebasan mutlak untuk melupuskan hartanah tersebut tanpa mengambil kira kepentingan benefisial yang telah sedia wujud.
55
Oleh itu, sebarang Perjanjian Jual Beli yang dimasuki oleh mereka adalah tertakluk kepada kepentingan benefisial tersebut, dan tidak boleh beroperasi untuk memadamkan hak Plaintif secara automatik.
Subparagraph
(iii) Ketiadaan bukti bona fide purchaser tanpa notis 56. Ketiga, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan Ke-9 gagal menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pembeli ‘bona fide’ tanpa notis terhadap hak benefisial Plaintif. Tiada keterangan yang mencukupi dikemukakan untuk menunjukkan bahawa Defendan Ke-9 telah menjalankan due diligence yang sewajarnya atau bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan, sama ada secara sebenar atau konstruktif, mengenai kewujudan struktur amanah tersebut.
Subparagraph
(iv) Isu ini bukan isu fakta tetapi implikasi undang-undang 57. Keempat, Mahkamah ini berpendapat bahawa isu yang dibangkitkan oleh Defendan Ke-9 bukanlah suatu pertikaian fakta yang memerlukan perbicaraan, tetapi merupakan suatu persoalan implikasi undang-undang terhadap fakta yang pada asasnya tidak dipertikaikan. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa kewujudan Perjanjian Jual Beli bertarikh
16
16.01.2023 tersebut tidak menimbulkan sebarang isu triable yang ‘bona fide’, dan tidak menjejaskan hak benefisial Plaintif yang telah dibuktikan. Isu (iii): Sama ada injunksi boleh diberikan melalui Aturan 14 KKM 2012 58. Mahkamah ini mengakui bahawa secara amnya, perintah injunksi mandatori adalah suatu remedi yang serius dan lazimnya diberikan selepas perbicaraan penuh. Namun demikian, prinsip ini bukanlah mutlak.
59
Dalam kes Chen Heng Ping v Intradagang Merchant Bankers (M) Bhd [1995] 1 MLRA 606, Mahkamah menegaskan bahawa perintah mandatori boleh diberikan pada peringkat awal sekiranya hak pihak yang memohon adalah jelas dan tidak dipertikaikan. Mahkamah ini meneliti sifat perintah yang dipohon oleh Plaintif. Daripada analisis tersebut, adalah jelas bahawa perintah injunksi yang dipohon bukan bertujuan untuk mewujudkan hak baharu, tetapi semata-mata untuk melaksanakan hak benefisial yang telah sedia wujud di bawah Perjanjian Amanah.
60
Dalam keadaan di mana fakta adalah jelas, hak telah dibuktikan melalui dokumen, dan tiada pertikaian material, Mahkamah ini berpendapat bahawa tiada halangan undang-undang untuk memberikan perintah mandatori melalui mekanisme Aturan 14
61
Mahkamah ini juga mengambil kira bahawa Defendan telah gagal menyempurnakan pindah milik walaupun diminta berbuat demikian. Kegagalan ini, jika dibiarkan, akan terus menafikan hak Plaintif dan menyebabkan ketidakadilan berterusan. Oleh itu, campur tangan Mahkamah adalah perlu dan wajar bagi memastikan bahawa hak tersebut dapat direalisasikan. Berdasarkan keseluruhan pertimbangan ini, Mahkamah ini mendapati bahawa perintah injunksi larangan dan mandatori adalah sesuai dan boleh diberikan dalam prosiding ini.
62
Setelah menilai keseluruhan keterangan melalui lensa prinsip dalam Kayu Raya (supra), Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail (supra), dan Chong Hin Trading (su[ra), Mahkamah ini mendapati bahawa kes Plaintif adalah suatu kes yang luar biasa jelas di mana hak benefisial telah dibuktikan melalui dokumen kontemporari yang tidak dicabar secara substantif. Pembelaan Defendan pula gagal melepasi tahap minimum yang diperlukan untuk menimbulkan isu ‘triable’, dan lebih bersifat usaha untuk menangguhkan pelaksanaan hak yang telah lama wujud.
63
Dalam keadaan ini, untuk mengarahkan perbicaraan penuh akan bercanggah dengan tujuan dan falsafah Aturan 14 KKM 2012 bagi sebahagian permohonan Plaintif iaitu di para 25 (25.2, 25.3, 25.4, 25.6 dan 25l.10), iaitu untuk mengelakkan pembaziran masa kehakiman dalam kes-kes yang jelas.
64
Setelah Mahkamah ini meneliti keseluruhan keterangan afidavit, eksibit-eksibit yang dikemukakan, serta hujahan pihak-pihak dan otoriti yang dirujuk, Mahkamah ini kini merumuskan dapatan-dapatan utama secara kumulatif selaras dengan isu-isu yang telah ditentukan.
65
Berhubung dengan isu pertama, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah memenuhi sepenuhnya keperluan di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Dapatan ini adalah berasaskan kepada beberapa pertimbangan utama.
