Lampiran
Lampiran 8 merupakan permohonan Defendan bagi mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran (JID) yang dimasukkan terhadap Defendan pada 4 Februari 2025 dan Defendan diberi 12/03/2026 08:50:32 BA-A72NCvC-1612-12/2024 Kand. 31 kebenaran untuk membela diri dan memfailkan Memorandum Kehadiran dan Pembelaan. i) Sama ada Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan terhadap Defendan pada 4 Februari 2025 dalam tindakan ini diketepikan; ii) Defendan diberikan kebenaran untuk membela diri dalam prosiding yang dimulakan terhadap Defendan dengan memfailkan Memorandum Kehadiran dan Pembelaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh Perintah Mahkamah Yang Mulia ini; LATAR BELAKANG KES [2] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah berasaskan Perjanjian Sewaan (Tenancy Agreement yang bertarikh 20.09.2019 dengan Defendan dan seorang bernama Teh Wan Yun (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Tenansi Asal tersebut”) untuk tempoh masa penyewaan 15.11.2019 hingga 14.11.2022. [3] Selepas penamatan Perjanjian Tenansi Asal tersebut, Perjanjian Tenansi bertarikh 14.11.2022 (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Tenansi Baru tersebut”) telah ditandatangani oleh pihak Plaintif, Tetuan Muzart International Sdn. Bhd. dan seorang bernama Teh Yan Shan untuk tempoh masa penyewaan 15.11.2022 hingga 14.11.2025. [4] Menurut Perenggan 7 Pernyataan Tuntutan tersebut, Plaintif menyatakan bahawa pada 23.08.2024, Plaintif telah dihubungi oleh wakil Defendan menyampaikan hasrat Defendan untuk penamatan awal Perjanjian Tenansi Baru tersebut walaupun Tempoh Penyewaan Baru tersebut seharusnya hanya ditamatkan pada 14.11.2025. Sehubungan dengan itu, Plaintif menyatakan bahawa Defendan telah beredar daripada Premis tersebut pada atau sekitar akhir bulan September 2024 tanpa membayar sewa bagi bulan September 2024 dan juga gagal menjelaskan bil-bil utiliti. [5] Pihak Plaintif selanjutnya telah membuat serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan pada 2 Januari 2025 secara pos berdaftar dan penyampaian dilaksanakan selaras dengan Aturan 10 Kaedah 1 dan/atau Aturan 10 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [6] Satu Affidavit Penyampaian telah difailkan pada 4 Februari 2025 oleh Plaintif yang mengesahkan serahan Writ dan Pernyataan Tuntutan telah berjaya diserahkan kepada Defendan secara serahan pos berdaftar selaras dengan Aturan 64 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 sepertimana ekshibit TKS-1 Afidavit Balasan Plaintif (Lampiran 10). [7] Oleh kerana serahan berjaya disempurnakan ke atas Defendan dan tiada memorandum kehadiran difailkan Defendan dan Defendan juga tidak hadir semasa sebutan di Mahkamah pada 4 Februari 2025, Majistret Puan Zur Azureen binti Zainalkefli telah merekodkan Penghakiman Ingkar atas Defendan dan Plaintif telah failkan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan pada hari yang sama. [8] Pada 04 Februari 2025, sesuatu Penghakiman Ingkar Kehadiran di Lampiran 6 telah dimasuki oleh Plaintif terhadap Defendan. [9] Pada 22 Mei 2025, sesuatu tindakan Writ Penyitaan dan Penjualan JA- 76WSL-19-04/2025 (selepas ini dirujuk sebagai “Writ Penyitaan dan Penjualan tersebut”) telah dilaksanakan di premis Defendan yang mana Plaintif telah menerima jumlah sebanyak RM9,000.00 melalui tindakan Writ Penyitaan dan Penjualan tersebut terhadap harta benda Defendan. [10] Pada 23 Jun 2025, 139 hari selepas Penghakiman Ingkar difailkan terhadap Defendan oleh Plaintif dan 32 hari selepas Writ Penyitaan dan Penjualan, satu Notis Permohonan untuk Mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran (Lampiran 8) telah difailkan oleh peguamcara Defendan yang iaitu Tetuan K.S Pang & Co dan pada 6 Oktober 2025, Majistret Puan Zur Azureen binti Zainalkefli telah menolak permohonan defendan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar di mana Defendan telah memfailkan Notis Rayuan atas keputusan penolakan Lampiran 20 tersebut di Mahkamah Tinggi. UNDANG-UNDANG TERPAKAI [11] Penyampaian writ saman dan penyataan tuntutan secara serahan pos berdaftar ke Pejabat Defendan sendiri sepertimana diperuntukkan di bawah Aturan 62 Kaedah 4 KKM 2012 adalah sah dan sempurna. 4. O. 62 Service of Documents Service on corporation (O. 62 r. 4) (1) Where an action is against a corporation, the writ may be served- (a) by leaving a copy of it at the registered office (if any) of the corporation; (b) by sending a copy of it by registered post addressed to the corporation at the office, or, if there are more offices than one at the principal office of the corporation, whether such office is situated within Malaysia or elsewhere; (c) by handing a copy of it to the secretary or to any director or other officer of the corporation; or (d) in the case of a foreign company registered under Part V of the Companies Act 1965 [Act 125] by handing a copy of it to, or sending the same by registered post to, a person authorized to accept service of process on behalf of the foreign company. (2) The rule does not restrict the operation of the provisions of any written law as to service on any particular person or authority. (3) Where service is effected under this rule, the person served shall be entitled on demand to inspect the original writ. [12] Tambahan lagi, Mahkamah turut mendapati bahawa tiada triable issues untuk dibicarakan yang berjaya dibangkitkan oleh Defendan dalam tindakan ini. [13] Permohonan di lampiran 8 ini difailkan peguamcara Defendan pada 23 Jun 2025, hampir 4 bulan selepas Penghakiman Ingkar Kehadiran (JID) direkodkan terhadap Defendan dan hanya mengambil tindakan selepas lelongan awam dijalankan. [14] Tindakan pemfailan lewat oleh Defendan ini adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah (abuse process of the Court) seperti digariskan bawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 serta rujukan kepada kes Khairy Jamaluddin Abu Bakar v Mohd Rasyiq Mohd Alwi (2023) 3 CLJ 832 di perenggan 37 seperti berikut:- [37] Considering the issues raised in this court again, it is obvious that non-compliance with procedures clearly falls under the definition of abuse of the court's process. This being the case, this court is of the opinion that the defendant's failure to seek leave before filing his statement of defence and amended statement of defence amounts to an abuse of the court's process and his defence must therefore be struck out under O. 18 r. 19(1)(d) of the Rules of Court 2012. As per this rule: Striking out pleadings and endorsements (O. 18, r. 19 ) 19(1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that: (a) it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be; (b) it is scandalous, frivolous or vexatious; (c) it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or (d) it is otherwise an abuse of the process of the Court, and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be.” KEPUTUSAN NOTIS PERMOHONAN MENGENEPIKAN PENGHAKIMAN INGKAR PEMBELAAN [15] Setelah Mahkamah meneliti kertas kausa serta hujahan pihak-pihak berkenaan permohonan mengenepikan penghakiman ingkar pembelaan, Mahkamah mendapati tiada pembelaan bermerit selain penafian (bare denial) semata-mata. [16] Defendan juga telah “sleep on the case” kerana tidak membuat apa-apa tindakan selepas menerima Writ saman dan Pernyata Tuntutan dari Plaintif pada 9 Januari 2025. Mahkamah ini merujuk kes Hock Hua Bank Bhd v. Sahari Murid [1980] 1 MLRA 687 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: "The court had no power under any application in the same action to vary or set aside a judgment regularly obtained after it had been entered or an order after it has been drawn up except under slip rule, so far as is is necessary to correct errors in expressing the intention of the court..." KESIMPULAN [17] Setelah membaca notis-notis permohonan bersama dengan affidavit-afidavit yang difailkan pihak-pihak dan setelah membaca hujahan pihak- pihak beserta ikatan otoriti, Mahkamah ini merumuskan bahawa penyampaian writ saman dan penyataan tuntutan secara serahan kendiri ke Pejabat Defendan sendiri adalah teratur sepertimana diperuntukkan di bawah Aturan 62 Kaedah 4 KKM 2012. Mahkamah turut mendapati bahawa tiada triable issues untuk dibicarakan yang berjaya dibangkitkan oleh Defendan dalam tindakan ini. [18] Oleh itu, permohonan Defendan di Lampiran 8 untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar ditolak dengan kos sebanyak RM1000 kepada Plaintif. [19] Penghakiman Ingkar yang direkodkan terhadap Defendan pada 4 Februari 2025 kekal. Bertarikh pada 11 Mac 2026 Disediakan Oleh: ……………………t.t…………………… (ZUR AZUREEN BINTI ZAINALKEFLI) Majistret Mahkamah Majistret (5) Shah Alam Selangor Darul Ehsan Peguamcara Plaintif/Responden: Tetuan Tai Hwa & Co. Unit 2-5C (5TH Floor), Wisma Tc 2 Jalan Anggerik Vanilla Q 31/Q Kota Kemuning Shah Alam, 40460, Selangor [Ruj.: THC/L/3113/2024(12)] Peguamcara Defendan/Perayu: Tetuan K. S. Pang & Co., Unit 8.02, 8th Floor, Menara TJB, No.9, Jalan Syed Mohd Mufti, 80888 Ibrahim International Business District, Johor. (Ruj.: PKS/3010/2025/lsk/kcc)