66
Pertama, dari sudut prosedural, tiada sebarang kecacatan yang boleh menjejaskan kesahan permohonan ini. Writ telah difailkan dan disampaikan dengan sempurna, kehadiran telah dimasukkan oleh Defendan, dan Afidavit Sokongan Plaintif mematuhi kehendak Aturan 14 Kaedah 2 KKM 2012.
67
Kedua, dari sudut substantif, Mahkamah ini mendapati bahawa kes Plaintif adalah jelas dan disokong oleh keterangan dokumentari yang kukuh, termasuk Perjanjian Amanah 1987, rekod transaksi pembelian, serta surat-menyurat antara peguamcara yang menunjukkan pengiktirafan berterusan terhadap hak benefisial Plaintif.
68
Ketiga, isu kepastian yang dibangkitkan oleh Defendan tidak mempunyai asas kerana bahagian benefisial Plaintif telah dikenal pasti dengan jelas dan tidak dicabar melalui apa-apa keterangan alternatif.
69
Sehubungan itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa Plaintif telah melepasi keperluan awal yang ditetapkan dalam kes Kayu Raya (supra) dan prinsip-prinsip berkaitan, dan dengan itu beban telah beralih kepada Defendan untuk menunjukkan kewujudan pembelaan sebenar.
70
Berhubung dengan isu kedua, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan telah gagal menunjukkan kewujudan sebarang isu ‘triable’ yang ‘bona fide’. Mahkamah ini memberi penekanan bahawa pembelaan Defendan tidak menafikan fakta-fakta material yang menjadi asas kepada tuntutan Plaintif, termasuk kewujudan Perjanjian Amanah, transaksi pembelian, serta pengiraan bahagian benefisial Plaintif. Sebaliknya, pembelaan Defendan lebih tertumpu kepada isu-isu yang bersifat teknikal dan sampingan, seperti ketiadaan pemecahan lot dan kesukaran pelaksanaan pindah milik, yang pada hemat Mahkamah ini tidak menjejaskan kewujudan hak benefisial Plaintif.
71
Mahkamah ini juga mendapati bahawa Defendan gagal mengemukakan versi fakta alternatif yang lengkap atau keterangan yang boleh menimbulkan keraguan sebenar terhadap tuntutan Plaintif. Dalam keadaan ini, pembelaan tersebut tidak mencapai tahap “real defence” sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
72
Oleh itu, selaras dengan prinsip dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail (supra) dan Chong Hin Trading (supra), Mahkamah ini mendapati bahawa tiada isu triable yang memerlukan perbicaraan penuh.
73
Berhubung dengan isu ketiga, Mahkamah ini mendapati bahawa perintah injunksi yang dipohon oleh Plaintif adalah sesuai dan wajar diberikan dalam konteks prosiding ini.
74
Mahkamah ini menekankan bahawa perintah yang dipohon tidak bertujuan untuk mewujudkan hak baharu, tetapi semata-mata untuk melaksanakan hak benefisial yang telah sedia wujud dan telah dibuktikan melalui keterangan dokumentari.
75
Dalam keadaan di mana fakta adalah jelas dan tidak dipertikaikan secara material, Mahkamah ini berpendapat bahawa tiada keperluan untuk menangguhkan pelaksanaan hak tersebut melalui perbicaraan penuh.
76
Mahkamah ini juga mengambil kira bahawa kegagalan Defendan untuk menyempurnakan pindah milik walaupun diminta berbuat demikian menunjukkan keperluan campur tangan Mahkamah bagi mengelakkan ketidakadilan berterusan. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa perintah injunksi larangan dan mandatori boleh diberikan melalui mekanisme Aturan 14 dalam keadaan fakta kes ini.
77
Apabila ketiga-tiga dapatan di atas dibaca secara bersama, Mahkamah ini mendapati bahawa kes Plaintif adalah suatu kes yang luar biasa jelas, di mana keseluruhan hak benefisial telah dibuktikan melalui dokumen kontemporari yang tidak dicabar secara substantif oleh Defendan.
78
Pembelaan Defendan pula, apabila dinilai secara keseluruhan, tidak melepasi tahap minimum untuk menimbulkan isu triable, dan lebih bersifat penafian umum serta percubaan untuk menangguhkan pelaksanaan hak Plaintif.
79
Dalam keadaan ini, untuk mengarahkan perbicaraan penuh akan bukan sahaja bercanggah dengan prinsip yang digariskan dalam kes Kayu Raya (supra) dan Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail (supra), tetapi juga akan menjejaskan objektif Aturan 14 KKM 2012 itu sendiri, iaitu untuk memastikan kecekapan dan keadilan dalam pengurusan kes-kes yang jelas.
80
Mahkamah ini juga menegaskan bahawa keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian kehakiman terhadap keseluruhan keterangan dalam rekod, dan bukan semata-mata atas alasan teknikal atau formalistik.
81
Berdasarkan keseluruhan dapatan Mahkamah ini di bawah Isu
i
(i), (ii) dan (iii), dan setelah mempertimbangkan fakta kes, keterangan afidavit serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa permohonan Plaintif di bawah Aturan 14 KKM 2012 adalah berasas dan wajar dibenarkan.
82
Sehubungan itu, Mahkamah ini dengan ini membuat perintah-perintah berikut:
a
(A) Penghakiman Terus Bahawa Penghakiman Terus diberikan kepada Plaintif terhadap Defendan-Defendan berhubung dengan tuntutan Plaintif sebagaimana yang dinyatakan dalam Perenggan 25 Pernyataan Tuntutan, terhad kepada perenggan-perenggan berikut iaitu Perenggan 25.2, Perenggan 25.3, Perenggan
25
25.4, Perenggan 25.6 dan Perenggan 25.10.
b
(B) Perintah Deklaratori Bahawa satu deklarasi diberikan bahawa Plaintif adalah pemilik benefisial yang sah ke atas bahagian hartanah sebagaimana yang diperincikan dalam Pernyataan Tuntutan, iaitu sebanyak 17,028/898,315 bahagian, bersamaan kira-kira 12,384 kaki persegi, atau apa-apa keluasan yang bersamaan dengannya berdasarkan pengiraan benefisial yang telah dibuktikan berdasarkan keterangan dokumentari yang tidak dipertikaikan dihadapan Mahkamah ini.
c
(C) Perintah Injunksi Mandatori Bahawa Defendan-Defendan diperintahkan untuk mengambil segala langkah yang perlu bagi melaksanakan dan menyempurnakan pindah milik bahagian benefisial Plaintif tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
a
(a) menandatangani segala dokumen yang diperlukan;
b
(b) memberikan kerjasama penuh kepada proses pemindahan hak milik; dan
c
(c) memastikan pelaksanaan pindah milik tersebut dalam tempoh yang munasabah sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh perintah ini.
d
(D) Perintah Injunksi Larangan Bahawa Defendan-Defendan, sama ada secara sendiri atau melalui ejen, adalah dihalang daripada:
a
(a) menjual;
b
(b) memindahkan;
c
(c) membebankan; atau
d
(d) selainnya melupuskan mana-mana bahagian hartanah yang melibatkan bahagian benefisial Plaintif tersebut.
e
(E) Perintah Pelaksanaan (‘Ancillary Orders’) Bahawa sekiranya Defendan-Defendan gagal mematuhi perintah di atas dalam tempoh yang ditetapkan, Plaintif adalah diberi kebebasan untuk:
a
(a) melaksanakan perintah ini melalui cara-cara yang dibenarkan oleh undang-undang; dan
b
(b) memohon kepada Mahkamah untuk sebarang perintah lanjutan atau pelaksanaan lanjut yang perlu bagi memastikan pematuhan terhadap penghakiman ini termasuk kuasa untuk menandatangani dokumen melalui Pegawai Mahkamah sekiranya perlu.
f
(F) Kos Bahawa kos permohonan ini sebanyak RM8,000.00 adalah diberikan kepada Plaintif dan dibayar oleh Defendan-Defendan.
g
(G) ‘Liberty to Apply’ (untuk ‘execution’ /’ clarification’-bukan’ re-litigation’) Bahawa semua pihak diberikan kebebasan untuk memohon (‘liberty to apply’) bagi tujuan pelaksanaan atau penjelasan lanjut berhubung dengan perintah-perintah ini.
83
Mahkamah ini menegaskan bahawa perintah-perintah di atas adalah selaras sepenuhnya dengan dapatan bahawa Plaintif telah membuktikan hak benefisialnya melalui keterangan yang jelas dan tidak dipertikaikan secara material, manakala Defendan-Defendan, termasuk Defendan Ke-9, telah gagal menimbulkan sebarang isu ‘triable’ yang ‘bona fide’. Oleh yang demikian, penggunaan mekanisme Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah bukan sahaja wajar, malah perlu bagi mengelakkan perbicaraan yang tidak perlu dan memastikan keadilan substantif dicapai dengan segera. Bahawa baki tuntutan Plaintif selain daripada yang dibenarkan melalui perintah ini adalah tidak diputuskan dan kekal untuk dibicarakan. BERTARIKH 5 MEI 2026 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU Peguam Bagi Pihak Plaintif Nur Afizah bnti Yusoff bersama Burton tan Tetuan Burton Tan, Syazwan & Co Pontian, Johor Peguam Bagi Pihak Defendan Chua Yee Leng Pertama hingga Kelapan Tetuan Y.L Law Chambers Johor Bahru Peguam Bagi Pihak Defendan Lim Siew Bee, Julie Kesembilan Tetuan Julie Lim, Vasanthan & Co,Johor Bahru
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.